TERKINI :

Wednesday, July 13, 2016

Genjatan Senjata : DAP & PKR sambut baik cadangan tersebut, AMANAH harap PAS tak 'U-turn'

Gencatan senjata: AMANAH harap PAS tak 'U-turn'
Anne Muhammad
13 Jul 2016, petang 5:05 (Dikemaskini 13 Jul 2016, petang 5:42)

Walaupun DAP dan PKR hari ini dilihat menyambut baik tawaran 'gencatan senjata' oleh PAS, rakan sekutunya dari Parti Amanah Negara (AMANAH) mahu parti itu berbincang terlebih dahulu di peringkat kepimpinan.

Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad berkata perkara itu penting supaya PAS lebih istiqamah dalam menentang Umno serta tidak membuat 'pusingan U'.

“Kami sentiasa bersatu menentang BN. Tapi PAS sendiri yang sebaliknya.

“Saya mencadangkan PAS mengadakan mesyuarat di kalangan pucuk pimpinan dan membuat keputusan (untuk gencatan senjata) supaya selepas ini mereka konsisten dan istiqamah,” katanya kepada Malaysiakini.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini menyeru “gencatan senjata” sesama pembangkang, sebaliknya menggembleng tenaga bersama dalam menumbangkan BN.

Katanya, PAS dan parti-parti dalam Pakatan Harapan – DAP, PKR dan AMANAH – perlu bertolak ansur dan mencari titik persamaan tanpa membelakangkan dasar masing-masing.

Sementara itu, Ketua Sekretariat Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah berkata pihaknya sedia membuat rundingan baru dengan PAS bagi menjernihkan hubungan sesama pembangkang dalam menjatuhkan 'musuh yang sebenar'.

Katanya HARAPAN sendiri sentiasa terbuka untuk berbincang kerana perkara itu telah diputuskan dalam mesyuarat presiden sebelum ini.

“Kita sentiasa bersedia memulakan siri rundingan baru. Pakatan Harapan terbuka buat rundingan dengan PAS, PSM, Tan Sri Muhyiddin (Yassin), kita semua sentiasa terbuka," katanya.

Perjumpaan tertutup dengan PAS

Setuju dengan saranan Tuan Ibrahim, Saifuddin berkata perjumpaan secara tertutup dengan PAS akan dilakukan bagi membincangkan perkara berkenaan.

“Biasa perkara ini kita tak buat secara terbuka dan Tuan Ibrahim tahu siapa yang pergi untuk berunding.

“Kita dah tahu siapa dan tak perlu umum. Saya sudah tahu siapa yang perlu dihubungi dan kami sama-sama tahu," katanya.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke turut menyambut positif  cadangan tersebut.

Katanya, parti Islam itu sedar perpecahan dalam pembangkang hanya akan memberi manfaat kepada BN.

“Saya belum lagi melihat kenyataan itu secara langsung tapi kita ambil ia secara positif. Mungkin PAS sedar bahawa perpecahan di kalangan pembangkang hanya akan memberi manfaat kepada Umno.

“Mereka melihat bahawa pertandingan tiga penjuru di Sungai Besar dan Kuala Kangsar memberi manfaat kepada Umno,” katanya.

Loke berkata, pihaknya akan berbincang mengenai perkembangan itu dalam HARAPAN itu dan akan melihat tindakan selanjutnya.

PAS tawar 'gencatan senjata' pada Pakatan Harapan

PAS hari ini menyeru “gencatan senjata” sesama pembangkang, sebaliknya menggembleng tenaga bersama untuk menumbangkan BN.

Timbalan presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berharap pertelagahan sesama mereka kini dapat ditamatkan demi rakyat dan masa depan negara.

“Pertama, parti-parti pembangkang perlu melaksanakan gencatan serangan sesama sendiri bagi memberi fokus kepada musuh sebenar Umno-BN.

“Jangan pedulikan tulisan murahan tentera siber yang suka melagakan antara satu sama lain. Golongan ini akan ada di setiap zaman dan tempat.

“Apa yang penting dilihat ialah masa depan negara.

“Kerana masa depan rakyat, agama, bangsa bahkan parti politik hanya akan wujud bila adanya kestabilan negara,” kata Tuan Ibrahim dalam kenyataannya hari ini.

Katanya, PAS dan parti-parti dalam Pakatan Harapan – DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (AMANAH) – perlu bertolak ansur dan mencari titik persamaan tanpa membelakangkan dasar masing-masing.

“Banyak persamaan yang perlu diutamakan berbanding hanya beberapa perkara sahaja yang berbeza.

“Dalam mewujudkan toleransi politik yang baik, tentulah usaha perlu diambil bagi memperbesarkan persamaan dan mengecilkan ruang perbezaan,” katanya.

PAS sebelum ini memutuskan hubungan dengan DAP setelah perbezaan pendapat dan perbalahan berterusan dalam isu pelaksanaan hudud.

Langkah itu menyebabkan Pakatan Rakyat, yang dianggotai mereka bersama PKR terkubur.

DAP dan PKR kemudian membentuk gabungan dengan serpihan PAS, Parti Amanah Negara (AMANAH).

Manakala PAS memilih kerjasama baru dengan parti kecil Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) pimpinan bekas menteri Umno Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

Coretan Husam dari Mahkamah Tinggi KB pagi tadi.. dengan 3 kes k'jaan negeri...

GUANO PULOK?????

1) Husam dan Lebuhraya Rakyat
2) YDP Rantau Panjang saman syarikat Pas?
3) KPK dan Kontraktornya.

Pagi ini saya di Mahkamah Tinggi KB - untuk menyambung keterangan sebagai saksi dlm kes saman oleh kontraktor Lebuh Raya Rakyat KB-KK ke atas anak syarikat Kerajaan Kelantan.

Kerana memberi keterangan di ahkamah ini sebelum ini, sy dituduh memberikan keterangan  secara bias, berniat serong dan mensabotaj Kerajaan Negeri - sampai membawa kepada pemecatan saya.

'Mahkamah' parti telah mencampuri Mahkmah keadilan?

Saya bercadang memaklumkan perkara ini kepada YA Hakim.

YA Hakim, atas sesuatu urusan, menangguhkan pendengaran kepada jam 3 petang ini.

Sementara kes ini didengar pagi ini, Mahkamah yang sama mendengar dua kes yang tidak kurang menarik.

Satu, kes YDP Pas Rantau Panjang, Abe Tah memfailkan injunksi ke atas syarikat Galeri Tani yang memilik sekeping tanah di Rantau Panjang.

Seingat saya, antara pemilik Galeri Tani ialah Dato Abdul Halim A Rahman, bekas TMB Kelantan dan Dato Mustafa Ali, bekas SUA Pas.

Saya tidak berapa arif bagaimana dua orang kuat Pas itu boleh memiliki tanah baki dari apa yang telah dijual yg keluasannya masih ratusan ekar.

Katanya, tanah itu milik peribadi dan bukan milik Pas.

Bagaimana orang Terengganu boleh mendapatkan tanah di Kelantan?

Dari mana mereka mendapat wang membeli tanah seluas itu?

Bagaimana sebahagian tanah menjadi milik  parti dan sebahagian lagi tanah di tempat yang sama menjadi milik individu yang ada kaitan dengan parti?

Kalau Mokhtar Senik memeningkan diri dengan pejabat Adun Salor yang sememang dari asal lagi milik persendirian bekas Adun Semangat 46, mungkin elok ditanya kedudukan Galeri Tani yang nilainya lebih mahal.

Adakah Pas akan memecat Abe Tah kerana mendakwa orang kuat Pas?

Kedua, kes KPK menyaman kontraktornya sejumlah RM juta. Kontraktor berkenaan menyaman balas KPK atas dakwaan gagal membayar kerja-kerja kontrak berjumlah RM 12 juta.

YA Hakim mengarahkan mediasi dibuat atas tawaran pihak kontraktor untuk menyelesaikan secara rundingan dengan membayar RM 5 juta kepada mereka.

Kes akan didengar pada tarikh yang lain sementara mediasi berjalan.

Andai tuntutan menyebelahi kontraktor, sekali lagi dana Kompleks Perkayuan Kelantan   menjadi kempis atas isu-isu pentadbiran yang kurang cermat.

Sekian dulu laporan saya dari Mahkamah Tinggi KB - 11.30 pagi, 13 Julai 2016.

Husam Musa

Mai pakat huluq seringgit dua bantu depa nie - Tinggal dalam bilik kecil saja nie..!!

Tinggal dalam bilik kecil

KULIM - Hanya sebuah bilik kecil tanpa kelengkapan lain menjadi tempat berteduh dua beranak di Kampung Padang Cina, di sini.

Lebih memilukan, ibu tunggal, Arfa@Esah Idris, 64, yang juga orang kurang upaya (OKU) kini menderita penyakit kencing manis.

Anaknya, Fazrul Azman, 28, berkata, ibunya semakin uzur apabila penyakit kencing manis dihidapinya mula merebak sejak dua bulan lalu.

"Sebelum ini mak memang ada kencing manis sejak lahir. Empat tahun lalu kaki kiri mak dah dipotong untuk elak penyakit itu terus merebak.

"Dua tahun kemudian, mata mak pula buta. Tak habis dengan bebanan itu, dua bulan lalu kaki kanan mak pula luka dan mula bernanah," katanya.

Menurutnya, disebabkan tiada wang yang mencukupi untuk membayar sewa rumah, mereka dua beranak juga sering berpindah randah dan kini terpaksa tinggal menyewa di bilik kecil ini.

"Sebelum ini saya boleh kerja sebab mak masih boleh bergerak sendiri walaupun terpaksa mengesot ke bilik air. Jadi saya pernah sewa di rumah yang selesa sedikit.

"Tapi sejak sakit mak makin memburuk, saya tak mampu lagi nak bayar sewa dan terpaksa cari bilik kecil dengan sewa murah. Alhamdulillah juga tuan bilik sewa ini tak begitu menekan untuk kami bayar sewa," katanya.

Fazrul berkata dia juga kini terpaksa menjaga ibunya 24 jam sehari kerana masalah kesihatan yang dialami ibunya

“Sekarang memang saya sudah tak ada sumber pendapatan langsung. Nak tinggal mak seorang diri takut jadi apa-apa pula. Sekarang mandi, bersih luka dan najis mak semua saya buat.

“Kami hanya bergantung kepada wang Socso arwah ayah sebanyak RM350 sebulan untuk beli ubat mak dan makanan,” katanya.

Katanya, mereka juga pernah terputus bekalan makanan kerana duit habis digunakan untuk perbelanjaan ibunya dan dia terpaksa mengayuh basikal sejauh 10 kilometer untuk meminta simpati saudara lain.

“Motosikal saya pun dah rosak, kalau tak ada duit dan makanan habis saya terpaksa pinjam basikal daripada pekerja asing untuk ke rumah saudara di Sungai Seluang meminjam beras, walaupun malu tapi terpaksa.

“Bukan saya tak mahu kerja dan malas bekerja, tapi keadaan mak saya ini membuatkan saya terpaksa reda dan merempat, saya tak kisah apa orang nak cakap, saya yang menanggung masalah ini,” katanya.

Tambahnya, ibunya hanya diberi makan bijirin oat dan susu sehari sekali manakala dirinya pula hanya menjadikan mi segera sebagai sumber tenaga setiap hari.

“Dalam bilik ini dapur tak ada. Kalau nak masak kena guna periuk nasi sahaja. Kadang ada duit lebih baru pergi kedai bungkus nasi,” katanya.

Katanya, dia hanya mahu sumbangan orang ramai untuk membantu kos rawatan agar ibunya cepat sembuh.

“Dengan keadaan ini, saya hanya mampu beli ubat di kedai farmasi dengan harga RM80 yang tahan seminggu sahaja. Saya hanya mampu mencuci luka ibu sendiri, nak bawa pergi klinik tak ada kenderaan dan tak mahu susahkan orang lain.

“Saya berpindah ke sini juga tak ada penduduk kampung tahu kerana saya tak susahkan orang lain, biarlah saya sahaja yang tanggung kesusahan ini,” katanya.

Sesiapa yang ingin menyalurkan bantuan boleh berbuat demikian melalui akaun Maybank 152031359153 atas nama Erfah@Esah Idris.

Pernah tak dengar pencuri pecah masuk rumah tapi tak boleh keluar, dia nampak laut...


Pernah tak dengar pencuri pecah masuk rumah tapi tak boleh keluar, dia nampak laut... , dia nampak air...

Berenang-renang dia kat ruang tamu atau kat atas simen didapur... atau dia duduk termenung atau menangis ditengah-tengah rumah... atau dalam bilik mandi...

Jom kita pakat amalkan tips di bawah ini...
Moga kita sama-sama dirahmati Allah SWT.

DOA dan AMALAN mengelakkan rumah, pejabat atau kedai anda yg ditinggalkan dari dimasuki atau dicerobohi oleh si PENCURI/PEROMPAK atau yg sama waktu dengan JIN/SYAITAN/IBLIS.

Ketika rumah, pejabat atau kedai anda telah dikunci dengan rapi, maka letakkan TAPAK TANGAN KANAN anda ke pintu atau dinding rumah, pejabat atau kedai dan bacalah ayat-ayat DOA seperti berikut ::
  • Mengucap DUA KALIMAH SYAHADAH ~ (1x)
  • Berselawat keatas Nabi SAW ~ (3x)
  • Baca Ayatul Qursi ~ (1x)
  • Baca surah Yasin (ayat ke : 9) ~ (1x)
 
 
"Wa ja'alna mim baini aidihim saddaw wamin kholfihim saddan fa aghsyaina hum fa hum laa yubsiruun"

Bermaksud :: "Dan KAMI adakan dihadapan mereka dinding-dinding dan dibelakang mereka dinding-dinding (pula), dan KAMI menutup mata mereka sehingga mereka tidak dapat melihat".
  • Lafazkan "BISMILLAHITAWAKKALTUA'LALLAH" ~ "LA HAULAWALA KHUWATA I'LLA BILLAH 'ILL 'ALIYIL 'AZIIIM" ~ (1x)
Petikan dari kuliah :: Al-Fadhil Ustadz Fadhly Syam

Semoga kita mendapat perlindungan Allah jua.
Aamiiin...

‪#‎Gambar‬ yg alfaqir post kesian musibah kepada jiran alfaqir yg rumah beliau telah dipecah masuk pagi tadi juga cubaan masuk rumah jiran yg tidak berjaya kerana jiran tersebut masih di rumah. .

Semoga Allah pelihara Kawasan Perumahan alfaqir. #

Nantikan kemunculan pertama 2 import baru Kedah malam nanti ketika bertemu Sarawak


Pasukan hijaukuning kini bersedia untuk beraksi dengan beberapa isu telah diselesaikan dengan beberapa pembaharuan dibuat oleh pengurusan untuk memastikan pasukan terus berdaya saing dalam kancah Liga Super.

Keampuhan skuad hijaukuning akan diuji malam esok pasukan oleh pasukan pelawat Sarawak dalam saingan TM Piala Malasia 2016.

Kelibat pemain import baru pasti ditagih dan dengan kembalinya pemain kebangsaan juga bakal memperkuatkan jentera serangan Kedah.

Thiago Augusto disahkan dapat beraksi esok dan Shane Smeltz menunggu pengesahan disaat akhir dari FMLLP untuk disenaraikan dalam senarai 18 pemain.

 

 

Penduduk di Kampung Bohor, Mukim Hutan Kampung rayu baiki jalan berlopak

Penduduk rayu baiki jalan berlopak

ALOR SETAR - Penduduk di Kampung Bohor, Mukim Hutan Kampung merayu kepada pihak bertanggungjawab supaya dapat membaiki dan menurap jalan di kampung itu yang semakin rosak.

Penduduk mendakwa, jalan itu semakin berlopak hingga menimbulkan masalah kepada mereka terutama kepada kanak-kanak yang turut mengguna jalan sepanjang kira-kira 200 meter itu.

Penduduk, Azlina Abdullah, 37, berkata, jalan itu semakin berlopak sejak dua tahun lalu selepas tiada penyelenggaraan dilakukan sejak 1995 oleh pihak bertanggungjawab.

Menurutnya, kali terakhir jalan itu diturap sejak 20 tahun lalu dan ia mendatangkan bahaya terutamanya ketika kenderaan berselisih sewaktu melalui laluan itu.

"Pada tahun lalu, anak saya, Mohd Kamarul Radzi Abd Malek, 10, terjatuh ke dalam lopak di situ ketika menunggang basikal menyebabkan tangannya patah.

"Ini menyebabkan ibu bapa di sini bimbang perkara sama turut berlaku ke atas anak mereka lebih-lebih lagi ketika hujan, lopak itu akan dipenuhi air," katanya.

Haminah Ahmad, 63, pula berkata, masalah itu pernah diadukan kepada beberapa pihak tetapi sehingga kini belum ada sebarang tindakan diambil.

Menurutnya, sebelum ini penduduk telah mengumpul wang bagi membaiki jalan itu supaya mereka dapat melaluinya dengan lebih sempurna sementara menunggu peruntukkan membaiki jalan raya.

“Bagaimanapun sehingga kini masih belum lagi ada pihak yang datang membaiki jalan ini, malah semakin berlopak.

"Oleh itu saya merayu kepada pihak berkenaan supaya dapat membaiki jalan ini bagi memudahkan penduduk menggunakannya,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Kampung Bohor, Othman Husin berkata, beliau sudah pun memaklumkan masalah ini kepada Pejabat Daerah Kota Setar dan berjanji akan membaikinya pada April lalu.

Bagaimanapun beliau kecewa kerana sehingga kini belum ada sebarang tindakan daripada pihak berkenaan walaupun sudah dikatakan ada peruntukkan membaiki jalan itu.

“Insya-ALLAH saya akan merujuk sekali lagi bagi mengetahui perkembangan selanjutnya supaya masalah jalan itu dapat diselesaikan secepat mungkin demi kebaikan penduduk di kampung itu,” katanya.

KFA : Status 2 pemain import Kedah iaitu Carlos Kahe & Sandro Mendonca serta pemain tempatan Ahmad Fakri Saarani



Status 2 pemain import Kedah iaitu Carlos Kahe, Sandro Mendonca dan pemain tempatan Ahmad Fakri Saarani adalah seperti berikut:

1. Carlos Kahe dalam proses perbincangan akhir untuk menyelesaikan hala tuju baki kontrak beliau yang akan tamat November ini. Setakat ini sehingga masa depan beliau bersama KFA diputuskan, beliau akan terus berlatih bersama pasukan dibawah kendalian jurulatih kecergasan, Stefano Impagliazzo.

Carlos Kahe sentiasa memberi komitmen tinggi dalam latihan walaupun untuk pusingan ke-2 saingan Liga Super dan TM Piala Malaysia, namanya tidak lagi didaftarkan sebagai pemain skuad hijaukuning dan digantikan dengan Thiago Agusto Fernandes.

Sebarang perubahan kepada kontrak beliau adalah tertakluk kepada perbincangan kedua-dua pihak. Alternatif untuk beliau dipinjamkan ke kelab bolasepak lain juga antara pilihan namun tempoh yang agak singkat selama 4 bulan.

2. Sandro Mendonca masih milik KFA memandangkan kontrak beliau berbaki semusim lagi iaitu hingga 2017. Pengurusan pasukan memilih untuk memberi ruang yang luas untuk Sandro membuat pemulihan sepenuhnya memandangkan kudrat beliau masih ditagih musim hadapan.

Sandro akan diberi masa untuk merancang program pemulihan dan bakal kembali menyertai pasukan Oktober/November ini. Sementara itu, alternatif yang turut menjadi fokus adalah beliau akan dipinjamkan terlebih dahulu kepada kelab luar setelah pulih sepenuhnya sebelum kembali kepada skuad hijaukuning.

Dalam tempoh 5 bulan ini Sandro akan digantikan oleh pemain dari New Zealand, Shane Smeltz.

Sandro masih milik Kedah dan kontrak beliau bersama Kedah adalah sehingga tamat musim 2017.

Walaupun, beliau kecewa tidak dapat membantu pasukan bagi baki saingan musim 2016, pengurusan terpaksa mengambil keputusan berat ini memandangkan jadual padat liga dan saingan kalah mati memerlukan kudrat import yang cergas bagi membantu pasukan mengharungi 15 perlawanan dalam 45 hari. Jangkaan pemulihan Sandro sepenuhnya dan bersedia beraksi dalam perlawanan kompetitif sekitar 1-2 bulan.

 

3. Ahmad Fakri Saarani merupakan sebahagian dari syarat perjanjian kontrak pinjaman pemain import baru Kedah, Thiago Augusto Fernandes.

Keputusan meminjamkan beliau adalah penting kerana jurulatih Felda United FC, Irfan Bakti memerlukan khidmat penyerang tempatan dan memohon secara khusus khidmatnya. Tempoh pinjaman adalah sehingga November ini dan kedua-dua pemain akan kembali ke pasukan masing-masing pada 1 November.

Keputusan meminjamkan Ahmad Fakri Saarani adalah untuk kebaikan kedua-dua pasukan dan persetujuan telah dicapai dan pasti kerjasama positif ini menguntungkan kedua-dua pihak.

Harap maklum.

Mat Taib Sokong Pandangan Husam mengenai New Politics atau Politik Baru di Malaysia

 https://1.bp.blogspot.com/-QJaeorUAzf8/V4JhA6yHDgI/AAAAAAAB98o/g4FTRVRp3AM3bEtmCUjHtieO1sVQPRxUgCLcB/s1600/mt_husam.jpg
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhamad Muhamad Taib setuju dengan pandangan Datuk Husam Musa mengenai New Politics atau Politik Baru di Malaysia bahawa rakyat negara ini perlukan muafakat baru.

Bagi bekas naib presiden Umno itu berpendapat, dengan memilih parti lama tidak banyak yang boleh diubah walaupun hasrat untuk berubah ada.

"Saya melihat untuk Malaysia menjadi lebih dinamik dan maju di masa hadapan rakyat hendaklah berani berubah untuk memilih parti baru untuk mentadbir negara dengan mendepankan tokoh-tokoh muda untuk menerajui negara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Husam, bekas naib presiden Pas yang popular tetapi dipecat oleh parti itu dalam ucapannya di Kota Bharu semalam berkata, rakyat Malaysia pada masa akan datang ada dua pilihan dalam memilih parti mana yang akan mentadbir negara ini.

Satu kekal dengan Barisan Nasional atau kedua memilih gabungan parti-parti baru seperti Pakatan Harapan.

Memilih BN bererti memilih parti yang sedia ada yang sudah lama memerintah, katanya. Ada pihak suka memilih parti yang lama yang sudah dikenali sejak dari dahulu.

Ada pihak terutama golongan muda mahu berubah dan lebih berminat kepada pimpinan baru dengan aspirasi baru.

Bagi Muahamad, dengan memilih parti lama tidak banyak yang boleh diubah walaupun hasrat untuk berubah ada.

"Orang lama biasanya sudah selesa dengan cara sedia ada. Sukar untuk berubah atau sukar untuk perbaharui corak pemerintahan.

"Pimpinan Parti baru lebih mudah untuk berubah. Lebih senang untuk memulakan cara baru yang lebih baik," katanya lagi. Katanya, mereka akan lebih mahu untuk berubah walaupun bukan semua akan berjaya mengubah diri mereka sendiri. -Malaysia Dateline
ULASAN GB

Pihak PAS dan UMNO kini silih berganti menghentam Husam Musa. Kalau UMNO hentam Husam GB tak berapa hairan, tetapi apabila PAS menghentam Husam kita rasa pelik sedikit seolah-olah Naib Presiden PAS itu lansung tiada jasanya terhadap PAS.

Namun sokongan rakyat kepada Husam khususnya Kelantan masih padu. Sambutan yang begitu ramai rakyat Kelantan di Majlis Raya PERANTAU dan Dialog AMANAH di Kota Bharu malam kelmarin membuktikan Husam mempunyai sokongan yang kuat dari rakyat Kelantan.

PAS sebenarnya telah tersilap langkah menyingkirkan Husam, malah tindakan pemecatannya juga merupakan titik kehancuran PAS sendiri di Kelantan.

Kita yakin, Husam pada bila-bila masa selepas ini akan mengumumkan penyertaannya sebagai ahli AMANAH.

'Pendedahan bukan satu pengkhianatan' - Naib Presiden PKR



Nurul Izzah
SHAH ALAM - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menyelar kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak yang menyifatkan kebocoran laporan Ketua Audit Negara berhubung siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh Sarawak Report sebagai pengkhianatan.

“Apabila maklumat sebenarnya didedah, maka kemungkinan besar pendedahan Sarawak Report bukan pengkhianatan tetapi berjasa memastikan rakyat tidak ditipu lagi,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Nurul Izzah berkata, prasyarat pertama untuk menilai perbuatan 'khianat' adalah dengan penarikan semula klasifikasi rahsia rasmi terhadap laporan siasatan Ketua Audit Negara terhadap 1MDB.

“Rakyat wajib menilai sama ada bebanan hutang ditanggung Kementerian Kewangan akibat salah laku 1MDB adalah pengkhianatan sebenar terhadap negara," katanya.

10 Benda Tak Boleh Beli Dengan Duit

DUIT, di zaman materialistik sekarang ini, semua orang mahukan duit. Orang dewasa, remaja bahkan kanak-kanak kecil sekalipun kenal dengan sekeping kertas yang diberi nama “duit”. Memang duit penting dalam kehidupan, tanpa alat tukar ini kita tidak boleh memenuhi keperluan hidup. 
Duit membuatkan manusia melakukan perkara yang diharamkan, manusia menjadi rakus kerana duit, manusia pecah amanah, rasuah, merompak, melacur malah membunuh manusia lain kerana duit. Kejayaan orang di zaman kini juga diukur dengan banyaknya duitnya.

1. Masa

Duit tidak akan dapat mengembalikan masa yang telah berlalu. Setelah hari berganti, maka masa 24 jam tersebut akan hilang dan tidak akan mungkin akan kembali lagi.
Oleh itu gunakan setiap kesempatan yang ada untuk menyatakan perhatian dan kasih sayang anda kepada orang yang sangat anda sayang dan anda cintai, sebelum waktu itu berlalu dan anda menyesalinya.
Begitu juga dengan tanggungjawab dengan Allah, jika kita terlepas waktu Subuh pagi tadi, ia tidak dapat ditukar dengan berapa juta pun wang untuk kembali ke waktu Subuh tadi.

2. Kebahagiaan

Memang kedengaran pelik, tapi inilah kenyataannya. Duit memang boleh membuat anda merasa senang kerana anda boleh bercuti mewah, memberi laptop dengan kemudahan yang sangat canggih, atau membeli kereta dan rumah mewah 8 tingkat sekalipun.
Tetapi duit tidak boleh menghadirkan sececah kebahagiaan dari dalam lubuk hati kita. Berapa ramai orang kaya yang tidak boleh tidur walaupun dalam aircond yang sejuk dan dalam bilik yang super mewah yang katilnya berharga berpuluh ribu ringgit.

3. Kebahagiaan Anak

Untuk membeli makanan dan pakaian yang bagus-bagus untuk anak tercinta memang memerlukan duit. Tetapi anda tidak boleh menggunakan wang untuk memberikan rasa aman, tanggungjawab, sikap yang baik serta kepandaian pada anak anda.
Hal ini memerlukan waktu dan perhatian yang anda curahkan untuk mereka dan amalan baik yang anda ajarkan. Duit memang membantu kita memenuhi aspek penjagaan, tapi waktu telah membuktikan bahawa keperluan asas tiap anak adalah berapa banyak masa yang diberikan orangtuanya, bukan “duitnya”.

4. Cinta

Cinta tidak boleh dibeli dengan wang, akuilah hal ini benar. Memang dengan duit kita boleh membuat orang tertarik, tapi cinta berasal dari rasa saling menghargai, perhatian, berbagi pengalaman dan kesempatan untuk berkembang bersama.
Itu sebabnya banyak pasangan yang berkahwin kerana duit, tidak bertahan lama atau pun tidak merasa bahagia.

5. Persahabatan

Untuk diterima oleh lingkungan pergaulan dengan sahabat, anda tak perlu duit. Apabila anda ingin diterima, fokuskan tenaga anda untuk membuat diri anda berharga bagi lingkungan sekitar dengan menjadi teman dalam suka dan duka.

6. Kesihatan

Kita memerlukan duit untuk membiayai rawatan dan membeli ubat, tapi duit tidak boleh menggantikan kesihatan yang hilang. Itu sebabnya pepatah lebih baik mencegah daripada mengubati .

7. Kejayaan

Beberapa orang memang ada yang mencapai kejayaan dengan menyogok, tapi ini adalah pengecualian. Kejayaan hanya berasal dari kerja keras, kemahuan, dan rezeki yang tertulis.
Ada aspek kecil dari usaha menuju sukses yang boleh didapatkan dengan duit, misalnya mengikuti kursus atau membeli peralatan, tapi kejayaan lebih banyak berasal dari usaha yang anda lakukan sendiri.

8. Bakat

Kita dilahirkan dengan bakat tertentu. Dengan duit, yang boleh kita lakukan adalah mengasah bakat tersebut, misalnya belajar muzik.
Namun para pakar mengatakan, untuk menjadi pakar di bidangnya, kita memerlukan bakat semulajadi.

9. Sikap yang baik

Banyak orang yang kaya raya tapi sikapnya kasar,sombong dan cakap besar. Tak sedikit juga orang yang sederhana yang tutur katanya sopan dan menunjukkan rasa hormat pada orang lain.
Jadi, jumlah duit yang dimiliki bukan penentu sikap seseorang.

10. Kedamaian

Bila wang boleh membeli kedamaian, barangkali kita tak lagi mendengar tentang perang. Tetapi yang sering terjadi sebaliknya, duitlah yang menjadi sumber pertikaian dan permusuhan.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...