TERKINI :

Tuesday, August 9, 2016

Najib perlu saman Sarawak Report atas tuduhan pemberian wang RM90juta kepada PAS

Kenyataan Media

*NAJIB JANGAN LEPAS PELUANG UNTUK SAMAN SARAWAK REPORT*

1.Tuduhan pemberian wang oleh PM Najib sebanyak RM90 juta kepada Pas melalui orang atasan Pas yang dibuat oleh Sarawak Report (SR) *bukan sahaja mencalarkan nama baik Pas malah telah menyebabkan kerosakan berganda terhadap integriti politik PM Najib dan negara*.Berbagai tuduhan yang telah dibuat oleh SR terhadap PM Najib  *berlalu tanpa Najib membersihkan namanya dan negara dengan mengheret SR ke muka pengadilan*.

2.Kini Najib dituduh memberi wang kepada Pas sebanyak RM90 juta untuk menjauhkan Pas dari pakatan pembangkang. *Tuduhan berat ini  menggambarkan permainan dan percaturan politik jijik Najib bagi terus mencengkam kuasa dengan pemberian wang yang berunsur rasuah untuk membeli lawan politiknya*.

3.Tuduhan ini akan menjejaskan nama baik negara dan akan menghilangkan kepercayaan masyarakat antarabangsa kepada Malaysia serta menjunamkam index rasuah Malaysia. *Tuduhan ini juga akan merosakkan politik Malaysia yang dilihat begitu kotor dan jijik dengan amalan korupsi*.

4.PM Najib tidak boleh lagi membiarkan tuduhan berat SR berlalu tanpa saman Najib kepada SR. Sebelum ini dakwaan isu RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi dinafikan oleh Najib di peringkat awal akhirnya ternyata benar dengan pengakuan Najib sendiri kononnya sebagai derma tok arab*.Rakyat menanti tindakan Najib menyaman SR sebagai tanda usaha membersihkan nama Malaysia dipersada antarabangsa*.Pas sudah bersedia untuk saman SR.Najib bila lagi. *Rakyat tak mahu mendengar pengakuan Najib RM90 juta itu sebagai derma politik peribadi pahlawan Bugis kepada peribadi orang atasan Pas*.

#BeraniKeranaBenar.

*DATO'HJ MAHFUZ HJ OMAR*
Ahli Parlimen Pokok Sena
Taman Al-Walid Alor Setar
9 Ogos 2016/6 Zulkaedah 1437H

Dr M dimasukkan ke IJN

KUALA LUMPUR - Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) hari ini untuk rawatan jangkitan di dada.

Menurut kenyataan Jabatan Komunikasi Korporat IJN, bekas perdana menteri itu dijangka diletakkan di bawah pemerhatian doktor untuk beberapa hari.

Mahathir, 91, kini berada di wad biasa dan berdasarkan nasihat pasukan perubatan, lawatan adalah terhad kepada anggota keluarga sahaja, kata kenyataan itu.

Pada 2013, beliau dimasukkan ke IJN selama 10 hari mulai 16 November untuk rawatan jangkitan di dada. - Bernama

Kedutaan AS pilih diplomasi dalam isu 'bunuh Melayu'

Hubungan jangka panjang antara Malaysia dan Amerika Syarikat perlu menyediakan asas yang kukuh untuk menangani isu-isu membimbangkan, kata seorang jurucakap kedutaan republik itu di negara ini.

Enggan diheret dalam perang mulut dengan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron, kedutaan Amerika menawarkan tindak balas diplomatik kepada tuduhan bahawa kuasa besar itu mahu 'membunuh' orang Melayu.

Dalam mesej teks kepada Malaysiakini, seorang jurucakap kedutaan itu berkata, rakyat Malaysia dan Amerika Syarikat mempunyai hubungan kukuh yang dibina dengan sikap saling mempercayai demi kepentingan ekonomi dan keselamatan bersama.

"Pelaburan dalam hubungan jangka panjang antara negara kita menyediakan asas yang lebih kukuh untuk kita juga menangani isu-isu yang membimbangkan," katanya.

Bagaimanapun, jurucakap itu enggan mengulas mengenai tuduhan bahawa Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) melakukan fitnah berhubung dakwaan penyalahgunaan dana 1MDB.

"Kami rujuk anda kepada DOJ untuk sebarang pertanyaan mengenai kes ini," katanya apabila ditanya mengenai perkara itu.

Jurucakap itu diminta mengulas ucapan Idris yang mendakwa bahawa tindakan Amerika Syarikat adalah helah politik untuk menjatuhkan orang Melayu seperti apa dilakukan terhadap rakyat Iraq.

Dalam ucapannya, Idris mempersoalkan kredibiliti DOJ dengan merujuk pencerobohan Amerika Syarikat ke atas Iraq pada tahun 2003 serta dakwaan bahawa presiden Iraq ketika itu, Saddam Hussein memiliki senjata pemusnah besar-besaran.

"Kau tipu orang Iraq, kau bunuh orang Iraq, sekarang kau nak bunuh pula orang Melayu di Malaysia," katanya ketika merasmikan mesyuarat Umno bahagian Ampang baru-baru ini.

DOJ bulan lalu memfailkan saman sivil bagi merampas aset bernilai AS$1.5 bilion yang didakwa disalahgunakan daripada dana 1MDB.

Menjelang protes #TangkapMO1, penganjur ajak tukar gambar profil

FMT Reporters

KUALA LUMPUR: Sekumpulan pemuda akan mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka pada 27 Ogos ini bagi mendesak Putrajaya mendedahkan identiti “Malaysian Official 1” (MO1), yang disebut Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat dalam permohonannya menyita aset berkait 1MDB bulan lalu.

Sehubungan itu, Gabungan #TangkapMO1 menyeru orang ramai menunjukkan sokongan dengan menukar gambar profil media sosial mereka kepada logo kempen #TangkapMO1.

“Kami menyeru sekiranya sudi, anda boleh menukar gambar profil kepada logo kempen #TangkapMO1 di laman sosial masing-masing sebagai tanda sokongan terhadap perhimpunan ini,” kata Presiden #TangkapMO1, Anis Syafiqah Yusof.

Beliau menjangkakan kehadiran seramai 10,000 orang, dan protes akan bermula jam 2.40 petang selepas berkumpul di perkarangan pusat beli belah Sogo dan Masjid Negara.

Perhimpunan itu akan dibantu pasukan Amal Relief Malaysia (Arif) dengan kerjasama Skuad Medik untuk memastikan perhimpunanan berjalan lancar, katanya.

Kumpulan itu juga akan mengadakan siri ceramah dan “flashmob” bagi menjelaskan kepada masyarakat mengenai isu 1MDB.

“Ceramah ini bermula di Johor dan Kelantan pada 13 Ogos diikuti Perak pada 20 Ogos. Selain itu kami juga akan ke Pulau Pinang, Pahang dan Kedah,” kata Anis.

Jabatan Kehakiman AS pada 20 Julai mengemukakan saman sivil untuk menyita lebih AS$1 bilion aset yang didakwa dilesapkan daripada dana 1MDB.

Dalam saman itu, AS$731 juta dana 1MDB didakwa mengalir ke akaun bank seorang yang hanya dirujuk sebagai “Malaysian Official 1”, yang disifatkan sebagai “pegawai berpangkat tinggi dalam kerajaan Malaysia”.

Pelbagai pihak merumuskan gelaran itu merujuk kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Nik Omar - Pas tidak boleh bersendiri, sebaliknya perlu bergabung

AKHIRNYA ...

KOTA BHARU - Pas tidak boleh bersendiri, sebaliknya perlu bergabung bersama Pakatan Harapan dalam menghadapi PRU14, kata Nik Omar Nik Abdul Aziz anak kepada bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau yang sebelum ini dikaitkan dengan Parti  Amanah  Negara (Amanah)  berkata, sejarah membuktikan Pas tidak mampu memperoleh keputusan baik ketika bersendirian dalam menghadapi pilihan raya.

“Saya lebih suka kalau Pas bersama Pakatan Harapan dan ketiga-tiga parti (DAP, PKR, Parti Amanah Negara) perlu berjiwa besar untuk menerima Pas bersama Pakatan Harapan.

“Dari sudut politik lebih terjamin untuk peralihan kerajaan baru dalam PRU14. Pas pun tahu, kalau (bertanding) sendiri menerima risiko kalah dalam banyak kerusi,” katannya.

Nik Omar dalam masa yang sama turut menyarankan agar Pas menerima kehadiran Amanah kerana asas perjuangan parti itu sama iaitu menegakkkan Islam.

Sambil menegaskan kesetiaan beliau kepada Pas, anak kedua Nik Abdul Aziz itu berkata, Amanah dilahirkan daripada rahim yang sama.

“Pandangan ini yang menyebabkan orang melihat saya berbeza, saya bukan ahli Amanah, kalau Umno minta pergi ceramah saya pergi, itu kalau Umno, apatah lagi  kalau rakan sendiri.

“Kita kena terima dari sudut asas dasar, Pas membawa dasar Islam. Amanah pun sama, tiada perbezaan, sama-sama nak perjuangkan Islam, cuma yang berbeza  pendekatan dan ia tidak membabitkan akidah.

“Sejak dari  dulu lagi perkara ini sepatutntya diselesaikan dalam perbicangan dalaman, macam mana pun Amanah ini  anak kepada ibu, anak dalam rahim yang sama (dengan Pas), kepimpinan yang ada sekarang asalnya puluhan tahun dalam Pas,”katanya.

Ditanya adakah Pas kini sudah berubah tidak sepertimana zaman Allahyarham ayahdanya, Nik Omar berkata, dasar Pas tidak berubah, sebaliknya pendekatan yang dibawa pimpinanya berbeza.

Beliau memberi contoh bagaimana Allahyarham Nik Aziz mengendalikan isu hudud dengan baik walaupun menerima tentangan lantang daripada pimpinan DAP.

“Politik Pas kini  nampak DAP musuh utama, adapun Amanah melihat DAP rakan kongsi yang penting untuk pilihan raya, saya nampak,  cara yang dibawa Pakatan Harapan ataupun Amanah ini lebih dekat dengan pendekatan tok guru.

“Kalau DAP tidak setuju hudud, bila mereka tentang, adakah lepas tok guru meninggal dunia? Tidak, masa tok guru ada lagi, mereka tentang tetapi tidak berlaku  perpecahan, walaupun (bekas pengerusi DAP) Karpal Singh lawan tetapi tok guru pergi ziarah,“katanya.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...