TERKINI :

Friday, June 17, 2016

Skandal NAJIB & ROSMAH meningkatkan peluang AMANAH dihadapan

Pakatan Harapan berkempen dalam pusingan terakhir bagi menarik pengundi di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, dengan tinggal tidak sampai 24 jam lagi sebelum hari mengundi.

Sejak dua minggu lalu, para pemimpin pembangkang memainkan isu skandal yang melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, isterinya Rosmah Mansor dan 1MDB sebagai sebahagian daripada kempennya.

Pembangkang turut dibantu oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam usaha untuk meningkatkan peluang AMANAH mengalahkan BN dan PAS.

Tinjauan awal menunjukkan BN sedang mara menuju kemenangan di Sungai Besar, dengan pihak pembangkang seolah-olah gagal memberikan daya tarikan kepada pengundi.

Ceramah-ceramah yang dijalankan oleh PAS dan AMANAH gagal untuk menarik hadirin melebihi 200 orang.

Bagaimanapun, pemerhati politik dari Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, isu skandal berkenaan mungkin memberi kelebihan kepada AMANAH di Sungai Besar.

"Kesan tersebut dirasai terutama sekali di kalangan masyarakat kelas pertengahan dan pengundi Cina," ujar Awang Azman kepada Malaysiakini, sambil menambah BN juga sedang bekerja keras untuk menangani kesan itu.

Namun, jelasnya, majoriti pengundi di kerusi separa luar bandar adalah lebih prihatin tentang isu-isu lain dan lebih mudah tertarik dengan 'bantuan sementara' dari BN.

Sementara itu, penganalisis politik, Tang Ah Chai pula merasakan AMANAH bermula sebagai lawan yang paling lemah di kalangan tiga parti yang bertanding di Kuala Kangsar.

Bagaimanapun, jelas beliau, AMANAH seolah-olah telah memacu terkehadapan berbanding PAS dan dapat memecahkan sokongan asas terhadap parti Islam itu.

"BN masih mempunyai kelebihan, tetapi Amanah turut mengejar hampir," kata Tang.

Keadaan ini membuatkan BN berpeluh jua, katanya.

Mohammad Agus Yusoff - Percayalah PAS tidak boleh hebat sendirian.


PRK ini menarik. Pertama, semua calon yang bertanding hebat dan mempunyai kelulusan yang tinggi. Kedua, banyaknya isu dalam kedua-dua PRK ini. Ketiga, kali pertama parti serpihan PAS, Amanah turut bertanding. Keempat, PAS kembali bertanding sendirian tanpa kerjasama dengan parti lain, tetapi masih yakin untuk mencipta kemenangan.

PARTI MANA MENANG?

Tanpa ragu BN akan menang di kedua-dua kawasan. Senarailah apa juga masalah dalaman dan luaran yang dihadapi oleh BN, namun parti ini tetap menang cemerlang dengan majoriti yang meningkat berbanding PRU 2013.

Amanah di tempat kedua. Biarpun parti baru, sokongan diterimanya dari bukan Melayu cukup kuat. Selain itu, Amanah juga mendapat sokongan kuat golongan Melayu Islamis yang progresif.

PAS yang telah lama dalam politik negara pula ketinggalan di belakang. PAS hanya bergantung undi kepada penyokong tegarnya sahaja. Pengundi bukan Melayu yang sebelum ini menyukai PAS tidak akan mengundi PAS lagi. Pengundi atas pagar juga begitu, tidak ramai yang akan mengundi PAS.

Berbeza sungguh dahulu dan sekarang. Dahulu PAS boleh berharap kepada pengundi atas pagar untuk menyokongnya, tetapi sekarang ini PAS sendiri pula yang berada di atas pagar—ke kanan tidak ke kiri pun tidak.

Mengapa begitu PAS sekarang? Panjang huraiannya. Yang pastinya selepas dua PRK ini, jika masih ada lagi penyokong tegar PAS berkata, kami tidak mengharapkan kemenangan dan hanya mahukan redha Alah sahaja, maka saya tidak boleh hendak komen lagi.

Melihat perjalanan PRK di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, saya fikir pendekatan politik PAS mengundur ke belakang.

Nasihat saya, jika PAS mahu kekal bersaing dalam politik negara, bekerjasama dengan kaum lain dan juga parti lain yang kuat. Percayalah PAS tidak boleh hebat sendirian.

Undi BN ibarat menghalalkan wang ‘dicuri’ Najib

Satu undi untuk parti Najib pasti akan menggelapkan kehidupan seorang anak cucu rakyat Malaysia, kata Anina Saadudin.

PETALING JAYA: Bekas ahli UMNO Langkawi, Anina Saadudin berkata pengundi di kawasan Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar perlu menolak calon BN kerana mereka bersekongkol dengan perdana menteri ‘zalim’.

Katanya, tindakan memberi undi kepada calon BN ibarat menghalalkan wang yang ‘dicuri’ perdana menteri sepanjang memerintah negara menerusi skandal 1MDB.

“Menyedari hakikat perit UMNO sudah menjadi parti Najib maka saya mengambil pendirian tegas calon Najib perlu dikalahkan dalam PRK Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

“Satu undi untuk calon parti Najib adalah satu undi untuk menghalalkan setiap sen yang dicuri Najib. Setiap undi untuk calon parti Najib bermakna satu undi untuk bersubahat dengan wang yang haram dimakan umat Islam.

“Satu undi untuk parti Najib pasti akan menggelapkan kehidupan seorang anak cucu rakyat Malaysia,” katanya kepada FMT hari ini.

Sementara itu, Naib Presiden Gabungan Ketua Cawangan UMNO Malaysia (GKCM) Rushdan Mohamed berkata walaupun calon yang mewakili BN dalam PRK tersebut mempunyai rekod baik, ia tidak mampu mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kejahatan yang dilakukan Datuk Seri Najib Razak.

“Sebagus mana calon dihantar oleh BN, pemimpin tersebut tidak akan ke mana kerana kebaikan mereka tidak akan mengatasi kejahatan atau keburukan yang dilakukan tuan (presiden UMNO) mereka,” katanya.

Katanya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tun Dr Mahathir Mohamed membantu calon AMANAH kerana parti sama turut menentang Najib selaras dengan gerakan itu mendesak perdana menteri berundur.

“GKCM turun ke kedua-dua lokasi PRK. Kami akan berkempen kepada parti yang menentang Najib iaitu AMANAH.

“Saya yakin rakyat juga menyokong apa yang GKCM buat iaitu mereka memberi undi kepada parti yang melawan Najib (BN),” katanya kepada FMT.

PANAS | Muhyiddin di serang isu skandal dengan isteri orang pula..!

Raja Petra dedah SD kaitkan Muhyiddin dengan skandal

Penulis blog Raja Petra Kamaruddin menyiarkan dokumen akuan bersumpah (SD) seorang lelaki mendakwa wujud hubungan sulit antara isterinya dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kata lelaki dikenali sebagai Stanley Clement Augustin itu isterinya Nika Gee Siew Yee mempunyai hubungan dengan Muhyiddin ketika tokoh berkenaan menjadi menteri besar Johor.

Dokumen berkenaan yang disiar Raja Petra pada blognya juga mendakwa isteri Muhyiddin menyedari hubungan berkenaan dan melarang wanita terbabit bertemu dengan bekas timbalan perdana menteri itu.

SD berkenaan juga mendakwa Gee bertemu Muhyiddin di luar negara dan menerima pelbagai faedah daripada tokoh itu, termasuk dari aspek kewangan.

Justeru kata Raja Petra disebabkan kumpulan yang tidak sehaluan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata akan menyaman sebarang dakwaan tidak benar terhadap Muhyiddin, beliau perlu mengambil langkah itu untuk menafikan SD berkenaan tidak benar.

"Suami (Gee) memberitahu kita SD berkenaan dibuat berdasarkan pengakuan wanita terbabit

"Justeru jika Muhyiddin mahu menafikan hal ini dan mahu menyaman sesiapa yang menuduhnya menjalin hubungan dengan isteri orang, beliau mesti menyaman Nika Gee.

"Satu-satunya cara untuk Muhyiddin membersihkan namanya hanyalah dengan mengemukakan saman. Tidak ada cara lain," katanya.

Tulisan itu diterbitkan sehari selepas Muhyiddn mendakwa tuduhan berkaitan skandal dibuat Raja Petra tidak berasas dan berniat jahat.

Muhyiddin juga berkata ia sengaja dilemparkan kepadanya semata-mata untuk merosakkan integriti dan berbaur politik yang "cukup menjijikkan".

Dalam kenyataan terbukanya Semalam anggota parlimen Pagoh itu berkata tuduhan itu lebih tidak wajar kerana dibuat pada bulan Ramadan.

SD Augustin itu bertarikh 7 Disember 2015 dan dibuat ketika proses perceraiannya dengan Gee sedang berlangsung.

Bagaimanapun ketika dihubungi, Augustin menolak daripada memberikan sebarang komen.

Exco Kedah bersidang di Hospital Pulau Pinang?

Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) Kedah akan bersidang di Hospital Pulau Pinang, memandangkan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah sedang berehat di situ.

FMT difahamkan mesyuarat berkemungkinan besar diadakan Rabu depan.

“Saya diberitahu mengenai mesyuarat di Pulau Pinang. Tiada surat rasmi setakat ini tetapi nampaknya akan berlaku,” kata seorang exco kanan Kedah ketika dihubungi.

The Star hari ini melaporkan Speaker Kedah Datuk Md Rozai Shafian sebagai berkata anggota exco akan bertemu menteri besar, “memandangkan beliau sedang berehat di sana”.

Bashah pengsan semasa mengadakan mesyuarat bersama ahli Dewan Undangan Negeri di sebuah hotel di Alor Star 3 Jun lalu.

Beliau dikejarkan ke sebuah hospital swasta dan ditempatkan dalam rawatan rapi.

Pada 6 Jun lalu, Bashah dibawa ke Hospital Pulau Pinang bagi menjalani pembedahan kecil di bahagian usus.

Semalam, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali seusai lawatannya berkata Bashah dalam keadaan bersemangat dan diberi makanan mudah hadam.

Dr Mahathir dijembalangkan, Najib di Malaikatkan (1)

June 16, 2016 / Unknown Soldier

Penentang2 Dr Mahathir, yang dahulunya semua menyanjung Dr Mahathir, sekarang menghentam dr Mahathir. Dr Mahathir is demonised, sementara Najib is angelized.

Dr Mahathir dijembalangkan, Najib dimala-ikatkan.

Inilah sebab nya saya kata, kita orang Melayu yang beragama Islam, secara purata nya adalah hipokrit. Semasa zaman Mahathir, mereka menyanjung Dr Mahathir sebagai pemimpin yang mempunyai wawasan agung. Tidak ada Islam Hadhari, tidak ada maqasid shar’iyah dan tidak ada wasathiyah.

Ironisnya, Malaysia jatuh merendah bila pemerintah mengistihar keIslamikan nya. Pak Lah dengan Islam hadhari hanya accomplished perbelanjaan2 yang tidak mendatangkan hasil. Kepada Pak Lah simbolisme itu lebih penting dari pencapaian konkrit.

Najib punya maqasid dan wasathiyah hanya menghasilkan kecenderungan Islam yang militen. Itu yang Najib mahukan-topeng menyembunyikan kemungkaran nya. Kepuraan dan hipokrasi Najib mengasyikkan pemimpin2 PAS yang sebetulnya, letih berjuang dan mahukan imbuhan segera.

Mahkamah syariah dan pegawai yang tidak dipilih rakyat, menganugerahkan kepada diri mereka sendiri, kuasa untuk mengkategorikan keIslaman rakyat jelata. Kalau tak ikut, belasah. Istihar murtad dan sebagainya.

Itu menunjukkan kita mesti menyekat usaha politik Islam yang akan hanya memundurkan rakyat. Tanda nya nyata dan jelas didepan kita- hampir semua negara Islam yang mengistiharkan melaksana atau memakai variant Islamic state- semua nya gagal.

Terima atau tidak, fakta nya ialah golongan ustaz tak tahu mengurus negara moden.

Zaman Mahathir, Malaysia terkenal diserata dunia kerana sebab2 yang betul. Dr Mahathir merupakan pemimpin dunia sedang membangun yang berani menyanggah kebijaksanaan konvensyional. Rakyat Malaysia mendapat inspirasi dan mempunyai jatidiri dan keyakinan.

Semua menteri yang ada dalam cabinet, majority nya sama seperti Najib- they made hay while the Mahathir sun shone. And what glorious hay they made.

Sekarang Malaysia dibawah Najib, dikenali kerana semua sebab2 yang salah. Malaysia segera mendapat reputasi penyaluran wang haram, perdagangan manusia, tamak haloba tidak mengenali sempadan. Rasuah meningkat kekerapan nya dan meningkat nilai nya. Pihak pemerintah mengecisnya sebagai hanya persepsi rasuah.

Malaysia sekarang dikenali kerana 1MDB, pengaliran wang secara haram keluar negara, Najib yang rasuah dan pelaku pendhobian wang. Pemimpin Jepun akan hara kiri, pemimpin seperti Najib, meningkatkan benci.

Bolehkah kita dibodohkan oleh menteri2 UMNO yang mahu menyalahkan Mahathir kerana apa yang terjadi? Kaitan antara Mahathir dengan apa yang berlaku sekarang terlalu remote dan sudah pun terjadi intervening events, memisahkan pengkaitan dengan Mahathir dan pertanggungjawaban nya.

Malaysia melalui beberapa tahun zaman kaki tidur Pak Lah dan sejak 2009, Najib mengambil alih. Apa yang berlaku sekarang dimulakan oleh Najib. Pengistiharan, zaman kerajaan tahu semua rupa2 nya omongan kosong dan penyedap hati sahaja. Dalam zaman Najib, pemerintah mencampuri dan mengontrol kehidupan rakyat jelata.

Kita membutakan mata keatas kemungkaran yang Najib lakukan. Yang paling menyedihkan ustaz2 pas pun sama memuliakan pencapaian Najib. Kita jangan percaya ustaz2 gila kuasa ini. Ramai ahli kitab, sedikit yang asli, majority fasik.

Pulaukan ustaz2 nanar itu. Adakah warna symbol, symbol dan sebutan parti jadi isiu besar dalam pilihanraya? Ustaz dan ustazah pas ini orang terencat akal atau apa? kita sudah meluat dan menyampah golongan ugama terus menyokong kemungkaran yang dilakukan Najib. Kita loya dengan PAS melakukan spiritual blackmail- kalau tak undi calun mereka, orang Melayu berdosa, celaka, tak dapat pahala, miss peluang hendak masuk syurga.

Penyokong PAS sendiri mesti tanya apa sudah jadi pada para pemimpin mereka. Tolong berhenti dari mensedekahkan kita pahala ,dosa, atau passport ke syurga. Orang Melayu sebetulnya tidak memerlukan pensijilan dari pemimpin PAS untuk mengesahkan iktikad kepercayaan mereka. Dibelakang awak semua, pemimpin awak buat bisnes besar, melakukan maksiat, dalam hotel pesan dua perempuan serentak. Ramai pemimpin PAS hipokrit.

Rata2 nya, seperti orang tidak berakal dan otak tak centre, mereka mengatakan Dr Mahathir pun belanja mewah dan menghabiskan duit negara. Banyak dia buat perkara2 membazir teriak mereka.

Tapi itu semua, pudar jika dibandingkan dengan Najib al wasathiyah. Najib terbukti PM dan pemimpin yang membawa musibah dan memusnahkan UMNO. Ahli UMNO sendiri tidak percaya pada UMNO. Itu terjadi bukan salah orang lain, tapi kerana pimpinan UMNO sendiri. Salahkan diri sendiri. Orang UMNO tidak ada keberanian untuk menegakkan kebenaran.

Semasa melancarkan model proton perdana baru, Najib tidak melepaskan peluang untuk hentam Dr Mahathir. Proton terpaksa disuntik dengan dana secara berterusan. Excesses dalam Proton, tempelak Najib ialah kerana Dr Mahathir.

Apa yang orang lupa, ialah ‘pembaziran’ Dr Mahathir boleh dinikmati oleh rakyat. Keberadaan proton misalnya, menyebabkan jutaan rakyat terutama orang Melayu mampu beli kereta dan menggunakan kereta proton untuk pelbagai tujuan.

Rakyat yang dahulunya, berada diluar pasaran kereta, kini mampu memasuki pasaran kereta yang kalau tidak hanya dinikmati oleh geng2 bourgeois Najib dan Rosmah.

Kita hanya tanya Najib satu soalan sahaja. Setelah membebankan 1MDB ( baca negara dan rakyat) apa yang boleh ditunjukkan oleh Najib lautan biru? Apa yang dia boleh tunjukkan kepada kita?

Felda is gone. NFC jadi lembu dan melembukan rakyat. KWAP di sauk nya. KWSP tidak ada duit spare untuk diganggu Najib kalau ada, pasti ranap. Nasib baik hasil Petronas merudum.

Duit dalam GLC tidak lagi selamat selagi lanun Bugis ini ada. Zaman dahulu, merompak dilautan, zaman ini, merompak perbendaharaan!

Najib ingat dia baca strateji lautan biru, 2-3 muka surat, sudah melayakkan dia menjadi pengurus ekonomi Malaysia. Najib menyebabkan negara kita muflis dan terdedah kepada musibah ekonomi.

Sekali lagi, apa yang Najib boleh tunjuk dari 1MDB? Tidak ada apa2.

JANGAN RASA BERSALAH BERI LAPORAN KEMASKINI KESIHATAN MB KEDAH - BEKAS MENTERI

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2016/01/Ahmad-Bashah2.jpg

Pihak yang bertanggungjawab tidak sewajarnya merasa bersalah untuk memberikan maklumat terkini dari masa kemasa mengenai keadaan kesihatan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang telah masuk hari keenam berada di hospital.

Beliau telah dikejarkan ke Kedah Medical Center(KMC) Sabtu lalu setelah pengsan ketika mempengerusikan suatu mesyuarat tetapi dipindahkan ke Hospital Besar Pulau Pinang untuk menjalani pembedahan usus.

Suatu Kenyataan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah mengatakan bahawa beliau terpaksa berada di wad ICU sehingga keadaannya pulih.

Media di minta membuat laporan mengenainya hanya dari kenyataan rasmi dari Pejabat Setiausaha Kerajaan atau MB tetapi sehingga ini belum ada kenyataan terkini mengenai keadaan MB Kedah itu samaada masih berada dalam ICU atau telah keluar.

Ketidak konsistensi laporan mengenai keadaan kesihatan MB Kedah itu bermula sejak dari penapian pengsan kepada hanya pitam, tidak serius tetapi kemudiannya terpaksa di kejarkan ke Hospital Besar Pulau Pinang kerana alat kelengkapan rawatannya lebih baik bagi komplikasi usus dan kemudian diketahui berada dalam Wad Rawatan Kecemasan( ICU) kerana jalani pembedahan usus.

Berbagai spekulasi timbul kerana tidak adanya konsistensi dalam lapuran itu dan menimbulkan anggapan seperti ada usaha untuk menyembunyikan keadaan sebenar kesihatan MB Kedah itu.

Oleh kerana perlantikan Datuk Seri Ahmad Bashah sebagai MB berlaku berlaku atas penyingkiran Mukhriz Tun Mahathir maka orang ramai merasakan mereka dinapikan untuk mengetahui keadaan yang sebenar yang mungkin selari dengan sentimen mereka.

Hal lini adalah berbanding dengan lapuran kesihatan mengenai bekas dua MB Kedah yang ketika menjalani rawatan senantiasa dikemaskini iaitu Datuk Azizan dari Pas dan Datuk Syed Razak yang diberkan tekanan dengan berbagai lapuran negatif setiap hari bagi membolehkan penyingkirannya disegerakan untuk digantikan dengan Mahathir Khalid.

Mana respon daripada JPM? Jawablah isu JET yang Rafizi dok tanya.. bukan suruh hantaq Rizal mai buat macho ja..!!

KENAPA LAMBAT MENJAWAB?

Shahbudin Husin, 
 
 
Ini satu lagi persoalan baru yang ditanyakan oleh Rafizi Ramli berkaitan dengan jet eksekutif milik kerajaan setelah sebelum ini membangkitkan beberapa isu penggunaannya yang dikaitkan dengan isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor.

Sejak awal petang semalam sebaik Rafizi menanyakan soalan sama ada benar atau tidak jet kerajaan itu berada di Kazakhstan, kenapa belum ada sesiapa yang tampil memberi jawapan?

Mana respon daripada Jabatan Perdana Menteri? Jawablah, betul atau tidak jet tersebut pernah berada di Kazakhstan ketika ia dikatakan sedang diselenggara? 

Bukankah sekarang era langit terbuka dan zaman serba pantas? Kenapa masih begitu lembab dalam bertindak?

Mana sekian ramai pegawai PMO yang bertanggungjawab berkaitan media dan komunikasi?

Mana  juga Rizal Mansor yang sebelum ini panjang lebar menjawab di laman sosial Facebooknya setiap kali Rafizi membangkitkan isu jet yang dikaitkan dengan Rosmah?

Sudah beberapa jam berlalu, mengapa tidak menulis apa-apa? Masih berduka lara sebab tak dibenarkan masuk dalam sidang media Rafizi dua hari lalu?

Bila sebenarnya mahu dijawab - esok, lusa atau selepas pilihanraya Sungai Besar dan Kuala Kangsar nanti? (SH 17/06/2016).

PRK ini referendum buat Amanah dan PAS

Oleh Yunus Tasim

sungai-besar_kuala-kangsar_amanah_pas_600 

Banyak sudah diperkatakan tentang Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Malah ramai yang meramalkan Barisan Nasional (BN) akan menang mudah dengan majoriti lebih besar.

Sebenarnya Umno/BN tak perlu kempen. BN boleh tarik nafas lega bila Suruhanjaya Pilihanr Raya (SPR) mengumumkan pertandingan tiga-penjuru biar pun calonnya tidak segah mana.

PRK ini tidak membawa erti yang besar kepada BN/Umno dan Malaysia. Siapa yang menang sekali pun, kedudukan Umno/BN di parlimen dan kerajaan persekutuan tidak tergugat.

Seperti Sarawak, Umno/BN pasti ingin mendapat petunjuk sokongan rakyat Semenanjung terhadapnya. Apakah 1MDB dan kes-kes yang melibatkan perdana menteri mempengaruhi keputusan rakyat terutama rakyat luar bandar?

Umno/BN juga ingin menguji betapa pengaruh Tun Dr Mahathir Mohamad mampu menggugat kedudukan Najib dan Umno/BN di Malaysia.

PRK ini bukan untuk Umno/BN. Dan Umno/BN tahu penyertaan PAS menguntungkan mereka kerana undi “orang Islam” berpecah sedang undi orang ultra-Melayu kukuh untuk mereka. Apatah lagi sejak kebelakangan ini pimpinan PAS banyak didakwa “menyokong dan mengampu” Najib.

Yang ada pun bunyi kokok sumbang timbalan presidennya berbeza dari arus perdana pimpinan PAS.

Jadi apakah penglibatan PAS dalam PRK ini hanyalah “dummy” dan perosak untuk memastikan Umno/BN menang?

Atau untuk pastikan saingan Umno/BN iaitu Pakatan Harapan (PH) tidak menang?

Atau lebih rasis, untuk pastikan DAP tidak menang dan berkuasa?

Yang pasti PRK ini adalah referendum untuk PAS dan juga Amanah. PAS yang mengaku kembali solo setelah talak dari Pakatan Rakyat, mahu menguji popularitinya sebagai kuasa ketiga.

Tentu tidak ada masalah di kalangan ahli dan penyokong tegar PAS yang wala sekian lama. Tetapi kemenangan dalam pilihanraya tidak hanya bergantung kepada ahli dan yang simpati sahaja. Lainlah kalau Pas menyertai pilihanraya bukan untuk menang tetapi hanya sekadar untuk redha Allah dan untuk menjadi penasihat seperti yang digembar-gemburkan sebahagian pemimpinnya.

Apatah lagi dengan sokongan talian hayat dari Umno, PAS rasa tidak perlu bersusah payah untuk mencapai cita-cita utama perjuangannya melaksanakan hudud di Malaysia.

PAS juga berfikir kemenangannya pada PRU12 dan PRU13 bukanlah kerana gabungan mereka dengan Pakatan Rakyat.

Malah ada suara dalaman PAS yang mendabik dada mengatakan kemenangan PR adalah kerana jentera pilihanraya PAS yang kuat. Dan undi bukan Melayu kepada PAS pada PRU yang lepas adalah kerana mereka memang menyokong perjuangan PAS, bukan kerana kerjasama dalam PR.

Apakah telahan PAS ini satu realiti? Atau cuma mimpi di siang hari? Hari Sabtu adalah penentunya.

PRK ini juga untuk mengukur penerimaan rakyat kepada parti baru Amanah. Parti “serpihan PAS” ini dari awal menyatakan pendiriannya yang tegas dan jelas.

Untuk membetulkan kebobrokan dan menghancurkan kemungkaran yang dilakukan oleh Umno/BN sejak azali terutama kerosakan yang menjadi pengetahuan rakyat dan dunia akhir-akhir ini, rakyat dan Malaysia memerlukan sistem dua parti di mana parti yang memerintah dan parti pembangkang mestilah sama kuat.

Malangnya parti pembangkang dilihat terus bercakaran sama sendiri. Sesuatu yang dipersetujui mudah saja diruntuhkan dan ini mengelirukan rakyat dan pengundi.

Di harap parti pembangkang sedar dan dengan talaknya PAS dari PR dan penubuhan PH dengan ahli baru Amanah, pembangkang boleh bersatu dari segi tujuan dan tindakan walaupun di sana kita tahu politiking di kalangan ahli politik PKR terlalu tinggi dan boleh merosakkan.

PRK ini adalah medan yang terbaik untuk PH dan Amanah membuktikan mereka boleh memberi harapan baharu kepada rakyat Malaysia.

Yang pasti, tidak ada lagi tikam dari belakang. Tidak ada presiden sesebuah parti akan veto bercanggah dengan keputusan Majlis Presiden.

Untuk Amanah, menang PRK ini amat tipis, tapi tidak mustahil. PBS yang baru ditubuhkan boleh kalahkan Berjaya dan Usno. Jika pengundi bukan Melayu beri sokongan padu diikuti dengan ahli PAS yang dah insaf dengan “kecelaruan pemimpinnya” terutama persekongkolan mereka dengan Umno dan kemungkaran pemimpin Umno.

Faktor Dr Mahathir dan surat terbuka beliau kepada pengundi dalam PRK ini mungkin memberi impak akan keputusan Sabtu ini.

Kalau pun tak menang, tetapi jika undi Amanah melepasi undi PAS sebenarnya sudah memenangkan Amanah, dan bibit kemenangan PH di PRU akan datang tidak boleh dipandang enteng.

Yunus Tasim adalah pembaca FMT.

Mahkamah tolak permohonan KPN, Ismail Sabri untuk membatalkan saman fitnah Naib Presiden PKR, Nurul Izzah

KPN, Ismail Sabri

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membatalkan saman fitnah Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Saman itu berhubung dakwaan mereka menuduhnya sebagai penderhaka kepada negara selepas bergambar dengan Puteri Sulu, Jacel Kiram.

http://www.justreadonline.com/wp-content/uploads/2016/05/8d5c-e1462099426821-1132x670.jpegHakim Mahkamah Tinggi Datuk John Louis O'Hara menolak saman berkenaan selepas mendapati saman itu wajar dibicarakan.

Dalam penghakimannya, John Louis berkata, saman tersebut mempunyai kausa dan tindakan yang munasabah untuk didengar.

Sehubungan itu John Louis memerintahkan Khalid dan Ismail Sabri membayar kos RM5,000 kepada Nurul Izzah.

Dalam pada itu John Louis turut menasihati kedua-dua pihak untuk menyelesaikan saman itu melalui proses rundingan (mediasi).

Prosiding di mahkamah terbuka itu dihadiri peguam Shahid Adli Kamarudin bagi pihak Nurul Izzah manakala Khalid dan Ismail Sabri diwakili peguam kanan persekutuan, Alice Loke Yee Ching.

Pada 26 November tahun lalu Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai memfailkan saman itu dengan mendakwa Khalid telah mengeluarkan perkataan-perkataan fitnah terhadapnya dalam satu sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis, Bukit Aman pada 22 November 2015.

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2015/11/Nurul.jpg
Dalam pernyataan tuntutannya, beliau berkata perkataan fitnah itu dikeluarkan selepas beberapa hari gambar yang memaparkannya (Nurul Izzah) bersama Jacel Kiram, anak perempuan Jamalulail Kiram yang dikatakan mengarahkan atau mengetuai serangan dan pencerobohan ke atas Sabah, pada 2013.

Nurul Izzah mendakwa dalam makna asal atau biasa, perkataan-perkataan fitnah itu bermaksud bahawa beliau adalah seorang penderhaka kepada negara dan dalang di sebalik serangan dan pencerobohan Sulu ke atas Sabah.

Beliau juga mendakwa pada hari sama (22 Nov 21015), Ismail Sabri juga mengeluarkan perkataan-perkataan fitnah dalam sidang media di satu majlis di Bera, Pahang yang dalam makna asal atau biasa bermaksud beliau adalah seorang penderhaka kepada negara dan telah mengisytiharkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Sehubungan itu plaintif menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk, faedah, kos, dan perintah injunksi bagi menghalang defendan mengulangi dan menerbitkan perkataan fitnah tersebut.

Tidak mahu berpisah punca burung unta lari

 
KUALA LUMPUR 17 Jun – Tidak mahu berpisah dengan tuan, punca berlakunya kejadian burung unta terlepas di Lebuh Raya Persekutuan, semalam.

Pemilik burung unta tersebut, Darren Chow berkata, binatang peliharaannya itu seperti tahu ia akan dipindahkan dari rumahnya di Shah Alam, Selangor ke ladang Ostrich Wonderland di Semenyih, Selangor.

Menurut Darren, dia memelihara burung unta yang diberi nama Chikaboo itu sejak lahir. Darren berasa terkejut apabila burung unta itu melompat keluar dari kereta Toyota Hilux yang dipandunya semasa berada di Lebuh Raya Persekutuan berhampiran susur keluar ke Universiti Malaya.

“Saya berasa terkejut kerana sebelum ini, Chikaboo tidak pernah melompat keluar dari kenderaan walaupun tingkap dibuka.

http://www.utusan.com.my/polopoly_fs/1.343673!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_650/image.jpg“Chikaboo seperti memahami bahawa ia akan dihantar ke tempat baharu dan mungkin sebab itu Chikaboo melompat keluar ketika dalam perjalanan,” jelasnya ketika dihubungi Utusan Online hari ini.

Menurut Darren, Chikaboo yang berusia 6 bulan itu telah lari dari Jalan Universiti sehingga MidValley dan ia telah berhenti kerana keletihan.

Tambahnya lagi, proses untuk menangkap binatang itu mengambil masa lebih kurang sejam dengan bantuan orang ramai yang menggunakan lebuh raya berkenaan.

“Sebenarnya saya berasa sayang dan sedih untuk menghantar Chikaboo ke ladang Ostrich Wonderland.

“Tetapi saya tidak mempunyai pilihan kerana ada jiran yang mengadu kepada pihak berkuasa dan tidak gemar saya memelihara Chikaboo kerana menganggap burung unta sebagai binatang liar dan tidak jinak,” jelas Darren.

Sementara itu, pemilik Ostrich Wonderland, Casey Teh ketika dihubungi berkata, dia akan membuat kandang khas bagi memudahkan orang ramai melawat burung unta berkenaan.

“Saya berasa terkejut apabila dimaklumkan mengenai kejadian terbabit dan bersyukur tiada kemalangan berlaku akibat kejadian itu,” katanya.

Program Harith Iskander tampil Mahathir diarah batal


mahathir-harith
PETALING JAYA: Kemunculan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam Obviously Harith Iskander (OHI), rancangan bual bicara yang mula disiarkan di Astro Awani bulan lalu, dibatalkan.

Bekas perdana menteri itu sendiri mendedahkannya pada satu majlis di Sekinchan pagi ini.

Bercakap pada program “Majlis Peduli Rakyat” anjuran Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM), Mahathir berkata Perdana Menteri hanya mahu pujian dan akan melakukan apa saja menghentikan perbezaan pendapat.

“Itu cara dia, tutup mulut orang tutup telinga orang dan akhbar asing pun nak tutup juga walaupun sukar sikit,” katanya dan turut memberi amaran kepada orang ramai jangan sebut mengenai 1MDB dan RM2.6 bilion di media sosial.

Mahathir dijadualkan menjadi tetamu undangan dalam bual bicara Harith esok. Gambar Mahathir dan Harith dalam rakaman program itu juga sudah dikongsi di Facebook beberapa hari lalu. Gambar itu menunjukkan Mahathir memandu kereta Proton sementara Harith duduk di sebelahnya.

“Bari-baru ini saya ada ambil bahagian dalam satu siri televisyen oleh Harith Iskander. Dia ada ambil sikit video untuk ditayangkan pada Sabtu ini iaitu esok.

mahathir-harith3
“Saya akan bersamanya atas pentas untuk bertukar-tukar fikiran berkenaan benda yang menggelikan hati. Itulah tujuan Harith sebab dia pelawak bukan ahli politik.

“Tapi tiba-tiba dia diarah untuk hentikan program ini. Ini cara Najib. Dan dia tutup segala akhbar televisyen semua terima arahan untuk puji, kalau nak cerita apa pun kena puji Najib,” katanya.

Bual bicara pelawak veteran itu menampilkan tetamu berprofil tinggi dalam tiga episod terdahulu.

Episod pengenalan disiarkan pada 28 Mei menampilkan CEO kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes. Harith juga meminta Tony melakukan tekan tubi ketika berada di atas pentas bersamanya.

Minggu berikutnya, Pengerusi Kumpulan CIMB Datuk Seri Nazir Razak disakat Harith yang memaksanya menjawab soalan kuiz mengenai lagu dan pada Sabtu lalu, bekas ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz menjadi tetamunya di OHI.

Tinjauan di laman Facebook OHI mendapati hanya ada promosi mengenai perlawanan bola sepak Euro2016.

Ia akan ke udara esok dengan tetamu yang biasa menjadi penganalisis sukan di Astro Supersports, Stanley Bernard dan Alistair Edwards bersama Santokh Singh.

Harith memang terkenal dengan sikapnya “membuli” tetamu, termasuk bertanya soalan kontroversi kepada Tony mengenai pergeserannya dengan Pengerusi Pelancongan Malaysia Wee Choo Keong.

Warkah mahasiswa Al-Azhar untuk Tuan Guru Haji Hadi


warkah haji hadi
Tuan Guru yang mulia, kami para mahasiswa sangat tertanya-tanya tentang tindakan, perancangan, strategi, dan hala tuju apa dan ke mana yang Tuan Guru sedang halakan kapal yang sedang dinakhoda.

Apabila Pakatan Harapan di bawah Datuk Seri Dr Wan Azizah bersama semua Ahli Parlimen pembangkang utama dalam Parlimen membawa usul menolak belanjawan yang dibentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Tuan Guru dan semua Ahli Parlimen PAS kecuali beberapa orang bertindak berkecuali.

Begitu juga, apabila saya membaca jawapan Tuan Guru, ketika dipelawa Tun Dr Mahathir untuk gerakan Deklarasi Rakyat bagi menyingkir Najib Razak, Tuan Guru juga tidak bersetuju.

Saya juga membaca tulisan Tuan Guru sebelum ini yang berpedomankan fatwa Al-Azhar dan ulama Syria yang menolak gerakan menjatuhkan pemimpin, kerana akan menggugat keamanan dan kestabilan negara.

Bukankah situasi Mesir, Syria, dan negara Timur Tengah yang terlibat dengan ‘Arab Spring’ merupakan situasi yang berbeza dengan keadaan Malaysia?

Satu persoalan pokok di dalam warkah ini, mengapa Tuan Guru tidak menentang isu 1MDB secara terang-terangan hingga memberi isyarat kepada Perdana Menteri bahawa rakyat menyampah dengan skandal syarikat bermasalah ini.

Skandal 1MDB sedang disiasat oleh berbilang agensi antarabangsa, dan terkini telah mengundang saman arbitrasi di London, menuntut jumlah keterhutangan yang amat besar.

Sekiranya Tuan Guru inginkan keamanan dan kestabilan negara, mengapa tidak menentang syarikat yang merosakkan dan menjatuhkan ekonomi dan maruah negara?

Saya ingin menarik perhatian Tuan Guru terhadap apa yang didedahkan oleh Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli tentang penjualan aset negara kepada China, persetujuan menandatangi TPPA, dan pelbagai kerosakan yang terjadi pada era Najib Razak yang menggugat keamanan dan kestabilan negara. Ramai melihat, mengekalkan Najib Razak lebih berpotensi menghancurkan negara.

Namun kenapa Tuan Guru masih bertegas dengan pendirian untuk tidak kita turunkan Najib Razak dengan pelbagai kaedah dalam kerangka demokrasi yang boleh kita pilih tanpa kita bertindak seperti Arab Spring?

Dalam keadaan harga barang meningkat naik, nilai Ringgit naik turun tidak menentu, kos sara hidup yang membebankan rakyat, 1MDB, hutang negara, kenapa perlu kita dahulukan berbincang soal perundangan? Bukankah lebih baik kita pilih fatwa penangguhan hudud yang dipilih oleh negara umat Islam lain bagi membangunkan kehidupan rakyat kepada satu keadaan selesa.

Saya juga terkejut melihat di media sosial, apabila ada yang disaman oleh ‘polis syariah’ kerana berpakaian ketat dan sebagainya. Kenapa harus dilakukan pendidikan melalui penguatkuasaan undang-undang? Kenapa tidak dengan pelbagai kaedah dakwah lain yang sangat banyak untuk dipilih bersesuaian dengan keadaan rakyat dan negara ini.

Sedangkan saman trafik dan polis rakyat tak mampu bayar, ini ditambah pula dengan saman oleh polis syariah. Akhirnya, rakyat hidup dalam keadaan susah hati dengan saman yang pelbagai, adakah ini keamanan yang dituntut?

Maka saya mohon dengan kebijaksanaan, pengalaman, dan keilmuan Tuan Guru untuk memilih kaedah, fatwa dan mengistinbat ayat ahkam yang bersesuaian dengan waqi’ atau situasi negara kita.- Roketkini.com



*Al-Filfilany tidak menggunakan nama sendiri kerana masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah Mesir.

MP gesa k'jaan buka mulut kes rasuah besar tentera laut Amerika

Pemimpin DAP Steven Sim mahu kerajaan menamatkan sikap berdiam diri terhadap apa yang digelar sebagai skandal rasuah terbesar dalam sejarah Tentera Laut Amerika Syarikat baru-baru ini.

Ahli Parlimen Bukit Mertajam itu menggesa kerajaan memberi jawapan mengenai kes 'Fat Leonard', yang menyaksikan pegawai tentera laut didakwa di Amerika Syarikat dan Singapura.

Skandal itu melibatkan alihan kapal tentera laut Amerika Syarikat ke beberapa pelabuhan Asia Tenggara yang dimiliki oleh kontraktor industri pertahanan Malaysia 'Fat' Leonard Francis.

"Ia didakwa sejak 2011, syarikat Francis, Glenn Defence Marine Asia (GDMA), telah dianugerahkan kontrak bernilai AS$ 200 juta oleh Tentera Laut Amerika Syarikat," kata Sim dalam satu kenyataan hari ini.

Modus operandi kontraktor itu katanya, adalah untuk mengalihkan kapal Tentera Laut Amerika Syarikat ke "pelabuhan mutiara" di rantau ini seperti Phuket atau Pelabuhan Klang.

Pelabuhan itu, jelas beliau, adalah pelabuhan di mana ia akan lebih mudah untuk memalsukan invois dan menaikkan caj.

"Carian saya sebelum ini mendedahkan bahawa GDMA memang mempunyai operasi di Pelabuhan Klang dan sebuah syarikat di bawah Marine Group Glenn beroperasi di terminal pelayaran di pelabuhan, Pusat Pelayaran Pelabuhan Klang," katanya.
Empat soalan untuk k'jaan

Sim berkata berikutan skandal rasuah besar-besaran itu, kerajaan Malaysia perlu menjawab empat soalan:

1. Adakah terdapat mana-mana pegawai kerajaan Malaysia, pegawai pelabuhan khususnya, yang terlibat dalam skandal ini?

2) Seorang bekas pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang kemudian bersara sebagai pegawai tentera telah berkhidmat dalam lembaga GDMA dan syarikat-syarikat berkaitannya; adakah apa-apa pengaruh yang tidak wajar atau penyalahgunaan kuasa berhubung perniagaan Francis di Malaysia?

3) TLDM juga merupakan pelanggan GDMA. Adakah Francis menggunakan modus operandi yang sama pada pegawai-pegawai TLDM?

4) Kedatangan USS George Washington pada tahun 2012 diumumkan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan timbalannya. Daripada kes yang disiasat itu kini jelas bahawa lawatan itu melibatkan rasuah dan salah guna kuasa. Adakah mana-mana pegawai-pegawai Malaysia termasuk menteri pertahanan yang terlibat?

Setakat ini kerajaan telah memilih untuk berdiam diri mengenai isu ini walaupun siasatan besar-besaran dilakukan di Amerika Syarikat dan di tempat lain.

"Sudah tiba masanya kerajaan Malaysia keluar untuk memberi jawapan kepada soalan-soalan kritikal ini," katanya.

RM12 juta wang tebusan bertukar derma, Zahid cuba bodohkan rakyat

zahid_hamidi

SUNGAI BESAR, 17 JUN: Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) mempersoalkan tindakan kerajaan UMNO-Barisan Nasional menyalurkan wang tebusan RM12 juta yang dikumpul keluarga mangsa melalui penjualan aset dan hasil sumbangan orang ramai kepada badan Islam tertentu di Filipina.

Sedangkan masih terdapat rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan, malah lebih berhak menerima sumbangan berkenaan.

Mengambil kira logik berkenaan, Naib Ketuanya, Shazni Munir merasakan bahawa alasan yang diberikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi dalam satu kenyataannya berhubung wang tebusan berkenaan, semalam, seolah-olah percubaan untuk memperbodohkan rakyat.

“Apa kaya sangatkah rakyat Malaysia? Sehingga RM12 juta disalurkan ke Filipina?

“Sedangkan masih ramai rakyat Malaysia yang hidupnya bergelimpangan.

“Pemimpin yang ada rasa tanggungjawab, mana mungkin menipu rakyat! Bahkan mampu memberikan alasan yang tidak masuk akal,” katanya dalam Pentas Ceramah Pemuda Pakatan Harapan di sini, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Zahid yang juga Menteri Pertahanan yang mengesahkan bahawa wang tebusan RM12 juta berkenaan tidak diserahkan kepada kumpulan militan Abu Sayyaf, sebaliknya kepada badan Islam di Filipina.

Kenyataan berkenaan dibuat selepas keluarga mangsa menuntut penjelasan selepas mereka yang menyumbang mahu mengetahui apa yang berlaku terhadap wang tersebut, setelah polis mengesahkan bahawa keempat-empat tebusan dibebaskan tanpa bayaran.

Keempat-empat mangsa culik itu ialah adik-beradik Wong Teck Kang, 31, dan Wong Teck Chii, 29; sepupu mereka Johnny Lau Jung Hien, 21, dan anak kapal bot tunda Wong Hung Sing, 34, yang diculik di perairan Pulau Ligitan, berhampiran Semporna, Sabah pada 1 April lalu dan dibebaskan pada 8 Jun lalu. – Roketkini.com

AMANAH - GST tak naik hanya kenyataan manis menteri

http://1.bp.blogspot.com/-HREqRnBHEiw/UtvYRLawjbI/AAAAAAAAASU/zbFtantomI0/s1600/mole-GST-Malaysia.jpg

SHAH ALAM - Kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainuddin berhubung kadar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) adalah merupakan kata-kata manis menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad berkata, kerajaan perlu mengaku terlebih dahulu bahawa GST merupakan penyebab kepada kenaikan harga barang sebagai jaminan terhadap kenyataan yang dikeluarkan tersebut.

"Kalau nak kita yakin dengan dia, maka dia kena mengaku dulu GST ini punca kepada kenaikan harga barang.

"Jika sebaliknya, tiada jaminan GST tidak akan naik selepas ini," katanya kepada Sinar Online.

Khalid berkata demikian merujuk kepada kenyataan Hamzah yang mengatakan kerajaan tidak bercadang untuk menaikkan kadar GST.

Dalam pada itu, Khalid yang juga merupakan Ahli Parlimen Shah Alam turut berkata, kenyataan Hamzah tersebut menunjukkan BN kini terdesak untuk meraih undi.

"Mereka lihat apa yang dijanjikan dulu bahawa GST akan membuatkan harga barangan turun telah disedari rakyat yang ia hanya satu pembohongan.

"Oleh itu, mereka sedang berusaha untuk yakinkan rakyat bahawa walau apa pun berlaku mereka tidak akan naikkan GST.

"Mereka tahu rakyat sedang marah dengan GST dan sebab itu kenyataan seperti itu dikeluarkan," katanya.

Tambah Khalid, dalam kenyataan tersebut juga turut menyatakan bahawa kerajaan sendiri tidak pernah berbincang mengenai perkara tersebut.

"Maka tiada sebarang jaminan GST tidak akan dinaikkan selepas ini," katanya.

Wakil rakyat yang berani perlu untuk lawan 'makhluk perosak', kata Azmin

Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyeru rakyat Kuala Kangsar agar memilih wakil yang kuat di parlimen untuk melawan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang disifatkan sebagai ‘makhluk perosak’.

Beliau berkata, hanya calon parti Amanah Negara (Amanah) Dr Ahmad Termizi Ramli yang layak dihantar ke parlimen untuk membawa suara mereka.

“Kita mahu anak jati Kuale untuk mewakili kita dalam parlimen . Kita mahu suara yang lebih kuat, yang berani lawan Najib dan berani turunkan Najib kerana dia adalah makhluk perosak yang mesti diturunkan,” katanya ketika berucap di majlis Iftar Perdana bersama penduduk Kampung Lempor Tengah, Manong Kuala Kangsar petang tadi.

Azmin juga berkata, jika ada pihak yang tidak bersetuju untuk menjatuhkan Najib, rakyat akan menjatuhkan pihak tersebut pada pilihan raya umum akan datang kerana bersekongkol dengan kezaliman.

“Baru-baru ini ada kenyataan seseorang, dia tidak setuju jatuhkan Najib. Sesiapa yang tidak setuju jatuhkan Najib percayalah rakyat akan jatuhkan mereka dalam pilihan raya yang akan datang.

“Jangan bersekongkol dengan kezaliman. Jangan bersekongkol dengan kemungkaran. Ekonomi parah, rakyat susah, pimpinan mewah bagaimana kita boleh teruskan perkara ini,” katanya di hadapan kira-kira 200 orang yang hadir.

Beliau yang juga Menteri Besar Selangor juga berkata, Selangor telah menunjukkan pencapaian yang cemerlang dan mengutamakan kebajikan rakyat terbanyak menyebabkan rakyatnya hidup selesa.

Ia termasuk peruntukan RM100 juta untuk pinjaman mikro kredit hijrah  kepada peniaga kecil mengembangkan perniagaan mereka.

“Hari ini kita tahu peniaga kecil khususnya orang Melayu tidak mampu untuk mendapat pinjaman daripada bank untuk membiayai perniagaan mereka kecuali kalau ahli lembaga pengarah 1MDB. Kalau setakat peniaga di kampung kena lempor sahaja oleh bank. Tetapi kerajaan selangor ambil berat untuk membiayai perniagaan mereka.

“Kita nak beritahu orang Kuala Kangsar kalau teringin dasar-dasar bersama ini yang peduli rakyat, kekayaan diberi kepada rakyat, bukan kepada pemimpin dan isterinya maka sokonglah calon Amanah Dr Ahmad Termizi pada 18 Jun ini,” katanya.

Kumpulan rebel Umno sokong calon Amanah

Gabungan Ketua-ketua Cawangan Malaysia (GKCM) berjanji akan memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada calon Parti Amanah Negara (Amanah) bagi pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar, kata pengerusi Amanah Perak, Asmuni Awi.

Beliau berkata, selepas penamaan calon pada 5 Jun lalu, Amanah tidak putus-putus mendapat kunjungan dan sokongan daripada pihak-pihak dalam Umno yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan juga pemilihan calon BN Datin Mastura Mohd Yazid.

“Pada esok sokongan akan dapat dilihat dengan kehadiran Tun M bersama pasukan Deklarasi Rakyat dan Gabungan Ketua-ketua Cawangan Malaysia yang akan turun membantu kami di seluruh parlimen Kuala Kangsar kerana mereka telah berjanji memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi dalam usaha memberikan kemenangan kepada calon Amanah.

“Ini merupakan satu suntikan kepada kami kerana mereka menyatakan sokongan dan akan menterjemahkan ke dalam bentuk undi,” katanya dalam sidang media di pejabat Amanah Kuala Kangsar hari ini.

Menurut Asmuni juga, Amanah akan menguruskan dengan baik sokongan golongan rebel Umno ini agar dapat memenangkan calon Amanah Dr Ahmad Termizi Ramli.


“Selain daripada isu nasional mereka menyatakan ketidakpuasan hati  terhadap kepimpinan BN dan calon dan juga masalah dalaman di Kuala Kangsar.

“Kita uruskan dengan cara paling baik bantahan akar umbi Umno ini untuk disalurkan ke peti undi Amanah,” katanya yang juga bendahari agung Amanah.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan kembali ke Kuala Kangsar esok untuk menghadiri forum Selamatkan Malaysia bersama Deklarasi Rakyat dengan pengundi Melayu dan Cina di Manong pada jam 11 pagi.

Mahathir Ahad lalu telah menghadiri forum Selamatkan Malaysia di Taman Chandan Putri, Kuala Kangsar.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...