TERKINI :

Wednesday, July 20, 2016

Adakah YB PAS Selangor akan dihumban kedalam neraka sebab kritik Ulama

Jika tak suka ulama di kritik jangan masuk politik. Mengkritik ulama di dalam bidang politik bukan menghina sebab ulama bukan maksum. Walaupun  ulama pewaris nabi tapi ulama juga tidak terlepas dari melakukan kesilapan.

Sudah jadi lumrah jika ulama menceburi bidang politik maka ianya tidak mampu mengelak dari melakukan kesilapan. Jika pemimpin politik bertaraf ulama boleh mengurangkan melakukan kesilapan ketahap paling minima maka ulama tersebut akan mampu bertahan lama untuk menguruskan hal hal politik dan pentabiran seperti almarhum tok guru nik aziz walaupun berbagai tekanan yang di lakukan oleh musuh keatas almarhum tok guru.

Jika ulama itu tidak bijak mengurus politik dan tidak peka dengan pengundi dan juga tidak peka dengan keadaan di persekitaran maka ianya hanya sekadar mampu mempertahan kuasa  sepenggal sahaja.

Oleh kerana yb dato iskandar samad bersama kepimpinan pas selangor peka dengan keadaan politik yang sebeginilah maka yb iskandar sanggup mengeluarkan satu kritikan yang pedas kepada kepimpinan ulama dengan menganggap kepimpinan ulama pas masih berada di dalam perigi buka. Adakah yb iskandar samad dan para kepimpinan pas selangor bakal dihumban kedalam neraka kerana mengkritik ulama walaupun mereka juga mempunyai kad keahlian pas?

Bang Non..

Saman Kastam kerana kurma dikenakan GST

Sebuah syarikat pengimport dan pengedar buah kurma dari Arab Saudi memfailkan saman terhadap Kastam Diraja Malaysia dan satu pihak lagi berhubung pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) ke atas buah kurma kering.

Asia Kitchen Sdn Bhd memfailkan saman itu pada 17 Jun lepas melalui peguam Datuk Abu Backer Sidek daripada A.B Sidek & Co di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.

Syarikat pengimport dan pengedar buah kurma itu menamakan Kastam Diraja Malaysia dan Kementerian Kewangan Malaysia sebagai defendan pertama dan kedua.

Abu Backer yang ditemui pemberita selepas prosiding di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, K. Pavani, berkata pihaknya telah menyerahkan writ saman itu kepada defendan pada 18 Julai lepas dan mahkamah menetapkan 3 Ogos ini untuk pengurusan kes itu.

Mengikut penyataan tuntutan, syarikat itu menuntut supaya defendan-defendan memberikan alasan atau justifikasi ke atas GST yang dikenakan bagi kurma kering itu.

Plaintif juga mendakwa tindakan defendan-defandan adalah suatu bentukketidakadilan dan penganiayaan yang menyusahkan bukan sahaja kepada plaintif tetapi kepada pihak lain yang terpaksa menanggung bebanan kos sara hidup yang tinggi.

Syarikat itu memohon suatu perintah supaya produk-produk asas dan perkhidmatan asas dikecualikan daripada dikenakan GST dan suatu perintah bahawa kurma kering adalah makanan sunnah orang Islam dikecualikan daripada dikenakan cukai berkenaan.

Selain itu plaintif juga memohon perintah bahawa senarai buah-buahan dan sayur-sayuran, senarai barang bercukai dan tidak bercukai edisi ketiga dipinda dan kurma kering tidak dikenakan GST sama seperti kurma basah.

-Bernama

Erdogan, Kisah Sepotong Roti dan Kudeta

Ia lahir di wilayah Turki yang berdekatan dengan Laut Hitam tapi Erdogan dibesarkan di daerah Kasimpasa, Istanbul, sebuah lingkungan yang keras kehidupannya. Tempat para pencopet dan jagoan Istanbul banyak bermukim. Kasimpasa yang tak jauh dari Taksim Square ini telah membentuk dirinya menjadi sosok pemberani dan sangat peduli terhadap rakyat kecil.

Sahabat saya Cagan (berdiri di belakang Erdogan) pernah bercerita bagaimana Erdogan tiba-tiba menyuruh supir dan rombongan kepresidenan untuk berhenti di tepi jalan raya antara bandara militer dengan kota Ankara karena waktu berbuka puasa telah tiba. Beliau baru saja mendarat dari luar kota.

Tanpa diliput wartawan, Presiden Erdogan masuk ke rumah rakyatnya yang miskin untuk ikut berbuka bersama. Pastilah seisi rumah kaget karena kedatangan seorang Presiden, sementara hidangan mereka hanya sepanci kuah sop dan beberapa keping roti.

Untuk menyantapnya, sebelum dimakan, roti-roti itu dicelupkan lebih dahulu ke dalam panci sop yang terletak di atas meja berkaki rendah tak berkursi.

Presiden Erdogan dengan senang hati duduk di atas karpet lusuh. Beliau makan dengan cara yang sama dengan keluarga tuan rumah (suami-istri dan sepasang anak mereka yang masih remaja).

Erdogan lantas mengajak asisten pribadinya yang mendampingi masuk untuk ikut bergabung menikmati iftar bermenu sangat sederhana itu yang cara penyajiannya pun jauh di bawah standar istana. Si Aspri menjawab, “perutku sedang bermasaalah, nanti saja saya berbuka”. Erdogan mengangguk tanda mengiyakan.

Sesampai di istana, Erdogan memanggil si Aspri dan membentaknya, “kamu telah menghina keluarga tempat kita singgah tadi dengan cara tidak mau menyantap makanannya, kamu merasa jijik dan tak pantas!” Lalu Erdogan menambahkan, “karena kamu bilang perutmu berasa tak enak, maka kamu tidak boleh makan hingga sahur nanti. Sekarang cukup sebotol air mineral untuk berbuka”.

Tentu saja si Aspri tak kuasa membantah Erdogan, orang yang berani memaki PM Israel Benyamin Netanyahu di Sidang Umum PBB itu.
Kala berhadapan dengan oposisi di parlemennya yang membuat berita bahwa di istana kepresidenan yang baru dibangun di masa pemerintahan Erdogan, saking mewahnya, toilet duduknya pun bersepuh emas.

Erdogan menantang dalam bagian debat parlemen, sambil menunjuk anggota yang menyebar cerita itu, “aku undang saudara dan wartawan ke istana, bila toilet emas itu ada, maka aku akan mundur sebagai Presiden. Kalau tak ada, aku minta saudara yang mundur sebagai anggota parlemen”, tegas Erdogan.

Kunjungan pansus “toilet emas” itu tak pernah terjadi, sebab anggota parlemen pembuat fitnah tak berani bertaruh jabatan dengan Erdogan.

Mendengar banyak kisah dan sikap Erdogan sehari-hari, membuat saya tak heran dengan cara Presiden Turki ini memadamkan kudeta tentaranya 2 hari yang lalu dengan melakukan perlawanan rakyat. Dalam hitungan jam tentara yang memberontak memakai berpuluh tank itu dikalahkan rakyat Turki yang hanya menggunakan tubuh mereka sebagai senjata.

Meski Angkatan Udara Turki terbelah dan saling menerbangkan pesawat F-16 untuk bertempur – pro atau kontra kudeta -, Erdogan menjawab pemberontakkan tersebut dengan terbang seketika ke Istanbul dari kota pantai di laut Marmara, tempat ia sedang berlibur.

Kota Istanbul adalah kota terbesar di Turki berpenduduk sekitar 15 juta jiwa, artinya hampir seperempat penduduk Turki tinggal di kota yang terletak di dua benua ini. Sebagai Gubernur yang pernah sukses memimpin Istanbul, Erdogan tahu sekali bahwa seruannya melawan kudeta pasti akan dipatuhi rakyat yang selalu ia perhatikan itu.

Lelaki dari Kasimpasa ini yakin, cintanya kepada rakyat tak akan bertepuk sebelah tangan!

Oleh: Ali Djauhari

Dewan Ulama kesal Pas Selangor 'sayangkan jawatan' sokong pendirian Timbalan Presiden

Ustaz Najhan Abdul Halim
Pas dijangkiti penyakit sayangkan jawatan dan takut kalah, kata Najhan Halim. Tindakan para wakil rakyat Pas di Selangor menyokong pendirian Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man nampaknya tidak disenangi oleh Dewan Ulama Pas Pusat.

Ia dibayangkan oleh Ustaz Najhan Abdul Halim, Pengarah Penerangan, Lajnah Penerangan, Dewan Ulamak Pas Pusat melalui postingnya dalam facebook beliau selepas tersebarnya surat sokongan itu kepada umum.

Najhan, anak kepada bekas setiausaha agung Pas, Halim Arshat dalam posting itu menulis, "bila berhadapan dengan ujian di dalam jamaah kita nampak dengan mata kepala kita sendiri."

"Selama ni kita bicara menerusi kitab-kitab haraki sahaja.. sekarang kita lihat dan saksi dengan realiti."

Najhan menyenaraikan 10 perkara ekoran kenyataan wakil rakyat Pas Selangor itu.

1. Sayang jawatan

2. Takut kalah

3. Hilang jati diri

4. Jawatan dalam kerajaan lebih tinggi daripada jawatan dalam jamaah

5. Hilang bergantung kepada Allah. Lebih kepada manusia

6. Kepentingan jamaah jadi tak lagi diutamakan

7. Terlalu sayang kepada nikmat harta ghanimah bimbang terlepas

8. Tidak yakin dengan janji Allah

9. Banyak alasan diberi daripada taat dan patuh serta wala

10. Mencari peluang dunia dilebihkan daripada habuan akhirat.

"Marilah kita perbetulkan hati dan tindakan," tulis beliau dalam posting itu.

Adun Taman Templer yang juga Exco kerajaan negeri Selangor, Zaidy Talib, mengesahkan wakil rakyat Pas di negeri itu menandatangani surat sokongan kepada Tuan Ibrahim itu.

Mereka mahu pembangkang mempastikan satu lawan satu dalam pilihan raya umum akan datang.

Namun sebelum ini, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam kenyataan balasnya berkata, Pas hanya sedia bekerjasama dengan mereka yang menerima acuan Pas sahaja.

Pas telah berpecah dari Pakatan Rakyat selepas bertembung dengan DAP.

Pas kemudiannya berpecah dua sehingga lahirnya Parti Amanah Negara (Amanah) yang dipimpin oleh Mohamad Sabu bekas timbalan presiden Pas.

YDP Pas kawasan saman pemimpin Pas Pusat & bekas TMB Kelantan dalam isu tanah


Yang Dipertua Pas Rantau Panjang, Abdul Fatah Harun hari ini memfailkan saman injunksi kepada syarikat Galeri Tani, milik pemimpin Pas, yang memilik sekeping tanah di Rantau Panjang.

Antara pemilik Galeri Tani ialah bekas bendahari Pas Pusat yang juga bekas TMB Kelantan Datuk Abdul Halim Abdul Rahman dan Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Mustafa Ali.

Perkara ini dimaklumkan oleh bekas naib presiden Pas yang dipecat, Datuk Husam Musa dalam satu kenyataannya hari ini.

"Saya tidak berapa arif bagaimana dua orang kuat Pas itu boleh memiliki tanah baki dari apa yang telah dijual yang keluasannya masih ratusan ekar," kata Husam dalam kenyataan itu.

Husam juga berkata, tanah itu milik peribadi dan bukan milik Pas.

"Bagaimana orang Terengganu boleh mendapatkan tanah di Kelantan? Dari mana mereka mendapat wang membeli tanah seluas itu?.

"Bagaimana sebahagian tanah menjadi milik parti dan sebahagian lagi tanah di tempat yang sama menjadi milik individu yang ada kaitan dengan parti?" soal beliau.

Namun Husam dalam kenyataannya berkata, beliau tidak tahu, apakah Pas juga akan memecat Fatah kerana mendakwa orang kuat Pas ini.

Husam berada di Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini untuk untuk menyambung keterangan sebagai saksi dalam kes saman oleh kontraktor Lebuh Raya Rakyat KB-KK ke atas anak syarikat Kerajaan Kelantan.

"Kerana memberi keterangan di mahkamah ini sebelum ini, saya dituduh memberikan keterangan secara bias, berniat serong dan mensabotaj Kerajaan Negeri - sampai membawa kepada pemecatan saya," katanya.

Biar P Pinang bincang pilihan raya negeri, kata Anwar


Ketua Umum PKR yang dipenjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melahirkan rasa simpatinya kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang didakwa menghadapi penganiayaan politik berhubung dua pertuduhan rasuah.

"Saya meluahkan sokongan simpati kepada Lim.

"Kalau (di) Pulau Pinang itu mereka sedang meneruskan perbincangan tentang masa depan, biarkan mereka bincang diadakan pilihan raya atau tidak," katanya kepada Malaysiakini ketika ditemui di luar Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Anwar, yang kemudian memberi keterangan sebagai saksi dalam perbicaraan kes hasutan Naib Presiden PKR, Tian Chua, berkata demikian ketika diminta mengulas spekulasi pilihan raya negeri di Pulau Pinang.

Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dijangka bertemu Lim di Pulau Pinang petang ini.

Pas sebenarnya terperangkap dalam mainan politik sendiri


KOTA BHARU - "Pas sebenarnya terperangkap dengan mainan politik ciptaan mereka sendiri apabila gagal memanfaatkan peluang diberikan Speaker Dewan Rakyat untuk membentang satu notis usul bagi meminda Akta 355," kata Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Che Ibrahim Mohamad.

Che Ibrahim berkata, sepatutnya peluang itu digunakan sepenuhnya oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Ahli Parlimen Marang untuk mengemukakan Rang Undang-undang Persendirian (RUU) Akta 355 dengan menghuraikan tujuan dan punca akta itu perlu dipinda.

“Malangnya Tuan Guru Haji Hadi sekadar membaca usul tersebut tanpa menyatakan tujuan dan sebab ia dikemukakan. Kesilapan ini menyebabkan ahli parlimen lain tidak tahu tujuan sebenar ia dikemukakan sebelum dibahaskan dalam persidangan akan datang.

“RUU Akta 355 sebenarnya tidak ada kaitan dengan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (1993) pindaan 2015 yang diluluskan dalam Dun Kelantan pada 19 Mac 2015 dan diuar-uarkan akan dikuatkuasa menjelang penghujung tahun lalu,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Che Ibrahim mengulas kesediaan Pas untuk membahaskan RUU pindaan Akta 355 di Dewan Rakyat Oktober ini.

Beliau memberitahu, jika cadangan pindaan melalui RUU Akta 355 ini diluluskan oleh Parlimen, mahkamah syariah hanya berkuasa menjatuhkan hukuman mengikut undang-undang Islam bagi kesalahan-kesalahan yang sedia ada dalam Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1985 sahaja.

“Adapun kesalahan-kesalahan hudud dan qisas sebagaimana diperuntukkan dalam KJSII (1993) pindaan 2015 tetap tidak dapat dikuatkuasakan kerana di luar bidang kuasa mahkamah syariah,” katanya.

Che Ibrahim berkata, isu pelaksanaan hukum hudud seperti diuar-uarkan selepas pasca pentadbiran Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hanya gimik politik untuk menaikkan semula pengaruh Pas yang semakin malap selepas ketiadaan pemimpin berkenaan, selain kegagalan pimpinan baharu Pas Kelantan dalam urus tadbir kerajaan negeri.

Dalam pada itu, Che Ibrahim berkata, beliau yakin Pas sendiri tidak bersedia melaksanakan hukum hudud bukan sahaja kerana halangan dan sekatan perundangan, sebaliknya dari beberapa aspek lain.

“Misalnya dari sudut kemampuan kerajaan negeri sendiri yang dilihat tidak benar-benar serius untuk melaksanakannya, kerana selain meluluskan KJS II (1993) pindaan 2015, tidak ada apa-apa persiapan dan usaha yang jelas berkaitan pelaksanaan hukum hudud disediakan kerajaan,” katanya.

Isu 1MDB diuruskan IGP, timbalan enggan jawab

http://media.themalaymailonline.com/images/sized/ez/Noor_Rashid_Ibrahim0608a_620_413_100.jpg

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata beliau tidak boleh mengulas lanjut mengenai siasatan polis terhadap laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) ke atas 1MDB.

Ini kerana katanya, kes itu kini diuruskan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

“Tanya soalan itu saya tidak boleh jawab kerana ia diuruskan oleh Tan Sri IGP,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai perkembangan siasatan polis terhadap PAC ke atas 1MDB yang sudah masuk tiga bulan.

Terdahulu pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang mempersoalkan apa yang berlaku dalam siasatan polis berhubung 1MDB.

Lim menyoal demikian ketika meluahkan rasa terkejut bahawa polis mungkin tidak mempunyai salinan laporan audit 1MDB itu yang dirujuk oleh laporan PAC berkenaan.

Kenyataan Lim itu merujuk kata-kata Khalid minggu lalu bahawa polis perlu menyemak dengan Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang sama ada dokumen audit 1MDB yang didedahkan oleh Sarawak Report adalah tulen.

Sehubungan itu, Lim juga ingin tahu jika ketua polis tersebut telah mengesahkan ketulenan dokumen berkenaan dengan Ambrin.

Dokumen audit 1MDB telah diklasifikasikan sebagai sulit mengikut Akta Rahsia Rasmi.

Menurut pengkritik, tindakan merahsiakan dapatan audit negara membuktikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempunyai sesuatu yang mahu disembunyikan.

Siasatan kematian menantu TPM

Sementara itu Noor Rashid ketika ditanya mengenai siasatan kes kematian menantu Timbalan Perdana Menteri Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi tidak mengetahui perkembangan kes itu.

Sebaliknya berkata kes itu disiasat oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh.

“Tanya Amar Singh, perkembangan saya tak tahu,” katanya.

Terdahulu polis mengambil keterangan 11 individu dalam siasatan berhubung kematian Syed Alman susulan susulan rawatan gigi di Bangsar.

Syed Alman Zain, 44, merupakan suami kepada anak sulung Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Nurulhidayah, 37.

Allahyarham dilaporkan pergi ke klinik bersama seorang rakan untuk mendapatkan rawatan gigi sebelum tidak sedarkan diri. Beliau kemudian dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya dan disahkan meninggal dunia.

Kes disiasat mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian.

Bekas ahli Umno sokong Mahathir tubuh parti baru

TUn M

DALAM usaha menubuhkan parti pembangkang yang baharu, bekas Perdana Menteri, Dr Tun Mahathir Mohamad dijangka berdialog dengan bekas pemimpin-pemimpin Umno yang dipecat minggu depan.

Selain itu, ramai ahli Umno yang menjadi penyokong setia bekas perdana menteri itu juga dipercayai akan hadir.

Biarpun penubuhan parti baharu itu masih di peringkat perbincangan, malahan nama parti pun belum ditentukan lagi, namun ramai ahli Umno yang kecewa dengan pucuk pimpinan Umno sekarang telah menyatakan kesediaan mereka untuk menjadi ahli dalam parti baharu tersebut.

Antara pemimpin veteran Umno yang bakal menjadi ahli ialah bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid.

Bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Paduka Khairuddin Abu Hassan memberitahu Sin Chew Jit Poh, sejak berita Mahathir untuk menubuhkan parti baharu diumumkan, banyak pihak telah memberikan reaksi yang positif termasuk gabungan belia, badan-badan bukan kerajaan (NGO), rakyat biasa dan tidak ketinggalan ahli Umno dari seluruh negara.

"Kami akan berdialog dalam satu perjumpaan yang dijadualkan diadakan sama ada 25 atau 26 hari bulan ini. Tun Mahathir harap dapat kumpulkan semua orang untuk memberi pandangan bagi menentukan hala tuju parti baharu kami ini," kata Khairuddin.

Mengenai siapakah antara pemimpin veteran Umno yang bakal menyertai parti ini, Khairuddin masih belum bersedia mengumumkan identiti yang terlibat.

"Mengenai kedudukan Sanusi, saya percaya beliau akan tetap bersama kami," katanya.

Hubungan Hadi dengan Tuan Ibrahim baik

Timbalan Presiden Pas, Tun Ibrahim Tuan Man menegaskan hubungan beliau dengan presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah baik dan tidak ada sebab beliau perlu meninggalkan parti.

Tuan Ibrahim berkata, beliau tidak mempunyai sebarang masalah dengan Hadi, sebaliknya dapat bekerjasama dengan pemimpin No. 1 dalam parti itu.

"Saya akan tetap bersama Pas. Saya dengan Hadi serta pucuk pimpinan parti dapat menggerakkan parti dengan berjaya. Kami saling hormat-menghormati dan bertolak ansur sekiranya berlaku sebarang perbezaan pendapat. Itulah kekuatan sebenar yang ada dalam Pas," kata Timbalan Presiden Pas itu lagi kepada Sin Chew Jit Poh.

Tuan Ibrahim berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad agar Tuan Ibrahim dan Naib Presiden, Datuk Iskandar Abd Samad meninggalkan Pas kerana mereka bersikap berbeza dan Pas tidak lagi sudi atau mampu membawa mesej Islam sebagai ‘rahmatal-lil-’aalamin.

TURKIYE, AKP & ERDOGAN pada kacamata aku

Semasa persidangan di Republic Czech dua tahun lepas, kebetulan pada tarikh tersebut adalah hari kebangsaan Turki. Delegasi Turki telah menempah sebuah hotel lain untuk menyambut hari kemerdekaan mereka. Kami semua dijemput untuk menghadiri dan disediakan bas khas, semuanya percuma.

Untuk rekod, hari kebangsaan Turki adalah kejayaan mereka menubuhkan republik Turki moden pada Oktober 1923, bebas daripada khilafah Othmaniah. Tokoh kemerdekaan mereka adalah Mustafa Kamal Atartuk.

Dalam majlis tersebut, poster Mustafa Kamal Atartuk yang digelar bapa pemodenan Turki digantung sekitar dewan majlis. Walaupun imej Atartuk begitu negatif pada kita, tapi jangan sesekali tersilap mulut hina Atartuk di Turki, nahas nanti.

Dalam majlis itu saya bersembang-sembang dengan mereka tentang Turki, topik yang sesuai dengan tema untuk mereka perkenalkan Turki kepada orang luar. Jangan terkejut, pendamba Atartuk dan sekular itu adalah penyokong dan pengundi Erdogan dan AKP.

Setahun sebelum itu saya menghadiri malam apresiasi Turkiye di Kelvansary Hotel, di Antalya, sebuah wilayah Turki di sebelah Mediteranean. Melalui majlis itu, saya memahami bahawa apresiasi Turki pada mereka adalah tarian gelek yang menghairahkan dan hidangan arak.

Lagi sekali jangan terkejut, sebahagian besar yang sempat saya bersembang dengan mereka adalah pengundi Erdogan dan AKP.

Melalui beberapa ziarah ke Turki, interaksi dengan kenalan Turkish, serta pembacaan2, saya memahami dan menjadi kagum dengan daya politik Erdogan dan AKP.

Sejarah kerajaan Refah digulingkan oleh tentera yang menjadi pengawal sekular Turki dihadam dan dipelajari sungguh2 oleh Erdogan dan AKP.

Mereka tahu, untuk membawa Islam dalam pemerintahan Turki umpama menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak. Mereka sedar membawa Islam kembali dalam konsep bernegara Turki umpama membakar ikan di atas api, cukup panas untuk memasakkan ikan, tidak terlalu panas sehingga menghanguskan.

Sebab itu Erdogan tidak menggunakan slogan2 Islamik dalam pentadbiran AKP. Pendekatan Islam diamalkan satu demi satu secara praktikal, dalam kerangka sekularisme sedia ada. Jika kita terlebih Islamis, sudah tentu kita akan mengkritik Erdogan dan AKP sebagai tidak cukup syarie, bukan parti Islam, apatah lagi tidak pernah berkempen untuk laksanakan hudud di negara hampir 100 peratus muslim itu.

Bangsa Turki adalah bangsa yang teruji sejak ribuan tahun, mereka ada identiti yang sangat hebat, memiliki jatidiri tersendiri. Mereka baik, tetapi sikap tegas dan tidak bercakap banyak menyebabkan kadang2 kita menafsir mereka sebagai tidak mesra. Apabila kita bercakap dan mereka tidak perlu membalas apa2 percakapan, mereka hanya ber hmm hmm hmm sambil menutup mulut, berpanjangan begitulah. Bukan seperti kita yang berebut-rebut nak bercakap, sehingga tiada orang yang nak mendengar.

Ramai pengemis yang meminta sedekah di jalanan Istanbul, bahkan lebih dahsyat ibu bapa yang mengemis bersama keluarga sanggup membiarkan kaki anak2 mereka bertelanjang dalam musim luruh dan sejuk yang sangat dingin itu. Apabila ditanya kepada mereka tentang pengemis2 itu, mereka bertegas bahawa bangsa Turki tidak akan mengemis, bahkan mereka mencabar kita untuk tunjukan orang Turki yang mengemis, yang mengemis di jalanan itu adalah pendatang luar, khususnya orang Syiria.

Erdogan dan AKP mengambil pelajaran politik yang sangat baik untuk meletakkan mereka dalam lanskap politik Turki, serta meletakkan Turki dalam peta politik eropah dan dunia. Boleh sahaja kita mengkritik Turki dengan tindakan2 tidak Islamik mereka, posisi mereka dalam NATO, pemulihan hubungan dengan Israel, permohonan maaf kepada Rusia dan sebagainya, namun mereka sangat arif dengan percaturan dan keperluan semasa.

Untuk rekod, AKP adalah pecahan daripada parti Refah yang diguling dan diharamkan oleh junta tentera. Setelah diharamkan, Refah berpecah kepada dua parti iaitu parti Sa'adat yang menggunakan pendekatan  agak konservatif dan parti AKP yang mengambil laluan progresif. Dalam siri2 terakhir pilihanraya, AKP berjaya memenangi hati rakyat dan membentuk kerajaan, manakala Sa'adat hanya memperolehi sekitar 5 peratus undi.

Rakyat Turki akan terus memberi undi dan mempertahankan AKP jika mereka mengambil jalan hemah dan kebijaksanaan seperti sekarang, jalan penengah yang unggul atau disebut golden mean.

Dalam satu pilihanraya sebelum ini, Erdogan meminta kepada rakyat Turki supaya memberi mandat penuh kepada AKP supaya mereka boleh memerintah dengan mandat yang sangat kuat, termasuk merubah perlembagaan. Rakyat Turki mula melihat Erdogan dan AKP naik daun, akibatnya mereka gagal mendapat kerusi yang cukup untuk membentuk kerajaan, sehingga pilihanraya semula dilakukan.

Begitulah rakyat Turki, mereka sangat tahu tentang duduk bangun mereka. Erdogan dan AKP juga perlu sangat teliti untuk membawa Islam ke dalam sistem tadbir urus mereka, tersilap langkah, yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran. Jika tidak mampu memikul semuanya, janganlah menyebabkan semua terpaksa ditinggalkan.

Saya tidak terkejut apabila seruan Erdogan untuk turun mempertahankan Turki daripada rampasan kuasa tentera disambut oleh rakyatnya sebegitu rupa, apatah lagi dalam dingin dinihari begitu. Saya tidak terkejut apabila pendokong sekular dan Islamis sama2 mempertahankan kerajaan AKP ini. Si sekular dengan seluar pendek dan free hair dijalanan, para Islamis melaungkan azan di masjid secara berterusan untuk membangunkan ummah bagi menentang penjajahan tentera.

Mungkin pandangan saya tersilap, namun saya lebih cenderung terhadap parti Islam yang mementingkan pelaksanaan nilai2 Islam secara bijaksana tetapi dipertahankan oleh rakyat dengan darah dan nyawa apabila cuba ditumbangkan oleh tentera, berbanding parti Islam yang penuh dengan slogan Islam tetapi ditumbangkan oleh rakyat dalam pilihanraya.

Adnan Ahmad

Asyraf Wajdi layak ganti Ku Li

Asyraf Wajdi dan Ku Li

KOTA BHARU – Tengku Razaleigh Hamzah bukan satu nama asing.Veteran Umno itu bukan setakat membawa pembaharuan di kawasan Parlimennya, Gua Musang, malah dalam senario politik dan pembangunan tanah air.

Namun keputusannya untuk tidak bertanding mempertahankan kerusinya pada PRU14 mendapat respons pelbagai pihak, terutamanya pengkaji dan penganalisis politik.

Walaupun rakyat masih memerlukan pemimpin seperti beliau, beliau tetap dengan keputusannya yang disuarakan sejak PRU 2013.

Beliau melakukannya bukan secara terburu-buru, tetapi dengan keyakinan bahawa Umno di kawasan itu masih mampu dipertahankan dengan meletakkan wakil yang boleh diterima rakyat.

Keputusan Tengku Razaleigh, atau Ku Li, mendapat respons Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff yang menghormati keputusan itu.

Beliau mencadangkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki sebagai pengganti Ku Li untuk kawasan Gua Musang.

Malah cadangan itu mendapat dokongan kuat daripada pelbagai pihak, terutamanya beberapa ahli akademik yang melihat Asyraf sebagai antara pemimpin yang layak.

Rata-rata mereka yang dihubungi berpendapat ketokohan Asyraf sangat diperlukan bagi memastikan BN terus mempamerkan prestasi cemerlang di Gua Musang, sekali gus bagi membolehkan beliau memainkan peranan lebih berkesan di peringkat negeri dan pusat.

Menurut Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Noor Azizi Ismail, Asyraf seorang tokoh yang mempunyai latar belakang akademik dan profesional yang cemerlang selain ciri-ciri kepimpinan yang sangat diperlukan oleh Umno bagi membolehkannya menghadapi cabaran di masa depan.

“Sayang sekali jika tokoh sepenting beliau dibiarkan bergelut dengan politik dalaman di peringkat tempatan. Sangat baik jika beliau diberikan kawasan selamat seperti Gua Musang bagi memastikan kelangsungan politik beliau dapat berterusan dan diperkembangkan,” katanya.

Felo Penyelidik Utama Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah pula berpendapat, beliau juga menyokong cadangan meletakkan Asyraf bertanding di Gua Musang kerana pemimpin itu tidak boleh dirisikokan untuk bertanding di tempat seperti Tumpat kerana tendensi untuk menang amat tipis.

“Jika Umno ada perancangan strategik terhadap Asyraf untuk dilantik sebagai menteri bagi menarik dan mewakili orang muda maka sewajarnya beliau diletakkan di kawasan selamat seperti Gua Musang, dan jika cadangan ini diterima maka Asyraf Wajdi akan jalankan tanggungjawab sebagai pemimpin dengan penuh integriti,” katanya.

Bagi pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Dr Samsu Adabi Mamat pula, cadangan ini sesuai kerana Gua Musang memerlukan tokoh bertaraf nasional untuk mengimbangi kesan pengaruh Tengku Razaleigh, dan jika pilihan calon dibuat dengan tidak mengambil kira faktor ini mungkin akan berlaku kemerosotan undi kepada BN.

“Untuk BN mencipta gelombang kemenangan, faktor calon yang popular, winnable dan likeable amat penting untuk memacu pembinaan persepsi positif terhadap BN. Meletakkan Asyraf di Gua Musang akan membina keyakinan baru rakyat Kelantan kepada kesungguhan BN untuk mentadbir negeri,” katanya.

Namun, dalam masa yang sama, pemimpin pengganti tersebut mestilah juga mendapat restu daripada Tengku Razaleigh dan kepimpinan sedia ada di kawasan tersebut.

Perkara itu disuarakan pensyarah di Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Madya Dr Mohd Noor Mat Yazid yang berpendapat restu tersebut amat penting untuk kerjasama berpanjangan selepas ini.

“Memang Asyraf sangat sesuai diletakkan bertanding di Gua Musang kerana ia kawasan selamat di Kelantan, dengan syarat mendapat restu pemimpin kanan Umno Gua Musang yang lain.

“Berdasarkan latar belakang Asyraf yang dibesarkan di luar Kelantan dan lebih popular di peringkat nasional maka beliau tidak boleh diletakkan di kawasan tidak selamat, Gua Musang cukup sesuai dengan beliau dan usaha perlu dimulakan dari sekarang bagi mendekatkan beliau dengan masyarakat Gua Musang supaya tidak timbul masalah cah keting,” katanya.

Pensyarah Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara, Dr Iskandar Hasan Tan Abdullah pula berpendapat, Asyraf ada peluang lebih cerah untuk naik dalam politik Malaysia jika Gua Musang dijadikan tapak politik beliau berbanding kawasan lain seperti Pasir Puteh.

“Masalah penerimaan penduduk Gua Musang ke atas beliau tidak patut timbul kerana sewaktu menjadi Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) dan sejak menjadi timbalan menteri, beliau banyak membantu mereka termasuk dalam aspek keagamaan, pendidikan dan perekonomian. Oleh itu gabungan kekuatan beliau dan kekukuhan Umno Gua Musang adalah satu formula mantap,” katanya.

Asyraf juga dijangka tidak bermasalah di Gua Musang kerana ketokohan yang dimiliki menjadikan beliau pemimpin yang layak untuk diletakkan di kubu kuat Umno itu.

Ini dinyatakan pensyarah Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam Universiti Sains Malaysia, Dr Ahmad Syakir Mohd Rusdi.

“Tengku Razaleigh dengan kebiasaan sikap terbukanya dalam berpolitik diyakini tiada masalah melepaskan Gua Musang kepada Asyraf, manakala Asyraf pula sudah tentu lebih matang mendepani politik akar umbi di mana saja selepas melalui pengalaman kecewa di Tumpat dalam PRU12 dulu,” katanya.

Apa pun, Umno harus sudah ada calon-calon yang sesuai untuk di senaraipendekkan bagi persediaan menggantikan Tengku Razaleigh jika benar keputusan beliau untuk berundur menjadi kenyataan.

Pelbagai jangkaan dimainkan key-board warrior tentang PRU14 yang mungkin diadakan lebih awal dari Ogos 2018, tetapi Umno tentunya sudah mempunyai strategi sendiri bagi memastikan kerusi-kerusi miliknya dapat dipertahankan dan merancang pelbagai usaha untuk merebut kerusi-kerusi di kawasan-kawasan lain.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...