TERKINI :

Friday, August 5, 2016

Selepas 30 tahun, TMJ ‘kalahkan’ FAM

SH : TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendakwa beliau telah berjaya menewaskan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas sekian lama mencuba untuk mengubah sistem bola sepak negara yang telah diguna pakai selama 30 tahun.

Menurutnya, beliau pernah digelar budak mentah suatu ketika dulu namun hari ini beliau yang merupakan pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) membuktikan rasa cintanya kepada bola sepak telah membuahkan hasil.

“Hari ini, Exco bersetuju untuk bersara bersama-sama dengan Presiden. Pilihan raya akan diadakan dan muka baru akan dipilih untuk mengendalikan bola sepak Malaysia. Kepakaran luar akan dibawa masuk untuk menambah baik sistem sedia ada.

“Hari ini saya dengan perasaan bangga ingin menyatakan bahawa lelaki muda tersebut yang benar-benar sayangkan bola sepak dengan impian besarnya dan pernah juga digelar budak mentah, telah mengalahkan rejim 30 tahun FAM,” katanya dalam satu kenyataan.

Semalam Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dilaporkan berkata keputusan mengenai formula baharu yang dibentangkan bagi memulihkan prestasi bola sepak negara masih belum mencapai kata putus pada pertemuan antaranya dengan Exco FAM.

Intipati formula itu dikatakan berkaitan kepimpinan dan hala tuju FAM serta penglibatan semua pihak dalam membentuk masa depan bola sepak negara.

Menurut Tunku Ismail, selama ini beliau terpaksa berjuang melawan sistem FAM, ahli politik, penyokong bola sepak Malaysia yang jahil, media dan laman sosial serta orang-orang yang hanya tahu bercakap tetapi enggan menukar sistem.

“Seperti pernah saya katakan sebelum ini, saya akan memusnahkan apa yang mereka bina dari awal dan membina semula dengan lebih baik.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih atas Latihan Operasi Hitam di luar negara yang telah menjadikan saya seorang lelaki sepertimana saya hari ini. Kepada penyokong bola sepak Malaysia, ini merupakan satu penghormatan lakukan perkara ini untuk anda. Terima kasih,” katanya.

Beliau turut memaklumkan telah ditawarkan jawatan Presiden FAM oleh Khairy Jamaluddin dalam pertemuan baru-baru ini namun menolaknya dengan alasan sudah memiliki JDT.

“Bakal ada konflik kepentingan kerana saya akan lebih cenderung ke arah negeri saya. Seperti yang saya nyatakan berpuluh-puluh kali sebelum ini, kita perlu mencari seseorang yang tidak mempunyai sebarang pertalian dengan mana-mana persatuan bola sepak negeri atau kelab-kelab yang mengambil bahagian.

“Saya bukan seseorang yang mementingkan diri sendiri, pemanipulasi dan terbabit dalam gejala rasuah kerana jika saya adalah sedemikian rupa, saya pasti akan menerima tawaran untuk menjadi presiden sekarang ini,” katanya.

Menyentuh dua jawatan lain yang ditawarkan untuknya, Tunku Ismail berkata beliau masih mempertimbangkannya.

“Berkenaan tawaran menjadi pengerusi pasukan kebangsaan dan Ketua Kongres untuk FMLLP (Usaha sama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia) yang akan dipertimbangkan, saya akan menanti pertemuan sekali lagi dengan YB Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Norza sebelum membuat sebarang keputusan.

“YB Khairy Jamaluddin telah memberikan formula beliau, dan saya telah membentangkan pandangan saya untuk maklumat penyokong semua,” katanya.

Rayuan Derma Tabung Hari Pahlawan - Mahfuz sarankan Rosmah jual cincin, barang kemas serta beg tangan untuk kumpul duit

Kenyataan Media

*RAYUAN DERMA TABUNG HARI PAHLAWAN : ROSMAH BOLEH JUAL CINCIN DAN BARANG KEMAS SERTA BEG TANGAN UNTUK TABUNG HARI PAHLAWAN*.

1.Menarik bila membaca saranan Datin Seri Rosmah Mansor isteri PM Najib yang meminta dan merayu GLC untuk menyumbang kepada Rayuan derma Tabung hari Pahlawan. *Memang wajar pun untuk GLC menyumbang pada Tabung Hari Pahlawan bagi mengenang jasa perajurit tanahair pada rakyat dan negara*.Malah bukan sahaja GLC tetapi seluruh rakyat dirayu dan digalakkan menyumbang.

2.Saya pun agak hairan *di mana perginya GLC dan kontraktor yang memperolehi banyak projek  dibawah kementerian pertahanan*.Berapa jumlah sumbangan mereka.Sedangkan kutipan derma tabung hari pahlawan terlalu kecil jika dibandingkan nilai projek yang diperolehi.Berapa jumlah sumbangan syarikat yang *memperolehi projek kapal selam,kereta perisai dan macam-macam projek bernilai milion dan bilion ringgit Malaysia*.Atau mereka lebih *banyak menyumbang untuk program program politik pemimpin Umno dari melihat kepentingan dan  kebajikan perajurit tanahair*.Takkan Rosmah isteri PM Najib tak tau di mana syarikat syarikat ini. *Atau syarikat ni pun turut  sumbang senyap-senyap pada Rosmah?*.

3.Saya pun nak tanya Rosmah dah berapa banyak sumbangan pada tabung hari Pahlawan. *Bukankah elok kalau Rosmah yang memiliki banyak beg tangan berharga,jam berjenama,cincin berlian,telefon tangan Vertu yang harga ratusan ribu ringgit dan barang barang kemas yang lumayan untuk disumbangkan pada tabung hari Pahlawan*.Saya percaya jika barangan milik Rosmah dicairkan kepada wang tunai banyak yang dapat membantu perajurit tanahair yang berjasa pada negara.

4.Boleh kut Datin Seri Rosmah kita buat jualan lelong barang barang Datin Seri?. *Bukan lelong sebarang lelong*.

#JomLelongBaranganRosmah
#BantuTabungHariPahlawan
#SelamatkanMalaysia

*DATO'HJ MAHFUZ HJ OMAR*
Ahli Parlimen Pokok Sena
5pm Taman Al-Walid Alor Setar
5 Ogos 2016/2 Zulkaedah 1437H!

'Gerakan Undur Najib' mohon ubah status audit 1MDB

Hafiz Yatim/malaysiakini

Seorang anggota seumur hidup Umno Zahid Md Arip memfailkan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur supaya laporan Ketua Audit Negara berkaitan 1MDB diubah status sulitnya.

Pemimpin badan yang dinamakan “Gerakan Undur Najib” itu memohon perintah certiorari untuk membatalkan pengelasan laporan itu bawah Akta Rahsia Rasmi 1962.

Beliau juga mahu laporan itu diserahkan kepada pihak berkuasa bertanggungjawab berdasarkan Perkara 107(1) Perlembagaan Persekutuan.

Zahid berkata beliau memfailkan permohonan itu bagi pihak rakyat Malaysia atas alasan Najib mungkir janji dengan tidak mendedahkan dokumen itu kepada awam.

“Tidak pernah terjadi di mana-mana dunia laporan audit dianggap sulit,” katanya.

Kerajaan kutip RM142j cukai tersembunyi Ogos ini, dakwa Rafizi

Malaysiakini : Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mendakwa kerajaan Persekutuan mengutip RM142 juta dari cukai tersembunyi harga minyak tempatan bagi bulan Ogos 2016.

Beliau yang juga naib presiden PKR berkata, ini berlaku kerana kerajaan Persekutuan tidak mengikut formula dalam menetapkan harga minyak bagi bulan Jun dan Julai 2016.

"Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani sendiri mengakui bahawa sebelum ini pun, kerajaan Persekutuan tidak mengikut formula dalam menetapkan harga minyak bagi bulan Jun dan Julai 2016.

"Johari berkata sepatutnya harga bagi bulan Julai 2016 dinaikkan sebanyak 10 sen hingga 15 sen tetapi Kerajaan Persekutuan hanya menaikkan sebanyak 5 sen," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kelmarin, Rafizi menolak penjelasan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkaitan dakwaan manipulasi harga minyak untuk mengutip 'cukai senyap'.

Jika Hamzah belum arif tentang bidang kuasa tugasnya serta perkara teknikal, beliau patut berundur, kata Rafizi.

“Jika Hamzah masih belum arif mengenai bidang tugas beliau dan perkara-perkara teknikal seperti ini setelah lebih setahun menjawat jawatan menteri KPDNKK, beliau wajar meletak jawatan dan menyerahkan jawatan itu kepada seorang yang tahu mengenai perkara-perkara ini.

“Jika beliau tahu, maka beliau wajar menerbitkan jadual pengiraan harga bulanan mengikut formula sejak sistem apungan harga diperkenalkan agar rakyat boleh diyakinkan bahawa mereka tidak dicukai secara senyap,” katanya.

Terdahulu, Hamzah berkata harga petrol dan diesel berdasarkan purata bulanan dan harga yang diumumkan berdasarkan angka bulan lepas.

Beliau juga berkata tidak tahu berkaitan dakwaan cukai tersembunyi kerana kiraan berdasarkan purata sebulan sambil menambah kerajaan tidak akan mendedahkan cara pengiraan tersebut.

Mengulas lanjut, Rafizi menambah, pengakuan Johari itu bercanggah dengan apa yang rakyat dimaklumkan sebeleum ini bahawa harga ditetapkan mengikut harga pasaran purata.

"Apabila rakyat diberitahu begitu, setiap kali kenaikan harga diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan mencuci tangan seolah-olah beliau tidak kena mengena dengan kenaikan tersebut.

"Sedangkan keputusan menaikkan harga atau mengekalkan harga pada ketika harga pasaran purata mengikut formula adalah lebih rendah," katanya lagi.

Khairuddin tak sertai parti baru Muhyiddin, buat masa ini

Bekas Naib Pengerusi Umno bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, beliau tidak berminat untuk menyertai parti baru yang bakal dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun, ujar Khairuddin, beliau tetap meneruskan perjuangan melawan amalan rasuah secara habis-habisan di negara ini tanpa perlu berada dalam parti politik baru.

"Sebelum Muhyiddin bercakap tentang isu 1MDB, saya secara bersendirian telah mengambil langkah proaktif memerangi skandal tersebut bersama dengan beberapa pemimpin pembangkang.

"Sekiranya kita ikhlas untuk berjuang, tanpa sebarang jawatan politik pun kita boleh berjuang," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Datuk A Kadir Jasin hari ini mengesahkan bahawa parti politik baru yang akan didaftarkan oleh Muhyiddin adalah parti Melayu/Bumiputera (peribumi).

“Ia bermatlamat mewarisi, meneruskan dan memperbaharui perjuangan Melayu/Bumiputera dalam era globalisasi, reformasi, ketelusan dan keterbukaan.

“Ia akan bekerjasama secara terangkum (inclusive) dengan parti-parti politik yang kini menentang BN. Perbincangan awal telah pun dimulakan,” katanya di blog.

Terdahulu, Muhyiddin mengesahkan beliau akan mendaftarkan sebuah parti politik baru dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

"Sama-samalah kita berdoa semoga permohonan ini akan diluluskan, Insya-Allah, kita akan lakukan yang terbaik untuk rakyat dan negara," katanya.

Jawatankuasa penaja parti itu terdiri daripada Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi, manakala Tan Sri Muhyiddin, Kamarul Azman Habibur Rahman dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir masing-masing sebagai presiden, setiausaha dan bendahari.

Ahli jawatankuasa terdiri daripada bekas ketua wanita Umno Langkawi Anina Saadudin, bekas ketua Pemuda Umno, Bendang Baru Akhramsyah Sanusi dan pemimpin kumpulan belia Challenger, Syed Saddiq Abdul Rahman.

Mengulas lanjut, Khairuddin berkata, hubungan peribadi beliau dengan Mahathir tetap terjalin erat kerana bekas perdana menteri itu adalah 'segala-gala' baginya.

"Tidak ada sesiapapun yang boleh pisahkan saya dengan Mahathir selain Allah Taala.

"Dalam apa jua situasi, saya akan tetap setia, taat kepada Mahathir atas dasar peribadi," tambah beliau.

PAS Trengganu - ‘Putus segera, tak guna cakap pom pang pom pang’

PAS Terengganu menggesa ADUN Kijal, Datuk Seri Ahmad Said dan ADUN Ajil, Ghazali Taib untuk membuat keputusan segera sama ada mahu meninggalkan Umno atau sebaliknya.

Menurut Pesuruhjayanya, Satiful Bahari Mamat yang juga adalah ADUN Paka, sultan hanya akan membuat keputusan sekiranya pembangkang di negeri itu memperolehi majoriti dengan dua ADUN berkenaan meninggalkan Umno.

"Bola di kaki dia, selagi tak buat tak selesai.

"Yang penting sekarang Ahmad Said (perlu) keluar parti. Tak guna cakap pom pang pom pang dan biarkan perkara ini berulang panjang dan libatkan orang dan negeri Terengganu.

"Kalau Ahmad Said dan Ghazali keluar (Umno), BN di Dewan akan jadi minoriti dan akan berlaku perubahan.

“Kita sedia ambil alih dan istana akan panggil kita untuk tentukan siapa ada majoriti di Dewan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Ahmad Said yang adalah bekas menteri besar Terengganu dilaporkan mengancam untuk keluar daripada Umno dan bekerjasama dengan PAS.

Manakala Ghazali pula mengkritik pentadbiran di bawah Menteri Besar Ahmad Razif Abdul Rahman tetapi memberitahu bahawa beliau tidak akan meninggalkan Umno.

Ketika ini, dengan Ahmad Said dan Ghazali masih di dalam Umno, parti Melayu itu mempunyai 17 kerusi manakala PAS 14 dan PKR 1.

Pada sidang DUN Mac lalu, Speaker Datuk Mohd Zubir Embong menolak usul Ahmad Said yang membawa usul undi tidak percaya terhadap Ahmad Razif.

Bagaimanapun usul tersebut gagal kerana didakwa tidak memberi notis sekurang-kurangnya 14 hari sebelum pembentangan usul berkenaan.

"Dewan bersidang dalam 18 Ogos selama satu hari. Tak ada usul dari dia (Ahmad Said)," katanya lagi.

Filem KABALI dengan reality politik negara..!!

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berkata :

CAP berasa bimbang pengajaran dari filem KABALI ke atas remaja kita adalah:

a) Tidak ada salahnya menjadi samseng asalkan anda menjalankan projek-projek yang bersifat dermawan atau disamari sebagai Tanggungjawab Sosial Korporat (Kabali menyokong Free Life Foundation).

b) Di sebalik tidak diterima oleh masyarakat, anda masih dihormati dan menjalani gaya hidup mewah. Bayangkan apabila Kabali dibebaskan dari penjara, kira-kira 3.5 minit tayangannya dihabiskan untuk menunjukkan ahli-ahli kumpulan meraikan kepulangannya dengan meriah.

c) Polis Malaysia adalah penjahat, sepertimana yang disarankan oleh filem berkenaan.

d) Keganasan dan kegiatan samseng disokong oleh pemimpin politik kita dan penyokong mereka yang menghadiri tayangan perdana filem berkenaan pada 21 Julai lalu.

Aku cuma nak kata CAP ni mcm ketinggalan sikit la.... Kesimpulan yang CAP sebut tu bukan dalam filem KABALI saja malah aku rasa KABALI buat cerita memang berdasarkan realiti di Malaysia.

Di Malaysia sekarang ni, tak salah jadi samseng atau penjenayah asalkan buat projek amal bersifat dermawan. Sapu duit berbilion lepas tu taja orang pergi haji, bagi sumbangan buat masjid.

Di Malaysia sekarang ni walau pun masyarakat & pengundi majoriti menolak tapi dia masih dihormati dan hidup mewah. Beg tangan bini pon nala punya mahai.

Di Malaysia sekarang ni Polis Malaysia memang tak jahat, tak semua polis Malaysia yang "jahat", majoriti baik dan lakukan tugas dgn baik tapi ada juga yang melindungi penjahat. Buat laporan polis memfitnah org lain sebagai penjenayah berdasarkan andaian pun Polis tak buat apa siap nasihat lagi jangan buat dah.

Di Malaysia sekarang ni keganasan dan samseng disokong oleh pemimpin politik memang tepat. Buktinya mereka siap berdemo memaki hamun merempuh polis ancam cederakan pemimpin dan penyokong parti lain dan pemimpin politik mereka sokong dan kata wajar. Geng Baju Merah bukti yang nyata.

RAJINIKANTH kalau dia buat filem, dia bukan buat filem mcm David Teo. Dia buat filem walau pun byk aksi bohong tapi moralnya real.

Zulhazmi Shariff
Berani Berubah





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...