TERKINI :

Thursday, June 2, 2016

Najib seorang 'pelajar' yang gagal, dakwa Dr M

Sejak melancarkan kempen menentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melakar semula pertempuran politik, menyediakan laskar dari kedua-dua pihak yang bertentangan.

Sekarang ini, beliau melancarkan serangan terbarunya menggunakan organ parti DAP,Roketkini.

Dalam wawancara eksklusif organ media atas talian itu, Mahathir ditanya mengenai peranan beliau selaku mentor kepada Najib.

Ternyata sebagai 'guru' yang kecewa, Mahathir berkata : "Banyak orang belajar daripada saya, bukan semua ikut. Yang ni (penuntut) yang gagal. Yang ni (Najib), niat dia lain."

Mahathir turut menempelak Umno dan mengadu mengenai budaya rasuah yang membelenggu negara.

Bekas presiden Umno yang keluar parti sebagai protes terhadap Najib, mendakwa pemimpin cawangan menghalang mereka yang berkaliber untuk menyertai Umno.

"Ketua cawangan UMNO, dia tak bagi orang yang ada kaliber masuk. Bila dia mati, siapa yang ganti dia? Orang lagi bodoh daripada dia. UMNO (sekarang) telah mengecut menjadi parti yang dipimpin orang bodoh, tak ada prinsip,” katanya.

Mengenai isu rasuah pula, Mahathir mendakwa kakitangan kerajaan belajar daripada ahli politik.

"...Pegawai kerajaan sekarang pun ambil duit sebab dia tengok pemimpin boleh ambil berbilion, tak kan dia tak boleh ambil sejuta, dua?” tambahnya.

Dalam wawancara itu, Mahathir turut menggariskan perbezaan antara beliau dengan Najib.

“Najib hutang. Saya tak hutang. Saya peruntukkan duit kerajaan, bukan untuk saya. Bila sudah ada peruntukan, penjawat awam lah punya kerja. Saya tak terlibat mengubah duit itu ke sana sini,” katanya, melepaskan berdas-das tembakan suara terhadap Perdana Menteri.

“Najib adalah principal dalam 1MDB. Nak buat apa pun mesti dapat tandatangan dia. Dialah CEO dalam 1MDB, walaupun dia panggil diri dia penasihat.”

Apabila Ketua Dewan Ulama PAS mengatakan masyarakat Islam di Sarawak jahil dan tidak mengamalkan Islam secara sebenar..!!

‘Mungkin Mahfodz berhubung secara terus dengan Allah’ – Wan Junaidi

Wan-Junaidi_mahfodz-moha_600
PETALING JAYA: Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar membidas Ketua Dewan Ulama’ PAS, Datuk Dr Mahfodz Omar yang mendakwa masyarakat Islam di Sarawak jahil dan tidak mengamalkan Islam secara sebenar.

Ahli Parlimen Santubong itu berkata, Mahfodz barangkali ‘berhubung sendiri dengan Tuhan’ sehingga boleh membuat tohmahan sedemikian.

“Nampaknya dia menghubungi Allah secara terus, barangkali sebab itu dia lebih tahu. Kami tidak berhubung dengan Allah, panduan kami hanya Al-Quran dan hadith Rasulullah,” katanya sinis ketika dihubungi FMT.

Mahfodz dalam ucapan perasmian Muktamar Dewan Ulama’ PAS di Tok Bali, Kelantan semalam berkata parti pemerintah di Sarawak, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) meneruskan ‘pemahaman penjajah’ terhadap Islam.

“Fahaman yang salah ini disambung oleh UMNO dan suku-sakatnya seperti PBB di Sarawak sehingga menjadikan orang Melayu sendiri tidak melaksanakan cara hidup Islam yang sebenar, kerana dikongkong oleh kejahilan agama yang menebal,” katanya menurut laporan FMT hari ini.

Duhai PAS, Bukan DAP yang mempergadai hak orang Melayu jika kamu nak tahu..

Oleh Syerleena Abdul Rashid

Syerleena-Abdul-Rashid_penang_wanita_600
Dalam muktamar Pemuda Pas baru-baru ini, kita dapat melihat penonjolan retorik yang penuh dengan hasrat buruk sangka yang tidak terkawal terhadap DAP, lebih-lebih lagi sejak PAS mulai menjalin hubungan mesra dengan UMNO.

Hari ini, ketua Pemuda PAS Pulau Pinang Mohd. Hafiz Alias menyuarakan tuntutan mengekalkan ‘tanah milik Melayu’ dengan meminta semua konstitusi di Pulau Pinang menentang dan memperjuangkan apa yang diwawarkannya, ketidaksamarataan sosial yang membelenggu kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah DAP.

Menurut beliau, populasi ‘Orang Melayu di Pulau Pinang adalah kedua terbanyak iaitu 43.6 peratus namun hanya memiliki 20.1 peratus tanah di negeri ini’.

PAS ternyata cuba menyemarakkan emosi perkauman sejajar dengan muslihat UMNO yang sentiasa mencari helah mengaitkan isu-isu tertentu dengan dakwaan perkauman.

PAS juga nampaknya sengaja buat lupa dengan dosa tindak-tanduk UMNO yang lalu yang ternukil dalam lipatan sejarah. Umum mengetahui bahawa UMNO telah banyak ‘merampas’ tanah-tanah milik Melayu dengan membelinya pada harga murah dan menjualnya dengan harga tinggi.

Hubungan PAS-PKR ibarat retak menanti belah?

 PAS-PKR1
PENGKALAN CHEPA: Ketiadaan nama besar PKR pada Muktamar Tahunan PAS ke-62 menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak.

Gambaran itu juga jelas menunjukkan hubungan parti Islam itu dengan sekutunya, PKR ibarat retak menanti belah selepas Pakatan Rakyat terkubur.

PKR bagaimanapun menghantar satu-satunya wakil rakyat mereka di Kelantan, iaitu ADUN Guchil, Mohamad Roslan Puteh untuk menghadiri majlis perasmian Muktamar PAS hari ini.

Ketiadaan pemimpin PKR itu juga berkemungkinan mereka tidak mahu mengeruhkan hubungan kedua-dua pihak sekaligus ingin menjaga hati sekutunya dalam Pakatan Harapan.

Malah, tidak dapat dinafikan kegagalan mengadakan rundingan berhubung peletakan calon di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar menguatkan lagi dakwaan ketiadaan pemimpin PKR pada muktamar kali ini.

Rakyat boleh pilih Anwar, DAP jika mahu- Dr M



Landskap politik Malaysia menyaksikan pelbagai kelainan pelik mutakhir ini, dan yang terbaru organ DAP Roketkini menampilkan temubual eksklusif dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Seperti dijangka, Mahathir dalam temubual tersebut terus menghujani kritikan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau turut mengakui hak rakyat memilih sesiapa yang mereka mahu sebagai pemimpin, termasuk bekas ketua pembangkang yang dipenjarakan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, apa yang penting pada masa ini adalah menyingkirkan Najib dan kemudian mengembalikan semula proses demokrasi.

“Selagi mana Najib ada di situ, semua orang boleh bercakap, tentang reformasi atau apa saja. Tapi apa pun tak jadi. Buang Najib, kembali kepada demokrasi. Rakyat boleh buat pilihan mereka sendiri.

“Kalau Anwar keluar, tak kiralah. Kita balik kepada demokrasi. Rakyat akan pilih kerajaan yang bagaimana yang mereka mahukan. Apa jadi selepas itu, jika rakyat nak undi pilih Anwar, maka boleh pilih Anwar. Jika mereka memilih kerajaan yang akan membebaskan Anwar, maka itu hak mereka," katanya.

Lim Guan Eng - Bila kerajaan negeri iktiraf hak LGBT?


Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng membidas PAS hari ini kerana mendakwa kerajaan Pulau Pinang mengiktiraf hak-hak kumpulan lesbian, gay, biseksual dan transgender.

"Bila kerajaan negeri iktiraf hak LGBT?" Soal Lim dalam sidang media hari.

Beliau berkata ini adalah satu lagi fitnah daripada PAS sebagai sebuah kerajaan negeri sedangkan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang tidak pernah mengadakan mesyuarat mengenai isu itu.

"Ia adalah satu usaha individu oleh salah seorang ADUN - dari DAP. Beliau membangkitkan isu Jawatankuasa Transgender untuk menjaga kebajikan komuniti itu di DUN dan beliau memperoleh sokongan ADUN lain, "kata Lim.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS Mahfodz Mohamed yang mengecam tindakan kerajaan Pulau Pinang menjadi negeri pertama mengiktiraf LGBT melalui penubuhan jawatankuasa transgender.

Exco Kedah dari MCA tak jadi keluar parti.. dah sokong HUDUD dah kaa????

Exco Kedah tarik balik keputusan keluar MCA

Ahli Exco Kedah Datuk Dr Leong Yong Kong telah menarik balik keputusannya untuk keluar daripada MCA.

Leong pada mulanya meninggalkan MCA kerana membantah apa yang menurutnya kegagalan parti itu untuk menghalang sokongan Putrajaya terhadap Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

Leong dalam satu kenyataan berkata, beliau membuat keputusan itu selepas menyaksikan komitmen pimpinan MCA dan parti komponen BN yang lain dalam menentang RUU itu.

Katanya, ia juga ekoran gesaan akar umbi parti itu supaya beliau kembali bersama parti dan menyokong presiden MCA dan jawatankuasa pusat parti itu dalam mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.

Viral pukul di Aman Sentral: 7 individu beri keterangan

JITRA - Pihak polis telah mengambil rakaman percakapan tujuh individu, termasuk saksi berhubung insiden pergaduhan di hadapan Aman Central, Alor Setar yang melibatkan Timbalan Speaker Kedah, Datuk Azmi Che Husain.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, dua saksi bebas adalah antara individu yang dirakam percakapannya.

“Rakaman percakapan terbabit diambil sepanjang kes ini disiasat sejak ia dilaporkan oleh mangsa pada 15 Mei lalu,” katanya pada sidang media di Program High Profile Policing, di Taman Setia Jaya, semalam.

Mohd Rozi berkata, Azmi turut membuat laporan di Balai Polis Kota Setar semalam dan mengaku berada di tempat kejadian.

“Namun, Azmi menafikan dia memukul mangsa seperti diviralkan dalam video,” katanya.

Menurutnya, terdahulu pihak polis juga telah melakukan kawad cam di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kota Setar dan akan merujuk kes ini kepada pendakwa raya dengan kadar segera.

“Kes diteruskan siasatan mengikut Seksyen 323 dan pihak polis menyeru orang ramai yang melihat insiden terbabit tampil memberi keterangan,” katanya.

Terdahulu, Mohd Rozi bersama timbalannya, Superintendan Rohana Omar dan 150 anggota hadir ke Program High Profile Policing di sini, untuk memberi bantuan kepada pasangan Sukarelawan Polis Diraja Malaysia (SPDRM) Kota Setar.

Pasangan terbabit, Azizan Yunus, 36, dan isterinya Najihah Mohd Radzi, 33,  tinggal sehelai sepinggang setelah rumah mereka di Sungai Korok hangus dalam kebakaran 22 Mac lalu.

Najihah berkata, dia terharu dengan keprihatinan pihak IPD Kota Setar memandangkan dia dan suaminya hanya sukarelawan PDRM.

“Bantuan diterima amat bermakna buat kami sekeluarga, tambahan pula di bulan Ramadan yang bakal menjelma,” katanya.

Ramadan: Bekalan keperluan harian di Kedah

ALOR SETAR - Bekalan barangan keperluan harian di Kedah mencukupi bagi menampung permintaan masyarakat menjelang bulan Ramadan, kata Ketua Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan(KPDNKK) Kedah, Shahrudin Hamzah.

Beliau berkata pihaknya telah berjumpa dengan syarikat pemborong barangan keperluan harian baru-baru ini dan mereka memberi jaminan barangan utama seperti minyak masak, tepung dan gula mencukupi.

Katanya pihaknya juga akan melakukan pemantauan ke atas pemborong dan peniaga bagi memastikan mereka tidak mengambil kesempatan menaikkan harga yang tidak munasabah menjelang Ramadan dan musim perayaan Aidilfitri.

"Pengguna tidak perlu panik mengenai kekurangan bekalan keperluan harian dengan jaminan harga yang perpatutan. Jika terdapat kenaikan harga yang tidak munasabah mereka boleh laporkan kepada KPDNKK.

"Selain itu kita akan melakukan pemantauan di bazar Ramadan bagi memastikan mereka (peniaga) pamerkan tanda harga yang munasabah," katanya pada sidang media pada Program Penyeragaman Tanda Harga di Kopitiam Ukir Mall di sini hari ini.

Sementara itu, Shahrudin berkata program penyeragaman tanda harga di setiap gerai makanan diperlukan bagi memastikan pengguna tidak keliru dengan harga yang ditetapkan peniaga.

Beliau berkata sekiranya harga yang dikenakan terhadap pelanggan tidak sama dengan tanda harga yang diletakkan, mereka boleh buat aduan kepada KPDNKK untuk tindakan lanjut. - Bernama

Pakatan Harapan pertaruhkan calon dari Amanah di Sg. Besar - Ustaz Azhar Dato Ab Shukur

*MAKLUMAT CALON PAKATAN HARAPAN P.93 SUNGAI BESAR*

*MAKLUMAT PERIBADI*

Nama : *USTAZ AZHAR BIN DATO' AB SHUKUR*

Umur : 51 Tahun

Tempat Lahir : Sungai Besar, Selangor

Agama : Islam

Bangsa : Melayu

Status : Berkahwin

Isteri : Nor’adzimah Binti Hassanuddin (3 orang anak)

*PENDIDIKAN*

Ijazah Sarjana Muda Kuliah Hadis dan Pengajian Islam di Jamiah Abi Bakr Islamiyah, Karachi Pakistan (1990-1993)

*KERJAYA*

• Pengarah Urusan EZ Qurban Sdn Bhd (2017-kini)

• Pengarah Urusan EZ Kembara Sdn Bhd (2012-kini)

• Pengarah Minda Project Management Sdn Bhd (2016-kini)

• Pengarah Urusan EZ Fada’ Sdn Bhd (2016-kini)

• Pengarah Urusan EX Career Sdn Bhd (2015-kini)

• Penyelia Maahad Tahfiz Al-Mahmudi, Temerloh (2005-2006)

• Pembantu Mufti Majlis Tertinggi Pimpinan Umat Islam Kemboja (2003-2004)

• Guru Penolong Kanan Sek Men Islam Puchong (1999-2003)

• Guru Maahad Tahfiz Quran Sungai Besar (1997-1998)

*PENGALAMAN*

Berpengalaman mengendalikan program bersama IKIMFM dan TV9 dalam beberapa siri rancangan.

*PENCAPAIAN*

• The Medal MUNISARAPHOIN, Level of MOHA SENA (Kemboja 2015)

• The Medal MUNISARAPHOIN, Level of THIPDIN (Kemboja 2014)

*JAWATAN DALAM PARTI*

Ketua AMANAH Sungai Besar

#Amanah4SungaiBesar
#HarapanBaru





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...