TERKINI :

Sunday, June 12, 2016

Hadi akui beliau bertemu Mahathir tiga bulan lalu..

SEKINCHAN: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui Tun Dr Mahathir Mohamad ada bertemu dengannya tiga bulan lalu bagi membincangkan agenda untuk menjatuhkan Perdana Menteri.

Namun, Abdul Hadi berkata, beliau menolak pelawaan bekas Perdana Menteri itu kerana menyifatkan ia tidak akan mengubah apa-apa jika Datuk Seri Najib Razak dijatuhkan.

"PAS tidak menentang individu, tidak menentang orang, tetapi menentang pendekatan menggunakan konsep dan dasar. Kalau orang diubah tetapi dasar dan pendekatannya sama, tiada perubahan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di sini, sebentar tadi.

Mengenai dakwaan Dr Mahathir bahawa Presiden PAS itu sudah diberi dedak, Abdul Hadi menyoalkan siapa yang sebenarnya mengajar memberi dedak?

"Kerana PAS tidak terpengaruh dengan dedaklah maka PAS boleh terus melangsungkan perjuangan.

"Tiada politik wang, politik Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), siapa yang ajar?

"(Kes) 1Malaysia Development Bhd (1MDB) mula dengan apa? KWSP, Perwaja, Tabung Haji, itu adalah rantaian daripada awal. Selagi tak mengubah pendekatan, tak ubah perangai selagi itulah perkara ini akan berlaku," katanya.

Abdul Hadi berkata, beliau juga tidak terkilan dengan tindakan Dr Mahathir yang secara terang-terang menyatakan sokongan kepada calon Pakatan Harapan.

"Terpulang kepada dia. Pendekatan PAS ialah kita masih menentang UMNO dan pakatan DAP. Kedua-dua ini bercanggah dengan dasar dan matlamat perjuangan kita," katanya.

Bekas Ketua Hakim Negara terang-terang akui kerjasama Umno-Pas untuk selamatkan Kerajaan BN

*Bekas ketua hakim
Tun Abdul Hamid Mohamad*

Selepas Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz mengakui berazam untuk bersatu dengan Umno, bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad terang-terang menyatakan kerjasama Umno-Pas adalah bagi menyelamatkan Kerajaan Persekutuan BN.

Dalam artikelnya di Berita Harian Ahad hari ini, Hamid berkata, bentuk kerjasama itu boleh dibincangkan dan cara lebih mudah ialah Umno dan Pas bertanding seperti biasa pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti."Kemungkinan kerajaan Persekutuan BN akan kalah pada PRU14 adalah amat serius. Kerajaan Persekutuan diterajui Umno, tidak dapat tidak hendaklah dipertahankan.

Kita sedang berusaha kuat untuk memastikan kerajaan itu tidak tumbang."Jika nampak Kerajaan Persekutuan BN akan tumbang, Pas segera sertai kerajaan BN," jelasnya.

Menurut Hamid, 74, langkah sama juga lagi baik dilaksanakandi peringkat negeri untuk menggagalkan DAP, PKR dan Amanah menubuhkan kerajaan.Ujarnya, harapan Pas untuk menguatkuasakan hukuman hudud akan berkubur kerana DAP menjadi parti yang dominanjika pembangkang berjaya menubuhkan Kerajaan Persekutuan selepas PRU14.Dalam artikel penuh di halaman 12 akhbar itu juga, Hamid berkata, hak dan kedudukan Islam dan orang Melayu serta anak negeri Sabah dan Sarawak akan terhakis jika pembangkang dapat menumbangkan BN pada PRU14.

"Orang bukan Melayu terutama sekali orang Cina sokong pembangkang kerana mereka mahu lebih daripada apa yang diperoleh melalui MCA dan Gerakan."Dari mana 'yang lebih' itu akan datang jika tidak daripada orang Melayu/Islam? Harapan Pas laksana hudud (jika itulah matlamat Pas) akan terkubur," jelasnya.Peluang terbaik PasMenurut Hamid, Pas mempunyai peluang terbaik menyertai Kerajaan Persekutuanuntuk mencapai lebih banyak cita-cita parti yang kini diterajui Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu."Pas boleh kekal sebagai Pas danterus memerintah Kelantan jika pengundi Kelantan menghendakidemikian," jelasnya.

Selain kerjasama Umno dengan Pas, katanya, Perkasa juga harusbersama-sama dalam kesepakatan tersebut. "Perkasa tidak boleh harap mencapai hasrat (itu pun tidak jelas) secara bersendirian. Sebaliknya, ia mungkin menyebabkan perpecahan orang Melayu lebih serius," ujarnya.

Artikel Hamid yang merupakan ulasan Resolusi Multaqa Perpaduan Ummah, 18 Mei lalu itu turut menyentuh kedudukan PKR dan Amanah."Saya tidak kata kita patut pinggirkan PKR dan Parti Amanah Negara.

Cuma usaha kita (penyatuan Melayu) akan jadi lebih sukar jika kita hendak bawa mereka bersama untuk bersatu atau bekerjasama," katanya.Tekanan untuk perpaduan Melayu, ujar bekas Ketua Hakim Negara ke-12 itu lagi, harus diberi kepada Umno dan Pas terlebih dahulu, diikuti Perkasa.

Calon Bebas Kuala Kangsar - 'Sukar dapat pengundi sebab mereka sudah didedakkan'


Izat Bukhary Ismail Bukhary
KUALA KANGSAR - Calon bebas bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar mengakui sukar untuk mendapat sokongan kerana mendakwa pengundi sudah diberikan dedak.

Izat Bukhary Ismail Bukhary yang memilih logo pen sebagai calon bebas berkata, beliau terpaksa bekerja lebih keras dan melakukan pendekatan berbeza berbanding parti lain bagi meraih sokongan.

"Saya susah sekarang ini. Penerimaan pengundi susah sikit sebab ramai yang sudah didedakkan. Diberi makan. Ini pusingan satu, pusingan dua...sampai pusingan berapa tidak tahu.

"Di saat akhir berlaku benda-benda yang tidak sepatutnya sehingga sanggup jual undi. Lepas mengundi, ambil gambar dan tuntut duit. Ini yang berlaku di saat-saat akhir. Siapa yang buat seperti itu, saya tidak halalkan dunia akhirat," katanya hari ini.

Katanya, perkara itu seharusnya tidak berlaku andai parti yang bertanding meletakkan agama sebagai asas perjuangan.

Malah katanya, kemunculan banyak parti juga akan menyebabkan perpecahan terutamanya masyarakat Islam.

"Saya pegang pada agama. Banyak sekarang, apa yang ada sekarang ini, parti makin banyak parti, makin banyak berpecah. Yang ini kata dia Islam, yang ini kata dia Islam.

"Jadi di mana sebenarnya? Jika berpegang pada agama, itu yang perlu kita ikut. Yang perlu kita buat kita buat, yang salah kita tinggalkan. Itu adalah saya," katanya.

Dalam pada itu, Izat Bukhary berkata, beliau menegaskan bahawa dirinya tidak ditaja oleh Parti Amanah Negara (Amanah) dalam usaha untuk memecahkan undi Pas dan BN.

"Saya tidak ditaja oleh Amanah. Saya pernah menentang lawan Umno, Pas. Saya benar-benar bebas. Setiap kali bertanding, saya dituduh ditaja. Sebenarnya saya taja diri saya sendiri.

"Kalau perjuangan saya betul, kekalahan adalah kemenangan buat saya. Saya tidak fikir pasal duit (wang pertaruhan). Saya akan berjuang demi agama," katanya.

Umno pula kata Tun M kuda tunggangan Pakatan Harapan

Tun M buat kempen PRK umpama 'pesta kuda tunggangan
Tun Mahathir Mohamed
SUNGAI BESAR - Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyifatkan kesediaan Tun Dr Mahathir Mohamad bersekutu dengan Pakatan Harapan yang merupakan seterunya sebelum ini, menjadikan kempen pembangkang bagi dua Pilihan Raya Kecil (PRK) umpama "pesta kuda tunggangan".

Beliau berkata kedua-dua pihak dilihat semakin celaru dengan bekas Perdana Menteri itu dan kepimpinan Pakatan Harapan dilihat saling mengambil kesempatan ke atas satu sama lain.

Katanya Dr Mahathir kini menjadi "kuda tunggangan baharu" Pakatan Harapan, manakala bekas pemimpin Umno itu pula bijak memanfaatkan sokongan parti itu terhadapnya dengan menjadikan mereka 'kuda yang boleh ditunggang' memandangkan dirinya tidak mampu bergerak sendirian selepas keluar Umno.

"Kuda yang beliau (Dr Mahathir) nampak bukannya kuda besar, tapi kuda tua seperti Lim Kit Siang (penasihat DAP), yang dia harap boleh tunggang, dan kuda-kuda patah kaki serpihan Pas iaitu Parti Amanah Negara (Amanah).

"Sekarang bukan lagi fenomena politik, tetapi lebih kepada siapa tunggang siapa. Dr Mahathir harapkan ada kuda yang boleh ditunggang dan yang lain (Pakatan Harapan) pula harap dapat tunggang dia," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu diminta mengulas tindakan Dr Mahathir yang membuat kemunculan di Sungai Besar semalam bagi menyertai satu persidangan khas bersama-sama pemimpin-pemimpin pembangkang serta menyatakan sokongan terhadap calon Amanah, Azhar Abdul Shukur yang mewakili Pakatan Harapan.

PRK Parlimen Sungai Besar dan Parlimen Kuala Kangsar akan diadakan serentak pada 18 Jun ini berikutan kematian penyandang kedua-dua kerusi iaitu Tan Sri Noriah Kasnon (Sunagi Besar) dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad (Kuala Kangsar) dalam nahas helikopter di Sarawak pada 5 Mei lepas.

Ahmad Shabery berkata kesediaan Kit Siang untuk berjuang bersama Dr Mahathir dilihat lebih menjurus kepada mencapai matlamat yang dikehendaki DAP setelah puas mempergunakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum Pas keluar daripada pakatan pembangkang.

Beliau juga yakin penyertaan Pas dan Amanah dalam kedua-dua PRK itu bukan untuk menandingi BN, sebaliknya sebagai medan untuk melihat parti mana yang lebih hebat.

"Pas nak buktikan parti serpihannya (Amanah) tak boleh hidup dan Amanah pula mahu pastikan Pas juga tak boleh ke mana. BN bukan matlamat mereka. Jadi saya seru semua penyokong BN keluar mengundi dan beri kemenangan kepada kita (BN)," katanya. - Bernama

Amanah tubuh Sekretariat Mahasiswa Pakatan Harapan

Amanah tubuh Sekretariat Mahasiswa Pakatan Harapan
SUNGAI BESAR - Mahasiswa Amanah Nasional, Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM) dan DAP Varsity hari ini mengumumkan penubuhan Sekretariat Mahasiswa Pakatan Harapan selari dengan kesatuan yang ditunjukkan parti-parti induk Pakatan Harapan.

Pengerusi Mahasiswa Amanah Nasional, Fadhli Umar berkata, dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil(PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar, sekretariat berkenaan turut melancarkan Gerak Gempur Mahasiswa yang disertai mahasiswa di seluruh negara dan pelbagai bangsa.

"Program gerak gempur ini melibatkan aktiviti seperti culaan, meraih undi rumah ke rumah, pentas siswa dan lain-lain aktiviti," katanya ketika sidang media yang berlangsung di Pejabat Parti Amanah Negara(Amanah) Sungai Besar hari ini.

Dalam pada itu, ketika ditanya bilangan ahli sekretariat berkenaan, Fadhli memaklumkan bahawa buat masa ini kira-kira lebih 100 mahasiswa telah menyertai gabungan ini.

Fadhli berkata, Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) berdasarkan kes mahkamah dalam isu Universiti Kebangsaan Malaysia 4 membenarkan mahasiswa untuk menyertai kempen pilihan raya bagi mana-mana parti politik.

"Kami dengan ini mengajak mana-mana mahasiswa yang berminat untuk bersama merasai bahang serta aktiviti sepanjang pilihan raya diadakan melalui program Gerak Gempur Mahasiswa ini," katanya.

Nurul - SPR sila Tegur TPM sebab ugut nak periksa peti undi

bertindak terhadap TPM, kata PKR

Alyaa Alhadjri
12 Jun 2016, petang 6:04 (Dikemaskini 12 Jun 2016, petang 6:07)

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar menegur Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana memberi bayangan akan memeriksa peti undi di Sungai Besar.

"Tidak pernah dengar seperti ini sepanjang hidup saya, " kata pengarah pilihan raya Sungai Besar PKR itu.

"Saya fikir Zahid patut diberi amaran oleh SPR kerana mereka (SPR) dakwa bahawa mereka tidak menyebelahi sesiapa.

"Anda tidak boleh mengugut pengundi dan anda seolah-olah mengatakan bahawa menteri-menteri BN mempunyai akses kepada pengundi dan siapa yang mereka undi, " katanya pada sidang akhbar di pusat operasi media AMANAH, di sini.

Beliau merujuk kepada kenyataan Zahid semalam dengan beliau membuat perjanjian dengan kira-kira 300 nelayan untuk membantu mereka.

Katanya, beliau telah membuat ikrar 'potong ayam' yang dipercayai merujuk kepada amalan budaya tertentu.

"Jangan hanya cakap di depan saya tetapi kamu tidak undi. Saya janji. Janji potong ayam," kata Zahid kepada para hadirin yang kebanyakannya terdiri daripada nelayan Cina dari sekitar Sekinchan.

"Jika nelayan di sini undi Budiman, saya periksa peti undi, pastinya saya akan datang balik sini lagi...," katanya semalam.

Nurul Izzah turut menyifatkan kenyataan Zahid sebagai suatu ugutan kepada para nelayan.

Tun M - 'Saya temui Hadi terang kesalahan Najib tapi...’

KUALA KANGSAR - "Saya sudah terang kepada Hadi (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) secara peribadi kesalahan Datuk Seri Najib Tun Razak, tetapi dia nampak dedak sekarang," demikian kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad

Beliau mendakwa, pendirian Pas sekarang dibuat kerana parti itu tidak lagi mempunyai jumlah wakil rakyat yang ramai dan sokongan rakan pembangkang.

‎"Parti Pas tidak boleh jadi kerajaan apabila Pas dahulu keseorangan yang punyai bilangan wakil rakyat yang amat kecil, tetapi apabila dia (Pas) bersama Pakatan barulah bilangan wakil rakyat Pas meningkat tetapi kurang daripada rakan-rakan Pakatan maknanya Pas tidak mungkin boleh jadi kerajaan tidak usah cakap pasal nak tadbir.‎

"Pas sekarang sudah ketinggalan seorang satu parti sahaja, jadi Pas perlu sokongan daripada orang lain, dia nak pilih nak dapat sokongan Datuk Seri Najib,” katanya dalam forum 1MDB dan Najib yang diadakan di restoran Chun Ji, Taman Suria Kuala Kangsar hari ini.‎

Namun ujarnya, beliau tidak pasti sama ada Abdul Hadi termakan dedak Najib buat masa ini.

"Jadi saya tidak pasti makan dedak atau tidak. Tetapi nak kata dia tidak tahu kesalahan najib itu tidak mungkin kerana saya sudah memberi penjelasan yang mendalam berkenaan kesalahan Najib.

“Berkenaan dia tunduk kepada kuasa asing, kes 1MDB dan sebagainya, semua ini membazirkan duit rakyat," katanya.

Mengulas lanjut, Mahathir berkata dalam pertemuan itu Abdul Hadi mengakui bahawa ada kebenaran yang telah dituturkannya itu.‎

"Inilah sebab perkara yang saya jelas kepada Hadi dan dia mengaku bahawa ada kebenaran.

"Tetapi akhirnya kerana dia sudah keseorangan, tidak ada kawan lagi dan sudah berpecah serta membenci Amanah, itu dia berjuang memihak kepada Najib. Perjuangan Pas ini adalah untuk membantu Najib," katanya.

Kepada PAS & UMNO.. Sudah-sudahlah menyalahkan orang lain, walhal yang bermasalah kita

TIDAK HABIS-HABIS MENYALAHKAN ORANG LAIN, WALHAL YANG BERMASALAH KITA, UMNO-PAS

Oleh Mohammad Agus Yusoff

Tidak habis saya fikir, kenapa apabila b erlaku kekecohan dalam politik Melayu, baik itu dalam UMNO atau PAS, maka DAP, LGBT, dan kaum Cina yang dipersalahkan?Pada saya, cukuplah kita menyalahkan kaum lain dengan masalah yang kita hadapi. Takkanlah masalah politik UMNO dan PAS hari ini adalah disebabkan oleh DAP dan kaum Cina?

Sepatutnya, jika kita orang Melayu bergaduh, kita muhasabah diri dan bertanya—apa puncanya? Adakah itu kerana terlalu mengejar kuasa, menjaga kuasa, memburu kekayaan, terlalu berpuak, atau adakah kerana terlalu sombong dan angkuh?

Selepas itu, tanya lagi diri kita. Sudah cukupkah kita membantu orang Melayu? Sudah cukupkah tindakan yang kita buat untuk menyatukan politik Melayu?

Dalam kita mencari jawapan kepada pertanyaan di atas, elakkanlah dari terus bersikap denial syndrome dengan hanya menyalahkan kaum lain. Lihatlah pada integriti kita, komitmen kita dan perancangan kita dalam menyelesaikan masalah Melayu.

Yang perlu sekarang ialah kita memahami keresahan rakyat. Cukuplah kita melihat masalah politik orang Melayu sekarang dari aspek polarisasi kaum.

Yakinilah, masalah kita tidak akan selesai jika sikap dan pemikiran kita tidak berubah. Dan ini harus dimulakan oleh pemimpin kita!

Politik Lama vs Politik Baru...!!

Kenyataan Media

POLITIK LAMA VS POLITIK BAHARU

AMANAH baru beberapa bulan di persada politik walaupun kebanyakan pemimpin tertingginya adalah otai dalam politik tanah aair semasa bersama PAS dahulu. Walaupun baharu dari segi penglibatan parti AMANAH, ia mendapat perhatian yang cukup meluas baik dari kawan mahupun lawan. Ada beberapa faktor yang membentuk suasana demikian;

1. Kehadiran AMANAH bukanlah secara solo, ia adalah sebahagian komponen Pakatan Harapan (PH) yang terdiri daripada PKR dan DAP. Kekuatan politik bersepakat inilah yang memberi kekuatan luarbiasa kepada AMANAH dalam kemunculannya. Parti pembangkang lain seperti PAS tidak mempunyai kekuatan ini kerana mereka lebih rela bersendirian walaupun pakatan PAS dengan parti IKATAN telah diisytiharkan sebagai Blok ke-3 namun ia langsung tidak memberi impak kepada erti sebuah politik kolusi.

2. AMANAH tidak membawa agenda sempit politik seperti sentimen perkauman atau dogma agama yang sempit, ia menyatakan komitmennya pada pembentukan sebuah negara yang progresif, peduli, amanah dan mengamalkan dasar pemerintahan kerajaan yang bertanggungjawab dan telus. Ini bermakna AMANAH menentang rasuah dari akar umbinya dan mahukan pemerintahan ditegakkan atas sendi Maqasid Al-Shariah. Nuansa politik ini menggegarkan fahaman lama politik yang dilaungkan oleh Barisan Nasional (BN) dan parti PAS menyebabkan serangan bertubi kepada AMANAH dan PH.

3. AMANAH tidak boleh berkompromi dalam usaha pembentukan sebuah politik baharu dengan bersikap perkauman sempit atau menggunakan doktrin agama sempit yang dogmatik untuk bermain dengan sentimen pengundi. Ketegasan ini menggugat mazhab politik lama di Malaysia yang cenderung kepada perkauman sempit dan ‘menggunakan agama’ untuk manifesto politik sedangkan prinsip besar agama yang menuntut erti keadilan, kemanusiaan dan kebebasan sepatutnya memandu parti politik menterjemahkannya dalam polisi pemerintahan. Ketegasan AMANAH dalam hal ini menyebabkan mazhab politik lama tergugat lalu menyerang usaha ini sebagai reaksi spontan mereka.

4. AMANAH melalui hasrat PH, mahu mendidik rakyat bahawa pilihan raya sama ada kecil atau umum adalah medan kepada kesaksian terhadap prestasi dasar pemerintahan dari sudut apakah pulangan dan manfaat pemerintahan kepada rakyat yang lebih ramai. Sebab itu AMANAH berbicara tentang isu 1MDB, ‘duit sumbangan’ dalam akaun PM sebanyak RM 4.2 bilion serta pembaziran dan pemborosan PM dan isterinya serta tatakelola kewangan yang pincang dan curang. Ini amat tidak disenangi oleh parti yang selama ini ‘menikmati’ atas kegagalan dasar pemerintahan yang telus dan bertanggungjawab.

5. AMANAH dan PH menolak kaedah salah-guna kuasa PM, Dato’ Seri Najib Razak yang menggugat integriti kebebasan institusi kerajaan yang berfungsi sebagai semak-imbang kepada perjalanan kerajaan seperti Parlimen, Pejabat Peguam Negara, SPRM, Polis dan Jabatan Audit Negara. Malah AMANAH menegaskan bahawa salahguna undang-undang seperti Akta Rahsia Rasmi Kerajaan, Akta Hasutan dan SOSMA adalah bahaya kepada negara kerana ia boleh membawa kepada pemerintahan kuku besi untuk selamatkan individu atau parti bukan untuk selamatkan negara. Kenapa laporan Audit Negara tentang skandal 1MDB di-akta rahsiakan? Suara lantang AMANAH mengkritik semua ini dibalas dengan politik sempit perkauman dan agama oleh PAS dan BN.

Akhirnya pengundi perlu membuat keputusan samada mahu mengundi mazhab politik lama Umno/BN dan parti lain yang sama waktu dengannya atau mereka mahukan dua pilihan raya kecil ini sebagai medan semacam pungutan suara (referendum) kepada kebobrokan dasar pemerintahan BN lalu memberi ruang kepada kemunculan politik baharu yang lebih progresif, peduli dan amanah terhadap kepentingan rakyat.

Undi politik baharu adalah undi kepada Selamatkan Malaysia dan Undi Undur PM Najib serta undi Reformasi Institusi Negara.

“Undur Najib, Selamatkan Malaysia”

Dato’ Dr Mujahid Yusof Rawa
Naib Presiden Parti Amanah Negara

11 Jun 2016

Slogan "Undi Amanah Adalah Undi DAP" Tidak Berkesan Di PRK Sg Besar Dan Kuala Kangsar.

Strategi kempen mengaitkan undi Amanah adalah undi DAP hanya memastikan ahli tegar parti tidak menganjak sokongan kepada Pakatan Harapan, kata Pengerusi Eksekutif ILHAM Centre, Hisommudin Bakar.

Menurutnya, sentimen berbaur perkauman itu bagaimanapun tidak banyak mempengaruhi majoriti pengundi yang tidak berada dalam jalur keras mana-mana parti.

"Sebaliknya, isu bebanan sara hidup, pendapatan hasil padi, pengangguran anak-anak mereka menjadi isu utama," jelasnya ketika dihubungi Malaysia Dateline pagi ini.

Mengulas lanjut pola pengundi Melayu di kawasan luar bandar, beliau memberitahu isu nasional masih belum begitu menyentuh kesedaran politik mereka.

"Isu nasional seperti 1MDBGST dan lain-lain tidak memberi kesan dan menjadi perbualan pengundi Melayu berbeza dengan pengundi Cina," tambahnya lagi.

Minggu pertama kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar menyaksikan wujud tohmahan mengaitkan undi Amanah untuk DAP.

Untuk rekod, terdapat 67.16 peratus pengundi Melayu di P.93 Sungai Besar daripada jumlah keseluruhan 42,655 pengundi.

Sementara itu di P.67 Kuala Kangsar, pengundi Melayu merangkumi 68 peratus daripada 32,949 pemilih.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...