TERKINI :

Thursday, June 16, 2016

Sokongan terbuka HARUMANIS PAS kepada AMANAH perlu diraikan

Kenyataan Media

*SOKONGAN TERBUKA 'HARUMANIS' PAS KEPADA AMANAH PERLU DIRAIKAN*

Setelah kehadiran YB Dr Rani Othman, calon PAS untuk Parlimen Sungai Besar dalam program yang disertai pendokong dan aktivis Parti Amanah Negara (AMANAH) tempoh hari, kehadiran secara terbuka pimpinan kawasan dan cawangan PAS Kawasan Sungai Besar ke program-program penerangan anjuran AMANAH dilihat sebagai sokongan tidak langsung kelompok yang digelar 'harumanis' ini kepada AMANAH.

Dalam konteks politik matang dan sejahtera, kita mengharapkan agar pucuk pimpinan tertinggi PAS menerima kecenderungan ahli-ahli yang menyokong AMANAH ini dengan penuh lapang dada. Ugutan, tohmahan, kata-kata nista, kejian dan segala bentuk kata-kata buruk kepada kelompok ini haruslah dihindarkan memandangkan mereka juga mempunyai anak-anak, ayah, ibu dan keluarga yang perlu dipelihara hati dan perasaan sebagai manusia biasa.

Politik seharusnya ditanggap sebagai salah satu daripada proses menentukan halatuju negara. Sebarang persengketaan berasaskan emosi, sentimen kepartian melampau dan ketaksuban membuta-tuli sewajarnya tidak berlaku dan wajib ditegah jika perlakuan-perlakuan jelek ini sedang bermaharajalela. Anggota setiap parti perlu ditertibkan dengan akal budi yang sihat dan tidak terjebak dengan pertelingkahan yang tidak membangun agama dan negara.

Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada semua pihak yang bersungguh-sungguh menggerakkan sokongan kepada calon AMANAH / Pakatan Harapan dalam gelanggang pilihanraya kecil kali ini. Marilah sama-sama kita berdoa agar kemenangan bakal memihak kepada calon AMANAH / Pakatan Harapan. Pesanan buat seluruh jentera, usah berhenti hingga garis akhir perlumbaan. Terus bergerak dan maju!

*SHAZNI MUNIR MOHD ITHNIN*
*Penyelaras Jentera Induk Pemuda AMANAH (Sungai Besar)*

16 Jun 2016

Alahai.. Kata politik matang, Tapi kenapa mengarut memanjang..???

Shahbudin Husin,

Mungkin kerana sedang tertekan dengan penerimaan positif pengundi terhadap calon Amanah di Sungai Besar dan Kuala Kangsar ketika ini, pemimpin Pas seperti hilang pertimbangan sebaik  membuka mulut mereka.

Di sebalik mengatakan parti itu ketika ini mengamalkan politik matang dan sejahtera, tiada dendam, ingin berbaik dengan semua dan macam-macam lagi kata-kata yang memikat kalbu, hakikatnya perbuatan yang ditunjukkan amat bertentangan sekali.

Sebelum ini Hadi Awang mengatakan berdosa dan celaka jika pengundi tidak tidak menyokong calon mereka, melabel Amanah sebagai alat DAP dan kemudian ada peguam Pas, oleh kerana ketiadaan isu, turut membangkitkan isu remeh berkaitan warna sebenar logo parti itu.

Terbaru ini, Naib Presiden Pas, Mohd Amar Nik Abdullah menempelak logo dan warna jingga  yang menjadi imej Amanah dengan mengatakannya sebagai  parti yang nanar atau bengong kerana tidak pandai memilih logo sehingga menyerupai lambang stesen televisyen India, Imayam TB serta memilih warna yang sama dengan tok sami.

"Bukti nanar ini nak pilih warna pun tak pandai. Sebanyak-banyak warna dalam dunia ini yang Tuhan buat, dia pilih warna yang serupa dengan tok sami.

"Lambang pula lambang Imayam TV. Di situ nampak dah tak pandai memilih. Jadi kalau macam ni nak jadi pemimpin macam mana?" katanya ketika berucap di Kuala Kangsar.

Alahai...kesian sungguh dengan pimpinan Pas ini? Sudah kering isu sangatkah? 

Inikah tanda politik matang dan sejahtera, tiada dendam serta ingin berbaik dengan semua?

Kepada pimpinan Pas, sebelum mahu menyebut politik matang, sejahtera, tiada dendam dan sebagainya kepada khalayak umum, eloklah belajar dulu mengawal emosi, cool, tidak banyak mengarut dan sentiasa rasional dalam perbuatan atau pengucapan.

Jika tidak, malu kat budak-budak sekolah dengan serban dan jubah tu wehh...(SH 15/06/2016).

Kenapa PAS tidak mahu bekerjasama dengan Amanah?

Oleh Hj Jamzuri Ardani


Semalam ada orang bagi aku satu risalah yang diedarkan oleh petugas PAS di Sg Besar yang mengandungi Q&A.

Soalan 3: Kenapa PAS tidak mahu bekerjasama dengan Amanah?

Jawapan: Kita boleh bekerjasama dengan semua pihak termasuk dengan orang-orang kafir, tetapi kita tak boleh bekerjasama dengan pengkhianat.

Ulasan aku:

- Pada tahun 2001, Pas mengedarkan sticker menyatakan tindakan Umno memberhentikan royalti minyak Tganu sebagai suatu pengkhianatan. Apakah Umno kini sudah tidak lagi jadi pengkhianat sehingga membolehkan Presiden Pas, yang juga mantan MB Tganu duduk sepentas dan sedondon dengan Presiden Umno.

- Pada tahun 2014 semasa krisis MB Selangor, aku menghantar wassap kepada beberapa AJK Pas Pusat yang aku ada nombornya. Aku katakan bahawa sokongan Pas terhadap TSKI akan menyebabkan Pas akan kehilangan "moral ground" untuk mengambil tindakan disiplin ke atas penjawat politik dari Pas sekiranya mereka bertindak membelakangkan kepentingan parti. TSKI bukan sahaja "melarikan kerusi" ADUN, malah menggunakan jawatan MB untuk memecat exco-exco dari partinya sendiri. Waktu itu Pas bukan sekadar bekerjasama dengan TSKI, malah mempertahankan TSKI sehingga sanggup bergaduh dengan rakan komponen PR yg lain. Kenapa Pas mempunyai piawaian yang berbeza dalam isu "pengkhianatan" ini.

- Kalau "pengkhianatan" itu merujuk kepada tindakan mengekalkan kerusi ADUN atau MP, apa bezanya dengan TSKI? Kenapa Pas boleh menyokong tindakan TSKI, tetapi lansung tidak boleh bertoleransi ddngan ADUN dan MP Amanah. Di mana "moral ground" yang digunapakai?

- Kalau "pengkhianatan" itu merujuk kepada kerusi DUN atau MP yang kononnya tidak dipulangkan kepada Pas, maka perkara ini perlu dirujuk kepada undang-undang negara. Negara kita ada undang-undang, maka undang-undanglah medan terbaik menyelesaikan pertikaian itu. Kalau Pas boleh buktikan kerusi itu milik mereka dari sudut undang-undang negara, maka gunakanlah saluran undang-undang. Kenapa tidak?

- Kalau "pengkhianatan" itu merujuk kepada persoalan baiah, maka perkara ini perlu dirujuk kepada golongan pakar yang berkecuali dan mampu membuat tamsilan berkenaan hukum dan applikasi baiah dari sudut pandangan agama.

Pas tidak sewajarnya mengambil pandangan hukum secara unilateral dalam pertikaian ini kerana ianya tidak adil. Sedangkan persoalan menegakkan keadilan adalah tonggak dalam perjuangan siyasah syar'iyyah.

Hj Jamzuri Ardani, Bekas EXCO Dewan Pemuda PAS Pusat era 90an.

Jangan Dengar Cakap Najib dan Hj Hadi

June 15, 2016 / Unknown Soldier

Semua orang baca- Najib nasihatkan orang ramai jangan dengar cakap pembangkang. Siapa yang hendak dengar nasihat najib? Cakap pada orang pandai, tapi tarbiyah diri sendiri tidak tahu.

kalau dia cakap di selangor, dia lupa bahawa pembangkang ialah UMNO. Dia lupa juga bahawa dalam PRU13, di Semenanjung, UMNO/BN hanya dapat 46% undi popular- manakala pakatan rakyat dahulu memperolehi 53%.

Cakap Najib dan haji Hadi yang kita jangan dengar. dua orang ini adalah pemeras ugut. Najib blackmail rakyat dengan mengugut akan menyekat bantuan dan kemudahan jika menyokong Pakatan. Ustaz Hadi pula melakukan spritual blackmail dengan mengugut kalau tak undi PAS masuk neraka, berdosa, celaka tak dapat pahala.

orang munafik memang saling tolong menolong.

Jangan kita silap. Isu dalam PRK Sungai Besar atau Kuala kangsar bukan nya DAP. Bukan juga mengenai akta 355 mahkamah syariah. Bukan mengenai Cina hendak ambil alih kuasa Melayu didalam negara ini.
Kita mesti waspada dengan tektik mengalih pandangan dari isiu sebenar. PAS bersubahat menganiayai rakyat selagi berkawan dengan setan2 dari umno.

Mari kita address isiu yang pertama- DAP, cina dan parti perkauman. Kemudian kita sentuh sedikit mengenai taktik basi pas yang boleh gerenti orang pahala, masuk syurga, dosa dan celaka. Tak Habis2 hendak peras ugut orang Melayu.

http://www.roketkini.com/wp-content/uploads/2015/07/Hadi_Awang_Najib_Razak.jpgAdalah seorang bekas ketua hakim mengulangi cerita bohong, menakutkan pengundi Melayu bahawa jika Amanah menang, maka DAP dan orang cina akan menguasai politik negara ini.

Cuba kita bayangkan ini. Agihan kuasa atau struktur politik negara ini sudah pun berada dalam angan orang melayu. Sejak 60 tahun lebih dah dalam sejarah politik moden. Sudah beratus tahun sebelum kedatangan British.

Kecuali sejak akhir2 ini jenis Melayu yang menguasai politik negara terdiri dari perompak,orang yang tidak boleh dipercayai, yang pindah wang secara haram, mencuri duit rakyat Malaysia, masukkan duit dalam akaun peribadi, tipu dan tipu unuk keluar dari masaalah yang dia cipta sendiri. Chief crook atau crook- in- chief ialah Najib Tun Razak.

Tidak ada ancaman terhadap struktur kuasa Melayu dalam negara ini. Lihat kepada raja2 Melayu. Adakah kita lihat raja Melayu itu terdiri dari bangsa Cina? Boleh atau tidak Cina jadi raja? Tidak boleh.

Raja2 melayu ialah benteng terakhir mengekalkan dan gerenti kepada penguasaan negara ini dalam tangan orang Melayu.

Lihat pula pada komposisi demografi. Demografi itu destiny. Selagi Melayu itu dan bumiputera merupakan majority penduduk negara ini, ianya gerenti bahawa kuasa politik akan kekal dalam tangan orang Melayu.

Menjelang tahun 2035, Melayu di semenanjung akan jadi 85% dari jumlah penduduk. Itu pun sudah cukup untuk jamin, melayu kekal kuasa politik mereka.

Tapi mereka mesti memilih Melayu terbaik untuk jadi pemimpin negara. Bukan orang macam Najib.

http://4.bp.blogspot.com/-EVEmZKVQO4k/Vo0enpHMRKI/AAAAAAAAta8/nOH7Yh8p_Lo/s320/najib-hadi.jpgLihat lagi agihan kuasa Melayu. Dalam semua negeri MB nya Melayu. Khusus dalam negeri yang beraja Melayu. Setiausaha kerajaan semua Melayu. Sampai kepada pimpinan akar umbi, 99% ketua kampung adalah Melayu. Penghulu semua nya Melayu.

Dalam keadaan begini, bagaimana DAP atau parti cina boleh memecah monopoli kuasa Melayu? Yang mengganti Melayu ialah Melayu juga. Yakni Melayu yang lebih baik daripada Melayu yang ditempa dalam acuan UMNO yang korap dan rasuah.

Lihat pula pada undang2 tertinggi iaitu perlembagaan Malaysia. Ianya menjamin kedudukan orang Melayu, raja mereka, agama mereka, Bahasa mereka. Dengan Melayu merupakan majority dalam parlimen- bagaimana struktur kuasa Melayu boleh di tukar sewenang wenang nya?

Hanya, kita mesti berfikiran terbuka; bahawa tidak semua Melayu itu mahu masuk dan kekal dalam UMNO jika UMNO itu sudah jadi parti yang korap dan rosak.

Yang rasa terancam ialah UMNO. Pertama sebab pimpinan nya tidak baik. Tidak perlu kita hurai mengenai perkara ini panjang lebar. Satu dunia tahu siapa najib TUn Razak. Comandeer- in-chief- apa dia suka dia ambik.

Dan menteri2 yang menjadi konco2 nya, yang sudah gemuk macam pacat dan lintah itu akan terus menyokong nya. Sebab mereka akan terus mempacati dan melintahi darah rakyat.

Kedua sebab UMNO tidak adapt dengan perubahan masa. Parti UMNO tidak boleh bersendirian memerintah negara dan dia kena buang tabiaat perkauman nya. Jangan melihat semua dari mata kaca mata- mereka- lawan- Melayu. Them against us.

Kalau kita sudah buat silap dan melakukan kesalahan bahkan jinayah, kita kena tanggung risiko kita diadili.

Kenapa orang Melayu dan orang UMNO sendiri mahu terus menyokong Najib? apa dia boleh buat kepada negara ini kecuali yang dibenarkan oleh kedudukan nya? Dan kedudukan nya ditentukan oleh kita semua. Dia seorang, kita yang ramai.

Menyokong Najib tidak Islamik. Sebab itu saya kata, orang Melayu ini secara purata nya menipu diri sendiri dan hikpokrit. Kita kata dan megah mengistiharkan kita Islam itu dan ini. Tapi kita merelakan rasuah, pencurian wang, pimpinan yang tidak boleh dipercayai, yang tidak mahu bertanggung jawab, berbohong, zalim menggunakan undang2 untuk pecat dan ugut rakyat.

Kerana kita bersikap begini dan merelakan semua ini, itulah sebab nya dalam Islamicity Index, kita menduduki tempat ke 33 manakala Singapura negara dimana majority penduduk nya bukan Islam tapi, mengamalkan prinsip2 mulia yang dianjurkan Islam berada pada tahap ke 7.

Mengenai tok lebai yang kesana kemari memberi jaminan pahala masuk syuraa, berkuasa untuk kata dosa pahala nya, jadilah2 menipu orang Melayu.

Negara orang Melayu hancur jika mereka kufur dan engkar kepada kebaikan dan kebajikan. Hancur jika mereka butakan mata kepada kemungkaran.

Negara tidak hancur kalau tidak ikut cakap haji hadi dan pas. Mereka ini manusia biasa, pemimpin nya, macam kita semua kecuali mungkin mereka lebih intense mengIslamkan kehidupan mereka. Tapi itu tidak menjadikan mereka lebih istimewa dari kita semua. Sebab yang mengadili kita ialah Tuhan dan Tuhan mengadili kita dari segi ketaqwaan.

Kalau kita kata kita dari Jemaah Islam tapi kita menyokong dan membutakan mata kepada kemungkaarn yang dilakukan oleh pimpinan negara, kiata tidak perlu ikut cakap parti seperti pas.

Kalau kita kufur dan kita berpeluk tubuh, kita beri alasan tidak mahu menolak pimpinan yang jahat sebab kita syaratkan mesti nampak dengan 4 saksi, kita menampakkan diri kita sebagai pihak yang tidak cerdik dan tidak sensitif. Siapa yang hendak dipimpin oleh orang jenis ini?

Negara kita makmur tapi kalau kita sendiri kufur yakni menolak dan membelakang prinsip bernegara secara Islamik, maka negara kita akan musnah dan hancur.

Dan inilah yang berlaku pada negara Saba beribu tahun yang lalu. Rakyat negara Saba mencapai kepandaian dan teknoloji yang tinggi dapat mengalirkan air ketanah gersang mereka. Kerana itu, tanah negara mereka menjadi subur dan menghasilkan rezeki dan pencapaian ekonomi yang tinggi.

Tapi oleh kerana rakyat nya dan pemimpin nya kufur yakni membelakangkan prinsip2 mulia dalam seni bernegara, maka negara itu hancur lebur dan kemewahan dan kekuatan ekonomi yang dicapai mereka musnah. Negeri Saba menjadi padang jarak padang terkukur.

Pengajaarn nya: bukan sebab kita tidak dengar cakap orang macam haji jadi, ustaz idris, atau harun din atau nik Amar yang menyebabkan kita dosa, kita tidak dapat pahala dan jahanam. Tapi kalau kita menolak dan membelakangkan prinsip dan nilai2 mulia yang terkandung dalam al Quran,maka binasa negara kita ini.

Lebih baik ada Islamic state of mind dan Islamic code of conduct. [sumber]

Nik Abduh - Hanya satu parti Islam yang boleh wujud di Malaysia

Hanya satu parti Islam yang boleh wujud di Malaysia untuk memperjuangkan Islam, kata Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz.

“Tak boleh ada dua parti Islam, walaupun banyak NGO, kerana 1000 NGO tidak gugat jika hanya ada satu parti Islam dalam negara,” katanya pada ceramah di Lempor Hilir malam semalam.

Katanya, kewujudan dua parti Islam akan memecahkan undi orang Islam dan merugikan.

Beliau mengulas dakwaan parti serpihan PAS, Amanah, yang mengaku ia juga berjuang atas nama Islam.

“Otak kita banyak tapi Allah minta satukan melalui penyatuan ummah. Nak Islam bertapak di Malaysia beri undi pada Islam.”

Nik Abduh berkata sekiranya undi orang Islam berpecah, Amanah yang harus dipersalahkan.

Katanya daripada sejuta ahli PAS, “hanya 1% ikut Amanah”.

“Tak kan nak salahkan PAS, yang 1% betul, 99% salah,” katanya.

Dalam ceramahnya, Nik Abduh berkata Pilihan Raya Kecil di Sungai Besar dan Kuala Kangsar merupakan satu jihad menentang pimpinan kerajaan yang mendatangkan masalah kepada negara.

“Sistem yang rosak maka menggunakan tangan, mengambil pensel memangkah itu adalah sebaik-baik jihad.

Pengundi di Sungai Besar dan Kuala Kangsar akan keluar mengundi Sabtu ini.

Di Kuala Kangsar, calon PAS, Dr Najihatussalehah Ahmad akan berdepan dengan calon BN, Datin Mastura Mohd Yazid yang mempertahankan kerusi mendiang suaminya, calon AMANAH, Dr Ahmad Termizi dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.

PRK : Hala tuju politik Melayu


Ong Boon Teck


TERDAPAT dua perkara menarik berkaitan masa depan politik Melayu melalui PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar ini.

Pertama, apakah Umno masih menerima sokongan dan menjadi pilihan pertama bagi kaum Melayu dan kedua, sejauh mana keberkesanan isu hudud mampu meraih undi kaum Melayu?

Melalui analisis Sin Chew Jit Poh, Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak sudah berjaya menguasai hampir semua bahagian di seluruh negara. Walaupun terdapat segelintir cawangan yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan Najib, ia tidak mendatangkan sebarang ancaman.

Ketiadaan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam kempen Sungai Besar telah menjadi bualan hangat, namun apa yang lebih mengejutkan ialah, kelibat bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak kelihatan di Sungai Besar dan Kuala Kangsar untuk membantu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad 'menumbangkan Najib'.

Apakah Muhyiddin dan Mukhriz bimbang dipecat oleh Umno sekiranya mereka hadir dalam aktiviti anjuran pembangkang?

Kempen menurunkan Najib yang dilaungkan Mahathir juga kini semakin hilang pengaruh. Naib Presiden Umno, Datuk Sri Shafie Afdal seperti sudah 'berpaling tadah'. Beliau dilihat hadir bersama-sama ribuan penyokong BN pada hari penamaan calon PRK Sungai Besar.

Jelas sekali, Umno tetap dalam hati orang Melayu. Ramai pemimpin dan ahli-ahli parti tidak mahu tinggalkan Umno. Tambahan pula ramai orang sudah menanam dalam jiwa mereka bahawa Umno dan Melayu sememangnya tidak boleh dipisahkan.

Di atas faktor inilah, diramalkan dalam dua PRK kali ini, Umno sekurang-kurangnya memperoleh lebih daripada separuh majoriti undi Melayu. Kemungkinan ada sebilangan kecil pengundi Melayu tidak akan keluar mengundi atas faktor Dr Mahathir, namun ia tidak seharusnya menjadi kebimbangan. Umno bolehlah dikatakan hampir pasti menang, terutama sekali di Kuala Kangsar.

Sekiranya isu-isu seperti 1MDB dan GST tidak dapat menjejaskan kesetiaan orang Melayu terhadap Umno, Dr Mahathir perlulah terima hakikat bahawa apa yang dilakukan beliau selama ini sia-sia sahaja.

Benteng Umno sememangnya sukar dirobohkan. Selain Dr Mahathir, Pakatan Harapan juga mesti mengubah perspektif Orang Melayu, barulah boleh menggugat kekebalan Umno.

Analisis ini turut percaya bahawa isu hudud akan menentukan hidup mati Pas dalam politik negara. Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan terus menggunakan isu agama ini untuk mengembalikan kegemilangan Pas.

Melihat beberapa PRU lalu, Pas tetap ada pengaruhnya tersendiri, namun ia hanya terhad di sebelah pantai timur dan Kedah. Dalam dua PRU lalu, atas kerjasama yang diberikan parti-parti pembangkang lain, Pas berjaya menambat hati kaum bukan Melayu di Johor, Selangor dan Perak.

Sekiranya dalam dua keputusan PRK ini Pas memperoleh undi Melayu yang lebih banyak berbanding PRU lalu, ini jelas mencerminkan isu hudud yang dihebohkan Pas dapat diterima masyarakat Melayu.

Ini juga akan memberi petanda kepada Umno bahawa parti itu juga perlu bersaing dengan Pas untuk terus menggunakan isu hudud dalam meraih sokongan sehingga memungkinkan undang-undang itu akhirnya betul-betul dilaksanakan di negara kita.

Sebaliknya, sekiranya undi Pas berkurangan dengan kehilangan sokongan daripada pengundi Melayu dan bukan Melayu, Pas kemungkinan perlu mencatur strategik mereka untuk menumpukan perhatian di Kelantan sahaja.

Keadaan akan lebih memalukan Pas sekiranya Amanah mendapat jumlah undi yang lebih banyak daripada mereka. Oleh itu, dua PRK ini cukup penting bagi Pas. Sekalipun kalah dalam dua PRK ini, tetapi Pas perlu memastikan jumlah undinya mesti mengatasi Amanah. Jika tidak, Pas mungkin melihat akan ada lebih ramai ahlinya melompat ke Amanah.

PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar adalah pertembungan daripada 'tiga kuasa politik Melayu', iaitu Umno, Pas dan PKR sehinggalah kepada 'lima kuasa politik Melayu' (ditambah dengan Amanah dan kumpulan Dr Mahathir).

Melayu semakin berpecah, namun Umno tetap menjadi peneraju. Apakah hala tuju politik Melayu selepas ini? Keputusan PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar mungkin akan memberi sedikit panduan untuk memahami dengan lebih jelas lagi.

K'jaan negeri Kedah akan mengkaji semula arahan menutup pusat hiburan dibulan Ramadhan


ALOR SETAR - Kerajaan negeri akan mengkaji semula peraturan dan undang-undang pusat hiburan yang dilaksanakan sepanjang bulan Ramadan di Kedah berikutan terdapat aduan ada pengusaha pusat hiburan yang kerugian akibat diarah untuk menutup operasi mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Datuk Badrol Hisham Hashim berkata, ia telah dibincangkan di dalam mesyuarat exco sebelum ini namun kajian secara terperinci perlu dilaksanakan selain perlu mendapat perkenan daripada Jemaah Pemangku Sultan Kedah terlebih dahulu.

"Setakat ini, tiada perubahan dan kita akan gunakan undang-undang sedia ada di mana kelonggaran diberikan kepada pengusaha pusat hiburan untuk beroperasi lima hari dan perlu ditutup pada Khamis dan Jumaat. Selain itu, mereka juga perlu memastikan pengunjung beragama Islam tidak dibenarkan memasuki premis sepanjang bulan Ramadan ini," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Pada 9 Jun lalu, Pengerusi Gerakan Kedah Datuk Dr Cheah Soon Hai meminta kerajaan negeri mengkaji semula tindakan yang melarang pusat hiburan beroperasi sepanjang Ramadan berikutan tindakan itu menyebabkan lebih 200 pengusaha pusat hiburan di negeri ini menanggung kerugian.

Peraturan dan undang-undang pusat hiburan yang dilaksanakan sepanjang bulan Ramadan di Kedah adalah tertakluk kepada Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan yang wujud sejak 1997 dan mula dikuatkuasakan pada 2009. - Bernama

TERINGAT ZAMAN MAT BASHAH DOK KOMPLAIN BAB PUSAT HIBURAN NIE DAHULU...

http://2.bp.blogspot.com/-q3FngIIDNdg/UbUKnuDJj8I/AAAAAAAAOvA/Nlr5preU1bY/s1600/9803_612172112127239_825166162_n.jpg

‘Bantuan khas gula-gula PRK’ - Persatuan Tanam Semula Berkelompok

‘Bantuan khas gula-gula PRK’

PADANG TERAP - "Bantuan khas kejatuhan harga getah 2016 hanya gula-gula menjelang pada pilihan raya kecil sahaja," tegas Pengerusi Persatuan Tanam Semula Berkelompok Lubuk Merbau, Pedu, Mahmud Hassan.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai pengumuman bantuan khas kejatuhan harga getah 2016 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dua hari lalu.

Menurutnya, bayaran secara 'one off' itu hanya dapat mengurangkan beban penoreh menjelang Aidilfitri sahaja.

Bagaimanapun katanya, bayaran itu bukanlah yang diperjuangkan oleh penoreh selama ini kerana pihaknya mengharapkan pihak kerajaan dapat menetapkan harga lantai getah sebanyak RM4.

“Saya merasa bantuan secara 'one off' itu merupakan gula-gula menjelang pada pilihan raya kecil (PRK) sahaja dan kerajaan perlu serius dalam membantu nasib hidup penoreh yang semakin tertekan dengan kenaikan barangan pada hari ini.

“Bantuan RM500 itu hanyalah memberi kelegaan dalam masa singkat dan selepas itu mereka akan berhadapan dengan masalah getah yang turun semula.

"Suara rakyat sudah lama dilaungkan dengan keperitan tetapi kerajaan masih membisu bagi menetapkan harga siling sehingga hari ini,” katanya.

Dalam pada itu, seorang penoreh getah dari Naka, Hassan Awang, 65, berkata, pengumuman itu memberi keceriaan kepada penoreh sepertinya.

Menurutnya, sejak kejatuhan harga getah, ramai penoreh terpaksa berhijrah bagi mencari pekerjaan.

"Kami memang terbeban dengan keadaan ekonomi sekarang di mana semua barangan harian makin naik, tapi harga getah pula tidak stabil.

"Dengan pengumuman bantuan ini, dapat melegakan hati kami untuk membuat persiapan raya nanti," katanya.

Peniaga mengeluh bekalan air tiada di Pasar Besar Alor Setar

Peniaga mengeluh bekalan air tiada


ALOR SETAR - Beberapa peniaga santan di Pasar Besar Alor Setar mengeluh kerana masih belum mendapat bekalan air walaupun telah membuat aduan beberapa kali kepada pihak atasan.

Lebih membimbangkan, setiap kali Ramadan, permintaan santan makin meningkat dan masalah ini mengganggu kelancaran kerja mereka.

Menurut Sobri Othman, 58, dia terpaksa mengangkut air dari Kampung Peremba yang terletak 50 meter dari pasar untuk mencuci kelapa setiap hari.

“Saya mengangkut air menggunakan motosikal seawal jam 4.30 pagi. Kalau tak, saya terpaksa datang ke kedai sekitar jam 1 pagi untuk menadah air,” katanya.

Katanya, dia memproses hampir 700 kelapa sehari dan ia perlu dibasuh untuk mengelakkan santan rosak.

Seorang lagi peniaga yang dikenali sebagai Sham, 30-an, berkata, masalah itu sudah lama menjadi isu panas yang tidak selesai namun Ramadan tahun lalu, Syarikat Air Darul Aman (Sada) membina paip khas untuk mereka.

"Tapi paip itu diubahsuai pihak tertentu dan disalurkan kepada peniaga di dalam pasar tanpa berbincang dengan kami. Sejak itu, masalah lama berulang kembali,” katanya.

Menurutnya, peniaga dalam pasar juga tiada bekalan air dan oleh itu, paip air mereka menjadi sasaran.

“Semua peniaga membayar bil utiliti RM20 sebulan namun tak dapat perkhidmatan selayaknya,” katanya.

Sehubungan itu, pihak berkuasa diminta mengambil tindakan segera.

Tinjauan Sinar Harian juga mendapati rata-rata peniaga memberitahu mereka tidak mendapat bekalan air termasuk dalam tandas awam.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...