TERKINI :

Monday, June 13, 2016

Aduan Peguam PAS dalam isu Logo dan Bendera Amanah ditolak SPR

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia

KENYATAAN MEDIA
Bil.23/2016

*PEMASANGAN BENDERA PARTI YANG BERBEZA WARNA DENGAN LOGO PARTI BUKAN SATU KESALAHAN DI BAWAH UNDANG-UNDANG PILIHAN RAYA.*

Berhubung aduan yang telah dibuat oleh parti PAS kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya P.067 Kuala Kangsar terhadap parti Amanah yang di dakwa memasang bendera yang berbeza warna dengan logo rasmi yang telah  didaftarkan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

SPR ingin menjelaskan bahawa ia bukanlah satu kesalahan di bawah Undang-Undang Pilihan Raya.

Setiap parti yang telah mengemukakan simbol parti termasuk bentuk dan warna kepada SPR untuk kelulusan bagi penggunaan dalam pilihan raya. Parti yang memohon juga telah  menghantar dua (2) versi warna, satu yang berwarna dan  satu lagi dalam hitam putih.

Versi ini juga telah diluluskan oleh Pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan menjadi rujukan SPR sebelum diluluskan.  Ini adalah selaras dengan *Peraturan 11, Peraturan-Peraturan Penjalanan Pilihan Raya (PPPR) 1981.*

Harus diingat, bagi penggunaan  bendera sesuatu parti, tiada keperluan bagi kelulusan diperolehi  daripada SPR.

Bagi bendera sesebuah parti politik atau pertubuhan ianya telah diluluskan di bawah Akta Pertubuhan 1966 dan sekiranya ada kesalahan dan sebagainya berkaitan bendera parti yang diluluskan oleh ROS, ianya adalah tertakluk kepada *Seksyen 50 Akta Pertubuhan 1966* dan bukan di bawah undang-undang berkaitan  pilihan raya.

Oleh itu, tidak timbul isu penggunaan bendera yang berlaina warna dengan logo yang didaftarkan kerana apa yang dipaparkan dalam web adalah versi warna bagi simbol parti secara am sahaja dan bukan simbol parti dan bentuk penggunaannya termasuklah pada bendera Amanah .

Dalam pada itu harus diingat juga, penggunaan bagi kertas undi juga  tiada cetakan warna yang digunapakai bagi simbol parti seperti dalam web SPR. Ianya hanya mengguna warna hitam dan putih sahaja.

Pihak SPR berkuasa untuk memantau atas penyalahgunaan  simbol parti secara  sendiri dan bukan ke atas penyalahgunaan  bendera parti kerana bidangkuasa yang berbeza antara simbol dan bendera parti.

Keadaan ini adalah berlainan dengan calon Bebas yang tiada simbol parti, maka penggunaan simbol  yang telah diberikan semasa hari cabutan kedudukan dalam kertas  undi hendaklah dipatuhi sepenuhnya kerana ia adalah simbol yang telah diluluskan oleh SPR di bawah PPPR 1981 dan tidak boleh dipinda. Ia mestilah sama dengan simbol yang telah diperuntukan. Sekiranya tidak mematuhinya, tindakan akan diambil bagi  pematuhannya.

SPR berharap semua pihak jelas dengan kenyataan mengenai perkara ini.

Sekian, terima kasih.

*DATUK SERI MOHD HASHIM BIN ABDULLAH*
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia

KUALA KANGSAR
Tarikh: 13 Jun 2016

Dikeluarkan oleh;
Mohd Sabri Abdullah
PRO SPR

Cuba baca Deklarasi Rakyat.. ia bukan semata-mata tolak NAJIB sahaja..

Presiden Pas mungkin tak baca Deklarasi Rakyat, kata Amanah

Parti Amanah Negara (Amanah) mendakwa Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak membaca kandungan Deklarasi Rakyat apabila mendakwa gerakan itu hanya mahu menukar Datuk Seri Najib Razak sahaja dan bukan menukar sistem.

Naib Presiden Amanah Datuk Dr Mujahid Yusof berkata, dalam Deklarasi Rakyat jelas dinyatakan tuntutan perubahan sistem seperti yang dimaksudkan Abdul Hadi.

"Mungkin dia (Abdul Hadi) terlepas pandang fakta itu atau memang dia tak baca.

"Perkara itu memang sebahagian tuntutan yang kita mahu dan Tun Mahathir terima," katanya pada sidang media di Pejabat Amanah Kuala Kangsar hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Abdul Hadi bahawa Pas tidak mahu bersama Deklarasi Rakyat yang mahu menjatuhkan Najib semata-mata.

Menyifatkan ianya sebagai tidak memberi faedah, Abdul Hadi dalam reaksinya kepada Tun Mahathir berkata, Pas tidak menentang individu sebaliknya menentang dasar dan pendekatan.

Sementara itu, Pengerusi Amanah Perak Asmuni Awi ketika mengulas perkara sama menjelaskan bahawa adalah tidak mudah untuk menukar sistem selagi cengkaman Najib begitu kuat ketika ini.

Maka katanya, keperluan menukar Najib adalah langkah pertama sebelum sistem keseluruhan dapat diubah.

"Umno ini kekuatannya adalah pada yang nombor satu. Bila tumbang yang nombor satu dengan sendirinya dia akan roboh.

"Presiden Umno sangat berkuasa jadi kalau kita asak presiden itu sendiri saya rasa pada masa itu Umno akan kucar-kacir dan hancur," katanya.

Prof. Agus ramal BN menang, Amanah kedua, Pas tercorot

Pensyarah Sains Politik, Prof Dato Dr Mohammad Agus Yusof meramalkan BN akan menang dalam PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar 18 Jun ini.

"Pandangan saya mudah sahaja.

"Dalam sebuah negara majmuk, kerjasama politik antara kaum itu penting.

"Sejak merdeka, parti yang dapat menonjolkan imej ini menang dalam pilihan raya.

"Dan dalam dua PRK ini, BN akan menang lagi dengan imej ini," kata beliau dalam satu kenyataan.

Beliau kecewa kerana kempen pilihan raya masih jauh dari kematangan bernegara,

"Saya melihat dua PRK ini menunjukkan kita masih jauh dari politik matang.

"Mengapa?

"Kempen masih bersifat perkauman, masih bersifat mencaci peribadi, masih bersifat menganggu ceramah parti lawan, dan masih tidak adil biarpun bebas," keluhnya,

Beliau seterusnya meramalkan Amanah di tempat kedua.

"Biarpun Amanah parti baru, tetapi kerjasamanya dalam Pakatan Harapan bersama PKR dan DAP memberinya kekuatan untuk menyaingi BN, biarpun masih tertinggal 8-10 mata peratus di belakang," katanya.

Pas pula diramalkan [aling tercorot kerana gagal dilihat suka berkawan.

"Yang rugi besar ialah PAS.

"Biarpun PAS parti lama dan teruji dalam politik negara, tindakannya bertanding sendirian tidak membawa keuntungan politik kepadanya dalam dua PRK ini," jelas beliau.

Beliau berharap selepas dua PRK ini, setiap parti dapat muhasabah semula hala tuju parti masing-masing.

Abby Abadi berkempen bagi calon Amanah

Dari segi agama kebijaksanaannya Insya Allah rakyat akan terbela kata Abby. Rakaman video berdurasi 18 saat yang sedang viral di media sosial menyaksikan artis yang sinonim dengan Pas, Abby Abadi berkempen bagi calon Amanah.

Bertudung merah jambu dan berkaca mata hitam, Abby dilihat sedang ditemubual di kawasan parkir kenderaan tidak jauh dengan rumah kayu yang dipenuhi bendera Amanah.

"Apa yang rakyat perlukan... dari segi agama, kebijaksanaannya InsyaAllah rakyat akan terbela...," ujarnya dengan dilatari ucapan pemimpin Pakatan Harapan pada masa sama.

Beliau dipercayai merujuk kepada calon Amanah bagi Parlimen Kuala Kangsar, Prof Dr Ahmad Termizi Ramli dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) yang menyaksikan pertandingan empat penjuru itu.

Pemilik nama Arbaiyah Abd Manan, 39, itu mulanya dikenali sebagai anggota penyanyi kumpulan Elite lewat 1990-an sebelum terjun ke bidang lakonan.

Abby yang kemudiannya sinonim dengan watak Inspektor Aleeza dalam drama dan filem kepolisan, Gerak Khas sejak 1999 menjadi ahli Pas pada 2012 apabila membuat keputusan untuk bertudung.

Pada 2015, Abby mendirikan rumah tangga buat kali ketiga dengan Muhammad Faizal Zakaria yang merupakan wartawan portal rasmi Pas, Harakahdaily.

Pas kata tidak ada kerjasama dengan Umno.. tetapi...

NOTA POLITIK: PAS KATA PAS TIDAK BEKERJASAMA DENGAN UMNO TETAPI....

1) PAS kata PAS tidak bekerjasama dengan UMNO tetapi disaat presiden & Najib duduk sedondong, MSU keluarkan kenyataan "Syura benar kerjasama demi Islam".
Sumber: http://m.harakahdaily.net/index.php/headline/39316-syura-benar-kerjasama-demi-islam

2) PAS kata PAS tidak bekerjasama dengan UMNO tetapi president sendiri sebut kita boleh bekerjasama dgn lawan(UMNO). Tak boleh kerjasama dgn pengkhianat(Amanah)
Sumber: https://youtu.be/2ehVfLMTApk

3) PAS kata PAS tidak bekerjasama dengan UMNO tetapi PAS keluarkan arahan larangan kerjasama dgn Amanah & DAP. Tidak disebut larangan taawun dgn UMNO & larangan hadir majlis UMNO.
Sumber: http://www.sinarharian.com.my/politik/pas-kemuka-tiga-larangan-kepada-ahlinya-1.470967

4) PAS kata PAS tidak bekerjasama dengan UMNO tetapi tiba² S/U PAS cakap maafkan UMNO.
Sumber: https://youtu.be/_IXF-4uvjao

5) PAS kata PAS tidak bekerjasama dengan UMNO tetapi orang PAS menerima lantikan politik UMNO.  Bekas pimpinan tertinggi PAS menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)GMMF yg diasas oleh Najib.
Sumber: http://www.bharian.com.my/node/92485

6) PAS kata PAS tidak bekerjasama dengan UMNO tetapi Mursyidul Am PAS menerima lantikan politik sebagai ketua Kluster Dakwah kerajaan BN. Kata Pak Subki perlantikan ini tidak wajar sbb MA boleh diarah, dikomen & duduk bawah BN.
Sumber: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1102448753139341&id=100001226798672

7) PAS kata PAS tidak bekerjasama dengan UMNO tetapi Presiden bukan main back up isu 1MDB. Perlu saksi & PM bukan malaikat. Mursyidul Ampun apa kurangnya mengeluarkan kenyataan Najib perlu diberi peluang.
Sumber:- https://youtu.be/uMzHAM1_BWE
http://www.astroawani.com/video-malaysia/tuduhan-terhadap-najib-perlu-ada-saksi-hadi-awang-61420

8) PAS kata PAS tidak bekerjasama dengan UMNO tetapi tiba duduk semeja bekerjasama dengan perkasa & hadir majlis perkasa yg merupakan NGO pro UMNO. Hadir majlis² UMNO. Serang pembangkang AMANAH & DAP. PAS Selangor tolak kerjasama dgn PERKASA.
Sumber: https://youtu.be/1IIYBpmJEik

9) PAS kata PAS tidak bekerjasama dengan UMNO tetapi Ketua Pemuda cakap PAS juga perlu mengubah strategi dengan menjelaskan bersedia bergabung dengan semua pihak dan bukan sahaja kerjasama dengan Umno. Kata Nik Abduh: "Inilah konsep kerajaan perpaduan seperti pernah dicetus Presiden PAS sebelum ini di mana semua parti boleh berada dalam kerajaan".(http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41014-umno-terpaksa-ubah-strategi-dekati-pas)

10) PAS kata PAS tidak bekerjasama dengan UMNO tetapi saranan, ajakan & pintu rundingan yg dibuka oleh PKR, DAP & AMANAH utk melawan UMNO ditolak PAS. Berlainan parti bukan halangan utk PAS bersama dlm satu blok dgn pembangkang menjatuhkan UMNO. 

Tak payah cakaplah PAS. Mengaku sajalah sudah menjadi macai UMNO. Allah murka perbuatan dan tindakan tidak sama dengan percakapan.

Ulamak kita menyebut:-

لسان الحال أصدق من لسان المقال
Maksudnya: "Perbuatan/tindakan lebih benar dari kata²".

Sebenarnya PAS bukan saja bekerjasama dgn UMNO bahkan penganti UMNO serang sahabat² dlm barisan pembangkang PKR, Amanah & DAP.

Viral oleh : (NagaMerah)

Hishammuddin Hussein lagilah pelik...!!!!

Shahbudin Husin, 


Hishammuddin Hussein, Naib Presiden UMNO yang dibisik-bisikkan bercita-cita mahu menjadi Perdana Menteri dilaporkan pelik terhadap tindakan Tun Mahathir Mohamad yang sanggup turun padang memberi sokongan kepada calon Amanah dalam pilihanraya kecil kali ini.

"Saya pelik sebab peringkat awal Tun Mahathir kata akan sokong pembangkang untuk kalahkan BN, tetapi sekarang nampaknya beliau hanya sokong Amanah saja sedangkan Pas pun pembangkang juga.

"Jadi saya tak faham, menyokong pembangkang pun tak jelas, pembangkang yang mana? Pas ke? Amanah ke? DAP ke? Semalam (di Sungai Besar) beliau turun di atas platform DAP.

"Saya tak faham rasionalnya Tun Mahathir berbuat begitu," kata sepupu Najib itu ketika bercakap dengan media di Kuala Kangsar.
Alahai...kesiannya, macam mana nak jadi Perdana Menteri kalau benda semudah ini pun sukar memahaminya.

Kalau Hishammudian mengatakan beliau pelik dengan sikap Tun Mahathir, kegagalan memahami langkah mudah bekas Perdana Menteri itu jauh lebih pelik lagi sebenarnya.

Kenapa perlu pelik sedangkan Tun Mahathir awal-awal lagi sudah mengatakan beliau akan turun berkempen di Sungai Besar dan Kuala Kangsar untuk membantu calon daripada parti yang menyokong Deklarasi Rakyat?

Sudah ke nak faham parti mana yang menyokong Deklarasi Rakyat?

Tentang Tun Mahathir turun dalam program anjuran DAP di Sungai Besar, bukankah parti itu merupakan salah satu komponen Pakatan Harapan yang turut dianggotai PKR dan Amanah?

Apa salahnya Tun Mahathir hadir dalam program anjuran DAP yang merupakan sebahagian aturcara kempen memenangkan calon Amanah yang bertanding?

Tidakkah Ia lebih kurang sama macam Najib hadir dalam program anjuran MCA saja, lalu apa yang peliknya?

Hishammuddin juga tidak perlu pelik mengapa Tun Mahathir tidak memberi sokongan kepada Pas kerana mustahil beliau tidak menyedari bahawa parti itu kini lebih ghairah untuk "berpeluk dan bergesel pipi"  dengan Najib berbanding menentang kemungkaran dan penyelewengan dalam negara.

Takkan Hishammuddin tak sedar Hadi dan Najib sudah sedondon berbaju merah jambu, malah Pas dalam muktamarnya baru-baru ini juga turut bertanjak, berpulut hijau dan menjulang keris gergasi?

Jadi apa yang peliknya bila Tun Mahathir tidak menyokong Pas, tetapi memberi sokongan kepada calon Amanah yang bukan saja menyokong Deklarasi Rakyat, bahkan ingin bersama-sama dalam usaha menyelamatkan negara dek onar dan bahana angkara Najib yang sudah menjadi perbualan di seluruh dunia?

Dalam waktu yang sama, sebagai pemimpin dan manusia yang waras, apakah Hishammuddin tidak pelik dengan skandal dan hutang yang mencanak tinggi melibatkan 1MDB?

Apakah Hishammuddin tidak pelik dengan dongengan bahawa ada orang sanggup menderma sebanyak RM2,600 juta kepada Najib?

Tidak tercabarkah rasa kepelikan dalam dirinya apabila Najib mengatakan beliau tidak tahu wang sebanyak RM42 juta dalam akaun peribadinya datang daripada SRC International, sebuah anak syarikat milik Kementerian Kewangan?

Tidakkah lebih pelik di sebalik tidak tahu itu, wang tersebut sebaliknya bukan saja tidak dipulangkan, tetapi turut dibelanjakan Najib, antaranya untuk membayar hutang kad kreditnya?

Tidak pelikkah sebagai salah seorang menteri apabila melihat bagaimana isteri Najib, Rosmah Mansor boleh berbelanja mewah di seluruh dunia sambil bergentayangan menaiki jet milik kerajaan?

Bukankah semua yang dilakukan Najib dan Rosmah itu pelik-pelik belaka?

Memang pelik kalau Hishammuddin tak terasa pelik dengan semua perkara pelik yang dilakukan Najib, tetapi tiba-tiba boleh pelik bila Tun Mahathir turun padang menyokong Amanah yang mewakili Pakatan Harapan di Sungai Besar dan Kuala Kangsar. (SH 12/06/2016).

Nampaknya 2 PRK ini menunjukkan kita masih jauh dari politik matang.

Mohammad Agus Yusoff

PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar

Saya melihat dua PRK ini menunjukkan kita masih jauh dari politik matang.

Mengapa? Kempen masih bersifat perkauman, masih bersifat mencaci peribadi, masih bersifat menganggu ceramah parti lawan, dan masih tidak adil biarpun bebas.

Siapa menang?

Pandangan saya mudah sahaja. Dalam sebuah negara majmuk, kerjasama politik antara kaum itu penting. Sejak merdeka, parti yang dapat menonjolkan imej ini menang dalam pilihan raya. Dan dalam dua PRK ini, BN akan menang lagi dengan imej ini.

Amanah di tempat kedua. Biarpun Amanah parti baru, tetapi kerjasamanya dalam Pakatan Harapan bersama PKR dan DAP memberinya kekuatan untuk menyaingi BN, biarpun masih tertinggal 8-10 mata peratus di belakang.

Yang rugi besar ialah PAS. Biarpun PAS parti lama dan teruji dalam politik negara, tindakannya bertanding sendirian tidak membawa keuntungan politik kepadanya dalam dua PRK ini.

Semoganya selepas dua PRK ini, setiap parti dapat muhasabah semula hala tuju parti masing-masing.

Salam Ramadhan

Persoalan di 2 PRK - Siapakah Yang Membela Golongan Lemah...

June 12, 2016 / Unknown Soldier


Sekarang jelas pemimpin PAS semua boleh di kompromi. Ini fitrah manusia. Pemimpin pas pun pergi ke tandas, buang air kecil dan besar. Kalau kentot pun busuk.

Semua berminda saudagar. Cari peluang bisness. Hendakan nikmat dari berkuasa dan kaya raya. Nik Abduh pun ada rakan kongsi Cina. Tantawi pun suka nonton filem lucah.

Dari sekarang, apa idea dari pemimpin PAS tidak berguna sesen pun. Mereka mungkin handal dalam bidang kajian dan pengkhususan mereka; dalam hal politik mereka sama seperti kita- lebih kurang cerdik atau lebih kurang bodoh.

Rakyat tidak boleh maafkan PAS bersekongkol dengan UMNO.

Orang Melayu kita, secara umumnya, mesti nyahkan fikiran bahawa PAS itu sama dengan Islam. Ia hanya sebuah parti yang dipimpin dan dianggotai oleh manusia biasa- mungkin ada ilmu pengetahuan agama sedikit sebanyak- tapi manusia biasa yang tetap berfikir mengenai perempuan, wang dan keseronokan. Kalau perempuan dan wang datang- bismillah…

Kedudukan majority pemimpin PAS macam cerita seorang saudara saya. Kalau di Malaysia- Subhanallah, kalau jejak sahaja di Jakarta- subhanallah jadi subhan.. sahaja.

Kita hendakkan Islam, kita boleh sahaja pergi mendapatkan guru2 yang tidak disebut nama dan disebut gelaran. Ribuan yang ikhlas ada. Kita orang Melayu sekali kali tidak memerlukan PAS untuk mengesahkan keIslaman kita.

Jika PAS tidak berkuasa mengesahkan keIslaman kita, bagaimana mereka ada kapasiti untuk memberi pahala dan menjamin kita masuk syurga. Siapa dia Dr Rani hendak beri pahala? Beri Panadol bolehlah. Ustaz2 PAS ada bercakap lansung dengan Allah kah?

Penyokong dan Jemaah pas yang ratusan ribu, yang ikhlas itu, semakin hari tertipu oleh perjuangan pemimpin mereka yang bertopengkan ugama. Inilah bukti, bagaimana niat yang awal nya baik, di korapkan oleh mabuk kuasa dan kedudukan.

Marilah kita teliti semula asas atau foundasi perjuangan kita.

Asas atau landasan perjuangan pakatan harapan ialah menjuarai kepentingan golongan yang lemah. Jika ini tidak lagi menjadi focus perjuangan PAS- ianya bermakna PAS tidak releven kepada rakyat lemah.

Berjuang bagi pihak yang lemah sebahagian dari fi sabilillah. agaknya kepada pas , ini sudah tidak penting. Asal sahaja penjaja pasar malam, peniaga kecil yang tidak henti berdoa kepada Tuhan terus menaruh harapan kepada pas, itu sudah cukup. Yang diperlukan hanya, suntikan berterusan slogan2 dan posturing yang keIslaman. Semua itu akan mengekalkan kesetiaan penyokog PAS terhadap nya. Dibelakang tabir, pemimpn PAS ada agenda tersendiri- mendapat nikmat daripada kuasa dan wang.

Bagaimana nasib golongan marhaen benar2 berubah, tidak dipedulikan oleh pas.

Golongan yang lemah ditindas, picit, perah, ugut dan ditakutkan oleh pemerintahan yang zalim. Siang dan malam, golongan yang lemah berdoa kepada Allah memunculkan pemimpin yang melindungi dan menolong. Lihat al-Quran 4:75

Ianya satu proposisi yang mudah. Melawan untuk golongan yang lemah. Para perkerja ladang, penangkap ikan dan nelayan, petani, perempuan, kanak2, orang2 yang kurang upaya, penjawat awam yang tertekan oleh pengurusan ekonomi yang tidak adil, semua rakyat yang merasai musibah ekonomi yang melanda akibat dari ketidakamanahan pemimpin negara ini.

Golongan lemah ialah golongan 80% yang mempunyai pendapatan purata kurang dari RM5000 sebulan. PAS tidak pernah pun menjuarai kepentingan ini.

Lawan kepada pemimpin yang melindungi dan menolong ialah pemimpin yang menzalimi, buas dan menganiayai. Itu deskripsi Najib hari ini.

Penentangan kita terhadap Najib ialah kerana dia bukan lagi pelindung kepada rakyat Malaysia bahkan dia menganiayai rakyat.

Duit rakyat dalam institusi diguna olehnya untuk menyelamatkan perniagaan yang rugi. Wang dari kumpulan amanah pencen yang dipinjamkan kepada SRC, kita tidak tahu dimana. Lombong arang batu di Mongolia entah apa yang jadi. Malah jutaan wang dari SRC( RM42 juta) disalurkan secara tidak sah, kedalam akaun peribadi Najib.

Apa hak Najib mengambil wang rakyat?

Kedudukan kewangan Tabung Haji terancam akibat dari pembelian asset yang harga nya dipalsukan. Walaupun deposit penyimpan dijamin oleh kerajaan, tapi jika kekuatan kewangan TH terancam dan tergugat secara keseluruhan, maka kapasiti mereka menawarkan kemudahan kepada jemaaah Haji akan terancam. Tempat tinggal yang selesa, pemakanan, khidmat perubatan, kebajikan umum dan sebagainya.

Kedua, semua pembelian dengan harga yang diinflasikan, membayangkan rasuah dan menyalah-gunakan kedudukan berlaku. Ini bermakna, pegawai TH tidak amanah dan melakukan rompakan kolar putih dibalik tabir jaminan kerajaan dan imej institusi Islam.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...