TERKINI :

Friday, June 3, 2016

Persoalan antara kritik Hadi Awang sebagai ahli politik dan seorang ulamak

Semua kecoh dgn usul PAS nk putuskan hubungan dgn Keadilan. Bagi saya mudah PAS takkan putus hubungan dgn Keadilan walaupun ada usul dari akar umbi ketika Muktamar. Kerana PAS sedang selesa nikmati habuan hasil kemenangan rakyat di Selangor.

Gila nak putus hubungan dgn Keadilan? Ingat jawatan EXCO kerajaan Negeri, Ahli Majlis, JKKK dan pelbagai lagi jawatan seangkatanya di Selangor PAS nak lepas begitu saja. Paling kurang biarlah hubungan dgn Keadilan kekal sampai PRU14. Habis tempoh madu dibuang la.

Masa Muktamar pemimpin PAS serang orang, sindir lawan. Bila rakyat sindir Hadi Awang kembali. Orang PAS cakap AWAS jangan hina ulamak. Persoalannya kita kritik Hadi Awang sebagai ahli politik bukan kritik seorang ulamak. Kritik ahli politik dan kritik ahli ulamak adalah satu perkara yang berbeza.

Ahli Umno minta Harussani taubat

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria disaran bertaubat ekoran kenyataannya menganggap pencalonan Mastura Mohd Yazid sebagai calon BN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar tidak menyalahi hukum Islam.

Ahli Pemuda Umno Syed Rosli Syed Harman Jamalullail berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh Harussani itu seolah-olah mengizinkan seseorang wanita keluar rumah berkempen walaupun masih dalam idah akibat kematian suami.

Selain itu Syed Rosli (gambar) berpendapat tindakan mufti itu dan pemimpin Umno membenarkan Mastura mengeluarkan gambarnya di media sosial seolah-olah memperlekehkan agama dan perintah Allah.

“Dengan menggunakan rakaman video dan poster beliau, secara tak langsung ia menggambarkan juga calon BN melanggar perintah idah dalam Islam.

“Apabila Umno dan mufti cuba mengubah suai perintah Allah maka mereka ini kelihatan memperlekehkan agama dan perintah Allah hanya kerana kepentingan individu.

“Pada saya ia perbuatan terkutuk dan keji. Saya harap pemimpin Umno khususnya mufti-mufti yang telah membuat kenyataan ini supaya insaf dan bertaubat kerana ia jelas menghina agama Islam dan menghina Allah,” katanya kepada Malaysiakini.

Kesetiaan pengundi UMNO bakal pecah di Kuala Kangsar?

KUALA LUMPUR: Skandal 1MDB, derma RM2.6 bilion, perpecahan dalaman UMNO Kuala Kangsar dan calon bukan pilihan semua menjadi antara faktor yang akan menguji kesetiaan pengundi tegar UMNO dalam PRK Parlimen itu pada 18 Jun depan.

Bekas naib ketua Wanita UMNO Datuk Kamilia Ibrahim berkata kawasan Parlimen Kuala Kangsar mempunyai segmen pengundi yang setia kepada parti masing-masing, sama ada UMNO atau PAS, terutama di kawasan luar bandar.

“Namun tidak mustahil kesetiaan pengundi UMNO akan pecah atas pelbagai sebab. Misalnya isu 1MDB dan RM2.6 bilion membuatkan ahli UMNO sendiri marah, walaupun ada yang tidak menunjukkan kemarahan mereka.

“Begitu juga faktor calon yang tidak dipersetujui semua, selain perpecahan dalaman UMNO Kuala Kangsar akibat perbalahan sesama sendiri,” katanya dalam wawancara bersama FMT semalam.

Kamilia yang juga bekas ketua Wanita UMNO Kuala Kangsar berkata isu 1MDB dan RM2.6 bilion juga mungkin mampu menyebabkan pengundi luar yang biasanya tidak mengundi dalam PRK – yang cenderung menyokong pembangkang, pulang untuk menunjukkan suara mereka.

Bekas senator yang 30 tahun menjadi ahli UMNO itu dipecat pada 2013, selepas mengambil tindakan nekad bertanding sebagai calon bebas di Parlimen Kuala Kangsar pada PRU13 sebagai tanda protes kepada kepimpinan tertinggi UMNO.

Sementara itu, Kamilia menyambut baik spekulasi yang menyatakan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir mungkin ‘menaja’ bekas ketua Wanita UMNO Gopeng Datuk Hamidah Osman yang dipecat tahun lalu untuk turut bertanding sebagai calon bebas.

Beliau juga menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan penentangan Mahathir terhadap Najib sudah bersifat terlalu peribadi.

“Saya percaya apa yang beliau lakukan adalah perjuangan. Ramai orang lupa kalimah ‘perjuangan’ ini. Untuk mewujudkan negara yang lebih bersih, tidak rasuah dan berpegang kepada prinsip kenegaraan yang tulen.

“Saya pun rasa mahu bertanding kalau ada pasukan yang bagus. Ini (menentang kepimpinan Najib) adalah perjuangan yang bagus. Saya sudah lama dalam politik, dan perjuangan tidak pernah mati,” katanya.

Seorang lagi pemimpin UMNO Syed Rosli Syed Harman Jamalullail juga dikatakan akan menjadi calon bebas.

Namun setakat ini hanya UMNO, PAS dan Pakatan Harapan yang mengesahkan akan bertanding di Kuala Kangsar.

PAS menjadi mangsa serangan sinis di Internet susulan gimik potong KEK dengan KERIS PANJANG


PAS menjadi mangsa serangan sinis di Internet susulan gimik-gimiknya dalam muktamar tahunan di Kota Bharu kali ini.

Terbaru apabila presidennya memotong pulut berlogo PAS menggunakan keris yang luar biasa panjang.

Pemimpin muda Melayu DAP Dyana Sofya antara yang tampil menyindir parti itu - sekutu yang kemudian menjadi musuh politik DAP.

Dyana hari ini memuat naik gambar beliau memegang pedang lightsaber, yang dipopularkan filem Star Wars dengan tulisan:

"I tak ada keris, tapi ada lightsaber. Adakah Obi Wan Kenobi akan reda guna lightsaber untuk potong kek," tulisnya.

Akhirnya KETUA DEWAN ULAMA mohon maaf pada rakyat Sarawak sebab hina mereka jahil Islam

mahfodz-mohamed_sarawak_600
PENGKALAN CHEPA: Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Dr Mahfodz Mohamed membuat permohonan maaf kepada rakyat dan perwakilan PAS Sarawak jika ucapannya sebelum ini mengguris hati rakyat di Bumi Kenyalang itu.

Malah, katanya beliau tidak bermaksud untuk menuduh masyarakat Islam di Sarawak sebagai jalil dan tidak mengamalkan Islam yang sebenar.

Mahfodz berkata kenyataan beliau itu sebenarnya merujuk kepada orang Sarawak yang masih belum memahami politik Islam dibawa PAS sehingga gagal menarik hati pengundi pada PRN Sarawak lepas.

“Kepada perwakilan PAS Sarawak dengan rendah diri saya mohon ampun dan maaf sekiranya kenyataan saya mengenai Islam di Sarawak mengguris hati.

“Apa yang saya nyatakan adalah antara faktor PAS belum menang di Sarawak kerana (rakyat di Sarawak) ramai di sana tak faham politik Islam (yang dibawa PAS), bukannya mereka (rakyat Sarawak) tidak menghayati ajaran Islam (jahil),” katanya ketika ucapan penggulungan Muktamar PAS ke 62 di Putik, di sini hari ini.

Akhirnya PAS mengaku ahli mereka bukan 1 juta dah..!!

PAS mengaku hilang 200,000 anggota

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyudin Hassan memberitahu, jumlah anggota parti Islam itu kini berkurangan sebanyak 200,000 selepas proses pemutihan.

Takiyudin berkata, pada tahun lalu beliau mengumumkan bahawa jumlah keanggotaan PAS mencecah sejuta orang.

Namun, setelah beberapa perkara yang berlaku termasuk anggota PAS yang meninggalkan parti, jumlah anggota parti Islam itu berkurangan.

"Kita kena telus dan terbuka. Kita pernah umum jumlah keahlian mencecah sejuta tetapi selepas buat pemutihan, ada ahli yang meninggal, ada yang tinggalkan parti, kita sekarang ada 800,000 orang ahli," katanya.

Beliau berkata demikian semasa memberikan ucapan penggulungan pada Muktamar Tahunan PAS ke-62 di Kelantan hari ini.

Parti Amanah Negara (AMANAH) dilihat menjadi alternatif baru kepada anggota PAS yang mahu meninggalkan parti.

Hadi sound Ulama Selangor supaya jangan ragui Dr Abdul Rani sebagai calon prk

Jangan ragui Dr Abdul Rani sebagai calon Sg Besar, kata Hadi

Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak meragui calon pilihan mereka bagi pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar walaupun calon tersebut tidak dipersetujui 100 peratus.

Presiden PAS itu berkata, adalah mustahil untuk mana-mana parti politik dalam dunia ini yang dapat melantik seseorang calon yang 100 dipersetujui oleh semua pihak.

‎"Tidak mungkin dalam dunia nak lantik calon yang 100 peratus dipersetujui.

"Tak mungkin, kalau ada harum manis, ada harum masam. Kita harum masamlah," katanya secara berseloroh pada sidang media di Muktamar Tahunan PAS ke-62 di Kota Bharu hari ini.

Istilah harum manis merujuk kepada gelaran yang diberikan kepada ahli-ahli PAS yang cenderung kepada Amanah.

Terdahulu, parti Islam itu mengangkat Dr Abdul Rani‎ Osman yang juga Adun Meru sebagai calon di PRK Sungai Besar.

Bagaimanapun‎ perwakilan Dewan Ulama PAS Selangor, Nik Bakri Nekmat kelmarin mendesak supaya Ulama PAS Pusat campur tangan berhubung pelantikan calon tersebut yang disyaki mempunyai hubungan baik dengan Parti Amanah Negara (AMANAH).

Sementara itu, ditanya mengenai wujudnya pertandingan tiga penjuru antara PAS, BN dan AMANAH di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar, anggota parlimen Marang itu berkata, perkara itu bukan masalah bagi pihaknya.

Malah menurut beliau, kemungkinan berlaku pecahan undi ‎yang dilihat memberi kelebihan kepada BN hanya satu andaian.

‎"Pecah undi hanya satu andaian, ‎PAS pernah hadapi pilihan raya sampai 5 penjuru pun ada.

Kenapa PAS Penang lupa semasa isu judi bola negeri mana yang mula tolaknya?

Dr. Termizi calon PH, Guan Eng soal PAS kenapa tak sebut Pulau Pinang negeri pertama tolak hasrat Pusat anjur 'judi bola'

Oleh: *ZAINULFAQAR YAACOB*

*KUALA KANGSAR* - Enam tahun lalu, Pulau Pinang adalah Kerajaan Negeri yang pertama menolak hasrat Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan program pertaruhan judi dalam arena bola sepak di tanah air ini.

Dalam nada yang kesal, Ketua Menteri Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng bagaimanapun berkata Kerajaan Negeri Pulau Pinang serta DAP sehingga hari ini terus difitnah anti Islam dan anti Melayu.

Katanya lagi, PAS yang pernah menjadi sekutu DAP dalam blok Pakatan Rakyat dahulu sepatutnya tidak mengfitnah DAP sebagai 'babi', yang 'memberi arak' sehingga tertubuhnya Amanah.

"Bukan saja difitnah 'beri arak' kepada Amanah, malah jual tanah Melayu di Pulau Pinang...paling dahsyat Kerajaan Negeri Pulau Pinang difitnah mengiktiraf LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender).

"Mengapa tak sebut Kerajaan Negeri buat baik untuk Islam...kenapa tak sebut Pulau Pinang negeri pertama haram judi bola yang nak direstui Kerajaan Pusat," soal Guan Eng.

Setiausaha Agung DAP itu berucap sedemikian pada Majlis Umum Calon Pakatan Harapan Bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dekat Kota Lama Kanan di sini malam ini.

Ketua Pembangkang Parlimen Malaysian merangkap Presiden PKR Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Amanah Tuan Haji Mohamad Sabtu dan Penasihat Amanah Ustaz Ahmad Awang antara pemimpin yang berucap pada majlis ceramah mega malam ini.

Mohamad mengumumkan ahli akademik Prof. Dr. Ahmad Termizi Ramli, yang juga anak jati tempatan sebagai calon Pakatan Harapan daripada parti Amanah.

Pada bulan Jun 2010, Ascort Sdn Bhd mendapat lesen daripada Kementerian Persekutuan untuk menganjurkan pertaruhan judi dalam arena bola sepak tanah air, tetapi paling awal ditolak oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dikuasai DAP.

Profesor fizik calon AMANAH di Kuala Kangsar

Parti Amanah Negara (AMANAH) memilih profesor fizik Dr Ahmad Termizi Ramli sebagai calon pilihan raya kecil Kuala Kangsar bagi menentang calon Umno dan PAS.

Presiden AMANAH Mohamad Sabu mengumumkan pencalonan Termizi dalam majlis yang dihadiri pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) di Kuala Kangsar malam ini.

Antara pemimpin yang hadir ialah Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Setiausaha Agung HARAPAN, Datuk Saifuddin Abdullah.

Termizi, 61, berasal dari Kampung Suak Petai di Manong, Kuala Kangsar.

Beliau adalah seorang profesor fizik dari Universiti Teknologi Malaysia sebelum bersara.

Termizi memperoleh ijazah dalam fizik dari University of Leeds, United Kingdom pada tahun 1975 dan sarjana dalam kesihatan dan keselamatan radiologi dari Universiti Salford, UK pada tahun 1980.

Beliau juga memperolehi ijazah doktor falsafah dalam bidang fizik perubatan dan diploma dalam fizik pengionan dari Universiti Swansea, UK.

Termizi adalah naib ketua AMANAH Kuala Kangsar serta anggota jawatankuasa biro politik AMANAH Perak dan jawatankuasa AMANAH nasional.

Beliau juga merupakan anggota jawatankuasa pusat Ikram dan setiausaha biro politiknya.

Profesor fizik ini akan menentang calon BN Mastura Mohd Yazid, yang merupakan balu kepada penyandang kerusi Parlimen Kuala Kangsar, dan calon PAS Najihatussalehah Ahmad, yang merupakan seorang doktor perubatan.

Hari penamaan calon ditetapkan pada 5 Jun sementara hari pembuangan undi pula pada 18 Jun.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...