TERKINI :

Saturday, July 2, 2016

"TIBA MASA BOIKOT ASTRO", bagi mereka tahu kuasa pengguna..!!

 "Astro Buat Hal Lagi" Mendapat Perhatian Netizen

Astro buat hal lagi. Orang tengah rancak tengok Euro 2016, pelan-pelan dia hantar notis naik RM8 untuk pakej sukan. Saya pun dapat notis yang sama, esoknya jugak 29.6.2016 terus telefon Astro nak tukar pakej. Nak tukar pakej kena caj penalty RM120, dalam 4 tahun lepas RM20 je rasanya. Saya tukar fikiran, nak terminate terus. Lama operator buatkan saya tunggu, lepas tu dimaklumkan kena bayar lebih kurang RM360 untuk terminate. Saya tanya apa detail RM360 tu?

RM120 penalti
RM80 penalti
RM88 bil bulanan
RM70 1 bulan notis.

1 bulan notis pun ada cas jugak? Lepas tu saya kata ini unfair, dalam perjanjian takde pun. Selamba je operator tu jawab dengan gelak2 ramai dah orang komplen benda ni. Kalau encik tak puas hati encik boleh komplen dalam facebook. Ok fine, I take your challenge. Saya bayar RM360 skang saya nak tulis ni dalam facebook.

Jadi soalnya sampai bila kita nak biarkan Astro sentiasa buat hal? Kita plak cuma boleh jadi Pak Pandir. Orang kata bayar, kita pun bayar. Orang kata hari ni takde siaran sebab hujan, kita pun cakap ye lah, kami akur. Mana maruah kita selama ni? Ni bukan sekali dua ye, kalau ikut rekod entah berapa kali dah dia cari pasal. Time nak terminate bukan main susah, time hujan line tak dapat, bayar lambat dia potong, nak sambung balik punya lembap, bila telefon jawab lebih kurang. Apa lagi? Enough is enough la.

Cuba pegi tengok dalam fb rasmi Astro tu, berapa ramai yang komplen dan macam mana cara Astro jawab? Irritating. Macam tu ke cara dia layan kita sedangkan dia perlukan duit kita untuk dia sendiri survive. Kenapa dia boleh pijak kepala kita sedangkan sepatutnya kita yang boleh pijak kepala dia? Kenapa? Sebab kita mungkin sudah faham hak pengguna, tapi kita tak pernah bersatu. Cuba kalau kita bersatu, korang tak teringin ke tengok ego Astro ni terjatuh macam Maxis dulu?

Rasanya kalau sebahagian besar pengguna Astro boikot untuk bayar bil Astro selama 3 bulan, katakan la JULAI, OGOS dan SEPTEMBER 2016 saya rasa cashflow diorang mungkin akan terganggu. Bila dah geng kapitalis yang hidup bertuhankan duit ni tak dapat sumber ‘oksigen’ macam biasa, baru la masa tu kau nak tergedik-gedik macam cacing kepanasan. Tak payah tengok contoh jauh2, sebab kita rakyat Malaysia pernah secara tak sengaja ‘memalukan’ Maxis dulu. Ye betul, diorang akan potong line.

Anak-anak dan bini kita mungkin komplen boring takde tv, tapi kita kena sabar. Cakap kat diorang yang kita buat ni untuk masa depan semua jugak. Sekali kita tak pernah cuba, sampai bila-bila pun Astro tetap akan buli kita. Jadi selama Astro takde tu layan la youtube ke, tv biasa ke tak pun rival Astro tak kira yang halal atau haram, pandai2 le korang pilih. Katakan dalam tempoh 3 bulan ni Astro degil jugak, sekurang-kurangnya kita dah terbiasa hidup tanpa Astro 3 bulan, so lepas tu dah tak rasa apa-apa. Boleh jugak jimat bil bulan-bulan kalau macam saya ni RM80 sebulan, setahun dah RM960 tu.

Mari kita bersatu. Kalau dulu kita pernah ‘jatuhkan’ Maxis tanpa sengaja, kali ni kita bersatu pulak dengan sengaja untuk jatuhkan Astro. Biar kali ni golongan kapitalis akan sentiasa beringat bahawa kita bukanlah pengguna yang boleh dijadikan seperti lembu untuk dicucuk hidung dan dibawa ke sana sini sesuka hati. Kali ni, kita buat sampai Astro melutut depan kita. Saya dah tutup Astro, skang nak pakai Njoi je. Hati senang, tak payah nak marah2 lagi.

- SUMBER

Khir Toyo: Banglo saya lain, banglo Guan Eng

PETALING JAYA: Dr Mohamad Khir Toyo menggesa Lim Guan Eng berhenti membandingkan kes banglo yang dibelinya pada 2007 dengan harga RM3.5 juta dengan banglo yang dibeli oleh Ketua Menteri Pulau Pinang itu pada harga RM2.8 juta.

Ini kerana kedua-dua kes itu tidak sama memandangkan Guan Eng didakwa di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang tentunya membabitkan kesalahan serius.

“Ketika saya dihukum penjara, DAP menganggap ia satu kemenangan besar mereka. Sungguhpun saya bersimpati dengan nasib Lim Guan Eng.

“Saya fikir kenyataan paling tepat untuk DAP ialah seperti yang diungkapkan oleh Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan, – “Padan Muka”,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Bekas Menteri Besar Selangor itu menyifatkan pendakwaan yang dikenakan terhadap Guan Eng sebagai keadilan setimpal (Poetic Justice).

Isu ini dibawa ke perhatian umum selepas Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabuddin Yahaya mempersoalkan pembelian banglo yang terletak di alamat No 25, Jalan Pinhorn, George Town oleh Guan Eng pada 25 Oktober tahun lalu dengan harga RM2.8 juta sedangkan harga pasarannya dianggarkan antara RM6 juta hingga RM6.5 juta.

Susulan daripada itu, Lim telah dibawa ke Mahkamah Tinggi George Town oleh SPRM.

Bagaimanapun beliau mengaku tidak bersalah di atas dua pertuduhan rasuah berhubung penukaran zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran.

Turut didakwa bekas pemilik banglo, Phang Li Koon, yang juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan bersubahat dengan Lim bagi mendapatkan diri Lim lot tanah dan rumah itu di tempat dan tarikh sama.

Lim telah dikenakan bayaran wang jaminan sebanyak RM1 juta yang berjaya dikumpul melalui kempen derma awam.

Manakala, Dr Mohamad Khir dipenjarakan pada September tahun lalu, atas tuduhan salah guna kuasa sebagai penjawat awam.

Beliau didapati bersalah memperoleh dua lot tanah dan sebuah banglo yang bernilai lebih RM6 juta, dengan harga RM3.5 juta pada 2007.

Amanah Mahu Muhyiddin Jadi Ketua Pembangkang.

Parti Amanah Negara (Amanah) menyokong bekas Timbalan Presiden Umno dan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi ketua pembangkang baharu bagi Pakatan Harapan.

Ahli jawatankuasa pusat parti itu, Mazlan Aliman berkata terdapat perbincangan dalam parti untuk mencadangkan mengenai pelantikan ini ke seluruh pimpinan Pakatan Harapan.

"Kita telah bersetuju untuk memilih Muhyiddin sebagai ketua pembangkang yang baharu kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang menjalani hukuman di penjara.

"Beliau mempunyai pengalaman dan akan menguatkan kita.

"Bagaimanapun, Anwar masih pilihan nombor satu kita untuk menjadi perdana menteri," katanya pada sidang akhbar di Southern Chinese Press Club di sini, Jumaat.

Ketua Amanah Johor Aminolhuda Hassan berkata Muhyiddin adalah musuh yang menggerunkan apabila beliau bersama Umno dan percaya bahawa pihak pembangkang harus berkerjasama dengannya dalam usaha mengalahkan Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, apabila Anwar dipecat kira-kira 18 tahun lalu, bekas Presiden PAS, Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor, membuka pintu kepada beliau untuk menyertai pembangkang.

"Apabila beliau menjadi menteri besar di sini, Muhyiddin menjadikan Johor sebagai kubu BN di mana pembangkang hampir tidak dapat menembusinya walau banyak percubaan dilakukan," katanya. - Mstar





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...