TERKINI :

Saturday, June 18, 2016

Persaingan sengit di tempat kedua AMANAH sedang mendahului PAS

8.15pm: Kiraan masih diteruskan. Setakat jam 8.06pm, AMANAH memintas PAS di Sungai Besar manakala BN pula terus meluaskan jurangnya di tempat pertama.

Angka tidak rasmi dilaporkan BN sebanyak 14,911 undi, AMANAH (7,230) dan PAS (6,342).

Beberapa pemimpin BN sudah mengucapkan terima kasih kepada pengundi di Twitter, seperti Datuk Ahmad Maslan dan Khairy Jamaluddin.

Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang berkata keputusan hari ini menunjukkan masyarakat Cina sudah letih melayan pembangkang.

Keputusan Tak Rasmi : BN menang di kedua-dua parlimen

BN menang di kedua-dua parlimen

7.52pm Keputusan tidak rasmi menunjukkan BN memang di kedua-dua pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

AMANAH beri PAS saingan hebat

7:20pm: Setakat ini, keputusan tidak rasmi dari kedua-dua Sungai yang Besar dan Kuala Kangsar menunjukkan AMANAH memberi PAS saingan yang hebat.

AMANAH telah meraih lebih 5,500 undi berbanding PAS yang mendapat sekitar 3,000 di Sungai Besar, manakala di Kuala Kangsar parti serpihan itu berjaya memenangi lebih 3,500 undi berbanding PAS yang mendapat kurang sedikit daripada 2,500 undi.

BN bagaimanapun terus mendahului di kedua-dua kerusi itu dengan selesa dengan undi yang dimenanginya mencecah hampir 10,000 di Sungai Besar dan 7,000 di Kuala Kangsar setakat ini.

Walaupun, jika digabungkan undi kedua-dua parti AMANAH dan PAS, pembangkang benar-benar memberi BN cabaran hebat.

Rafizi - PRK ini penting untuk menilai kecenderongan pengundi dalam PRU14

Rafizi Ramli


Selamat menjalankan amanah sebagai rakyat memilih pemimpin kepada pengundi-pengundi di Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Saya juga ucapkan tahniah kepada semua jentera Pakatan Harapan terutamanya sahabat-sahabat saya dari KEADILAN yang berkempen seolah-olah calon KEADILAN sendiri yang bertanding.

Seboleh mungkin saya memakai baju oren dan semua sidang media saya diadakan di Bilik Operasi AMANAH sepanjang kempen.

Pilihanraya kecil ini penting untuk menilai kecenderongan pengundi dalam PRU14 kelak yang boleh dipanggil seawal tahun depan.

Ini kali pertama ada 3 gabungan parti yang hampir sama kuat pengaruhnya di kalangan pengundi bertarung dalam pilihanraya iaitu:

Gabungan parti-parti kerajaan di peringkat Persekutuan - Barisan Nasional

Gabungan parti-parti pembangkang di peringkat Persekutuan - Pakatan Harapan

Gabungan parti bebas (menyokong atau membangkang kerajaan mengikut isu) di peringkat Persekutuan - Blok Ketiga

Kedudukan sokongan rakyat terhadap gabungan-gabungan ini bakal memberi gambaran aspirasi dan kehendak rakyat yang perlu diambil kira dalam menghadapi PRU14 kelak.

Saya percaya dengan kebijaksanaan rakyat dan selepas ini kita perlu teliti dengan mendalam keputusan di kedua-dua PRK.

Kena kat 'puak BN' hanya perang mulut biasa, kalau kat PH sebut 'bom' pun kelupoq habih..!!

Hanya perang mulut biasa, adat pilihan raya – BN

fght
KUALA KANGSAR: Tiada individu yang cedera dalam “perang mulut” yang tercetus antara petugas BN dan Pakatan Harapan di hadapan pusat mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan Tsung Wah kira-kira jam 11 pagi tadi.

Petugas BN yang enggan dinamakan menyifatkan insiden itu sebagai pertengkaran biasa antara parti politik ketika pilihan raya.

“Biasalah pada hari mengundi macam ini. Kalau senyap sahaja tak meriah pula. Sekadar perang mulut, tiada apa yang berlaku,” katanya ketika ditemui FMT hari ini.

Bagaimanapun, beliau mengakui beberapa ‘pemuda’ terlanjur kata-kata ketika pertelingkahan itu berlaku.

Satu rakaman video muncul menunjukkan pertelingkahan antara petugas BN dan petugas Amanah yang membabitkan Adun DAP Pasir Pinji, Howard Lee.

Rakaman selama 12 saat itu menunjukkan seorang lelaki berkaca mata hitam mencekak baju Howard sambil memegang penumbuk dan menjerit “Apa lu cakap?” yang diiringi sorakan petugas BN lain.

Howard dalam satu kenyataan menerusi Facebooknya berkata, petugas BN membuat provokasi dengan menjerit ‘balik, balik, balik Tongsan (China)’ kepada pihaknya.

“Saya tidak boleh terima provokasi seperti itu. Ahli-ahli MCA yang bersama mereka diam sahaja. Tetapi itu sudah dijangka.

“Apabila diminta jangan biadap, ketua mereka balas dengan tindakan yang lebih biadap, malah bersikap samseng, mencekik saya dan hendak menumbuk saya,” tulisnya.

Dalam pada itu, seorang anggota polis yang ditugaskan di tempat kejadian memaklumkan pergaduhan tersebut tidak lama dan tidak membawa kepada insiden lebih serius.

“Mereka hanya perang mulut, tidak sampai ke tahap (pergaduhan) fizikal. Malah saya yang leraikan mereka,” katanya yang enggan dinamakan.

Menteri Besar Kedah jalani rawatan fisioterapi

GEORGETOWN: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang menjalani pembedahan akibat komplikasi usus minggu lalu, dilaporkan sedang menjalani rawatan fisioterapi di Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini.

Setiausaha Politik beliau, Datuk Shaiful Hazizy Zainal Abidin, berkata keadaan kesihatan Ahmad Bashah semakin pulih selepas menjalani rawatan berkenaan dan kini Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah itu dikatakan sudah boleh berjalan sendiri.

"Ahmad Bashah semakin pulih, namun beliau memerlukan sedikit masa untuk menjalani rawatan susulan di HPP.

"Keadaan beliau stabil dan masih dalam pemantauan pihak hospital dan beliau dijangka kembali bertugas sejurus rawatan selesai," katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Shaiful Hazizy berkata, pihaknya bagaimanapun tidak boleh mengesahkan tempoh masa yang diambil untuk rawatan Ahmad Bashah di HPP, namun percaya pihak hospital akan melakukan yang terbaik.

Ahmad Bashah dipindah dari Kedah Medical Centre (KMC), Alor Setar ke HPP pada 6 Jun lalu, berikutan hospital itu mempunyai kelengkapan yang lebih terkini.

Pada 4 Jun lalu, beliau dikejarkan ke KMC selepas pitam. BH

AMANAH: 'Pengundi kritikal' atau 'atas pagar' tentukan keputusan

Keputusan dua pilihan raya kecil (PRK) hari ini sebahagian besarnya akan bergantung kepada undi 'pengundi kritikal' atau 'pengundi atas pagar', kata Pengarah Strategi AMANAH, Dzulkefly Ahmad.

Katanya, keputusan bergantung pada keberanian 'pengundi kritikal', yang dijangka menterjemahkan 'perbezaan pendapat dan kekecewaan' mereka terhadap kepimpinan mereka atau pengundi atas pagar yang telah mengundi parti/gabungan tertentu, untuk beralih sokongan/kesetiaan dalam PRK kali ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata 'pengundi kritikal' termasuk apa yang beliau sifatkan sebagai ahli PAS dan penyokong bukan ahli yang "tidak puas hati".

Beliau menambah ini termasuk ahli atau penyokong Umno yang sama ada pro-bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad atau anti-Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ahli-ahli Umno ini, katanya, mungkin juga tidak bersetuju dengan pemilihan calon, katanya.

Menurutnya, terdapat sebab-sebab dan bukti yang mencukupi bahawa golongan ini akan membawa perubahan besar terhadap undi kepada PAS dan Umno.

Bagaimanapun, katanya, belum dapat dilihat dan diukur sama ada undi mereka akan beralih kepada AMANAH/Pakatan Harapan.

Sambil menyifatkan kedua-dua PRK itu sebagai kompleks untuk diramalkan, Dzulkefly menjelaskan beliau teruja untuk melihat sama ada parti baru ditubuhkan AMANAH, dengan diapit oleh DAP dan PKR, boleh membuat kejutan dalam PRK tersebut.

Beliau juga menyatakan bahawa kehadiran Mahathir dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali dalam kempen di sana, telah menyumbang dalam menangani segmen tertentu pengundi Melayu.

Pengundi Kuala Kangsar, Sungai Besar pilih MP baru hari ini | #UndilahAmanah

Hari ini, para pengundi di kawasan Parlimen Sungai Besar dan Parlimen Kuala Kangsar akan memilih wakil rakyat mereka yang baru.

Seramai 32,632 daripada 32,949 pemilih berdaftar layak mengundi dalam pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar.

Manakala 42,365 pengundi layak mengundi di Sungai Besar.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), membuka 23 pusat mengundi di Kuala Kangsar dan 28 pusat mengundi di Sungai Besar, yang akan dibuka mulai pukul 8 pagi hingga 5 petang.

PRK Parlimen Kuala Kangsar menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Datin Mastura Mohd Yazid, Dr Najihatussalehah Ahmad (PAS), Prof Dr Ahmad Termizi Ramli (Parti Amanah Negara) dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary.

Manakala PRK Parlimen Sungai Besar merupakan pertembungan tiga penjuru antara calon BN yang juga ADUN Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi; calon PAS yang juga ADUN Meru,Dr Abdul Rani Osman dan Azhar Abdul Shukur daripada Parti Amanah Negara (Amanah), yang mewakili Pakatan Harapan.

PRK Sungai Besar diadakan serentak dengan PRK Parlimen Kuala Kangsar berikutan kematian penyandangnya Tan Sri Noriah Kasnon (Sungai Besar) dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad (Kuala Kangsar) dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

PRK Sungai Besar dianggap lebih sengit berbanding di Kuala Kangsar berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 di mana Noriah menewaskan calon PAS Mohamed Salleh M. Hussin dengan majoriti 399 undi.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...