TERKINI :

Tuesday, September 6, 2016

Nak Selamatkan Malaysia.. SALAH, Nak jatuhkan NAJIB.. SALAH, Jumpa ANWAR...SALAH.. Habis TUN M nak buat apa..???

APA YANG BETUL UNTUK TUN M?


- Menegur dan mengkritik Najib Razak berhubung skandal 1MDB dan derma RM2,600 juta - SALAH.

- Menegur dan mengkritik pembaziran serta kemewahan Najib dan keluarganya - SALAH.

- Menolak pemberian BR1M kepada rakyat dan menganggap ia sebagai suatu bentuk rasuah - SALAH.

- Mendesak Najib berundur berikutan pelbagai kelemahan dan masalah yang dicetuskannya yang jelas merugikan negara - SALAH.

- Mendesak Najib berundur kerana skandal 1MDB dan terdapatnya wang sebanyak RM2,600 juta dalam akaun peribadinya - SALAH.

- Menyifatkan tidak sepatutnya seorang Perdana Menteri memiliki wang sebanyak RM2,600 juta - SALAH.

- Mendesak Najib berundur kerana bimbang UMNO dan BN kalah pilihanraya akan datang - SALAH.

- Keluar UMNO sebagai tanda protes terhadap Najib - SALAH.

- Terus menegur dan mengkritik Najib, seiring dengan kedudukannya bukan lagi sebagai ahli UMNO - SALAH.

- Menggerakkan Deklarasi Rakyat melalui kutipan tandatangan untuk menunjukkan rakyat menolak kepimpinan Najib - SALAH.

- Bekerjasama dengan pemimpin-pemimpin pembangkang bagi meneruskan usaha menyingkirkan Najib - SALAH.

- Menubuhkan parti BERSATU untuk menyertai pilihanraya akan datang bagi memastikan Najib dapat disingkirkan - SALAH.

- Memohon maaf kepada rakyat berikutan pindaan perlembagaan berkaitan kuasa Agong yang dilakukannya dahulu sehingga terbuka kepada pelbagai tafsiran yang akhirnya membuka ruang kepada Najib meluluskan Akta Majlis Keselamatan Negara - SALAH.

- Bersalam dan berbaik semula dengan Anwar Ibrahim - SALAH.

Sebagai bekas Perdana Menteri selama 22 tahun yang membina negara ini dengan penuh kehormatan dan sanjungan, tapi kini semakin merasakan detik-detik kehancuran, apa sebenarnya yang BETUL untuk Tun Mahathir lakukan?

Berdiam diri? Tidak peduli? Atau terus memuji-muji Perdana Menteri? (SH 06/09/2016).

Pertemuan Mahathir – Anwar: Permulaan politik baharu di Malaysia – Mahfuz

 http://media.themalaymailonline.com/images/sized/ez/mahfuz_omar0302_620_413_100.jpg
Kehadiran Tun Mahathir Mohamad di mahkamah Jalan Duta pada 5 September lalu dan bersalaman erat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sesuatu yang sangat menarik untuk dianalisa oleh penganalisis politik Malaysia, kata Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar.

Katanya, walau tiada permohonan maaf dan kemaafan dilafazkan antara keduanya dalam pertemuan itu tetapi sokongan dan dokongan Mahathir terhadap usaha Anwar dalam samannya menghalang perlaksanaan akta Majlis Keselematan Negara (MKN) sudah cukup untuk memberi gambaran dan isyarat kepada rakyat tentang suatu ‘permulaan baharu’ politik Malaysia sedang dibina.

“Pada saya mereka berdua adalah manusia besar yang berjiwa besar. Malaysia memerlukan mereka berdua untuk menggerakan reformasi bersama rakan pembangkang yang lain terhadap institusi pentadbiran negara.

“Doa dari Tun Mahathir untuk Anwar sihat serta perakuan Anwar yang Mahathir baik hati sesuatu yang dinanti oleh rakyat untuk masa depan Malaysia yang bebas daripada cengkaman MO1 dan parti Umno milik MO1.

“Reformasi institusi sangat diharapkan untuk mereka berdua bersama rakyat menebus kegagalan masa lalu dengan menggerakan people Grand Coalition,” kata Mahfuz dalam satu kenyataan.

Mahfuz menyeru agar rakan-rakan seperjuangan tidak kecewa dengan sikap Anwar menerima kehadiran Mahathir itu dan mengharapkan mereka turut berjiwa besar seperti Anwar.

“Saya menaruh kepercayaan seperti yang diungkapkan oleh Anwar yang rakyat dan Malaysia perlu diutamakan sama sepertimana saya menerima Anwar selepas beliau disingkirkan dari kerajaan dan Umno.

“Tahniah dan syabas untuk Anwar dan Tun M. Anda tokoh besar, berjiwa besar dan beragenda besar untuk masa depan anak bangsa Malaysia.

“Seribu langkah kejayaan dihadapan bermula dengan langkah yang pertama.Pertemuan ini adalah langkah pertama yang akan disusuli dengan langkah seterusnya untuk bersatu menentang musuh negara,pertahankan maruah bangsa untuk Malaysia tercinta yang menjadi tuntutan Islam,” kata Mahfuz lagi.

Saya bersyukur jadi saksi sejarah, kata Saifuddin Nasution

 Saifuddin Nasution Ismail
Pengarah Pilihanraya Parti Keadilan Nasional (PKR), Saifuddin Nasution Ismail berkata perasaannya tidak boleh digambarkan apabila terpilih menjadi saksi bersejarah permulaan perseteruan Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad pada 2 September 1998 dan pertemuan semula mereka berdua semalam.

"Kiranya inilah pertemuan pertama DSAI-Tun M selepas peristiwa 2 september 1998 yg menggemparkan dan sekaligus mengubah suasana politik malaysia.

"Hari ini 5 september 2016. Saya yang menjadi sebahagian daripada peristiwa sejarah ini, hari ini menjadi saksi pertemuan DSAI-Tun M, mendengar sendiri butiran perbincangan," tulis beliau dalam satu coretan yang viral di media sosial.

Namun yang lebih menarik dan menyayat hati katanya, ialah teriakan dua cucu DSAI..Sulaiman dan Yahya," reformasi reformasi ..free papa tok, free papa tok". gelagat anak kecil ini sungguh mencuit hati mengiringi papa tok yang dibawa keluar untuk kembali ke "istana sungai buloh".

Berikuti disiarkan tulisan penuh beliau:

Semalam saya di Kuantan, Pahang. Mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pilihanraya parti zon timur dan selatan.

selesai jam 6.30 petang dan bergegas memandu balik ke Kuala Lumpur.

Dalam perjalanan, terima panggilan Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah.

Beliau minta saya ikut hadir ke mahkamah hari ini.

Kes permohonan interim oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) ke atas akta NSC.

selalunya di mahkamah, akan ada peluang untuk berjumpa dan berbincang dengan DSAI.

Petang tadi saya tiba awal di mahkamah jalan duta. Jam 2.45 petang.

DSAI dijangka sampai 3 petang. Dr Wan Azizah tiba 2.55 petang dan terus ke bilik saksi bersebelahan kamar mahkamah.

saya segera menyertai Dr Wan Azizah.

Dalam bilik saksi berkumpul anak-anak dan cucu-cucu DSAI dan Dr Wan Azizah.

semua menunggu ketibaan DSAI. Cucu-cucunya memanggil beliau "papa tok".

Jam 3.15 DSAI tiba. beliau dibawa terus ke kamar mahkamah. Tun Mahathir yang duduk di"public gallery" ikut bangun dan bersalaman dengan DSAI.

Saya masih di bilik saksi. DSAI kemudian dibawa oleh pengawal penjara masuk ke bilik saksi. beliau bersalaman dan peluk cium anak-anak dan cucu-cucunya.

Tidak lama kemudian peguam masuk dan memberitahu Tun Mahathir ingin berjumpa DSAI.

Tun M kemudian masuk diiringi Menteri Besar Selamgor YAB Dato Seri Azmin Ali. Tun Mahathir dan DSAI sekali lagi bersalaman.

Perbincangan berkisar tentang Akta NSC yg memberikan kuasa penuh kepada Perdana Menteri untuk isytihar darurat. akta ini telah berkuatkuasa walaupun tidak diperkenan oleh YDP Agong.

DSAI memohon perintah interim. Tun M ingin membuat afidavit sokongan terhadap usaha DSAI.

Hampir 45 minit perbincangan. Di selang seli bertanya khabar kesihatan dan keluarga masing-masing.

Keadaan bilik meriah dengan suara cucu-cucu Anwar. selesai berbincang tun m beredar diiringi mb dan peguam sivarasa.

Kiranya inilah pertemuan pertama DSAI-Tun M selepas peristiwa 2 september 1998 yg menggemparkan dan sekaligus mengubah suasana politik malaysia.

Hari ini 5 september 2016. Saya yang menjadi sebahagian daripada peristiwa sejarah ini, hari ini menjadi saksi pertemuan DSAI-Tun M. mendengar sendiri butiran perbincangan.

Namun yang lebih menarik ialah teriakan dua cucu DSAI..sulaiman dan yahya," reformasi reformasi ..free papa tok, free papa tok". gelagat anak kecil ini sungguh mencuit hati mengiringi papa tok yang dibawa keluar untuk kembali ke "istana sungai buloh".

Sementara itu media utama dan media sosial rancak memuat dan mentafsirkan darihal pertemuan itu ...

Amanah sokong RUU 355, minta perincian pihak pembentang

Parti Amanah Negara (Amanah) menyokong segala usaha memperkasakan mahkamah syariah namun memerlukan penjelasan yang terperinci berhubung usul yang dibawa presiden Pas, datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga ahli Parlimen marang.

Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad berkata, isi kandungan usul tersebut perlu diperhalusi dari semua segi sebelum mendapat sokongan Amanah.

Beliau yang juga ahli Parlimen Shah Alam berkata, Amanah khuatir terhadap kemungkinan usaha yang ditaja sebagai memperkasakan mahkamah syariah mendatangkan kesan sebaliknya.

“Amanah inginkan satu jawapan yang jelas dan tuntas dari YB Marang terhadap apa yang telah dikemukakan. Jangan diberi jawapan bersifat retorik semata-mata.

“Sekiranya YB Marang tidak mampu memberikan penjelasan yang mantap dan kukuh, berhubung pindaan yang dicadangkan beliau, dikhuatiri cadangan pindaan ini akan dilihat sebagai ‘mainan politik’ semata-mata. Dan tiada yang lebih keji dari menjadikan agama bahan mainan politik,” katanya dalam sidang media di Wisma Amanah Negara di ibu negara hari ini.

Turut bersama dalam sidang media tersebut ialah Ketua Angkatan Wanita Amanah Nasional Dr Siti Mariah Mahmud yang juga ahli Parlimen Kota Raja dan naib ketua Pemuda Amanah Nasional, Wan Anwar Wan Ibrahim.

Hospital Pendang kena diteruskan, duit tak cukup bukan alasan..repair tugu negara RM650J boleh...

ALOR SETAR – Rancangan pembinaan Hospital Pendang bernilai RM200 juta yang diluluskan menerusi Bajet 2016 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu diteruskan.

 Bekas Exco Kesihatan Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh berkata, perkara itu penting bagi menampung jumlah pesakit yang terlalu ramai menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar.

 “Saya difahamkan rancangan pembinaan Hospital Pendang yang tertangguh sejak sekian lama akan disemak semula walaupun pada sebelum ini Perdana Menteri telah meluluskan pembinaannya.

 “Kita akui semakan itu terpaksa dibuat kerana kerajaan tidak mencukupi duit, tapi kita harap kerajaan dapat teruskan juga projek tersebut,” katanya, semalam.

 Menurutnya, rancangan pembinaan hospital itu juga pernah mendapat perhatian oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

 Ditanya mengenai penjimatan yang akan dilakukan kerajaan, beliau yang juga merupakan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Kedah tidak menolak kemungkinan penjimatan akan dibuat melibatkan pelbagai peringkat dalam projek tersebut akibat kegawatan ekonomi negara yang serius.

Tuanku Abdul Halim semasa titah ucapan perasmian Dun Kedah pada 2011 pernah menzahirkan rasa kesal akibat rancangan untuk membina Hospital Pendang dan Hospital Bandar Baharu masih belum dilaksanakan.

 Titah baginda, rakyat di dua daerah berkenaan menghadapi kesukaran kerana perlu bergerak jauh untuk mendapatkan rawatan daripada hospital di luar daerah tersebut.

 Baginda berharap tindakan susulan dapat diambil bagi menyediakan kemudahan hospital berkenaan.

Difahamkan, rancangan pembinaan Hospital Pendang pada awalnya diumumkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam Bajet 2006.

 Ketika kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), beberapa projek besar termasuk Hospital Pendang terpaksa ditangguhkan akibat kekurangan peruntukan.

 Projek itu kemudiannya dimasukkan pula ke dalam RMK10 menerusi kaedah Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI).

Nah ambik.. nie baru pemimpin dia tak peduli sapa...mau dok basmi rasuah macam nie....

Pertemuan batal, presiden Filipina maki Obama 'anak haram'

Presiden Amerika Syarikat Barack Obama membatalkan pertemuan sulungnya dengan Rodrigo Duterte selepas presiden Filipina itu mengeluarkan kata-kata kesat padanya, kata jurucakap Rumah Putih.

Duterte semalam menggelar Obama sebagai “son of a bitch” (anak haram), sehari sebelum pertemuan yang dijadual di Laos, tempat pemimpin-pemimpin Asia Tenggara menghadiri sidang kemuncak tahunan.

Duterte seorang pemimpin popular Filipina yang terkenal dengan kenyataan-kenyataan penuh warna-warni serta kempen menentang dadah di negara itu.

Rumah Putih berkata Obama tidak merancang melontarkan kebimbangannya terhadap isu-isu hak asasi manusia di Filipina ketika bertemu Duterte.

Pentadbiran Duterte dalam perang dadahnya sejak mengambil alih tampuk kuasa pada Mei lalu menyaksikan kes pembunuhan tanpa melalui proses mahkamah.

“Kita akan teruskan sehingga pengeluar dadah terakhir terbunuh,” beliau dipetik sebagai berkata oleh Reuters.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...