TERKINI :

Friday, July 8, 2016

Sandro Da Silva akan tiba jam 2 petang nanti di Bumi Darulaman selepas rawatan di Brazil

Sandro Da Silva Tidak Sabar Kembali Jalani Latihan

Diterbitkan: Jumaat, 8 Julai 2016 10:05 AM

    Oleh: BASHAH ZAINOL ABIDIN
    bza_56@yahoo.com.my

TIDAK senang berada di Brazil dan ingin cepat pulang ke Alor Setar untuk bersama rakan sepasukan melakukan persediaan menghadapi baki saingan Liga Malaysia.

Itulah situasi yang dihadapi pemain tengah Kedah, Sandro Da Silva selepas menjalani pembedahan tulang belakang di negara kelahirannya sejak Mei lalu.

Isteri Da Silva, Michele Franca berkata, suaminya bagaikan tidak sabar untuk pulang ke Alor Setar untuk kembali bersama pasukan kedah selepas pulih daripada kecederaan tulang belakang.

Jelasnya, Da Silva juga berhasrat untuk membantu Kedah ketika menentang Sarawak dalam saingan Piala Malaysia di Stadium Darul Aman pada Rabu ini.

"Pasukan Kedah dan penyokongnya sudah menjadi sebahagian daripada hidup suami saya. Dia rindukan rakan pemain, pegawai dan penyokong yang tidak dapat dipisahkan daripada fikirannya.

"Kami sekeluarga sudah biasa dengan gaya hidup di Kedah. Keprihatinan, kemesraan dan layanan yang baik penyokong Kedah adalah yang terbaik sepanjang karier Da Silva walaupun dia pernah bermain di Jepun, Turki dan Brazil sendiri.

"Dia berusaha setiap hari untuk memulihkan kecederaan tulang belakang selepas menjalani pembedahan. Sekarang saya yakin dia mampu memberikan yang terbaik untuk Kedah dan penyokongnya.

"Penderitaan selama tiga bulan ini akan ditamatkan apabila dia dapat beraksi bersama Kedah semula pada Rabu ini,” katanya kepada mStar Online.

Michele memberitahu, Da Silva yang kembali seorang diri dijangka tiba di Kuala Lumpur pada 2 petang Jumaat (hari ini) sebelum ke Alor Setar.

Menurut ibu kepada dua anak itu, Da Silva juga berhasrat untuk kembali menjalani latihan sejurus tiba di Alor Setar bagi memastikan kecergasannya tidak terjejas.

"Saya berdoa dia akan dapat beraksi semula seperti biasa seperti musim lalu kerana tidak lagi mengalami kesakitan tulang belakang selepas pembedahan.

"Saya juga berterima kasih kepada KFA (Persatuan Bolasepak Kedah)  serta ribuan penyokong yang bersabar dan memberi peluang kepada Da Silva untuk merawat kecederaan di Brazil.

"Jasa baik ini tidak akan kami lupakan kerana banyak kenangan manis bersama pasukan Kedah dan penyokong," ujarnya.

Apabila terbocornya laporan audit 1MDB yang di OSA kan pada Hari Raya

Selepas bocor, Najib mesti dedah laporan audit 1MDB - Pua

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mesti mengubah status sulit berhubung laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB selepas laman web Sarawak Report membocorkan apa yang didakwanya sebagai sebahagian daripada dokumen rahsia berkenaan.

"Sarawak Report membekalkan hadiah terbaik buat rakyat pada Hari Raya ini dengan mendedahkan siasatan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB yang cuba disembunyikan oleh pentadbiran Najib melalui Akta Rahsia Rasmi (OSA)," kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua dalam satu kenyataan malam semalam.

"Dengan semangat kejujuran dan kesopanan sepanjang bulan sambutan Aidil Fitri, Najib Razak mesti segera mengarahkan pengubahan status laporan Ketua Audit Negara, yang tidak pernah bermaksud untuk diklasifikasikan (di bawah Akta Rahsia Rasmi, OSA) selama-lamanya.

"Lagipun, jika beliau ikhlas tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan dan berkeras bahawa Sarawak Report sekali lagi mempalsukan dokumen dan dalam kes ini laporan Ketua Audit Negara, maka mendedahkan laporan 'sebenar' akan memusnahkan terus kredibiliti Sarawak Report," kata Pua.

Beliau berkata, kegagalan untuk mengubah status sulit laporan Ketua Audit Negara itu akan hanya meningkatkan syak wasangka orang ramai mengenai apa yang didakwanya boleh menjadi "penutupan terbesar dalam sejarah dunia".

Beliau berkata laman web yang dikendalikan oleh adik ipar bekas Perdana Menteri Britain Gordon Brown, Clare Rewcastle Brown, berjaya melakukan sesuatu yang dirinya sebagai anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) gagal berbuat demikian.

"Ia adalah satu pencapaian walaupun saya tidak mampu melakukannya kerana pengerusi PAC Datuk Hasan Arifin memutuskan bahawa walaupun anggota jawatankuasa itu tidak dibenarkan menyimpan sebarang salinan dokumen itu.

"Ini sebalik hakikat bahawa kami diberi kuasa khusus untuk mengakses laporan itu.

"Saya hanya boleh membaca laporan itu semasa mesyuarat PAC atau atas permintaan di pejabat Parlimen," kata Pua.

Menurut beliau, kebocoran dokumen itu sekiranya adalah sahih, menawarkan pengesahan dunia berhubung spekulasi sebelum mengenai alasan mengapa laporan audit itu diklasifikasikan di bawah OSA.

"Ia adalah kerana komen Ketua Audit Negara mengenai apa yang berlaku dan dokumen yang dibekalkan oleh 1MDB adalah lebih teruk daripada laporan PAC berhubung siasatan 1MDB," dakwa Pua.

Semalam laman web pendedah maklumat yang berpangkalan di London itu menerbitkan beberapa kandungan apa yang didakwa sebagai laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB walaupun dokumen berkenaan diklasifikasikan sebagai sulit di bawah (OSA).

"Sarawak Report telah mendapat akses meluas kepada laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB, bersama-sama dengan dokumen utama yang disertakan hasil siasatan itu," katanya.

Laman itu menyenaraikan pelbagai kebimbangan yang dicatatakan oleh Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang dalam laporannya, terutamanya berkaitan dengan beberapa pemindahan dana yang dipersoalkan.laman web, yang telah berada di barisan hadapan dalam laporan siasatan pada masalah 1MDB, mendakwa ia mempunyai dalam milikan laporan sulit.

Menurut portal itu, ia akan menerbitkan maklumat lanjut daripada laporan Ketua Audit Negara pada hari-hari akan datang.

Negara Kehilangan USD 6.87 B -  Raja-Raja Perlu Taklimat Khas Ketua Audit Negara 

Akhirnya, Laporan Ketua Audit Negara ke atas 1MDB yang diOSAkan oleh PM jatuh juga ke tangan Sarawak Report. 

Sepanjang laporan SR mengenai 1MDB - belum ada yang dapat dipertikaikan kebenarannya oleh kerajaan. 

Bermula hari ini, SR akan menyiarkan secara bersiri butir-butir dari Laporan AG itu. 

Laporan AG menyenaraikan sejumlah USD 6.87 B 'pelaburan yang tidak dapat disahkan' atau dalam bahasa mudah - wang negara yang dilesapkan - menerusi 1MDB! 

Usd 6.87 B bersamaan RM 27.7 Billion! 

Rakyat Malaysia yang gila saja tidak akan sensitif dengan jumlah ini. 

Bagaimana negara boleh membaca Laporan penting ini secara sah? 

Bagaimana tindakan  mengOSAkan penyelewengan ini dijadikan sebagai satu jenayah? 

Bolehkah YDP Agung dan Raja-Raja Melayu menitahkan mereka diberikan taklimat Khas oleh Ketua Audit Negara? Serta menitahkan satu salinan Laporan ini diberikan kepada mereka? 

Kemudian, Raja-Raja menitahkan ia dikelaskan semula sebagai bukan OSA. Diedarkan untuk dibaca oleh seluruh rakyat. 

Saya agak, TM Johor saja, sudah layak menitahkan sedemikian jika sebenarnya PM menghormati Raja-Raja dan tidak ada jenayah yang hendak ditutup. 

Adakah wajar, kerana satu makhluk bernama PM, satu  negara bernama Malaysia perlu dinafikan hak untuk mengetahui kedudukan tentang kepentingan negara mereka demi mengelakkan tindakan ke atas pihak yang telah melakukan dosa ke atas seluruh rakyat? 

Husam Musa
3 Syawal 1437/8 Julai 2016





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...