TERKINI :

Monday, August 1, 2016

14% tenaga kerja negara adalah orang asing

KUALA LUMPUR: Hanya 1% lagi untuk Malaysia capai had pekerja asing yang ditetapkan Putrajaya iaitu 15% daripada keseluruhan tenaga kerja negara.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Ismail Abdul Muttalib berkata peratus pekerja asing berdaftar sekarang adalah 14% atau kira-kira dua juta daripada 14 juta tenaga kerja di negara ini.

“Kami harap lebih ramai majikan ambil pekerja tempatan supaya ia (pekerja asing) tidak lepasi had sekarang,” katanya dalam sidang media seusai majlis Hari Raya kementerian hari ini.

Ismail berkata majoriti pekerja asing digajikan untuk melakukan kerja 3D (kotor, bahaya dan merendahkan martabat) di sektor perladangan, perusahaan, pembinaan, keselamatan dan perkhidmatan.

ANAK setuju dakwaan TMJ, Felda nafi

PETALING JAYA : Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) mendakwa pembinaan Stadium Jengka dan rumah generasi kedua Felda di bawah projek Sentuhan Kasih menggunakan wang peneroka.

Presidennya, Mazlan Aliman berkata pembinaan Stadium Jengka dengan kos puluhan juta ringgit itu tidak sepatutnya dibebankan sepenuhnya kepada peneroka Felda dan dana seharusnya daripada kerajaan.

“Contohnya daripada Kementerian Belia dan Sukan. Sepatutnya kerajaan pusat memayungi pembinaan stadium itu. Sebab bila puluhan juta digunakan melalui dana peneroka tentu sekali ia akan menjejaskan kebajikan dan kehidupan peneroka,” katanya ketika dihubungi FMT baru-baru ini.

Mazlan berkata pihaknya juga tidak bersetuju dengan Felda yang berasingan dengan kerajaan pusat untuk membina rumah generasi kedua.

“Apabila kerajaan negeri bekerjasama memberikan hak milik kepada pembinaan rumah generasi kedua, kos pembinaan rumah generasi kedua sepatutnya dibiayai kerajaan pusat.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...