TERKINI :

Thursday, June 9, 2016

Pengkhianat bangsa dan demokrasi tidak akan berjaya walaupun mendapat perlindungan Najib

KEBEBASAN BERSUAR
7 Jun 2016 | UMNO


1.Pengasas negara Malaysia merdeka memilih sistem demokrasi kerana rakyatlah yang berjaya mempengaruhi dan menyokong Raja untuk menolak Malayan Union rancangan British. Rakyat dalam demokrasi diberi hak dan kuasa memilih pemimpin untuk mengetuai pentadbiran negara. Bersama dengan hak ini datang juga hak untuk menukar pemimpin jika pemimpin sudah tidak layak lagi menjadi pemimpin. Penukaran ini boleh dibuat semasa pilihanraya umum atau diwaktu mana pemimpin didapati sudah tidak lagi sesuai.

2.Dalam negara demokratik suara rakyat penting bagi pemimpin mengetahui kehendak mereka. Oleh itu kebebasan bersuara menjadi satu dari hak utama dalam demokrasi. Jika syarat ini tidak dipatuhi maka bukan sahaja demokrasi menjadi cacat tetapi ianya tidak wujud.

3.Negara Malaysia dibawah Najib sudah tidak lagi mengamal prinsip kebebasan bersuara. Memanglah sekatan terhadap memburuk hubungan antara kaum di negara berbilang bangsa ini diperlukan. Semua negara demokratik mengamalkan sekatan tertentu bagi mengelak rusuhan. Tetapi ia tidak termasuk pemerintah mengurang atau menghapus hak rakyat mengkritik pemerintah apabila pemerintah melanggar undang-undang.

4.Hari ini kita lihat hak rakyat bersuara diganggu secara terbuka. Media cetak dan elektronik dikuasai penuh oleh Najib dan tidak lagi lapor yang benar. Maklumat diputar sehingga tidak lagi mencerminkan fakta yang sebenar. Sekatan terhadap media alternatif juga dicuba.

5.Walaupun dahulu kebebasan dialami oleh ahli parti UMNO untuk mencabar Presiden, bahkan bertanding merebut jawatan presiden, hari ini jika Presiden disoal atau ditegur, yang menegur akan dibuang dari parti, atau dilucut dari jawatan dalam parti. Dengan itu ahli parti takut dan membiar presiden membuat perkara yang tidak baik.

6.Katanya ada dedak yang disumbat kedalam mulut ahli-ahli parti supaya mereka menjadi bisu. Ada ahli parti yang mengaku menerima sogokan sebanyak satu dan dua juta Ringgit dan mereka pun menutup mulut terhadap jenayah yang jelas berlaku. Mereka mengia apa sahaja. Sesungguhnya mereka bukan lagi wakil rakyat yang memilih mereka, tetapi sudah jadi orang suruhan Najib. Dasar dan perjuangan parti tidak lagi menjadi tanggungjawab mereka.

7.Demikian juga dengan Ketua-Ketua Bahagian UMNO. Mereka sudah tidak ada suara lagi setelah melihat seorang Naib Ketua Bahagian yang menegur Presiden dipanggil oleh polis, disoal, dimasuk dalam tahanan dan dihadapkan ke mahkamah.

8.Walau apa pun kesalahan yang dilakukan oleh Najib, walaupun duit Kerajaan berbillion Ringgi dihilangkan, walaupun Najib tiba-tiba memiliki berbillion Ringgit dalam akaun peribadinya yang tidak dapat dijelas puncanya; wakil rakyat BN, Ketua-Ketua Bahagian UMNO membisu.

9.Dalam mesyuarat agung UMNO perwakilan tidak dibenar bercakap berkenaan dengan 1MDB dan 2.6 billion Ringgit dalam akaun peribadi Najib.

10.Apabila beberapa pemimpin cawangan menyoal dan menegur Najib kerana 1MDB, 2.6 billion Ringgit dalam akaunnya dan penglibatan Jho Low dan syarikat Good Star Ltd dalam pengurusan wang 1MDB sehingga ratusan juta dollar Amerika hilang, maka Ketua-Ketua Cawangan dipecat.

11.Biasanya apabila pemimpin menyeleweng, Perlembagaan negara memberi hak kepada wakil rakyat membuat undi tidak percaya dalam Dewan. Tetapi kerana dedak dan berbagai jenis tekanan, selain dari dua orang ahli UMNO, ahli-ahli UMNO yang lain dan BN tidak berani menyokong usul tidak percaya jika diusulkan.

12.Rakyat kehilangan suara secara menyeluruh. Semua peruntukan dalam Perlembagaan dan undang-undang berkenaan kebebasan bersuara sudah dibatalkan. Melapor kepada polis berkenaan jenayah yang dilakukan oleh pemimpin juga bukan sahaja tidak berkesan tetapi yang melapor sendiri dimasuk dalam tahanan.

13.Sekarang ini rakyat cuba untuk merayu kepada Yang diPertuan Agong melalui Deklarasi Rakyat. Memang tidak ada peruntukkan dalam Perlembagaan bagi rakyat merayu kepada Raja-Raja. Tetapi oleh kerana semua jalan lain untuk memperdengarkan rintihan mereka sudah dihapuskan, maka terpaksalah mereka mengguna cara rayuan kepada Raja. Najib juga tidak patuh kepada Perlembagaan, undang-undang serta prinsip-prinsip demokrasi berkenaan hak bersuara oleh rakyat.

14.Ugutan juga dibuat untuk merampas paspot jika semasa berada diluar negara, kenyataan dibuat kepada media asing berkenaan salahlaku pemerintahan Najib.

15.Sudah lebih sejuta rakyat menandatangani Deklarasi Rakyat untuk selamatkan Malaysia, walaupun kedengaran ada amaran diberi oleh Kerajaan Najib bahawa sesiapa yang menandatangani Deklarasi Rakyat akan kehilangan bantuan BRIM, biasiswa anak, peluang perniagaan, lesen dan semua kemudahan hak rakyat. Peniaga akan digeledah oleh Jabatan Hasil Dalam Negeri, tidak akan dapat kontrak, urusan dengan pejabat terganggu dan lain-lain ugutan.

16.Sekarang ada penyokong Najib yang memperlekehkan Deklarasi Rakyat, kononnya ada banyak penipuan. Ia mendesak polis supaya merampas Deklarasi yang berada dengan sekretariat. Harapannya ialah supaya polis dapat kenalpasti mereka-mereka yang telah tandatangan Deklarasi tersebut dan akan dapat mengugut mereka.

17.Sebenarnya memang ramai yang tidak sanggup tandatangan Deklarasi kerana rejim Najib akan ugut dan ganggu mereka. Jika tidak ada gangguan dan ugutan ini lebih ramai rakyat yang akan tandatangani Deklarasi Rakyat. Sebenarnya berjuta rakyat bersetuju supaya Najib berhenti dari menjadi Perdana Menteri. Tetapi mereka takut tindakan rejim Najib.

18.Penyokong Najib ini ialah pengkhianat bangsa dan demokrasi yang tidak senang kerana rakyat bersuara. Kononnya ia dari parti pembangkang yang bermusuh dengan kerajaan Najib. Tetapi sebenarnya ia adalah penyokong tersembunyi Najib yang ingin selamatkan Najib.

19.Usaha untuk mendapat Deklarasi Rakyat akan diteruskan. Saya percaya ramai rakyat Malaysia berani bersuara.

20.Pengkhianat bangsa dan demokrasi tidak akan berjaya walaupun mendapat perlindungan Najib.

SUMBER - BLOG TUN M : Klik Sini

Tingkah laku PAS dalam 2 Pilihanraya Kecil...!!!

June 9, 2016 / unknown soldier


Dua PRK sudah menampakan kegagalan PAS menawarkan agenda membangunkan negara. Sebaliknya, pas mengajak orang bersengketa dengan DAP yang mewakili kaum Cina. Apa yang sebenarnya telah dilakukan oleh DAP kepada PAS dan orang Melayu?

Kadang2 kita nak ketawa dengan gelagat ustaz2 PAS. Dulu UMNO tuduh PAS barua DAP. Sekarang PAS yang tuduh Amanah barua DAP. agaknya, pemimpin PAS dan Amanah semua nya orang yang terencat akal boleh dibudak budakkan oleh DAP.

Adakah DAP merampas kepentingan ekonomi Melayu atau UMNO yang pajakkan kepada Cina? Adakah Kit Siang menerima derma RM2.6 billlion? Adakah dia yang mengambil wang RM42 juta dari SRC? Adakah dia yang menjadikan 1MDB ATM peribadi?

Adakah PAS melakukan ini kerana mahu menyembunyikan kegagalan dan kelemahan nya sendiri? Apa yang ia dapat dan mampu buat ialah jual Islam. Kenapa ia mahu bersekongkol dengan UMNO yang melakukan kemungkaran merata rata, rasuah, salah guna kuasa, menggunakan undang2 draconian menekan rakyat? Apa yang pas sudah lakukan sebenarnya?

Ustaz yang cakap mengenai ethnic cleansing itu faham atau tidak konsep tersebut? Sebelum ini saya sudah pun tanya- keadaan orang Melayu yang tercorot dalam negeri2 yang dikuasai oleh Melayu/islam itu bagaimana? Adakah itu bermaksud Melayu di ethnic cleansingkan oleh pemerintah dari bangsa mereka sendiri? Cuba jawab ya sheikh.

Sekarang ini PAS hanya jadi barua kepada UMNO memecah belah suara rakyat yang mahu menukar kerajaan Najib. Ini bermaka PAS menyebelahi golongan penindas, pesalah, pencuri wang rakyat, perasuah, dan sebagainya.

Parti macam PAS inilah yang meneyebabkan negara kia menduduki tempat ke 33 dalam Islamiciy ranking. Singapura yang bukan diperintah oeh pemimpin Melayu dan Islam menduduki tempat ke 7. Sebab kaum muslimin nya diberi kekebasan untuk memikul tanggung jawab yang sepatutnya dipikul sendiri. Mereka tidak bergantung harap kepada pemerintah atau meletakkan tanggung jawab yang patut ada pada tengkuk mereka sendiri keatas pihak kerejaan.

Parti macam pas dan umno lah yang telah menyebabkan Islam dirampas oleh pemimpin yang korap, ulamak2 upahan dan kumpulan2 pendesak lain untuk mensahihkan pemerintahan mereka. Dan pemerintahan ini dicirikan dengan pemusnahan prinsip memerintah ikut undang2 dan kerajaan yang mewakili suara rakyat. Suara yang mereka wakili ialah kepentingan golongan terpilih.

Golongan ulamak upahan dan parti pembelot rakyat macam PAS lah yang memanjangkan hayat kerajaan Najib yang menghisap darah rakyat. Mereka bersembunyi dibelakang agama dan bangsa.

Pas mengulangi pembohongan dan pendustaan bahawa jika Amanah menang maka DAP akan berkuasa. Dan bila DAP berkuasa mereka akan menghapuskan keistimewan orang Melayu, Islam dan raja2 melayu. PAS ini sangka politisyen Amanah half past six seperti kebanyakan pemimpin mereka? Tolonglah nasihat pemimpin enta- lain kali hendak tengok filem porno pay per view dalam hotel, jangan suruh bill enta dibayar oleh orang lain.

Adakah mereka ini buta atau otak tak center?. DAP dalam parliament hanya ada 37 kerusi. Kalau mereka menang 50 kerusi pun, mereka tidak dapat memerintah kerajaan persekutuan. Kerana untuk membentuk kerajaan , jumlah kerusi minima yang mesti dimenangi ialah 112. Ini bermakana DAP kalau mahu bentuk kerajaan persekutuan mesti bergabung dan berkerjasama dengan parti2 melayu yang lain. Dengan kerenah PAS yang macam ada wayar terputus dalam kepala, siapa yang hendak berkawan dengan nya?

Dalam tahun 2035, penduduk Melayu akan berjumlah sekitar 85% dari penduduk Malaysia. Bagaimana dalam keadaan bangsa Cina mengecil, DAP boleh menguasai pemerintahan?

Struktur agihan kuasa dari atas sampai ke JKKK berada dalam tangan orang Melayu. Penjawat awam- 95% orang Melayu. Tentera dan Polis- hampir 98% Melayu. Sultan2 semua Melayu. MB dalam negeri yang dikuasai UMNO ialah melayu dan perlembagaan negeri yang beraja memestikan MB mesti Melayu.SU kerajaan semua Melayu- ribuan DO – semua nya Melayu.

Dalam penyusunan kuasa Melayu sebegini, bagaimana DAP boleh merampas kuasa dari orang Melayu? Struktur kuasa sudahpun di Melayukan.

Inilah dusta yang dijalankan oleh PAS untuk membantu mengekalkan sebuah keraaan yang rasuah, tidak amanah, tidak boleh dipercayai, mencuri wang rakyat, membazir, menguasai ekonomi untuk kumpulan terpilih.

Iniah politik yang diidamkan oleh PAS. Matlamat menjadikan Islam itu pedoman hidup sudah hilang

Jika ditakdirkan menang, Calon BN Kuala Kamgsar mahu dijadikan apa pula?

SELEPAS MENANG NAK JADI APA?


Tidak dinafikan, ini adalah antara cakap-cakap yang biasa didengari di sekitar Kuala Kangsar sejak Mastura Mohd Yazid dinamakan untuk bertanding menggantikan tempat arwah suaminya, Wan Khairi-il Wan Ahmad yang terbunuh dalam nahas helikopter, 5 Mei lalu.
 

Jika ditakdirkan menang, beliau mahu dijadikan apa pula?

Ketua UMNO Bahagian? Timbalan Ketua UMNO Bahagian? Naib Ketua UMNO Bahagian?

Atau Ketua Wanita UMNO Bahagian? (SH 08/06/2016).

NAJIB panggil ZAM kerana usaha damai dengan MAHATHIR

Bersama Tun Dr.Mahathir di upacara pelancaran buku karya  Ibrahim Ali"Perjuangan Tanpa Nokhtah" di Kuala Lumpur semalam( 5 June 2016)

Walaupun sebagai Menteri Penerangan, saya telah dijadualkan menghadiri majlis perkahwinan anak seniman Mustafa Maarof pada malam 3 Julai 2006 tetapi saya terpaksa mengalih haluan ke kediaman Timbalan perdana Menteri Datuk Seri Najib.
Ini adalah oleh kerana Datuk Seri Najib sebagai Timbalan Presiden UMNO mahu mendapat penjelasan  mengenai usaha saya secara bersendirian untuk menemukan  Perdana Menteri Datuk Abdullah Badawi dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir yang sedang bersengketa.
Akhbar NST yang ketika itu diketuai oleh Kalimullah tidak senang dengan usaha  ini dan mendakwa  saya memandai-mandai sendiri ketika Abdullah Badawi berada  di Perth walaupun  saya sebenarnya telah pun memaklumkan kepadanya sebelum beliau pergi bercuti.
Bagaimanapun atas hasutan beberapa orang disekelilingnya yang anti Dr.Mahathir,Abdullah telah melupakan izin yang diberikan kepada saya apabila akhbar  The Star mendedahkan bahawa individu yang bersedia  untuk menjadi orang tengah bagi pertemuan ini adalah Gabenor Melaka Tun Khalil Yaakob.
Saya telah memberitahu ini kepada Ketua Pengarang Akhbar  The Star Datuk Wong Chun Wai untuk pengetahuannya sahaja dan bukan untuk disiarkan tetapi dia telah mungkir janji.Rupa-rupanya dia seorang kawan yang tidak boleh dipercayai.
Pendedahan ini sesuai dengan hasrat beberapa orang yang anti Mahathir disekeliling Abdullah terutama  Ketua Pengarang NST sendiri Kalimullah yang tidak mahu pertemuan damai itu menjadi kenyataan.
Ketika memberikan penjelasan kepada Datuk Seri Najib, ada panggilan Abdullah dari  Perth kepadanya  dan Najib meminta saya sendiri menjelaskan kepada Abdullah.
Abdullah mulanya bersuara keras dengan  saya walaupun beliau seorang yang biasanya bercakap  lembut dengan saya. Beliau bertanya kepada saya" Siapa suruh you jumpa dengan Dr.Mahathir?"
Saya tersinggung dengan pertanyaan ini dan mengingatkannya kembali bahawa saya telah pun memaklumkan kepadanya sebelum pergi bercuti ke Perth untuk mencari orang tengah bagi mengatur pertemuannya dengan Dr.Mahathir.
" Kalau Datuk rasa perbuatan ini tidak wajar, saya boleh berhenti,"kata saya.
Saya tidak patut berkata demikian kepada Abdullah kerana dia adalah sahabat  karib lama  saya tetapi pertanyaannya mencabar kejujuran dan keikhlasan saya.
Jawapan keras saya mungkin didengar  oleh Najib yang berada berhampiran saya. Saya sememangnya sedia  untuk berhenti jika diminta  kerana saya tidak lagi bersemangat untuk berkerja seperti  di zaman Dr.Mahathir.
Ini hanyalah secebis dari kisah yang menarik dari buku " SAYA BUKAN MENTERI ".Untuk mengetahui banyak lagi cerita-cerita panas  yang masih tersembunyi dapatkanlah  buku ini  terus dari ZAM | SUMBER
 

Hanya dengan satu gambar Billboard.. UMNO dan PAS dah jadi tak tentu arah..

Benarlah ungkapan.. " a picture is worth a thousand words ", hanya dengan satu gambar Billboard.. UMNO dan PAS dah jadi tak tentu arah..Sampai Jamal Tongkol pun tak senang duduk.. padehal apa yg di gambar itu, itulah kenyataan..tidak ada tokok tambah..

PAS dan Haji Hadi boleh saja saman.. sampaikan Ostad Idris Ahmad tak berapa cerdik..buat sidang media, suruh DAP ulang dalam bentuk tulisan.. bukan gambar.. ha ha..

Sebelum Ostad Derih nak marah.. muhasabah diri sendiri.. tengok dulu Akhlak Presiden PAS sendiri.. hari2 keluar TV macam2 tuduhan keluar, Amanah Khadam DAP la.. DAP anti Islam la..DAP biadap la.. Broker, Barua, Babi semua ada.. semua ini keluar dari mulut Haji Hadi.. tak renti2 tuduhan Fitnah yg keluar dari Mulut Haji Hadi sendiri..  keluar nya dari mulut Ulama yg tak punyai Akhlak.. mengapa perlu marah jika ada yang membalas.. bak pepatah arab sebut..

ضربني وبكى، شتمني واشتكى

dia yg pukul aku, dia pula yg menangis. Dia yg maki aku, dia pula yg mengadu....

hebat nya DAP..dia cuma angkat satu papan tanda..kami tak perlu maki hamun fitnah macam Haji Hadi, cukuplah dengan satu gambar yg memberikan gambaran seribu makna...

Haji Hadi tak perlu sapa2 hina.. Sebab dia terhina dgn akhlak dan kata katanya sendiri.. bak kata pepatah Arab..

( لِسَانُكَ حَصَانُكَ ، إِنْ صُنْتَهُ صَانَكَ ، وَإِنْ هُنْتَهُ هَانَكَ ).
"Lidahmu adalah perisai mu, jika kamu jaga, ia akan menjagamu, dan jika kau hina kan, ia akan menghinakan mu "

Ipoh Mali

#prksungaibesar #prkkualakangsar #harapanbaru #pakatanharapan #amanah #dap #pasumno #pepataharab

3 Kali PRU, 3 Kali Janji, 3 Kali Pecah Tanah.. Jambatan Manong Mana?


Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini menuntut kerajaan Barisan Nasional (BN) menunaikan janji mereka untuk membina Jambatan Seberang Manong yang telah lama dinantikan penduduk di kawasan tersebut.

Pengerusi Amanah Perak Asmuni Awi berkata, kerajaan BN perlu menyatakan tarikh yang tepat bila jambatan tersebut akan siap dibina dan tidak memberikan harapan palsu kepada rakyat.

"Kami menuntut dalam pilihan raya kecil ini pihak kerajaan menunaikan janji yang sudah dibuat sejak tiga pilihan raya yang lalu.

"Kami mencabar pihak kerajaan BN tolong tetapkan tarikh bila akan dibina dan akan disiapkan jambatan Seberang Manong itu.

"Sudah lima kali pecah tanah sampai dah tak ada tanah nak dipecahkan," kata beliau dalam sidang media di pejabat Amanah Kuala Kangsar hari ini.

Lebih 10,000 penduduk Manong masih menunggu jambatan itu dibina untuk menyeberangi Sungai Perak.

Sehingga kini, mereka masih menggunakan bot penambang untuk menyeberangi Sungai Perak walaupun menteri kanan pernah menjadi wakil rakyat di parlimen tersebut lapor MalaysiaDateline

PRK kali nie nasib baik ada DAP.. boleh jadi "punching bag"

NASIB BAIK ADA DAP....


Ketika Pas berada dalam Pakatan Rakyat, parti itu sering dilabel oleh UMNO sebagai alat dan barua DAP, manakala hubungan Pas dengan PKR tidak pernah sama sekali cuba disalahertikan dengan apa-apa cemuhan.

Dalam Pakatan Harapan sekarang, Pas yang lebih galak menuduh dan melabel Amanah sebagai alat dan barua DAP. Sama seperti UMNO, Pas juga tidak pernah memberi label keji kepada hubungan PKR dengan DAP.

Benarkah dulu Pas dan sekarang Amanah, menjadi alat dan barua DAP?

Apakah Pas membuat dakwaan alat dan barua DAP terhadap Amanah kerana terikut-ikut gaya UMNO atau berdasarkan pengalaman mereka pernah diperalat dan dibaruakan dalam Pakatan Rakyat dahulu?

Jika Pas menjadi alat dan barua DAP, apakah yang telah merugikan parti itu selama ini?

Apakah dengan Pas berpeluang menduduki kerusi Menteri Besar Perak walaupun mempunyai kerusi yang sedikit dan mampu menang banyak kerusi di Selangor, Perak, Johor dan beberapa negeri lain menunjukkan Pas menjadi alat dan barua DAP?

Sebagai balasan kerana setuju diperalat dan dibaruakan, berapa banyak pula Pas kehilangan kerusinya di Kelantan atau Terengganu untuk diserahkan kepada DAP?

Hakikatnya sekarang ini, UMNO tidak perlu lagi menyerang Amanah kerana peranan itu sudah diambil alih oleh Pas. UMNO yang bersongkok hitam hanya perlu tersenyum melihat dari jauh telatah Pas yang berkopiah putih memaki, mengecam dan memusuhi Amanah.

Dalam masa yang sama, orang Melayu yang menyokong Pakatan Harapan atau dulunya Pakatan Rakyat juga kerap dianggap sebagai alat dan barua DAP.

Orang Melayu yang menyertai atau menyokong DAP lebih buruk lagi labelnya - dikatakan ingin menggadai maruah dan kuasa kepada orang Cina.

Apakah sebenarnya salah dan dosa bila berbaik-baik dengan DAP?

Apakah DAP ditanggapi sebegitu kerana namanya DAP, kerana di dalamnya ada Lim Kit Siang atau kerana ia parti yang dikuasai oleh orang-orang Cina?

Jika DAP begitu jahat, agendanya amat mengancam negara, merbahaya kepada orang-orang Melayu dan musuh kepada Islam, mengapa kerajaan tidak mengharamkan saja parti itu?

Begitu juga dengan Lim Kit Siang, jika keberadaannya bersama DAP amat merbahaya, mengapa tidak ditangkap dan disumbat saja dalam penjara?

Nama penuh DAP ialah Democratic Action Party atau Parti Tindakan Demokratik, tetapi kenapa ia sering dikaitkan dengan komunis berbanding demokrasi?

Kenapa hanya Cina DAP yang dianggap jahat, mengancam dan merbahaya kepada politik Melayu?

Adakah Cina daripada MCA dan Gerakan tidak bahaya?

Adakah menjual tanah kepada Cina Singapura atau menggadai aset kepada Cina dari Negara China tidak salah, bahkan dianggap bijak berurus niaga?

Apakah juga tidak salah apabila pemimpin negara, menteri-menteri Melayu dan adik-adik menteri boleh dikatakan ada tauke Cina di belakang kejayaan dan kekayaan mereka?

Sampai bila orang-orang Melayu mahu kekal jumud dengan hanya menyalahkan DAP atas semua kelemahan dan ancaman yang diterimanya dan mengabaikan sumbangan parti itu yang konsisten dalam melawan ketidakadilan, rasuah dan penyelewengan?

Agak-agaknya kalau tiada DAP dan Lim Kit Siang di negara kita, siapa yang harus dibebankan dengan sekian banyak kesalahan dan kelemahan Melayu?

Atau di sebalik satu demi satu harta, tanah dan aset negara tergadai serta aktiviti melonggokkan kekayaan bermaharajalela, ramai pemimpin Melayu yang terus tersenyum dengan berkata...nasib baik ada DAP untuk dipersalahkan. (SH 09/06/2016).

Shahbudin Husin

RUU MKN 2015 - Umno Angkuh Sehingga Menderhaka Majlis Raja-Raja


Pada 3 Disember 2015, Dewan Rakyat telah meluluskan sebuah rang undang-undang bernama Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara 2015 (RUU MKN 2015) walau pun mendapat bantahan daripada kalangan Ahli Parlimen Pembangkang. Bantahan Ahli Parlimen Pembangkang yang terdiri daripada ahli Parlimen Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti Amanah Negara (AMANAH) dan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) berkaitan kuasa Perdana Menteri yang telah mengambil atau melebihi kuasa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agung dalam mengisytiharkan sesuatu kawasan keselamatan.

Dewan Negara seperti biasa kemudiannya meluluskan RUU MKN 2015 pada 22 Disember 2015 tanpa sebarang pindaan.

RUU MKN 2015 tersebut kemudiannya dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja Melayu (MRR) oleh Peguam Negara semasa Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-240 pada 17 Februari 2016. Setelah ditaklimatkan oleh Peguam Negara, Majlis Raja-Raja berpendapat bahawa beberapa peruntukkan di dalam RUU MKN 2015 tersebut perlu diperhalusi semula.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad dalam suatu kenyataan menyebut bahawa "Bagi maksud tersebut Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor selaku Pengerusi Mesyuarat Majlis Raja-raja Yang ke-240 akan mewasalkan warkah kepada YAB Perdana Menteri,"

Pada 18 Februari 2016 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pula dilaporkan berkata bahawa kerajaan mengambil maklum pandangan Majlis Raja-Raja bahawa beberapa peruntukan dalam Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara perlu diperhalusi.

Pada 19 Februari 2015 pula akhbar SinChew Daily melaporkan bahawa Peguam Negara akan mengkaji semula RUU MKN 2015 selaras dengan nasihat Majlis Raja-Raja agar ianya diperhalusi semula.

Pada 20 Mac 2016, Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang telah dilaporkan oleh Sinar Harian bahawa beliau mengharapkan agar RUU MKN 2015 dipercepatkan pindaan selaras dengan tuntutan Majlis Raja-Raja. Beliau berkata "Saya menyokong saranan Majlis Raja-Raja yang mahu rang undang-undang itu diperhalusi. Beberapa pindaan harus dibuat tanpa membuang masa demi kebaikan negara."

Seterusnya pada 24 Mac 2016 Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato' Seri Dr. Shahidan Kassim dalam menggulung perbahasan ucapan titah di-Raja di Dewan Rakyat menyatakan bahawa Kerajaan akan membuat sembah taklimat sekali lagi kepada Majlis Raja-raja berhubung RUU MKN 2015 dalam masa terdekat.

Ironinya ialah semakan di laman sesawang Warta Kerajaan menunjukkan bahawa RUU MKN 2015 telah diwartakan pada 7 Jun 2016 dengan catatan "Tarikh Perkenan Diraja pada 18 Februari 2016 menurut Fasal 4A Perkara 66 Perlembagaan Persekutuan. Perlu diambil perhatian bahawa Perkara 66 Fasal 4A memperuntukkan bahawa mana-mana rang undang-undang yang dipersembahkan kepada Yang diPertuan Agung untuk perkenan Diraja samada ianya diperkenankan atau tidak tetap akan menjadi suatu Akta sekiranya melebihi tempoh 30 hari.

Merujuk kepada Warta Kerajaan bahawa RUU MKN 2015 telah diwartakan pada 7 Jun 2016 setelah perkenan Diraja mengikut Perkara 66 Fasal 4A, maka jelas Kerajaan di bawah pentadbiran Perdana Menteri yang didokong oleh Umno dan Barisan Nasional telah mengabaikan titah Majlis Raja-Raja malah melakukan penghinaan dan penipuan di Parlimen.

Bagaimana Menteri di Jabatan Perdana Menteri boleh memaklumkan kepada Dewan Rakyat pada 24 Mac 2016 bahawa suatu taklimat semula akan dilakukan kepada Majlis Raja-Raja sedangkan RUU telah diiktiraf mendapat perkenan Diraja pada 18 Februari 2016?

Tarikh 18 Februari 2016 yang disahkan sebagai tarikh perkenan Diraja mengikut Fasal 4A Perkara 66 adalah sehari selepas Majlis Raja-Raja meminta RUU diperhalusi.

Sewajarnya RUU MKN 2015 diperhalusi semula, dibawa pindaan ke Parlimen untuk dibahaskan dan kemudiannya disembah taklimatkan semula kepada Majlis Raja-Raja sebelum diwartakan tetapi sebaliknya berlaku. Kerajaan terus mewartakan tanpa pindaan malah tanpa taklimat dan perkenan Majlis Raja-Raja.

Lihatlah bagaimana Umno yang kononnya mempertahankan Melayu dan Raja-Raja Melayu memperlakukan tindakan derhaka ini kepada bangsa dan Raja-Raja.

Ya ianya dibenarkan oleh Perlembagaan yang mereka pinda menghapuskan sediikit kuasa Raja-Raja, dan sekarang mereka terus melakukan penderhakaan. Umno cukup angkuh. Angkuh sehingga menderhaka kepada Majlis Raja-Raja.

Adakah ini juga salah DAP??

BERANI BERUBAH - TERUS BERUBAH

ZULHAZMI SHARIFF
Ahli Biasa DAP
Cawangan Taman Tun Dr Ismail Kuala Lumpur.
09 JUN 2016
4 Ramadhan 1437

Amanah tanya Pas, nak bertanding atau nak gelar-menggelar?

Datuk Dr Mujahid Yusuf RawaParti Amanah Negara (Amanah) mempersoal keseriusan Pas bertanding pada dua Pilihan Raya Kecil (PRK) ini memandangkan pemimpin parti itu dilihat lebih berminat menggunakan medan kempen untuk mengejek Amanah.

"Betul ke Pas nak selamatkan negara. Atau hanya duk kutuk orang, panggil orang Pan?

"Jadi juri Pencetus Ummah, (tapi) panggil orang Mat Sabun. Kata ustaz padahal bukan ustaz pun," kata Naib Presiden Amanah Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa.

Bercakap pada ceramah kelompok di Senggang, Kuala Kangsar malam tadi, beliau yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar berkata Amanah tidak berminat dan tidak mahu melayan sikap Pas yang disifatkannya sebagai "kebudak-budakan".

Sebaliknya kata Mujahid, Amanah mahu mengambil peluang pilihan raya kecil ini untuk melawan rasuah, sikap tidak amanah dan pentadbiran tiris oleh kerajaan BN.

"PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar adalah untuk menolak BN dan siapa sahaja yang bersekongkol dengannya atau yang diam dengan kebejatan yang dilakukan.

"Ini adalah pilihan raya untuk nak selamatkan negara. Kita kena tanya parti mana yang betul-betul nak selamatkan negara," katanya.

Beliau dipercayai merujuk kepada insiden seorang pendakwah Pas yang didakwa memanggil Presiden Amanah dengan "Mat Sabun" ketika berucap kepada penyokong parti itu pada hari penamaan calon Ahad lalu.

 Sementara itu, mengulas calon Pakatan Harapan bagi PRK Kuala Kangsar, Mujahid berkata Dr Ahmad Termizi Ramli adalah calon Melayu terbaik yang dikemukakan Amanah untuk masyarakat di sini.

"Apa Amanah ni tidak Melayu ke? Kita tak bawak keris, tak bersilat, tak pakai tanjak, tak potong pulut kuning dengan keris panjang, kita bukan Melayu ke?

"Calon kita ini belajar di universiti dan pakar nuklear fizik. Bukan calang-calang orang," katanya.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...