TERKINI :

Thursday, June 30, 2016

Alhamdulillah.. selepas menanti sejak 3 bulan dahulu akhirnya malam ini minyak naik

Harga petrol naik 5 sen, RON95 jadi RM1.75

Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing akan meningkat sebanyak 5 sen seliter berkuat kuasa tengah malam ini.

Ini bermakna harga baru RON95 akan menjadi RM1.75 seliter manakala RON97 akan dijual pada harga RM2.10 seliter.

Bagi diesel pula, harga barunya adalah RM1.60.

Kali terakhir harga minyak naik adalah pada April lalu dan harga tidak berubah selama tiga bulan.

bolehkah dengan menyokong PAS yang hanya bersama Ikatan, kerajaan kita bertukar?

SEMENTARA MENUNGGU WAKTU BERBUKA (8)

Kawan UKM datang rumah baiki komputer saya yang diserang virus.

Masuk sahaja rumah beliau merungut tindakan kerajaan pusat menahan KM Pulau Pinang.  Kenapa perlu digari?  Kenapa perlu didakwa?  Kenapa tidak didakwa kes 1MDB?  Begitulah katanya.

Selepas itu, beliau merungut tentang keborosan pemimpin negara.  Sepanjang waktu bercakap, beliau menekankan kepada saya betapa pentingnya kita mengundi perubahan.

**********************

Saya setuju dengan kawan saya untuk memilih perubahan. 

Selepas itu, saya bertanya beliau, jikalah berlaku pilihan raya sekarang, parti apa yang hendak diundi?  Katanya, mesti PAS kerana dasar Islam PAS.

Seterusnya saya tanya, bagaimana jika PAS bekerjasama dengan UMNO?  Nak undi PAS juga ke?  Beliau terdiam seperti orang keliru, orang terkena candu. 

Selepas itu, beliau menasihati saya, kerajaan zalim BN mesti kita tukar dan kita mesti istaqamah menyokong PAS untuk mendapat keredhaan Allah dunia akhirat.

Pertanyaan saya, bolehkah dengan menyokong PAS yang hanya bersama Ikatan, kerajaan kita bertukar?  Ini yang saya belum faham.

***********************************

Selesai komputer saya dibaiki, hati saya berkata bagusnya jika selepas Raya ini diadakan pilihan raya. 

Saya hendak tengok siapa yang berubah.  Saya hendak tengok kerajaan mana yang berubah.

Mohammad Agus Yusoff

KAFIR HARBI - Kenyataan Jabatan Perdana Menteri Tidak Menyelesaikan Isu.

Jabatan Perdana Menteri dalam kenyataannya menyatakan bahawa warganegara bukan Islam Malaysia bukan kafir harbi seperti yang dikatakan oleh Mufti Pahang. Kata Jabatan Perdana Menteri lagi, kenyataan Mufti Pahang tersebut telah diseleweng pihak-pihak tertentu. Sebenarnya Mufti Pahang bukan minta diperangi kafir harbi tetapi ditentang sahaja.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh JPM tersebut tidak menyelesaikan masalah tetapi menimbulkan lebih banyak persoalan.

a) Kenyataan Mufti Pahang merujuk kepada DAP sebagai kafir harbi dan kemudian berkata sesiapa yang menentang syariat Islam termasuk RUU Persendirian Hj Hadi dan hudud.

- Mufti Pahang jelas menyatakan bahawa DAP tergolong dalam kafir harbi yang wajar ditentang. Beliau menyebut dengan jelas iaitu DAP, sedangkan dalam DAP bukan semuanya bukan Islam atau kafir.

- Mufti Pahang berkata kafir harbi yang wajar ditentang hanya kerana tidak bersetuju dgn hudud dan RUU Persendirian Marang. Adakah benar hanya kerana tidak bersetuju dengan RUU Persendirian Marang terus boleh digolongkan sebagai kafir harbi?? Jika begitu Umno sejak dulu lagi sudah termasuk dalam kafir harbi. MCA, MIC, Gerakan dan lain-lain parti gabungan Barisan Nasional tidak pernah bersetuju dengan hudud juga sejak dulu lagi kafir harbi. Adakah Malaysia ditadbir dan dipimpin oleh kafir harbi??

b) Kenyataan Mufti Pahang diseleweng. Ditentang sahaja bukan diperangi.

- Ini menunjukkan bahawa sememangnya wujud kafir harbi di Malaysia, cuma yang membezakannya ialah dari segi tindakan. Kafir harbi di Malaysia tidak boleh diperangi tetapi ditentang sahaja. Pokok pangkalnya dengan kenyataan JPM itu, kafir harbi sememangnya wujud di Malaysia. Persoalannya siapa?

- Siapa yang menyelewengkan kenyataan Mufti Pahang? Sebenarnya bukan menyeleweng tetapi cara memahami kenyataan. Sebab itu kami menyatakan bahawa kenyataan Mufti Pahang itu amat bahaya dalam konteks negara Malaysia ini. Ada orang memahami begitu dan ada yang memahami begini. Apa akan berlaku jika ada orang memahami bahawa DAP sememangnya kafir harbi yang layak dibunuh? Kerajaan tidak boleh salahkan orang yang memahami kenyataan tetapi orang yang mengeluarkan kenyataan perlu dipertanggungjawabkan.

Malangnya Mufti Pahang bukan sahaja tidak mahu bertanggungjawab malah lebih dari itu memperluaskan istilah kafir harbi bukan hanya kepada DAP tetapi kepada sesiapa sahaja yang tidak bersetuju dengan hudud dan RUU Persendirian Marang termasuk UMNO dan Jamil Khir Baharom! Adakah Jamil Khir Baharom juga boleh diperangi nanti jika beliau tidak bersetuju dengan Marang??? Adakah Raja-Raja Melayu juga boleh digolongkan sebagai kafir harbi jika Majlis Raja-Raja menolak perlaksanaan hudud atau memperkenan pindaan Akta 355??

Mufti Pahang perlu bertanggungjawab!!

Sebagai penasihat agama Islam kawal la lidah. Jagalah integriti Islam supaya tidak dihina kerana kamu.

BERANI BERUBAH - TERUS BERUBAH

ZULHAZMI SHARIFF.
Ahli Biasa DAP
30 Jun 2016
25 Ramadhan 1437

Mahkamah benar Guan Eng diikat jamin RM1 juta

KHAMIS, 30 JUN 2016 - BH

GEORGETOWN: Mahkamah Tinggi sebentar tadi, membenarkan Ketua Menteri, Lim Guang Eng diikat jamin RM1 juta bersama seorang penjamin.

Mahkamah turut membenarkan Guan Eng menyimpan pasportnya, namun mengarahkan beliau memaklumkan kepada mahkamah sekiranya mahu ke luar negara.

Mahkamah juga membenarkan ahli perniagaan, Phang Li Khoon diikat jamin RM200,000 bersama seorang penjamin.

Putrajaya : ‘Selagi tak perangi pemerintah bukan kafir harbi’

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini berkata jemaah menteri hari ini memutuskan bahawa rakyat bukan Islam negara ini tidak boleh dikategorikan sebagai kafir harbi selagi mereka mempunyai kerakyatan yang sah dan dilindungi oleh undang-undang negara serta tidak memerangi pemerintah.

Katanya, kenyataan oleh Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman itu menimbulkan kontroversi kerana ia telah diselewengkan.

“Kenyataan sebenar Mufti Pahang bermaksud golongan kafir harbi wajib ditentang dan bukannya diperangi.

“Kenyataan ini juga bukan merupakan satu fatwa. Ini ialah kerana sesuatu fatwa rasmi mestilah melalui jawatan kuasa fatwa yang telah ditentukan.

“Isu ini telah menimbulkan kontroversi kerana ada pihak yang cuba menyeleweng kenyataan tersebut dengan menggunakan istilah diperangi,” katanya.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini berkata jemaah menteri hari ini memutuskan bahawa rakyat bukan Islam negara ini tidak boleh dikategorikan sebagai kafir harbi selagi mereka mempunyai kerakyatan yang sah dan dilindungi oleh undang-undang negara serta tidak memerangi pemerintah.

Menurutnya, dalam konteks agama Islam, kafir harbi adalah merujuk kepada golongan bukan Islam berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam Islam dan kesediaan memerangi pihak yang memerintah

Namun, kenyataan oleh Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman itu menimbulkan kontroversi apabila ia diselewengkan.

“Kenyataan sebenar Mufti Pahang bermaksud golongan kafir harbi wajib ditentang dan bukannya diperangi.

“Kenyataan ini juga bukan merupakan satu fatwa. Ini ialah kerana sesuatu fatwa rasmi mestilah melalui jawatan kuasa fatwa yang telah ditentukan.

“Isu ini telah menimbulkan kontroversi kerana ada pihak yang cuba menyeleweng kenyataan tersebut dengan menggunakan istilah diperangi,” katanya.

Akhbar Utusan Malaysia sebelum ini memetik Abdul Rahman sebagai berkata, DAP yang menentang hukum Islam dan mahu menubuhkan negara sekular tergolong dalam kalangan kafir harbi dan wajib ditentang umat Islam.

Mengikut tafsiran, kafir harbi merujuk kepada kumpulan bukan Islam yang memerangi Islam dan adalah halal untuk menumpahkan darah mereka.

Abdul Rahman dipetik sebagai berkata, haram dan berdosa besar bagi umat Islam bersekongkol dengan DAP.

Namun, Abdul Rahman kemudiannya menjelaskan beliau tidak merujuk istilah kafir harbi kepada DAP semata-mata, tetapi semua pihak yang menentang Islam.

Mengulas lanjut, kenyataan Pejabat Perdana Menteri berkata pandangan mengenai istilah kafir harbi oleh mana-mana pihak perlu diteliti dengan sewajarnya agar tidak menimbulkan kegelisahan di kalangan masyarakat, terutamanya kepada masyarakat bukan Islam.

“Sejak merdeka, masyarakat negara ini yang terdiri daripada pelbagai kaum dan fahaman politik telah dapat hidup dalam keadaan aman dan damai berdasarkan lunas-lunas demokrasi dan hak sebagai rakyat Malaysia yang dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan.

“Dari segi sejarah, masyarakat bukan Islam juga dapat hidup dengan harmoni di zaman pemerintahan Rasulullah SAW.

“Kerajaan berharap agar kenyataan ini akan dapat menyelesaikan kegelisahan di kalangan masyarakat terutama golongan bukan Islam lebih-lebih lagi dalam menjaga keharmonian dan keselamatan Negara bertepatan dengan prinsip-prinsip dalam maqasid syariah,” katanya.

Rahman Dahlan yakin Guan Eng bersalah

PETALING JAYA: “Saya yakin berlaku salah laku,” begitu kata pengarah komunikasi strategik Barisan Nasional (BN) selepas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, ditangkap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang semalam.

Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata disebabkan keyakinan itulah beliau kerap membangkitkan isu penjualan dan pembelian banglo oleh Lim.

“Tindakan menegakkan keadilan mesti dilakukan dengan pantas,” katanya malam tadi.

“Saya berharap SPRM akan meneruskan kelazimannya dalam menjalankan tugas tanpa kebimbangan atau pilih kasih. Pada akhirnya, semua ini diharap membawa kebenaran dan keadilan.”

Lim ditahan SPRM di pejabatnya di Komtar.

Bekas tuan rumahnya, Phang Li Koon pula ditahan di pejabatnya di Menara Penang Garden sekitar waktu yang sama.

Mereka ditahan selepas menerima arahan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali, dan akan didakwa di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang pagi ini.

Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata Lim berdepan dua pertuduhan iaitu dibawah Seksyen 23 Akta SPRM kerana meluluskan permohonan zon semula tanah pertanian di Balik Pulau kepada tanah perumahan milik syarikat Li Koon, Magnificent Emblem; dan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan kerana membeli hartanah pada harga bawah nilai pasaran.

Apandi sendiri dilaporkan akan mengetuai pendakwaan.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak pula membidas sikap dwi-standard pembangkang, selepas kerajaan dituduh sedemikian sejurus penangkapan Guan Eng.

“Apabila seseorang daripada kerajaan atau parti pemerintah ditahan atas apa jua alasan, pembangkang dengan pantas bercakap mengenai keadilan, urustadbir yang baik, kebenaran dan sebagainya.

“Mereka tidak akan akui kemungkinan berlakunya perbuatan jenayah,” katanya dalam catatan blog malam tadi.

Muhyiddin, Husni sehaluan?

Muhyiddin, Husni sehaluan?
TATKALA isu pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir masih panas menggelegak, arena politik tanah air dikejutkan pula dengan peletakan jawatan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah sebagai anggota Kabinet.

Berikutan itu, selepas tarawih, di serata kedai kopi di seluruh negara, orang tertanya-tanya, apa puncanya?

Apakah asbab yang mendorong Husni tiba-tiba membuat keputusan begitu drastik, meninggalkan jawatan menteri yang jadi igauan setiap ahli politik?

Lebih mengejutkan, beliau bukan setakat melepaskan jawatan menteri malah kesemua jawatan dalam parti, dari peringkat nasional, negeri hingga bahagian. Bagi orang politik bertaraf elit, apa yang tinggal padanya kini seumpama sehelai sepinggang.

Tidak dapat tidak, kedudukannya sebelum ini sebagai Menteri Kewangan II, yang boleh dikira sebagai orang paling tahu hal ehwal perjalanan 1MDB, terus ditelan sebagai halwa cerita yang paling enak.

Ini ditambah pula dengan apa yang didakwa sebagai mesej Whatsapp antara Husni dengan seorang rakannya yang bertebaran di media sosial, konon itu adalah daripada Husni sendiri menyatakan sebab-sebab beliau melepaskan jawatan.

Sama ada benar ataupun tidak dakwaan itu, tiada siapa boleh mempastikan melainkan yang empunya diri. Ironinya, Husni sendiri setakat ini masih berdiam diri!

Apa yang pasti, situasi inilah yang paling tidak disukai oleh PMO. Membiarkan dakwaan seumpama itu terus berlegar hanya akan memburukkan lagi persepsi terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Apabila Tan Sri Abdul Wahid Omar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri sebelum ini dilaporkan enggan menyambung penggal khidmat sebagai senator untuk membolehkan beliau terus berada dalam Kabinet, pun ada cakap-cakap konon penolakannya itu ada hubung kait dengan isu prinsip dan integriti.

Seperti sinetron yang mana tarikannya adalah bergantung pada bagaimana plot cerita-ceritanya dijalinkan, begitulah juga apa yang berlaku dalam politik tanah air kita.

Setelah Muhyiddin dan Mukhriz dipecat daripada Umno, manakala Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pula digantung keahliannya, kemunculan isu mengenai Husni menjadi bertambah menarik apabila kesemua plot cerita itu dijalin oleh tukang gosip dan para spekulator kedai kopi.

Kononnya ada usaha sedang dibuat untuk menarik Husni menyertai kumpulan Muhyiddin- Mukhriz.

Jika ini benar-benar berlaku, ia sudah tentu apa yang paling tidak dimahukan oleh rejim Najib.

Apa pun, cerita itu setakat ini masih kekal sebagai gosip kedai kopi!

Muhyiddin sendiri setakat ini belum dapat dipastikan arah tuju masa hadapannya dalam politik.

Namun kenyataannya selepas disingkirkan bahawa beliau, juga Mukhriz akan terus berjuang, membawa gambaran bahawa drama politik tanah air akan jadi lebih mendebarkan. Teka-teki terus berlegar sama ada Muhyiddin - Mukhriz akan berpencak menentang Najib dari sudut gelanggang parti pembangkang sedia ada, ataupun menubuhkan parti baharu.

Muhyiddin sebelum ini menyatakan bahawa beliau ada terima tawaran daripada pakatan pembangkang namun masih belum memberikan jawapan.

Dalam kenyataannya, Muhyiddin turut menyentuh mengenai keperluan mewujudkan platform politik baharu yang diandaikan oleh sesetengah pemerhati, seolah-olah hint mengenai rancangannya sendiri mahu menubuhkan parti politik baharu.

Bagaimanapun dalam reaksi selepas itu, sebilangan penganalisis menyatakan cadangan untuk menubuhkan parti politik baharu dalam keadaan sekarang – jika itu yang mahu dilakukan oleh Muhyiddin - Mukhriz – bukan langkah yang sesuai kerana ia hanya akan memecahbelahkan lagi orang Melayu.

Tambahan pula dalam tempoh yang hanya berbaki sekitar dua tahun menjelang pilihan raya, itu sudah tentu bukan jangka masa yang mencukupi bagi sesebuah parti politik mencapai tahap matang dan cukup persediaan untuk menghadapi pertempuran pilihan raya.

Itu belum lagi dikira soal kelulusan ROS. Takkan begitu mudah untuk sesebuah parti politik yang ditaja oleh Muhyiddin diluluskan dalam keadaan sekarang!

Melainkan jika benarlah Muhyiddin mahu berjuang atas platform baharu sebagaimana yang dikatakannya, beliau mungkin boleh mengambil alih mana-mana parti yang tidak aktif untuk diterajuinya sendiri.

Bagaimanapun, ini tidaklah lebih mudah berbanding beliau memilih mana-mana parti sedia ada, dan yang masih aktif untuk dijadikan platform baharu kerana mereka sudah mempunyai ‘crowd’ yang diperlukan untuk menyokong perjuangannya.

Sungguhpun demikian, yang tetap jadi persoalan ialah bagaimana beliau mahu menyesuaikan diri dengan parti politik yang ada dalam carta hari ini dari segi prinsip dan agenda perjuangan?

Adakah Muhyiddin, juga Mukhriz sedia untuk ‘telan’ segala ketidaksesuaian seandainya mereka memilih untuk bersama Amanah, yang terang-terangan telah menjadi proksi DAP dalam pasaran politik orang Melayu?

Dan jika mereka memilih PKR pula, meskipun Muhyiddin pernah berada dalam Team Wawasan diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim – bersama Najib, Tan Sri Muhammad Muhd Taib dan Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik – ketika menentang kem Tun Ghafar Baba pada pemilihan Umno 1993, terlalu banyak rekod hitam yang perlu dipadam jika mereka membuat keputusan untuk bergabung.

Soalnya, bagaimana pula dengan Mukhriz?

Anwar sampai sekarang masih tidak dapat menerima kehadiran Tun Dr. Mahathir memperjuangkan Deklarasi Rakyat bersama pakatan pembangkang, dan sudah tentu sukar juga baginya untuk menerima Mukhriz jika bekas Menteri Besar Kedah itu mahu memilih platform PKR.

Benarlah apa yang disebut Muhyiddin pada sidang media 26 Jun lalu bahawa keputusan yang harus dibuatnya sekarang adalah “keputusan besar dan tidak pernah termimpi oleh kami”.

Mereka boleh juga memilih untuk kekal sebagai wakil rakyat Bebas dan bertanding pada PRU14 atas tiket Bebas namun itu bukanlah platform yang kuat bagi mereka untuk memperjuangkan agenda yang begitu besar. Ada juga pilihan bagi mereka untuk meneruskan perjuangan menerusi NGO, namun itu juga bukanlah tapak yang kukuh.

Muhyiddin, Husni sehaluan?Mahu tidak mahu, Muhyiddin sebagai satu nama besar dalam politik negara, harus membuat langkahan yang tepat, dan kemudian memijak pada tapak yang tepat juga untuk terus mengekalkan namanya dalam politik. Beliau sama sekali tidak boleh tersilap!

Muhyiddin juga tidak boleh terlalu lambat untuk mengumumkan langkah besar yang mahu dilakukannya. Jangan menunggu sehingga klimaks cerita yang sedang hangat ini menurun. Malah beliau sebaiknya jangan bercuti raya pun. Biarlah pada musim perayaan ini, orang menjamah kuih raya sambil berkongsi cerita mengenai agenda besar Muhyiddin - Mukhriz dengan platform baharu politik mereka.

Justeru, langkah pertama yang harus dilakukannya ialah mencari tempat 'persembunyian' Husni, mengajaknya berjumpa dan berbincang. Mana tahu kalau-kalau cerita mereka sama, cuma plotnya sahaja yang berbeza!

Pegalaman Ustaz Husam dengan Almarhum Pror. Izzi Hj Ali dan sebatang pen

Ustaz Ahmad Husam - Official added 2 new photos.
2 hrs ·

Malam nie teringat pula ana kepada Alm prof izzi haji ali..bila terbaca kisahnya daripada FB.teringat betul padanya..Ana tidaklah rapat dengan beliau..cuma berkesempatan 4,5 kali berjumpa dengan beliau...Antara kisah yang pernah berlaku antara ana denganya...

1)Pernah ana berjumpa dengan beliau di kedai gulai ikan yang terkenal di kodiang..masa itu ana bersama 3 sahabat sedang makan..tiba2 beliau datang berjumpa duduk sembang dgan kami macam dah lama kenal..pada hal itu kali pertama kami berjumpa..ana hanya kenal beliau dalam TV dan beliau hanya mengikuti ceramah ana dalam youtube je...sebelum pulang beliau kata"ustaz tak nak ke bagi apa2 dekat saya tnda ingatan"..ana bg jam ana pada dia dan dia bagi sebatang pen dekat ana...

2) Prof pernah datang ke pejabat ana di yayasan ar riyaadah dan menyumbang sebanyak RM 5000.00 untuk perjalanan yayasan..lalu beliau kata "saya teringin sangat ustaz untuk mencurahkan tenaga dan ilmu untuk pelajar2 ustaz" ana dah plan dengan beliau untuk kelas mingguan beliau dengan pelajar ana selepas raya ini dengan beliau TANPA BAYARAN beliau minta...bahkan beliau cakap awal-awal ustaz jangan bagi apa2 yer,cuma tolong doakan saya mati dengan cara baik...Alhamdulillah Allah swt dah makbulkan...

3) Ana pernah berforum dengan beliau di pulau pinang..habis forum kami makan di bilik VIP.lalu beliau menyerahkan wang saguhati ceramah itu kepada ana..ana tanya wang apa nie prof? Dia cakap ustaz guna untuk sekolah ust..saya pun tak tau ustaz dalam nie banyak mana..ustaz guna yer...ana balik buka dalam tu RM 2500.00...subhanallah....

Itulah sedikit cerita yang ana boleh berkongsi sedikit berkaitan prof izzi haji ali...semoga allah merahmati beliau di sana..Al Fatihah...

 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...