TERKINI :

Monday, June 20, 2016

"NAJIB Jangan dabik dada, pembangkang menang hampir separuh undi'

Kemenangan BN pada pilihan raya kecil berkembar, Sabtu lalu tidak bermakna rakyat menolak Tun Dr Mahathir Mohamad, kata seorang penyokong setia bekas perdana menteri itu.

Sebaliknya, menurut bekas Naib Ketua Umno Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan majoriti BN tidak sebesar mana sekiranya semua undi pembangkang diambil kira.

“Najib, jangan mendabik dada!

“Najib cukup bangang untuk kata rakyat tolak Dr Mahathir,” katanya kepada Malaysiakini.

Pada pilihan raya parlimen Kuala Kangsar, calon BN Datin Mastura Mohd Yazid memperoleh 12,653 undi untuk mengekalkan kerusi arwah suaminya dengan majoriti undi 6,969.

Sementara di Sungai besar, calon BN Budiman Mohd Zohdi mendapat 16,800 undi untuk mencatatkan rekod tertinggi majoritinya sebanyak 9,191 undi.

Walau bagaimanapun, sekiranya undi yang diperolehi oleh AMANAH dan PAS digabungkan, majoriti BN berkurangan menjadi 2,289 di Sungai Besar dan 2086 di Kuala Kangsar.

Najib dalam ucapan kemenangannya semalam, berkata keputusan pilihan raya kecil itu menunjukkan bahawa orang ramai menolak Mahathir, yang telah berkempen untuk Pakatan Harapan dan menenatng BN.

Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Aziz juga berkata, keputusan berkenaan menunjukkan Mahathir kini secara rasmi kini sudah tercabut.

Mengulas kenyataan itu, Khairuddin berkata Nik Abduh perlu mencermin dirinya dan merenung prestasi lemah PAS berbanding parti serpihannya, AMANAH.

“PAS kata mereka kuat tapi akhirnya tewas di kedua-dua kawasan parlimen tersebut. Suruh Nik Abduh cermin muka dia terlebih dahulu.

“Jangan perlekeh orang lain tapi Nik Abduh harus perlekeh dirinya dan parti PAS terlebih dahulu!” katanya.

Pada pilihan raya Sabtu lalu, AMANAH mengatasi PAS dengan 707 undi di Sungai Besar, tetapi ketinggalan 801 undi di Kuala Kangsar.

Kecuaian SPRM sebabkan kematian Ahmad Sarbaini - mahkamah rayuan



Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan bahawa kecuaian Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyebabkan kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbaini Mohamed, lima tahun lalu.

Panel tiga anggota yang diketuai Hakim Datuk Mohd Zawawi Mohd Salleh berkata, hakim Mahkamah Tinggi telah terkhilaf dalam keputusannya menolak saman itu.

Hakim Zawawi merujuk dua faktor di mana terdapat kecuaian oleh SPRM.

Pertama adalah apabila Ahmad Sarbaini dibawa ke tingkat tiga walaupun terdapat arahan bahawa semua suspek atau saksi yang disoal siasat mesti dilakukan di tingkat bawah. Ini berikutan kematian pembantu politik Teoh Beng Hock, sebelum itu.

Hakim Zawawi berkata, faktor kedua adalah meninggalkan Ahmad Sarbaini keseorangan apabila seorang pegawai ditugaskan menjaganya.

"Dengan ini, mahkamah membenarkan rayuan itu dan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi," katanya.

Mahkamah menganugerahkan ganti rugi berjumlah RM213,000. Daripada jumlah itu, M200,000 sebagai bayaran ganti rugi teruk, RM10,000 untuk perkabungan dan RM3,000 untuk perbelanjaan pengebumian.

Di samping itu, mahkamah mengarahkan SPRM dan kerajaan membayar RM20,000 sebagai kos.

Hakim Mahkamah Rayuan yang bersidang sama adalah Hakim Vernon Ong Lam Kiat dan Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli.

Mereka mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 17 Ogos tahun lalu yang menolak tuntutan saman balu Allahyarham Ahmad Sarbaini, Masiah@Maziah, 55, dan anaknya Shahril, 32.

Pada 4 April 2014, Masiah memfailkan saman dengan menamakan SPRM, kerajaan, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Pengarah SPRM negeri ketika itu Mohamed Yussuf Akope dan lima pegawai lain iaitu Mohamad Fauzi Hussin, Sheikh Niza Khairy Sheikh Mohamed, L Baskar, Mohd Rosly Mohd Saupi dan Kamal Awang Besar sebagai defendan.

Ahmad Sarbaini, 56, ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu pejabat SPRM itu selepas terjatuh pada 6 April, 2011, selepas beliau cuba menarik balik kenyataan yang dibuat kepada SPRM.

Beliau dilaporkan ke pejabat itu secara sukarela untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM berhubung siasatan kes rasuah membabitkan 62 pegawai kastam.

Pegawai kanan kastam itu disiasat atas dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram dalam operasi anjuran bersama oleh SPRM, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan Kastam dan Bank Negara di Pulau Pinang, Johor, Selangor dan Pahang.

Kematian Ahmad Sarbaini di premis SPRM berlaku setahun enam bulan selepas kematian Teoh.

Teoh, seorang pembantu politik DAP, meninggal dunia di ibu pejabat SPRM di Shah Alam selepas disoal-siasat oleh anggotanya.

Menang besar PRK berkembar, umpan Umno mengena

 umno-pru
Walaupun kejayaan manis BN di pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar tidak membawa sebarang perubahan kepada kerajaan persekutuan atau kerusi Umno dalam Parlimen, ia tetap membawa senyuman lebar kepada Datuk Seri Najib Razak.

Apa tidaknya, dua per tiga daripada isu kempen Pakatan Harapan (PH) sepanjang dua minggu berkempen adalah dengan menyerang keperibadian Najib sebagai perdana menteri dan presiden Umno. Malah, ia tidak berhenti di situ saja apabila isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor turut menjadi sasaran Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli.

Namun, PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar membawa majoriti lebih besar kepada BN serta Umno dan riuhlah kem kedua-dua pihak sama ada di pihak BN atau PH dengan pelbagai analisis, cadangan serta pandangan mengapa pengundi di kedua-dua kawasan berkenaan terus memilih untuk bersama Umno serta BN.

Tidak dapat dinafikan, Umno kini mengalami perubahan amat ketara dengan terus dominan dalam pakatan BN, terutama sekali dengan penyingkiran pemimpin yang menentang Najib dan 1MDB.

Berhentinya Tun Dr Mahathir Mohamad daripada Umno dan pelancaran Deklarasi Rakyat serta berkongsi pentas kempen untuk PH sepanjang PRK ini, langsung tidak menjejaskan Umno.

Strategi Putrajaya dan PWTC jelas berjaya dalam PRK berkembar ini, dan pengundi kedua-dua kawasan berkenaan tahu lebih baik mengekalkan parti sedia ada mewakili mereka daripada membuat perubahan.

Umno terus bersandarkan strategi politik pembangunan dan perkhidmatan, jelas memerangkap pengundi yang mereka memerlukan wakil rakyat boleh berkhidmat bukan hanya “melalak” seperti kebanyakan pemimpin pembangkang.

“Senjata” Umno dan BN dalam PRK ini, seperti pembebasan nelayan Sekinchan daripada pihak berkuasa Indonesia dan pengumuman Kolej Sultan Azlan Shah dinaikkan taraf universiti, berjaya memancing pengundi untuk terus percaya wakil rakyat Umno dan BN mampu berkhidmat kepada mereka.

Modal seperti inilah yang gagal diterjemah dan ditunjukkan pembangkang.

Sesuatu yang menghairankan juga di PRK Sungai Besar apabila kerajaan negeri yang diterajui PKR seperti tidak bersedia daripada segi jentera pentadbirannya, termasuk dalam memberikan janji pembangunan kepada penduduk di Parlimen berkenaan.

Kehadiran Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali yang hanya membuat kemunculan rasmi tidak sampai tiga kali sepanjang dua minggu berkempen di Sungai Besar, menjadi “buah mulut” pengundi dan secara tersirat ia turut memberikan “endorsement” kepada calon PAS di Sungai Besar.

Isu rakyat seperti pengenalan caj jeti oleh kerajaan Selangor berjaya digunakan sepenuhnya oleh jentera Umno bagi membelasah kerajaan negeri hingga berjaya membuatkan pengundi Cina di Sungai Besar beralih arah.

Amat menghairankan juga mengapa pembangkang tidak memainkan isu 1MDB sepanjang kedua-dua PRK ini bagi meyakinkan rakyat memilih mereka, sebaliknya memilih strategi memburukkan pemimpin Umno.

Pada masa sama, usaha berterusan BN “mengganyang” kerajaan DAP Pulau Pinang juga memberikan kesan kepada pengundi dalam PRK ini, terutama masyarakat Cina.

Buat ketika ini, Umno dan BN seakan sudah menemui cahaya dalam berdepan dengan rakyat menjelang PRU14 dan sudah pasti akan terus mengekalkan kuasa pemerintahan, jika pembangkang terus gagal menguruskan rumah mereka sendiri dan paling utama jika masih tidak bersatu hati.

Sebenarnya, strategi dan ramuan terbaik buat Umno yang jelas kelihatan dan berjaya diterjemahkan adalah dengan mengeluarkan PAS daripada Pakatan Harapan sekali gus membuatkan blok pembangkang itu berjalan sebelah kaki saja.

BANDAR MALAYSIA - Rakyat Asing dapat insentif, Rakyat Malaysia dapat apa..???

Kenyataan Media.


BANDAR MALAYSIA:RAKYAT ASING DAPAT INSENTIF DARI KERAJAAN NAJIB,RAKYAT MALAYSIA DAPAT APA

1.Saya terkejut dengan pengumuman PM Najib yang kerajaan bersetuju memberi insentif kepada pemaju induk Bandar Malaysia IWH CREC Sdn Bhd dan anak -anak syarikatnya berkaitan pembangunan projek Bandar Malaysia.

2.Umum mengetahui projek Bandar Malaysia terletak dikawasan segi tiga emas Kuala Lumpur bukannya di Carok Bemban Baling atau di Lana Bulu Jerlun Kedah. Projek pembangunan Bandar Malaysia adalah projek komersil dimana pembelinya adalah orang orang kaya dan rakyat asing.

3.Najib memberikan pengecualian cukai selama 10 tahun,pengecualian duti setem,Cukai keuntungan hartanah dan cukai Pegangan selama 8 tahun.Pengecualian duti import keatas bahan binaan terpilih yang tidak dikeluarkan di Malaysia. Ini bermakna Negara kehilangan pendapatan yang cukup besar kerana disedekahkan kepada syarikat pemaju,orang kaya dan rakyat asing.

4.Bukan itu saja yang diberikan tetapi Najib juga dalam pertimbangannya untuk berikan peruntukan bangunan industri,meningkatkan peruntukan modal,pengurangan pembayaran sewa,pengecualian duti setem untuk insentif prapakej kepada pelabur dan operator pelancongan yang lain.

5.Sedangkan rakyat Malaysia yang tidak wajib tunai zakat kerana kemiskinan dipaksa bayar GST. Pemaju Bandar Malaysia dan rakyat asing dapat berbagai insentif yang bernilai tinggi tetapi rakyat miskin dapat apa insentif untuk beli rumah.

KONSEP BARU TRANFORMASI NAJIB

6.Persoalannya apakah projek pembangunan hartanah untuk kepentingan orang kaya dan rakyat asing di Lembah Kelang memerlukan insentif.Saya hairan mengapa projek dikawasan segi tiga emas iaitu kawasan paling laku perlu diberikan insentif.Sepatutnya diberi insentif yang lebih besar untuk projek perumahan rakyat diluar bandar seperti di Sabah,Sarawak dan Kelantan.

7.Bakal pembeli hartanah diBandar Malaysia yang akan memperolehi insentif besar ini ialah orang kaya dan rakyat asing.Ini menunjukan konsep baru tranformasi Najib ialah kera dihutan disusukan anak sendiri di cekik dan dicukaikan.

8.Kepada pengundi PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar wajar mengajar Najib dengan menolak dan mengalahkan calon Najib BN yang bakal menyokong apa saja yang merugikan negara dan membebankan rakyat. Selamat mengundi.

‪#‎UndurNajib‬
‪#‎TolakCalonNajib‬
‪#‎SelamatkanMalaysia‬.

DATO'HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
17 Jun 2016/12 Ramadhan 1437H
5pm Taman Al-Walid Alor Setar Kedah.

PAS ada kekuatan teras sendiri, namun untuk atasi BN kena pertingkatkan lagi kerja


Berdasarkan kepada keputusan-keputusan yang baru dikeluarkan, Pusat Penyelidikan PAS (PPP) menyimpulkan beberapa dapatan awal.

1. Isu-isu yang dibangkitkan berkaitan dengan 1MDB, jet peribadi Rosmah Mansor dan lain-lain tidak berkesan untuk menarik sokongan mengundi parti-parti pembangkang.

2. Meskipun para pengundi rata-rata mengeluh dengan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan kenaikan kos hidup, ia tidak berjaya dimanfaatkan oleh parti pembangkang untuk diterjemahkan ke kertas undi.

3. PAS yang masuk kedua-dua pilihan raya kecil (PRK) ini sebagai parti tunggal mempunyai kekuatan terasnya sendiri sehingga mendahului Pakatan Harapan di Kuala Kangsar dan tertinggal sedikit dari Pakatan Harapan di Sungai Besar.

4. Daripada peratusan undi yang PAS terima, menunjukkan kekuatan teras PAS menyumbang lebih 50 peratus kepada sokongan terhadap Pakatan Rakyat dalam PRU ke-13 yang lalu.

5. Semenjak PRK Teluk Intan, diikuti dengan PRN Sarawak dan kini dua PRK di Kuala Kangsar dan Sungai Besar, pengundi Cina dilihat kembali menyokong BN.

6. Keputusan seperti ini akan memberi ancaman kepada DAP untuk berhadapan dengan PRU ke-14, yang mana mereka akan kehilangan banyak di kawasan majoriti Cina yang mereka tandingi.

7. Selain daripada itu, ia juga menjadi ancaman kepada PKR, sekiranya PAS masuk bertanding di kerusi-kerusi yang mereka menangi di Pantai Barat, kemungkinan mereka juga boleh kalah.

8. Keputusan ini juga menunjukkan pengaruh Tun Dr Mahathir Mohamad tidak lagi signifikan di kalangan pengundi Melayu, malah semakin beliau terlibat dengan Pakatan Harapan semakin hilang pengaruh beliau.

DR MOHD ZUHDI MARZUKI
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS

Untuk bermain politik, Melayu bergurulah dengan Cina

Melayu bergurulah dengan Cina
ULAS PIRAKE (ii)


Kemenangan besar calon BN Budiman Mohd Zohdi di Sungai Besar dan Masturi Mohd Yazid di Kuala Kangar semalam ialah kerana peralihan undi Cina daripada pembangkang (sebuat Pakatan Rakyat) sebelum ini beralih arah kepada BN. Pihak MCA mendakwa mereka berjaya meraih 35% undi Cina di Sekinchan berbanding 13% pada Peraum 2013 yang lalu. Manakala pihak Gerakan pula mengatakan mereka berjaya mengalihkan 40% undi Cina kepada BN.

Perubahan undi itu memang jelas dan menjadi fakta yang tidak boleh dipertikaikan. Peralihan itu memberi signifiken kepada parti DAP kerana ia dilihat kegagalan parti itu mengekalkan sokongan lalu untuk melonjakkan undi kepada rakannya Amanah. Cina di Sekinchan adalah penyokong dan ahli DAP. Dun Sekinchan satu-satu Dun yang dimenangi Pakatan Rakyat dalam Peraum lalu.

Manakala di Kuala Kangsar, undi Cina di Jerlon yang dulu dimenangi oleh pembangkang kini jadi sebaliknya.

Mungkin peralihan undi Cina itu meresahkan DAP? Ia akan menjadi lebih menakutkan kalau siptom yang ditunjukkan di Sungai Besar itu khasnya berpanjangan hingga ke pilihan raya umum akan datang. DAP sudah tentu akan bangkit dan bingkas mencari formula dan kaedah untuk membendung siptom itu agar tidak menjadi barah kepadanya.

Bagaimana pun, saya melihat peralihan undi Cina yang boleh dikira besar itu, bukan kegagalan DAP dalam berkempen dan menarik perhatian orang Cina. Ia ada hubung kait dengan masalah lain. Seperti mana kata seorang politician Cina, pengundi Cina beralih kepada BN kerana bosan dengan apa yang berlaku dalam parti pembangkang.

Perpecahan dalam parti agama (Pas) sehingga muncul parti Amanah menyebabkan pengundi Cina keliru dan mereka bingung kalau pun tidak nanar. Mereka mungkin juga jeluak memikirkan cara orang Melayu bermain politik menggunakan agama sebagai modal mengkafirkan sesama sendiri. Perpecahan dan perbalahan itu boleh menyebabkan mereka lari kepada BN sebagai memberi peringatan agar pembangkang kembali bersatu.

Dari sudut lain, perubahan pengundi Cina di Sekinchan dan Jerlon itu ada kena mengena dengan cara orang Cina bermain politik. Seperti juga peralihan besar undi Cina dalam pilihan raya negeri Sarawak tempoh hari. Mereka tidak bersemangat untuk kekal mengundi pembangkang, kerana mereka menyedari pilihan raya negeri Sarawak itu tidak akan membawa perubahan total, melihatkan kerajaan Persekutuan.

Jadi untuk apa mereka susah-susah sokong DAP, atau oposisi, apa lagi dengan memberi sokongan kepada DAP (pembangkang) menyebabkan mereka akan dicop sebagai pembangkang yang akan ditindas dan diskriminasi dalam Kerajaan Tempatan. Buat sementara waktu maka mereka memberi sokongan kepada parti memerintah BN, dengan cara itu mereka akan mendapat manfaat dan imbuhan semasa dan mengelakkan ditindas.

Demikian dengan perubahan undi Cina di Sekinchan dan Jerlon itu. Mereka sedar pilihan raya semalam tidak menganggu dan menjejaskan kerajaan negeri Selangor yang dipimpin oleh DAP dan PKR waktu ini. Sebaliknya kalau pilihan raya semalam berlaku di peringkat DUN, di mana kalah menangnya memberi kesan kepada kerajaan negeri, peralihan undi itu mungkin tidak berlaku.

Di sinilah saya selalu katakan orang Cina bijak bermain politik. Mereka selalu bijak dan mendapat untung kiri dan kanan. Sudah pasti dengan kemenangan dianggap besar oleh BN di Sungai Besar itu, habuah akan diterima oleh Cina di Sekinchan. Najib Razak seperti mana dijanjikan dalam ucapan merai kemenangan BN semalam akan meluluskan apa sahaja projek munasabah yang dipohonkan. Apakah orang Cina tidak akan menerima tempias itu?

Orang Melayu belajarlah berpolitik dengan bangsa yang lebih awal tamadun ini dan mempunyai benua terbesar di Asia Tenggara itu. Mereka bersatu dan senada dalam mengangkat martabat mereka, tidak seperti Melayu saling hina menghina sesama sendiri sehingga lupa kepada sejarah peribadi. Gunalah sampuo dalam berpolitik.

Makanya peralihan undi Cina di Sekinchan dan juga di Kuala Kangsar itu ia tidak bersifat kekal. Ia hanya semantara sahaja dan menyerlahkan macam mana kepintran orang Cina mengeksploitasikan politik untuk kepentingan mereka. Saya yakin polisi-polisi baru diperkenalkan oleh kerajaan Najib, termasuk cukai GST, dan aksi politik penghinaan melampau kepada parti teras alternatif mereka, DAP terutama cara memburuk-burukan kerajaan Pulau Pinang menyebabkan orang Cina menyimpan dendam kepada BN dan Najib.

Saya yakin DAP sendiri tidak begitu bimbang dengan pola pengundi di kalangan orang Cina semalam. Dan kalau mereka bersungut menzahirkan kebimbangan dan kekesalan, itu hanya desah politik yang penuh makna agar ianya tidak nampak menyusun agenda lain disebalik apa yang nyata. Walhau'alam. [wm.kl.1:15 t/hari 19/06/16]
Posted by mohd sayuti Omar

AMANAH buktikan walaupun dikatakan kerusi tradisi PAS, mereka tetap berjaya menawannya

KEPUTUSAN PRK SG BESAR DAN K.KANGSAR - AMANAH BERJAYA TAWAN KERUSI TRADISI PAS 


ALHAMDULILLAH. Keputusan PRK Sg Besar dan K.Kangsar telah pun diumumkan awal malam tadi. Kita sedar, Sg Besar dan K.Kangsar adalah kubu Umno/Bn setelah mereka menang di dua kawasan tersebut di dalam PRU13 yg lalu. Kita juga sedar, Sg Besar dan K.Kangsar juga diwar2kan oleh Pas sebagai 'kawasan tradisi' mereka sehinggakan diberi amaran oleh Pas sila 'ukur baju dibadan sendiri' bagi sesiapa yang ingin bertanding di dua kawasan tersebut. Ertikata lain, Pas mengaku hebat dan gagah di 'gelanggang tradisi' mereka. 

Apabila Amanah dipilih untuk mewakili PH bertanding di dua Kerusi berkenaan, lojiknya tentulah Amanah akan menjadi 'lauk' bukan sahaja oleh Umno/Bn tetapi oleh Pas di situ. Apatah lagi Amanah baru berusia 7-8 bulan saja berbanding dengan Pas yg lebih tua dari Umno/Bn. Walaupun Amanah dikira masih mentah, tidak miliki kekuatan jentera yg hebat seperti Pas jauh sekali berbanding Umno/Bn, namun Amanah bertuah kerana bersama PH di mana Keadilan dan Dap bersedia membantu Amanah. Bukan mudah untuk bertanding di Kubu Umno/Bn dan \kawasan tradisi' Pas, tapi Amanah tidak pernah gentar untuk lawan rejim dan sekutunya. 

http://malaysiadateline.com/images/mydateline/jun2016/Amanah_berhadapan_dengan_jentera_kerajaan_BN_sepanjang_kempen_di_dua_PRK.jpgAmanah hanya ada kekuatan semangat dan sedikit jenteranya dan tentulah Amanah bergantung juga kepada jentera rakan2 di dalam PH. Pas pula seperti yg kita selalu dengar memiliki jentera yg kuat apatah lagi di kawasan tradisinya sendiri. Lebih2 lagi semenjak berjinak dengan rejim Umno/Bn, hampir setiap malam Pas berpeluang keluar di TV3 suku untuk berkempen dan mnghentam Dap dan Amanah yang lazimnya kerja2 seperti ini Umno yang lakukan. 

Pimpinan Amanah atau Dap tidak berpeluang untuk menjawab fitnah atau tuduhan2 dari Pas. Itu kelebihan besar yg ada pada Pas. Alhamdulillah, tanpa ramai menjangka Amanah mampu mengatasi undi Pas di Sg Besar yakni di kawasan tradisi Pas. Sewaktu PRU13 yg lalu, Pas dapat undi di Sg Besar sebanyak 18, 296 undi. Kali ini, dalam PRK yg diumumkan semalam, Pas hanya dapat undi 6, 902 undi. 

Ke mana larinya ribuan undi lagi? Begitu juga di K.Kangsar. Ini juga 'kawasan tradisi' Pas dan tentulah mempunyai jentera yg hebat. Pada PRU13 yg lalu, Pas dapat undi di kawasan ini berjumlah 13, 136 undi. Di dalam PRK kali ini, Pas hanya dapat jumlah undi sebanyak 5, 684 undi sahaja. Ke mana perginya yang lain? Daripada dua kawasan tersebut, Pas kehilangan pengundi sejumlah 18, 846 pengundi. Katakanlah 5K tak balik mengundi, takkan selebihnya lari kepada Umno/Bn? Ke mana perginya undi Pas? Di K.Kangsar, undi Pas melebihi undi Amanah dengan jumlah yg amat tipis sekali meskipun itu 'kawasan tradisi' Pas. 

Oleh itu, memang wajar Amanah diberi pujian kerana berjaya tawan satu "kwasan tradisi' Pas dan beri saingan sengit di satu kawasan lagi serta menafikan jangkaan sesetengah pihak bahawa parti 'nyamuk' ini akan hilang deposit. 

Bagi PH, tentulah keputusan ini akan dijadikan pencetus semangat bagi menghadapi PRU14 akan datang. Kami yakin, tanpa penyatuan kami pasti gagal untuk beri saingan atau menumpaskan rejim dan kami tidak percaya bersendirian itu lebih baik dari bersatu. 

Dicatat oleh WFAUZDIN NS

Antara HUDUD, JAWATAN, WANG RINGGIT DAN KUASA..???

ANTARA HUDUD, JAWATAN, WANG RINGGIT DAN KUASA..

http://www.selangorku.com/wp-content/uploads/2012/09/suk-pkr.jpg
- PAS tidak memutuskan hubungan dgn PKR kerana Kerusi ADUN PAS banyak di Selangor sedangkan di P. Pinang kerusi ADUN PAS cuma ada 1 sahaja.

- PAS tidak memutuskan hubungan dgn PKR kerana banyak Jawatan Exco kerajaan Negeri Selangor disandang oleh ADUN PAS sedangkan di P. Pinang PAS cuma menyandang 1 sahaja jawatan Exco dlm kerajaan negeri. Dan Exco tersebut telah dipecat oleh kerajaan negeri kerana sering tidur dalam mesyuarat hingga banyak tugas2 yg dipertanggung jawabkan tidak mampu diselesaikan.

- PAS tidak memutuskan hubungan dgn PKR kerana hampir 65% jawatan Exco / Ahli Majlis di dalam PBT seluruh Selangor disandang oleh ahli PAS.

- PAS tidak memutuskan hubungan dgn PKR kerana 90% jawatan ketua kampung di Selangor dipegang oleh ahli PAS.

-PAS tidak memutuskan hubungan dgn PKR kerana menantu Haji Hadi (Din Ayam) menyandang jawatan dalam GLC Selangor serta mempunyai saham RM900,000 di dalam GLC tersebut.. Sepatutnya Jawatan penting dalam mana2 GLC harus dipegang oleh anak negeri, Din Ayam bukan anak negeri Selangor..

Hakikat sebenar PAS masih terus bersama PKR adalah kerana JAWATAN, WANG RINGGIT dan KUASA walaupun semua rakyat tahu bahawa kesemua Ahli Parlimen PKR telah menurunkan Tanda Tangan dalam surat aku janji (SD) bagi menolak perlaksanaan HUDUD..

Jika dinilai antara DAP yg menolak HUDUD melalui Verbal dgn PKR melalui tanda tangan SD maka sepatutnya musuh utama PAS adalah PKR bukannya DAP...

Sebab itu bagi Admin HUDUD PAS yg dibawa oleh Haji Hadi hanya bahan POLITIK bagi mengugut pemimpin politik dan rakyat jelata..

Teuku Zacharyah Iskandar

MB Selangor Umum 3 Berita Baik Untuk kakitangan awan negeri, Bonos, Naik Gaji & Naik Elaun Rumah


Tiga Berita Baik Untuk Anggota Perkhidmatan Awam Selangor

Selaras dengan tema 'Membangun Smart Selangor Yang Peduli', Menteri Besar Dato' Seri Mohamed Azmin Ali pagi ini mengumumkan 3 berita baik berikut dalam himpunan bulanan kakitangan awam di SUK:

1. Bonus Hari Raya sebanyak 1.5 bulan gaji yang akan dibayar pada 1 Julai.

2. Kenaikan gaji sebanyak 2 kali pada tahun ini dengan kenaikan pertama pada Julai ini.

3. Kenaikan elaun perumahan untuk kakitangan Gred 41 ke bawah daripada RM180 kepada RM300 sebulan.

Apakah sekarang NAJIB makin kuat, Tun M makin hilang pengaruh..??

Shahbudin Husin,

Keputusan dua pilihanraya kecil semalam barangkali paling membingungkan untuk difikirkan. Bukan saja Pas dan Amanah tidak percaya dengan majoriti kekalahan sebanyak 9,191 di Sungai Besar dan 6,969 di Kuala Kangsar, malah UMNO dan BN sendiri tidak menduga sebesar itu kemenangan mereka.

Ia tidak saja bersandarkan majoriti pilihanraya 2013 lalu hanya 399 dan 1,082 iaitu masing-masing di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, tetapi juga melihatkan bagaimana sambutan hangat rakyat terhadap program-program anjuran Pakatan Harapan sepanjang masa berkempen diadakan.

Lebih-lebih lagi dengan kehadiran Tun Mahathir Mohamad yang turun berkempen dan turut mendapat sambutan cukup baik penduduk tempatan, tiada sesiapa menduga kemenangan sebesar itu mampu diraih BN.

Apakah dengan keputusan ini menunjukkan Najib Razak semakin kuat dan Tun Mahathir makin hilang pengaruhnya?

Apakah ini menunjukkan harapan lebih baik untuk BN terus berkuasa dalam pilihanraya umum akan datang?

Di Sungai Besar, BN memperolehi 16,800 undi manakala Pas 7,609 dan Amanah 6,902 undi. Jika dicampurkan undi Pas dengan Amanah ia menjadi 14,511. Masih kalah kepada BN.

Tetapi dalam pilihanraya 2013 lalu, BN memperolehi 18,695 undi manakala Pas 18,296.

Bermakna undi yang diterima BN dalam pilihanraya kecil ini berkurangan sebanyak 1,896 dan undi blok pembangkang (Pas + Amanah) juga berkurangan sebanyak 3,785 undi.

Di Kuala Kangsar, BN memperolehi 12,653 undi, manakala Pas 5,684, Amanah 4,883 dan Bebas 54. Jika dicampurkan undi menentang BN ialah sebanyak 10,621. Juga masih kalah kepada BN.

Dalam pilihanraya 2013, BN di Kuala Kangsar memperolehi 14,218, Pas 13,136 dan Kamilia Ibrahim dari Bebas 447 undi.

Bererti undi BN berkurangan sebanyak 1,565 undi manakala undi blok pembangkang menurun sebanyak 2,962 undi.

Kesimpulan mudahnya, walaupun menang dengan majoriti lebih besar, undi BN tidak bertambah. Jumlah undi untuk pembangkang pula tentu saja jauh menurun kerana mereka kini sudah berpecah.

Di sebalik keputusan itu ialah pengundi Melayu tradisional terlihat masih memberi sokongan kepada UMNO dan BN. Walaupun ada isu 1MDB, wang RM2,600 juta, pembaziran Rosmah, GST dan sebagainya, pengundi tradisional dapat dilekakan dengan BR1M, wang saku, kain batik, kain pelikat dan meriahnya jamuan serta makan minum sepanjang malam kempen diadakan.

Lagi pula tidak ramai pengundi yang benar-benar faham mengenai putar belit 1MDB dan wang derma RM2,600 juta itu. Mereka lebih faham wang sebanyak RM100 atau RM200 yang masuk ke dalam saku sendiri.

Undi mereka kepada BN juga disebabkan perpecahan dalam blok pembangkang sehingga berlakunya pertandingan tiga penjuru. Kekeliruan mengenai perpecahan itu, atau sebagai isyarat bosan kerana berbalah sesama sendiri, pengundi akhirnya mencampakkan undi kepada BN.

Pengundi Cina juga mula menunjukkan sokongan kembali kepada BN. Namun, trend ini hanya bersifat sementara.

Tidak mustahil pengundi Cina menunjukkan sokongan kepada BN kerana pilihanraya ini hanya untuk memilih Ahli Parlimen dan bukannya menukar kerajaan. Lagi pun janji dan tawaran pembangunan yang diberikan oleh BN kepada mereka dalam dua pilihanraya ini cukup lumayan untuk mereka tolak sehingga pilihanraya umum akan datang.

Dengan menunjukkan seolah-olah mula kembali menyokong BN, pengundi Cina akan terus dilumayankan lagi sehingga 2018 nanti.

Secara umumnya, kedudukan UMNO dan BN masih belum selamat lagi dalam pilihanraya umum akan datang. Kembalinya sokongan pengundi, baik Melayu atau bukan Melayu kepada BN hanyalah bersifat sementara.

Jika blok pembangkang benar-benar bersatu dan pertandingan satu lawan satu menentang BN dapat direalisasikan semula, kecondongan pengundi Melayu lebih cenderung untuk sama-sama menjayakan perubahan. Realitinya undi menolak BN tetap besar dan bukannya ranap sama sekali.

Begitu juga jika gambaran menukar kerajaan benar-benar hampir terbayang sebagaimana pilihanraya 2013 lalu, sentimen pengundi Cina akan kembali menjauhi BN. Tidak mungkin pengundi Cina gembira dengan Najib yang paling banyak onarnya itu dan "senyum" mereka hanyalah sementara.

Hakikatnya, Najib tidaklah semakin kuat dan Tun Mahathir juga tidaklah makin tak laku dengan keputusan pilihanraya kecil ini, tetapi banyak kerja dan usaha lagi harus dilakukan untuk menyelamatkan negara ini.

Harapan perubahan masih belum hilang cahayanya. (SH 19/06/2016).

Cerah buat PAS, malap buat BN, gelap buat PH


1. CUBAAN PERTAMA TIGA PENJURU

Kedua-dua PRK kali ini adalah cubaan kali pertama di Semenanjung untuk pola politik baru negara. Pertandingan tiga penjuru yang benar-benar tiga penjuru. Walaupun semasa PRU13 lalu ia telah berlaku di beberapa kerusi, namun blok politik masih dalam konsep dwiparti.

Dari keputusan PRK, nampaknya bentuk sebegini amat positif terutama bagi parti yang teguh berjuang atas dasar dan prinsip masing-masing. Mereka tidak perlu berkira-kira untuk melonggarkan prinsip atau menipu pengundi semata-mata meraikan pakatan. Jangan bimbang soal membentuk kerajaan kerana pakatan tidak semestinya berlaku sebelum pilihan raya sahaja!

2. KEPUTUSAN DUA PRK SEKATA

Bacaan trend pengundian dilihat sama antara kedua PRK ini. Walaupun pecahan kaum agak berbeza, tetapi dari sudut yang lain ia memberikan banyak persamaan seperti bilangan keluar mengundi dan undi mengikut kaum.

Ini sedikit sebanyak boleh memberi gambaran umum bagaimana trend politik semasa rakyat Malaysia. Jika diadu dengan keputusan PRN Sarawak yang baru sahaja selesai, mudah untuk mana-mana parti melakukan muhasabah dan mencatur gerak untuk menghadapi PRU14.

3. TIADA FAKTOR CALON

Faktor calon tidak begitu memberi kesan. Pemilih lebih melihat kepada perjuangan parti. Perkara ini berada dalam status quo. Ini biasa berlaku di kawasan parlimen dan juga kerusi campuran.

Keadaan ini memudahkan semua parti menjelang PRU14. Yang berpakat boleh terus berbincang soal pembahagian kerusi tanpa menilai wibawa setiap calon. Tetapi barang diingat, ini hanya terpakai pada kawasan kerusi campuran.

4. BN MENANG TAPI MENURUN

Sekali pandang, BN menang besar kali ini dengan majoriti yang tersangat tinggi. Tetapi jika dihitung campuran undi dua pembangkang ditambah sedikit faktor pecah undi, sokongan terhadap BN boleh dikatakan statik sahaja. Undi BN nyata menurun kira-kira 2.000 undi, berbanding PRU13 walhal PRK biasanya adalah lauk BN.

Perpecahan pembangkang tidak memberi nilai tambah yang ketara buat BN. Sokongan terhadap kepimpinan Najib masih tidak pulih. BN masih tidak boleh selesa terutama jika pembangkang menjumpai solusi untuk mengubat persepsi terhadap mereka.

5. PAS RAMPAS UNDI BN

Sebahagian undi BN adalah dari masyarakat Cina yang mula beralih dari DAP. Dengan jumlah undi keseluruhan BN yang menurun, ini bermakna sokongan Melayu terhadap BN telah pergi kepada PAS dan diganti oleh Cina.

Ini boleh dilihat melalui setiap peti undi. Di kawasan Cina, 50% dimiliki PH dan 50% lagi dimiliki BN. Kawasan Melayu pula, 50% diperoleh BN dan 50% dimiliki PAS. Melayu sangat tidak berminat kepada PH.

BN patut memikirkan lebih jauh terutama di kawasan majoriti Melayu intelek yang tidak boleh digula-gulakan. Potensi PAS untuk menguasainya adalah sangat tinggi sekiranya PRU dilambatkan seperti sedia kala.

6. PH PARTI CINA

Angan-angan PH untuk kuasai negara boleh dilupakan. Ini kerana mereka hanya mendapat sokongan kaum minoriti sahaja di Malaysia. Itupun sudah menurun drastik. Sedangkan undi teras di Malaysia adalah dari kaum Melayu.

Faktor BN boleh memerintah sehingga hari ini adalah kerana menguasai undi Melayu walaupun pernah hilang hampir 100% undi bukan Melayu. Malangnya hakikat ini masih sukar difahami politikus PH.

7. PAN TUNGGUL KAYU

Nyata kemunculan PAN tidak berjaya menggantikan peranan PAS dalam PR suatu ketika dulu. Undi Melayu masih di antara BN dan PAS sahaja. DAP boleh lupakan PAN mulai sekarang kerana mereka tidak memberi apa-apa nilai tambah kepada PH.

Terserah jika PAN masih mahu berusaha. Tetapi adat politik Malaysia, parti serpihan sebegini hanya beri kesan untuk tempoh yang sebentar sahaja, itupun sebagai tunggangan parti besar buat sementara waktu sahaja.

8. PH TERJEJAS TERUK

PH yang bergantung penuh kepada sokongan Cina tidak lagi boleh duduk diam. Jika dahulu mereka memiliki sokongan hampir 90% masyarakat Tionghua, kali ini menurun hingga ke 50% sahaja. Perkara sama berlaku di Sarawak dalam PRN baru-baru ini. Dijangka akan terus menyusut ekoran beberapa isu urus tadbir DAP di Pinang Pinang dan lain-lain.

Nampaknya taktik menguasai pengundi melalui sentimen Islamophobia tidak begitu berkesan. Tionghua yang celik lebih mengambil cakna soal kecekapan urus tadbir dan maslahah ekonomi mereka. Mereka lebih percaya kepada persatuan-persatuan peniaga, kebajikan dan pendidikan mereka lebih dari tipu daya politikus.

9. PH PENGACAU POLITIK

Sepatutnya kewujudan PH dalam politik Malaysia yang selama ini hanya mengenali PAS dan Umno mampu untuk memberi impak signifikan untuk menumbangkan BN. Malangnya mereka tidak berjaya menyentuh sedikitpun undi Umno. Lebih malang apabila kewujudan mereka hanya untuk berebut undi dengan PAS sahaja.

Mereka langsung tidak mahu tunduk menyokong sahaja PAS yang sudah lama bertapak. Malah sikap PAS yang merendah diri menerima mereka sebagai rakan akhirnya dipijak kepala. Nyatalah apa warna PH selama ini. Sama ada gila berkuasa, tali barut BN atau semenangnya bodoh berpolitik.

10. PH DI TAKUK LAMA

Mereka tidak boleh pergi lebih daripada trend 2008. Seolah telah mati akal untuk mencari formula baru bagi menambah sokongan. Kononnya menganggap dengan mengekalkan status quo boleh meningkatkan sokongan sebaliknya merudum pula.

Dengan dakwaan mewakili kelompok profesional, PH sepatutnya mencipta idea-idea baru untuk mewarnai trend politik Malaysia, bukan hanya muncul bercakap soal salah laku kerajaan sepanjang masa. Profesional mereka hanya jadi pembaca berita sahaja bukan sebagai jurutera masa depan negara. Sedangkan PAS pula walaupun dituduh jumud dan parti Pak Lebai, sudah bercakap perkara tersebut berpuluh tahun lalu sejak mereka masih ditipu BN lagi. Kini PAS sudah mula meninggalkan fasa itu untuk bergerak setapak lagi sebagai penyelesai masalah pula.

11. HUDUD BAHAN POLITIK

Sepanjang kempen PRK, PH jelas mempergunakan agama untuk politik walaupun PAS telah nyatakan RUU 355 bukan hudud. Ia hanya soal naiktaraf bidang kuasa mahkamah syariah. Pindaan sebegini sudah berlaku zaman 90-an dahulu dan bukan perkara pelik dari sudut perundangan.

Mereka bercakap di hadapan audiens bukan Islam isu ini walhal tiada kaitan sedikitpun dengan mereka. Nyata ia menjadi alat untuk memburukkan Islam secara halus. Dasar politik machiavelli, sanggup mengenepikan agama demi politik.

Namun PAS tidak peduli dan tetap bawa usul RUU sehingga dibaca. Ini menunjukkan PAS tidak sedikitpun bimbang soal sokongan kerana yang lebih mustahak adalah soal martabat agama, bukan semata-mata politik.

12. ISU NASIONAL TAK MAIN PERANAN

Kesilapan PH adalah banyak berceramah isu-isu nasional tanpa menyentuh isu setempat. Mereka juga tidak ada tokoh tempatan yang lebih dekat dengan rakyat. Semuanya mengharap tokoh luar. Walaupun isu yang dibawa sangat besar dan merugikan kerajaan, tetapi ia tidak mempengaruhi rakyat.

Rakyat perlukan pemimpin yang kenal mereka dan mereka kenal pemimpin. Rakyat tidak sempat berfikir soal jet atau 1MDB. Mereka lebih terkesan dengan isu setempat, isu harga barang, masalah JKKK, perparitan, prasarana kampung dan sebagainya.

13. MAHATHIR TUTUP BUKU

Nampaknya tidak ada apa yang boleh dibanggakan lagi kepada Mahathir. Menyatakan sokongan kepada PH pun tidak boleh berbuat apa. Sedarlah orang BN tidak wala' kepada individu walau sehebat manapun jasa dan namanya.

Bagi yang terhegeh gilakan sokongan dari Mahathir, ingatlah kembali tegasan Presiden PAS, usaha kalian itu hanya sia-sia sahaja. Kalau alergik dengan kebenaran dari PAS sekalipun, sekurang-kurangnya renunglah kembali warkah dari penjara.

14. ANALISIS AWAL PAKAR POLITIK TERSASAR

Sebelum PRK, ramai menjangka PAS akan jadi parti tercorot dan hilang pengaruh. Perkara ini disebut ramai pensyarah, pengulas, peramal dan pakar politik.

Hakikatnya apa yang disebut sekadar bersifat omongan kosong. Ataupun mereka memainkan peranan sebagai spekulator atau pencipta persepsi. Mereka tidak jujur dengan profesionaliti yang ada apabila bercakap tanpa statistik dan fakta.

Terdahulu mereka pernah buat ramalan untuk pemilihan PAS dan PAS pasca muktamar. Nyata semua itu tersasar. Rekod-rekod ini menunjukkan ulasan mereka ini tidak boleh lagi diterima untuk akan datang. Tidak keterlaluan jika saya nyatakan ulasan politikus BN lebih tepat dari mereka.

15. WAJAH BARU PAS DITERIMA

Undi PAS dalam PRK ini hapir sama dengan kedudukan seperti tahun 2004, sewaktu tanpa koalisi DAP. Ini menunjukkan undi teras PAS tidak tergugat. Satu petanda baik bagi PAS yang sedang mencuba pendekatan baru seperti BPMS dan blok ke-3. Penyokong PAS menerima baik perkara ini. Tuduhan bahawa PAS kini mengelirukan awam dan tersasar dari perjuangan adalah jauh dari realiti.

Kerja bertambah mudah apabila hanya perlu memahamkan atas pagar sahaja. BPMS dan Blok ke-3 masih di peringkat permulaan. Keputusan PRK ini amat positif untuk PAS meneruskan strategi ini hingga ke kemuncaknya.

16. KEKUATAN SEBENAR PAS

Walaupun PAS bersendirian, jika dibanding dengan gabungan tiga parti dalam PH, undi yang diperoleh sekata. Ini bermakna PAS menyumbang hampir 50% kekuatan PR selama ini. Nyata tanpa PAS, PH tiada apa-apa. PH perlu terima hakikat yang pahit ini.

Sedikit masa lagi PAS akan jadi parti termahal nilainya di Malaysia. Masing-masing akan berusaha merebut PAS sebagai rakan koalisi. Waktu inilah PAS boleh jual mahal, dengan mensyaratkan koalisi mestilah membenarkan PAS dengan cita-cita Islamnya. - HARAKAHDAILY 19/6/2016

Jika hilang kuasa jangan kata nak buat HUDUD, nak berkuliah dalam masjid pun akan kena halau macam dulu-dulu

Ipoh Mali

http://1.bp.blogspot.com/-zIt0_3hJ4Os/TwlFrt1FE-I/AAAAAAAAAeU/N_RdrdWdwjc/s1600/pakatan-rakyat.jpg 

Ostad dan Walaun PAS punya melabun.. kononnya bila kita tegas laksana Hudud.. Kita perguna kan agama untuk Politik.. berpisah dan bermusuh dgn DAP... lakukan pendekatan berbaik2 dgn UMNO... PAS akan dapat kembalikan sokongan Melayu kepada PAS.. Orang UMNO akan ramai2 berhijrah kepada PAS.. PAS punya sembang macam dia menang dah undi Melayu... pegi banding dgn Amanah..tak ker giler puak ni..

Depa sedar tak keputusan semalam 70% Undi Melayu pergi kepada UMNO ? depa sedar tak PAS berkongsi 30% Undi Melayu dgn Amanah .. Undi UMNO sikit pun tak pergi pada PAS.. PAS jer yang hilang 96% Undi Cina.. dan 30% Undi Melayu kepada Amanah berbanding PRU13.. 

kalau inilah bandingan nyer.. PAS akan hilang Kelantan.. dan hilang kerusi hampir kesemua kerusi Parlimen.. masa tu jgn kata Nak buat Hudud.. nak bagi Kuliah kat masjid pun kena halau mcm UMNO rampas terengganu dulu.. ni lah pandai2 nya Haji Hadi.. hari2 dia maki DAP.. Fitnah DAP.. last2 yg lawan PAS tu bukan DAP..tapi UMNO.. Undi2 orang Melayu tu bukan pergi pada PAS..tapi pergi pada UMNO...

Tu sebab..kita boleh berpegang pada Prinsip Islam..tapi bila kamu terjebak dgn Politik Fitnah dan Perkauman.. kamu dah tak dipercayai..kamu hilang maruah dan harga diri.. UMNO sebenarnya bukan mahu jadikan kamu isteri pun.. dia cuma berbaik dgn kamu untuk Lacurkan PAS dalam Politik Malaysia.. 

PAS hanya jadi Pelacur Politik UMNO.. yang lebh teruk PAS jadi pelacur agama.. Hilang Maruah agama dan Prinsip diri terjebak dalam Politik fitnah dan perkauman..

Fenomena Ayunan Madden-Julian punca hujan berlebihan

Hujan
KUALA LUMPUR - Keadaan hujan berlebihan yang dialami sejak kebelakangan ini khususnya di Lembah Klang adalah disebabkan oleh kesan fenomena Ayunan Madden-Julian (MJO), kata pakar.

Pakar Klimatologi dan Oseanografi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Fredolin Tangang berkata, negara kini berada dalam musim Monsun Barat Daya dan sepatutnya cuaca sepanjang bulan ini adalah panas dan kering.

"Fenomena MJO adalah sebahagian dari keragaman iklim antara musim di kawasan tropika yang berayun dengan kekerapan sekali dalam 20 hingga 60 hari yang berlaku dalam lapan fasa.

"MJO berlaku akibat interaksi lautan dan atmosfera menyebabkan kemunculan sistem perolakan atmosfera berskala besar di bahagian barat Lautan Hindi yang bergerak ke timur Lautan Pasifik merentasi kawasan Malaysia dan Indonesia," katanya kepada Bernama di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung keadaan hujan berlebihan yang dialami kawasan sekitar Lembah Klang pada lewat petang termasuk fenomena ribut petir luar biasa.

Dalam pada itu, Fredolin berkata melalui kajian yang dilakukan, musim Monsun Barat Daya antara bulan Jun hingga Ogos akan meningkatkan curahan hujan di kawasan pantai barat Semenanjung berbanding di kawasan pantai timur.

Beliau berkata berdasarkan laporan Pusat Ramalan Iklim Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan (NOAA) Amerika Syarikat, MJO muncul di Lautan Hindi dengan peningkatan perolakan atmosfera berskala besar pada minggu pertama bulan ini dan kini berada dalam Fasa 3.

"Keadaan ini menyebabkan curahan kadar hujan tinggi yang dialami ketika ini adalah menyamai keadaan pada April hingga Mei dengan kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia biasanya mengalami hujan pada sebelah petang hingga lewat malam.

"Bagaimanapun keadaan ini hanya akan bertahan dalam masa satu hingga dua minggu lagi apabila fenomena ini bergerak ke arah timur dan pusat perolakan melepasi kawasan kita," katanya.

Beliau menambah negara dijangka akan alami cuaca yang lebih panas dan kering apabila fenomena MJO beralih ke arah timur dan berada dalam fasa-fasa 4 hingga 7. - Bernama

BALING - Tiga tahun berdepan masalah air

Tiga tahun berdepan masalah air

BALING - Pusat Pengajian Anak-Anak Yatim Miskin dan Tahfiz Darussalam di Kampung Lanai, di sini merayu kepada pihak berwajib agar campur tangan bagi menyelesaikan masalah gangguan air dialami mereka sejak tiga tahun lalu.

Difahamkan masalah air di situ turut menyebabkan urusan beberapa penduduk di kampung berkenaan terganggu.

Pengasas Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Miskin dan Tahfiz Darussalam, Fadzil Lembut, 50, berkata, masalah bekalan air itu kerap berlaku terutamanya pada waktu pagi dan tengah hari.

Menurutnya, masalah itu menyebabkan bekalan air terpaksa dicatu untuk kegunaan 30 pelajar dan 10 guru termasuk kakitangan.

"Hampir setiap hari tak ada air. Kalau ada pun perlahan dan sikit saja," katanya.

Fadzil berkata, masalah itu turut menjejaskan urusan seharian pelajar, guru dan operasi pihak pentadbiran. 

"Kami menampung 30 pelajar berusia enam hingga 14 tahun di sini. Setiap pagi mereka akan dihantar ke sekolah kerajaan. Bila air selalu tak ada, pelajar tak dapat mandi untuk ke sekolah, pembelajaran mereka juga terganggu.

http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.533621!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_700/image.jpg
"Beberapa pelajar juga terpaksa dibawa mandi di rumah saya di Kuala Ketil yang jaraknya 10 kilometer dari sini. Malah ada beberapa program terpaksa dibatalkan berikutan apabila kunjungan dari luar tak dapat gunakan tandas untuk ambil wuduk akibat ketiadaan air," katanya.

Katanya, sarapan pagi untuk pelajar juga tidak dapat disediakan.

"Pihak sekolah terpaksa beli makanan dari luar.

"Air minuman guru dan murid-murid juga terpaksa bergantung kepada air bukit yang diambil lima kilometer dari sini," katanya.

Tambahnya, bagi meringankan beban ditanggung, pihaknya terpaksa menghabiskan ribuan ringgit untuk membina tangki air, telaga tiub dan perigi.

Walau bagaimanapun katanya, usaha itu tidak membantu mereka memperoleh bekalan air bersih sebaliknya masalah air tetap berterusan.

"Bekalan air bawah tanah juga mungkin tidak mencukupi. Saya harap wakil rakyat dapat turun padang dan meninjau masalah ini," katanya.

Tambahnya, aduan kepada Syarikat Air Darul Aman (Sada) sudah beberapa kali dibuat, namun masalah tiada jalan penyelesaian.

"Ini bukan kali pertama ia berlaku. Kami mohon pihak kerajaan dapat bantu selesaikan masalah ini," katanya.

Bagi Ketua Pelajar, Muhammad Zaki Muhammad Isa, 13, berkata, bekalan air terganggu sejak penghujung 2013 lagi pada tahun pertama dia didaftarkan.

Menurutnya, gangguan bekalan air yang kerap berlaku itu menyebabkan dia dan rakan-rakan tidak dapat memberikan tumpuan untuk belajar.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam dan Komunikasi Korporat Syarikat Air Darul Aman (Sada), Rofedi Sulaiman berkata, masalah itu berlaku akibat sistem pam air di Lanai gagal berfungsi disebabkan sumber air di Kolam Kuala Pegang tidak mencukupi.

“Kawasan di Lanai bergantung kepada sumber air dari kawasan Loji Sungai Limau, air dari sana disalurkan pula ke kolam air di Kuala Pegang.

“Bila air di kolam di Kuala Pegang tidak mencukupi, sistem pam di Lanai tidak dapat berfungsi, pihak Sada terpaksa menghidupkan semula sistem pam berkenaan, kedudukan pusat tahfiz itu juga mungkin berada di kawasan tinggi,” katanya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...