
Sunday, July 24, 2016
‘Pelik bin Ajaib..!! Kenapakah laporan audit 1MDB masih rahsia..??’

Skandal 1MDB: Rakyat perlu bersuara tebus maruah negara

PRN Pulau Pinang: Keputusan ‘gopoh’, DAP ‘gelabah’ – PAS

Usah buang masa tilik MO1....
Dividen 6% yang diumumkan oleh LTAT bagi 2015 adalah yang paling rendah sejak 1973
Dividen Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang diumumkan dua hari lalu adalah yang terendah dalam sejarah sejak LTAT ditubuhkan. Kalau saya salah, sila tangkap saya sekali lagi seperti tangkap saya semasa saya bongkar lambat bayar pencen pesara tentera beberapa bulan lalu. Tolonglah sebarkan maklumat ini dan viral terutama kepada keluarga tentera; saya tidak boleh bantu saudara jika saudara sendiri merestui diperlakukan begitu.
DIVIDEN 6% YANG DIUMUMKAN OLEH LTAT BAGI 2015 ADALAH YANG PALING RENDAH SEJAK 1973
Saya telah semak rekod dividen Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) sejak ia mula dilaporkan iaitu tahun 1973.
Dividen 6% yang diumumkan bagi tahun kewangan 2015 adalah yang paling rendah sejak 1973. Walaupun ekonomi negara menguncup dalam tahun-tahun krisis ekonomi 1985-87 dan 1997-1998 dividen yang diumumkan bagi tahun-tahun itu adalah lebih tinggi dari 6%.
Saya mengutuk tindakan LTAT terutamanya Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein, Menteri Kewangan yang cuba memberi gambaran bahawa prestasi LTAT adalah baik dengan mengaitkan jumlah dividen itu sebagai bukti bahawa dakwaan saya sebelum ini mengenai kelewatan pembayaran caruman pencen bekas anggota tentera adalah lambat.
Jumlah 12% yang diumumkan seolah-olah itu dividen juga adalah mengelirukan kerana ada dua komponen iaitu:
1) Dividen 6% yang wajib dibayar kepada semua pencarum dan pencapaian 6% adalah yang paling rendah sejak 1973
2) Bonus 6% dalam bentuk unit amanah kepada anggota tertentu sahaja dan bukan semua anggota yang akan mendapat bonus unit amanah ini
Saya akan mengeluarkan analisa kewangan LTAT yang lebih lengkap dengan lebih menyeluruh dalam masa terdekat berikutan pengisytiharan dividen yang paling rendah sejak 1973 ini.
Saya tahu kepimpinan Umno cukup takut dengan isu kelewatan pembayaran caruman pencen kepada pesara tentera ini. Sepatutnya sebagai Menteri Pertahanan, Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein menjaga kebajikan mereka bukan menggunakan prestasi dividen yang lemah untuk mengkritik saya.
RAFIZI RAMLI
Ahli Parlimen Pandan
Setiausaha Agung/Naib Presiden KEADILAN
23 Julai 2016
Isu 1MDB - Insaflah semua... Ceritalah perkara yang sebenar.
Diantara mekanisma murahan untuk nenutup amalan rasuah, penyelewengan, pecah amanah, mencuri wang negara berbilion ringgit;
1- Bahaya campur tangan asing
2- Tak ada bukti kukuh.
3- Nama official 1 tak disebut dan orang
pertama yang disyaki tidak juga disebut
dalam kenyataan Doj Amerika Syarikat.
Sekiranya penyiasat-penyiasat dalam negara yang berwibawa tidak dibunuh atau tidak diganti dengan penyiasat2 cap ayam, sudah lama perkara yang sebenarnya berlaku dapat diketahui rakyat. Tak perlu bergantung kepada siasatan yang dibuat di luar negara.
Selama manakah skendal ini hendak disembunyikan. Sejauh mana mereka yang bersekongkol untuk melindungi penyelewengan ini hendak pergi?
Berapalah sangat nilai pangkat dan wang ringgit yang diperolehi berbanding dengan nilai bercakap benar untuk memelihara kepentingan rakyat?
Adakah mereka fikir Allah akan berpihak kepada perbuatan mereka melindungi penyelewengan dan kejahatan?
Insaflah. Ceritalah perkara yang sebenar.
PRN P.PINANG : Peluang PAS nak menang pilihanraya terbatas
SHAH ALAM – Penganalisis politik meramalkan peluang Pas untuk memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang terbatas.
Menurut penganalisis politik daripada Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr P Sivamurugan, ini kerana wujud persaingan antara BN dan dalam kalangan rakan pembangkang yang lain.
“Pas akan menghadapi kesukaran pada PRN Pulau Pinang. Ini kerana wujud persaingan yang bukan sahaja dengan Umno, malah dengan Amanah (Parti Amanah Negara).
“Melainkan ada kompromi (antara Pas dengan Amanah),” katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.
Pendapatnya itu turut dibuktikan dengan rekod lampau Pas yang hanya meraih satu kerusi di Permatang Pasir pada Pilihan Raya Umum 2013.
“Melihat kepada peluang Pas, lebih baik bagi Pas untuk tumpu pada PRU 14 nanti sahaja.
“Tetapi sudah menjadi tradisi Pas untuk bertanding dan saya yakin Pas memang akan bertanding kali ini,” katanya lagi.
Pasma alu-alukan kehadiran parti baharu
Wartawan Sinar Harian
24 Julai 2016
JITRA – Pasma amat mengalu-alukan kehadiran parti baharu yang diterajui bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam sistem demokrasi negara bersama gabungan pembangkang.
Presidennya, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, perkara itu secara tidak langsung dapat mengukuhkan lagi Pakatan Harapan untuk menentang BN pada pilihan raya.
“Mungkin ada sebilangan ahli, bekas-bekas Umno dan penyokong BN ini merasa lebih selesa untuk berada dalam parti lain (parti baharu).
“Tapi mereka digalakkan berada bersama parti pembangkang yang lain kerana ini akan mengukuhkan lagi Pakatan Harapan,” katanya kepada media selepas hadir pada majlis jamuan Aidilfitri Pakatan Harapan Kedah di Dataran Darulaman, di sini, kelmarin.
Menurutnya, tiada halangan kepada mana-mana parti sama ada parti baharu mahupun parti sedia ada untuk bersama Pakatan Harapan sebagai persiapan menghadapi PRU14.
“Kita nak kalau boleh semua parti yang menentang BN berada dalam satu gabungan supaya kita ada dua sistem dan mudah untuk rakyat buat keputusan pada pilihan raya nanti,” katanya.
Ditanya mengenai kemungkinan terdapat beberapa lagi Adun Umno Kedah akan sertai juga parti baharu, beliau tidak menafikan perkara itu.
“Saya tak ada maklumat mengenai perkara itu, tapi saya rasa mungkin berlaku apabila wujud parti baharu. Ada sebahagian yang tak selesa dengan kepimpinan Umno sekarang akan serta parti baharu.
“Kalau mereka lompat parti dan BN hilang kuasa majoriti, akan berlaku perubahan kerajaan di parlimen ataupun di peringkat negeri. Itu biasa dalam sistem demokrasi dan kita harap itu yang berlaku. Tak perlu tunggu sehingga PRU14, boleh berlaku pertukaran kerajaan,” katanya.
Phahrolrazi (kanan) menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir pada majlis Aidilfitri Pakatan Harapan Kedah, kelmarin.
SOAL-JAWAB ISU 1MDB UNTUK PANDUAN PAKCIK-PAKCIK DI KAMPUNG...
23 Okt 2012: USD60 juta (RM183.5 juta)
14 Nov 2012: USD45 juta (RM138.2 juta)
JUMLAH: USD238 juta (RM741.6 juta)
"Tuan. Uh, adakah anda maklum tentang latarbelakang <tidak dapat didengar>, mengenai <tidak dapat didengar> sumbangan kepada Perdana Menteri Malaysia?"
("Your Excellency. Uh, are you aware of the background of <inaudible>, upon the <inaudible> donation to the Prime Minister of Malaysia?")
"Kami sedia maklum tentang, tentang sumbangan tersebut. Dan ia adalah sumbangan yang ikhlas, dengan uh, tiada apa diharapkan sebagai balasan. Uh, kami juga sedia maklum bahawa Peguam Negara Malaysia telah menyiasat perkara ini dengan teliti dan tidak menemui sebarang kesalahan jadi bagi kami perkara ini telah ditutup."
("We are aware of the, the donation. And it is a genuine donation, with uh, nothing expected in return. Uh, we are also fully aware that the Attorney-General of Malaysia has thoroughly investigated the matter and found no wrongdoing so as far as we're concerned this matter was closed.")
13 Jun 2011: USD10 juta (RM30.3 juta)
JUMLAH: USD20 juta (RM60.8 juta)
a. Dokumen/rekod kiriman wang
[07-24, 09:55] +60 19-350 2999: Deutsche Bank (Malaysia) Berhad bertarikh 30 September 2009 sebanyak USD700 juta kepada akaun milik Good Star (Seychelles) Limited bernombor 11116073 di RBS Coutts Bank Limited (kini Coutts & Co. Limited).
b. Dokumen/rekod bayaran fi broker kepada akaun bernombor 7573800 di J. P. Morgan (Suisse) SA.
a. Dokumen perjanjian usahasama 1MDB-PetroSaudi Limited bertarikh 28 September 2009.
b. Dokumen perjanjian pembelian aset oleh PetroSaudi Holdings bertarikh 4 Julai 2009.
c. Rekod pembatalan perjanjian pembelian aset oleh PetroSaudi Holdings bertarikh 23 November 2009.
a. Borang permohonan kiriman wang Affin Bank Berhad bertarikh 26 Disember 2014 sebanyak RM5 juta kepada akaun bernombor 2112022011880 di AmIslamic Bank Berhad.
b. Borang permohonan kiriman wang Affin Bank Berhad bertarikh 26 Disember 2014 sebanyak RM27 juta kepada akaun bernombor 2112022011880 di AmIslamic Bank Berhad.
c. Borang permohonan kiriman wang Affin Bank Berhad bertarikh 10 Februari 2015 sebanyak RM10 juta kepada akaun bernombor 2112022011880 di AmIslamic Bank Berhad.
i. Pegawai berjawatan tinggi dalam kerajaan Malaysia;
ii. Berjawatan tinggi dalam 1MDB. Berkuasa melantik dan menyingkir ahli Lembaga Pengarah 1MDB. Sebarang komitmen kewangan 1MDB memerlukan kelulusan beliau;
iii. Ahli keluarga kepada Riza Aziz.
#beranikeranabenar
Kira-kira 5,000 hadiri pengebumian TG Haji Salleh
SIK - Kira-kira 5,000 orang menghadiri pengkebumian Tokoh Ulama Kedah, Salleh Musa atau lebih dikenali sebagai Tuan Guru Haji Salleh di sini tengah hari tadi.
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan kira-kira 1.30 tengah hari tadi di Tanah Perkuburan Islam Masjid Ar-Rahman di sini.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 8.15 malam tadi selepas dibawa ke HSB kira-kira pukul 7.30 malam menggunakan ambulans dari rumahnya selepas mengadu tidak sihat.
Allahyarham Salleh, yang mendalami bidang agama sejak kecil, berpeluang menuntut ilmu bersama ulama terkemuka di Makkah, antaranya Syeikh Ismail Fatani, Syeikh Yassin Al Fadani, Syeikh Abd Qadir Mandili, Syeikh Syed Alawi Al Malikki dan Syeikh Syed Amin Qutubi.
Selepas pulang ke tanah air sekitar tahun 1964, beliau membantu bapanya, Allahyarham Tuan Guru Musa Salleh, mengajar di pondok Pekan Sik dan mengambil tanggungjawab menguruskan pondok selepas Tuan Guru Musa meninggal dunia. - Bernama
Liga Super: Kedah Tewaskan T Team 1-0
Diterbitkan: Sabtu, 23 Julai 2016 11:47 PM
Oleh: BASHAH ZAINOL ABIDIN
bza_56@yahoo.com.my
Pemain Kedah Smeltz Shane Edward (tengah) mengawal bola sambil diasak pemain pertahanan T Team pada perlawanan Liga Super di Stadium Darul Aman, Sabtu malam. Foto: Bernama
(Ubah saiz teks)
KEDAH berjaya mengisi slot empat pasukan teratas Liga Super selepas berjaya menewaskan T Team 1-0 di Stadium Darul Aman pada Sabtu malam.
Sebelum itu, pengadil perlawanan Mohd Faruzi Mat Desa terpaksa menangguh sepak mula selama 15 minit selepas hujan lebat di Alor Setar sehingga menyebabkan padang tidak dapat digunakan untuk sementara waktu.
Hanaya pada minit ke 22 barulah Kedah berjaya melakukan serangan berkesan apabila tendangan kencang Halim Shaari terkena palang gol T Team terus keluar dan terselamat pelawat dari ketinggalan satu gol.
Rentak permainan kedua-dua pasukan bermula perlahan akibat keadaan padang yang ditakungi air, sebelum Kedah memulakan serangan bagi memburu gol.
Shane Smeltz yang diturunkan sebagai penyerang utama Kedah tidak menunggu lama untuk memanaskan suasana apabila memberi tekanan kepada skuad T Team.
Pada minit ke-30 Smeltz cuba mendapatkan gol pertama, namun tandukannya berjaya di selamatkan pertahanan lawan.Bagaimanapun ia tidak bererti T Team tidak berusaha untuk mendapatkan gol sebaliknya mereka turut melakukan serangan balas.
Kedudukan 0-0 kekal sehingga separuh masa pertama ditamatkan oleh Mohd Faruzi.
Empat minit babak kedua bermula, Kedah berjaya memperolehi gol pertama menerusi Smeltz.
Jaringan tunggal itu hasil tampanan Syafiq Ahmad selepas Farhan Roslan melakukan hantaran lintang dari kanan gol lawan.
Ketika perlawanan seakan menuju ke penamat, T Team hampir menyamakan kedudukan menerusi Delshod Shrifudinov, malangnya tendangan pemain tersebut melewati palang gol Kedah.