TERKINI :

Friday, June 10, 2016

Selepas umum bantuan RM500, PM mohon pekebun kecil undi BN

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan bantuan khas RM500 kepada 388,111 pekebun kecil getah seluruh negara melalui Bantuan Khas Kejatuhan Harga Getah.

Katanya, penerima bantuan daripada peruntukkan RM194 juta itu terdiri daripada 307,770 pekebun kecil yang memiliki kebun dan 80,341 penoreh yang tiada kebun sendiri.

Di sebalik bantuan khas itu, Najib memohon satu hajat daripada pekebun kecil, pemilik dan pengusaha getah.

Hajat itu adalah memohon mereka untuk mengundi calon BN di Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid.

"Saya sudah tunaikan hajat tuan-puan, jadi saya minta tuan- puan tunaikan satu sahaja hajat saya.

“Hajat saya tolong sokong calon BN (Datin Mastura Mohd Yazid). Sikit sahaja," kata Najib ketika berucap pada majlis penyampaian bantuanitu di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar hari ini.

"Bantuan ini berbentuk 'one off' adalah untuk membantu meringankan kos sara hidup mereka.

"Pecahan daripada jumlah itu ialah 307,770 adalah pemilik pengusaha dan 80,341 penoreh getah, mereka akan menerima sebanyak RM500 setiap mereka," katanya.

Dalam pada itu, Najib berkata, bantuan yang diberikan ini bukanlah betujuan untuk membeli undi pengundi bagi Parlimen Kuala Kangsar.

Sebaliknya ia diberi secara konsisten oleh kerajaan sejak tahun 2013 dan 2014.

"Ini kali ketiga kita berikan bantuan. Jadi kalau orang kata kerana pilihan raya kecil, itu tak betul. Itu bidaah. Ini soal kebajikan kepada masyarakat luar bandar.

"Adalah menjadi harapan kerajaan dengan pemberian ini dapat membantu pekebun kecil yang terjejas pendapatan akibat kejatuhan harga getah yang ketara pada masa ini,"katanya.

Ini kali pertama Najib menjejakkan kaki ke Kuala Kangsar selepas kempen bermula enam hari lalu.

Pilihan raya kecil pada 18 Jun ini diadakan berikutan nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, bulan lalu yang mengakibatkan penyandangnya Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad terbunuh.

Calon BN Datin Mastura Mohd Yazid yang mempertahankan kerusi mendiang suaminya akan berdepan dengan calon AMANAH, Dr Ahmad Termizi, calon PAS, Dr Najihatussalehah Ahmad dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.

TAHNIAH..!! Sekarang Malaysia sudah ada Duta Pertama bertugas di VATICAN

Pope Francis terima duta Malaysia pertama ke Vatican

pope
PETALING JAYA: Tan Sri Bernard Dompok menjadi duta pertama Malaysia ke Vatican selepas bekas ketua menteri Sabah itu menyerahkan watikah perlantikan kepada Pope Francis semalam, lapor Radio Vatican.

Perlantikan Dompok merupakan kali pertama Malaysia menghantar seorang duta ke negara Katolik itu.

Dompok memainkan peranan besar dalam langkah Putrajaya menjalinkan hubungan diplomatik dengan Vatican pada 2011.

Ia susulan lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Vatican pada tahun itu untuk bertemu dengan Pope Benedict XVI.

Dompok dipetik Radio Vatican sebagai berkata proses menjalinkan hubungan diplomatik mengambil masa lama.

“Kami mempunyai 60% penganut Islam, 30% Buddha, Hindu dan lain-lain, dan hanya 10% Kristian, daripada itu, separuh adalah Katolik,” kata Dompok.

Menurutnya, hubungan diplomatik dengan Vatican mampu memberikan mesej kepada dunia yang “Malaysia sebuah negara yang mempunyai keyakinan dan bersedia mengambil bahagian dalam perbincangan antarabangsa”.

Dompok juga berkata beliau bersyukur kerana menerima pendidikan sekolah misi, dan menambah pendidikan Katolik memberi kesan dan pengaruh besar di Malaysia.

Di sebalik bayang menara RM687j, pendapatan peserta Felcra bawah RM1k sebulan


Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra Berhad) mensasarkan keuntungan yang besar daripada projek Menara Felcra RM687 juta.

Namun, tidak begitu pula dengan penduduk luar bandar yang menyertai program Felcra.

Aktivis dan ketua biro isu-isu tanah dan luar bandar AMANAH, Mazlan Aliman, berkata ini kerana ramai peserta Felcra memperolehi pendapatan kurang daripada RM1,000 sebulan.

"Apabila Datuk Tajuddin Abdul Rahman menjadi Pengerusi Felcra (2008-2012), sasarannya ialah (untuk peserta) mendapat RM1,000 sebulan.

"Salah satu cara adalah melalui ternakan lembu, tetapi semuanya gagal.

"Dengan kejatuhan harga getah... ia jauh dari sasaran (RM1,000)," Mazlan kepada Malaysiakini.

Beliau membangkitkan perkara ini ketika mengulas mengenai projek Menara Felcra.

Malaysiakini melaporkan pada hari Selasa bahawa Felcra kini membiayai pembangunan bercampur RM687 juta, yang termasuk unit kediaman dan pusat membeli-belah, selepas kumpulan pemaju WZR didakwa gagal untuk mendapatkan pembiayaan.

Felcra pada asalnya sepatutnya mendapatkan percuma ibu pejabat baru sebagai pertukaran untuk membenarkan WZR membina projek itu di kawasan utama Felcra di tengah-tengah Kuala Lumpur.

Mazlan berkata ia akan menjadi lebih murah jika Felcra hanya menaik taraf ibu pejabatnya yang sedia ada, dan sebaliknya memberi tumpuan kepada meningkatkan mata pencarian peserta.

Beliau juga menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat projek Menara Felcra untuk melihat sama ada WZR mempunyai sebarang kaitan dengan ahli politik dalam syarikat berkaitan kerajaan.

Sementara itu, Pengerusi Felcra Bung Mokhtar Radin mengakui bahawa ramai peserta memang berpendapatan kurang daripada RM1,000 sebulan.

"(Tetapi ini adalah kerana) ramai ahli memiliki kurang daripada satu hektar tanah (untuk mereka bangunkan)," kata Bung.

Beliau menambah Felcra sedang bekerja keras untuk meningkatkan pendapatan peserta dengan mempelbagaikan jenis tanaman musim jangka pendek yang mereka boleh usahakan bagi memaksimumkan pendapatan.

Duhai UMNO & PAS, Apakah ISLAM & MELAYU mundur di MALAYSIA disebabkan DAP..???

Isu2 dalam PRK.
June 9, 2016 / unknown soldier


Isiu dalam PRK SG besar dan Kuala Kangsar ialah kepimpinan negara yang rasuah. lambang segala rasuah ialah 1MDB. 1MDB mendedahkan ada permuafakatan jahat antara PM Najib dengan budak suruhan nya Shahrol Azral, Jho Low dan lain2. 1MDB ialah moyang kepada cucu cicit rasuah.

Ianya pakatan jahat yang tidak Islamik. Sebab Quran kata kita berkerjasama untuk kebajikan dan perbuatan baik dan meningkatkan taqwa, bukan berkerjasama dan berpakat melakukan kejahatan. Lihat Al Quran 5:2

Jadi PAS jangan hendak kelentong orang Melayu lagi. Cuba terangkan- tidakkah permuafakatan dengan UMNO ialah untuk melakukan kejahatan? DAP tidak ada kena mengena dengan perbuatan mungkar yang dilakukan oleh pemimpin UMNO.

Ada pecah amanah, pemindahan wang secara haram, penipuan, cubaan untuk menyekat penyiasatan dan menyekat keadilan, penggunaan kuasa secara salah. Ianya bukan satu isiu sahaja tapi isiu yang mengandungi pelbagai salah laku dan pelanggaran undang2. Arkitek utama dalam skim penipuan ini ialah Najib Tun Razak.

Ini bukan kes zina yang memerlukan 4 saksi yang betul2 melihat persetubuhan sedang berlaku atau antan masuk lesung. Kalau kebarangkalian Najib melakukan itu lebih dari kebarangkalian tidak melakukan nya, Najib melakukan nya. Bukti salah laku pula ada dari seluruh dunia.

Haji Hadi dengan pemimpin PAS boleh terus hidup dalam awan kayangan memilih untuk berpihak kepada Najib. Mungkin Najib telah bayar mereka dalam pelbagai bentuk. Najib ialah cash is king punya orang. Dia selesai masaalah dengan memberi rasuah kepada trouble makers.

Orang Islam jenis apa yang memuliakan pencurian, pecah amanah, penipuan, pemindahan wang haram? Antum jangan ingat anta semua ustaz, ana semua akan ikut babi buta.

Isu orang Melayu ialah bukanya DAP punca permasaalahan orang Melayu; akan tetapi kita kena tanya, seperti Zaaba tanya dalam tahun 1927, kebuasan pemerintah daripada bangsa mereka sendiri keatas diri mereka sebagai punca musibah bangsa Melayu.

Kenapa setelah bertahun orang Melayu memerintah dan jadi penguasa, nasib orang Melayu belum dibaiki? Dari segi pendidikan mereka ketinggalan. Dari segi perniagaan mereka ketinggalan. Dari segi pendapatan, orang Melayu terkebelakang. Ini semua berlaku ketika negara kita diperintah oleh bangsa Melayu kita sendri. Pernah kita fikir perkara ini?

Yakni mengapa sementara kuasa berada dalam tangan orang Melayu, bangsa kita masih di belakang? Kepada saya, ertinya ialah penguasa Melayu tidak menolong bangsa kita sendiri dan kita sendiri tidak ada prinsip yang menyokong kemajuan yang sebenar.

Pemimpin Melayu rasuah dan orang Melayu pula lupa bahawa selagi kita tidak mengobah apa yang ada dalam dii kita, maka Allah tidak mengubah nasib bangsa Melayu. memuliakan kemungkaran dan kejahatan adalah perbuatan tidak Islamik.

Ianya bukan orang anti Islam atau anti bill persendirian Haji Hadi. Bill itu orang UMNO pun tak sokong. Mereka pakat tidak mahu datang jika undi dilakukan kerena, mereka tidak hendak dilihat tidak menyokong. Perasuah dan kaki minum mana mahu sokong bill ini.

Sebetulnya, jika orang tidak sokong, bukan tanda mereka anti Islam- tapi pembentangan itu suatu tindakan politik yang bodoh. It’s a stupid political stunt yang tidak membawa apa2 kebaikan kepada orang Islam.

Bolehkah pertambahan denda lebih dari RM5000, tambahan bilangan sebatan, dan lain2 yang sudah ada pun dalam kod penal kita menyelesaikan masaalah Melayu dan umat Islam? Ia nya akan menghasilkan tataurus dan pentabiran pemerintah yang baik, keadah berkerajaan yang demokratik atau memberi kuasa kepada individu yang tidak di undi oleh rakyat melakukan apa yang mereka fikir, menyamai hukuman Islam?

Jangan kita layan jika orang Pas ajak kita jadikan isiu artikel 355 sebagai isiu. Selama ini dengan bidang kuasa mahkamah syariah terhad, adakah keIslaman kita kurang baik?

Kita hendak sibuk perkara tersebut, tapi kita tutup mata mengenai isiu rasuah, salah guna kuasa, penindasan, kebuasan pimpinan, pecah amanah, pentdabiran koro, songlap wang. Kita berdiam diri bila rakyat rasa tidak selamat diancam oleh kebusan pemerintah. Kita berdiam diri bila negara diancam oleh kebuasan dari luar. Sebab kita tidak membina perlindungan negara kita- alatan tentara kita tidak standard, kepimpinan tentera kita tidak dinamik. Ketua angkatan tentera yang sudah pencen tidak mahu kita pencenkan.

Ini perkara2 lebih penting dari mencipta isiu artifisal DAP akan menguasai negara kita ini.

Sudah sampai masanya ROSMAH perlu dibelikan JET khusus untuk beliau

Shahbudin Husin,

GAMBAR HIASAN SAHAJA
Selain mengenai barang kemas mewah, beg tangan mahal, pakaian gemerlapan, percutian hebat, berbelanja sakan dan pembaziran, isu lain yang kerapkali diperkatakan mengenai Rosmah ialah berkaitan penggunaan jet kerajaan. 

Sejak Najib Razak menjadi Perdana Menteri lebih tujuh lalu, sudah beberapa kali kaitan antara Rosmah dengan jet ini timbul dan menjadi bualan ramai.

Rosmah pula, sejak lakinya menjadi Perdana Menteri,  seolah-olah ada keghairahan tersendiri terhadap jet dan seperti tidak boleh lagi menaiki penerbangan komersil biasa seperti sebelumnya.

Bukan saja ke luar negara, bahkan dalam negara pun kenderaan biasanya ialah jet.

Jika menaiki jet bersama Najib yang memang mempunyai kelayakan menggunakan kemudahan itu, ia mungkin lumrah dan boleh diterima ramai, tetapi menghadiri program Permata pun, Rosmah tetap mahukan kenderaan istimewa membawanya.
Kadangkala bukan setakat isteri menteri-menteri yang turut dibawanya menaiki jet itu, bahkan juga anak-anaknya.

Melalui perbualan dengan beberapa bekas pemimpin UMNO, termasuk yang pernah menjadi menteri, semua mereka mengatakan tiada kelayakan khusus untuk isteri Perdana Menteri menggunakan jet kerajaan.

Yang layak hanyalah Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri saja. Isteri masing-masing hanya boleh menumpang jika si suami menggunakannya, tetapi tidak boleh menggunakannya secara sendirian.

Ini bermakna jika isteri Perdana Menteri mahu menggunakan jet kerajaan atas keperluan khusus, ia memerlukan kelulusan kerajaan atau kabinet mengenainya. 

Ketua kerajaan atau ketua kabinet ialah Perdana Menteri. Ini bermakna jika Rosmah menggunakan jet, ia adalah atas kebenaran kerajaan atau kabinet yang mana Najib adalah ketuanya.

Sebab itu, di zaman sebelum ini atau ketika Tun Mahathir dan Tun Abdullah menjadi Perdana Menteri, tidak pernah sama sekali kedengaran isu jet ini timbul dan dikaitkan dengan isteri mereka.

Di zaman Mahathir lagi dahsyat, bukan saja Tun Siti Hasmah tidak pernah menggunakannya secara sendirian, anak-anaknya pun dilarang menumpang sama.

Cuma di zaman Pak Lah, walaupun isterinya turut tidak pernah menggunakan kemudahan jet secara sendirian, tetapi anak, menantu dan kaum keluarga dikatakan biasa menumpang sekali.

Perdana Menteri sebelum ini bukan saja tegas dengan prinsip bahawa isteri hanya boleh menumpang kemudahan itu, bahkan mungkin terasa malu untuk meminta kelulusan kerajaan atau kabinet bagi membenarkan isteri mereka menggunakannya.

Sebaliknya, keluarbiasaan ini hanya berlaku di era Najib. Tidak cukup dengan menaiki jet bersama Najib dan menggunakannya secara sendirian atas kelulusan kerajaan atau kabinet, Najib juga pernah pulang ke tanahair dari Hawaii untuk meninjau banjir besar di Pantai Timur pada Disember 2014 dengan menaiki penerbangan lain, manakala jet ditinggalkan bersama isterinya di sana.

Kita mungkin boleh memahami keghairahan dan keinginan Rosmah terhadap jet berdasarkan pakaiannya yang gemerlapan, barang kemasnya yang mewah, beg tangannya yang mahal dan penampilannya yang sentiasa menarik perhatian ramai, maka barangkali tidak sesuai untuk beliau menaiki pesawat komersil bersama penumpang biasa yang lain.

Untuk itu, sudah sampai masanya kerajaan segera menguatkuasakan peraturan bahawa isteri Perdana Menteri juga layak menggunakan kemudahan jet, sama seperti Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Najib yang memiliki sokongan kuat daripada kabinet dan Ketua-Ketua UMNO Bahagian tidak harus teragak-agak mengusulkan perkara itu memandangkan seperti kata Rizal Mansor, Rosmah telah memberi sumbangan besar kepada negara melalui Permata yang diasaskannya.

Sesuai dengan sumbangan besar Rosmah itu juga, kerajaan perlu membeli sebuah jet lain yang khas untuk Rosmah. Ia hanya untuk kegunaan Rosmah saja dan tidak boleh dikongsi dengan sesiapa. 

Perbelanjaan untuk jet itu juga mesti dibuat tanpa had dan boleh terbang sehingga ke sisi langit sekali pun. Sesiapa juga boleh dibawa menaikinya, tidak kira kawan-kawan, keluarga atau anak menantu.

Cat luar dan kemasan dalaman jet itu juga mesti memenuhi segala citarasa Rosmah serta mampu memberi lebih inspirasi kepadanya untuk membangunkan lagi peningkatan anak-anak bangsa melalui Permata itu.

Yang lebih penting lagi, dengan adanya jet khas itu, Rafizi Ramli tidak akan ada isu lagi untuk mengaitkan Rosmah dengan kemudahan tersebut yang setiap kali ia dibangkitkan, pasti akan membuatkan riuh rendah seluruh negara memperkatakannya.

Rosmah takkan tak setuju dengan idea ini kan, kan, kan....SH 10/06/2016).

AKTA MKN 2015 diwartakan menjadi undang-undang tanpa perkenan Majlis Raja-Raja

*Kenyataan media ahli parlimen Segambut, Lim Lip Eng pada hari Khamis 9 Jun 2016 di Kuala Lumpur:*

Apa agaknya yang telah diberitahu oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kepada Majlis Raja-raja mengenai Akta Majlis Keselamatan Negara? Rakyat berhak tahu sama ada kerajaan Barisan Nasional telah menerima atau menolak nasihat Majlis Raja-raja berkenaan Akta tersebut, apabila Akta Majlis Keselamatan Negara diwartakan menjadi undang-undang tanpa perkenan Diraja.

Pada hari Selasa atau pada 18 Februari, sehari sahaja selepas Majlis Raja-raja mengarahkan supaya rang undang-undang Majlis Keselamatan Negara diperhalusi, sebuah ‘orde baru’ telah muncul di negara ini dalam bentuk Majlis Keselamatan Negara, atau apa yang saya lebih suka panggil sebagai ‘Majlis Keselamatan Negara Umno (MKN Umno)’. Ini kerana keseluruhan anggota majlis dan ketua pengarahnya adalah dilantik oleh Perdana Menteri, tanpa sebarang campurtangan daripada Majlis Raja-raja, Kabinet atau pun Parlimen sendiri.

Lebih membimbangkan, tafsiran ‘keselamatan negara’ tidak dihuraikan secara panjang lebar di dalam Akta baru itu. Adakah mungkin satu hari nanti, karikatur pemimpin Umno atau tindakan menggugurkan belon di pusat membeli belah pun ditafsir sebagai menggugat keselamatan negara?

‘Orde Baru’ ini secara berkesan telah menjadikan MKN Umno sebagai ketua turus angkatan bersenjata, bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan Akta Angkatan Tentera 1972 yang memperuntukkan dengan jelas bahawa Yang Di-Pertuan Agong adalah ketua turus angkatan tentera.

MKN Umno kini dapat menggunakan kuasa-kuasa darurat tanpa perlu perisytiharan darurat oleh Yang Di-Pertuan Agong mahupun kebenaran Parlimen. Jika ada yang terkorban dalam operasi-operasi yang diperintahkan oleh MKN Umno ini, boleh berlaku tidak perlu dijalankan sebarang siasatan.

Pun begitu, akta adalah akta, meski tidak dikehendaki bahkan oleh Majlis Raja-raja sendiri, sehinggalah ia dipinda atau dimansukan oleh Parlimen. Akta yang asalnya bertujuan memerangi pengganas dan penjenayah ini tidak meletakkan had dan jaminan bahawa mereka yang berlainan pendapat dengan kerajaan tidak akan terlepas daripada dikenakan tindakan di bawah akta ini.

Akta Majlis Keselamatan Negara adalah Akta Derhaka, yang diwartakan tanpa mengambil peduli titah Majlis Raja-raja supaya diperhalusi kandungannya. Akta Derhaka ini dilulus tanpa perkenan Yang Di-Pertuan Agong. Akta ini adalah simbol penderhakaan Umno yang telah mencuri kuasa Raja-raja Melayu.

Makhluk aneh ciptaan Umno yang tidak diingini sesiapa ini mesti terus dipahat ke dalam akal fikiran semua pihak, termasuk para Raja-raja Melayu dan juga angkatan tentera, terutamanya menjelang dua pilihanraya kecil di Sungai Besar dan Kuala Kangsar kurang sepuluh hari lagi.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...