TERKINI :

Thursday, July 14, 2016

MT UMNO yakin gencatan senjata PAS sesama pembangkang akan gagal

Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Shamsul Anuar Nasarah yakin seruan pemimpin PAS untuk melakukan “gencatan senjata” sesama pembangkang bagi menghadapi BN tidak akan berjaya.

Shamsul berkata banyak pandangan diutarakan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan pemimpin lain parti itu ditolak oleh presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Saya tak lihat itu pendirian rasmi PAS, itu pendirian timbalan presiden saja dan pendirian itu sukar untuk menjadi pendirian rasmi parti.

"Saya percaya tidak ada komen-komen daripada pemimpin lain yang dari kalangan PAS sendiri akan bersetuju dengan pandangan tersebut.

"Sejarah pun telah membuktikan banyak pandangan timbalan presiden ditolak oleh presiden,” kata Shamsul dalam sidang media selepas majlis pelancaran Cabutan Wow! SSPN-I Plus 2016-2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur hari ini.

Tuan Ibrahim semalam dilaporkan menyeru “gencatan senjata” sesama pembangkang, sebaliknya menggembleng tenaga bersama dalam menumbangkan BN.

Tuan Ibrahim berkata, PAS dan parti-parti dalam Pakatan Harapan – DAP, PKR dan AMANAH – perlu bertolak ansur dan mencari titik persamaan tanpa membelakangkan dasar masing-masing.

Mengulas lanjut, anggota Parlimen Lenggong itu berkata umum mengetahui pakatan pembangkang sejak dulu gagal bersatu kerana memiliki idealogi berbeza.

"Saya tak lihat itu sebagai jalan penyelesaian dan gencatan senjata itu betul-betul akan berlaku.

“Saya juga tak lihat itu satu (perkara) yang dapat menyatupadukan mereka kerana terlalu besar perbezaan di kalangan pakatan ini.

"Tidak ada titik pertemuan pun, idealogi yang berbeza, matlamat yang tidak sama dan dengan perbezaan ini ia sebenarnya menyukarkan mereka bersepakat dalam hal itu tetapi saya percaya rakyat boleh membuat penilaian,” kata Shamsul yang juga pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Negara (PTPTN).

Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad semalam turut menyokong gesaan 'gencatan senjata' oleh timbalan presidennya agar parti-parti pembangkang menumpukan usaha untuk menumbangkan BN dan bukan bertelagah sesama sendiri.

Sebelum itu, Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali menyambut baik kenyataan Tuan Ibrahim dan berkata sekurang-kurangnya satu pakatan pilihan raya perlu dibentuk antara PAS dan Pakatan Harapan untuk mengelakkan pertembungan banyak penjuru.

DAP juga menyambut baik cadangan timbalan presiden PAS itu tetapi AMANAH mempersoalkan sama ada Tuan Ibrahim berkata demikian bagi pihak parti Islam itu.

AMANAH merupakan parti serpihan PAS. DAP, PKR dan AMANAH membentuk Pakatan Harapan, menggantikan Pakatan Rakyat.

Mahkamah arah TV3 bayar Nizar ganti rugi RM200,000

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Sistem Televisyen Malaysia Bhd (TV3) supaya membayar ganti rugi RM200,000 kepada bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin kerana memfitnahnya berhubung laporan berita mengenai isu nombor pendaftaran plat WWW 1 milik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Peguam Nizar, Mohd Fitri Asmuni berkata, jumlah ganti rugi itu merangkumi ganti rugi teladan dan keterlaluan. Bagaimanapun tiada arahan mengenai kos.

Keputusan hari ini dibuat oleh Timbalan Pendaftar, Hanie Dzatul Akhmar Zulkefli.

Antara lain, Fitri memberitahu pemberita, jumlah ganti rugi itu juga mengambil kira status Nizar ketika itu sebagai bekas menteri besar.

Pada 26 Februari 2014, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan sebulat suara membenarkan rayuan oleh Nizar dan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi.

Mahkamah Rayuan turut memerintahkan TV3 membayar kos sebanyak RM30,000 kepada Nizar selain mengarahkan agar taksiran ganti rugi dibuat di Mahkamah Tinggi.

Nizar selaku pihak plaintif memfailkan saman berhubung penyiaran berita mengenai isu nombor pendaftaran WWW 1 milik Sultan Johor yang dimenangi melalui proses bidaan berjumlah RM520,000.

Pada 12 April 2013, Mahkamah Tinggi menolak tuntutan saman RM50 juta oleh Nizar dengan alasan TV3 dan Penerbit Buletin Utama, Rohani Ngah selaku pihak defendan berjaya membuktikan pembelaan mereka berdasarkan kewajaran dan ulasan saksama dalam perkara yang melibatkan kepentingan awam.

Untuk tatapan pimpinan PAKATAN HARAPAN dan PAS serta UMNO BN juga..ini suara blogger & facebooker..!!

Pemimpinan Ulamak PAS mendakwa terdapat Blogers dan Facebookers yang menjadi budak upahan DAP bagi memburuk2an Ulamak dgn niat untuk menghancurkan PAS dan Islam serta dakwaan sebagai tongkat kepada UMNO.

Apakah ulamak PAS mampu membawa saksi 4 mata bagi mengesahkan dakwaan dan tuduhan tersebut? Jika tidak mampu bermakna ulama PAS juga terlibat di dalam dosa2 Fitnah..

Mengapa di dalam kes Najib Razak, dana RM 2.6 Bilion dan penyelewengan serta pecah amanah dalam 1Mdb ulama PAS menuntut 4 saksi mata tetapi di dalam melakukan tuduhan ke atas blogers dan facebookers yg kononnya menjadi budak suruhan DAP tidak pula pimpinan PAS mengemukakan saksi  4 mata mereka adil dan tidak meninggalkan solat?

Jawapan bagi tuduhan (fitnah) pimpinan Ulamak PAS terhadap blogers dan facebookers yg tidak lg mendukung perjuangan PAS..

1. Jika kami tongkat kpd UMNO kami tidak akan dedahkan segala penyelewengan Najib dlm kes dana RM 2.6 bilion dan pecah amanah 1Mdb.. siapakah tongkat UMNO yg sebenarnya..?

2. Tongkat UMNO adalah mereka2 yg mempertahankan penyelewengan Najib.. mengunakan segala hujah agama dan Kamullah bagi menghalalkan penyelewengan serta pecah amanah yg dilakukan oleh Najib Razak..

3. Sejak hari pertama kes dana RM2.6 bilion dan 1Mdb kami semua menyerang Najib, Rosmah Mansur  dan UMNO tanpa jemu hingga ke hari ini.. Dan sejak hari pertama isu dana RM2.6 bilion juga 1Mdb Haji Hadi, Harun Din dan pimpinan PAS yg lainnya membela Najib hinggalah sekarang.. bukan sahaja membela dan mempertahankan Najib Razak malah secara terbuka sedia berkerjasama (Tawwaun) bersama UMNO..

4. Siapa yg jadi tongkat UMNO..?  Kami blogers dan facebookers atau para ulamak dan pimpinan PAS?

5. Kami menyerang sesiapa sahaja yg cuba mempertahankan segala kemungkaran UMNO BN termasuklah para ilmuan, sarjana, ulama bisu, ulamak kayu, ulamak yg cari makan dgn kerajaan atau yg mencari makan dari tabung2 sumbangan tidak kira sama ada mereka duduk di dalam mana2 parti politik atau mereka yang tidak melibatkan diri dalam parti politik...

6. Akhirnya setelah sekian lama diasak, hari ini pada tanggal 13 julai 2016 Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS) mengajak parti pembangkang berdamai. Alhamdulillah.. dan terima kasih tetapi harus diingat, kami blogers dan facebookers tidak terikat dgn mana2 parti politik kami hanya diikat dgn perjuangan rakyat Marhaen..

7. Kalian boleh melakukan perjanjian dan gencatan senjata diantara parti politik tetapi kami akan tetap meneruskan perjuangan dan mempertahankan Hak Rakyat Marhaen dari dicabuli oleh Pemimpin dan Koruptor Politik...

8. Kalian juga boleh melakukan seberapa banyak penjanjian dan gencatan senjata yg kalian inginkan tetapi kami blogers dan facebookers Rakyat Marhaen akan tetap berdiri teguh di atas perjuangan kami..

9. Ingatan terakhir dari kami semua... jangan kalian fikir dgn segala perjanjian dan gencatan senjata yg dilakukan kami akan berhenti dari melakukan sebarang serangan ke atas kalian semua...

Sekian, Wasallam..

Teuku Zacharyah Iskandar
O1:55 am
14 july 2016





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...