TERKINI :

Monday, June 27, 2016

300 ketua cawangan Umno Semporna keluar parti

FMT

SEMPORNA: Naib Ketua Umno Bahagian Semporna Datuk Dr Jaujan Sambakong hari ini mengumumkan keluar parti.

Turut mengambil tindakan sama ialah tiga ketua sayap iaitu Ketua Pemuda Mohd Aziz Jamman, Ketua Wanita Manis Muka Dara dan Ketua Puteri Zakiah Kalipunya dan 300 ketua cawangan bahagian itu.

Keputusan itu dibuat mereka selepas mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK) bahagian itu di sini yang dipengerusikan Jaujan yang juga Adun Sulabayan.

Pada sidang media, Jaujan berkata keputusan itu dibuat susulan tindakan Majlis Tertinggi (MT) Umno pada Jumaat lepas menggantung keahlian Naib Presiden Umno yang juga Ketua Umno Bahagian Semporna Datuk Seri Mohd Shafie Afdal.

Beliau berkata Shafie tidak diberi peluang membela diri dengan diberikan surat tunjuk sebab terlebih dalu sebelum MT membuat keputusan menggantung keahliannya.

Bagaimanapun, Shafie tidak hadir pada mesyuarat itu kerana sedang mengerjakan umrah. Turut tidak hadir Timbalan Ketua Bahagian Datuk Nasir Tun Sakaran.

Umno Bahagian Semporna mempunyai 481 ketua cawangan.

-BERNAMA

Timb Presiden PAS mengkritik penggunaan istilah "kafir harbi" oleh Mufti Pahang

Tuan Ibrahim: Rakyat bukan Islam automatik bukan kafir harbi

FMT Reporters

PETALING JAYA: Seorang pemimpin tertinggi PAS semalam tampil bersuara mengkritik penggunaan istilah “kafir harbi” oleh Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata sebagai warganegara, orang bukan Islam dengan automatiknya tidak termasuk golongan kafir harbi.

“Sekarang orang kafir di Malaysia, mereka adalah rakyat. Dia ada hak ke atas negara, ada hak atas harta, ada hak jadi pengundi jadi tentera, maka apabila mereka ada hak kebersamaan dalam negara, automatik mereka bukan kafir harbi.,” kata Tuan Ibrahim ketika menyampaikan kuliah Zohor semalam di Masjid Sijangkang, Telok Panglima Garang, Selangor.

Ia merupakan kenyataan pertama seorang pemimpin tertinggi PAS berkenaan isu itu, yang menerima kecaman pelbagai pihak.

 

Jumaat lalu, Utusan Malaysia melaporkan Abdul Rahman mengecam DAP sebagai “kafir harbi” kerana membantah RUU Persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah (Pindaan) 2016.

RUU itu dibentangkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Mei lalu, dalam usaha yang dilihat membuka jalan bagi kerajaan Kelantan memperkenalkan hukum hudud dalam enakmen Syariah negeri.

DAP dan beberapa parti komponen Barisan Nasional sebelum ini menyuarakan tentangan terhadap sebarang usaha memperkenalkan hudud.

Prof. M Agus : Sikap penyokong totok PAS yang tidak dapat menerima kelemahan k'jaan Kelantan 

SEMENTARA MENUNGGU WAKTU BERBUKA (5)

Petang ini saya tidak mahu mengulas lagi tentang rombakan kabinet.  Saya ingin menulis dahulu tentang sikap penyokong totok parti PAS yang tidak dapat menerima kelemahan kerajaan negeri. 

Apabila saya menulis tentang air yang kotor, kebersihan bandar dan keselamatan jalan raya di Kelantan, ramai penyokong totok ini yang marah-marah.

Setiap kali saya tegur, mereka berhujah kerajaan negeri tidak ada duit, kerajaan negeri dinafikan wang royalti.  Kalau kita berhujah lagi, mereka akan menyuruh kita pula menerima redha Allah.  Saya pening dengan kumpulan totok sebegini.

Sementara saya akui prinsip federalisme banyak yang dilanggar, saya selalu tegaskan kerajaan negeri perlu mengatasi masalah rakyat dalam hal yang berkaitan dengan bidang kuasanya.  Jika tidak ada duit, cari mekanisme penyelesaiannya. 

Jika berterusan memberi alasan dan menyalahkan kerajaan pusat, saya kira ini bukan kecekapan pemerintahan.  Kerajaan yang cekap ialah kerajaan yang dapat menjaga keperluan rakyat dengan baik dalam kekurangan yang ada.

**********************************

Saya selalu tekankan dalam tulisan saya supaya kita membezakan kritikan dengan teguran.  Saya menegur soal air, kebersihan dan jalan raya kerana saya mahukan kerajaan Kelantan menyediakan kemudahan prasarana yang baik kepada rakyat.  Biar rakyat bangga dengan kerajaan mereka dan bangga dengan negeri mereka.

Semoga penyokong totok ini boleh memahami.  Jangan melihat setiap teguran kepada kerajaan negeri itu sebagai taboo.  Sekali sekala tegurlah juga kerajaan negeri untuk kesejahteraan rakyat yang telah memberi amanah kepada mereka.

*************************************

Alhamdulillah, sementara masih ada penyokong buta yang memarahi saya, saya lihat kerajaan Kelantan telah bertindak memperbaiki kekurangan yang ada. 

Mungkin kerajaan negeri tidak dapat memulihkan semua kekurangan dalam waktu yang singkat ini, tetapi tindakan proaktif yang diambil untuk mengatasi masalah yang ada sudah cukup menggembirakan saya.

Kepada rakan senegeri saya, semoganya dapat menyambut lebaran nanti dengan hati yang gembira.  Kepada penyokong totok, buka sedikit minda itu.

Selamat berbuka.

Mohammad Agus Yusoff

Bacul terhadap DAP, Mabuk dalam DAP....!!

Ada walaunta marah, naik angin dan ghapla bila ramai pimpinan DAP berbangsa cina bukan Islam malah ramai juga pimpinan Amanah yg Islam termasuk aku ahli DAP Islam menyatakan rasa tidak senang dengan kenyataan mufti Pahang bahawa DAP tergolong dalam kafir harbi yang wajar ditentang.

Kenyataan mufti Pahang sememangnya tidak wajar malah boleh mencetuskan suasana tidak selesa antara kaum dan agama. Walaunta ada juga tidak bersetuju dengan kenyataan mufti itu kerana katanya ada ekstrim dan keterlaluan tetapi walaunta mempersoalkan tindakan pemimpin beragama Islam dalam Amanah termasuk ahli DAP beragama Islam.

Kata walaunta, bersungguh-sungguh benar kami selar kenyataan mufti Pahang tetapi kami diam, bacul dan mabuk bila ada pimpinan bukan Islam DAP menentang secara terbuka perlaksanaan hudud dan menolak cadangan pindaan Akta 355 yang dibawa Marang.

Hah! Sadis dengan pemikiran walaunta ni. Kepada walaunta yang marah, naik angin dan ghapla sampai tak ketahwan punca tu, sabaq la... ini bulan puasa kena banyak bersabar.

Orang bukan Islam ada yang tidak faham malah tidak jelas dgn kehendak agama Islam. Agama Islam berbeza dgn agama lain kerana Islam cukup sempurna dan mudah serta bertimbang rasa. Apabila bukan Islam menolak perlaksanaan hudud, adakah kita yang Islam kena dan perlu marah dan maki hamun serta menyelar tindakan mereka? Perlu ka? Jika walaunta kata kami mabuk, kami bacul kerana tidak marah bukan Islam menentang hudud, aku rasa walaunta pun sama ekstrim dan keterlaluan dgn mufti Pahang tu.

Islam tak ajar pun kita selar dan marah orang bukan Islam tak mau kepada Islam. Islam agama yang berhemah. Islam agama hujah. Jika mereka bukan Islam menolak Islam, kita terangkan, kita hujahkan bukan kita maki dan menyelar. Tetapi jika orang Islam sendiri yang menolak Islam malah menyalahguna Islam, itu wajar kita selar kerana mereka memburukkan Islam.

Di situ letaknya dan bezanya kami dengan hangpa. Di situlah puncanya kami sudah tidak boleh bersama hangpa. Hangpa ekstrim. Hangpa angkuh, bongkak malah merasa hebat hanya atas nama Islam tapi hangpa bukan menggambarkan Islam yang sebenar.

Zulhazmi Sharif.
Ahli DAP (Tidak mabuk)
27/06/2016
22 Ramadhan 1437

Mukhriz syak Umno serah Kedah, T'ganu, Kelantan kepada PAS

SH@Alyaa Alhadjri

Bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengesyaki perjanjian Umno -PAS membabitkan 'pertukaran' yang melibatkan Kedah , Terengganu dan Kelantan.

"Mesti ada perjanjian. Mereka cuba untuk membawa PAS dan Umno bersama-sama. Perlu ada tukaran untuk PAS. Saya melihat Kelantan , Terengganu dan Kedah (akan) kembali kepada PAS...," katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata demikian semasa membuat kemunculan pertama selepas pemecatannya daripada Umno pada Jumaat lepas.

"Jadi, dalam fikiran saya, ini amaran untuk Umno Kedah. Bersiap sedialah untuk serahkan Kedah kepada PAS kerana tanda-tanda sudah ada," katanya pada sidang media di bangunan Persatuan Alumni Universiti Malaya.

Ditanya sama ada kerjasama itu akan berbentuk kerajaan perpaduan, Mukhriz berkata: "Bukan kerajaan perpaduan. Mereka akan serahkan kepada PAS. Itu pandangan saya. . ."

Turut berada pada sidang akhbar itu ialah bekas pemimpin nombor dua negara dan Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga dipecat pada Jumaat lepas.

Sambil menafikan dakwaan beliau bersekongkol dengan pembangkang untuk menjatuhkan BN , Mukhriz berkata, walaupun memecatnya, kerajaan negeri Kedah kekal stabil dengan BN mengekalkan majoriti lima kerusi di Dewan Undangan Negeri.

Ini, katanya , tidak seperti di Terengganu dengan BN hanya mempunyai majoriti dua kerusi berbanding PAS.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...