TERKINI :

Wednesday, August 10, 2016

Bekas TPM: Malaysia sedang merosot seperti Filipina dulu

Malaysia sedang mengalami kemerosotan dan boleh berakhir sebagaimana pernah dialami Filipina, kata bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam.

Beliau berkata sejak kerajaan berhadapan dengan skandal-skandal mega, perkara-perkara lain, seperti kejadian tembakan pada siang hari, tidak diuruskan dengan baik.

Katanya, rakyat kini biasa dengan situasi itu dan seperti berlaku di Filipina pada zaman lalu apabila rakyatnya membawa senjata untuk mempertahankan diri.

Beliau berkata ini adalah kebiasaan terbaru di Malaysia.

"Saya rasa negara bergerak menuruni bukit. Kelajuannya perlahan, tetapi ia boleh menjadi cepat".

"Saya menyaksikan Filipina pada masa lalu, ia pergi ke arah negara gagal..."

"Beritahu saya sekarang, itu adalah apa berlaku di negara kita," katanya memberitahu pemberita selepas pelancaran buku barunya Frankly Speaking di Kuala Lumpur.

Pokemon Go : Jawatankuasa Fatwa Kedah putuskan haram

Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my

Alor Setar: Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah memutuskan haram bagi umat Islam bermain Pokemon Go kerana dilihat banyak mendatangkan kemudaratan.

Keputusan itu dibuat dalam satu mesyuarat di Pejabat Mufti Kedah, Anak Bukit di sini, selama dua jam 30 minit bermula 10 pagi hingga 12.30 tengah hari tadi.

Mufti Kedah Datuk Muhamad Baderudin Ahmad berkata, melalui perbincangan di dalam mesyuarat itu, pihaknya merumuskan sangat wajar permainan Pokemon Go ini dihalang, disekat dan dilarang di mana dalam erti kata lain diharamkan dimainkan umat Islam.

Menurutnya, jika hanya diharamkan mereka tetap akan bermain permainan itu dan sehubungan itu ia harus disekat oleh pihak yang berautoriti supaya permainan itu tidak boleh dimainkan di negara ini kerana ia lebih mendatangkan kemudaratan.

“Terdapat beberapa kemudaratan yang dikesan melalui permainan itu seperti ia boleh mengancam akidah umat Islam.

“Selain itu permainan itu juga boleh mengganggu gugat keselamatan dan privasi kita seperti rumah ibadat diceroboh sehingga mencetuskan suasana tidak sihat,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas selesai mesyuarat itu, hari ini.

Muhamad Baderudin berkata, permainan Pokemon Go juga didapati boleh mengancam terdedahnya rahsia negara dan pemain hilang fokus kepada dunia realiti.

“Permainan ini tidak mempunyai faedah sebaliknya mendatangkan lebih banyak keburukan.

“Saya juga menyarankan ibu bapa supaya memantau anak-anak mereka supaya tidak terjebak dalam permainan ini,” katanya.

Beliau berkata, Jabatan Mufti Kedah juga mencadangkankerajaan dan pihak berwajib menyekat perisian aplikasi permainan Pokemon Go dan mana-mana perisian permainan lain yang mempunyai unsur keburukan sama.

Isu RM90juta : Kenapa tetiba membisu...???

Oleh: Mohd Sayuti Omar

Sehingga pukul 4:00 petang ini saya belum terbaca apa-apa komen dan kecaman daripada pemimpin lain parti agama  sebagai menyokong kecaman Tuan Ibrahim Tuan Man kepada Sarawak Report yang memfitnah parti itu dengan melaporkan ada pemimpin yang "tankerdah" RM90 juta daripada Najib.

Setiausaha Agung Takiyuddin Hassan juga diam membisu, begitu juga dengan naib-naib presiden, kecauli yang bergelar Ustaz Idris. Presideng lagilah senyap terus. Mursyidul Am dan juga timbalannya senyap terus. Ketua ulama juga mengambil sikap tawakus yang sama.

Setiausaha Majlis Syurga Ulama (MSU) juga bisu terus. Ketua penerangan MSU juga terkancing mulut. Ketua pemuda apa lagi, mungkin hanya berdoa sambil melurut janggut atau asik masuk bilik air kerana tiba2 dibahan "dedas". Kenapa diam?

Patutnya sudah kenyataan rasmi dikeluarkan oleh parti itu berhubung laporan Sarawak Report itu. Apabila Tuan Ibrahim seorang sahaja yang berkokok bak jalak atas julai jambu, maka ia dilihat sebagai kenyataan peribadinya sahaja.

Apakah perlu bermesyuarat dan menyemak setiap kata dan bahasa dalam laporan berkenaan? Atau pun sedang menyembunyikan sesuatu yang kian hampir terlondeh kini? (Kalau ada kenyataan dari mana2 pemimpin besar parti itu sila cut page di sini, kita kongsi). Hendaknya Pokemo tidak mendedahkan apa yang benar berlaku. Trims.

Tarian Gelek Puteri UMNO...!!!!!

TARIAN GELEK PUTERI UMNO

Saya hairan dgn sikap Puteri UMNO di satu tempat. Kenapa suka sangat gelek punggung depan pemimpin UMNO? Dulu ada pihak tertentu mendakwa Puteri UMNO adalah pemuas nafsu (maaf) pemimpin UMNO. Maka marahlah sebahagian pemimpin Puteri.

Bukankah dgn menggelek punggung depan lelaki itu sebahagian cara memuaskan / melayani nafsu lelaki jahat? Jika ada pemimpin UMNO yg curang atau main kayu tiga bukan main kita marah. Tetapi bukankah dgn menggelek punggung itu sebenarnya membuka jalan kearah itu?

Orang terpelajar dan berperibadi mulia tidak akan menggelek punggungnya di khalayak ramai. Hanya perempuan rendah moral dan murahan sahaja yg sanggup berbuat demikian.

Ahmad Jailani Abdul Ghani

'PAS sedia saman S'wak Report, Najib bila lagi?'

Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar tertanya-tanya bila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan memfailkan saman terhadap portal pemberi maklumat, Sarawak Report.

Ini kerana katanya, PAS kini bersedia mengambil tindakan undang-undang terhadap portal itu kerana mendakwa pemimpin atasannya menerima wang sebanyak RM90 juta daripada perdana menteri.

Bagaimanapun, Mahfuz tidak menangkis tuduhan bahawa pimpinan partinya menerima wang berkenaan, sebaliknya mensasarkan Najib dengan menyifatkan ia sebagai tuduhan berat.

"Tuduhan berat ini menggambarkan permainan dan percaturan politik jijik Najib bagi terus mencengkam kuasa dengan pemberian wang yang berunsur rasuah untuk membeli lawan politiknya.

"Tuduhan ini akan menjejaskan nama baik negara dan akan menghilangkan kepercayaan masyarakat antarabangsa kepada Malaysia serta menjunamkan indeks rasuah Malaysia," kata Mahfuz dalam kenyataan media.

Katanya lagi, Najib tidak boleh membiarkan tuduhan itu berlalu tanpa membersihkan namanya dan negara dengan mengheret Sarawak Report ke muka pengadilan.

"Rakyat menanti tindakan Najib menyaman Sarawak Report sebagai tanda usaha membersihkan nama Malaysia di persada antarabangsa.

"PAS sudah bersedia untuk saman Sarawak Report. Najib bila lagi. Rakyat tak mahu mendengar pengakuan Najib bahawa RM90 juta itu sebagai derma politik peribadi pahlawan Bugis kepada peribadi orang atasan PAS," kata Mahfuz.

Terdahulu Mahfuz hari ini meminta Sarawak Report menamakan pemimpin PAS yang menerima wang berkenaan bagi menjauhkan parti itu daripada pembangkang.

PAS semalam menyangkal laporan tersebut dan mengancam akan mengambil tindakan undang-undang terhadap portal itu.

Berikutan itu, pengarangnya Clare Rewcastle Brown menjelaskan dakwaan itu dibuat berdasarkan "kecurigaan yang meluas".

MK

KENAPA PEMIMPIN2 UMNO KIAN MERAPU DALAM MEMPERTAHANKAN NAJIB?

Shahbudin Husin,

Semakin masa berlalu, walaupun Najib Razak terus dipertahan dan disokong oleh para pemimpin UMNO, yang nyata hujah serta alasan dalam mempertahankan beliau juga kelihatan semakin merapu.

Sebut saja, daripada Salleh Said Keruak, Rahman Dahlan, Ahmad Maslan, Nazri Aziz, Idris Haron, Aziz Kaprawi, Azalina Othman Said dan ramai yang lain, setiap kali mereka membuka mulut mempertahankan Najib, ia akhirnya lebih menjadi bahan ketawa dan perlecehan daripada rakyat.

Hujah, idea dan kata-kata yang dilontarkan seolah-olah bukan terzahir daripada mulut mereka yang bergelar pemimpin, yang seharusnya mesti memperlihatkan mereka lebih cerdik berbanding rakyat biasa, bukan menjadi lebih bodoh di mata umum.

Malah Khairy Jamaluddin yang terlihat pintar dan dikhabarkan bakal pemimpin masa depan juga seperti sanggup memperbodohkan diri sendiri apabila mengatakan "tak mengapa digelar macai, asalkan untuk mempertahankan Najib."
 
Jika diperhatikan, sejak timbulnya isu 1MDB, derma RM2,600 juta dan saman Jabatan Kehakiman AS, kemandulan dan kemerapuan dalam memberi kenyataan di kalangan pemimpin yang menyokong Najib, jelas amat ketara.

Kenapa semua ini berlaku? Kenapa ramai pemimpin sanggup mengeluarkan idea-idea bodoh atau sedia kelihatan bodoh asalkan dapat dilihat menyokong Najib?

Kenapa semasa Tun Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri misalnya, ketika kedua-dua pemimpin itu dikritik dan diserang, tidak kedapatan pula hujah-hujah dangkal dan merapu seperti sekarang daripada pemimpin bawahan yang mempertahankan mereka?

Begitu juga dengan ketua-ketua dalam parti pembangkang, mereka juga seringkali diserang dan dikritik, tetapi mengapa pemimpin yang mempertahankannya selalu tampil dengan hujah-hujah yang bernas, dapat diterima akal dan tidak bodoh di mata rakyat?

Apakah pemimpin-pemimpin yang melingkari Najib sekarang begitu rendah kualitinya berbanding era sebelumnya atau mereka yang berada di sebelah lagi satu?

Atau apakah ia disebabkan oleh masalah yang ditimbulkan Najib begitu berat dan sukar untuk dipertahankan dan tindakan mereka mempertahankannya hanya semata-mata untuk menunjukkan masih ada yang setia bersama dengan Perdana Menteri?

Meskipun begitu, secara umumnya ada dua kelompok pemimpin yang mengelilingi Najib. Satu, mereka yang mulutnya lebih pantas bergerak daripada akalnya. Mereka inilah yang banyak merapu. Asal ada saja isu berkaitan Najib, terpacullah suara mereka. Yang penting bukan isi atau hujah yang dilontarkan, tapi kehadiran dalam memberikan sokongan.

Hujah selalu ditolak ke tepi. Sebab itu, dalam isu wang RM2,600 juta, macam-macam hujah lawak jenaka dapat kita dengar, sama ada sebelum atau selepas Najib mengakui wang tersebut benar-benar masuk ke akaun peribadinya.

Dalam kes saman Jabatan Kehakiman AS pula, sampai ada yang mengatakan ia kononnya percubaan campurtangan Amerika, Malaysia akan jadi Iraq kedua, mahu membunuh Melayu dan pelbagai hujah gila lainnya.
Kelompok kedua yang ada di keliling Najib juga ialah mereka yang diam dan hanya buat kerja sama ada sebagai menteri, timbalan menteri, pengerusi GLC atau menjaga UMNO di bahagian masing-masing. 

Mustapha Mohamad dan Idris Jusoh adalah antara golongan kedua yang hampir-hampir tidak bersuara berkaitan 1MDB, derma RM2,600 juta atau saman Jabatan Kehakiman AS. Di kalangan timbalan menteri, Ahli Parlimen dan Ketua UMNO bahagian juga ramai kelompok kedua ini.

Ada yang berkata, mereka adalah pemimpin yang pandai "main selamat" tetapi kerana tidak bersuara, mereka adalah antara yang tidak kelihatan bodoh di mata rakyat.

Apakah yang main selamat dan tidak mahu kelihatan bodoh itu lebih berpaksikan kepada prestasi kerja sebagai tanda sokongan kepada Najib atau kerana mereka juga mendapati sukar untuk berbuat demikian, lalu berdiam diri adalah pilihan terbaik, manakala yang bising-bising itu kerana tiada apa-apa kelebihan yang boleh ditonjolkan untuk terus kekal dengan jawatan? (SH 09/08/2016).

KJ seriau dengan parti baru, sebab target nak curi ahli UMNO...

'Hati-hati parti baharu, mereka sasar ahli kita'

Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menggesa ahli Umno tidak mengambil ringan penubuhan parti baharu yang akan diterajui bekas orang nombor dua parti itu.

Menurutnya, penubuhan parti yang diterajui bekas Timbalan Perdana Menteri (TPM), Tan Sri Muhyiddin Yassin menyasarkan ahli-ahli dan penyokong Umno sebagai ahli mereka.

"Saya harap kita perlu diambil serius kerana ia bukan ditubuhkan oleh orang yang tidak ada pengalaman dalam politik.

"Saya yakin kita dapat meyakinkan ahli kita dengan penyokong kita untuk terus sokong Umno tapi perlu beri penekanan yang serius terhadap perkara ini," katanya pada sidang media selepas mesyuarat bersama pemuda Barisan Nasional, di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata, sentimen terhadap bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad masih lagi ada dalam kalangan ahli Umno dan kita tidak mahu mereka keliru dan memberi sokongan kepada parti baru ini.

"Kita kena nyatakan parti baharu ini adalah parti lawan terhadap Umno bukan ditubuhkan untuk bantu Umno," katanya.

Katanya, ahli dan penyokong mestilah diberi penerangan berkenaan isu-isu yang dibangkitkan parti ini serta mengurus persepsi supaya tidak ada ahli Umno menyokong parti tersebut.

"Kita pandang serius perkara ini. Saya telah turun ke setiap bahagian pada perasmian mesyuarat bahagian untuk memberi pendedahan kepada setiap ahli Umno khusus tentang matlamat parti baharu.

"Mereka adalah lawan kita dan isu dibangkitkan parti ini juga perlu dijelaskan supaya setiap ahli kita tidak terpengaruh," katanya.

Jom Mai Bantu Adik Ini Dok Kuala Kedah - Pakai tiub setiap masa

Pakai tiub setiap masa
KUALA KEDAH - Seorang bayi berusia sembilan bulan dari Kampung Ulu, Kuala Kedah, yang mengidap empat penyakit kronik terpaksa bergantung kepada mesin oksigen sepanjang hari untuk menjalani kehidupan harian.

Ieman Fayruzz Mikhail Abdul Rahim mengidap penyakit jantung, masalah paru-paru, asma dan sawan.

Menurut ibunya, Nor Hidayu Halim, 27, anak bongsu dari tiga adik beradik itu perlu menggunakan mesin oksigen itu setiap masa.

“Hati ibu mana mampu tahan bila lihat anak terpaksa pakai tiub khas pada hidup sepanjang hari untuk teruskan hidup, namun kami tiada pilihan lain.

"Bila Ieman tidak sihat, saya memang risau kerana dia asyik tidur saja. Bukan setakat main, malah minum pun dia tak nak,” katanya.

Hidayu berkata, kini keadaan kesihatannya juga tidak menentu, ada ketika Ieman dilihat bertambah baik, namun kadangkala tidak sihat.

Malah katanya, tiub yang dipakai anaknya juga kadangkala tertanggal apabila Ieman kerap menggosok hidungnya.

"Untuk pastikan tiub itu tak tertanggal, saya kena perhatikan Ieman setiap masa.

"Jika tiub itu tercabut, nafasnya mungkin akan terhenti," katanya.

Tambahnya, disebabkan keadaan anaknya itu, dia tidak bekerja dan mengharapkan pendapatan suami, Abdul Rahim Ismail, 31, sebagai penjual air kelapa.

"Dengan pendapatan suami yang tak seberapa, kami memang masih memerlukan bantuan untuk menampung kos rawatan hospital, susu dan lampin," katanya.

Selain Ieman, pasangan suami isteri ini juga menyara dua lagi anak mereka, Ahmad Hafizy, 9, yang juga orang kurang upaya (OKU) dan Ahmad Amirul Amin, 6.

Sebelum ini, Sinar Harian pernah menyiarkan penderitaan Ieman yang mendapat perhatian Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Bagi mereka ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) atas nama ibunya Nor Hidayu Halim (0210029000677695).

Alor Setar - Kanak-kanak perempuan dakwa nyaris diculik

Culik

ALOR SETAR - Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun trauma selepas mendakwa nyaris diculik dua lelaki yang menaiki sebuah van di kawasan letak kereta bangunan Wisma Persekutuan di Anak Bukit, di sini, semalam.

Ibu mangsa, Nor Asilawani Mohd Sehut, 43, berkata kejadian pada jam 7.27 pagi itu berlaku sewaktu anaknya sedang menunggunya di luar kereta ketika beliau pergi mengetik kad perakam waktu di pejabatnya.

Beliau berkata menjadi rutin hariannya datang ke pejabat terlebih dahulu sebelum menghantar anaknya ke sekolah berdekatan.

"Selepas saya selesai mengetik kad perakam waktu, saya terkejut melihat anak saya berlari ke arah saya dalam keadaan takut dan seperti dikejar seseorang," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Menurut Nor Asilawani, anaknya memberitahu ada dua lelaki yang menaiki van berwarna hitam cuba menculiknya.

Katanya beliau kemudian membuat laporan di Balai Polis Anak Bukit pada jam 9.19 pagi semalam.

Sementara itu, kanak-kanak berkenaan yang dikenali sebagai Zara berkata, pemandu van tersebut menanyakan nama dan memanggilnya untuk memberikan coklat.

"Tetapi saya tidak ambil kerana ibu pesan jangan ambil makanan daripada orang yang tidak dikenali," katanya sambil menambah lelaki berkenaan bercakap dalam loghat Kedah.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

"Berdasarkan fakta kes, kita dapati tiada unsur culik atau melarikan orang kerana ia cuma tanggapan pengadu yang merasakan dia hampir diculik," katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, katanya polis akan meningkatkan rondaan di kawasan tersebut bagi mengelak sebarang kejadian jenayah. - Bernama




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...