TERKINI :

Wednesday, June 15, 2016

‘Pendakwah tak cari aib orang’

MASIH terngiang-ngiang lagi nama tokoh ulama di negara Iraq seperti Imam Syafie, Imam Ahmad, Syeikh Abdul Qoder Al-Jailani, Syeikh Ahmad Rifa’ie, Imam Al Ghazali, Sibawaih, Khalel dan lain-lain.

Kita mungkin menyangka mereka yang pergi meninggalkan kita tanpa pewaris ilmu  dan akhlak mereka. Sangkaan kita sebenarnya salah. Dari dahulu hingga sekarang masih wujud ulama yang muncul dari Iraq yang mewarisi ilmu daripada mereka yang terdahulu.

Antara pewaris berasal dari Iraq ialah Al- Syeikh Dr Khaleel Ismael Iliyas Hafizhohullah yang berketurunan Arab. Dengan bantuan penterjemah, Ketua Wartawan Sinar Harian Edisi Utara, Mohd Idros Mohd Ali berkesempatan berbual dan menyelami perasaan tokoh yang yang dilahirkan di Nenawi, Iraq pada 26 Disember  1967 kerana sanggup mencurahkan keringat menyebarkan dakwah di utara tanah air, terutama Kedah

Boleh cerita latar belakang tuan? 
Saya membesar dalam keluarga yang sangat berpegang kuat dengan agama. Ayah dan ibu terkenal dengan orang yang sangat kuat beribadah. Datuk pula seorang ulama besar dan terkenal dengan kewaliannya. Dari kecil saya terdidik dengan ilmu agama dan akhlak yang mahmudah.

Saya berkahwin dengan Ustazah Intisar Sabri Abduljabar dan dikurniakan tiga cahaya mata. Mereka menetap di bandar Mosul yang terkenal dengan gelaran Bandar Para Anbiya’ dan Auliyak. Di bandar itu juga muncul Nabi Yunus yang terkenal dengan kisahnya ditelan ikan Nun.

Ceritakan sedikit mengenai pencapaian akademik tuan.

Saya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Usuluddin di Universiti Baghdad pada tahun 1990, Sarjana dalam bidang Tafsir di Universiti Baghdad (1995), Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Tafsir di Universiti Baghdad (1990) dan mendapat Ijazah Ilmiah dalam bidang Ilmu Naqli dan ‘Aqli bersanad yang diiktiraf oleh seluruh ulama Iraq.

Sedikit pengalaman tuan dalam bidang pendidikan?

Saya pernah menjadi pensyarah Kuliah Ulum Islamiah, Universiti Baghdad (1995-2000), Kuliah Bahasa Arab dan Ulum Quran, Kuliah Fiqh dan Usul di Universiti Islamiah Baghdad (2000-2002),  Kuliah Tarbiah Universiti Hadaramaut, Yaman (2005-2010), Kuliah Banat Universiti Hadaramaut, Yaman (2009-2011), Kuliah Mujtama’ Seeiun, Hadaramaut, Yaman (2006-2007) dan Kolej Universiti Insaniah (Kuin), Kedah, Malaysia.

Saya juga menjadi tenaga pengajar di beberapa universiti, pusat pengajian agama di negara Iraq, Yaman dan Malaysia.

Jelaskan sedikit mengenai penglibatan tuan dalam bidang ilmiah.

Saya pernah menjadi panel hakim antarabangsa bagi kajian ilmiah dalam pelbagai majalah ilmiah mahkamah, terlibat dalam pelbagai muktamar antarabangsa, seminar, pembentangan kertas kerja peringkat universiti serta mendapat pelbagai sijil dan pengiktirafan antarabangsa.

Saya menjadi ahli lajnah merangka strategi dan program pendidikan di Kuliah tarbiyah Seeiun, Universiti Hadaramaut,  Yaman, penyelia beberapa kajian dan pentahqiq manuskrip lama serta panel perbincangan risalah Sarjana dan PhD, penyelia lajnah Ihya Turath Islami di Kuliah Tarbiyah, Universiti Hadaramaut, penulis artikel majalah dan akhbar serta menerbitkan pelbagai kajian dan risalah ilmiah.

Kenapa tuan pilih Malaysia sebagai destinasi untuk berdakwah?

Kedatangan saya ke Malaysia kali pertama pada asalnya ialah untuk beramal dengan sunah Nabi Muhamad SAW iaitu menghubungkan silaturahim sesama mukmin. Saya datang untuk menziarahi rakan yang pernah belajar di Iraq satu ketika dahulu iaitu Dr Mustafa seorang pensyarah di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis).

Mungkin dengan berkat mahabbah sesama mukmin dan keilmuan, saya ditawarkan berkhidmat di Kolej Universiti Insaniah (Kuin) sebagai pensyarah kanan. Setelah dua tahun berkhidmat saya memilih untuk sepenuh masa berkecimpung dalam bidang dakwah dan pertarbiahan.

Apa yang tuan lakukan selepas itu?

Syukur dengan kemahiran dalam 12 bidang ilmu membuatkan dakwah dan tarbiah saya mampu menarik hati masyarakat khususnya anak muda di negara ini.

Umat Islam di Malaysia memiliki hati yang baik dan lemah lembut. Sifat-sifat seperti ini dapat menjadikan umat Islam di sini sebagai contoh bagi umat Islam lain di seluruh dunia tetapi dengan syarat mereka diberi pentarbiahan yang tepat oleh ulama yang memiliki
keahliannya.

Untuk itu, saya dengan bantuan beberapa pembantu bertungkus-lumus siang dan malam berdakwah dan mentarbiah masyarakat agar umat Islam di Kedah khususnya dan Malaysia amnya memahami dan mengamalkan Islam yang sebenar berlandaskan manhaj Ahlul Sunnah Wal Jemaah.

Saya tidak menolak sebarang permintaan program dakwah dan tarbiah walaupun dalam keadaan tidak sihat. Bagi saya agama itu terlebih diutamakan daripada diri sendiri, keluarga dan semuanya. Saya anggap diri ini sebagai seorang khadam kepada agama Islam.

Apa pendirian tuan dalam aspek berdakwah?

Saya tidak mencampuri urusan politik kerana saya bukan ahli politik tetapi adalah ulama dan pendakwah ke jalan ALLAH.

Pengajian semata-mata tidak memadai untuk mendidik umat Islam tetapi amat berhajat kepada pentarbiahan. Pentarbiah yang utama ialah takut kepada ALLAH, dosa dan maksiat.

Perkara utama dalam dakwah saya ialah tarbiah. Mereka yang berada di atas manhaj ini tidak ada masa untuk mencari kesalahan orang lain. Ramai pendakwah tersalah kerana mereka cuba untuk membaiki dan mencari aib orang lain sedangkan mereka tidak mampu membaiki diri sendiri.

Saya mengadakan ceramah siang dan malam di setiap tempat tanpa rehat kerana ingin berkhidmat kepada agama termasuk daurah kitab di tempat penting seperti Jabatan Mufti Kedah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, Maktab Pengajian Islam Kedah milik Mufti Kedah, Datuk Baderuddin Ahmad, Masjid Negeri Pulau Pinang, Masjid Sultan Salahudin di Shah Alam dan seluruh masjid di Kedah, Perak, Perlis, Kelantan serta Selangor.

Apakah jenis kitab yang tuan guna?

Saya mengadakan kuliah tafaqquh kitab-kitab turath seperti Kitab Al Maqosid Al Nawawiah, Syarah Jauharah Al Tauhid, Syarah Matan Isaqhuji, Matan Al Bina, Matan Al ‘Izzi, Matan Al Baiquniah, Al Arba’ein Al Nawawi, Al Arba’ien Fi Zikr ALLAH Rabb Al ‘Alamin, Matan Al Ajrumiah, Syarah Al Waraqot, Syarah Manzumah Al zam zami, Tuhfatul Ikhwan , Al Syifa Bi Takrif huququ Al Mustofa dan Tafsir Al Jalalain.

Apa matlamat tuan berbuat demikian?

Saya mahu menghabiskan seluruh hidup saya untuk berkhidmat kepada orang Islam, dakwah, ilmu dan agama Islam. Saya mahu mengajar umat Islam menyayangi negara dan rakyatnya seperti saya menyayangi negara ini dan rakyatnya.

Pendekatan yang tuan guna untuk berdakwah?

Pergerakan mengajar dan mentarbiah saya diatur oleh murid-murid bawah Pusat Pengajian Islam Darul Hikmah. Mereka bukan dalam kalangan orang awam bahkan yang menggerakkan program pengajaran dan pentarbiahan terdiri daripada ulama, ustaz, pendakwah dan penuntut ilmu agama.

Selain menyampaikan dakwah Islam secara berterusan kepada masyarakat, saya menumpukan kepada dunia maya sebagai tempat suburnya dakwah seperti menggunakan laman sosial Facebook Pusat Pengajian Darul Hikmah.

Nasihat kepada pemburu ilmu agama?

Jangan jemu mencari ilmu agama kerana ia akan menjadi bekalan kita di akhirat kelak. Tidak rugi menuntut ilmu kerana ia meningkatkan kefahaman kita mengenainya dan memantapkan amalan dalam ibadat.

Saya berharap masyarakat bersegera mencari ulama yang murabbi mursyid supaya dapat mentarbiah diri mereka menuju kepada ALLAH Taala berlandaskan akidah dan syariat  Islam yg sebenar. Ilmu semata-mata belum dapat menyelamat seseorang dari api neraka seandainya hati  mereka tidak ditarbiah murabbi mursyid sehingga bersih daripada segala sifat mazmumah yang menghalangnya untuk masuk ke syurga ALLAH Taala.

PAS kata AMANAH parti pengacau..!!

Amanah sebenarnya parti pengacau

SUNGAI LIMAU – Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad menegaskan bahawa Parti Amanah Negara (Amanah) sebenarnya yang menjadi pengacau kerana turut sama bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kawasan Parlimen Sungai Besar.

Menurut Iskandar, Pas mempunyai harapan besar setelah parti berkenaan menamakan calon terlebih dahulu untuk bertanding dalam PRK Sungai Besar namun tindakan Amanah yang turut sama bertanding adalah sangat tidak adil.

“Saya nak tegaskan ini adalah kerusi kita (Pas) dan kita pernah bertanding di sini.

“Bermakna kita yang terlebih dahulu masuk dan pernah bertanding di sini jadi tak adil kata kita pengacau. Amanah yang pengacau,” katanya pada sidang media yang berlangsung di Markas Pas Sungai Limau hari ini.

Iskandar berkata demikian bagi menjawab kenyataan Penasihat DAP yang mengatakan bahawa Pas adalah pengacau kerana turut serta dalam PRK kali ini dan sekiranya para pengundi memilih parti Islam itu sama seperti memilih BN.

Dalam perkembangan lain, Iskandar yang juga Pengarah PRK Pas Sungai Besar turut menggesa agar pengundi luar dapat pulang untuk menunaikan tanggungjawab mereka bagi memilih parti yang bertanding PRK kali ini.

“Saya menggesa pada pengundi luar untuk balik mengundi sepertimana saya nyatakan sebelum ini bahawa PRK ini penting bukan untuk kedua-dua kawasan tapi secara keseluruhan rakyat negara ini sebab ia beri mesej pada BN,”katanya.

Tambah Iskandar, Pas kini sudah bertemu lebih 80 peratus pengundi di Sungai Besar bagi membawa mesej agar mereka dapat menolak BN untuk kesejahteraan seluruh rakyat.

“Sekiranya BN menang besar hari ini, ia akan menyebabkan rakyat rugi dan kita nk beri mesej pada BN yang kita tak restui tindakan mereka,”katanya.

Kenyataan Nik Abduh menyimpang dari perjuangan Pas

Sinar Harian

JOHOR BAHRU - Kenyataan dikeluarkan Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menyimpang dari semangat perjuangan politik parti berkenaan yang pernah dibawa oleh arwah ayahnya, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Setiausaha Publisiti DAP Johor, Sheikh Omar Ali berkata, Pas pimpinan Allahyarham amat menekankan roh kesejagatan Islam.

“Ia cenderung ke arah membawa rakyat kepada roh perjuangan Islam yang meraikan kepelbagaian yang tidak dibatasi perbezaan warna kulit.

“Sebaliknya kenyataan Nik Abduh hanyalah menggambarkan Pas yang kini hilang arah, bahkan melangkah ke belakang sehingga terpaksa menjalinkan hubungan intim dengan Umno untuk lebih memahami parti berteraskan Melayu tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Sheikh Omar berkata, Pas kini jelas hilang jati diri seolah-olah meraba-raba mencari arah.

Katanya, kenyataan Nik Abduh juga dilihat membawa parti berkenaan kepada Islam berteraskan perkauman, bukan atas semangat Islam yang rahmah, yang dahulunya cukup popular dengan jolokan ‘Pas for all’.

“Dalam konteks dua pilihan raya kecil (PRK) yang sedang berlangsung, saya berpandangan Pas seakan-akan cuba mempersendakan rakyat.

“Patutlah semasa berkempen di Sungai Besar, saya tak jumpa masyarakat bukan Muslim pegang bendera Pas, apatah lagi berkempen untuk Pas sepertimana suasana yang pernah dialami sewaktu Almarhum Tuan Guru Nik Aziz masih hidup. Waktu itu Pas untuk semua, tapi kini Pas seperti untuk Melayu sahaja,” katanya.

Beliau berkata, kenyataan Nik Abduh ‘Memang Pas ditubuhkan untuk menyatukan ummah’ yang merujuk persoalan penyatuan Pas-Umno, memperlihatkan perlawanan antara dua parti itu di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, ibarat ‘olok-olok’ sahaja.

“Jika rakyat undi Pas, hakikatnya parti itu sedang berusaha menjalin hubungan rapat dengan Umno. Maka, apa ertinya mengundi Pas dalam dua PRK ini?

“Tidak ada lagi garis yang jelas memisahkan perjuangan Pas dan Umno yang boleh menjadi asas kukuh mengapa rakyat perlu mengundi Pas berbanding Umno,” katanya.

Sheikh Omar turut meminta agar rakyat di Sungai Besar serta Kuala Kangsar memberikan undi kepada calon Pakatan Harapan dari Parti Amanah Negara yang jelas ingin memperjuangkan nasib rakyat, dari terus dibelenggu polisi tempang dan sarat dengan rasuah di bawah Umno-BN.

Janji nak bina hospital Pendang sejak PRK 2002 pun tak tertunai lagi, dok janji nak bina di K.Kangsar pula..!!!

‘Mana janji bina Hospital Pendang’
Sinar Harian

ALOR SETAR - Kerajaan Persekutuan digesa mengotakan janji semasa PRK Pendang pada 2002 untuk membina sebuah hospital baru di daerah itu sebelum berjanji untuk meningkatkan kemudahan di Hospital Kuala Kangsar.

Pesuruhjaya Pas Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi berkata, janji itu masih belum direalisasikan hingga hari ini.

“Pas Kedah mengucapkan tahniah terhadap pengumuman Kerajaan Persekutuan yang menyediakan RM2 juta bagi meningkatkan kemudahan Hospital Kuala Kangsar - keprihatinan tinggi kerajaan BN terhadap kebajikan rakyat.

“Bagaimanapun, janji itu muncul secara tiba-tiba sewaktu tempoh berkempen PRK Kuala Kangsar mengingatkan rakyat Kedah terhadap janji BN yang dibuat pada PRK Pendang 2002 lalu,” katanya.

Menurutnya, pada PRK Pendang, BN berjanji untuk mewujudkan sebuah hospital di daerah itu dan perasmian tapak hospital dibuat di atas tanah  yang pernah dijanjikan untuk maksud yang sama beberapa tahun sebelumnya.

“Sultan Kedah (Yang di-Pertuan Agong) dalam perasmian Sidang Dun Kedah pernah menegur Kerajaan Persekutuan kerana melambat-lambatkan pembinaan Hospital Pendang yang dijanjikan itu. Tahun lalu, Perdana Menteri dalam ucapan Bajet 2016 menyenaraikan Hospital Daerah Pendang untuk pembinaan. 

“Malangnya hingga hari ini, perkara yang pernah dijanjikan oleh BN itu belum menjadi kenyataan. Maka ada baiknya rakyat, khususnya pengundi Kuala Kangsar berfikir panjang sebelum mempercayai akan janji politik BN yang sering dimungkiri,” katanya.

Mantan Menteri & MP Kuala Kangsar menolak dakwaan Najib ada campur tangan politik dizaman Tun M

Rafidah: Najib dulu pun dalam kabinet Dr M

Anne Muhammad
15 Jun 2016, tengahari 12:35 (Dikemaskini 15 Jun 2016, tengahari 12:47)

Bekas menteri Tan Sri Rafidah Aziz menolak dakwaan campur tangan politik dalam Proton ketika era pentadbiran Tun Dr Mahahir Mohamad sebelum ini.

“Bukan campur tangan politik, kerajaan buat keputusan-keputusan kerana (ia perusahaan) kereta negara,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam berkata, berlaku campur tangan politik dalam Proton ketika era Mahathir, yang juga pengasasnya.

Menurut beliau, kini zaman Mahathir telah berakhir dan firma kereta nasional itu telah belajar daripada kesilapan lalu untuk terus berjaya.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Rafidah bagaimanapun mengingatkan bahawa Najib sendiri pernah berada dalam kabinet Mahathir sebelum ini.

“Jangan lupa, itu masa saya dalam kabinet, yang mana Najib pun ada sama,” katanya lagi.

Pemuda Amanah : Harga baru minyak boleh mansuhkan GST

Sany Hamzan

Laporan ekonomi oleh MIDF, sebuah institusi bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyasarkan harga minyak stabil dengan purata AS$55 setong hingga akhir tahun hadapan.

Ini jauh mengatasi nilai sandaran yang digunakan untuk pengubahsuaian bajet 2016 iaitu sebanyak AS$30 hingga AS$35 setong.

Ini bermakna kerajaan BN akan mendapat hasil cukai minyak yang jauh melebihi daripada apa yang mereka jangkakan.

Sehubungan itu, Pemuda AMANAH menggesa supaya kerajaan BN memansuhkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) untuk mengurangkan beban rakyat yang semakin tertekan dengan pelbagai kenaikan harga barang, peningkatan kos sara hidup dan penguncupan nilai ringgit.

Jika MIDF sendiri menyatakan kadar GST berkemungkinan boleh diturunkan sehingga 4 peratus, ditambah dengan disiplin urus tadbir terbaik, Pemuda AMANAH merasakan tidak mustahil untuk ia dimansuhkan.

Pemansuhan GST bukan sahaja meringankan beban rakyat, malah dapat menjadi pemangkin stimulus fiscal dengan meningkatkan aktiviti ekonomi domestik di kala kadar aktiviti ekonomi dunia yang semakin perlahan.

Kisah UK, Ireland

Memansuhkan GST ini bukanlah sesuatu yang mustahil.

Setidak-tidaknya kita boleh bermula seperti United Kingdom (UK) yang pernah mengurangkan kadar VAT/GST sebanyak 2.5 peratus pada 2008.

Ireland pula pernah mengurangkannya pada tahun 1985, 1991, dan 2001.

Kerajaan pimpinan Najib Razak harus menginsafi bahawa rakyat kini semakin susah.

Kejutan pendedahan penggunaan jet peribadi oleh Rosmah Mansor untuk ke Istanbul baru-baru ini jelas menghiris nurani rakyat.

Kos sewaan jet peribadi ini dianggarkan mencecah RM86.4 juta! Ini tidak termasuk pelbagai lagi kes-kes keborosan lain.

Siapa yang menanggungnya?

Amanah dilihat berjiwa besar, netizen puji Dr Rani kerana tidak bermusuh

HAZRI NAWAR

Kehadiran calon Pas Dr Abdul Rani Othman ke majlis berbuka puasa anjuran Parti Amanah Negara (Amanah) bersama Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali semalam menjadi perbualan hangat di media sosial khususnya facebook.

Warga maya rata-ratanya memuji tindakan Abdul Rani yang disifatkan matang dan berjiwa besar, berbeza dengan sikap sesetengah pepimpin Pas lain yang melihat Amanah sebagai musuh mereka.

"Meskipun saya penyokong Amanah namun saya 'salute' dengan jiwa besar Dr Rani yang turut hadir dalam majlis ini," tulis pemilik akaun Mahani Othman Basir.

"Calon pas steady..snyum jee...haha..terbaiklah Dr (Rani)," tulis Hafiez Yahya.

"Alhamdulillah.. bagusnya calon pas.. sangat meraikan sahabat," tulis Ummu Aisy.

Di sebalik komen-komen positif itu, terselit juga komen-komen sinis yang melihat tindakan Abdul Rani itu mengesahkan dakwan banyak pihak bahawa beliau dari kumpulan harum manis.

Ada juga menyifatkan beliau tersepit dipilih sebagai calon Pas kerana mempunyai kawan yang ramai di kalangan pemimpin Amanah.

"Kesian Dr Rani..sebab percaturan Pas yang entah apa-apa dia jadi mangsa..tebal jer muka," kata Mohd Mazlan Mat Ani.

"Dr Rani tersepit sebenarnya...die antara Adun yg disebut-sebut sebelum ini untuk meninggalkan Pas..Pas dah tak ada calon lain yang paling sesuai untukk diletakkan di Sungai Besar..atas faktor pengundi Cina di Sungai Besar melebihi 30% Dr Rani lah yang paling sesuai dengan karektor profesionalnya dapat tambat hati orang Cina," tulis Rauna Diaz.

"Aku harap Dr Rani tarik diri sebagai calon & masuk Amanah... kita sama-sama doakan," komen Amaluddin Yusof.

Sementara itu, sikap penyokong Amanah menerima dan menyambut baik kehadiran Dr Rani juga turut dipuji netizen yang disifatkan berbeza dengan Pas.

Beberapa mereka membuat perbandingan dengan program ceramah Pas yang dilihat terus bersikap keras terhadap Amanah walaupun mendakwa mereka membawa politik matang.

Apkah akan terjadi sekiranya MAHATHIR terima borang yang dibawa kepimpinan pemuda dulu dan jadi ahli PAS..?

Yang mula2 jumpa Mahathir ni kepimpinan Pemuda PAS yg baru pada Disember 2015... mereka mewakili kepimpinan PAS Siap datang bawa borang untuk Mahathir masuk PAS.. Siap keluar muka depan harakah " Borang PAS buat Mahathir " , apakah masa tu Pemuda dan kepimpinan PAS lupa Dosa2 Mahathir ?

Dosa Mahathir pada Kelantan dan Tok guru Nik Aziz..Dosa kezaliman kepada mangsa Memali.. Dosa fitnah kepada Anwar..?

bayang kan jika Mahathir masuk PAS.. nescaya Dosa2 Mahathir secara automatik nya akan terhapus.. sesuci dan kembali kepada fitrah seperti budak yg baru lahir..

jika Mahahir masuk PAS maka Ularmak2 PAS akan keluar kan ayat Quran dan Hadis berkenaan besar dan luasnya nya  rahmat dan keampunan Allah.. akan di ceritakan di Markaz2 bagaimana Saidina Umar di zaman Jahiliyyah nya akan dosa2 dan perbuatan memusuhi Nabi.. itulah PAS.. masuk PAS umpama masuk Islam..

Dulu2 masa Muhammad taib masuk PAS.. masa tu tak sentuh pun pasal Dosa silam Muhammad taib.. bila bersama Kadir Shaikh Fazir walaupun masih pakai Bow pun.. nampaknya macam pakai Jubah dan serban.. segala salahlaku, rasuah dan masa silam nya seolah olah terampun hanya kerana bersama PAS..

Agaknya Haji Hadi mempunyai kuasa mengampunkan Dosa2 Silam orang lain.. dia lah penentu keredhaan Allah , Syurga dan neraka bagi rakyat Malaysia...

Pemimpin pakatan Harapan tak pernah bagi pun borang pada Mahathir.. Pimpinan Pakatan pun tahu perangai Mahathir.. tahu sejarah silam Mahathir..

Pimpinan ini hanya menggunakan Pengaruh Mahathir bagi menentang Najib razak dan menjatuhkan Regim UMNO dan Barisan Nasional..

Pimpinan Pakatan hanya mengikut kebijaksanaan Almarhum Tok Guru Nik Aziz menggunakan Mahathir untuk menumbangkan Paklah..

Tok Guru Nik Aziz berbesar hati kalau Mahathir nak masuk PAS..tapi tak pernah pelawa..Paklah tak tumbang bila Tok Guru Nik Aziz bersama Mahathir..tetapi Paklah tumbang bila pengaruh Mahathir telah berjaya membawa kemenangan besar Pakatan di 5 Negeri masa PRU ke 12 tahun 2008..  

Tok Guru Nik Aziz bagi laluan kepada Ibrahim Ali di kerusi PAS Pasir Mas tapi tak pernah pulak bagi borang kepada Ibrahim Ali.. sebab Tok Guru Nik Aziz kenal Mahathir dan Ibrahim Ali sebagaimana pimpinan Pakatan hari ini kenal siapa Mahathir..

inilah Kebijaksanaan Politik.. menggunakan senjata musuh untuk melawan musuh.. bukan seperti PAS menggunakan senjata musuh, menentang sesama kawan..

dalam Politik Siyasah pun ada fiqh dia.. bukan melawan buta kayu,extrem macam Khawarij PAS, ISIS, Taliban dan Al-qaeda....

Nukilan IpohMali

#prkkualakangsar #mahathir #prksungaibesar #selamatkanmalaysia #deklasrasirakyat  #pasumno #fitnahpas

Peruntukan IPG 2016 telah ditukar kepada Dana Khas Penoreh?

Adakah bantuan khas kepada penoreh getah berjumlah RM194 juta yang diumumkan oleh PM sempena pilihanraya kecil Kuala Kangsar dan Sg Besar telah menggunakan peruntukan RM200 juta yang diluluskan dalam Bajet 2016 untuk program Insentif Pengeluaran Getah (IPG)?

Jika ia bukan daripada peruntukan IPG, Perdana Menteri wajib menjelaskan dari mana datangnya wang dana khas itu?

Jika ia adalah dari dana IPG, bagaimana pula kedudukan tuntutan IPG yang belum dibayar kepada penoreh sejak dikemukakan oleh puluhan ribu penoreh getah kepada Lembaga Getah Malaysia selaku agensi pembayar sejak Januari 2016?

Pas tak payahlah menghukum tiap kali ceramah politik, bidas Mufti Perak

Sesiapa yang mengundi calon Barisan Nasional atau pakatan pembangkang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di Sungai Besar dan Kuala Kangsar tidak akan mendapat kemurkaan Allah, tegas Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.

"Keadaan sekarang dalam waktu berkempen kita tidak payahlah kita nak menghukum orang berdosa atau celaka atau haram jika tidak sokong calon Pas.

"Dalam berkempen tak usah letak dosa ke tidak berdosa, eloklah jika kita nak memerintah, kita tunjukkan apa yang akan kita lakukan jika kita disokong pengundi dan kita menang.

"Tak payahlah... sudah-sudahlah nak kira dosa atau pahala tiap kali ceramah politik," kata Harussani kepada Malaysia Dateline.

Beliau diminta mengulas kenyataan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam ketika berucap di Sungai Besar bahawa memilih wakil rakyat adalah satu tanggung jawab, dan kalau apa yang diucapkan oleh ahli parlimen adalah salah, maka berdosa dan celakalah pengundi.

Pas sebelum ini mendakwa mereka yang mengundi calon parti itu akan mendapat ganjaran Allah.

Ini kerana ahli parlimen yang dipilih mewakili kerusi Sungai Besar dan juga Kuala Kangsar berpeluang membahas dan mengundi berhubung usul rang undang-undang persendirian Pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) bagi memperkasakan kuasa mahkamah syariah pada sesi Parlimen akan datang.

Bagi Harussani, semua pihak perlu mempertahankan perlembagaan yang meletakkan Islam sebagai agama negara.

"Dalam perlembagaan sudah menyatakan Islam adalah agama negara.

"Maknanya sesiapapun calon parti dan pengundi dalam pilihan raya, mereka terikat dengan perlembagaan itu dan tidak boleh mengabaikannya.

"Melainkan jika calon itu tidak mahu terikat dengan perlembagaan yang mengatakan bahawa Islam adalah agama rasmi negara, calon ini wajib kita tolak kerana ia jelas bertentangan dengan perlembagaan dan agama Islam itu sendiri.

"Itu cerita lain. Sama ada dia (Hadi) dan partinya nak perjuangkan hudud di Parlimen atau tidak," katanya.

PRK Sungai Besar menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Pas Dr Rani Osman, calon BN Budiman Mohd Zohdi dan calon Amanah Azhar Ab Shukur.

Manakala di Kuala Kangsar menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon Pas Dr Najihatussalehah Ahmad, calon BN Datin Mastura Mohd Yazid, calon Amanah Dr Ahmad Termizi Ramli dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...