TERKINI :

Monday, June 6, 2016

Loceng PRK dimulakan dengan 2 lawan 1 : BN + PAS Vs PH

Kenyataan Media.

*PRK SG BESAR DAN K.KANGSAR: LOCENG PERTANDINGAN DENGAN PERMULAAN DUA LAWAN SATU?*.

1.PRK Sg Besar dan K.Kangsar bermula dengan rasminya semalam selepas pengistiharan yang dibuat oleh SPR pada penamaan calon.PRK ini berlaku dalam bulan Ramadzan seperti mana yang pernah berlaku di PRK Lunas satu ketika dulu.Cuma kempen PRK kali ini berlaku sepenuh dalam bulan Puasa.

2.Walaupun PRK ini menyaksikan pertandingan 3 penjuru di Sg Besar dan 4 penjuru di K Kangsar,namun perhatian diberikan pada calon yang mewakili parti.Satu yang unik dan kelainan pada pilihanraya kali ini walaupun pertandingan ini 3 penjuru tetapi diperingkat awal sebelum dan selepas penamaan calon pada hari ini 6 Jun 2016 corak kempen dari kenyataan terbuka memperlihatkan macam *pertandingan 2 lawan 1*.

3.Pertandingan *2 lawan 1* ini menyaksikan blok ke3 pembangkang PAS dan Ikatan serta blok kerajaan Umno BN menghala serangan kepada PH yang diwakili Amanah.Apakah ini *satu kebetulan* atau *satu perancangan strategik* dari BN dan blok ke 3 pembangkang untuk* melemahkan lawan mereka yang sama iaitu PH yang diwakili oleh Amanah.Pas parti saya sudah istihar *undi Amanah sama macam undi Dap*.Sama seperti sebelum ini Umno BN menakutkan melayu dengan slogan undi Pas sama macam undi Dap.Nampaknya banyak perkara yang Pas parti saya dah belajar dari Umno Bn untuk menarik sokongan pengundi melayu.

4.Kini Pas parti saya mengguna strategi Umno untuk menakutkan Melayu khususnya ahli Pas yang dibimbangi mengundi Amanah khususnya di Kuala Kangsar kerana calon Amanah adalah abang kepada ketua Pemuda Pas Kuala Kangsar Mohd Dzoriff Ramli.Keluarga mereka sangat besar dan majoratinya adalah Pas.PRK kali ini juga menyaksikan Umno BN juga menyerang Amanah dikaikan Amanah sebagai alat Dap.

PRK DAH MACAM GELANGANG GUSTI (WRESTLING)

5.Nampaknya parti saya Pas macam sudah istihar yang parti Amanah sebagai musuhnya dalam PRK ini dan tidak pulak akan menyerang Umno Bn seperti yang dinyatakan oleh pimpinan Pas sebelum ini.Begitu juga Umno Bn mengistihar Amanah musuh mereka dan tidak Pas.Sesekali dilihat dari serangan Umno dan Pas nampak macam parti Amanah begitu hebat dan kuat kerana ditakuti oleh Pas dan Bn.Saya percaya pemerhati dan penganalisis politik Malaysia sedang melihat dalam kepeningan dengan perkembangan politik baru dari PRK ini.

6.Bagi saya pertandingan 2 lawan 1 di PRK kali ini tak ubah *macam pertandingan Gusti (Wrestling)* dimana 3 orang sekali lawan dalam satu pertandingan atas satu pentas gelanggang.Lalu 2 orang akan cari jalan untuk lemahkan yang seorang.Bila seorang itu lemah dan berjaya dikeluarkan dari gelanggang  baru yang 2 lagi akan berlawan dan bergantunglah kepada kekuatan,kehandalan dan kebijaksanaan menipu.

7.Apakah hujung PRK ini akan terjadi macam atas gelanggang Gusti atau hanya *pertandingan persahabatan* dan merancang *1 untuk kau 1 untuk aku?*.Politik matang serba mungkin boleh berlaku.Rakyat sedang memerhati mainan politik pemimpin politik walaupun pemimpin politik akan menafikan tetapi rakyat hari ini sangat tajam dan jauh pandangan politik mereka.Maafkan saya atas kenyataan ini yang mungkin memperlihatkan perjalanan yang sukar bagi Amanah pada PRK ini.Tapi semuanya serba mungkin dan ketentuan Allah yang muktamad.
Ya Allah Selamatkanlah negara Ku Malaysia.

#SelamatkanMalaysia
#UndurNajib
#TolakCalonNajib
#SalamRamadhanKareem

Dato'Hj Mahfuz Hj Omar
Ahli Parlimen Pokok Sena
6 Jun 2016/1 Ramadzan 1437H.
3 pm Taman Alwalid
Alor Setar Kedah.

MB Kedah dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang

Isnin, 6 Jun 2016 - 4:06PM
Oleh Adha Ghazali
adha@bh.com.my

ALOR SETAR: Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, yang mengalami komplikasi usus dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) sebentar tadi untuk proses pemantauan berterusan.

Perkara itu dinyatakan oleh Setiausaha Politiknya, Datuk Shaiful Hazizy Zainal Abidin bahawa Menteri Besar dipindahkan ke HPP dari Unit Rawatan Rapi (ICU) Kedah Medical Center (KMC).

Beliau berkata, pihaknya difahamkan HPP mempunyai kelengkapan lebih terkini serta lengkap, selain membolehkan Menteri Besar dirawat pakar yang lebih khusus.

"Keadaan beliau (Ahmad Bashah) baik serta amat positif. Saya mohon pihak tertentu tidak buat sebarang spekulasi liar mengenai status kesihatan MB (Menteri Besar) dan media juga perlu menerima perkembangan daripada saluran rasmi pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pejabat Menteri Besar sahaja," katanya.

Sementara itu, sumber Pejabat Menteri Besar ketika dihubungi, berkata Ahmad Bashah dipindahkan dari KMC di sini, menggunakan ambulans jam 2.30 petang dan tiba di HPP kira-kira sejam kemudian.

"Pemindahan beliau (Ahmad Bashah) ke HPP adalah atas persetujuan keluarga dan Pejabat Menteri Besar untuk kemudahan dan rawatan yang lebih baik...keadaan MB (Menteri Besar) ok dan beliau juga sedar, malah beliau berjalan sendiri ke ambulans," katanya sekali gus menafikan khabar angin mengatakan Ahmad Bashah tidak sedar dan lemah.

Sabtu lalu, Ahmad Bashah dikejarkan ke KMC selepas mengadu tidak selesa ketika menghadiri mesyuarat di Hotel Grand Alora di Mergong, di sini, sebelum disahkan komplikasi usus.

Susulan itu, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Bakar Din, memaklumkan Ahmad Bashah akan berehat bagi suatu tempoh tertentu sehingga pulih, sebelum memulakan tugasnya semula.

Al Fatihah - Dr Aziz Hanafi telah kembali ke rahmatullah jam 1.45 ptg tadi..

Innalillah wainna ilaihi rijiun....Dr Aziz Hanafi telah kembali ke rahmatullah jam 1.45 ptg tadi... smoga allah merahmati beliau...

Al fatihah

Fikirlah banyak kali sebelum undi BN...Jangan lupa wajah 3 orang nie...

NAMA NAJIB JANGAN SESEKALI DILUPAKAN....

Mesej paling penting dalam pilihanraya kecil Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 18 Jun nanti ialah untuk menghantar mesej penolakan terhadap kepimpinan Najib Razak.

Kalahnya BN nanti dalam pilihanraya itu, walaupun mungkin tidak merubah apa-apa atau Najib boleh saja terus berdegil untuk kekal sebagai Perdana Menteri, tetapi sekurang-kurangnya harapan rakyat untuk melihat perubahan dalam PRU 14 semakin ternampak sinarnya.

Kemenangan BN pula pasti akan menambahkan lagi "kembangnya kepak" Najib untuk terus memimpin dan menghadapi pilihanraya umum akan datang dengan keyakinan yang semakin bertambah.

Oleh yang demikian, pilihan yang ada bagi Pakatan Harapan selain berusaha sedaya mungkin memastikan kekalahan BN ialah menjadikan Najib sebagai sasaran utama sepanjang kempen dan ceramah yang akan diadakan.

Pengundi Sungai Besar dan Kuala Kangsar harus disedarkan mengenai beban yang terpaksa mereka tanggung selagi Najib tidak berjaya diundurkan dan bagaimana banyak kemanfaatan dapat dijelmakan sekiranya ketiadaannya dapat dijadikan kenyataan.

Daripada kenaikan kos sara hidup, beban GST, peningkatan hutang negara, Perdana Menteri dan keluarga paling bermewah dan membazir, terpalit dengan skandal kewangan terbesar dunia, 1MDB yang ditubuhkannya sedang disiasat oleh sekurang-kurangnya 7 buah negara, duit beribu-ribu juta pernah ada dalam akaun peribadinya, didedahkan media terpalit dengan penggubahan wang haram dan sehinggalah kepada pandangan buruk antarabangsa terhadap Malaysia, semuanya adalah Najib puncanya.

Daripada enam Perdana Menteri yang kita ada setakat ini, Najib ternyata mencipta rekod paling buruk untuk negara.

Tugas menyedarkan pengundi itu tentulah menjadi tanggungjawab Pakatan Harapan yang meletakkan calon Amanah di kedua-dua pilihanraya ini, dan bukannya boleh disandarkan kepada Pas, meskipun kedua-dua berlawan dengan calon BN juga.

Pakatan Harapan adalah gabungan pembangkang yang lengkap dan mewakili semua kaum serta selayaknya menawarkan kerajaan alternatif kepada rakyat. Pas pula hanya mewakili satu kaum saja dan tidak  mungkin mampu membawa sebarang perubahan.

Lagi pun, Pas juga awal-awal lagi mengatakan mereka tidak mahu berebut kuasa dengan BN dan selesa jika dapat menjadi penasihat kerajaan saja.

Dengan itu, calon Amanah sebenarnya menggalas amanah yang cukup besar di Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Sementara Pas dilihat lebih banyak menyerang Amanah dan DAP dengan pelbagai versi ciptaan dan khayalan mereka sendiri, manakala UMNO hanya berdiam diri, Pakatan Harapan sebaliknya tidak harus terleka daripada terus  mendedah dan membongkar serta memberi tumpuan sepenuhnya mengenai keburukan Najib kepada rakyat dan negara.

Sebagaimana resepi kejayaan BN di Sarawak baru-baru, ada kemungkinan gambar dan poster Najib dalam pilihanraya kecil ini tidak sebanyak seperti dilambakkan dalam pilihanraya umum lalu.

Namun demikian, sama ada BN meletakkan gambar Najib atau tidak, menjual rekaan sisi baik Najib atau sebaliknya, fokus Pakatan Harapan tidak harus tersasar.

Dua pilihanraya ini adalah mengenai Najib dan untuk mengundurkan Najib. Dan ia tentunya juga selari dengan kesediaan Tun Mahathir Mohamad yang telah mengesahkan akan turun berkempen untuk memastikan kekalahan BN di kedua-dua kawasan itu.

#saveMalaysia
#beranikeranabenar

1001 satu alasan 1MDB untuk mengundi PR tolak BN dan Pendedak Najib..

CALON BN BARUAH NAJIB!!??

Najib Razak berkobar kobar memberi ucapan kepada semua rakyat supaya janganlah menganggap dirinya seorang penyangak. Dia dengan tegas berkata bahawa dia tidak mencuri harta rakyat.

Kalau nak menipu, kena konfiden.. baru lah boleh jadi idola menteri kabinet

Tapi malang sekali, Tuhan hendak menunjukkan kepada kita bahawa dia sememangnya telah mencuri harta rakyat. Kita dapati berjuta-juta wang dari SRC International telah dimasukkan ke dalam akaun peribadinya dan kemudian membelanjakannya sesuka hati.

Bukannya dia memberi sedekah kepada fakir miskin atau memberi biasiswa percuma kepada pelajar pintar, tetapi dia bersama isteri telah membeli barangan mewah di merata dunia. Tidak cukup dengan itu, dia juga memberikan sebahagian wang tersebut kepada anaknya.

Pendedahan ini telah dibuat selang 10 hari selepas dia menipu rakyat.

“CASH IS KING”, SAYA ADALAH RAJA YANG MEMPUNYAI BANYAK WANG TUNAI UNTUK DIBELANJAKAN

Beberapa badan penyiasatan telah membongkar resit-resit pembelian dan pembelanjaan yang dibuat oleh Najib dan isterinya. Bahkan mereka juga menyertakan penyata akaun bank milik Najib sebagai bukti bahawa Perdana Menteri kita ini telah mengambil duit rakyat. Jika dia berkata seseorang yang mencuri harta rakyat adalah seorang penyangak, maka dialah penyangak tersebut!

Antara resit-resit barangan dan pembelian yang telah dibongkar oleh ABC News:

1) USD1,039,369.91 (RM3,320,670.65) untuk pembelian barang kemas intan permata di dalam bulan September 2014 melalui kredit kad AmBank.

2) RM360,000 dibelanjakan di gedung pakaian JAKEL

3) RM395,782.40 dibelanjakan untuk menginap di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur

4) RM178,000 dibayar kepada Two One Holidays Malaysia, sebuah ejen pelancongan.

5) RM167,959.50 dibayar kepada Signature Exotic Cars, sebuah syarikat kereta mewah (mungkin kerana pembelian kereta berkuasa tinggi)

Wall Street Journal juga membongkar dokumen-dokumen pembelian yang telah dibelanjakan oleh Najib. Antaranya:

1) USD130,625 (lebih kurang RM418,000) telah dibelanjakan di kedai Chanel semasa Najib Razak bermain golf bersama Presiden Barack Obama dalam bulan Disember 2014 (ketika itu banjir besar melanda Semenanjung Malaysia). Bayaran dibuat melalui kredit kad AmBank.

2) USD70,000 (lebih kurang RM224,000) diberi kepada anaknya Ashman (seorang DJ amatur).

3) USD14 juta (lebih kurang RM44.8 juta) telah diberi kepada syarikat gedung pakaian JAKEL dari tahun 2011 hingga 2014

4) €750,000 (lebih kurang RM3,750,000) telah dibayar kepada De Grisogono, sebuah kedai barangan kemas intan permata di Itali di dalam bulan Ogos 2014.

Dengan terbongkarnya perangai Najib yang sebenar, maka lebih elok jika para penasihatnya berkerja keras untuk menegakkan benang yang basah melindungi Najib. Najib mestilah dipertahankan dari serangan anasir-anasir yang cuba mendesak si penyangak ini untuk meletakkan jawatan.

Adalah lebih baik jika pegawai-pegawai media Najib dan para menterinya yang dangkal lagi bodoh cuba untuk menjustifikasikan kenapa dan bagaimana Najib tergamak untuk mengambil duit dari 1MDB dan SRC International dan berbelanja untuk kepentingan peribadi.

Adakah dia fikir duit 1MDB dan SRC International itu duit dirinya sendiri?

Oleh kerana tidak ada alasan lain yang boleh dibuat, mereka diam membisu sejak beberapa minggu yang lalu.

Tidak payahlah pengampu dan pembodek Najib membuat kenyataan media mempertikaikan Tun Dr Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Shafie Afdal atau Dato’ Seri Mukhriz Mahathir. Bukan mereka yang mencuri duit 1MDB dan SRC International.

Inilah masa yang sesuai untuk mereka yang buta tuli ini berkata sesuatu. Takkan mereka juga sanggup membiarkan muka dipalit najis? Adakah mereka tidak malu bekerja dengan seorang pencuri? Siakap senohong gelama ikan jenahak, bercakap bohong lama-lama jadi penyangak. Siapa yang hendak percaya pada penyangak? Adakah penyangak masih boleh menjadi Perdana Menteri?

Infografik yang terdapat di dalam sosial media.

1) Isu 1MDB dan Isu Deposit Juta2 Dalam Akaun Najib – Apa Pendirian KJ?

2) Umno, Najib hilang kredibiliti memimpin negara

3) MEMPERTAHAN NAJIB AKAN JADI KERJA SIA-SIA BAGI UMNO

4) Tomb of lies

5) Where’s that RM14 billion, 1MDB?

6) The Business Executive and the Politician.

7) Lagi Cerita Belanja Mewah PM

#saveMalaysia
#beranikeranabenar

Mukhriz desak pihak berkuasa siasat bukti baharu skandal 1MDB

ALOR SETAR - Pihak berkuasa digesa bersikap telus dan memandang serius beberapa pendedahan terbaharu dan mengejutkan berhubung apa yang didakwa sebagai skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, siasatan ke atas 1MDB wajar diteruskan susulan penemuan buktibukti baharu yang didedahkan itu.

“Wall Street Journal telah mendedahkan sekeping surat daripada Bank Negara Malaysia kepada Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Hassan Ariffin.

"Surat itu mengesahkan syarikat Good Star Limited yang menerima bayaran sejumlah AS$1.03 bilion dolar (RM4.2 bilion) daripada 1MDB adalah milik Jho Low,” katanya.

Menurutnya, ini mengesahkan andaian sebelum ini bahawa Jho Low memainkan peranan secara langsung dalam pergerakan wang 1MDB. Mukhriz berkata, Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) sebelum ini telah menafikan pembabitan Jho Low namun, tindakan BNM menyaman pendedahan surat terbabit seakan mengesahkan bahawa maklumat surat itu adalah sahih.

“Sebelum ini dikatakan syarikat Good Star Limited kononnya anak syarikat Petrosaudi.

Nampaknya dakwaan itu meleset. Saya andaikan maklumat terbaharu itu penting dalam menjalankan siasatan. Jangan tutup siasatan ini,” katanya.

Menurutnya, dengan adanya maklumat penting ini, semua agensi penguat kuasa seperti Bank Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan PAC harus meneruskan siasatan kes 1MDB.

“Rakyat menuntut pendedahan dan mahukan kebenaran didedah. Saya tidak nampak kenapa kita perlu sembunyikan fakta ini dengan menggunakan OSA (Akta Rahsia Rasmi) kerana ini maklumat penting yang ada kaitan dengan siasatan yang sedang dijalankan,” katanya.

Mukhriz berkata, pendedahan itu juga memberi impak besar dalam siasatan 1MDB selain kaitan Jho Low yang memainkan peranan utama dalam pemindahan wang 1MDB.

“Satu lagi bukti, dikatakan 1MDB bayar kompaun kepada Bank Negara dalam jumlah yang tidak dimaklumkan, atas kesalahan menghantar wang ke luar negara kepada pihak yang tidak diluluskan Bank Negara,” katanya.

Menurutnya, ini jelas menunjukkan apa yang 1MDB lakukan adalah suatu kesalahan.

“Salah satu arahan daripada Bank Negara adalah memulangkan wang itu semula ke negara ini. Apa sudah jadi dengan wang itu? Ke mana perginya sejumlah wang itu?” katanya.

Mukhriz berkata, Peguam Negara harus membuka semula kes ini dan membantu siasatan melalui perjanjian dimeterai dengan beberapa penguat kuasa luar negara untuk mendapatkan maklumat tambahan dari pihak berkuasa luar.

Lebih panjang keris, lebih nasionalis parti itu - Dr M

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegur PAS kerana cuba menjadi lebih nasionalis daripada Umno.

Beliau berkata PAS pernah mengkritik Umno kerana bersifat nasionalis, tetapi kini parti Islam itu menjulang sebilah keris lebih panjang daripada 'keris' parti nasionalis Melayu itu.

Muktamar PAS ke-62 di Kota Bharu baru-baru ini menyaksikan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menghunus keris replika gergasi bagi memotong kek yang kelihatan seperti bendera parti tersebut.

"Sebelum ini, mereka kutuk Umno kerana nasionalis. Sekarang mereka lebih nasionalis, kerana keris mereka adalah lebih panjang daripada keris Umno.

"Lihat, kamu ukur nasionalisme oleh panjang keris. Jika ini lebih panjang, maka ia adalah lebih nasionalis.

"Mereka telah sedar bahawa mereka adalah orang Melayu," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Kuala Lumpur petang ini.

Naib Presiden PAS, Idris Ahmad mempertahankan penggunaan keris gergasi itu dengan mengatakan bahawa ia menjadikan acara itu lebih berwarna-warni.

Sementara itu, menjawab satu soalan, Dr Mahathir berkata PAS dan Umno kini menjalinkan hubungan kerana saling memerlukan.

"PAS telah kehilangan penyokong sendiri, dan Umno sedang mencari penyokong. Jadi mereka bekerja bersama-sama,"katanya.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...