TERKINI :

Saturday, August 13, 2016

Tanpa ANWAR politik Malaysia tiada gelombang

TANPA ANWAR POLITIK MALAYSIA TIADA GELOMBANG

UNTUK merubah landskap politik Malaysia. Kita harus sedar ia misti ada kocakan. Kocakan akan mengalumkan gelombang. Tanpa gelombang ombak tidak membedal pantai. Jika pantai tidak dibedal, pasirnya tidak akan berubah. Tanpa apa-apa perubahan ia tidak membawa apa-apa momentum. Tanpa momentum percayalah landskap politik Malaysia akan terus menjadi milik penguasaan UMNO-BN.

Sesatunya ikon politik negara yang boleh mencetuskan momentum sekaligus manpu merubah landskap politik tidak lain dan tidak bukan susuknya bernama Anwar Ibrahim. Ikon politik besar di rantau Asia malah populariti dan karismatiknya merentasi sempadan dunia antarabangsa.

Jika pembangkang benar-benar inginkan satu peralihan kuasa politik baru yang diimpikan, tidak akan terzahir tanpa Anwar sebagai ikon pencetusnya. Anwar insan yang berjiwa kukuh dan teguh, sekaligus memiliki sifat-sifat keberanian yang kental, keunggulan daya tahan yang kuat jika dibandingkan tiada ada satu nama-nama tokoh politik besar yang ada di negara kita dewasa ini. Keberanian Anwar diakui semua, dalam negara dan juga di dunia antarabangsa. Kehebatan beliau sukar ditandingi.

Tokoh-tokoh politik negara seperti Najib Tun Razak, Hj Abdul Awang, Lim Kit Siang, Tun Mahathir sukar ,menandingi dan menepis kelebihan wibawa pengaruh Anwar dalam kancah politik negara.

Tanpa Anwar di persada politik Tanahair. Iklim politik suhunya sentiasa menurun, sejuk dan suram. Ombak tidak mengalum. Tanpa alunan ombak tsunami tidak mungkin akan berlaku. Tanpa tsunami membelasah tebingan pantai. Pepasir tidak berubah ke mana-mana.

Negara tanpa ikon pemimpin politik yang berani,menjadikan rakyat berjiwa penakut. Tanpa pemimpin politik kental tidak berganjak di barisan hadapan, rakyat akan undur melangkah terus ke belakang.

Mengenali Anwar satu dalam sejuta rakyat, pencarian dan penantian kita amatlah sukar. Bersabarlah Anwar ,rakyat tetap menanti tuan. Pintu penjara tidak akan terbuka dan terkopok dengan sendiri. Mendekam rasa hari demi hari. Kami dari luar juga hiba  jiwa kacau tidak pernah merasa erti rahmat makna kemerdekaan.

Dari teratak cabuk, melalui teropong buruk meneropong politik jalanan dari jauh.

J. Jamaluddin

Disebabkan FOBIA DAP.. maka tertubuhnya BERSATU benarkah akan memecahkan undi melayu?

Aris Awang

BismillahirRahmanirRahim

FOBIA DAP

Saya hantar keputusan undian Sinar Harian (Seperti Gambar Di Bawah) kepada satu group Pegawai Kanan/Pesara Kedah ... salah seorang telah hantar whatsApp peribadi kepada saya seperti berikut:-

[6:19pm, 13/08/2016] +60 12-xxx 8600: As salam Tuan Aris...bersatu menang undian melalui Sinar Harian..sebab orang Umno bukan baca pun sinar harian..yg dok baca tu org org seperti saya dan Tuan saja...atas pagar....😀

[6:19pm, 13/08/2016] +60 12-xxx 8600: Tuan Aris...

[6:21pm, 13/08/2016] +60 12-xxx 8600: Yang paling seronok bila ujud pulak parti bersatu..ialah DAP...telah berjaya pecah pecahkan Melayu...😁

Saya jawab ringkas seperti berikut:-

[6:30pm, 13/08/2016] Aris Awang: Wsalam - Tidak ada sangkut paut dengan DAP.

DAP bertanding di kerusi MCA, GERAKAN dan MIC.

Sedangkan BERSATU akan bertanding di kerusi UMNO.

Jika BERSATU menang tetap Melayu menang.

Umno jangan takuti 'nyamuk' BERSATU, sindir Muhyiddin

Malaysiakini

Umno tidak harus berasa takut dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang disifatkan hanya sebuah 'parti nyamuk' yang belumpun secara rasmi ditubuhkan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Presiden penaja parti baru itu berkata demikian sebagai maklum balas kepada kenyataan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa parti itu tidak boleh dibenarkan untuk menggunakan singkatan 'BERSATU' kerana perkataan itu begitu biasa.

"Ya, parti kita begitu umum, Umno tidak perlu takut parti ini. Ia seperti sebuah parti nyamuk, belum terbentukpun," katanya selepas menghadiri kempen derma darah di Kuala Lumpur, hari ini.

"Sayapun tidak mempunyai ahli lagi, kita belum ada cawangan dan bahagian seperti mereka (Umno), kita tidak mempunyai juta ahli, kita tidak mempunyai wang. Jadi mereka tidak perlu begitu bimbang mengenai parti ini," katanya.

"Adakah ini bermakna Umno merasakan kelahiran parti baru sebagai ancaman sebenar, mereka kata ia serpihan, serpihan tidak akan bertahan, jadi mengapa bimbang?

"Apa yang besar sangat mengenai nama sahaja?" tanya beliau lagi.

Muhyiddin, bagaimanapun, menasihatkan para pengkritiknya agar tidak terlalu banyak mengkritik parti itu.

"Ia adalah hak untuk mengkritik, ini adalah demokrasi. Rakyat mempunyai hak untuk mengatakan apa yang mereka mahu katakan.

"Tetapi, lebih kurang mereka berkata mengenai parti ini adalah lebih baik, berilah kami peluang, saya fikir rakyat Malaysia mahu diberikan peluang (kepada Bersatu)," ujarnya lagi.

Sebelum ini, Tengku Adnan menyatakan rasa tidak bersetuju dengan nama parti baru yang diterajui oleh Muhyiddin yang didaftarkan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) Selasa lalu.

Katanya, pihak berkuasa perlu menyemak semula nama BERSATU yang sepatutnya tidak boleh diguna pakai.

Kata Tengku Adnan, BERSATU adalah perkataan sinonim yang sering digunakan sekaligus boleh mendatangkan kekeliruan kepada masyarakat.

“Mereka tak boleh gunakan perkataan BERSATU kerana ia adalah perkataan yang biasa digunakan, saya pun sering gunakan Bersatu Malaysia Maju, jadi ini akan menimbulkan kekeliruan, ini saya merayu sangat.

“Nak lulus, luluslah tapi saya minta mereka jangan pakai BERSATU, sebab dulu saya pun tak faham kenapa ROS luluskan nama AMANAH,” katanya.

Walaupun tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai bantahan itu, namun adalah dipercayai nama BERSATU dikaitkan dengan lagu rasmi Umno iaitu ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’.

Lagu itu sering berkumandang setiap kali mesyuarat atau perhimpunan agung di televisyen dan juga radio.

Antara liriknya berbunyi:

Umno Bersatu Kita Bersatu
Dengan Setia Berganding Bahu
Jiwa Teguh Berpadu
Kita Rumpun Melayu
Bersama Kita Bersama
Mendukung Hasrat Semua
Berjasa Pada Bangsa
Agama Dan Negara
Lambang Kita Yang Gagah
Dipandang Mulia Dan Indah
Bersatu, Bersetia, Berkhidmat
Cogan Katanya
Umno Terus Mara
Untuk Rakyat Malaysia

Pakatan PAS & IKATAN dalam blok ketiga dikenali sebagai Gagasan Sejahtera

Sinar Harian

KUALA LUMPUR- Pas hari ini mengumumkan bahawa kerjasama politik parti itu, bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) kini akan dikenali sebagai Gagasan Sejahtera.

Mengumumkan perkara itu, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata,perkara itu dipersetujui bersama antara Pas dan Ikatan dalam mesyuarat bersama pada dua Ogos lalu, di ibu Pejabat Pas, Jalan Raja Laut.

"Persefahaman politik ini menjadi satu gagasan baharu kepada lanskap politik negara yang menawarkan suatu pilihan yang lebih mantap kepada rakyat dengan menekankan kepada sebuah budaya berpolitik yang membawa kesejahteraan kepada rakyat keseluruhannya.

"Justeru rakyat tidak perlu terikat dengan dua pilihan jalur politik sedia ada yang mana satunya telah terbukti membawa budaya korup, kronisme, nepotisme serta kegagalan menguruskan pentadbiran negara iaitu Blok Umno/BN: dan satu lagi jalur politik yang menekankan budaya politik emosi, politiking melampau, permusuhan dan kemarahan membuta tuli dalam kalangan rakyat," katanya dalam sidang medianya di Ibu Pejabat Pas, di sini hari ini.

Mengulas lanjut Hadi berkata, pendekatan Gagasan Sejahtera akan membawa budaya politik matang dan sejahtera.

"Kita akan memperjuangkan kepentingan rakyat mengatasi kepentingan kelompok...menyokong kebaikan berasaskan kebenaran, bukan berasaskan pembinaan persepsi semata-mata.

"Politik damai dan Diplomasi serta politik berasaskan penyelesaian bukan politik berasaskan permasalahan di mana objektif Gagasan Sejahtera adalah membawa penyelesaian kepada pelbagai masalah yang dihadapi rakyat," katanya.

Oleh itu ujarnya, pendekatan budaya politik matang dan sejahtera ini memberi pilihan kepada rakyat yang telah bosan dengan budaya politik melampau sedia ada yang membawa kepada permusuhan dan ketidakstabilan sosial dan ekonomi.

Terdahulu Pas dan Ikatan sebelum ini, menjalinkan kerjasama yang dikenali sebagai Blok Ketiga.

Orang sekarang pandai lesap duit parti, kata Akhbar Satar

PETALING JAYA: Dana parti terdedah kepada penyelewengan kerana di negara ini kebanyakan derma politik dimasukkan ke akaun persendirian, kata Presiden Transparency International Malaysia (TI-M).

Malah sistem pengurusan derma politik jika diperbaiki atau diubah tidak membantu sekiranya ia dikendalikan orang yang tidak berintegriti, tegas Datuk Akhbar Satar.

“Orang sekarang ini kreatif. Pandai tipu sana, bohong sini, dia ada cara dia,” kata Akhbar ketika dihubungi FMT. “Apa pun cara Umno dahulu atau import sistem dari Eropah kalau orang yang mengendali itu tak berintegriti tak berguna juga.”

Beliau mengulas nukilan Tun Musa Hitam dalam bukunya ‘Frankly Speaking’ yang menceritakan amalan urus derma politik pada zamannya. Bekas Timbalan Perdana Menteri itu bersara daripada Umno pada 1987.

“Zaman itu, ketirisan dan salah guna dapat dielakkan,” tulis Musa. “Malangnya, prosedur sedemikian tidak lagi menjadi amalan biasa pada hari ini.”

Menurut Musa, bekas TPM Tun Dr Ismail Abdul Rahman ketika menguruskan wang parti menetapkan setiap sumbangan kepada Umno mesti diisytiharkan, direkodkan dan tidak boleh diterima secara peribadi.

“Tak ada orang di Malaysia yang nak bagi dana politik tak berharap sesuatu,” kata Akhbar mengulas syarat ketat yang dinyatakan Musa itu.

“Di luar negara apa yang parti politik buat adalah isytihar sumbangan secara dalam talian. Yang pertama, mereka lebih telus. Yang kedua, dana tak diseleweng. Itu yang terbaik,” tegasnya.

Menurut Akhbar, menangani penyelewengan derma untuk parti tidak semestinya perlu sistem pengurusan dana yang kompleks.

“Kita nak orang yang mengendali ada integriti. Selesai banyak masalah,” ujarnya.

PAS akan saman Sarawak Report di UK bulan depan

PAS akan memfailkan saman terhadap Sarawak Report dalam masa sebulan ini.

Menurut Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, PAS akan memfailkan saman itu di England.

"Kita telah membuat keputusan akan membawa kes itu ke mahkamah di England kerana kita difahamkan media tersebut berpusat di sana.

"Kita kenal queen counsel (peguam kanan) yang pernah ada hubungan dengan kita dalam kes sebelum ini.

"Dalam masa terdekat, dalam masa sebulan ini," kata Abdul Hadi dalam sidang medianya di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur hari ini.

Isnin lepas PAS membidas Sarawak Report selepas laman pemberi maklumat itu mendakwa parti Islam itu menerima RM90 juta daripada Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan berkata PAS akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Sarawak Report kerana didakwanya berniat jahat dan mencemar nama baik parti serta dasar Islam yang menjadi teras kepada parti itu.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...