TERKINI :

Sunday, June 5, 2016

Ayuh doakan MB Kita sihat semula.. Ahmad Bashah Masih Di ICU

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Kedah (KMC).

Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Kedah, Datuk Bakar Din dilihat tiba di hospital seawal pukul 8.45 pagi Ahad.

Beliau meninggalkan hospital kira-kira lima minit kemudian.

Ketika ditemui, Bakar Din berkata: "Datuk Seri Ahmad Bashah sedang tidur, jadi saya tidak mahu mengganggu beliau. Saya akan datang semula kemudian."

Katanya, beliau akan memberi maklumat lanjut berhubung tahap kesihatan Menteri Besar Kedah itu kemudian.

Pada Sabtu, Ahmad Bashah dikejarkan ke hospital selepas mengadu keletihan dan pening sebelum pitam.

Ahmad Bashah sebelum itu menghadiri mesyuarat bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) di Hotel Grand Alora pada pukul 7 malam dan dikejarkan ke hospital kira-kira 7.15 malam.

Hari pertama berkempen Hj Hadi sudah fitnah Amanah

PAS Kuat Untuk Lawan BN, Bukan PAN

 Ditulis oleh IZWAN ABDUL HALIM | izwan@harakah.net.my 

KUALA KANGSAR: Tindakan PAN turut bertanding pada PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar sebenarnya memudahkan jalan kepada BN untuk memecah undi.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, PAN disokong DAP yang mempunyai agenda sendiri.

"Mereka yang sebenarnya beri jalan pada BN. Sebab yang boleh lawan BN ialah PAS, bukan PAN. Jadi mengapa DAP sokong PAN? Kerana DAP ada agenda di belakang PAN.

"Antaranya menghalang perjuangan PAS untuk mengangkat Islam sepertimana RUU Mahkamah Syariah di Parlimen baru-baru ini," ujarnya pada penamaan calon P.067 di Pejabat Tanah Daerah, di sini hari ini.

Beliau menafikan tuduhan kononnya PAS ada berunding dengan BN dan PH dalam menghadapi pilihan raya ini, selain menegaskan hak bertanding kerana kerusi tradisi PAS.

Nampaknya Presiden Pas telah cuba memfitnah Amanah mengatakan AMANAH cuba menghalang perjuangan PAS mengangkat Islam...

Sedangkan jelas AMANAH sudah menjelaskan mereka sokong untuk memperkasakan mahkamah syariah.

USAHA MEMERTABATKAN MAHKAMAH SYARIAH HARUS DISOKONG

www.amanah.org.my

1. Biro Undang-Undang (KANUN) Parti Amanah Negara (AMANAH) menyambut baik pembentangan usul persendirian Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) Pindaan) 2016 oleh Ahli Parlimen Marang,  Yang Berhormat Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada 26 Mei 2016 yang lalu.

2. KANUN melihat usul persendirian tersebut merupakan usul yang baik dalam usaha untuk mengangkat dan menambahbaik martabat serta kedudukan Mahkamah Syariah di Malaysia terutama sekali daripada sudut bidangkuasa hukuman.

3. Usul pindaan yang difahami untuk dicadangkan adalah untuk meningkatkan tahap hukuman bagi kesalahan jenayah daripada sekadar penjara tidak lebih 3 tahun,  denda tidak melebihi RM5 ribu dan sebatan tidak lebih daripada 6 kali.

4. Walaubagaimanapun,  KANUN mendapati bahawa langkah membentangkan usul persendirian tersebut bukan sahaja telah mengundang pelbagai reaksi pelbagai pihak malah juga telah mencetuskan polemik baik di kalangan pemimpin politik mahupun pengamal undang-undang.

5. KANUN menyedari bahawa reaksi dan polemik yang timbul tersebut  juga mempunyai asas yang perlu diteliti dan diperhalusi. Terdapat ahli parlimen pembangkang yang mempersoalkan kewajaran usul persendirian tersebut didahulukan berbanding usul-usul kerajaan yang lain serta tanpa perbahasan.

Ada pemimpin-pemimpin politik yang merasakan bahawa usul tersebut akan membuka laluan awal kepada pengenalan undang-undang Hudud PAS yang telah lama dipertikaikan. Seorang pengamal undang-undang kanan pula mempersoalkan matan deraf Rang Undang-Undang tersebut yang memungkinkan berlaku kekeliruan dan kecelaruan di masa hadapan.

Malah wujud juga persepsi di kalangan pemerhati politik yang mengatakan bahawa ianya merupakan "move" politik PAS dan UMNO-BN untuk menghadapi pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang akan berlangsung tidak lama lagi.

6. KANUN sendiri difahamkan bahawa cadangan usul tersebut juga tidak dibawa konsultasi dengan pemegang-pemegang taruh yang berkepentingan termasuk Majlis Raja-Raja sebelum dibentangkan sepertimana proses konsultasi ke bawah dan menyeluruh dilakukan bagi menambahbaik Akta Syarikat 1965 dan juga hak asasi manusia di Malaysia.

7. KANUN sekali lagi berpendirian bahawa dalam perihal usul persendirian terhadap penambahbaikan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 ('Akta 355') tersebut umumnya harus disokong, walaubagaimanapun, langkah tersebut juga harus dilaksanakan dalam cara, masa dan keadaan yang munasabah bagi mengelakkan tanggapan negatif yang tidak perlu terhadap Islam dan mengundang perpecahan di kalangan rakyat.
   
"Harapan Baru"

WAN ANWAR BIN WAN IBRAHIM
Timbalan Pengerusi
Biro Undang-Undang (KANUN)
Parti Amanah Negara

28 Mei 2016

PRK Kuala Kangsar hadapi pertembungan 4 penjuru

PRK Kuala Kangsar akan menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Calon BN, Mastura Mohd Yazid, calon PAS, Dr. Najihatussalehah Ahmad, calon parti Amanah Negara (AMANAH) Ahmad Termizi Ramli dan seorang calon bebas, Izat Bukhari Ismail Bukhari.

Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya Parlimen Kuala Kangsar, Meor Mohd Jamil Meor Zakaria ketika mengumumkan perkara itu berkata, pihaknya menerima empat borang pencalonan.

"Saya telah menyemak dan berpuas hati dengan senarai calon yang dikemukan serta tiada calon yang ditolak bagi penamaan calon hari ini.

"Dengan ini saya mengumumkan kesemua calon ini sah bertanding bagi parlimen Kuala Kangsar," kata Meor Mohd Jamil.

Ahli Umno Syed Rosli tak jadi tanding, sokong calon AMANAH

Seorang anggota Pemuda yang mahu bertanding dalam pilihan raya kecil Kuala Kangsar hari ini menukar fikiran dan memberi sokongan kepada calon Patri Amanah Negara (AMANAH).

Syed Rosli Syed Harman Jamalullail berkata beliau memutuskan perkara itu kerana parti serpihan PAS itu meletakkan anak tempatan sebagai calon mereka.

Beliau, yang berdepan pemecatan jika bertanding sebagai calon bebas juga, berkata masih sayangkan Umno.

“Saya menyokong beliau (calon AMANAH) bukan kerana beliau dari Parti AMANAH namun kerana beliau anak jati Kuala Kangsar! Itu sahaja.

“Pada calon Umno BN, saya anak jati Kuala Kangsar tidak menentang kamu lagi dan juga tidak menyokong kamu juga.Saya tidak masuk campur,” katanya.

Azmin turun ke Sungai Besar, berpelukan dengan Mat Sabu

05 Jun 2016 | BORHAN AHMAD

Azmin berpelukan dengan Mat Sabu di Sungai Besar. Gambar Malaysiakini.Azmin berpelukan dengan Mat Sabu di Sungai Besar. Gambar Malaysiakini.

Setelah tidak muncul dalam beberapa siri perhimpunan Pakatan Harapan, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tiba di pusat penamaan calon Sungai Besar dan berpelukan dengan Presiden Amanah, Mohamad Sabu.

Kedatangan yang sangat dinantikan oleh para penyokong Pakatan Harapan ini disaksikan dengan penuh dramatik oleh pemimpin dan penyokong mereka termasuklah Adun DAP Sekinchan, Ng Sue Lim dan ahli parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmood.

Empat individu ditahan didakwa persenda PM

KUALA LUMPUR 5 Jun - Polis menahan seorang aktivis pro-pembangkang termasuk tiga individu lain selepas mereka didakwa menghasut dengan menjual kemeja yang mempersenda Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Difahamkan, mereka ditahan ketika menjual baju itu di sebuah gerai yang dibuka sempena program KL Alternative Bookfest (KLAB) di Publika, Sri Hartamas di sini semalam.

Difahamkan juga, mereka ditahan untuk siasatan mengikut Akta Hasutan 1948.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd. Isa mengesahkan penahanan empat individu terbabit namun enggan mengulas lanjut.

Bagaimanapun, jelasnya, kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul untuk tindakan lanjut.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...