TERKINI :

Saturday, July 23, 2016

ORANG BERITAHU KITA BAHAWA KITA TELAH DITIPU, TAPI KITA MASIH SOMBONG !!

 http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2016/07/1mdb-skandal1.jpg
Bab duit Tabung Haji, KWAP, LTAT dan saham Felda, ada tak US masuk campor? Takde kan? Tapi apa puak kita buat? Buat tak tau je.....

Bila skandal 1MDB ini mula2 dibangkitkan oleh Anwar Ibrahim tahun 2011, waktu itu US tak campurtangan pun isu ini, kita masih buat tak tahu dan biarkan Anwar serta Rafizi dan Tony Phua yang bercakap bertahun2. Akhirnya, skandal ini terdedah. Allah tunjukkan kebenaran dan ramai yg baru bangun tidur termasuklah Mahathir, Muhyiddin, Shafie Afdhal dan lain2. 

Walaupun mereka baru bangun tidur, tapi mereka terus lawan 1MDB menyambung apa yg pernah disebut oleh Anwar. Waktu itu, puak kita buat apa? Kita beri alasan dan hujah untuk cuba menafikannya. Maka, muncullah kata2 "Tak masuk akal" dan "datangkan saksi2" serta seumpamanya dengan membelakang fakta yg ada.

Menyedari isu ini semakin membahayakan rejim, maka banyak dokumen dan fakta2 lain berkaitan isu ini di "OSA" kan. Tapi mereka lupa bahawa OSA hanya laku di MSia. Tidak laku di SPore, US atau negara lain. Oleh itu, terbongkar satu demi satu rahsia 1MDB. Kita buat jenayah kat negara luar, maka menjadi tanggungjawab negara berkenaan menyiasat dan mendedahkannya.

Malangnya, kita tak berani bersuara, kita malas untuk mencari maklumat sedangkan ianya melibatkan kepentingan negara kita sendiri, tiba2 apabila US yg mendedahkannya untuk memberitahu rakyat negara ini bahawa 'Kamu telah ditipu oleh 1MDB", kita pula menjerit2 menyatakan "US, kamu jangan campuri urusan negara kami". Bijak ke bodoh kita?

Wfauzudin ns

Biarlah media arus perdana benam berita 1MDB


Tengah hari semalam (Khamis 21 Julai) , lima kawan saya yang berkerja di sebuah kementerian di Putrajaya mengajak berjumpa di sebuah restoran mamak di sebelah Masjid Putra, Putrajaya. Saya menerima pelawaan itu kerana tumpang gembira apabila kawan-kawan yang dulunya bukan siapa-siapa kini bertaraf Jusa.

Apabila saya muncul pertanyaan pertama yang terluncur dari mulut mereka ialah, "Kenapa media arus perdana tak siar berita besar mengenai 1MDB di sebuah mahkamah di Amerika Syarikat."

Kata salah seorang daripada mereka yang baru sahaja bergelar Datuk, "Bukankah nilai beritanya tinggi berbanding berita yang diletakkan di muka depan semua akhbar Melayu dan Inggeris kecuali akhbar bahasa Cina? Aku fikir berita depa siar tu boleh simpan dulu."

Saya katakan saya tidak ada hak untuk menjawab bagi pihak media arus perdana. Kalau perlu jawapan segera boleh hubungi editor akhbar masing-masing. Tetapi saya ingatkan bahawa cara itu juga belum tentu boleh jawapannya. Kerana tidak ada jawapan.

Kemudian saya tanya mereka pula, "Apa masalah hangpa media arus perdana tidak siar berita itu? Adakah kerana tidak disiarkan maka berita besar bertaraf dunia itu tidak sampai kepada hangpa? Bukankah sama ada media arus perdana siar atau tidak, penembusan maklumat tidak terjejas sedikit pun?"

"Taklah macam tu. Kot kot la hang tau sebab-sebabnya, " kata Datuk itu. Saya menerangkan kepada mereka (macam tengah bagi ceramah pula) bahawa pada era liberalisasi media dan pendemokrasian maklumat, media arus perdana bukan faktor yang membantutkan perkembangan ini.

Era pendemokrasian maklumat dan liberalisasi media, rakyat negara ini dengan mudah mendapat akses untuk membaca akhbar-akhbar terkemuka dunia yang disiarkan secara di atas talian. Keadaan ini tidak sama dengan zaman Tun Dr. Mahathir di mana kebergantungan yang tinggi kepada media arus perdana; akhbar, radio dan televisyen.

Akhbar kontroversi The Wall Street Journal (WSJ), The Washington Post, The New York Times, USA Today boleh diakses dengan mudah dan murah. Ini belum lagi perkhidmatan berita seperti Cable News Network (CNN), Al Jazeera dan British Broadcasting Corporation (BBC).

Semalam media antarabangsa melaporkan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat mengambil tindakan menyita harta milik anak tiri Perdana Menteri Najib Razak, Riza Aziz dan Jho Low yang menetap di Amerika Syarikat. Mereka didakwa mengambil wang syarikat pelaburan negara, 1MDB untuk kegunaan peribadi.

Sitaan yang bernilai AS$1 bilion itu difahamkan yang terbesar dalam sejarah kehakiman Amerika. Nama Malaysia di peta dunia, siapa yang tak berbangga.
Seperti semua orang maklum, tindakan media arus perdana tidak memberikan apa-apa kesan terhadap penyebaran berita berkenaan. Media arus perdana tentu mempunyai sebab-sebab tertentu membenamkan berita yang begitu besar tetapi sebagai pengguna, semua pihak tidak perlu gundah dengan tindakan tersebut.

Walaupun ada peneraju media arus perdana memberikan alasan berita itu masuk terlalu lewat hingga tidak sempat disiarkan di akhbar, saya fikir beliau bergurau kerana saya mendapat berita itu pukul 12 tengah hari Rabu.

Ada juga pihak yang menganggap media antarabangsa penipu dan memutarbelitkan fakta. Hal itu terpulang kepada penilaian masing-masing dan sepatutnya mereka juga perlu tahu di sebalik tabir media arus perdana. Kenalah tanya kawan saya Mustapha Kamil yang baru sahaja meletakkan jawatan dari media arus perdana.

Ini bukan kali pertama media arus perdana membenamkan berita-berita tertentu, misalnya kenyataan Barack Obama yang menyokong LGBT semasa melawat negara ini. Tidak ada media arus perdana yang siarkan kenyataan atau reaksi membantah padahal media yang sama juga berteriak menentang LGBT.

Begitu juga dengan titah Majlis Raja-Raja Melayu supaya pihak yang berkenaan menyelesaikan segera kemelut 1MDB. Ada media arus perdana menyiarkan di halaman dalam dengan saiz yang kecil, ada yang siar lewat sehari di halaman yang tidak utama.

Pesan saya, kita tidaklah perlu gundah gulana hanya kerana media arus perdana membenamkan berita-berita tertentu. Ini kerana tindakan itu tidak sedikit pun menghalang kita mendapat maklumat pada era penembusan Internet jalur lebar yang begitu tinggi ketika ini.

Selepas ceramah panjang lebar itu saya pun menikmati nasi kandar yang dibelanjakan oleh kawan-kawan yang berjaya dalam kerjaya. Kalau mereka "belanja nasi kandar" atau menghulurkan "derma" kepada saya, rasanya tidak menjadi kesalahan kerana saya bukan "siapa-siapa". Lainlah kalau tanda tangan saya bernilai tinggi.

Posted by ku_seman

#BeStrongPM - KATA2 PERANGSANG YANG MEMANG SESUAI BUAT NAJIB

Shahbudin Husin,

Di sebalik penyokong dan penjilat Najib Razak mengatakan tindakan Jabatan Kehakiman AS membuat penyitaan harta yang menggemparkan dunia berkaitan 1MDB tidak ada kena-mengena dengan Perdana Menteri, dalam masa yang sama muncul pula kempen #BeStrongPM di media-media sosial.

Jika tidak ada kena-mengena, kenapa diminta Najib agar menjadi kuat atau tabah?

Dalam masa yang sama, kempen solidariti itu juga menjadi bahan persendaan di media sosial sehingga #BeStrongPM turut dikaitkan dengan kehidupan di penjara yang sukar, selain maki hamun dan cercaan terhadap Najib.

Apa pun, kempen tersebut secara tidak langsung mengesahkan Najib dan pengampunya berada dalam keresahan. Bukan saja Najib tidak lagi lena tidurnya, penyokong dan penjilat juga barangkali mulai kerisauan memikirkan masa depan masing-masing.

Yang lain-lain pula menafsirkan secara melulu kononnya tindakan Jabatan Kehakiman AS sebagai agenda Yahudi, cubaan campurtangan asing dan keinginan Amerika Syarikat mencabar kedaulatan negara.

Lihatlah betapa celarunya mereka!

Harus difahami tindakan Jabatan Kehakiman AS itu ialah untuk menjaga kepentingan negara mereka agar tidak dijadikan syurga pencuri dan perompak untuk menghalalkan wang yang dilarikan.

Ia tidak mengancam kedaulatan dan masa depan Malaysia, malah menunjukkan kepada kita siapakah pencuri dan perompak yang sebenar. Ancaman dan bahaya sebenar kepada negara ialah perompak dan pencuri, bukannya Amerika Syarikat yang mahu menangkap mereka. Kita sepatutnya berterima kasih kepada Jabatan Kehakiman AS.

Kepada yang mengatakan ia agenda Yahudi, kenapa perkara itu tidak dibangkitkan ketika Najib melantik Apco sebagai penasihat media, ketika 1MDB memberi kepercayaan untuk Goldman Sachs menguruskan dananya atau ketika TPPA setuju ditandatangani?

Mengapa hanya ketika kedudukan Najib terlihat mula terancam, barulah agenda Yahudi dan kedaulatan negara terancam mahu dibangkitkan?

Sebenarnya saman sivil Jabatan Kehakiman AS ini hanyalah langkah permulaan ke arah pembongkaran yang lebih besar. Ia ibarat perintah mahu menyita harta berkaitan pengedaran dadah sebelum pengedar dadah sebenar dapat ditangkap dan dihukum.

Dalam tindakan AS itu, bukan hanya harta dan aset yang melibatkan Jho Low, Riza Aziz, Khadem Al-Qubaisi dan Mohamad Al-Badawy yang bakal disita yang menjadi perhatian, tetapi yang jauh lebih penting ialah kebenaran mengenai wang RM2,600 juta yang diterima Najib.

Ke mana wang 1MDB sebanyak RM28,000 juta yang tidak dapat dikesan juga mungkin lebih difahami ke mana menghilangnya?

Walaupun tidak menyebut nama Najib, sebaliknya hanya Malaysian Official 1, mereka tetap mendakwa, bahkan tentunya mempunyai bukti dan dokumen lengkap bahawa wang tersebut bersumberkan daripada bon 1MDB yang diuruskan oleh Goldman Sachs dan kemudian dimasukkan ke akaun Ambank melalui Tanore Finance Corporation.

Dengan ini, saman sivil yang dikemukakan oleh Jabatan Kehakiman AS itu adalah langkah awal ke arah pengesahan siapa sebenarnya penderma RM2,600 juta kepada Najib itu.

Apakah ia benar-benar daripada kerabat diraja Arab Saudi yang memberinya tanpa mengharapkan balasan atau ia daripada Puteri Turki Abdullah Al-Saud, pemilik PetroSaudi yang memberikan wang itu kepada Najib dengan berselindung di sebalik wang 1MDB yang dicaturkan oleh Jho Low?

Bayangkan apabila perbicaraan bermula nanti dan semua yang dituduh serta saksi-saksi dipanggil membela diri, apakah hujah RM2,600 juta itu sebagai derma ikhlas Tok Arab masih dapat dipertahankan?

Mampukah mereka menepis bukti-bukti FBI bahawa wang tersebut bukan daripada 1MDB?

Bagaimana Najib mahu berhujah lagi ketika itu sedangkan sebelum ini beliau bermati-matian mengatakan wang yang diterimanya adalah semata-mata derma dan tiada kaitan dengan 1MDB?

Juga tidak diketahui bagaimana akhirnya nasib rakan baiknya, Jho Low serta anak tirinya, Riza Aziz di tangan undang-undang AS?

Maka, buat sementara ini sesuai sangatlah kata-kata #BeStrongPM itu ditujukan kepada Najib yang hari mukanya semakin celaru dan tidak menentu. (SH 23/07/2016).

SUMBER

PAS letak calon jika PRN Pulau Pinang diadakan

ALOR SETAR: PAS akan meletakkan calon di setiap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pulau Pinang sekiranya pilihan raya mengejut diadakan di negeri itu.

Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata walaupun akan bertanding secara bersendirian, PAS mempunyai kekuatan dan mendapat sokongan di negeri itu yang boleh membantu calon parti untuk menang.

“Kita (PAS) ada kekuatan di negeri itu kerana sejarah penubuhan parti ini di Pulau Pinang. DAP dan PKR perlu sedar mereka bergantung kepada akar umbi kita (PAS) untuk menang pada pilihan raya umum (ke-13) lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya sama ada PAS akan bertanding dalam pilihan raya negeri itu sekiranya diadakan semasa ditemui pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Pusat di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, hari ini.

Sementara itu, Hadi berkata PAS tidak menolak untuk bekerjasama dengan parti baharu yang bakal ditubuhkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sekiranya parti itu nanti tidak lari daripada matlamat dan perjuangan Islam.

Katanya, PAS sebelum ini mengambil kesempatan untuk bekerjasama dengan semua pihak dengan syarat parti itu tidak mengganggu dasar Islam yang dibawa PAS sejak awal penubuhannya.

“Kita (PAS) tidak ganggu dasar yang dibawa DAP dan mereka yang ganggu dasar PAS, kita bertegas dengan perkara ini dan akhirnya mereka (DAP) keluar daripada Pakatan Rakyat yang turut disertai PKR.

“PAS hari ini terus konsisten dengan dasar yang diperjuangkan sejak dulu lagi. Blok ketiga yang diwujudkan PAS, bekerjasama dengan lebih 50 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sebuah parti politik,” katanya.

Tunjukkan pendirian PAS sebenar, Tak perlu nak tunjuk UMNO friendly sedangkan dah berjuta kali PAS kena tikam belakang..!!

Ahmad Sofi Hashim

Gambar Hiasan

Bila ada usaha nak turunkan Najib, katanya Islam tak galakkan gulingkan pemimpin. Bila ada isu besar kaitan 1MDB, katanya perlu saksi dan bukti. Saksi dah ada. Bukti dah ada. Apa lagi mau.

Kalau nak turunkan UMNO, kena ada pilihanraya. So, pakat2 cari jalan bagi cepatkan pilihanraya. Bagi tekanan kepada PM. Bukannya koi dok sokong PM tak bagi rebah dgn hujah2 mudah. Nak buat solat hajat pun boleh. Tak dak isu.

Tunjukkan pendirian PAS sebenar. Apa yg menjadi asas perjuangan? Walk the talk. Tak perlu nak tunjuk UMNO friendly sedangkan dah berjuta kali PAS kena tikam belakang.

TGNA dah tak dak. Hari ni pulak, jenazah TGHSM pun dah disempurnakan. PAS kehilangan ulamak2 hebat. Tapi perjuangan PAS dah agak tersasar ke tepi.

Luahan Anak Tiri Najib, adik kepada Riza Aziz berkenaan isu hangat ketika ini....

Terjemahan Bahasa Melayu Luahan Azrene Anak Tiri DS Najib Razak Atas Perbuatan Abang Kandungnya Riza Aziz

Kini nama Riza Aziz hangat diperkatakan susulan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) membuat dakwaan beliau 'mencuri' wang rakyat Malaysia yang dialihkan melalui 1MDB.

Berdasarkan laporan  sidang media tersebut, Riza didapati telah menggunakan wang berkenaan untuk tujuan peribadi seperti membeli hartanah di New York, London, dan Beverly Hills serta menghasilkan filem blokbuster The Wolf of Wall Street lakonan Leonardo DiCaprio.

Laporan tersebut juga mengatakan, Pada tahun 2012, Riza dipercayai telah berjudi bersama Jho Low dan beberapa individu lain di Las Vegas.

Hal tersebut meyebabkan adik kandung Riza Aziz, Azrene Soraya Ahmad Aziz yang juga isteri kepada Datuk Fazley Yaakob  tampil membuat satu kenyataan di dalam instagram miliknya berkaitan kehidupannya bersama keluarga setelah DOJ mendedahkan penyelewengan wang 1MDB yang melibatkan abang kandungnya itu. 

Riza dan Azrene adalah merupakan anak tiri kepada DS Najib, hasil perkahwinan Datin Seri Rosmah Mansor dengan suami pertamanya.

Baca kenyataan Azrene di bawah


Terima kasih kepada semua rakan-rakan dan keluarga saya di atas kebimbangan anda pagi ini. Bagi mereka yang bertanya bagaimana saya rasa tentang apa yang sedang berlaku pada masa ini, di sini adalah kenyataan rasmi saya:

Riza masih merupakan seorang yang kami semua sangat kasihi. Malangnya, kasih yang dicurahkan tidak cukup untuk dirinya dan orang-orang di sekelilingnya. Dia memilih, seperti orang lain sebelumnya, untuk memiliki kemasyhuran, kekayaan dan sanjungan.

Dia kini sedang membayar harga untuk itu. Jika Malaysia tidak bersedia untuk memberi keadilan yang rakyat Malaysia harapkan dan keadilan yang keluarga saya pinta melalui doa pada setiap malam selama ini, maka USA sudah pun menunjukkan jalan - dengan cara tersendiri yang hanya mereka dapat tafsirkan.

Azrene yang menganggap dirinya sebagai 'kambing hitam' dalam keluarganya berharap agak Riza menanggung segala salah laku yang telah dilakukannya

Mereka yang mengenali saya tahu bahawa saya merupakan kambing hitam dalam keluarga. Tetapi itu tidak bermakna saya tidak sayang keluarga saya. Orang ramai boleh kata saya kejam untuk apa yang saya tulis hari ini, tetapi saya sentiasa menegakkan apa yang sepatutnya dan melakukan apa yang betul, demi kebenaran dan keadilan walaupun terpaksa membayar harga yang tinggi dan ini bermakna melakukan perkara yang tidak popular.

Saya sering menegaskan bahawa jika Riza menggunakan dan mengaut keuntungan daripada dana yang dicuri, dia perlu membayar apa yang dilakukannya itu. Jika dia bertindak sebagai proksi atau sebagai pemegang amanah untuk apa yang bukan miliknya, dia perlu membayar untuk semua perbuatannya.

Tidak kiralah apa sebab dia lakukannya sekali pun, jika ia menyakitkan negara dan rakyat, ia adalah salah. Yang salah mesti diperbetulkan.

Azrene turut meluahkan hatinya terhadap tindakan Datin Rosmah Mansor, yang merupakan ibu mereka berdua
Baginya  sudah sampai masa untuk ibu kandungnya itu melakukan sesuatu yang betul.

Kepada ibunya,

Engkau telah mengabaikan seorang anak pada kos yang besar dan merugikan. Engkau telah menggunakan dan menggerakkan sumber kerajaan untuk melampiaskan keganasan bagi mengganggu gugat kami semua lebih sepuluh tahun kerana berdiri untuk apa yang kami percaya benar.

Jangan sia-siakan yang lain hanya supaya engkau dan suami engkau boleh terlepas. Sudah tiba masanya untuk ENGKAU melangkah ke hadapan dan lakukan apa yang betul. Be. A. Mother.

"Riza menyerahkan jiwanya kepada syaitan untuk memiliki apa yang tidak sepatutnya menjadi miliknya," kata Azrene.

Bagi mereka yang fikir saya tidak berhati perut hari ini, sila ingat, doa saya adalah untuk kebenaran dan keadilan. Sama seperti rakyat Malaysia yang lain, telah dijawab hari ini dan akan terus dijawab.

Jika Riza menyerahkan jiwanya kepada syaitan untuk memiliki apa yang tidak sepatutnya, anggaplah hutangnya dengan syaitan telah langsai dan akan dikutip lagi.

Begitu juga, semua ahli keluarga yang telah menyerahkan jiwa mereka kepada syaitan, masa anda akan tiba.

Harga yang saya perlu bayar supaya suami saya, keluarga saya dan anak-anak saya boleh tidur nyenyak pada waktu malam dalam keadaan aman dan selamat adalah menyaksikan sendiri ahli keluarga saya yang saya tinggalkan 10 tahun lalu membayar harga untuk salah laku mereka.

Kenapa dengan SELENA GOMEZ begitu keras tapi dengan NAJIB RAZAK sebegitu lembut..!!!??

Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi


1. Apabila aku mengkritik pemuda Pas dlm isu Minah Selena, bukan bermakna aku merestui mungkar. Isu konsert bukan isu spt buang sampah merata-rata, isu pesta arak terbuka atau beromen di khalayak umum yg secara jelas adalah merosakkan. Isu konsert adalah isu hiburan yg menjadi sebahagian drpd rutin kehidupan manusia normal.
2. Hukum asal hiburan adalah harus. Ia tidak boleh diharamkan sepenuhnya. Apa yang boleh ialah, membuat peraturan seketat yg patut utk mengelak berlaku kerosakan (mafsadah) misalnya penyalahgunaan dadah, zina, minum arak dan sebagainya. Manusia boleh berhibur bahkan berkonsert selagi tidak merosakkan agama, nyawa, maruah, harta, akal dan keturunan.

3. Dalam negara pelbagai selera spt Malaysia, untuk membina negara yg selesa dan harmoni, kepelbagaian selera itu tidak boleh disekat sepenuhnya. Raikan keperluan selera itu asalkan tidak merosakkan. Nabi membenarkan nyanyian dan hiburan sempena perkahwinan, hariraya bahkan orang Madinah menyanyi ketika menyambut ketibaan baginda ke Madinah.

4. Benarkan Minah Selena menyanyi dgn pakaian sesuai, lagu yg sesuai dan gaya persembahan yg sesuai. Kalimah sesuai itu merujuk kpd sesuai dgn situasi, keperluan manusia, akhlak, kewarasan akal, tempat dan kepelbagaian. Kalau nak kira Minah Selena tak pakai tudung, dedah aurat, dlm parlimen pun ada orang dedah aurat, takkan nak minta sidang parlimen dibatalkan. Itu maksud kewarasan akal.

5. Apa yg penting ialah penguatkuasaan peraturan dan garispanduan yg ditetapkan. Kita boleh kawal pertandingan bola dan konsert Jom Heboh yg bermotifkan hiburan, kawal juga konsert Minah Selena ini. Suatu masa, Minah Selena dan ramai lagi minah seperti Minah Selena akan hadam budaya konsert di tempat kita dan mematuhinya. Sekurang-kurangnya, kita sudah berjaya mendidik masyarakat dgn budaya hiburan sihat dan positif.

6. Berbanding jika kita ambil sikap larang, haram dan sekat yg semua itu boleh disalahtafsir sbg gambaran kpd Islam apabila dilakukan oleh pemuda parti Islam. Sedangkan tindakan pemuda parti Islam itu hanyalah manifestasi penyempitan terhadap bidang kemaafan (mantiqah al-afw), bukan wajah Islam yg sebenar yg sederhana, toleransi dan adil.

7. Bantahan melulu atas nama mungkar, sehingga menimbulkan mungkar yg lebih besar iaitu salah faham terhadap kemurniaan ajaran Islam juga adalah mungkar. Bukan semua mungkar boleh ditangani dgn keras, kasar bahkan ada mungkar yg haram ditangani begitu. Mendidik, membelai, menyantuni adalah pendekatan cegah mungkar yg diabaikan.

8. Cuma aku hairan, pemuda Pas begitu keras dgn Minah Selena, tapi nampaknya begitu lembut dgn Awang Najib. Setahu aku Minah Selena hanya penyanyi seksi, bukan perasuah dan penyonglap seperti Awang Najib, apa pasal marahkan Minah Selena lebih teruk daripada marahkan Awang Najib? Ade ape-ape ke?

SUMBER

Umno cuba ‘tegakkan benang basah’ isu 1MDB

khairuddin-abu-hassan_Tengku-Adnan_1mdb_600
PETALING JAYA: Bekas naib ketua bahagian Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mendakwa pemimpin Umno ‘cuba menegakkan benang yang basah’ dalam isu kontroversi menyelubungi 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Beliau mencabar pemimpin Umno untuk berdebat mengenai kontroversi 1MDB menerusi RTM selepas Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang menggesa ahli politik pembangkang usah bertindak terburu-buru.

Khairuddin mendakwa Tengku Adnan dan pemimpin Umno yang lain tidak menegakkan Islam kerana nampak seperti membiarkan gejala rasuah berleluasa.

“Sudah-sudahlah pemimpin Umno cuba hendak tegakkan benang yang basah.

“(Datuk Seri) Najib Razak (presiden Umno dan perdana menteri) perlu bertanggungjawab dalam skandal 1MDB,” kata Khairuddin dalam satu kenyataan hari ini.

“Pemimpin Umno hari ini tidak ada iman. Mereka patut ucap semula kalimah syahadah dan kembali beriman untuk menegakkan syiar Islam, berdasarkan kepada Al-Quran dan sunah.

“Adalah haram untuk bersubahat dengan rasuah. Pemimpin yang melanggarkan patut ditentang dan ditolak. Ajaran Islam tidak ada pilih kasih. Siapa yang buat salah perlu dihukum.”

Khairuddin mencabar Tengku Adnan untuk mengarahkan peguam negara dan ketua polis negara menghubungi peguam negara AS untuk mengetahui siapa individu yang dirujuk sebagai “Malaysian Official No 1” dalam tuntutan undang-undang yang difailkan bagi mendapatkan semula aset bernilai AS$1 bilion yang didakwa dibeli menggunakan wang dicuri daripada 1MDB.

“Pemimpin Umno perlu baca laporan penuh dari Pejabat Peguam Negara AS. Satu-satunya perkara yang saya takutkan ialah penyokong Umno yang lemah fikirannya tidak faham bahasa Inggeris.”

Khairuddin menepis kenyataan Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Ab Aziz Kaprawi yang berkata tidak ada keperluan mewujudkan tribunal bebas untuk menyiasat tuduhan 1MDB kerana Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara sudah melakukannya.

“Siapa yang nak percaya ketidaktelusan PAC di Parlimen? Pengerusi PAC Datuk Hassan Ariffin sendiri mengaku melakukan perubahan terhadap laporan PAC tanpa pengetahuan ahli PAC,” katanya.

“Adakah mereka suruh kita berpegang dan percaya pada laporan PAC? Bodoh sangatkah pemimpin Umno?




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...