TERKINI :

Sunday, August 7, 2016

Kalau nak haramkan POKEMON GO pakai hujah nie rasanya bagus dan bernas..!!

Info ini disalin dan tampal dari sebuah Telegram berkumpulan bertajuk "why u shouldn't play Pokémon Go".

Diaorang cakap haram diaorang ada bagi reason. Bacalah dulu. Dulu orang pun paranoid jugak waktu first FB Messenger keluar sebab FB Messenger mintak permission macam-macam yang boleh jadi potential spying apps.

Pokemon Go ni memang guna GPS dan submit data-data koordinat pada server. Jadi ada potensi data-data ni boleh diguna untuk "menjajah" negara tanpa kita sedar. Macam kereta Google Maps yang lalu depan rumah kamu tu, dia rekod gambar dan koordinat hampir seluruh Malaysia. Cuma beberapa lokasi seperti military base tak dibenarkan masuk.

Tapi kalau ada orang main pokemon dalam military base? Kereta Google Maps pun tak masuk dalam rumah kamu, tapi kalau kamu main Pokemon Go dalam rumah? Dalam bilik? Data tu dah berpotensi untuk dibuat maps yang lebih detail, dengan koordinat GPS dan gambar sebab kamu dah bagi permission untuk app ni guna kamera kamu dan hantar pada server di luar negara.

Kamu rasa pelik macamana Facebook boleh kenal rupa kamu dalam gambar walhal kamu tak tag pun kan? Sebab teknologi begitu dah ada! Facebook dah ada data wajah kamu. Kali ini kamu dengan rela hati tangkap gambar bilik tidur kamu berserta koordinat.

Banyangkan 1 juta orang participate untuk main Pokemon Go. Lama kelamaan data Pokemon Go akan jadi lebih lengkap untuk memetakan seluruh negara Malaysia, luar dan dalam rumah.

Bayangkan: Gambar dalam rumah kamu, geotagged, simpan di server luar negara. Rasa tak selamat? Kamu sendiri yang bagi kebenaran waktu nak Install.

Nota:

Info di atas tidak diperbetulkan dari segi tatabahasa bagi mengekalkan keaslian maklumat.

NAK NANGIS ATAU KETAWA? KENAPA TAK CADANG PUTUS HUBUNGAN DENGAN AS?

Makin parah nampaknya tahap percubaan pemimpin UMNO mahu mengautakan orang-orang Melayu sekarang ini.

Malas nak ulas panjang-panjang kenyataan Ketua Menteri Melaka, Idris Haron ini,  nak bagi peluang penjenguk blog ini mengulasnya pula.

Kadang-kadang tak tahu sama ada mahu menangis atau ketawa bila pemimpin bercakap seperti ini. Malu kat rakyat beb!!

Cuma nak bagi satu contoh, jika mahkamah negeri Melaka mengambil tindakan merampas harta pencuri yang berasal daripada Kedah atau Perak, apakah ia bermakna Melaka mahu campurtangan dan menjatuhkan kerajaan negeri tersebut?

Tetapi, jika benar Idris Haron ada fakta kukuh bahawa Amerika ada perancangan mahu menjatuhkan Najib dan membunuh orang Melayu sebagaimana yang pernah dilakukan kepada Iraq, ada baiknya beliau mencadangkan kepada kerajaan agar memutuskan hubungan diplomatik dengan kuasa besar itu.

Jangan gebang besar depan perwakilan UMNO saja? (SH 07/08/2016).

Jangan jadi negara lindungan China

A Kadir Jasin

DALAM blog saya (The Scribe A Kadir Jasin), saya telah beberapa kali mengulas mengenai jangkitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terhadap ekonomi negara.

Saya ibaratkan skandal 1MDB sebagai wabak yang boleh merebak menjadi jangkitan besar-besaran. Dalam bahasa yang lebih mudah, saya mengibaratkannya sebagai Sang Kelembai. Apa yang disentuhnya menjadi batu.

Yang terakhir disedut ke dalam lohong hitam (black hole) cakerawala korporat ini adalah China Communications Construction Company (CCCC) milik Kerajaan China.

Seperti saya sebutkan dalam kolum minggu lalu, CCCC adalah antara pemain baharu dalam sektor pembinaan dan infrastruktur negara kita.

Berapa saluran berita asing telah mengaitkan syarikat pembinaan raksasa kerajaan China ini dengan konspirasi rasuah yang sekali lagi melibatkan 1MDB.

Ia didakwa terbabit mengembungkan (inflate) kos pembinaan Projek Kereta Api Pantai Timur (ECRP) daripada RM30 bilion kepada RM60 bilion bagi membantu 1MDB mengatasi hutang berjumlah RM50 bilion.

Dalam tulisan minggu lalu juga, saya menimbulkan tanda tanya mengenai bagaimana syarikat-syarikat milik negara dari China memperoleh banyak projek raksasa dan strategik di Malaysia dalam jangka masa yang sangat singkat.

Akhbar nasional Australia, The Australian memetik jurucakap CCCC sebagai berkata ia tidak mengembungkan nilai kontrak kereta api dengan 1MDB bagi menutup hutang 1MDB.

Apa yang boleh difahami daripada laporan The Australian itu ialah CCCC telah secara diam-diam memperoleh kontrak 1MDB bagi membina landasan baharu dari Kuala Lumpur ke Tumpat, Kelantan melalui Mentakab, Kuantan dan Kuala Terengganu.

Dakwaan bahawa CCCC terlibat dalam konspirasi rasuah menjadi berwibawa kerana ia telah diharamkan oleh Bank Dunia daripada mengambil bahagian dalam projek yang dibiayainya.

Pada 29 Julai 2011, Bank Dunia mengumumkan sekatan ke atas CCCC dan anak-anak syarikatnya kerana melakukan penipuan dalam kontrak Fasa 1, Projek Penambahbaikan dan Pengurusan Jalan Raya Kebangsaan Filipina.

Di bawah sekatan yang diundurkan tarikh kepada 12 Januari 2009 itu, CCCC tidak layak mengambil bahagian dalam sebarang projek jalan raya dan jambatan yang dibiayai oleh Bank Dunia hingga 12 Januari, 2017.

Kes rasuah di luar negara yang melibatkan syarikat-syarikat negara China, khususnya CCCC, sudah diketahui ramai. Misalnya pada tahun 2014, dua pegawai kanan Lembaga Pelabuhan Tanzania dihadapkan ke mahkamah kerana mengembungkan projek AS$523 juta (kira-kira RM2.1 bilion) yang kemudiannya diberikan kepada CCCC.

Diplomat dan eksekutif asing di Malaysia mula menyuarakan kebimbangan terhadap apa yang mereka sifatkan sebagai pengaruh luar biasa syarikat China di negara kita.

Mereka berkata, walaupun mengalu-alukan persaingan tetapi mereka mendakwa tidak dapat bersaing jika syarikat dari China mendapat layanan istimewa atau menggunakan kaedah yang tidak dibenarkan oleh piawaian antarabangsa.

Malangnya, semakin banyak negara dan kerajaan di dunia yang pelahap modal serta pelaburan China sehingga sanggup membelakangkan fakta dan berita negatif mengenai tindak-tanduk pelabur China.

Sudah wujud petanda bahawa kebangkitan China sebagai kuasa baharu ekonomi dan dasar ketenteraannya telah mula memberi kesan ke atas negara-negara kecil di Asia Timur dan Australasia.

Selain pengaruh ekonomi, China juga mula menampakkan taring di segi politik dan ketenteraan dengan memperluaskan tuntutan ke atas Laut China Selatan dengan membina pangkalan tentera berhampiran Asia Tenggara.

Kesan dasar hegemoni baharu China ini telah melemahkan kerjasama serantau, khususnya Asean, dan menjadikan sesetengah negara di rantau seakan-akan negeri lindungan (vassal state) China.

Kesimpulannya, walaupun kerjasama ekonomi dengan negara China adalah baik dan perlu tetapi kita wajib berhati-hati agar tidak hilang kedaulatan dan, tanpa kita sedari, menjadi negara naungannya. Wallahuaklam.

* Datuk A Kadir Jasin,
Tokoh Wartawan Negara

Datuk Paduka Husam Musa Dengan Idea " Politik Baru Di Malaysia "

Oleh Hayar Hassan


Nama Datuk Paduka Husam Musa @ DPHM tentunya sudah tidak asing bagi orang awam Malaysia yang penuh minat mengikuti perkembangan politik Tanah Air khususnya rakyat bumi Kelantan Darul Naim. ADUN Salor ini yang telah menang atas tiket PAS semenjak PRU ke 12 telah diberikan kepercayaan oleh Almarhum TGNA menjawat jawatan Pengerusi Jawatankuasa @ Exco Perancangan Ekonomi, Kewangan Dan Kebajikan mulai 8.3.2008 sehinggalah TGNA meninggal dunia. Sebelum itu, TGNA yang menjawat jawatan MB telah melantik DPHM menjadi Setiausaha Akhbar MB.

DPHM akhir-akhir ini kembali menarik perhatian ramai apabila membuat suatu kenyataan terbuka , agak provokasi dan pedas terhadap survival Kerajaan PAS Kelantan pada Majlis Dailog Dengan Rakyat di Kota Bharu lewat 1Julai 2016 lalu. DPHM meramalkan bahawa PAS akan gagal untuk membentuk Kerajaan Negeri Kelantan selepas PRU ke 14 nanti ! Tiada respon segera dari pimpinan PAS Pusat ke atas kenyataan DPHM ini. Adakah mereka terkejut dan cemas ke atas kenyataan DPHM ini ? Walau apa pun kenyataan DPHM itu hampir ada kebenarannya. Pada waktu ini PAS Kelantan sepertinya tiada mempunyai tokoh yang berkarisma untuk menerajui Kerajaan Negeri Kelantan Darul Naim. Dahulu ketokohan dan karisma Almarhum TGNA lah yang memenangkan PAS dalam setiap PRU ! Ini adalah fakta yang sukar disanggah oleh semua orang.

Setelah dua minggu berlalu, iaitu pada 13 Julai 2016, selepas DPHM membuat kenyataan yang agak kontroversi itu, barulah Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man @ DTITM, selaku Timbalan Presiden Pas membuat kenyataan terbuka, mengajak parti-parti pembangkang membuat "Genjatan Senjata " sesama parti-parti pembangkang. DTITM mengajak semua parti pembangkang menghentikan serangan sesama sendiri. Tugas utama parti-parti pembangkang adalah untuk menjatuhkan UMNO/BN. Anjuran DTITM ini telah disambut secara positif oleh semua pimpinan PH. Kita semua berharap ini adalah suatu titik permulaan yang baik untuk kesepakatan parti-parti pembangkang dalam menghadapi PRU ke 14 nanti. Sayangnya saranan DTITM ini tidak mendapat perhatian sewajarnya oleh lain-lain pimpinan PAS Pusat

Kembali menyorot sosok yang bergelar DPHM ini, di peringkat Parlimen , DPHM telah terpilih sebagai Ahli Parlimen Kubang Kerian selama dua penggal mulai 1994 hingga 2004. Ringkasnya sosok tubuh yang bergelar DPHM ini bukanlah sebarangan aktivis dalam PAS. DPHM mempunyai pengalaman yang luas dan komitmen yang tinggi terhadap PAS dan Kerajaan Kelantan Darul Naim semasa TGNA menjadi MB. Beliau dikatakan sebagai "Blue Eyed Boy "@ anak emas TGNA. Beliau suatu masa dahulu dikatakan mempunyai masa depan politik yang amat cerah khususnya untuk warga Kelantan Darul Naim. Akhbar portal popular Malaysiakini.com telah memertabatkan beliau sebagai "Newsmaker of The Year 2003".

DPHM adalah penasihat utama kepada Almarhum TGNA khususnya dalam bidang ekonomi, kewangan, politik dan pembangunan Kelantan. Berbekalkan peribadi yang tidak tercalar, dihormati, disegani oleh semua pihak, tepat dalam mengambil keputusan politiknya, Almarhum TGNA berjaya mengemudi pentadbiran Kerajaan PAS Kelantan Darul Naim selama 23 tahun. Suatu pencapaian yang luar biasa, memandangkan UMNO/BN sentiasa memasang perangkap dan tipu muslihat untuk mencemarkan intergriti serta kepimpinan TGNA dan seterusnya menjatuhkan Kerajaan PAS Kelantan Darul Naim. Namun impian buruk ini tidak kesampaian sewaktu TGNA masih hidup. Sama-sama lah kita tunggu dan lihat jika ianya akan berjaya setelah ketiadaan Almarhum TGNA sebagai Menteri Besar dan ketiadaan DPHM dalam barisan kepimpinan Exco Kerajaan PAS Darul Naim

Berbekalkan sekeping ijazah ekonomi daripada Universiti Malaya ( BEc 1980 - 1983 ) , DPHM mula mendekati PAS dengan tekad untuk memberikan sumbangannya kepada kelangsungan politik PAS Kelantan dalam bidang ekonomi dan kewangan. Umum berpendapat bahawa pada waktu itu PAS amat ketandusan orang-orang yang berkelulusan ekonomi dan kewangan. Kebanyakan daripada lulusan-lulusan bidang ini memilih untuk aktif dalam UMNO kerana peluang dan labanya amat besar sekali jika dibandingkan daripada apa yang boleh ditawarkan oleh PAS. Setelah saya amati DPHM adalah antara beberapa orang politikus-politikus pembangkang yang mampu memberikan analisa dan saranan yang bernas berkaitan dengan ekonomi dan kewangan negara. Keupayaan beliau adalah setara dengan YB Rafizi Ramli daripada PKR dan YB Tony Phua daripada DAP. Komen-komen mereka adalah ditunggu-tunggu oleh semua orang. Amat rugi lah bagi PAS yang telah memecatnya. Pada waktu ini orang ramai masih menunggu-nunggu jika ada pemimpin-pemimpin PAS yang mampu berbicara tentang ekonomi, kewangan dan pelaboran yang merupakan nadi kelangsungan ekonomi sesabuah negara.

Kekurangan DPHM pada mata sesetengah pimpinan PAS dan segelintir ahli-ahli PAS adalah kerana DPHM tidak mempunyai ijazah Pengajian Islam atau Syariah yang boleh melayakkannya bergelar Al Fadhil Ustaz. Gelaran Ustaz , Tuan Guru dan fasih berbahasa Arab sepertinya menjadi syarat utama untuk seorang pemimpin PAS menghayati Kepimpinan Ulamak ! Apakah pendapat ini betul ? Adakah ada sebarang dalil yang qat'ei untuk menyokong pandangan ini. Setahu saya konsep Kepimpinan Ulamak ini bermunculan dalam PAS setelah wujudnya Negara Republik Rakyat Islam Iran yang dipimpin oleh Imam Khomenie. Sekitar tahun 80'an, orang Islam seluruh dunia begitu teruja dengan kejayaan Revolusi Islam Iran. Namun apabila berlakunya perang saudara di Syria, Iraq dan Yemen, baru lah terserlah akan kesesatan dan kezaliman orang-orang Syiah terhadap masyarakat Ahli Sunnah Wal Jamaah. Sekarang ini rata-rata orang Islam di negara ini atau di Nusantara yang berpegang kepada akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah amat mencurigai akan kegiatan-kegiatan orang Syiah. Sepertinya konsep Kepimpinan Ulamak sudah tidak relevan lagi. Apa yang berlaku di Mesir dan Tunisia sudah cukup untuk kita renungi.

Semenjak tersingkirnya Kumpulan Erdogan daripada kepimpinan utama PAS Pusat, masa depan DPHM dalam PAS semakin malap. Komen dan pandangan DPHM terhadap Kerajaan Negeri Kelantan Darul Naim tidak disenangi pimpinan PAS khususnya PAS Kelantan. Keberaadaan DPHM dalam PAS amat dicurigai dan seluruh gerakgerinya dipantau. Akhirnya pada 23 April 2016 DPHM dipecat sebagai ahli PAS atas tindakan melanggar tatatertib.

Sosok yang bergelar DPHM ini yang dikatakan lebih gemar bergerak secara solo dalam maneuver politiknya seringkali membuat kenyataan-kenyataan yang mengkajetkan banyak orang. Terbaru, DPHM telah melontarkan idea " New politik " @ Politik Baru Malaysia. Mantan MB Selangor yang juga mantan Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib bersetuju dengan konsep baru DPHM ini.

Menurut DPHM, sasaran utama Politik Baru Malaysia adalah pengundi-pengundi baru dan generasi baru yang lebih mudah untuk didekati . Pengundi-pengundi lama terutamanya orang-orang Melayu sukar untuk berubah kerana mereka telah dimomokkan dengan slogan " Masa Depan Orang Melayu Dan Islam akan hancur seandainya UMNO/BN tewas dalam PRU, Ketuanan Melayu Hanya Boleh Diperjuangkan Oleh UMNO/BN ". 

Oleh yang demikian Gagasan Politik Baru Malaysia ini yang dicetuskan oleh DPHM wajar dipertimbangkan oleh pimpinan Pakatan Harapan @ PH. Kalau perubahan politik boleh berubah di negara-negara lain seperti Indonesia, Myanmar, India, Turki, Tunisia dan lain lagi, apa kah halangannya untuk ianya juga berlaku di Malaysia. Semua warga yang inginkan perubahan terhadap iklim politik di negara yang tercinta ini wajarlah berperanan ke arahnya. Semoga DPHM segera membuat keputusan memilih untuk menganggotai parti-parti dalam PH kerana sumbangannya amat diperlukan terutamnya di Kelantan Darul Naim. Wajar sekali DPHM mengetuai PAN Kelantan Darul Naim.

Sekian, terima kasih.

Hayar Hassan

Tidak perlu gusar dengan cercaan bahawa Amanah khadam DAP.

Oleh Mohd Sayuti Omar


Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub mengingatkan anggota partinya tidak perlu gusar dengan tuduhan dan cercaan bahawa Amanah adalah khadam kepada DAP. Katanya gelaran demikian bukan baharu, bahkan berlaku sejak lama dulu, masa Fadzil Noor dan Nik Aziz masih ada dan memimpin Pas lagi.

Tuduhan itu bukan sahaja dilemparkan kepada Amanah, tetapi Dr Mahathir yang kini galak berusaha menjatuhkan Najib Razak juga dituduh sebagai barua dan khadam kepada DAP.

Apa yang hendak saya ulas sebagai renungan di sini, apabila semua hal-hal buruk dicampakkan kepada DAP, dan DAP dijadikan modal untuk mengukuhkan kedudukan Najib oleh orang yang sokong Najib, maka jelas dan nyata kehebatan parti bernama DAP itu.

Serangan bertalu-talu kepada DAP menunjukkan parti itu hebat dan berpotensi. Dalam dunia politik cacian berlebihan itu memberi publisiti mengahkan sesebuah parti berkenaan.

Apabila DAP diperlakukan demikian, maka parti itu merupakan sebuah parti yang hebat.

Tengok parti-parti lain, seperti PKR, Parti Cinta Malaysia dan sebagainya tidak dicaci dan diburukkan seperti DAP kerana parti itu tidak punya potensi dan kehebatan seperti DAP.

Di sinilah kesilapan orang yang mencerca DAP untuk memburukkan orang lain, mereka telah salah dalam membaca sifar atau kali2 dalam politik. Trims.

'Hanya orang bodoh tak tahu siapa MO1, tapi Najib tak terlibat' - Datuk Abdul Rahman Dahlan

Pengarah Komunikasi Strategik BN Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata adlah bukan rahsia mengenai siapa Malaysian Official 1 (MO1) yang disebut dalam saman sivil oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat.

Setiap orang yang membaca dokumen-dokumen mahkamah atau mengetahui isu berkenaan akan tahu siapa orang yang sedang dirujuk, katanya.

Beliau diminta mengulas mengenai identiti MO1 kerana sesetengah pihak mendakwa MO1, yang disebut 36 kali dalam dokumen mahkamah DOJ, sebenarnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Tidak ada misteri tentang Malaysian Official 1, hanya orang bodoh tidak tahu siapa orang itu," katanya pada sidang akhbar, sambil menambah mereka yang sudah biasa dengan isu itu dan membaca dokumen mahkamah akan tahu siapa yang MO1.

"Soalan yang paling penting ialah mengapa mereka meletakkan Malaysian Official 1 (dalam kertas mahkamah dan bukannya terus menamakannya)?

"Malaysiakini tak tanya, mereka hanya tanya siapa MO1. Mengapa mereka (DOJ) tidak menamakan dia tetapi nama MO1 ...?

"Sebab mengapa orang itu tidak dinamakan sebagai Najib adalah kerana beliau tidak terlibat atau sebahagian daripada siasatan," katanya.

DOJ hanya menggunakan ini bagi merujuk mengenai seseorang kerana menamakan beliau tidak akan berlaku adil kepadanya, katanya.

"Ini sebenarnya satu petunjuk bahawa Najib bukan di kalangan orang-orang yang disiasat," katanya.

"Mereka menggunakan nama samaran kerana Najib bukan sebahagian daripada siasatan dan ini adalah satu perkara yang baik," katanya.

Rahman, yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno berkata demikian selepas merasmikan perhimpunan agung tahunan Umno bahagian Kepong malam tadi.

Pakatan Rakyat Dan Pakatan Harapan ,Persamaan Dan Perbedaan

Oleh Hayar Hassan


Mengikut sejarahnya Pakatan Rakyat@PR telah direalisasikan pada tahun 2008 oleh beberapa tokoh pemimpin PAS,PKR dan DAP pada 1 April 2008 . PR kemudiannya menyertai PRU ke 12 dan ke 13. Prestasi terbaik PR adalah dalam PRU ke 13. PR mempunyai 89 Ahli Parlimen daripada 222 kerusi parlimen.. PR juga mempunyai 239 kerusi DUN daripada 576 keseluruhan kerusi DUN. Di samping itu, PR mampu menghantar 8 ahli-ahlinya ke Dewan Negara. PR juga meraih undi popular 51.0 % daripada keseluruhan undi. Ini bermakna PR lebih popular daripada BN. PR juga masih mampu menafikan majoriti 2/3 BN di Parlimen. Itu lah kenangan yang amat manis buat pemimpin dan penyokong-penyokong PR !

Namun begitulah putaran kejadian alam ini, sesuatu yang bermula pasti akan menemui penghujungnya. PR telah berkubur pada 16 Jun 2015. PR hanya dapat bertahan selama sekitar lebih kurang 7 tahun. Banyak faktor-faktor dalaman dan luaran yang menyebabkan PR tidak dapat bertahan lama seperti BN. Kebanyakan daripada kita sudah maklum akan faktor-faktor tersebut.

Namun demikian, pimpinan PKR, DAP dan golongan Anwarinas dalam PAS tidak berlarut-larut dalam kesedihan apabila PR berkubur. Barang yang lepas tak perlu dikenang, biarkannya berada dalam lipatan sejarah sahaja. Kita hanya perlu mengambil iktibar atas apa yang telah terjadi. Pastinya semua kejadian itu ada hikmahnya.

Setelah 3 bulan masa berlalu, Pakatan Harapan@PH berjaya ditubuhkan pada 22 September 2015. Keanggotaannya tetap daripada parti-parti pembangkang utama, cuma PAS tetap memilih untuk bersendiri membentuk apa yang dikatakan Blok ketiga. Tempat PAS telah diambil oleh Parti Amanah Negara@Amanah. Walau pun PAS telah dijemput bersama, namun undangan itu tetap dipandang sepi oleh pimpinan PAS terkini. Biarkan lah PAS dengan sikapnya yang suka bersendirian dan Kepimpinan Ulamaknya. Malaysia mengamalkan sistem demokrasi. Semua orang boleh memilih caranya sendiri dalam kerangka yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

Hanya selepas 7 bulan penubuhan PH, ujian kesepakatan dan kerjasama PH diuji dengan PRN Sarawak. Ternyata BN mengambil manafaat daripada terkuburnya PR apabila membubarkan DUN Sarawak. Dalam kedaan yang singkat dan perbedaan kesefahaman yang belum kuat lagi antara pimpinan PH Semenanjung Malaysia dan pimpinan parti-parti pembangkang Sarawak, PRN Sarawak tetap diadakan. Ternyata, PRN Sarawak tidak memperlihatkan kesepakatan yang mantap antara PH dan parti-parti pembangkang Sarawak. Banyak berlaku pertandingan pelbagai penjuru antara parti-parti politik pembangkang Sarawak. Lebih malang lagi ada juga terjadi pertembungan antara parti-parti dalam PH itu sendiri. Hujung-hujungnya BN menang penuh bergaya dalam PRN Sarawak dan tetap mempunyai majoriti 2/3.

Tidak lama selepas PRN Sarawak, berlaku lagi 2 PRK di Semenanjung Malaysia yang juga dimenangi oleh BN. Ternyata BN akan terus memenangi setiap PRK atau PRN kalau parti-parti pembangkang tidak bersatu. Pertandingan 3 penjuru akan menyebabkan BN menang mudah. Itulah sifirnya. Dalam hal ini BN akan sentiasa berusaha keras untuk terus memperalatkan mana-mana parti pembangkang yang kurang cerdik agar pertandingan 3 penjuru tetap terjadi untuk kawasan Parlimen atau DUN yang dimenangi oleh parti pembangkang dengan majoriti yang tipis.

Apakah wajar sebuah parti politik pembangkang yang sudah lama wujud terus diperalatkan oleh UMNO/BN?

PR dan PH memang mempunyai persamaan. Matlamat utama kedua-duanya adalah untuk mengalahkan UMNO/BN dalam proses pilihanraya. Namun PH ini selepas PRN Sarawak , PRK-PRK Sungai Besar , Kuala Kangsar dan yang terakhir selepas pembatalan cadangan PRN Pulau Pinang, lebih bersedia, lebih terurus dan lebih sepakat dalam banyak hal. Komen-komen positif daripada tokoh-tokoh PKR, DAP dan AMANAH selepas YAB Saudara Lim Guan Eng membatalkan rancangan mengadakan PRN Pulau Pinang amat melegakan ahli-ahli parti dan penyokong-penyokong PH.

Dato’ Seri Mohamad Azmin Ali , Timbalan Presiden PKR dan Dato’ Mujahid Yusof Rawa, Naib Presiden AMANAH memuji keputusan bijaksana KM Pulau Pinang membatalkan rancangan mengadakan PRN Pulau Pinang itu. Komen-komen positif mereka berdua menggambarkan bahawa pemimpin-pemimpin PH adalah lebih matang, tidak berprasangkaburuk antara satu sama lain dan saling hormat menghormati.

Akhir-akhir ini mereka lebih bijaksana menguruskan perbedaan pendapat. Menurut YB Saudara Nga Kor Ming, Pengerusi DAP Perak, keputusan KM Pulau Pinang itu membuktikan bahawa DAP amat menghargai semangat konsensus yang diamalkan oleh PH. Perjanjian PH yang ditandatangani pada tahun 2015 itu mengikat dan mewajibkan semua parti-parti dalam PH mengikutinya. Semua keputusan dasar wajib mendapat persetujuan ketiga-tiga parti dalam PH. Inilah yang ingin ditonjolkan oleh YAB Saudara Lim Guan Eng.

Berbeza dengan BN, dalam banyak hal, UMNO membuat keputusan muktamad tanpa merujuk pandangan 12 komponen parti dalam BN. Contohnya , UMNO mengizinkan pembentangan RUU Persendirian yang dikemukakan oleh Presiden PAS tanpa mendapat persetujuan daripada komponen parti-parti BN.

Amalan konsensus dalam PH tentunya meningkatkan lagi kepercayaan rakyat kepada PH. Inilah bezanya antara PR dahulu dengan PH sekarang. Pemimpin-pemimpin PH sekarang ini lebih berjaya menguruskan perbezaan-perbezaan mereka. Semoga budaya murni ini dapat diteruskan dan menjadi amalan semua pemimpin dan ahli-ahli parti-parti PH. Hormat menghormati antara satu sama lain dan setia kepada perjanjian yang telah dibuat adalah kunci utama kejayaan PH. Amalkan selalu peribahasa Melayu “ Bagai Aur Dengn Tebing “.

Sekian, Terima Kasih.

Hayar Hassan

Pekerja asing akan bertambah dalam negara

Pekerja asing akan bertambah


ALOR SETAR – Persatuan Bekas Kakitangan Imigresen Malaysia (PBKIM) bimbang terhadap penguatkuasaan akta baru Imigresen berkenaan Pas Penggajian (Kategori III) Pekerja Mahir yang berkuatkuasa mulai 1 Ogos lalu.

Presidennya, Leftenan Kolonel (H) Che Hassan Che Johan berkata, perkara itu dikhuatiri menyebabkan berlaku pertambahan pekerja asing khususnya warga Bangladesh di Malaysia.

“Melalui Pas Penggajian ini, tempoh kelulusan jawatan dan kontrak kerja maksimum diberikan kepada mereka selama 12 bulan dan gaji pokok, tidak termasuk elaun yang diberikan sebanyak RM2,500 hingga RM4,999.99 sebulan.

“Kelulusan ini diberikan kepada 15 negara iaitu Thailand, Kemboja, Nepal, Myanmar, Laos, Vietnam, Filipina, Pakistan, Sri Langka, Turkmenistan, Uzbekistan, Kazakstan, India, Indonesia dan akhir sekali Bangladesh. Pas ini tidak membenarkan mereka bawa tanggungan, maknanya tidak boleh bawa isteri,” katanya kepada media.

Menurutnya, kebanyakan Pas Penggajian yang diberikan pada sebelum ini telah disalah gunakan oleh pihak tertentu dengan membawa masuk pekerja yang tidak mahir, serta tidak mempunyai sijil kelayakan yang diiktiraf kerajaan mereka mahupun Malaysia.

“Saya nasihatkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) lebih teliti sebelum membawa mereka ini masuk ke Malaysia. Pertamanya perlu bekerjasama dengan agensi CIDB (Lembaga Pembangunan Industri Malaysia) dan Jabatan Tenaga Kerja supaya mereka ini ditapis terlebih dahulu di negara asal.

“Saya takut sebab banyak pekerja-pekerja mahir ini mereka buat penipuan di atas sijil. Jadi tidak ada sesiapa yang boleh mengesahkan bagi pihak kedutaan kita di seberang laut, contohnya Bangladesh. Bila keluar arahan mereka tak ada satu SOP (prosedur operasi standard) yang mengatakan siasat dahulu sijil itu sama ada tulen atau tidak,” katanya.

Che Hassan turut berpandangan pekerja-pekerja asing, khususnya Bangladesh terlalu terdesak untuk datang ke Malaysia mencari rezeki dan sanggup membayar berbelas ribu ringgit kepada ejen untuk membolehkan mereka datang ke negara ini.

“Saya tak hairan kalau mereka sanggup memberi sebanyak RM12,000 atau mungkin RM20,000 kepada ejen mereka di sana supaya dapat masuk ke sini. tujuan mereka untuk bekerja, mereka tak pilih kerja,"katanya.

Katanya, pekerja mahir di Malaysia ini cukup hebat, lebih daripada mampu untuk menjalankan kerja mahir ini. Kalau ikutkan mahir ini di Thailand lebih hebat lagi dalam pengurusan pembinaan dan perkhidmatan. Saya ingat Bangladesh ini hanya mahir dalam tukang jahit, selain buruh kasar.

“Jangan hanya kata juruteknik, tapi bila datang ke lapangan terbang dan pegawai (Imigresen) kita persoal mana spanar dan pemutar skru pun tak kenal. Ini memang banyak berlaku apabila mereka datang ke lapangan terbang untuk dapatkan pelepasan Imigresen, pegawai kita memang disuruh mengikut SOP yang ditetapkan, akan tanya mereka datang bekerja ataupun sebagai pelajar," katanya.

Katanya, sekiranya nisbah seramai 15 orang pekerja asing dibawa masuk ke Malaysia, kebiasaannya 10 orang tidak ada kemahiran dan hanya menumpang sahaja atas status pekerja mahir untuk masuk ke negara ini.

“Saya ingin katakan ada pekerja mahir telah dibawa masuk, tapi bekerja sebagai tukang sapu dan pencuci kereta. Saya ada bukti pekerja ini ditempatkan di mana. Ini membuktikan mereka telah salah guna pas yang sepatutnya digunakan sebagai pekerja mahir.

“Mulai 1 Ogos, mereka dibenarkan masuk oleh majikan-majikan yang perlu untuk mendapatkan khidmat mereka sebagai pekerja mahir. Saya ingat pekerja mahir ini tidak dapat jangka berapa ramai, tapi apabila dah dibenarkan ada syarikat yang bersekongkol dengan agen-agen yang terlibat untuk menerima wang pekerja asing,” katanya..

Che Hassan mendakwa, sekiranya sebuah kilang itu memerlukan 20 pekerja mahir, mereka boleh membuat permohonan sehingga 40 orang pekerja mahir dengan 20 daripadanya itu akan dicampakkan di mana-mana lokasi lain.

Pokemon Go: Ini jawapan Mufti Pahang

Pokemon GO
KUANTAN - Orang Islam disarankan agar mengelak daripada terjebak dengan sebarang permainan yang boleh mencetuskan kemudaratan hingga boleh memesongkan akidah si pemain.

Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Othman berkata, sekiranya permainan tersebut boleh memesongkan akidah seseorang maka ia akan menjadi haram di sisi agama Islam.

“Isu permainan karektor Pokemon dan aplikasi Pokemon Go sekiranya asasnya boleh merosakkan maka kita boleh terima ia sebagai haram.

“Walaupun bagi Pejabat Mufti Negeri Pahang masih belum mengeluarkan sebarang fatwa khas berhubung aplikasi permainan ini namun ia boleh diterima sekiranya permainan tersebut boleh membawa kepada masalah dan kemudaratan.

“Bukan mudah untuk tentukan haram sewenangnya memandangkan perlu membuat mesyuarat dan kajian melalui jawatankuasa yang telah dilantik.. namun sekiranya di beberapa negara dan negeri lain sudah mengeluarkan fatwa, sama ada haram atau sebaliknya, kita boleh dan kena terima memandangkan ia mempunyai kaitan dengan orang Islam,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, katanya, ibu bapa khususnya perlu mengawal dan tidak membiarkan anak-anak tenggelam dalam kelalaian yang boleh merosakkan mereka.

“Permainan tersebut adalah satu aplikasi yang direka maka kita seharusnya lebih peka dan melihat kesan-kesannya selepas itu.... paling penting melihat daripada segi keselamatan.

“Justeru kita mengesyorkan agar melihat terlebih dahulu bentuk permainan atau aplikasi yang tidak mempunyai sebarang unsur yang boleh mendatangkan keburukan,” katanya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...