TERKINI :

Wednesday, August 3, 2016

Terbukti 3 Tan Sri difitnah oleh Naib Ketua Pemuda Umno, jika saya sudah lama kena bercuti di lokap Jinjang - Rafizi

SHAH ALAM - Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun terbukti memfitnah tiga Tan Sri yang dikaitkan dengan kononnya ada konspirasi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan Malaysia dalam laporan polis dibuat, minggu lalu.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata ia susulan kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar semalam yang menutup kes tersebut kerana laporan dibuat berasaskan andaian dan tiada bukti.

“Maksudnya ia fitnah terhadap ketiga-tiga tokoh ini dan institusi yang mereka ketuai dulu iaitu Bank Negara Malaysia, Kamar Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia,” katanya melalui kemas kini status di Facebook, hari ini.

Khalid mengesahkan pihaknya telah menghentikan siasatan berhubung laporan polis dibuat Khairul Azwan terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail; bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Abu Kassim Mohamed yang didakwa terlibat dalam konspirasi menggulingkan Najib dan kerajaan Malaysia.

Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata, Khairul Azwan sepatutnya berterima kasih kerana tidak dikenakan tindakan selepas membuat laporan palsu.

“Kalau saya sudah lama kena simpan bercuti di lokap Jinjang, ihsan Kerajaan Malaysia.

“Beliau patut berterima kasih kerana tidak ditangkap dan didakwa kerana membuat laporan palsu dan memfitnah ketiga-tiga institusi itu,” katanya.

541 peti undi seluruh Kelantan akan ada cawangan Amanah menjelang 31 Ogos

Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan kini dalam operasi menubuhkan cawangan di setiap daerah mengundi di seluruh negeri.

"Menjelang 31 Ogos ini, kita mensasarkan 541 cawangan ditubuhkan bagi mewujudkan sekurang-kurangnya satu cawangan bagi setiap peti undi," kata pengerusi Amanah negeri, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah yang ditemui di majlis bersama pelanggan Amanah Kelantan di perkarangan pejabat Amanah Kelantan.

Setiap pagi Rabu, Amanah Kelantan mengadakan hari bertemu pelanggan di Kiosk Bunga Raya berhadapan pejabat Amanah negeri.

Orang ramai mengambil kesempatan untuk menyampaikan aduan dan masalah masing-masing untuk ditangani di peringkat parti dan pihak berautoriti untuk diselesaikan.

Pagi ini Amanah didatangi tetamu istimewa iaitu Irfan Bakti Abu Salim, Jurlatih Felda United yang kebetulan berada di Kota Bahru kerana pasukannya akan bertemu pasukan Kelantan, TRW malam ini.

Irfan yang merupakan rakan lama Wan Rahim melahirkan rasa gembira kerana dapat bertemu rakan-rakan dari parti Amanah walaupun kesuntukan masa.

"Saya gembira dapat bertemu kawan-kawan, saya yakin parti apa pun yang mereka bersama tujuannya adalah untuk memperjuangkan hak rakyat dan kebaikan negara," katanya.

Antara isu yang dikemukakan dalam pertemuan hari ini adalah isu pengambilan tanah di Kampung Laut dan suasana tidak selesa peniaga dan pelanggan dalam proses perpindahan ke pasar baru Pasir Mas.

Beruntunglah kamu Khairul Azwan Harun... Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia...

BERUNTUNGLAH KAMU KHAIRUL AZWAN BIN HARUN.. NAIB KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA

Pada 26 Julai 2016, gegak gempita seantero Malaya seorang pemuda lemah lembut lagi gemalai dan penuh sopan santun mengumumkan bahawa beliau telah membuat suatu laporan polis bernombor CHOWKIT/005870/16. Pemuda lemah lembut lagi gemalai dan penuh sopan tersebut bernama Khairul Azwan bin Harun yang juga merupakan Naib Ketua sebuah sayap Pemuda Parti Keramat Melayu menggunakan singkatan Inggeris iaitu UMNO.

Khairul Azwan dalam sidang medianya selepas membuat laporan polis tersebut dilaporkan berkata beliau membuat laporan polis ke atas Tan Sri Abu Kassim bin Mohamed (bekas Pesuruhjaya SPRM), Tan Sri Zetti Akhtar Aziz (bekas Gabenor Bank Negara) dan Tan Sri Abdul Gani Patail (bekas Peguam Negara) kerana mempercayai ketiga-tiga mereka telah secara berseorangan atau bersesama terlibat dalam suatu konspirasi menggulingkan Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia yang sah dengan memberikan maklumat sulit dan dokumen kepada agensi asing termasuk FBI. Khairul seterusnya berkata maklumat dan dokumen tersebut dtelah diberikan tanpa kelulusan pihak berkuasa Malaysia termasuk Jabatan Peguam Negara malah dokumen dan maklumat tersebut adalah palsu, direka dan diputra belit.

Akhirnya dengan tegas dan bangga Khairul Azwan menyatakan di perenggan terakhir laporan polisnya bahawa “PERKARA YANG SAYA LAPORKAN DI SINI BUKANLAH DAKWAAN SEMATA-MATA TANPA ASAS DAN SAYA POHON SUPAYA PIHAK POLIS MENYIASAT PERKARA INI DENGAN SEGERA.”

Polis dilaporkan telah merakamkan kenyataan Khairul Azwan pada 29 Julai 2016 dan semalam (2 Ogos 2016) Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dilaporkan berkata Polis sudah menutup kes dan memberhentikan siasatan terhadap laporan polis Khairul Azwan tersebut.

Alasan yang diberikan oleh Ketua Polis Negara ialah laporan Khairul Azwan tersebut hanya berdasarkan “andaian” yang mungkin diperolehi melalui bacaan di akhbar, mendengar cerita orang sahaja. Tan Sri Ketua Polis Negara seterusnya dilaporkan berkata semasa dirakam percakapan dan siasatan, Khairul Azwan tidak dapat mengemukakan apa-apa bukti untuk menyokong dakwaannya. Malah Ketua Polis menyatakan bahawa Polis menasihati Khairul Azwan supaya tidak mengulangi perkara yang sama pada masa depan jika tidak mempunyai fakta atau bukti.

WAH!!! Semudah itu kes ditutup. Semudah itu kes selesai. Sudah gegak gempita seluruh alam, dituduh tiga penama di dalam laporan polis terlibat dalam konspirasi menggulingkan Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia, sudah mendabik dada ianya bukan dakwaan semata-mata tanpa asas, akhirnya hanya dinasihatkan jangan ulangi perbuatan dan kes ditutup.

Apa istimewanya pemuda lemah lembut bersopan santun dari parti melayu bernama Inggeris itu?? Kenapa dia dilayan dengan istimewa? Kenapa dia tidak didakwa melakukan laporan palsu? Kenapa tidak didakwa melakukan fitnah jenayah terhadap ketiga-tiga penama di dalam laporan polis?

Tuduhan terhadap tiga penama di dalam laporan polis Khairul amat serius. Kesalahan jenayah yang didakwa dilakukan oleh tiga Tan Sri tersebut adalah kesalahan di bawah Bahagian 6 Kanun Keseksaan iaitu Kesalahan terhadap Negara yang mana ianya adalah suatu kesalahan keselamatan yang akan dikendalikan melalui Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau lebih dikenali sebagai SOSMA. Ini amat serius, bukan perkara main-main yang boleh diandaikan.

Polis telah mengambil keterangan, merakam percakapan, menyiasat dan akhirnya membuat kesimpulan atau keputusan bahawa laporan Khairul Azwan adalah tidak berasas malah tidak dibuktikan dengan apa-apa dokumen atau bukti walau pun Khairul menyatakan ianya “BUKAN DAKWAAN SEMATA-MATA TANPA ASAS”.

Bertolak daripada siasatan dan keputusan polis bahawa laporan Khairul tersebut adalah tidak berasas malah hanya bersandarkan andaian yang diperolehi melalui bacaan di akhbar dan mendengar cerita orang, sewajarnya Khairul Azwan bin Harun, Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia yang diketuai oleh Ketua Pemuda Umno Malaysia Sdr Khairy Jamaluddin diambil tindakan dan didakwa di bawah peruntukkan Seksyen 182 Kanun Keseksaan dan Seksyen 499 Kanun Keseksaan.

Seksyen 182 Kanun Keseksaan melibatkan pemberian maklumat palsu oleh seseorang kepada seorang penjawat awam dengan mulut atau bertulis yang ia ketahui atau percaya sebagai palsu.

Seksyen 499 Kanun Keseksaan melibatkan kesalahan memfitnah untuk merosakkan nama baik seseorang yang menyebabkan seseorang itu dipandan menjijikkan dan keji.

Seksyen 499 Kanun Keseksaan pernah digunakan dan dipertuduhkan ke atas Tuan Haji Mohamad Sabu, Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) dalam isu Mat Indera.

Kenapa Khairul Azwan ini dibiarkan, dilepaskan malah hanya dinasihati? Apa istimewanya Khairul Azwan bin Harun? Adakah kerana dia Naib Ketua Pemuda UMNO atau ada isu lain yang hendak dilindungi?

Maka benarlah jika kamu pemimpin UMNO, kamu dilindungi.

Buatlah apa saja tanpa ragu dan gusar kerana undang-undang tidak tertakluk ke atas kamu.
Buatlah apa saja tanpa ragu dan gusar kerana pihak berkuasa juga melindungi kamu.

Jika seorang pemuda seperti Khairul Azwan bin Harun boleh dilepaskan dan seolah dilindungi, apatah lagi “Malaysia Official 1”.

BERANI BERUBAH – TERUS UBAH.
Zulhazmi Shariff
3 Ogos 2016
29 Syawal 1437

Mampukah Gelombang 4M untuk menggugat BN?

Gelombang 4M mampu gugat BN
RAZIATUL HANUM A.RAJAK
3 Ogos 2016

SHAH ALAM – BN berhadapan ancaman besar sekiranya Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tidak diadakan pada tahun hadapan.

Penganalisis politik, Prof Madya Datuk Dr Samsu Adabi Mamat berkata, kelewatan PRU14 hanya akan memberi masa tambahan kepada gerakan yang diketuai bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengumpul kekuatan.

“Kalau PRU14 diadakan cepat, mungkin mereka tak sempat menyusun barisan dan BN akan mempunyai peluang yang tinggi. Tapi kalau 2017 tak berlaku PRU14 ini, maka gerakan ini akan menjadi lebih kuat kerana mereka memenangi isu nasional seperti 1MDB (1Malaysia Development Berhad),” katanya kepada Sinar Online.

Menurutnya, sekiranya gerakan tersebut mampu mencipta gelombang dengan faktor Mahathir, ancamannya lebih besar kepada BN.

“Jika Tan Sri Muhyiddin Yassin bergabung dengan Mahathir, Datuk Seri Mukhriz (Mahathir) dan Datuk Seri Mohd Shafie (Apdal) membentuk gelombang 4M, ia akan beri sumbangan perpecahan kepada parti yang stabil, Umno-BN sendiri.

“Jika masa mencukupi, Mahathir boleh mencipta gelombang itu. Cuma, sehingga kini masih belum nampak riak-riak gelombang lagi,” katanya.

Katanya, 1MDB sudah dijadikan peluru berbisa kepada BN di mana lama-kelamaan rakyat akan membina persepsi negatif kepada kerajaan.

“Jika Muhyiddin dapat menggerakkan isu itu, beliau juga akan beri bahaya yang besar kepada BN.

“Tapi kita dapat lihat komplikasi dalam gerakan Muhyiddin itu seolah-olah menepuk air di dulang memandangkan beliau asalnya orang kuat kerajaan yang mempertahankan dasar itu sebelumnya tapi kini selepas dipecat beliau dilihat memburukkan pula kerajaan sedia ada.

“Jadi, ini akan berlaku kontradiksi dengan perjuangan itu. Maknanya, kalau beliau nak bergerak, mesti mencari jalan tengah yang dibawa oleh gelombang 4M ini,” katanya.

Mengimbau dua pilihan raya kecil di Sungai Besar dan Kuala Kangsar sebelum ini, beliau mengingatkan bahawa kemenangan besar BN itu gara-gara perpecahan pakatan pembangkang.

“Tapi dalam PRU14 ini, perpecahan berlaku dalam Umno. Ini beri risiko yang tinggi kepada Umno jika gelombang 4M ini berlaku. Orang yang protes kepimpinan dalam Umno ini akan sertai parti baharu.

“Tapi kalau parti baharu yang diasaskan Mahathir ini berlaku, bagaimanakah mereka ingin membahagikan kerusi? Tapi kalau 4M ini berjaya wujudkan strategi mereka sendiri untuk pembahagian kerusi, maka di sini mereka akan ada kelebihan,” katanya.

Beliau turut mengingatkan pemimpin politik, rakyat yang tidak berpihak kepada mana-mana parti kebelakangan ini dilihat menjadi penentu kemenangan sesebuah parti dalam banyak pilihan raya.

Apabila menteri recond bersuara, jelas dan bersuluh nampak idea otak udang..!!

Menteri baru dilantik, Noh Omar cadang wajibkan PIBG kumpul duit Rakyat untuk tampung perbelanjaan mengurus infrastruktur sekolah....
.
Tidak cukup lagikah ibu bapa, guru dan anak membayar cukai barangan dan perkhidmatan (GST)? Sekarang pun ibu bapa telah membayar sendiri untuk nota, kertas ujian, peperiksaan serta yuran kelas tambahan anak-anak melalui PIBG.
.
Apa lagi yang kita rakyat Malaysia akan tanggung? 'Derma' berbillion kepada MO1, kita tanggung. Hutang Jho Low dan hutang joli kita tanggung. Malah, hutang judi pun, kita dan anak cucu kena tanggung! (Itu andaian sebab KPN kata kalau buat andaian, tak salah... kan.. kan.. )
.
GST... Hang pi mana, hang pi mana...???
.
‘Potong bajet JPM bukan minta PIBG cari duit’
https://www.malaysiakini.com/news/350861

Ahmad Zuber
* Kami pendidik, bukan ahli politik.

Sejenak pembentukan semula keluarga besar front pembangkang.. bersatu walaupun tak sama..!!

SEJENAK PEMBENTUKAN SEMULA KELUARGA BESAR FRONT PEMBANGKANG.

KHABAR berita partai baru Tun Mahathir Barisan Rakyat telah lahir di dunia politik kini. Bertambah besarlah keluarga pembangkang. Bertambah kuat jika kita membina empayarnya. Front pembangkang misti direalkan demi untuk kemenangan berpolitik. PAS-DAP-PKR-Amanah-Ikatan-Barisan Rakyat dan NGO-NGO hendaklah bersama. Masing-masing ketepikan sedikit perbezaan dan perbalahan. Politik Malaysia sesekali tidak boleh kesorangan. Jika terus mahu berdegil rakyat akan melihat kita sebagai politik "kera sumbang".

Demi kebahgiaan rakyat, pemimpin utama dari semua barisan oposisi misti berjiwa besar. Bersama perkurangkan jurang lebaran ideologi dan dasar. Mencari titik-titik persamaan, bukan mengacah-ngacah ketajaman perbezaan untuk bertikam lawan. Lemparkan minda berpaut egois, mari akur untuk bersama dalam perkara yang berbeza. Tidak wajar menggertak-gertak dengan acuan kita. Sebaliknya patut menyedari betapa baiknya mencetak acuan bersama.

Kehadiran wadah baru Tun Mahathir "Barisan Rakyat" ada hikmahnya. Seharusnya kita berfikir bagini. Bersama untuk menjadi pemantau elit penguasa memunggah kazanah negara. Mari bersatu perkukuhkan wadah bersama, lupakan sedikit jurang ketajaman perbezaan. Jangan biarkan barisan kita sentiasa porak peranda, kalau tidak UMNO-BN sentiasa senyum gembira.

Dividen 2% sahaja.. adakah Co-OpBank Persatuan 'nazak'??

DIVIDEN 2%, CO-OPBANK PERSATUAN 'NAZAK'?
Oleh Zainulfaqar Yaacob

Ayah saya Isnin lalu membuat permohonan mengeluarkan semua syer daripada Co-Opbank Persatuan kerana dividen bank koperasi itu bagi tahun ini serendah 2 peratus sahaja.

Saya juga turun mengambil langkah sama petang semalam, selepas mengambil dividen daripada 'bank Melayu' itu dekat Taman Selat Butterworth.

Interest atas pinjaman merupakan salah satu sumber keuntungan bagi sebuah bank, sama ada institusi itu dikuduskan menjadi 'Bank Islam' atau sebaliknya.

Pelanggan juga menjana keuntungan melalui dividen simpanan masing-masing.

Lagi tinggi kadar peratusan dividen ditawarkan oleh satu-satu bank, maka berpusu-pusu pelanggan akan menyimpan syer mereka di institusi kewangan tersebut.

Bank Persatuan pernah menawarkan dividen setinggi 12 peratus dahulu, tahun lepas pada kadar 6 peratus, dan tahun ini hanya 2 peratus.

Gambarannya, sentimen penyimpan syer bagi satu-satu bank begitu bergantung pada kadar dividen yang ditawarkan.

KENAPA SERENDAH 2%

Dividen diberikan berdasarkan pada jangkaan munasabah dan hasil keuntungan yang dijana oleh sebuah bank.

Co-Opbank Persatuan kalau ada syer RM2 bilion sekalipun, tetapi jumlah pinjaman pelanggan melibatkan 10 peratus atau RM200 juta juta sahaja, maka sudah pasti bank tidak mampu memberi dividen yang lebih tinggi.

Dahulu, Co-Opbank Persatuan mungkin mempunyai syer RM1 bilion, tetapi jumlah pinjaman pelanggan mencecah 60 peratus, RM600 juta.

Gambarannya, jika bank mempunyai syer yang kian membesar pun, tetapi tiada pinjaman pelaburan daripada pelanggan dalam jumlah yang lebih besar, akan menentukan kadar dividen yang lebih rendah.

KENAPA PINJAMAN PELANGGAN KIAN RENDAH?

Ini ada kaitan dengan dasar Bank Negara Malaysia (BNM) yang mengetatkan syarat kelayakan pemohon pinjaman pelbagai kategori.

Tidak banyak yang boleh dilakukan kerana BNM dalam laporan tahunannya pernah mendedahkan hutang isi rumah bagi tahun 2009 meningkat kepada 76.6 peratus dan pernah dikatakan rekod kedua tertinggi di Asia, berbanding 63.9 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) tahun 2008.

Langkah mengetatkan aktiviti pinjaman perbankan antaranya, pelanggan tidak dibenarkan lagi membuat pinjaman bertindih lanjut (loan overlapping).

Hampir semua bank mendepani cabaran ini, sebenarnya.

Selain itu, pelanggan yang mempunyai jaminan kredit seperti ada slip gaji sahaja menjadi kumpulan sasar bank, sedangkan mereka yang memerlukan pinjaman peribadi, sewa beli kenderaan atau pinjaman perumahan turut melibatkan pekerja kontrak serta mereka yang tiada slip gaji.

Anggota koperasi di bawah Co-Opbank Persatuan realitinya adalah kaum peniaga, kerja sendiri, bukan kakitangan kerajaan sahaja.

Implisitnya, Co-Opbank Persatuan mula mengolah kumpulan sasarnya kepada pemaju serta pemilik syarikat dll supaya aktiviti pinjaman pelaburan masih berlaku di bank koperasi tersebut.

Sebenarnya, kelompok sasar baharu ini lebih berminat ke bank-bank konvensional dan bank pembangunan lain, kerana pakej pinjaman adalah lebih kompetitif dan dinamik, berbanding skim pinjaman klasik yang ditawarkan oleh Co-Opbank Persatuan.

Akhirnya, Co-Opbank Persatuan tidak boleh menjana keuntungan kerana aktiviti pinjaman pelaburan daripada anggota/pelanggan bank itu adalah rendah.

Maka, kadar dividen kepada pemegang syer pun serendah 2 peratus seperti sekarang.

POLITIK DALAMAN

Dahulu, anggota Bank Persatuan sendiri menentukan hala tuju organisasi koperasi itu, dengan syor-syor BNM.

Ertinya, mereka yang dilantik itu adalah mereka yang memahami tujuan penubuhan koperasi pinjam-meminjam tersebut sehingga tertubuhnya bank.

Sekarang, kepimpinan Co-Opbank Persatuan ditentukan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan kementerian berwajib.

Rombakan besar-besaran berlaku di dua tiga cawangan yang sedia ada, termasuk di Taman Selat Bagan. Cukup 'politiking'.

SYOR ELAK 'NAZAK'

Sebenarnya Co-Opbank Persatuan masih boleh diselamatkan daripada berkubur semacam Bank Bumiputera  (bank konvensional) beberapa dekad dulu.

BNM perlu mengolah dasar pinjaman supaya aktiviti pinjaman pelaburan anggota Co-Opbank Persatuan kembali berdaya saing seperti dahulu.

Anggota-anggota Co-Opbank Persatuan jua perlu memainkan peranan yang lebih besar supaya mereka sendiri menentukan kepemimpinan serta halatuju organisasi koperasi, bukan politiking pentadbiran membabitkan JKM dan kementerian.

Setuju?

#DEKPOS
Diskusi Politik Ekonomi Sosial

Apabila menteri otak udang buat cadangan bangang "kutip derma"..ini jawab PIBG

Kutip derma? Kami bukan bank untuk sekolah, jawab PIBG

PETALING JAYA: Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bukan perunding kewangan atau bank untuk jana biaya penyelenggaraan sekolah, tegas Presiden PIBG Nasional menjawab cadangan mewajibkan persatuan mengutip derma untuk selenggara sekolah.

Prof Madya Mohamad Ali Hassan berkata PIBG adalah sistem sokongan dalam hal displin pelajar, pencapaian akademi dan bukan akademi, keselamatan dan kebersihan sekolah.

“Beri dana kepada sekolah dibuat atas dasar sukarela. Mengapa tidak minta tambahan wang daripada syarikat milik kerajaan (GLC). Mengapa kita pula yang perlu tanggung penyelenggaraan sekolah,” katanya.

Beliau menambah banyak sekolah terletak di kawasan desa, terpencil dan pedalaman dimana ibu-bapa tidak mampu jana wang untuk sekolah.

“Barangkali sekolah yang mewah boleh menjana 50% daripada penyelenggaraan sekolah tetapi tidak boleh dijadikan kewajipan. Sebenarnya ia bergantung kepada sekolah masing-masing,” katanya.

Beliau berkata ahli persatuan menjalankan aktiviti kutip derma untuk selenggara sekolah, dan “semua orang gembira kerana ia dibuat secara sukarela. Tiada paksaan. Tanggungjawab selenggara sekolah tidak boleh diserahkan kepada PIBG.”





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...