TERKINI :

Thursday, August 11, 2016

Musa Hitam: Tiga cara untuk singkirkan Najib

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam percaya terdapat tiga cara bagi rakyat negara ini boleh menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Pertama, adalah menerusi Umno, yang hampir mustahil," tulis Musa dalam buku terbarunya bertajuk 'Frankly Speaking'.

Menurut penganalisis politik, kedudukan Najib dalam Umno adalah selamat selepas menyingkirkan penentangnya seperti bekas timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau dijangka akan kekal sebagai pemimpin parti itu sehingga survival politiknya sendiri terancam.

Kaedah kedua, untuk menyingkirkan Najib, kata Musa adalah melalui campur tangan asing.

"Ini nampaknya jalan yang dipilih oleh ‘pergerakan’ itu (Selamatkan Malaysia).

"Pilihan ini mempunyai kemungkinan, walaupun agak pencil."

Bagaimanapun tidak jelas ‘pergerakan’ yang dirujuk oleh Musa itu, tetapi Mahathir sebelum ini dipetik oleh akhbar The Australian sebagai berkata bahawa Malaysia kini terpaksa "membenarkan campur tangan asing dalam hal ehwal tempatan" kerana semua saluran di negara ini telah ditutup.

Mahathir bagaimanapun menafikan bahawa beliau menggesa negara lain supaya campur tangan untuk menggulingkan Najib.

Bagi pilihan ketiga, Musa berkata adalah membiarkan rakyat membuat keputusan sendiri sama ada mereka mahu Najib berundur, melalui umum pilihan raya akan datang.

Najib kini di bawah tekanan hebat supaya meninggalkan pejabat perdana menteri berikutan dirinya terpalit dengan pelbagai skandal.

Terbaru, Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika memfailkan saman sivil dan mendakwa dana bernilai lebih AS$ 3.5 bilion diselewengkan daripada 1MDB.

Ia juga dinamakan "Malaysian Official 1" mendapat manfaat daripada firma itu, dan pembangkang menuding jari kepada perdana menteri.

Najib menafikan bahawa beliau menyalahgunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi dan mendakwa komplot itu didalangi oleh mereka yang ingin menggulingkannya.

Peguam Negara, Tan Sri Mohamad Apandi Ali juga telah membersihkan Najib daripada sebarang salah laku.

Musa juga dalam bukunya mendedahkan apabila isu 1MDB pertama muncul, beliau adalah antara mereka yang secara terbuka menggesa perdana menteri supaya mengambil cuti sementara siasatan dijalankan.

"Kira-kira seminggu selepas itu, dalam perbualan telefon, Najib secara lawak memberitahu, 'Saya masih belum bercuti'," katanya.

Mufti Perlis : Selain POKEMON GO melalaikan, urusan salah tadbir juga mudarat paling besar dalam negara

Pokémon Yang Melalaikan Semua

Sudah berapa hari wartawan tidak henti-henti cuba hubungi saya kerana mahu bertanya pasal Pokémon. Saya cuba mengelakkan diri dari memberikan komen sebab ramai sangat yang dah bercakap pasal Pokémon ini. Hebat benar nampaknya 'game' itu sehingga pelbagai pihak khususnya golongan agama banyak berbicara tentangnya.

Disebabkan ramai sangat yang email dan tanya saya pasal hal ini, maka di sini saya ingin menyebut secara ringkas dan harap dapat difahami dengan lebih luas.

Saya ingin menegaskan bahawa apa sahaja perbuatan yang memperbodohkan ataupun  memudaratkan diri sendiri ataupun orang lain maka ia dilarang oleh agama Islam yang mulia dan bermaruah ini. Apa sahaja yang boleh mengundang ke arah kebodohan dan kemudaratan hendaklah dihalang.

Cumanya, dalam negara ini bukan sahaja Pokémon yang membawa kepada kebodohan dan kemerbahayaan, tapi banyak lagi yang lain yang kadang-kala lebih bodoh dan lebih mudarat kepada diri, orangramai, negara dan rakyat. Bahkan sebahagian kemerbahayaan itu bukan sekadar sebahaya Pokémon sahaja tapi boleh memusnahkan masa depan generasi dan negara.

Pokémon yang mungkin membawa kebodohan dan bahaya itu kadang-kala masih boleh dikawal, sementara sebahagian kebodohan dan kemerbahayaan yang lain sukar untuk dikawal.

Saya pelik apabila terlihat seorang yang merokok di tempat awam bercakap tentang bahaya Pokémon untuk diri dan orang lain. Padahal rokoknya itu sejak sekian lama telah memusnahkan diri dan orangramai.

Hal yang sama jika seseorang yang menyalahgunakan harta awam sibuk tentang game Pokémon, padahal negara sedang musnah disebabkan 'pokémon salahguna dan salah tadbir' yang dia terlupa untuk fikirkan.

Saya ingin tegaskan; jangan main atau lakukan  apa sahaja termasuk permainan Pokemon ini yang boleh memperbodoh dan membahayakan diri dan masyarakat.

Satu lagi yang penting; jangan kita lalai kerana asyik main Pokémon sehingga melupai apa yang ada di sekitar kita. JUGA, jangan kita lalai asyik bincang pasal Pokémon sehingga lupa tentang bahaya-bahaya lain yang lebih besar dan lebih membodohkan kita yang sedang dan telah ada.

Rafizi pula sedang menghitung hari untuk dipenjarakan...

Rakyat Malaysia...

TAJUK: YB Rafizi Ramli pula akan dipenjarakan pada bulan Oktober 2016 ini.

dimaklumkan bahawa pada awal bulan Oktober 2016 ini YB Rafizi Ramli akan selesai perbicaraan kes akta OSA dan jika disabitkan bersalah akta OSA dalam erti kata lain beliau akan dipenjarakan.

Jika didapati bersalah, YB Rafizi Ramli pasti akan buat rayuan dan  kes akan berlanjutan dan dijangka akan berakhir selewet-lewatnya Januari 2017 dan mahkamah akan putuskan bersalah atau tidak. Jika didapati bersalah penjara Sg. Buloh menantinya.........

Kemungkinan besar 90% kita bakal kehilangan orang yang sangat berwibawa yang selalu membongkarkan segala penyelewengan yg dilakukan oleh Najib Razak, Rosmah Mansor dan seluruh kabinet kayu UMNO/BN.

Justeru itu kita memerlukan sebuah pasukan yang kuat, yang bukan makan dedak dan berani berjuang demi agama, bangsa dan negara.

Harap maklom

Selamat hari jadi Anwar: Perjalanan kami bukan ke Putrajaya

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata perjalanan dan destinasi parti itu tidak pernah untuk ke Putrajaya tetapi sebaliknya adalah untuk menaikkan semangat masyarakat dan menjadikan mereka berpegang kepada integriti, kejujuran dan keadilan

Kata beliau, ini difahami oleh kebanyakan generasinya dalam PKR, walaupun mengakui parti itu pernah terjerumus untuk tempoh yang singkat.

Menurut Rafizi, mereka kini memahami apa yang perlu dilakukan dan mahu masyarakat tidak lagi akan berpaling setiap kali ketidakadilan dilakukan di kalangan mereka.

“Kita hanya boleh membentuk masyarakat sedemikian jika kita merungkai setiap undang-undang, setiap amalan, setiap kecenderungan feudal dan setiap ketidakadilan yang wujud dalam sistem yang digunakan untuk mentadbir kita.

“Ini adalah perjalanan yang panjang - mungkin di luar jangka hayat yang diberikan kepada kamu dan saya. Kita hanya boleh melakukan apa yang terdaya dengan ruang dan masa yang diberikan kepada kita,” katanya.

Rafizi berkata demikian dalam perutusan ulang tahun ke-69, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang meringkuk di penjara Sunga Buloh menjalani hukuman penjara lima tahun kerana kesalahan meliwat.

Bagaimanapun, tidak jelas sama ada tempoh masa yang terhad itu merujuk kepada Anwar mahupun kepada pemimpin pembangkang lain.

Rafizi juga mengimbas bagaimana sebagai pemuda muda berusia 21 tahun pada tahun 1998 beliau berjinak dengan gerakan reformasi pimpinan Anwar dan mempelajari mengenai pembaharuan, kejujuran dan kebaikan.

“Saya kini ingat bahawa Putrajaya tidak pernah menjadi objektif,” katanya.

Menteri: Pulangkan ubat yang tidak digunakan

Pesakit yang masih mempunyai ubat yang tidak digunakan dinasihatkan agar mengembalikannya kepada klinik atau hospital bagi mengurangkan pembaziran ubat, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam.

Beliau memberi jaminan ubat yang belum digunakan itu, sama ada di dalam uncangatau paket, adalah selamat dan terpulang kepada budi bicara ahli farmasi tentang bagaimana untuk menggunakan ubat itu.

"Ubat yang dalam paket dan belum dibuka, belum tamat tempoh adalah selamat untuk digunakan. Tiada masalah keselamatan di sini... bagaimana cara menggunakannya terpulang kepada budi bicara ahli farmasi," katanya dalam sidangan media di Putrajaya hari ini.

Dr Subramaniam turut menggesa pesakit supaya membawa bersama ubat mereka yang tidak digunakan semasa temu janji untuk membantu doktor menyemak semulapriskripsi dan memberi mereka ubat tambahan yang sewajarnya.

Mengenai bagaimana ubat boleh menimbun di rumah, beliau memberi contoh apabilaseorang pesakit diabetes diberi ubat selama tiga bulan tetapi tidak menghabiskannya, dan diberi lagi bekalan tiga bulan dalam temu janji berikutnya.

"Pesakit boleh membawa balik ubat itu dan tunjukkan kepada doktor. Doktorkemudiannya boleh menyesuaikan jumlah ubat mengikut apa yang beliau ada. Kita boleh menjimatkan banyak wang menerusi proses seperti ini. Ini akan turut
membantu kerajaan mengelak pembaziran ubat," katanya.

Dr Subramaniam juga berkata terdapat peningkatan lapan peratus dalam jumlah pesakit luar di hospital dan klinik kerajaan, daripada 28 juta pesakit luar tahun lepas kepada 31.4 juta bagi tempoh lima bulan pertama tahun ini.

"Berikutan kelembapan ekonomi, mereka beralih daripada hospital dan klinik swasta. Ini suatu perkara yang dinamik. Sehubungan itu, saya memerlukan kerjasama rakyat Malaysia untuk mengurangkan pembaziran agar kita dapat
meneruskan perkhidmatan kesihatan yang bermutu tinggi," katanya.

Beliau turut menggesa pesakit supaya membawa bersama rekod kesihatan mereka termasuk x-ray atau ujian darah daripada hospital dan klinik swasta supaya tidak perlu mengulangi pemeriksaan.

"Saya juga berharap orang ramai tidak menyalahgunakan kemudahan di hospital dan klinik kerajaan. Jangan datang ke hospital semata-mata untuk mendapatkan cuti rehat atau surat-surat sokongan lain kerana ia akan meningkatkan kos di
kementerian. Gunakan kemudahan kesihatan untuk tujuan sebenar," katanya.

- Bernama

Coretan TUN M dari IJN untuk tatapan NAJIB...

Tun M menulis dari dalam hospital. Tulisan ini adalah terjemahan dari artikel ini http://chedet.cc/?p=2208

KEBEBASAN ALA NAJIB

1.Najib memberitahu penonton belaannya bahawa saya mahu dia melakukan sesuatu mengikut telunjuk saya. Mungkin begitu walaupun saya tidak fikir ianya benar.

2.Tetapi jika dia mahu melakukan sesuatu dengan caranya tersendiri, seharusnya hendaklah sesuatu itu adalah yang terbaik untuk negara. Mempromosikan rasuah adalah tidak baik untuk negara mahupun sesiapa.

3.Memiliki 2.6 bilion Ringgit dalam akaun peribadi juga tidak baik. Tidak ada Perdana Menteri Malaysia perlu memiliki jumlah wang Ringgit sebegitu di dalam akaun peribadi.

4.Dan sekarang pula tentang kesetiaan kepada institusi Presiden UMNO.

5. Jadi, apa pula selepas ini? Mungkinkah Presiden seumur hidup?

6. Dan selepas itu. Adanya pula dinasti. Mungkin juga Putera Mahkota. Tetapi dengan panggilan Timbalan Presiden. Dan mesti datang dari susur galur keluarga, termasuk isterinya.

7. Di zaman saya, saya dicabar. Tengku Razaleigh bertanding mencabar saya. Juga Musa Hitam. Empat daripada Menteri Kabinet saya menyokong pencabar saya. Saya tidak meminta mereka untuk setia kepada saya sebagai Presiden parti ketika itu.

8. Mereka kalah. Tetapi Menteri-Menteri terus menyambung tugas mereka sebagai Menteri. Salah seorang dari mereka telahpun menjadi Perdana Menteri.

9. Mereka tidak dan saya tidak mengharapkan mereka untuk menganggap saya sebagai institusi yang tidak boleh dicabar.

10. Ah! Adakah saya mempromosi anak saya sendiri? Tidak di zaman saya. Tidak pula semasa saya memegang puncak kuasa.

11. Tetapi apabila beliau melawan pertarungan secara sendirian, apakah saya perlu untuk menentang beliau? Jika beliau menang, maka menanglah. Jika kalah bukanlah saya penyebabnya. Beliau telahpun kalah ketika berpegang kepada prinsip yang sama seperti saya.

12. Saya sudah tua. Alhamdulillah, saya tidak nyanyuk. Saya dengan bangga menerima debat terbuka dengan Najib secara langsung di hadapan hadirin atau siaran langsung di TV.

13. Debat mestilah tentang mentadbir sebuah negara.

14. Saya mungkin kalah. Tunai mesti akan menang. Terpulang kepada rakyat Malaysia untuk menilai. Bukan TV3 atau NST atau penyokong saya.

15. Saya menulis dari hospital. Saya ingin mengucapkan terima kasih di atas doa dan pesanan agar saya segera sembuh.

16. Pesanan yang diberikan boleh membantu tetapi dengan memohon untuk menyertai parti baru adalah lebih baik.

Selamatkan Malaysia!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...