TERKINI :

Wednesday, June 29, 2016

Perlukan 2 negarawan segera bergabung untuk selamatkan Malaysia..???


Pengalaman bekas Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pernah dianugerahkan Menteri Kewangan Terbaik oleh majalah perniagaan luar negara, sepanjang perjuangan politiknya menyebabkannya beliau keluar masuk penjara sebanyak 4 kali semenjak 1974 tidak sepatutnya di bazirkan begitu sahaja.

Anwar bermula dengan perjuangan rakyat termiskin di Baling membawa ke zaman reformasi 1998 dan zaman pemerintahan kerajaan sekarang.

Begitu juga dengan pengalaman YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjadi Perdana Menteri ke 4 negara patut di manafaatkan untuk memulihkan kebinasaan teruk pada negara.

Sepatutnya pihak berkuasa tidak perlu menunggu titah perintah Yang Di Pertuan Agong untuk menahan ahli politik utama negara yang melakukan jenayah dan juga sepatutnya pihak berkuasa tidak memerlukan arahan daripada pejabat peguam negara untuk menahan mana mana penjenayah sekalipun berjawatan tinggi dalam kerajaan memandangkan jenayah tetap jenayah sekalipun di lakukan oleh mereka yang berkedudukan tinggi dalam arena politik tanahair.

Mengimbas kembali kedua dua kes Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu yang melibatkan Azizan Abu Bakar dan kemudiannya Saiful Bukhari benar terbukti di mata rakyat yang Anwar tidak melakukan apa apa kesalahan seperti yang di dakwa.

Pemenjaraan Anwar seterusnya ketika itu dilakukan atas kesalahan salah guna kuasa juga lemah bila dengan cuma menyebut perkataan , ‘Gempaq’, beliau dianggap menyalahguna kuasa dimana intrepetasinya sepatutnya tidak dilakukan secara literal.

Justru mana mana kes yang menyebabkan Anwar terpenjara adalah satu bentuk pengainayaan yang Allah SWT menjamin pembalasan di akhirat nanti terhadap setiap perbuatan yang menzalimi Anwar.

Ketika Anwar di bebaskan dan diputuskan tidak bersalah atas kesalahan terhadap Azizan Abu Bakar, Anwar disiar media antarabangsa yang beliau telah memaafkan semua pihak termasuk Tun dengan berkata, “we forgive but let us not forget’’.

http://www.malaysiakubaru.com/wp-content/uploads/2016/03/1-4.jpg
Pada 23hb Jun 2016 ketika berucap ringkas selepas majlis berbuka puasa dan Terawikh di kediaman Datuk Seri Anwar Ibrahim, YB Nurul Izzah berkata yang ianya bukan lagi soal memaafkan kerana Anwar telah lama memaafkan tetapi ianya mengenai perjuangan terhadap reformasi dasar keseluruhan sistem pentadbiran.

Justru perubahan dan pembetulan keseluruhan sistem yang sudah rosak amat perlu di sokong oleh YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ketika mula memperjuangkan deklarasi rakyat baru-baru ini, Mahathir merayu berulang kali agar dilupakan permusuhan lama malah dalam satu temubual dengan Roketkini yang turut dilapor semula oleh Malaysiakini, Tun mengatakan ianya hak rakyat untuk memilih Anwar sebagai Perdana Menteri.

Malaysia Dateline pada 24hb Jun 2016 turut menyiarkan ketegasan Tun yang disiar oleh program Up Front Al Jazeera pada hari yang sama dimana Tun menegaskan beliau tidak mempunyai apa apa masalah lagi dengan Anwar malah kata Tun lagi, yang mempenjarakan Anwar kini ialah kepimpinan sekarang bukan beliau.

Justru jika kita lihat kenyataan demi kenyataan daripada kedua dua pihak ianya mempunyai bibit-bibit yang seakan akan inginkan pemulihan hubungan hakiki dan ikhlas namun ianya dilakukan dengan amat tertib dan berhati hati sekali.

Rakyat sedia faham pengainayaan yang di hadapi Anwar. Ketika di tangkap 20hb September 1998, Anwar di belasah oleh Rahim Noor bekas Ketua Polis Negara (KPN) yang akhirnya membawa kepada pendakwaan Rahim dan sabitan bersalah sekaligus hukuman penjara di jalani oleh seorang bekas KPN.

Ini sebenarnya patut menjadi pengajaran pada penjawat-penjawat jawatan KPN selepas zaman Rahim agar berhenti daripada melakukan sebarang salah laku.

Malah ketika di bicarakan kes Azizan Abu Bakar, mendiang Karpal Singh berulang kali bertanya soalan yang sama kepada Azizan yang dijawap Azizan, “Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak meliwat saya tetapi SAC 1 Musa Hasan yang suruh saya kata macam ni."

Ini mengejutkan Mahkamah namun akhirnya pasukan pendakwaan yang di ketuai Allahyarham Tan Sri Mokhtar Abdullah yang turut dibantu oleh Gani Patael telah memohon kepada hakim Augustine Paul untuk memadamkan kenyataan Azizan itu daripada rekod Mahkamah.

Karpal Singh dengan jayanya memusnahkan kes pendakwa bila berjaya membuktikan yang ketika masa dan tarikh tuduhan liwat itu, Tivolli Villa masih dalam pembinaan dan alat penghawa dingin yang disebut dalam pertuduhan dipasang lama kemudian selepas tarikh tuduhan dengan mengatakan, “If it is true then it must have been carried out in full view of construction workers’’ yang berjaya menukar Mahkamah jadi sessi program lawak jenaka dengan hilai ketawa sekalipun sepatutnya sessi mahkamah sepatutnya serius.

Ketika perkara ini berlaku, Tun masih menjadi Perdana Menteri. Namun ketika siri ceramah reformasi yang bermula selepas 2hb September 1998, Datuk Seri Anwar Ibrahim berulang kali menegaskan penglibatan penasihat-penasihat yang berkepentingan peribadi dalam menasihati Datuk Seri Dr Mahathir ketika itu dan kemungkinan cerita Azizan direka cipta oleh musuh musuh politik yang berdendam dengan Anwar atas ketegasan Anwar sebagai Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri yang menyebabkan banyak agenda kepentingan peribadi penasihat penasihat berkenaan gagal.

Malah pendedahan konspirasi pernah dilakukan secara terbuka oleh seorang bekas komando ketika itu serta kaset kaset rakaman yang dijual meluas di Kampong Bharu mengenai perbualan seorang perempuan murahan yang berterus terang mengaku dalam rakaman berkenaan akan kejadian yang menimpa Anwar akibat rancangan beberapa orang.

Justru Tun ketika itu lebih dilihat mendengar apa sahaja yang dituduh namun tiada bukti penglibatan Tun dengan skrip lemah drama swasta itu.

Namun penderitaan dipenjara dan penderitaan kesakitan belakang akibat di belasah masih di alami Anwar hingga ke hari ini sekalipun Mahkamah telah membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Azizan.

Justru, amat wajar dan tepat sekali kini untuk keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut perubahan dasar yang total bukan sekadar menukar seorang pemimpin semata-mata kerana jika dasar tidak diubah, cara penganiayaan terhadap Anwar dan rakyat tidak mustahil akan berterusan.

Kini di tahun 2016 ini di bulan Ramadhan 1437 Hijrah penuh keberkatan ini, rakyat sedang menyaksikan detik-detik bersejarah kemungkinan pemulihan hubungan dua negarawan yang juga satu hubungan akrab satu ketika dulu seperti anak dan bapa.

Malah Tun juga baru-baru ini mengejutkan keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila hadir di kediaman Allahyarham ayah Anwar menziarahi jenazah Allahyarham ayah Anwar malah jika tidak kerana protokol panjang penjara yang perlu dipatuhi untuk membawa Anwar pulang mungkin Anwar sempat bertemu Tun yang sudah berada kira-kira sejam di kediaman Allahyarham ayah Anwar.

Bagi pelajar pelajar UIA di kampus asal Petaling Jaya, ketika kedua duanya masih Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri tentunya ingat kedua-dua negarawan ini berdiri di atas pentas Dewan Al Malik Faisal berkongsi rostrum seorang setengah bergurau senda sesama mereka dalam menjawap soalan-soalan mahasiswa dan pensyarah UIA Petaling Jaya ketika itu.

Kenangan itu masih di ingati semua yang memenuhi setiap ruang Dewan Al Malik Faisal ketika itu.

Justru pemulihan kembali hubungan kedua dua negarawan ini amat dinantikan rakyat dan yang cuma akan menentang dan memberi komen negatif ialah mereka yang mempunyai agenda kepentingan diri samada mengejar kuasa dan harta ataupun takut menghadapi hukuman atas segala jenayah yang dilakukan oleh kumpulan yang berkuasa dalam pemerintahan dan pentadbiran serta penguatkuasaan undang undang.

Abaikan saja kenyataan-kenyataan pencacai angkat najis berjawatan tinggi kerana barangkali itu sahaja cara yang mereka nampak nak menyara anak isteri mereka kot.

Malaysia tidak memerlukan superman, batman, ultraman dan sebagainya.

Malaysia cuma perlu kedua duanya baik kembali justru sekaligus seluruh dunia akan amat menghormati kedua dua negarawan ulung negara ini.

Sayangnya, Al Marhum Tuan Guru Nik Aziz dan mendiang Karpal Singh sudah tiada lagi kerana kedua kedua mereka ini berperanan besar dalam menghalang pakatan pembangkang daripada diresapi anasir anasir pemecah belah dari dalam seperti yang berlaku sekarang.

Namun gandingan YABhg Tun Dr Mahathir bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim sekalipun masih berada di penjara serta di bantu oleh veteran berpengalaman Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Gobind Singh, Ram Karpal Singh, Mat Sabu, Nurul Izzah, Rafizi dan Datuk Seri Wan Azizah dan ramai lagi akan dihormati rakyat namun akan digeruni oleh penjenayah-penjenayah yang bila bila masa menghadapi hukuman oleh mahkamah yang adil.

Usahlah takut dengan Lim Kit Siang dan pelbagai pemimpin bukan Islam lain kerana mereka tidak melakukan apa apa jenayah.

Mereka juga tiada bezanya dari segi fiizikal dengan pemimpin bukan Islam yang berada dalam Barisan Nasional yang baru baru ini mengugut meletak jawatan.

Lim Kit Siang takda tanduk di kepala dan takda ekor di belakangnya begitu juga pemimpin bukan Islam dalam Barisan Lim Tiong Lai juga takda tanduk di kepala dan takda ekor di belakang.

Jika kita cuba melabel Lim Kit Siang sebagai Kafir Harbi jadi apa istimewanya Lim Tiong Lai untuk tidak turut dilabel sebagai Kafir Harbi.

Justru hentikan saja taktik label melabel kerana rakyat tahu siapa berada di pihak yang benar, cakaplah apa sahaja tapi rakyat bukan bodoh.

Pemenjaraan dan pengainayaan Anwar dibawah pemerintahan sekarang telah pun di bincangkan dalam artikel lepas, silalah google, “Imbas kembali perbicaraan Anwar Ibrahim” yang jelas mengandungi pelbagai fakta yang menunjukkan Anwar tidak bersalah dan menjadi mangsa konspirasi terkini.

Pemulihan hubungan hakiki kedua dua negarawan ulung negara amat perlu di sokong oleh pelbagai pihak yang mesti melihat kebenaran daripada semata mata sentiasa memaksa diri untuk percaya cerita kartun syarikat hutang negara.

Ambillah sedikit risiko dalam tugas masing masing untuk memperjuangkan kebenaran.

Usah risau tentang rezeki kerana rezeki itu kuasa Allah swt semata mata. Ingatlah tanggungjawap amar makruf nahi mungkar sebagai ummat Islam.

Kita patut malu jika negara bukan Islam kadang kadang di lihat lebih Islamik dalam mentadbir negara.

Lihat sahaja tanggungjawap Perdana Menteri Britain bila dilihat rakyat menolak pentadbirannya, David Cameron telah mengumumkan pada 24hb Jun 2016 untuk meletak jawatan selewat lewatnya bulan Oktober 2016 kerana beliau berpandangan Britain kini perlu pasukan pentadbiran yang baru.

Manakala kita pula masih berterusan ditadbir penjenayah dan mereka mereka yang bersubahat melindungi jenayah demi untuk sama sama berkongsi kek serba sedikit daripada puluhan billion ringgit yang di hilangkan dan muncul menerusi ‘money trails’ kepada pelbagai akaun tertentu dan menjadi agenda siasatan pihak berkuasa 9 negara dunia dimana pembekuan wang di lapor telah di lakukan oleh negara negara berkenaan dibawah undang undang penggubahan wang haram yang dikeluarkan oleh Konvensyen Bangsa Bangsa Bersatu yang kemudiannya diterima pakai hampir diseluruh dunia termasuk Malaysia dan telah dijadikan satu akta yang diluluskan Parlimen Malaysia pada tahun 2001 dan mengalami beberapa pindaan terkini. (AMLATFAPUAA 2001)

Rakyat patut sama sama menyokong usaha pemulihan hubungan kedua dua negarawan ini dengan memastikan ianya menjadi realiti secepat mungkin.

Dalam kaedah perundangan Islam, Islamic Legal Maxims atau Qawaid Fiqqiyah terdapat satu prinsip, antara dua kemudaratan pilihlah yang kurang mudarat dan kini Tun bukan sahaja kurang mudarat malah dilihat memberi faedah kepada rakyat untuk menyelamatkan negara jika dibandingkan pentadbiran suami isteri dan kuncu kuncu kini yang amat memudaratkan negara.

Tekanan terhadap kedua dua negarawan kita ini amatlah hebat yang kini kedua-duanya di peringkat kronik dizalimi justru eloklah kedua duanya saling bermaafan seikhlas hati dan bergabung menyelamatkan negara daripada berterusan ditadbir oleh para penjenayah. Legasi Tun di pelbagai projek utama negara termasuk di Proton dan Petronas umpamanya cuba dimusnahkan dengan sengaja namun ianya gagal kerana ianya telah tersemat di hati sanubari rakyat. Begitu juga dengan apa saja kejayaan Tun tidak dapat dimusnahkan dengan kata kata ucapan penjenayah yang berkuasa.

Amat molek sekali segolongan para pegawai tinggi kerajaan bertaubat nasuha, kerana tiada siapa akan menongkat langit.

Ingat siksa kubur, Ingat siksa ketika nyawa di cabut ibarat kulit yang di siat siat ketika masih bernyawa. Ingatlah dalam kubur takda kemewahan untuk bergaya lagi cuma amalan Soleh dan doa anak anak asalkan anak anak berkenaan tak dididik menjadi anak hantu lah kot.

Selamat mencari malam penuh keberkatan di penghujung Ramadhan ini, Malam Al Qadr, InshaaAllah sama sama kita renung-renungkan dan selamat beramal meminjam kata kata Allahyarham Prof Izi yang popular di stesen radio hotfm sedikit masa lalu. Al Fatihah Prof Izi.

Dr Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar adalah Peguambela & Peguamcara di Kuala Lumpur

http://www.suara.tv/wp-content/uploads/2016/03/mahathir-anwar.jpg

Malaysia macam negara koboi perlu 'Ops Cantas', kata Musa



Polis perlu melaksanakan semula "Ops Cantas" berikutan semakin banyak kes-kes tembakan menggunakan senjata api, kata presiden Pertubuhan Keperihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC) Tan Sri Musa Hassan.

Katanya, kes-kes tembakan yang berleluasa kebelakangan ini mendatangkan kegusaran kepada masyarakat.

"Negara kita dah macam negara 'koboi', kita tak mahu jadi begitu.

"Pagi tadi pun ada satu kes tembak di Sungai Besi, saya berharap pihak polis mengambil tindakan yang tegas dalam perkara ini.

"Saya juga berharap pihak polis menjalankan Ops Cantas termasuklah melibatkan kongsi gelap," katanya pada sidang media di Petaling Jaya hari ini.

Musa berkata kejadian kes tembak itu mungkin kerana wujudnya persengketaan atau dendam antara ahli kongsi gelap ataupun mereka ingin mendapatkan sumber kewangan dengan menakutkan mangsa.

"Itu sebab saya harap PDRM mengambil tindakan lebih serius supaya perkara ini dicegah dan menyelamatkan nyawa dan ketenteraman negara kita," katanya.

http://4.bp.blogspot.com/-HpCSlf2ecHY/VTXjOgrceNI/AAAAAAABGz4/8SoqPR5Zzmg/s1600/musa%2Bhasan%2Btmi%2Bba.JPG

Musa juga mahu pihak berkuasa terutama polis menjalinkan hubungan kerjasama dengan MCCC untuk membasmi jenayah.

Katanya, MCCC pernah membuat cadangan kerjasama dengan polis untuk menubuhkan satu pusat pemprosesan data agar maklumat risikan boleh dikongsi oleh semua authoriti tetapi ditolak.

"Kita ada perjumpaan sekali dengan polis mengenai cadangan itu tetapi tiada perkembangan selepas itu," katanya.


Syirik cium 'barang peninggalan' Nabi, kata Mufti Perak

http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.23130.1337475684!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_624/image.jpg
Perbuatan mencium atau menjunjung objek yang didakwa barangan peninggalan Rasulullah boleh membawa kepada syirik (menyekutukan Allah), kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

“Umat Islam tidak usah bertabarruk dengan peninggalan Rasulullah,” katanya dipetik Utusan Malaysia.

Beliau mengulas program “Latunan Mahabbah Rasulullah” di Alor Setar, Jumaat lalu, di mana beberapa artifak kononnya milik Nabi Muhammad dipamerkan, seperti bekas tapak kaki dan rambut baginda.

Antara penganjur program itu ialah Majlis Bandaraya Alor Setar dan penerbit Al-Quran, Yayasan Restu.

https://s31.postimg.org/57mk2pq3f/muftikedah1.jpg
“Kalau ada pameran pun, pergi tengok sahaja, tidak perlu buat macam itu sekali kerana boleh membawa kepada syirik.

“Lagipun kita tidak tahu sama ada sahih atau tidak barang-barang peninggalan Rasulullah itu. Jadi tidak perlu berbuat begitu, banyak lagi amalan dan sunah Rasulullah yang boleh diikuti,” kata Harussani.

Bagaimanapun, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamed Al-Bakri, yang berkata acara seumpama itu dibolehkan dengan syarat artifak tersebut tidak dapat dibuktikan kesahihannya oleh sejarawan.

“Saya mengalu-alukan mana-mana tokoh yang dapat mengkaji dan menekuni isu janggut Rasulullah SAW atau rambutnya yang dimansubkan kepada Rasulullah SAW pada masa kini adakah benar atau sebaliknya, dengan kajian yang sahih dan dipercayai untuk meleraikan sebarang kekusutan dalam penisbahan ini,” katanya seperti dilaporkan FMT hari ini.



Saya tak kata Najib bunuh orang, kata Dr M selepas siasatan polis

Polis sedang menyoal-siasat bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kenyataannya yang menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai 'Idi Amin Malaysia'.

Mengesahkan perkara itu, peguam Haniff Khatri berkata Mahathir kini disoal siasat di pejabatnya di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya.

Mahathir pada ucapannya pada pilihan raya kecil di Kuala Kangsar berkara Najib ibarat diktator Uganda itu kerana menggunakan harta negara sehingga dia ditolak oleh rakyat.

Idi Amin adalah Presiden Uganda yang memerintah dari tahun 1971 hingga 1979. Beliau dikenali kerana pencabulan hak asasi manusia, rasuah dan pembunuhan.

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2015/08/mahathir-najib1.jpg
Najib pada malam kemenangan BN di Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 18 Jun lalu secara berseloroh membidas Mahathir dan berkata “Idi Amin Malaysia lebih popular” dan keputusan pilihan raya menunjukkan bahawa rakyat menolak Deklarasi Rakyat.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Mahathir berkata beliau tidak akan menarik balik kenyataannya.

"Saya tidak akan tarik balik. Saya tak kata dia (Najib) bunuh orang, tetapi saya kata dia bukan presiden baik," katanya.

Mahathir juga memberitahu pemberita bahawa soal siasat hari ini tidak berlangsung lama, kerana beliau enggan menjawab kebanyakan soalan.


Katanya, beliau hanya mengakui membuat perbandingan di antara Najib dan Idi Amin, dan butiran seperti masa dan tempat beliau membuat kenyataan itu.

"Bagi tuduhan khusus ke atas saya, saya akan jawap di mahkamah," katanya.

Beliau berkata polis akan mengunjungnya sekali lagi selepas sambutan Aidilfitri dan kali ini, beliau akan disoal mengenai tulisan di blognya.

Dr M: Yayasan Kepimpinan Perdana untuk semua bekas PM

Kerajaan tidak akan mengusir Yayasan Kepimpinan Perdana di pejabatnya di Putrajaya walaupun terdapat spekulasi mengenai perkara itu, kata presiden kehormatnya Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

Beliau berkata bangunan yayasan dan tanah itu diduduki di atas harta persendirian yang ditaja oleh komuniti perniagaan, dan dengan itu kerajaan tidak mempunyai sebab campurtangan bagi mengosongkannya.

"Tanah ini tergolong dalam kumpulan orang-orang perniagaan yang pada mulanya mencadangkan bahawa mereka membina perpustakaan dengan nama saya. Saya menolak kerana orang akan berfikir bahawa orang-orang ini adalah kroni saya.

"Kata saya bahawa jika mereka mahu mempunyai sebuah bangunan yang khusus untuk kajian semua perdana menteri terdahulu dan bukan sahaja saya, saya bersetuju.

"Jadi, daripada menjadi peringatan kepimpinan saya, ia kini untuk semua (bekas) perdana menteri, termasuk (Tun) Abdullah Badawi dan semua orang-orang yang akan datang," kata Mahathir kepada pemberita di pejabatnya hari ini.

"Mereka membeli tanah itu; mereka membina bangunan itu, "katanya, sambil menambah bahawa komuniti perniagaan turut membayar penyelenggaraan.

Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata, kerajaan menyewa beberapa ruang pejabat di bangunan Yayasan Kepimpinan Perdana dan akan berhenti berbuat demikian.

http://www.malaysiastylonews.com/wp-content/uploads/2016/06/mahathir-yayasan-perdana.jpg

Kilang Roti High 5 milik Tabung Haji ditutup, 60 pekerja dibuang

 http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2016/06/high5_workers.jpg
Kilang roti jenama High 5 ditutup serta merta mulai hari ini tanpa sebarang makluman awal dan tiada pampasan serta baki gaji dilunaskan.

Jurucakap pekerja yang dibuang, Cik Jani berkata seramai 60 pekerja diberhentikan serta merta dengan bayaran saguhati setengah bulan gaji sahaja.

"Para pekerja diberikan notis satu bulan bermula 23hb.Jun,2016 tetapi diarahkan supaya tidak datang kerja lagi dari hari ini, 24hb.Jun,2016," katanya.

Pekerja katanya amat tidak berpuashati kerana hanya ditawarkan gaji 1/2 bulan tanpa apajua jaminan bahawa pampasan berhenti kerja dan baki gaji akan dibayar.

Menurutnya, Roti jenama High 5 ini adalah jenama syarikat Siverbird Group Berhad yang meruapakan syarikat pelaburan Tabung Haji (TH).

"Ini bakal mengundang kontroversi kerana TH membeli saham-saham di dalam Siverbird Group yng kini telah gulung tikar dan mengalami kerugian RM90 juta," katanya.

https://4.bp.blogspot.com/-ZswVLMQ24pQ/V24EkmLQA5I/AAAAAAACXTg/h-BNzHJGjH03NcoVNytlom0NmSddci3rACLcB/s640/12524257_573148349530353_1906126192791723156_n.jpg

Pengerusi NGO disambung reman sehingga Khamis

KUALA LUMPUR - Tempoh reman pengerusi sebuah badan kerajaan (NGO) berkaitan pencegahan jenayah dan pemandunya seorang lelaki warga India, dilanjutkan sehingga Khamis ini bagi membolehkan pihak polis melengkapkan siasatan kes peras ugut.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara berkenaan.

Pada 22 Jun lepas, mereka ditahan polis berdekatan Plaza Tol Nilai kerana dipercayai melakukan ugutan jenayah dan peras ugut.

Menurut laporan portal berita, pengerusi NGO bergelar berumur 32 tahun itu yang tinggal di Kajang, ditahan oleh pasukan Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat Bukit Aman, sebaik menerima wang perlindungan RM25,000 daripada pengadu, seorang pengusaha perjudian haram berumur 38 tahun.

Menurut laporan itu, dalam tangkapan pukul 10.50 malam itu, polis turut menemukan wang tunai RM16,080 di dalam kereta suspek. - Bernama

Wang perlindungan: Pengerusi NGO direman

Rahim Tamby Chik - PM perlu lepas jawatan

SITI NURSYAHIDAH ABU BAKAR
6 Julai 2015

Rahim Tamby Chik
SHAH ALAM - Datuk Seri Najib Tun Razak disaran melepaskan jawatan Perdana Menteri buat sementara waktu sehingga siasatan terhadapnya selesai.

Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik berkata, Bank Negara dan Ambank juga perlu mengesahkan kewujudan akaun peribadi Najib seperti yang didakwa oleh The Wall Street Journal (WSJ) dan Sarawak Report (SR) dalam laporan beritanya.

“Jika tiada, apa lagi ditunggu-tunggu untuk tindakan undang-undang terhadap WSJ, SR dan lain-lain pihak yang bersubahat membuat fitnah yang sangat teruk ini. Tapi jika ada (masih wujud atau pernah wujud), tindakan segera menyiasat akaun-akaun ini perlu dimulakan untuk menilai kebenaran tuduhan-tuduhan yang dibuat.

“Mungkin semasa penyiasatan dibuat, Najib perlu melepaskan jawatan Perdana Menteri buat sementara sehingga beliau dibersihkan oleh penyiasatan ini,” katanya dalam status di Facebooknya, semalam.

Menurut Rahim, beliau sendiri pernah meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka dan Ketua Pemuda Umno ketika berdepan dengan tohmahan rasuah dan skandal suatu ketika dulu.

“Saya lepaskan kedua-dua jawatan buat sementara bagi membolehkan penyiasatan. Setelah penyiasatan dibuat bersihkan diri saya, saya menyambung semula mandat jawatan Ketua Pemuda Umno, tapi tertipu oleh (Datuk Seri) Anwar Ibrahim (Timbalan Perdana Menteri ketika itu) untuk letak jawatan Ketua Menteri Melaka,” dakwanya.

Dalam status Facebook yang berasingan, Rahim turut menyarankan agar Najib memohon certificate of urgency (sijil perakuan segera) bagi menyegerakan perbicaraan kes mahkamah terhadap WSJ.

“Bayangkan jika tindakan undang-undang ini mengambil masa dua atau tiga tahun, apa akan jadi kepada situasi politik negara dan kepentingan rakyat umumnya?

“Sebab itulah permohonan bagi certificate of urgency untuk segerakan tindakan undang-undang terhadap WSJ dan lain-lain media sosial amat penting dan tiada pilihan lain,” katanya.

Laksana segera AES agar jalan raya selamat

AES

GEORGETOWN - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) hari ini menggesa kerajaan persekutuan melaksanakan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dengan secepat mungkin.

Presidennya S.M Mohamed Idris berkata langkah itu perlu bagi mengelak ramai yang kehilangan nyawa akibat nahas jalan raya pada musim sambutan Aidilfitri yang bakal tiba.

"Jumlah kemalangan maut semasa Hari Raya ialah lebih kurang 22 sehari, kemalangan pula 1,450 sehari, manakala jumlah kematian paling tinggi ialah di jalan perbandaran dan persekutuan.

"Pengguna motosikal pula menyumbang 60 peratus daripada jumlah kematian," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Idris berkata, dengan meningkatkan persepsi orang ramai bahawa mereka akan ditangkap sekiranya melakukan kesalahan di jalan raya, kesalahan trafik akan berkurangan, manakala jalan raya pula menjadi lebih selamat.

Menurut beliau, jumlah kereta di jalan raya meningkat daripada 22.6 juta kepada 31.2 juta dalam masa 10 tahun lepas dan ini menjadikan jalan raya sesak, terutama pada musim cuti.

http://www.selangortimes.com/images/user//img_2247.png
Di samping melaksanakan AES, Idris juga mencadangkan agar semua kenderaan pengangkutan awam diwajibkan menjalani pemeriksaan mekanikal sebelum memulakan perjalanan.

"Bukan setakat kenderaan sahaja yang perlu menjalani pemeriksaan, pemandu juga perlu menjalaninya untuk memastikan mereka tidak terlibat dengan dadah," katanya.

Idris juga menasihati semua pemandu supaya mendapatkan rehat secukupnya sebelum memandu ke kampung halaman masing-masing untuk menyambut Hari Raya. - Bernama

Kajian: Cina kurang puas hati dengan prestasi Azmin

Tinjauan terbaru mendapati 65 peratus rakyat Selangor berpuas hati dengan pentadbiran Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali.

Berdasarkan kajian Merdeka Center, seramai 51 peratus berpuas hati manakala 14 peratus lagi sangat berpuas hati.

Hanya 21 peratus tidak berpuas hati dan selebihnya tidak pasti (13 peratus) dan enggan menjawab (1 peratus).

Daripada pelbagai latar belakang, termasuk bangsa, jantina, kawasan perbandaran, kawasan berinternet, had umur, pendapatan isi rumah, pekerjaan dan tahap pendidikan, Azmin rata-rata berada di tahap 60 peratus.

Tinjauan melalui telefon dibuat antara 28 Mei hingga 5 Jun lalu.

Ia melibatkan 1,011 responden daripada pelbagai kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh Selangor.

Sementara itu, merujuk kepada prestasi kerajaan negeri, seramai 73 peratus berpuas hati, manakala 23 peratus pula sebaliknya.

Kajian juga menunjukkan bahawa responden Cina agak hambar dengan prestasi Azmin berbanding dengan kumpulan etnik yang lain.

Empat puluh empat peratus daripada responden Cina merasakan bahawa Selangor berada di landasan yang betul, berbanding dengan 68 peratus Melayu dan 64 peratus India.

Ada juga berpendapat kerajaan negeri menuju ke arah yang salah kerana keadaan ekonomi, iaitu kos sara hidup yang tinggi, kekurangan wang, GST, kenaikan harga rumah dan pengangguran.

Walau bagaimanapun, 53 peratus responden Cina berkata mereka berpuas hati dengan transformasi dan perubahan yang dibawa oleh Azmin dalam menguruskan negeri itu.

Kajian yang sama mendapati 72 peratus Melayu dan 66 peratus India berpuas hati dengan transformasi dan perubahan oleh pemimpin PKR itu.

Hanya 56 peratus responden Cina bersetuju bahawa kerajaan negeri mengutamakan rakyat, manakala 74 peratus masyarakat Melayu percaya ia adalah mesra rakyat.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...