TERKINI :

Saturday, June 11, 2016

Surat Terbuka Buat Pengundi di Sungai Besar dan Kuala Kangsar - Jangan Undi UMNO BN

Tuan/puan saudara dan saudari sekelian,

1. Beberapa hari lagi anda akan membuang undi dalam PRK kawasan anda. Pasti anda sudah mengetahui bahawa keputusan PRK ini tidak mampu mengubah kerajaan sedia ada.

2. Namun dengan perasaan rendah diri, GKCM ingin merayu kepada anda semua untuk merenung sejenak implikasi undi yang bakal anda berikan kali ini.

3. Sejak kebelakangan ini UMNO telah tergelincir dari landasan sebenarnya. Perjuangan atas nama agama, bangsa dan negara telah ditingggalkan oleh para pemimpinnya.

4. Amalan rasuah, salahguna kuasa dan sikap berlumba lumba mencari kekayaan peribadi merupakan perjuangan pemimpinnya pada hari ini.

5. Mengisafi hakikat ini, kami akhirnya menubuhkan GKCM yang merupakan gabungan ketua-ketua cawangan UMNO bertujuan membetulkan keadaan dalam UMNO.

6. Kami sedar kami akan ditentang habis-habisan oleh mereka yang mempunyai kuasa ketika ini.

7. Namun kami ingin melihat pemimpin-pemimpin UMNO mengambil contoh kepimpinan Khulafah Al Rashidin dalam memimpin rakyat negara ini. GKCM tercari cari pemimpin-pemimpin yang menjadikan Saidina Umar sebagai ikon dalam amalan kepimpinannya. GKCM juga ingin melihat bagaimana para pemimpin UMNO menggunakan kekayaan peribadi mereka untuk berkhidmat ke jalan Allah dan kepimpinan mereka. Malangnya pemimpin UMNO yang ada pada hari ini lebih sibuk berebut rebut mencari kekayaan peribadi dan mengumpul harta melalui amalan yang tidak dibenarkan oleh Islam.

8. Dalam beberapa hari ini kita akan berasa seronok dengan kunjungan serta hadiah hadiah daripada pelbagai pihak-pihak yang cuba mempengaruhi undi kita. GKCM berharap janganlah kerana hadiah hadiah ini akan menyebabkan kita menggadai masa depan anak cucu kita di mada hadapan.

9. Bila Najib beri 'hadiah' kerana niat mahu undi itu 'rasuah' namanya. Jika wang itu kita terima dan kerananya kita tidak beri undi yang diminta berertilah kita tolak malah 'menentang rasuah'. Sebaliknya kita berdo'a supaya Najib bertaubat dan berhenti dari jadi Perdana Menteri supaya tokoh Umno yang lain dapat mengambil alih jawatan Perdana Menteri dan memulihkan Umno untuk menang dalam PRU ke 14.

10. Walaupun GKCM terdiri daripada orang-orang kuat dalam UMNO, kami ingin merayu kepada anda semua supaya jangan mengundi UMNO pada kali ini. Bukan kerana kita berpaling tadah tetapi atas dasar untuk memberi mesej bahawa kita menentang kemungkaran para pemimpinnya.

11.Yang paling penting ialah kita ingin menyatakan kepada Datuk Seri Najib bahawa perbuatan salahguna kuasanya tidak boleh dimaafkan dan beliau sepatutnya berundur.

12. Jika kita terus memangkah BN pada kali ini, maka hancurlah harapan anak cucu kita yang mengharapkan kita untuk memulakan perubahan.

Tanahair kita tanggungjawab kita

#saveMalaysia
#beranikeranabenar

Sekretariat GKCM

KENYATAAN MEDIA
JUMAAT 10 JUN 2016

Dok kalut MP DAP cina nak raikan kemenangan AMANAH dengan ARAK..!!!

RAIKAN KEMENANGAN AMANAH DGN ARAK


Ada walaunta lebai & umno serta sekutunya yg bersekutu sekonyong-konyong menyebar propaganda bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri Sekinchan dr DAP berkata mereka akan berpesta dgn arak jika calon Amanah bg Parlimen Sg Besar menang.

Walaunta pun kata :
"Undi PAN = Undi DAP"
"Undi DAP = Undi Arak"
"Jangan najiskan undi anda"

Aku nak bagitau walaunta & sesiapa yg baca & follow fb aku gini saja.

Nampak sangat walaunta ni lemau, bingai, ekstrem & angkuh...

Jika DAP yg bkn Islam nak meraikan kemenangan calon Amanah dgn makan sekandang babi pun ianya adalah hak mereka.

Jika DAP yg bkn Islam nak meraikan kemenangan calon Amanah dgn minum sekolam arak pun ianya adalah hak mereka.

Jika DAP yg bkn Islam nak meraikan kemenangan calon Amanah dgn makan tengahari di bulan Ramadhan pun ianya adalah hak mereka.

Makan babi, minum arak, makan tengahari di bulan puasa bkn suatu yg salah & haram bg org bkn Islam bkn saja dlm DAP malah bkn Islam dlm MCA, MIC, Gerakan, parti lebai mahu pun Umno.

Mereka minum arak, makan babi, makan tengahari di bulan Ramadhan tiada kena mengena dgn calon Amanah. Bukan calon Amanah @ Parti Amanah yg raikan tetapi mereka yg bkn Islam yg meraikan.

Islam tidak menghalang hak bkn Islam. Itu hak mereka. Apa masalahnya? Adakah jika ahli parti lebai di kalangan bkn Islam di dlm DHPP ingin meraikan kemenangan calon lebai nnt (boleh menang ke) dgn minum arak, mereka akan dilarang??

Inilah letak duduk beza parti lain spt Amanah dgn parti lebai. Lebai kata mereka meraikan hak org lain tetapi bila org lain hendak menggunakan hak mereka, mereka dihina, dipersoal?

Jika RUU Persendirian Marang meminda Akta 355 diluluskan & hudud di Kelantan dilaksanakan, adakah hukuman hudud minum arak dikenakan kpd org bkn Islam???

Jawapannya tidak kerana kesalahan minum arak hanya melibatkan org Islam.

Justeru apa masalahnya jika ada kalangan ahli DAP yg bkn Islam hendak meraikan kemenangan calon Amanah dgn minum arak?

Cuma jangan merayakan kemenangan dgn arak & pesta itu sehingga mengganggu ketenteraman & keselamatan org lain. Jika ianya menyebabkan gangguan ketenteraman & keselamatan org lain, bkn sahaja Islam melarang malah agama lain & undang2 sivil juga melarang.

BERANI BERUBAH - TERUS BERUBAH
Bersama DAP & Pakatan Harapan Selamatkan Malaysia
‪#‎UndiCalonAmanah‬

Aku ahli DAP - Aku tak minum arak.

ZULHAZMI SHARIFF
Ahli Biasa DAP
Cawangan Taman Tun Dr Ismail
11 Jun 2016
6 Ramadhan 1437

Najib jangan janji tinggal janji – AMANAH

 Asmuni-Awi_najib_600
KUALA KANGSAR: AMANAH hari ini mengingatkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan negeri Perak supaya mengotakan janji mereka bagi menyiapkan jambatan Manong.

Pengerusi AMANAH Perak Asmuni Awi berkata peruntukan sebanyak RM43.5 juta untuk pembinaan jambatan itu juga diharap bukan sekadar janji manis daripada BN dalam PRK Kuala Kangsar kali ini.

“Apa yang saya nak nyatakan ialah penegasan yang kami minta, bukan mengenai peruntukan tetapi bila nak buat dan bila boleh siap. Peruntukan itu dia boleh bagi begitu saja. Tetapi akhirnya kita tidak nampak apa-apa.

“Jadi ini satu lagi politik. Masih tidak dijawab bila jambatan itu nak dibuat. Sebab ini isu lama. Bila jambatan itu nak dibuat. Bila peruntukan itu diluluskan dan datang daripada Rancangan Malaysia yang mana?

“Dan ini saya nyatakan ia satu cara BN untuk meredakan suasana di Manong di mana rakyat sedar mereka sentiasa ditaburi janji manis tetapi di peringkat akhir pelaksanaan tidak dilakukan.

“Dan ini hanya untuk meredakan keresahan yang berlaku di bawah sana,” katanya di Ibu Pejabat AMANAH Kuala Kangsar, pagi ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Najib semalam yang mengumumkan kelulusan projek pembinaan Jambatan Manong dengan peruntukan RM43.5 juta.

Berucap pada majlis berbuka puasa di Masjid Noorul Huda, Manong malam tadi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyifatkannya sebagai hadiah Ramadan kepada penduduk Kuala Kangsar.

Sementara itu, Asmuni turut menyelar kerajaan BN yang menafikan wujudnya majlis pecah tanah sebanyak lima kali di kawasan pembinaan jambatan itu.

Katanya, perkara itu memang sudah berlaku dan telah dilaksanakan ahli Parlimen terdahulu iaitu Tan Sri Rafidah Aziz.

“Yang bercakap tidak tahu dan perdana menteri tak tahu. Saya nak beritahu yang buat pecah tanah ini calon yang terdahulu. Yang sudah tidak jadi lagi ahli Parlimen di sini. Jadi Najib tidak tahu mengenai ini. Jadi calon ataupun petugas dan pegawai BN tidak tahu perkara ini.

“Tetapi kita tegaskan bahawa, seperti jambatan ini, setiap kali pilihan raya, setiap kali itu hanya dibina selepas lima penggal. Sejak Tan Sri Rafidah Aziz,” katanya.

Jika PH menang PRK, petanda rakyat tolak Najib

mahathir_amanah_spr_600
SEKINCHAN: Sekiranya Pakatan Harapan (PH) memenangi dua PRK ini, ia akan menjadi isyarat jelas untuk membuktikan betapa rakyat menolak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata demikian walaupun keputusan PRK ini tidak akan menukar kerajaan.

“PRK bukan untuk menukar kerajaan atau dasar kerajaan. Ini melibatkan dua wakil. Kita masih tidak dapat majoriti kalau menang kedua-kedua PRK, sebaliknya Najib akan terus menjadi kerajaan.

“Tetapi ia usaha menunjukkan kepada Najib rakyat menolaknya. Jadi kita ingin mendapatkan kemenangan kepada calon kita (Azhar Abdul Shukur) dan juga di Kuala Kangsar,” katanya pada sidang media di Restoran Hao Xiang Chi, hari ini.

Katanya, kemenangan dalam PRK ini juga akan membuktikan rakyat benci Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor.

“Ini kerana mereka menyalahgunakan duit untuk kegunaan PRK,” katanya di depan kira-kira 500 pengundi yang majoritinya berbangsa Cina.

Sebelum itu, Mahathir dan beberapa pemimpin PH seperti Lim Kit Siang, Tan Sri Mohamad Mohamad Taib, Anuar Tahir menyaksikan calon AMANAH di Sungai Besar, Azhar Abdul Shukur menandatangani Deklarasi Rakyat.

“Kalau saya tidak menjadi calon pun, saya tetap akan sokong Deklarasi Rakyat,” kata Azhar.

Panggil Mereka PAN, Bukan Amanah - Muslimat PAS Selangor

SUNGAI BESAR: Parti Amanah Negara (Amanah) tidak layak dipanggil ‘Amanah’, demikian dakwa Ketua Dewan Muslimat PAS Selangor, Wan Hasrina Wan Hassan.

Katanya, parti serpihan PAS itu telah mengkhianati perjuangan ketika bersama PAS sebelum ini, justeru ia lebih sesuai dipanggil PAN.

“Kenapa perlu sebut Amanah? Mereka khianati perjuangan sebelum tubuhkan parti PAN, mereka bongkarkan kerahsiaan parti PAS dengan melarikan kerusi-kerusi yang mereka tandingi atas tiket PAS dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

“Tak layak panggil  Amanah. Kalau ada ‘mata-mata’ PAN di sini balik dan beritahu sendiri bos masing-masing sebab apa nak panggil Amanah?” katanya dalam ceramah di Kelimpok di sini, malam Jumaat.

Beliau memberi contoh kerusi-kerusi PAS yang didakwa dibawa lari oleh beberapa ahli Parlimen dan Adun Selangor yang kini bernanung di bawah Amanah.

Jelas beliau, kerusi-kerusi tersebut adalah Parlimen Sepang (Hanipa Maidin), Parlimen Kota Raja (Dr Siti Mariah Mahmud), Shah Alam (Khalid Samad) serta kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang (Saari Sungip) dan Morib (Hasnul Baharuddin).

“Buktikan kalau betul-betul mereka amanah kosongkan kerusi tersebut dan bertanding atas tiket PAN. Kalau menang bererti rakyat betul-betul sokong mereka dan inginkan mereka terajui kerusi tersebut.

“Tapi bawa lari kerusi atas tiket PAS dan tengok samada rakyat sokong mereka disebabkan mereka ambil kerusi Adun dan Parlimen yang ada sekarang ini, itu tidak amanah,” katanya.

Mahathir isytihar sokong calon AMANAH dari PAKATAN HARAPAN

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengisytiharkan sokongannya kepada Parti Amanah Negara dalam pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar, Azhar Abdul Shukur.

Ia selepas Azhar menandatangani Deklarasi Rakyat hari ini untuk menyokong gesaan pengunduran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Sambil menegaskan bahawa beliau bukan lagi ahli mana-mana parti, Dr Mahathir berkata beliau berada di situ sebagai seorang warganegara yang prihatin.

Kerana sebab itu, tambahnya, beliau datang untuk menyokong ahli AMANAH yang menandatangani Deklarasi Rakyat untuk menyingkirkan Najib.

Beliau menegaskan demikian dalam ucaptamanya di forum anjura DAP mengenai 1MDB dan skandal RM2.6 bilion di Sekincan. MK

Rafizi dedah penyokong parti mana yang rajin menyerang beliau di fb

Rafizi Ramli

Kebelakangan ini yang paling kuat serang saya di FB ini bukan lagi penyokong Umno tetapi penyokong PAS. Seolah-olah kerja menyerang itu telah di sub-contract kepada PAS.

Malah bila saya dedahkan pembaziran nyata melibatkan penggunaan jet peribadi yang menggunakan wang rakyat oleh DS Rosmah Mansor, saya tetap diserang oleh penyokong PAS.

Ada pemimpin mereka yang mempersendakan kerja-kerja mendedahkan rasuah dalam melawan rasuah. Ada yang menulis kepada saya menuduh saya sesat dan meminta kembali kepada Islam. Ada yang kata saya sering terkedepan mendedahkan rasuah kerana saya juga turut rasuah dan datang dari lubuk yang sama iaitu Umno (sedangkan tidak ada seorang pun dari keluarga saya yang pernah menjadi ahli Umno) - maka sebab itulah saya lebih tahu mengenai rasuah berbanding pimpinan PAS yang tidak pernah tahu rasuah. Yang nyata, sebarang tindakan yang melemahkan Umno dan mendepankan Pakatan Harapan turut dilihat sebagai sesuatu yang perlu dimusuhi.

Saya tidaklah terkesan dengan serangan begini. Setakat ini jika dilihat di laman Facebook saya ini, jumlah yang menolak politik label melabel ala PAS ini dan menyokong usaha kami meletakkan keutamaan kepada isu-isu rakyat adalah lebih tinggi. Saya anggarkan 20% yang secara tegar membuat komen (dan pengikut yang "LIKE") adalah tegar PAS. Yang lain-lain menumpukan kepada isu-isu rakyat yang saya bawa.

Malangnya sikap dan pendekatan begini membawa nama buruk kepada "tarbiah PAS" yang selalu disebut-sebut. Saya sertakan satu contoh di bawah. Saya juga telah semak profail beliau dan saya percaya ia bukan dibuat-buat oleh musuh PAS untuk merosakkan nama baik PAS.

Saya sepatutnya gembira kerana dengan cara begini, penyokong PAS sendiri yang menyebabkan rakyat atas pagar makin jauh dari PAS. Tetapi saya sedih kerana PAS ini membawa nama Islam dan jika akhlaknya itu tidak melambangkan akhlak Islam, ia tidak berlaku adil kepada label "Islam" yang cuba dipamerkan.

Semoga kita sentiasa berada di dalam limpah hidayah Allah SWT.

Nik Abduh akui parti Islam itu kini giat mendekati Umno untuk meyakinkan bahawa dua parti Melayu Islam itu boleh bersatu

Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz

SHAH ALAM – Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengakui parti Islam itu kini giat mendekati Umno untuk meyakinkan bahawa dua parti Melayu Islam itu boleh bersatu kerana dasar kepentingan Islam, khususnya menerusi Rang Undang-Undang Persendirian Akta 355.

Beliau berkata, penyatuan Umno dan Pas hanyalah satu kepalsuan dan tidak boleh kekal lama, melainkan jika kesatuan itu berlandaskan kepada kefahaman dan nama agama.

“Pas cuba faham elok-elok Umno, NGO (pertubuhan bukan kerajaan), kalau mereka tumpu di atas jalan ini (agama), akan sampai satu masa kita boleh bersatu. Kita buat perbincangan, kita akui kita dekati Umno, untuk fahamkan mereka, bukan hanya rakyat, bahawa ada benda yang kita bertengkar (khususnya) soal politik dan nak tukar pemimpin.

“Ada benda kita kena kongsi bersama, iaitu agama. Setakat mana Umno faham agama yang boleh kita yakinkan mereka, kalau mereka terima alhamdulillah, itu baik,” katanya eksklusif kepada Sinar Harian pada satu pertemuan.

Beliau berkata, Pas bukan sahaja berniat malah berazam untuk bersatu dengan Umno kerana matlamat penubuhan parti Islam itu adalah untuk menyatukan umat di atas jalan yang betul termasuk penyatuan parti politik.

“Memang Pas ditubuhkan untuk menyatukan ummah, bukan hanya niat, dia niat, azam, ada belaka. Jadi tiada sebab kita nak berpisah dengan PKR, nak balas dendam dengan DAP.

“Islam suruh menyatukan umat manusia, bukan umat Islam saja, tapi saat ini kita berpecah. Suatu hari nanti, kita tak tahu. Itu kita usahakan sebab memang manusia ini memang tidak akan maju kalau tak bersatu,” ujarnya.

Bersatu bukan atas landasan politik

Ahli Parlimen Pasir Mas itu turut berkata, penyatuan Umno dan Pas bukan berlandaskan politik, tetapi ia lebih kepada memperkasakan Islam sebagai agama persekutuan di negara ini.

“Ia arahan agama termasuk RUU Persendirian Akta Mahkamah (bidang kuasa jenayah) pindaan 2016,” jelasnya.

Beliau menyifatkan perbalahan Pas dengan PKR dan Pakatan Harapan kerana pertembungan tiga penjuru pada PRK kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar sebagai isu sesama dan ia tidak kekal lama.

“Dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kita pernah bersatu masa dia bersama Abim. Bila dia masuk Umno kita berbalah.

“Lepas itu dia masuk balik, kita bersatu. Hari ini kita bising pula, tak tahu nak bersatu atau tidak. Kita cuba usaha, kalau dapat kita bersatu, alhamdulillah. Tapi kalau kita tumpu matlamat asal, Insya-ALLAH kita boleh kembali,” ulasnya.

Beliau tidak menolak kemungkinan ahli-ahli Pas yang menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) akan kembali kepada parti Islam itu selepas kemarahan mereka itu reda dan tenang semula.

“Kita harap masa ini menyejukkan mereka, tenang balik, mereka boleh kembali. Ramai ahli Pas hari ini aktif, ada jawatan besar, dulunya mereka keluar Pas. Tapi bila sejuk, mereka datang balik dan istiqamah.

“Macam Tun Dr Mahathir Mohamad, sekali keluar, sekali masuk balik Umno,” katanya.

SAYANG SEKALI, MENTALITI KJ DAH SAMA MACAM PEMIMPIN PAS

Shahbudin Husin,

Kalau pemimpin Pas seperti Hadi Awang atau Mustaffa Ali yang mengatakan mengundi Amanah sama macam memberi undi kepada DAP, barangkali tidak ada sesiapa hairan dengannya.

Begitu juga, jika pemimpin UMNO seperti Ahmad Maslan, Fuad Zarkashi atau Salleh Said Keruak yang menyatakan demikian, orang mungkin masih boleh menerima seadanya apa yang ada dalam otak mereka.
 
Tetapi, apabila Khairy Jamaluddin yang selama ini selalu tampil dengan pemikiran berbeza dan kononnya mengamalkan politik baru, juga didapati sama seperti  mereka, tentu ramai yang geleng kepala.

Tak sangka KJ pun rupa-rupanya sama mentaliti dengan mereka. KJ dan Hadi Awang sudah tak berbeza lagi sekarang ini.

Tidakkah KJ sedar bahawa PKR, DAP dan Amanah adalah parti-parti yang bergabung dalam Pakatan Harapan dan oleh yang demikian, mereka berhak saling bantu membantu antara satu sama lain? 

Kenapa KJ tidak melawan perjuangan Pakatan Harapan yang selalu membangkitkan isu berkaitan masa depan negara, tata kelola, rasuah dan sebagainya dengan idea bernasnya atau hujah lawan dengan hujah?

Kenapa tak habis-habis dengan pemikiran sempit, perkauman dan rasis untuk menang pilihanraya? (SH 10/06/2016).

Bagaimana rakyat masih sokong Najib? Kisah Ramadan Mahathir

http://mk-cdn.mkini.net/906/d327b0514153931884e396eca19a4bf6.jpg

ULASAN l Seperti biasa saya ke bazar Ramadan untuk membeli aneka jenis masakan yang hanya terdapat di bulan puasa.

Hari pertama saya ke bazar di Putrajaya. Lokasi bazar telah dipindah tetapi pelanggan ramai seperti biasa.

Hari kedua saya ke Kampung Baru. Saya kagum dan gembira kerana pihak berkuasa sudah mendirikan bumbung untuk melindungi gerai dari hujan dan panas.

Kain berwarna-warni menghiaskan siling yang juga mengurangkan panas matahari.

Tanpa dirancang saya bertemu dengan pegawai yang bertanggungjawab menghiaskan bazar Ramadan Kampung Baru dan saya ucap tahniah kepadanya.

Katanya tahun hadapan keselesaan dan keindahan pasar itu akan diperbaiki lagi. Sekali lagi saya ucap tahniah kepadanya.

Sebelum saya masuk kereta, dia menyatakan kegembiraannya bahawa dia diberitahu saya tidak akan pergi ke Sungai Besar dan Kuala Kangsar

Saya terpaksa jelas bahawa saya akan berkempen di kedua-dua tempat. Bulan puasa bukan masanya untuk kita bersikap kasar. Saya akan cuba elak dari menggunakan perkataan yang kasar.

Sesungguhnya saya tidak faham bagaimana ada orang yang masih sokong Najib.

Di Brazil dan Kenya dan beberapa negara lain, tidak banyak bukti yang menunjukkan pemimpin mereka terlibat dengan rasuah atau salah guna kuasa.

Tetapi tuduhan masih dibuat terhadap mereka. Presiden Brazil digantung jawatannya oleh hakim besar supaya tidak mengganggu siasatan terhadapnya.

Di Malaysia juga Presiden Umno dan Perdana Menteri pernah meletakkan jawatan apabila ternampak rakyat tidak lagi sokong mereka.

Tetapi bukti salahlaku Najib adalah jelas dan didedah secara terbuka sehingga ke seluruh dunia dan tidak dapat dinafikan olehnya.

Berpuluh akhbar dan TV negara-negara asing menyiarkan laporan yang dilengkapi dengan gambar dan dokumen dan surat berkenaan salah guna kuasa oleh Najib dan kehilangan berbillion duit 1MDB dan wang beribu juta berada dalam akaun peribadi Najib.

Benar di Malaysia akhbar arus perdana tidak pernah siar perkara-perkara ini. Tetapi media sosial menunjukkan rakyat mengetahui akan kesalahan Najib dan sudah tidak percaya padanya.

Rakyat menuntut supaya dia berhenti dari menjadi Perdana Menteri.

Di bawah Najib parti Umno ditolak dan dikecam oleh orang Melayu dan ramai ahli; Umno sudah jadi lemah dengan pencapaian yang terburuk dalam PRU 13.

Besar kemungkinan Umno akan kalah dalam PRU 14, jika Najib memimpinnya. Semua ini berlaku semasa kepimpinan Najib.

Rakyat Malaysia berasa amat malu apabila berada di negara lain kerana ditanya apa sudah jadi kepada negara kamu. Ada orang asing yang berkata “rasuah” apabila mereka ketahui kerakyatan pelawat dari Malaysia.

Ada rakyat Malaysia, apabila ditanya di luar negara dari mana mereka datang enggan menyebut Malaysia kerana malu.

Demikianlah malunya mereka dengan keadaan di negara mereka. Najib sendiri melarikan diri apabila akhbar asing cuba menemuinya. Amat memalukan apabila dia terpaksa guna jalan belakang bagi mengelak di soal akhbar.

Tetapi di Malaysia masih ada ahli dan pemimpin Umno yang mempertahankan Najib, yang cuba menunjuk kebaikan Najib. Walaupun mereka gagal namun mereka terus menyokong Najib.

Saya tidak menjadi ahli mana-mana parti sekarang. Parti saya Umno sudah tidak mencerminkan Umno yang ditubuh pada 1946 di Istana Besar, Johor Bahru.

Ia sudah dirampas oleh Najib dan diguna untuk mempertahankan dirinya. Saya tinggalkan parti Najib ini untuk jadi rakyat biasa.

Demikianlah perbezaan parti milik Najib dengan Umno sehingga apabila perwakilan dilarang menyebut atau membahas 1MDB dan 2.6 billion dalam akaun Najib semasa mesyuarat agung dan di luar, mereka akur. Tidak ada bantahan. Sebaliknya dahulu perbahasan terbuka tidak pernah dilarang.

Semangat kebangsaan Umno yang berjaya menolak Malayan Union, memerdekakan Malaya dan Malaysia, membangunkan negara sehingga dihormati dunia sudah tidak lagi ada pada ramai ahli dan pemimpin Umno.

Saya tidak ada parti. Namun sebagai rakyat Malaysia saya tidak boleh mengasingkan diri daripada gerakan rakyat untuk menyingkir Najib.

Mereka sudah lancar Deklarasi Rakyat untuk menyingkirkan Najib. Saya sokong Deklarasi ini dan sudah tandatanganinya. Hakikatnya pilihanraya kecil ini bukan untuk menukar Kerajaan atau dasar Kerajaan. Jika BN kalah pun Kerajaan Najib tidak akan jatuh.

Tetapi kekalahan BN akan memberi mesej kepada Najib secara jelas bahawa rakyat menolak kepimpinannya.

Penyertaan saya hanya untuk menerang dan mendesak pengundi akan pentingnya Najib ditolak dan deklarasi rakyat disokong. Jika Najib menang maka ia akan terus menekan rakyat kerana mempercayai rakyat bersetuju dengan segala perbuatannya .

Selamat berpuasa.

Tun Dr Mahathir Mohamad adalah bekas Perdana Menteri dan Presiden Umno.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...