TERKINI :

Wednesday, June 8, 2016

Genap 2 bulan laporan PAC keatas 1MDB.. apakah kesudahannya?

SUDAH DUA (2) BULAN APA STATUSNYA??

Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berkaitan Kawalan Pengurusan Tadbir Urus 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah dibentangkan di Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia pada 7 April 2016 dan juga telah dimuatnaik di laman sesawang Parlimen sehingga hari ini.

Hari ini 8 Jun 2016 maka genaplah dua (2) bulan Laporan tersebut dikemukakan kepada umum. PAC dalam laporannya mencadangkan beberapa tindakan diambil samada oleh Kerajaan, Kementerian Kewangan mahu pun pihak Polis.

Laporan tersebut telah mendedahkan beberapa salah urus dana negara oleh pihak-pihak tertentu tetapi sehingga hari ini kita masih tidak mengetahui apakah statusnya. Adakah siasatan sedang dan masih berjalan? Adakah pihak-pihak terlibat yang dinamakan di dalam Laporan tersebut telah dicari, dipanggil dan disiasat?

Laporan tersebut cukup mudah untuk dibaca dan difahami. Tidak memerlukan kepakaran khusus untuk memahami kandungan laporan tersebut. Pihak Polis dan pihak-pihak berkuasa lain yang berkaitan rasanya tidaklah dungu sangat untuk memahami laporan tersebut dan mengambil tindakan.

Persoalannya ialah kenapa seperti tiada tindakan dan berapa lama masa yang diperlukan untuk melengkapkan siasatan??

Zulhami Shariff
BERANI BERUBAH

Aznan - Saya Tujukan Coretan Ini Khas Buat Ustaz Abdullah Khairi

Assalamualaikum Ustaz...

Masihkah ustaz ingat BALAI ISLAM BUKIT RAMBAI? Kami pernah menjemput Ustaz untuk memberi ceramah di tempat kami sekitar Mei, 2014. Sahabat saya Faiz K Jnr adalah orang yang menjemput Ustaz di airport.

Malam sebelum ceramah kami semangat bergotong-royong untuk memastikan BALAI ISLAM BUKIT RAMBAI bersedia untuk menyambut kedatangan ustaz. Sebelum sesi ceramah, kami jamu Ustaz dan anak ustaz dengan Masak Asam dan Kari Kambing. Berselera sungguh kita menjamu selera malam itu.

Sambil makan, ustaz membuka cerita tentang betapa bebas dan senangnya berceramah di negeri Pulau Pinang kerana kerajaan negeri tidak menyekat ceramah-ceramah agama di sana.

Untuk pengetahuan Ustaz, majoriti AJK dan penggerak BALAI ISLAM BUKIT RAMBAI telah berhijrah ke Parti Amanah Negara (Amanah). Sekarang pengurusan Balai Islam Bukit Rambai telah diambil-alih oleh orang-orang dari parti ustaz, iaitu PAS.

Namun kenangan bersama Ustaz tidak kami lupakan, kami menghormati ustaz kerana ilmu dan kerja-kerja dakwah ustaz selama ini. Malah penghijrahan kami dari PAS ke Amanah juga atas dasar ilmu dan prinsip perjuangan.

Kami percaya parti itu hanya alat untuk perjuangan Islam, dan kami rasakan PAS bukan lagi alat yang sesuai untuk tujuan itu. Walau bagaimanapun, kami tetap menjaga adab dan akhlak kami dalam menghadapi perbezaan ini.

Ucapan ustaz yang memperlekehkan pimpinan kami dengan panggilan menghina secara tidak langsung menghapuskan rasa hormat kami pada Ustaz dan menjatuhkan maruah ustaz sendiri.

Sebagai pendakwah yang terkenal, seharusnya Ustaz memberi contoh yang baik pada masyarakat dalam menghadapi perbezaan politik selaras dengan slogan ‘Politik Matang dan Sejahtera’ yang diwar-warkan parti Ustaz.

Ustaz sepatutnya menegur perlakuan Presiden, Ketua Pemuda dan pimpinan-pimpinan PAS yang sering menggunakan pendekatan melabel dan memperkecilkan orang lain dalam berpolitik, sebaliknya Ustaz pula yang bertindak sedemikian.

Belajarlah dari pimpinan-pimpinan Amanah yang tidak mengeluarkan kata-kata kesat dan menghina, berhikmahlah dalam menguruskan perbezaan dan berfikirlah sebelum mengeluarkan kata-kata. Sesungguhnya tanggunjawab sebagai seorang pendakwah itu besar di sisi Allah.

Saya bukan Ustaz, tapi saya tahu menilai yang mana buruk dan yang mana baik.

Nukilan Oleh
Aznan Hamat

Adakah NAJIB sedang "menganjing" musuh-musuk politik beliau? | Undilah AMANAH

Najib: Perlu banyak latihan jika nak tewaskan saya

SHAH ALAM – “Perlu banyak latihan lagilah kalau nak (mahu) tewaskan saya,” demikian ujar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, memetik daripada akaun rasmi Facebooknya.

Beliau berkata demikian usai berlawan catur bersama anak-anak saudaranya selepas mengadakan solat terawih, semalam.

“Berbuka bersama keluarga semalam di rumah bonda Tun Rahah.

“Anak-anak saudara saya ajak lawan catur lepas tarawih, boleh tahan hebat juga walaupun umur mereka baru enam hingga tujuh tahun.

“Tapi perlu banyak latihan lagilah kalau nak (mahu) tewaskan saya,” selorohnya.

Muat naik posting tersebut telah mendapat 137 perkongsian dan 6.8 ribu likes hanya dalam masa 30 minit.

Rata-rata netizen memuji kehebatan Najib dalam permainan tersebut, selain turut mencabar perdana menteri keenam itu untuk berlawan catur dan permainan lain.

Guan Eng umum projek pembesaran sekolah agama bernilai RM15 juta

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini mengumumkan rancangan pembesaran Pusat Pendidikan Al- Itqan di Teluk Kumbar bernilai RM15 juta.

Lim berkata, projek yang melibatkan para pelajar sekolah rendah dan menengah itu adalah langkah yang tepat pada masanya, sejajar bulan suci Ramadhan.

Projek ini akan dijalankan menerusi kerjasama antara firma pemaju, Ideal Property Group dan kerajaan negeri Pulau Pinang.

"Kerajaan negeri akan membiayai projek itu dengan peruntukan sebanyak RM15 juta bagi membina bangunan baru yang akan menempatkan 20 bilik darjah, sebuah surau, bilik komputer dan rumah pelbagai guna," kata Lim yang juga setiausaha agung DAP.

"Oleh kerana kita telah mendapat pemaju untuk membina bilik darjah tambahan, sekolah tidak perlu lagi mencari arkitek, kontraktor atau memohon kepada majlis tempatan untuk kebenaran merancang," jelas Lim semasa sidang akhbar di Komtar, hari ini.

Pembesaran itu dijalankan di tanah seluas 2.98 ekar dengan empat blok bangunan akan dibina untuk menempatkan kira-kira 1,000 hingga 1,200 pelajar menjelang 2018.

Buat masa sekarang, bahagian sekolah rendah yang mempunyai 250 pelajar beroperasi dalam ruang yang disewa manakala bahagian sekolah menengah dengan 70 pelajar pula beroperasi di premis lain yang terletak lebih kurang 300 meter jauhnya.

Malang sungguh Malaysia bila yang tak cerdik mengurus negara & rakyat | Undilah AMANAH

MALANG.......

Malang sungguh Malaysia bila yang tak cerdik dibiarkan mencatur perjalanan negara dan rakyat.

Ahli Parlimen Langkawi dikhabarkan dan dilaporkan berkata bahawa "Gaji wakil rakyat bukan rakyat bayar tapi kerajaan bayar dan duit kerajaan bukan lah duit rakyat".

Alasannya mudah iaitu kerana rakyat sudah menyerahkan duit kepada /Kerajaan/Negara jadi duit itu sudah menjadi duit Kerajaan/Negara bukan lagi duit rakyat.

Malang sungguh kerana Ahli Parlimen Langkawi juga merupakan Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara atau dalam Bahasa Inggerisnya ialah Public Accounts Committee (PAC). Tidak kah Ahli Parlimen Langkawi tahu kenapa Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) itu ditubuhkan dan apakah maksud Wang Negara atau Public???

Lebih malang lagi beliau juga merupakan Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Berhad yang juga merupakan harta awam di bawah Khazanah Negara.

Kalau orang sebgini dibiarkan dan terus dibiarkan menjadi pencatur dan peneraju perjalanan negara dan khazanah negara, tunggulah masanya kita semua tidak akan mendapat apa-apa daripada apa yang kita usahakan untuk negara.

Negara ini seolah-olah mereka punya dan kita tiada apa-apa hak langsung kerana bukan kita yang menyumbang kepada negara sebaliknya duit kita adalah duit mereka.

BERANI BERUBAH - TERUS BERUBAH

Zulhazmi Shariff

Usul Hadi bukan usul hudud, tegas Azalina

PUTRAJAYA: Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 bukan usul hudud, tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Usul yang dibawa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu sekadar untuk meningkatkan hukuman Mahkamah Syariah, katanya.

Bercakap kepada pemberita seusai menandatangani perjanjian persefahaman program latihan patriotisme untuk para guru antara Kementerian Pendidikan dan Biro Tata Negara (BTN), Azalina menyeru semua pihak semua menghentikan spekulasi sekitar usul kontroversi itu.

“Sudah banyak yang diperkatakan mengenai usul itu. Saya fikir kita perlu tunggu hingga Oktober.”

Usul yang dibentang di Parlimen bulan lalu pada mulanya disenaraikan sebagai perkara terakhir dalam Aturan Mesyuarat Dewan Rakyat, dan disangkakan tidak akan dibentangkan dalam sesi kali ini.

Bagaimanapun, usul itu didahulukan selepas Azalina mencadangkan supaya ia dibentangkan pada hari terakhir sesi Parlimen di bulan Mei.

Namun selepas pembentangan usul itu, Hadi meminta Parlimen supaya menangguhkan perbahasan usul itu ke sesi Parlimen bulan Oktober.

Ketika ditanya samada beliau percaya PAS akan menggunakan usul itu untuk meraih undi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Azalina menjawab: “Saya pun tak tahu apa yang akan berlaku 10 minit selepas ini.”

Kita tak cukup duit buat billboard sendiri – AMANAH

SUNGAI BESAR: AMANAH hari ini menafikan terbabit dalam pemasangan papan iklan gergasi berbentuk provokasi yang tertera logo parti itu di kawasan Parlimen Sungai Besar.

Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Abdul Samad menegaskan parti itu masih baru dan tidak mempunyai wang untuk membuat papan iklan gergasi itu.

“Kami tidak cukup duit untuk (buat) billboard sendiri, bendera pun jauh lebih (sedikit) sebab kami parti baru bendera-bendera pun baru.

“PAS boleh kitar semula bendera lima tahun lepas. Kami tidak ada wang untuk perkara seperti ini dan isu ini sepatutnya dilaporkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” katanya dalam sidang media hari ini.

Beliau mendakwa papan iklan provokasi itu mungkin dilakukan UMNO sendiri sebagai tindakan ‘reverse psychology’.

“Ia mungkin ‘reverse psychology’ yang UMNO lakukan sendiri dan sudah tentu pemberita akan bertanyakan AMANAH.

“Kami tidak tahu, itu tidak ada kena-mengena dengan kami. Mungkin Unit Cawangan Khas (SB), PERKASA pasang, tetapi saya sendiri tidak tahu,” katanya.

Salah satu papan iklan gergasi itu tertera kenyataan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos yang mendakwa ‘Panggil Cina babi tidak salah’ manakala satu lagi berkaitan skandal 1MDB yang tertera “BN PAS sehati sejiwa, rasis rasuah sama sekali”.

Di sudut bawah sebelah kanan kedua-dua papan iklan gergasi itu tertera logo AMANAH.

PERKASA senyum PAS tirunya, tak pasti keris siapa lebih panjang | Undilah AMANAH

Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali tersenyum dengan tindakan PAS yang kini mencari identiti baru dengan meniru kumpulan pendesak Melayu itu dalam menggayakan pakaian pahlawan Melayu pada Muktamar ke-62nya minggu lalu.

Ibrahim berkata sekiranya PAS memakai pakaian Melayu biasa mereka mungkin dilihat sama dengan PERKASA oleh itu PAS bertindak memakai baju pahlawan Melayu.

“Ada orang kata PAS tiru PERKASA, itu mungkin dan saya tak nafikannya.

“Kalau PAS pakai baju Melayu biasa orang tuduh dia dengan PERKASA, kalau dia bawa keris pendek orang cakap dia tiru PERKASA oleh itu dia pakai lebih lagi (seperti pahlawan),” katanya sambil ketawa.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di ibu pejabat PERKASA di Kuala Lumpur hari ini.

Muktamar PAS di Kelantan minggu lalu menyaksikan kelainan apabila pemimpin kanannya tampil dengan pakaian seperti pahlawan Melayu.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut mencuri perhatian apabila menjulang keris replika gergasi, berukuran sekurang-kurangnya dua meter panjang.

Ketika merasmikan Muktamar ke-62 parti Islam itu di Kota Bharu, Hadi menggunakan keris gergasi itu untuk memotong kek pulut berwarna hijau dan putih yang menyerupai warna bendera parti itu.

Sebelum itu, keris tersebut diarak masuk ke dalam dewan oleh seorang lelaki berpakaian silat berwarna hitam.

Ini muktamar pertama PAS selepas meninggalkan gabungan dengan PKR dan DAP dan membentuk blok baru dengan parti kecil Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN).

Mengulas lanjut mengenai tindakan PAS itu, PERKASA berkata parti Islam itu kini sedang mencari identiti diri.

Bekas MP Pasir Mas itu berkata, selepas PAS menyertai Pakatan Rakyat dan bersama-sama dengan DAP mereka semakin kehilangan identiti diri.

“Bila PAS dalam Pakatan Rakyat Pas hilang identiti diri kerana PAS dan DAP dekat.

“Jadi bila PAS berpisah dengan DAP, PAS nak balik kepercayaan dari orang Melayu Islam dan mereka sekarang memperjuangkan Islam untuk orang Melayu.

“Untuk yakinkan mereka, PAS kena berpakaian pahlawan Melayu, bawa keris. Saya tak pasti keris siapa yang panjang, PAS atau PERKASA sebab keris PERKASA pun panjang,” katanya dengan terus ketawa.

PKR - Tegurlah NAJIB sama wahai Datuk Seri Abdul Hadi | Undilah Amanah

PKR hari ini mencabar Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegur Datuk Seri Najib Razak berhubung penggunaan jet mewah isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Cabaran itu dikemukakan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli yang mahu melihat sama ada Pas akan mengotakan apa yang dilaungkan parti itu, kononnya bersedia menjadi "penasihat" kepada Umno BN.

"Saya harap kita dapat juga dengar maklum balas daripada Datuk Seri Hadi Awang sendiri.

"Saya mahu mendengar sama ada beliau akan menegur sendiri perdana menteri supaya menasihati isteri perdana menteri agar berhenti berbelanja dan bermewah seperti ini," katanya pada sidang media di Pejabat Amanah Kuala Kangsar hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, ketidaksediaan Hadi menegur Najib hanya akan menjelaskan pendirian Pas kepada pengundi bahawa parti itu tidak berminat menegur BN dan tidak mahu mengangkat isu kepentingan rakyat.

Klik pautan di bawah untuk berita selanjutnya ----->>>> sumber

Kami bersama Mat Sabu kerana dia terus menjadi ikon rakyat untuk menumpaskan Umno.

Mat Sabu pernah kena pukul, kena buang daerah, kena fitnah, kena penjara dan kena tembak dengan gas pemedih mata. Semua itu lebih perit berbanding dipanggil Mat Sabun. Ramai lagi pemimpin Amanah yang senasib dengan dia.

Kalau dia nak rasa kecewa, apa yang dialaminya sudah cukup untuk mengecewakannya. Kalau dia nak berehat, boleh saja dia memilih jalan itu kerana dia sudah punya kehidupan berkeluarga yang memadai dan selesa.

Kalau dia gila jawatan, dia sudah pernah menakah tangga pemimpin nombor dua dalam parti Islam. Kalau dia gila glamor, dia tidak perlu bersusah-payah bersama Amanah kerana majoriti masyarakat Malaysia kenal Mat Sabu.

Memulakan sebuah pergerakan rakyat yang baru seperti Amanah bukan mudah. Semuanya bermula dengan zero. Namun, beliau menyahut seruan rakyat untuk mengetuai sebuah pergerakan baru yang memenuhi aspirasi mereka setelah kegagalan PR.

Rakyat yang mahukan beliau memimpin gerakan ini. Buktinya? Ya, kalau rakyat tidak mahukannya, elok biarkan dia diisytihar bangkrap selepas didenda RM200,000. Tapi, rakyat mengambil tanggungjawab melepaskannya daripada belitan itu.

Orang boleh membenci, menghina, menggelar buruk, mempersenda, memperlekeh atau apa sahaja, tetapi itulah Mat Sabu. Dia tetap berada dalam hati dan pemikiran rakyat yang mahu melihat gerakan rakyat sentiasa gagah untuk menumpaskan regim korup Umno/BN.

Mat Sabu, seperti orang lain juga, dia berbuat silap. Jika ulama berbuat silap, tentulah orang biasa sepertinya turut berbuat silap. Namun, kesilapannya tidak menjadikan rakyat mengabaikan perjuangan yang dibawanya. Mereka bersama dengan Mat Sabu, seorang manusia biasa yang bukan malaikat dan bukan nabi. Rakyat tidak menganggap Mat Sabu lebih daripada seorang manusia.

Tidak ada apa yang diharap daripada orang seperti Mat Sabu kecuali dia terus menjadi ikon rakyat untuk menumpaskan Umno. Bersama-samanya berbaris nama-nama besar lain; Anwar Ibrahim, Wan Azizah, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan ribuan anak muda dan wanita yang berpadu hati menentang Umno / BN.

Fokus kami bersama Mat Sabu ialah lawan Umno sebab rasuah, lawan Pas sebab bersekongkol dengan perasuah.

Panas | Inilah punca kenapa kem Umno BN bergolak di Kuala Kangsar

Pencalonan Mastura jaga kepentingan kem Wan Khair-il..

PETALING JAYA: UMNO Kuala Kangsar sentiasa terbahagi kepada dua kem – kem bekas ahli Parlimen, Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Wan Ahmad dan kem bekas Ketua UMNO Bahagian, Datuk Ramly Zahari, menurut seorang veteran parti.

Veteran UMNO Perak yang tidak mahu dinamakan memberitahu FMT bahawa persaingan antara dua kem itu menjadi pencorak latar politik tempatan, dan pemilihan Datin Mastura Mohd Yazid merupakan kesinambungan kepada persaingan itu.

Selepas tragedi yang menimpa Wan Mohammad Khair-il, dakwanya, kem lawan melihat ada peluang untuk kembali menguasai UMNO Kuala Kangsar, maka tindakan perlu diambil untuk mengekalkan status quo.

“Saya fikir pencalonan bekas isteri Allahyarham, Datin Mastura Mohd Yazid juga bertujuan untuk menjaga kepentingan dan mengekalkan kem arwah.

“Ini pasti mengundang rasa tidak puas hati penyokong Ramly,” dakwanya.

Ceritanya lagi, kedua-dua kem saling bersaing sebelum ini, antaranya ketika pemilihan UMNO pada 2013 apabila Wan Khair-il mencabar Ramly bagi kedudukan Ketua UMNO Bahagian, serta persaingan mereka untuk dicalonkan pada Pilihan Raya Umum pada tahun yang sama.

Kedua-duanya dimenangi Wan Mohammad Khair-il.

Maka, veteran ini memberitahu FMT, UMNO sepatutnya memilih calon yang tidak berpihak kepada mana-mana kem bagi mengelakkan sebarang unsur sabotaj.

“Selama lima penggal Tan Sri Rafidah Aziz menjadi ahli Parlimen di sana. Beliau tidak terlalu terlibat dalam UMNO Bahagian dan tidak berkaitan dengan mana-mana kem,” katanya yang kini tidak lagi aktif dalam parti itu.

Dalam wawancara bersama FMT sebelum ini, bekas Naib Ketua Wanita UMNO Datuk Kamilia Ibrahim turut mempersoalkan perkara sama dengan menyifatkan pencalonan Mastura bakal menguji kesetiaan ahli UMNO nanti.

Penganalisis politik, Prof Datuk Dr Ramlah Adam pula tidak terkejut sekiranya sabotaj berlaku, namun yakin UMNO akan dapat mengatasi masalah itu.

Beliau juga melihat pemilihan Mastura bukan disebabkan kedudukannya sebagai isteri arwah semata-mata, tetapi juga kerana latar belakang pendidikan yang baik serta rapat dengan penduduk tempatan.

“Itu adatlah, apatah lagi banyak perkara yang berlaku sekarang, terutama dengan Tun M (Mahathir Mohamad) yang menentang UMNO. Tetapi saya fikir isu Tun M sudah berlarutan dan menjadi terlalu peribadi,” katanya ketika dihubungi.

Ketika ditanya berhubung kaedah UMNO untuk mengatasi sabotaj, tokoh veteran UMNO itu berkata parti itu memiliki jentera yang cekap selain tidak bergantung terhadap UMNO Bahagian semata-mata.

“Ketika saya terlibat menguruskan jentera UMNO Perak dulu, kita memang bagus dan sangat tersusun. Selain itu UMNO Bahagian lain dan peringkat negeri pasti akan turun membantu kempen.

“Dan jangan lupa UMNO sudah biasa berhadapan dengan pihak yang tidak berpuas hati ini dengan cara rundingan dan menawarkan habuan tertentu,” katanya lagi.

"Kita kuat dengan Pakatan Harapan, sebab kita tidak akan kuat jika sorang-sorang.." - Mat Sabu

KUALA KANGSAR - "Itu tidak betul, cakap-cakap orang itu, semua orang boleh cakap, BN hilang deposit itu pun kita boleh cakap."

Demikian penegasan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu ketika diminta mengulas mengenai dakwaan bahawa parti Amanah akan dibubarkan sekiranya calon mereka hilang wang deposit dalam pertandingan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Ujarnya, beliau tidak mahu melayan 'cakap-cakap orang' sebaliknya ingin terus berkempen bagi memastikan Amanah menang dalam PRK kali ini.

"Saya tidak sebut pasal kalah...kami yakin kami akan menang," katanya kepada media selepas memberi ceramah di Sayong Lembah semalam.

Dalam pada itu, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, Amanah akan mendapat tonik terbaik daripada rakan sekutunya dalam Pakatan Harapan (DAP,PKR) pada PRK kali ini.

"Kita kuat dengan Pakatan Harapan, sebab kita tidak akan kuat jika sorang-sorang," katanya.

‎Parti Amanah mempertaruhkan calonnya di dua-dua PRK iaitu bagi PRK Kuala Kangsar mereka mempertaruhkan Prof Dr Ahmad Termizi Ramli sementara di PRK Sungai Besar mereka mempertaruhkan Azhar Ab Shukor.

Pengundian PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar diadakan pada 18‎ Jun ini.

Mahathir dakwa penyokong Najib pengkhianat

SHAH ALAM - Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa penyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bertindak memperlekehkan Deklarasi Rakyat dengan tuduhan kononnya deklarasi itu banyak penipuan.

Menurutnya, keraguan itu dibangkitkan supaya polis merampas dokumen tandatangan rakyat yang berusaha merayu kepada Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu supaya menyelamatkan negara.

“Mereka desak polis agar merampas borang deklarasi yang berada dengan sekretariat.

“Dengan harapan supaya polis dapat mengenal pasti individu yang tandatangan deklarasi tersebut dan akan dapat mengugut mereka,” katanya dalam entri terbaharu blognya dengan tajuk Kebebasan Bersuara.

Bekas perdana menteri itu mendakwa wujud ancaman terhadap mereka yang  menandatangani deklarasi berkenaan, termasuk bakal kehilangan bantuan BR1M, biasiswa untuk  anak-anak, peluang perniagaan dan kemudahan lain.

“Sebenarnya memang ramai yang tidak sanggup tandatangan deklarasi kerana rejim Najib akan ugut dan ganggu mereka.

“Jika tidak ada gangguan dan ugutan ini pastinya lebih ramai rakyat yang akan tandatangani Deklarasi Rakyat. Sebenarnya berjuta rakyat bersetuju supaya Najib berhenti daripada menjadi perdana menteri tetapi mereka takut dengan tindakan yang bakal dikenakan rejim Najib,” katanya. SH

Kem BN di Kuala Kangsar goyah, Ahli Umno sedang boikot kempen diatas ketidakpuasan pilihan calon

Zahid: Sampai bila nak sakit hati, wahai ahli Umno
Shakira Buang

Ahli akar umbi Umno-BN dinasihatkan menerima ketentuan Tuhan dan tidak menyimpan rasa sakit hati terlalu lama berikutan pemilihan Mastura Mohd Yazid sebagai calon parti itu bagi pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar 18 Jun ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini kerana semua yang terjadi adalah dengan ketentuan Allah Taala.

“Saya tidak nampak ada faktor luar yang mampu menggugat kejituan sokongan terhadap Mastura. Kalau ada pun (kecil hati) sikit-sikit sesama kita, rasa patut dapat tapi tak dapat (jadi calon).

“Sesuatu rezeki itu nak jadi kepada orang, orang punya jangan dakwa-dakwi, Allah dah tentukan.

“Zaman kita, zaman kitalah tetapi kalau zaman kita sudah berlalu dan bila orang lain dapat kita sokonglah,” tegas Zahid ketika berucap dalam majlis ramah mesra bersama masyarakat Ulu Kenas, Kuala Kangsar, hari ini.

Kata Zahid, jika perkara yang sama terjadi kepada dirinya sekali pun, sudah pasti beliau akan redha dengan ketentuan Tuhan itu.

“Saya tak sentuhlah sama ada masa hidup atau mati tetapi dalam keadaan sekarang ini yang saya nak sebutkan siapa atau jika saya sekali pun jika ditakdir (mati), saya tidak akan menongkat langit. Saya redhakanlah siapa pun yang akan menggantikan saya, kalau itu yang ditentukan Allah Taala,” kata Zahid.

Malah, Zahid yang juga naib presiden Umno berkata, meskipun ada ahli parti yang tidak menyokong Mastura, janganlah mensia-siakan hak mereka sebagai pengundi pada PRK akan datang.

“Kalau saya tak sokong sekali pun, saya akan duduk senyap dan biarkan dalam hati saja tapi bila masa mengundi nanti kita pangkahlah sebab orang itu dulu pangkah kita sebagai calon di kawasan ini. Itu cara
yang betul,’ tegas Zahid.

Menurut anggota parlimen Bagan Datoh itu lagi, kalau hendak layan sakit hati sampai bila pun tak akan kemana.

“Kalau nak layan sakit hati ini sampai bila nak sakit hati? Sampai meninggal? Itu sebabnya muka yang cerah itu sebab adanya ‘Nur’ (cahaya) bukan kerana dia sembahyang tonggang tonggek tetapi sebab dia
ikhlas dan Allah Taala pancarkan cahaya.

“Apa yang saya ingin sebutkan disini adalah kita mesti ada kesepaduan dan penyatuan tindakan. Calon ada atau tidak tak penting, apa yang penting adalah dia (Mastura) adalah calon kita. Kitalah yang bertanggungjawab sepenuhnya menentukan kemenangan calon kita di Kuala Kangsar atas kerja keras segala jentera yang ada,” kata Zahid.

Tambah Zahid, menteri besar datang dan pergi begitu juga dengan timbalan perdana menteri namun pemimpin sedia ada disini sepatutnya harus menggunakan kesempatan yang ada untuk mengekalkan kerusi parlimen mereka.

“Memang kami anak tempatan tapi duduk di luar Kuala Kangsar jadi kalau kami muncul di sini tiap-tiap hari orang Kuala kangsar keluarlah tiap-tiap jam.

“Nak menyorok-nyorok di belakang kenapa? Yang sakit hati nak dilayan ini kenapa? Ingat, kalau allah tak balas pada kita dia akan balas pada anak-anak kita ketika kita tidak ada,” ujar Zahid.

2 soalan untuk calon-calon Sungai Besar, K Kangsar

Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0

Ekoran tragedi helikopter terhempas, dua kerusi Parlimen iaitu Sungai Besar dan Kuala Kangsar mengalami kekosongan.

BERSIH 2.0 ingin sekali lagi melahirkan rasa simpati dan sokongan kepada keluarga serta rakan-rakan yang telah kehilangan orang tersayang dalam tragedi ini. Sementara kita berbincang mengenai pilihan raya kecil (PRK), kita tidak melupakan mereka yang telah kehilangan orang tersayang.

BERSIH mengakui pertembungan pelbagai penjuru di Sungai Besar dan Kuala Kangsar adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Malah, pertembungan pelbagai penjuru boleh menjadi suatu realiti yang mungkin terpaksa dihadapi dalam pilihan raya umum (PRU) 14 dan seterusnya.

Pada masa yang sama, BERSIH ingin menzahirkan kebimbangan mengenai keadaan semasa yang menyaksikan negara berdepan dengan skandal-skandal yang membelenggu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sehingga memperlihatkan banyak keputusan dibuat demi kepentingan peribadi dan bukan lagi kepentingan negara.

Najib menolak semua kemungkinan berhubung kebenaran dalam skandal 1MDB dan penjenayah yang sepatutnya dibawa ke muka pengadilan menerusi beberapa tindakan politik caturannya.

Kami percaya kedua-dua PRK perlu menghantar satu mesej yang jelas bahawa penyalah gunaan kuasa secara meluas, kemusnahan institusi negara dan kecurian wang rakyat harus dihentikan. Semua rakyat Malaysia kini membayar harga yang besar bagi skandal 1MDB bernilai RM42 bilion.

Dalam PRK kali ini, sebagai rakyat Malaysia, kami mempunyai dua soalan mudah untuk ditanyakan kepada calon-calon Barisan Nasional, AMANAH, PAS dan calon bebas di setiap kawasan. Ini dapat membantu para pengundi untuk membuat keputusan dalam memilih calon terbaik bagi mewakili kepentingan dan kesejahteraan mereka. Kedua-dua soalan adalah seperti berikut:

Soalan 1

Jika anda menjadi Ahli Parlimen, apakah anda akan menyokong penyingkiran Najib selaku perdana menteri dan 10 pembaharuan institusi yang dituntut oleh Bersih 2.0?

Soalan 2

Jika anda menjadi Ahli Parlimen, adakah anda akan menyokong pembaharuan untuk memastikan pilihan raya yang bersih dan adil, termasuk perakaunan kewangan telus oleh calon-calon?

Shafie Apdal nafi buat pusingan U menyokong Najib

Shafie Apdal nafi buat pusingan U, berjuang demi rakyat

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menjadi perhatian banyak pihak selepas menghantar gambar dirinya bersama anggota kempen BN semasa pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar di Facebook.

Ia mencetuskan spekulasi sama ada beliau telah meninggalkan kumpulan yang memberontak terhadap Umno yang telah berikrar untuk menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Pada Julai yang lalu, Shafie bersama-sama Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dilucutkan jawatan mereka dalam kabinet kerana mengkritik Najib atas skandal 1MDB dan berbilion wang dalam akaun bank peribadinya.

Dalam gambar itu, para anggota kempen BN yang terkejut dengan kehadiran Shafie dilihat berjabat tangan dan memeluk beliau.

Gambar-gambar tersebut muncul susulan rancangan oleh para 'pemberontak' Umno yang diketuai oleh bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk berkempen menentang BN di pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Mereka yang menentang BN menyifatkan dua pilihan raya kecil itu sebagai referendum kepada kepimpinan Najib selaku perdana menteri.

Dalam laman Facebook, Shafie sempat menafikan bahawa beliau telah membuat pusingan U sambil menekankan bahawa beliau sentiasa setia dengan Umno.

"Saya masih ahli Umno, masih naib presiden Umno. Isu membuat pusingan U atau isu kesetiaan saya kepada parti tidak timbul sama sekali.

"Selagi saya masih hidup , saya akan terus berjuang untuk rakyat, bukan untuk mana-mana individu. Saya suka parti saya , tetapi saya juga suka negara saya lebih daripada segala-galanya, " katanya.

PAS kini macam janda yang miang....

Oleh Greenboc

Sekarang para pemimpin PAS senang-senang membuat fitnah terhadap AMANAH seperti kenyataan Mustafa Ali di atas. 

Katanya: “AMANAH ini tajaan DAP. Kalau sokong AMANAH, samalah macam sokong DAP,” 

Tapi PAS tidak dapat membuktikan lansung AMANAH itu ditaja DAP. Yang ada cuma spekulasi, tohmahan dan fitnah. 

AMANAH lahir untuk meneruskan tahaluf siyasi dengan rakan-rakan di dalam Pakatan Rayat yang umum mengetahui PAS sebagai parti yang telah mengkhianati rakyat. 

Dan kini PAS macam janda yang miang. Terpaksa mempertautkan diri dengan UMNO untuk mendapat sokongan rakyat. Terhegeh-hegeh tak tahu malu menjilat ludah mereka sendiri. Sampai tersasul-sasul buat keris panjang dua depa untuk tunjukkan kononnya PAS juga pejuang Melayu. 

Sumber





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...