Thursday, July 21, 2016
Mahathir membantah memang munasabah
Turki: Berselindung di sebalik topeng yang koyak
Pemimpin PAS terus bertempor dan gempor | Isu Perigi Buta
DOJ: Riza dakwa dana AS$94 juta adalah hadiah
Anak tiri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz, mendakwa dana 1MDB bernilai AS$94 juta (RM381 juta) dalam akaun - yang dia memiliki akses untuknya - adalah hadiah daripada syarikat Aabar BVI, kata Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat.
"(Riza) Aziz mendakwa - termasuk dalam laporan cukainya pada 2012 - wang itu adalah 'hadiah' daripada Aabar BVI," kata laporan itu semalam.
Menurut DOJ, Aabar BVI - sebuah syarikat didaftarkan di Kepulauan British Virgin dengan nama sama - menerima AS$1.367 bilion wang yang diselewengkan daripada bon 1MDB untuk perjanjian pembelian kuasa pada 2012.
Daripada jumlah itu AS$238 juta dimasukkan ke akaun syarikat perfileman Riza, Red Granite, di Singapura.
DOJ mendakwa Riza menggunakan AS$94 juta wang itu untuk membeli tiga harta tanah - dengan setiap satu di New York City, Beverly Hills dan London.
Dalam saman dikemukakan pihak berkuasa AS itu, DOJ memperincikan bagaikana firma perakaunan berpangkalan di AS, Nigro Karlin Segal Feldstein & Bolno (NKSFB) cuba mendapatkan penjelasan mengenai "hadiah" berkenaan.
"Dana itu datang daripada seorang pelabur dalam Red Granite Capital, saya tidak dapat mengesahkannya tanpa bukti bahawa ia bukan pendapatan kepada Riza. Firma berada dalam risiko, angka-angkanya terlalu tinggi," kata seorang rakan kongsi NKSF melalui e-mel.
Pindahan tanpa sebab
Seorang pengarah urusan di firma itu yang bertindak bagi pihak Riza menjelaskan Aabar BVI adalah "sebuah syarikat pegangan persendirian seorang rakan keluarga" individu terlibat.
Dia juga menyertakan sekeping surat daripada Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny iaitu pengarah Aabar BVI serta ketua pegawai eksekutif syarikat itu ketika transaksi berkenaan berlangsung.
Kandungan surat itu ialah: "Surat ini bertujuan mengesahkan bahawa pemindahan AS$94,500,000 yang terdiri daripada pindahan kawat pada 18 Jun 2012 untuk BSI Bank Bhd (nombor akaun [XXX] 250A) untuk manfaat Riza Aziz bertujuan sebagai hadiah.
"Pemindahan itu dibuat tanpa sebarang pertimbangan dan tiada perkhidmatan dijalankan atau hadiah diterima bagi aset. Ini adalah satu pemindahan tanpa sebab dibuat dengan ikhlas berdasarkan hubungan yang rapat peribadi kami."
DOJ bagaimanapun menafikan hal itu dalam nota kakinya, dengan menjelaskan pada tarikh pemindahan itu berlangsung, Aabar BVI sebenarnya menyalurkan AS$133 juta kepada Red Granite.
Tambah DOJ dana sebanyak AS$94 juta itu adalah jumlah yang dipindahkan Riza "ke Amerika Syarikat dalam tempoh kira-kira lima bulan dan digunakan untuk membeli aset peribadi".
Selain digunakan untuk membeli harta tanah DOJ mendakwa dana 1MDB bernilai AS$64 juta digunakan untuk membiayai filem terbitan Red Granite, The Wolf of Wall Street.
Bagaimanapun Red Granite menafikan tahu sebarang maklumat mengenainya.
Sejumlah AS$41 juta wang 1MDB juga dikatakan diguna untuk membiayai aktiviti perjudian Riza, hartawan Jho Low serta rakan mereka Eric Tan Kim Loong.
PENERANGAN : Tindakan Jabatan Keadilan US terhadap 1MDB
Moktar Hamid
Oleh kerana Utusan, TV 3, NST dan TheSTAR tidak akan melaporkan apa-apa perkara ini dan lebih mementingkan cerita artis maka wajar kita ketahui apakah isi penting yang disebut dalam tindakan terkini oleh Department of Justice Amerika Syarikat terhadap skandal 1MDB.
1. DOJ (Dept of Justice) mengumumkan bahawa mereka akan membeku lebih dari 1 Billion USD (4 Billion ringgit) aset di US seperti rumah-rumah mewah dan hak cipta filem Wolf of Wall Street.
2. Perbelanjaan wang 1MDB ini juga termasuk pembayaran hutang judi di Las Vegas, pembelian kapal layar mewah dan pembelian jet peribadi jenama bombardier yang berharga lebih dari USD 35 juta (RM 120 juta).
3. Diumumkan antara individu yang terlibat dalam tindakan ini (empunya aset) adalah Riza Aziz (anak tiri Perdana Menteri) dan Taek Jho Low.
4. DOJ menyatakan bahawa aset 1 Billion USD (RM 4 Billion) ini merupakan sebahagian dari 3.5 Billion USD (RM 14 Billion) nilai jumlah wang yang dipercayai dicuri dari 1MDB.
5. 'Malaysian Official 1' merupakan antara penjawat awam yang juga dikatakan terlibat dalam skandal ini, walaupun namanya tidak disebut akan tetapi diterangkan bahawa Riza Aziz merupakan anak tiri kepada 'Malaysian Official 1'.
6. Lebih dari 100 Juta USD (RM 400 juta) wang 1MDB digunakan untuk membiayai filem 'Wolf Of Wall Street' sebuah filem yang mengisahkan cerita beberapa individu yang menipu dan mencuri duit orang ramai.
7. Filem 'Wolf of Wall Street' terbitan syarikat Red Granite Films yang dipunyai Riza Aziz.
8. DOJ menyatakan tidak satu sen pun dari sebarang keuntungan filem berkenaan ataupun dalam mana-mana aset dapat dirasai oleh rakyat Malaysia dan mereka becadang untuk memulangkan kembali semua kekayaan ini kepada Malaysia setelah selesai penyiasatan.
https://www.justice.gov/opa/pr/united-states-seeks-recover-more-1-billion-obtained-corruption-involving-malaysian-sovereign
Erdogan isytihar darurat tiga bulan
Di manakah ketelusan dan kecekapan pihak berkuasa Malaysia diketika PEGUAM NEGARA AMERIKA dedahkan isu 1MDB..?
Ahli Pas jangan mudah buruk sangka rakan sendiri

PAS mahu ulama turut serta sisasat 1MDB

Kerajaan PAS Kelantan Bakal Terkubur - Mahfuz
Kerajaan Pas Kelantan bakal terkubur sekiranya parti Islam itu memilih untuk bersendirian pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU).
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, ini memandangkan parti itu tidak menyertai mana-mana pakatan atau gabungan ketika ini.
Justeru, Pas perlu membuat keputusan samada mahu bersama gabungan pembangkang terdiri daripada Pakatan Harapan (PH) ketika ini atau bersama Barisan Nasional (BN) bagi memastikan mereka kekal memerintah Kelantan.
"PAS tidak ada pilihan untuk hadapi pilihan raya akan datang sama ada dengan Pakatan Harapan atau pakatan baharu yang bakal diwujudkan atau juga BN.
"Kalau Pas memilih untuk terus bersendirian, saya sangat sayang bimbang Kelantan akan terlepas kepada BN.
"Kalau dia bersendirian, mereka mengambil pendekatan bertanding tiga penjuru. "Ini bermakna Pas bakal kehilangan Kelantan," katanya yang mengulas mengenai tindakan Tun Dr Mahathir Mohamed ingin menubuh parti baharu dan juga satu pakatan di kalangan PH dan parti pembangkang lain baru-baru ini.
Mahfuz yang juga, bekas Naib Presiden Pas berkata, pandangan itu dibuat berdasarkan analisa politik negara ketika ini.
"Dalam pilihan raya kita ada analisa. Sebab itu Pas tidak sertai semua kerusi pada Pilihan Raya Negeri Sarawak kerana perkiraan mereka cukup tipis untuk menang.
"Jadi saya buat analisa Kelantan tidak akan dapat diselamatkan pada PRU14," katanya.
Pada masa sama, Mahfuz menegaskan masih setia bersama parti dan tidak akan meningalkan Pas. - MalaysiaGazette
Selepas melakukan rombakan, pasukan Hijau Kuning perolehi kemenangan keatas T.Team malam tadi.
Shane Smeltz Wira Kedah
Diterbitkan: Khamis, 21 Julai 2016 12:05 AM
Oleh: BASHAH ZAINOL ABIDIN
bza_56@yahoo.com.my
PEMAIN baharu Kedah Shane Smeltz memastikan tiga mata penuh menjadi milik skuad hijau kuning apabila menjaringkan dua gol untuk menewaskan T Team dalam aksi Piala Malaysia di Kuala Terengganu pada Rabu malam.
Selain Smeltz, penjaga gol simpanan, Mohd Ifwat Akmal turut dianggap wira Kedah ketika menewaskan T Team 2-0 apabila cemerlang memastikan gawangnya tidok dibolosi.
Dalam perlawanan tersebut, Ketua Jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe melakukan empat pertukaran dalam kesebelasan utama dalam memastikan kemenagan berpihak kepada pasukan berkenaan.
Apabila YB PAS SELANGOR sendiri mengatakan Ulama PAS berada dalam perigi buta..
Sejak pas bersama pakatan rakyat berkuasa di selangor 6000 ustaz ustaz pas memegang berbagai bagai jawatan di dalam kerajaan negeri. Alhamdulillah kini pas bebas berdakwah menerangkan konsep perjuangan islam di selangor dengan sebebas bebasnya dengan tanpa halangan.
Cuba kita bayangkan andaikata jika pas sudah hilang kuasa di selangor bersama pakatan rakyat dimana umno bn kembali memerentah selangor, bagaimana selepas ini ustaz ustaz pas dengan tanpa jawatan dan kuasa nak jalankan kerja kerja penerangan dan berdakwah di selangor.
Inilah iskandar dan mp dan adun pas nampak apa yang bakal berlaku jika pakatan rakyat tewas di selangor. Bukan iskandar semata mata hendak mempertahan kedudukan dan pangkat mp dan adun pas tapi iskandar perlukan kuasa agar pas berterusan menjalankan kerja kerja dakwah di selangor.
Jika masih ramai lagi ustaz dan ulama pas yang tidak nampak pandangan jauh iskandar samad di selangor maka sesuailah dengan kenyataan iskandar samad melebelkan kepimpinan ulama pas masih berada di dalam perigi buta.
Bang Din
1MDB: Jabatan Kehakiman AS mohon rampas aset, sahkan RM14.16 bilion diseleweng
LOS ANGELES, Khamis – Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) memfailkan saman memohon untuk merampas beberapa harta yang berkaitan dengan syarikat pelaburan Malaysia bermasalah, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), semalam.
Saman yang difailkan di mahkamah di sini turut menyatakan lebih AS$3.5 bilion (RM14.16 bilion) dana 1MDB telah disalahgunakan.
Jabatan itu memohon untuk menyita aset yang ‘terbabit dalam dan boleh dikesan kepada suatu konspirasi antarabangsa bagi mengubah wang yang dilesapkan daripada 1MDB’.
Saman itu menyatakan salah laku yang dikatakan dilakukan dalam tempoh lebih empat tahun dan membabitkan pelbagai individu, termasuk pegawai kerajaan Malaysia dan rakan sekutu, yang berkonspirasi untuk menipu dengan melencongkan berbilion dolar daripada 1MDB.
Bagaimanapun, Jabatan Kehakiman AS tidak menamakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di dalam saman itu.
Sebaliknya, menamakan anak tiri Najib iaitu Riza Aziz sebagai ‘individu yang berkaitan’ di dalam kes itu.
Mereka turut menamakan ahli perniagaan Malaysia, Low Taek Jho (Jho Low), Tan Kim Loong (rakan sekutu Jho Low – pemilik beberapa akaun bank di mana dana 1MDB yang diseleweng dipindahkan) dan pegawai kerajaan Abu Dhabi, Khadem al-Qubaisi serta Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny.
Saman itu menyatakan dana yang disalahguna daripada 1MDB dipindahkan kepada pengasas bersama Petrosaudi – syarikat yang mengadakan usahasama dengan 1MDB – dan selepas itu kepada pegawai atasan kerajaan Malaysia yang dinamakan sebagai ‘Malaysian Official One’.
Aset yang akan disita termasuk penthouses, mansion, lukisan dan jet peribadi.
“Penyelewengan itu berlaku dalam beberapa fasa sepanjang beberapa tahun,” kata Jabatan Kehakiman AS. – Agensi
‘Pemimpin Umno bimbang parti baharu’
SHAH ALAM - Gambaran bahawa pemimpin Umno dan BN tidak bimbang dengan kewujudan parti baharu diumumkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak benar.
Tokoh Wartawan Negara, Datuk A Kadir Jasin mendakwa, pemimpin Umno, sambil mendabik dada menyatakan mereka tidak gentar dengan kewujudan parti baharu itu, dilihat menggunakan pelbagai istilah dan melabel pihak yang berusaha menubuhkan parti baharu itu.
“Mereka menyindir dengan mengatakan ia merugikan rakyat, longgokan sampah, memecahbelahkan Melayu, Dr Mahathir ganti Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua pembangkang, pakatan baharu tidak selesaikan masalah pembangkang, DAP takut parti baharu dan macam-macam lagi.
“Kalau parti baharu dicadangkan itu gagal dan Umno tidak terancam, kenapa memaki hamun?,” soalnya menerusi catatan di blog rasminya, semalam.
Sementara itu, Kadir turut menasihati pemimpin Umno supaya menumpukan perhatian kepada ketulusan perjuangan mereka.
“Tak perlulah habiskan masa dan tenaga buat macam-macam kutukan serta fitnah terhadap cadangan tersebut atau mereka sebenarnya tahu parti baharu dan pakatan yang akan disertainya berkeupayaan melemahkan Umno yang sememangnya lemah sejak PRU13.
“Kalau mereka tidak takut, mengapakah mereka mengeluarkan senarai palsu kepimpinan parti berkenaan.
"Mereka memulakan kempen fitnah ke atas orang yang pada jangkaan mereka menerajui parti tersebut?,” soalnya.
Riza, Jho Low antara nama dalam tindakan Jabatan Keadilan AS
Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (AS) telah memfailkan tindakan undang-undang, pada hari Rabu, bagi merampas berpuluh-puluh hartanah yang berkait dengan 1Malaysia Development Berhad ( 1MDB) dengan lebih AS$3.5 bilion disalah gunakan daripada institusi berkenaan.
Tindakan undang-undang tersebut yang difailkan di Los Angeles bertujuan membuat rampasan aset yang 'terlibat dalam dan boleh dikesan berhubung konspirasi antarabangsa untuk menggubal wang haram disalah gunakan dari 1MDB'.
Tindakan undang-undang berkata, kesalahan yang didakwa berlaku itu dilakukan dalam tempoh empat tahun dan melibatkan beberapa individu termasuk para pegawai Malaysia dan rakan sekutunya yang berkomplot untuk menipu bagi memindahkan berbilion daripada 1MDB.
Tiada satupun daripada tindakan undang-undang tersebut menamakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Namun, tindakan tersebut menamakan anak tiri Najib, Riza Aziz sebagai 'individu berkaitan' dalam kes itu. Mereka juga menamakan pembiaya Malaysia, Low Taek Jho atau Jho Low serta pegawai kerajaan Abu Dhabi, Khadem al- Qubaisi dan Mohamed Ahmed Badawy Al- Husseiny.
- Reuters