TERKINI :

Wednesday, June 1, 2016

PAS harap ahli AMANAH pulang padanya

Bekas ahli PAS yang meninggalkan parti Islam itu dan menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH) hilang nikmat yang dirasai PAS sekarang, kata Ketua Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Aziz.

"Mereka langgar peraturan yang mereka sendiri ciptakan, yang mereka suruh kita dulu.

"Mereka tak rasa lagi nikmat istilah wala (setia pada pemimpin).

“Mereka tak rasa lagi nikmat istilah ukhuwah, istilah-istilah agama yang kemas dan kukuh dalam al-Quran dan hadis," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan Muktamar Pemuda PAS ke-57 di Kota Bharu hari ini.

Anggota parlimen Pasir Mas itu berkata, beliau berdoa dan berharap mereka yang menyertai AMANAH akan kembali merasai nikmat yang PAS rasai hari ini.

"Selepas setahun kita berbalah, ada masa lagi untuk mereka kembali kepada PAS.

"Kerana sejarah PAS sendiri penuh dengan orang kembali selepas pergi. Kita harap insya-Allah‎ sahabat-sahabat kita kembali menikmati apa yang sedang kita nikmati," katanya.

Sementara itu, mengulas perjalanan muktamar yang lancar tanpa isu-isu panas, beliau berkata, muktamar kali ini dipenuhi rasa syukur kepada Allah.

"Ini kerana perbahasan-perbahasan oleh perwakilan sekalian diselubungi dengan rasa syukur. Dengan nikmat yang Allah kurniakan kepada kita selepas beberapa tahun kita panas.

"Tanda hati bersyukur adalah lidahnya tidak panas," katanya.

Pada masa sama beliau turut menjelaskan hubungan antara PAS dan BN dilihat semakin baik.

Katanya, itu adalah langkah BN yang mengubah ‎strategi politik mereka termasuk perjumpaan antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan bekas menteri besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Abdul Aziz Nik Mat.

"BN ubah strategi mereka kepada strategi aman. Sej‎arah PAS tak pernah aman di Malaysia, sentiasa diugut. Ada ahli (sampai) diugut tembak mati.

"Tok Guru berjumpa Najib beberapa kali di istana dan luar istana untuk bincang baiki hubungan dengan Kelantan dan hubungan antara umat Islam.

"Alhamdulillah ‎kerajaan pimpinan menteri besar baru, Datuk Ahmad Yaakob keadaan itu berlaku," katanya.

Perang mulut PAS-DAP makin menjadi-jadi

Perang mulut antara PAS dan DAP semakin berlarutan dan menjadi-jadi.

Jika semalam mereka bergaduh berkaitan kerusi pilihan raya, hari ini perbahasan berpunca daripada dakwaan Pemuda PAS bahawa DAP “memberi arak” kepada anggota partinya.

Langkah itu, kata dewan itu, menyebabkan anggota PAS yang “mabuk” berpindah kepada serpihannya Parti Amanah Negara (AMANAH).

Menyambut kenyataan itu, Pemuda DAP menyifatkan pemimpin Pemuda PAS Nik Abduh Nik Aziz sebagai angkuh, kurang ajar dan biadap.

Wong Kah Woh (gambar) juga mengaitkan tindakan itu dengan “pertunangan” PAS dengan parti kerajaan Umno.

“Ini merupakan satu dakwaan yang angkuh, kurang ajar dan menunjukkan ketidakadaban Nik Abduh,” katanya.

Menurut Wong lagi, kenyataan PAS itu amat berbeza dengan keadaan apabila PAS bergabung dengan mereka dalam Pakatan Rakyat sebelum ini.

Katanya, ketika itu, PAS tidak akan melontarkan tohmahan kosong dan fitnah biarpun terhadap musuh politiknya pada ketika itu, Umno.

“Jangkitan politik Umno yang selalu menuduh DAP sebagai 'anti-Melayu' dan 'anti-Islam' telah mula merebak ke dalam kepimpinan Nik Abduh,” katanya.

Perdana menteri yang suka menyakitkan hati.. siapa laa yang suka sangat GST nie..??

PERDANA MENTERI YANG SUKA MENYAKITKAN HATI....


Berkatalah Najib Razak kononnya perlaksanaan cukai GST sudah mula diterima baik oleh rakyat kerana menyedari ia adalah penyelamat ekonomi negara.

Hello Pahlawan Bugis...bila pulak rakyat menerima GST dengan baik?
 
Bukankah seluruh rakyat, tidak kira kaya miskin, orang tua atau budak tadika,  sebenarnya dipaksa membayar GST?

Cuba rakyat diberi pilihan antara bayar GST dengan tidak bayar GST, tengok apa pilihan majoriti mereka?

Jika selepas diberi pilihan dan majoriti memilih GST, barulah boleh dikata rakyat menerimanya dengan baik.

Bila pula rakyat setuju GST sebagai penyelamat ekonomi negara?

Tawan Pulau Pinang dari DAP, selamatkan tanah Orang Melayu

RABU, 1 JUN 2016 - 4:11PM
luqman.arif@bh.com.my

KOTA BHARU: PAS perlu tampil sebagai hero dengan sasaran menawan Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) bagi mengelak tanah orang Melayu di negeri itu terus tergadai.

Perwakilan Pulau Pinang, Muhamad Hafiz Alias, berkata 43.6 peratus daripada keseluruhan penduduk Pulau Mutiara ketika ini adalah orang Melayu, kedua terbesar selepas masyarakat Cina iaitu 45.6 peratus.

Bagaimanapun, katanya, tanah persendirian orang Melayu di Pulau Pinang hanya tinggal 20.1 peratus kerana semuanya digadai kepada 'orang luar'.

"Jual tanah kepada orang luar ini ibarat jual negara, situasi sama yang berlaku di Palestin sebelum mereka dihalau keluar dari negara sendiri.

"Kini situasi sama membelenggu Pulau Pinang, angkara pemerintahan Ketua Menterinya, Lim Guan Eng, yang dengan sewenang-wenangnya menjual tanah kepada orang luar.

"Hanya satu penyelesaian untuk menyelamatkan orang Melayu di negeri itu ialah PAS menggembleng tenaga dan tawan Pulau Pinang pada PRU-14," katanya pada sesi perbahasan ucapan dasar Ketua Dewan Pemuda PAS, di Pusat Dagangan Kelantan (KTC) di sini, hari ini.

Muhamad Hafiz berkata, kejayaan PAS itu berupaya menambah bilangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Pulau Pinang, sekali gus memberi 'suara' lebih lantang dalam mempertahankan tanah orang Melayu di negeri berkenaan.

"Jangan sampai si 'khalifah' Guan Eng ini menang (pada PRU-14) dan mengekalkan kuasanya di tampuk pemerintahan kerana selama dua penggal dia berkuasa, habis semua tanah Melayu tergadai, " katanya.

TMJ: Suruh PM keluarkan Johor dari M’sia jika...


Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak pernah terbeban untuk meluahkan isi hatinya, dan terbaru, melontarkan pesanan kepada mereka yang tidak senang hati dengan negerinya menjadi sebahagian daripada Malaysia.

“....Anda boleh beramai-ramai berjumpa dengan YAB Perdana Menteri di Putrajaya untuk mengusulkan satu deklarasi kepada beliau untuk mengeluarkan negeri Johor dari Malaysia," menurut pesanan itu.

Dalam catatan laman Johor Southern Tigers di Facebook itu, Tunku Ismail turut memetik beberapa sebab yang menjurus kepada kelebihan negeri tersebut yang membangkitkan rasa iri hati kepada sesetengah pihak, antaranya, tiada unsur perkauman dan kebencian terhadap rasuah.

Setiap ayat dimukan dengan perkataan “Jangan salahkan Negeri Johor”.

“...Jangan salahkan Negeri Johor dan mengapa kami bangga menjadi bangsa Johor kerana negeri kami telah dibina bukan atas dasar perkauman ianya dibina kerana kami bersatu sebagai bangsa Johor sejak dahulu.

“....Mengapa kami bangga dengan pemimpin kami yang senantiasa bersama kami pada saat susah dan senang... suka dan duka.

DAP 'beri arak' sehingga AMANAH tertubuh - Nik Abduh



Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz mendakwa DAP 'memberi arak' kepada sesetengah bekas ahli PAS sehingga tertubuhnya Parti Amanah Negara (AMANAH).

‎Anggota Parlimen Pasir Mas itu berkata, DAP sebenarnya sombong sehingga mereka tidak sedar kesombongan sendiri.

Sebaliknya, katanya, parti itu pula menuduh beliau bersikap sedemikian.

"Saya nak beritahu DAP yang sombong sehingga dia tak tahu dia sombong, sehingga dia kata saya pula sombong.

"DAP sombong, pertama saya nak tanya dalam c‎erita kita bersama dulu siapa yang mula serang terhadap presiden PAS? DAP.

"Siapa yang memecahkan PAS sampai sesetengah ahli PAS mabuk pindah jadi AMANAH? DAP yang bagi arak sehingga mereka tubuhkan AMANAH. Itu tanda DAP angkuh‎‎," katanya pada sidang media sempena Muktamar Pemuda PAS di Kota Bharu hari ini.

PAS Bakal Hilang 6 Ribu Hingga 8 Ribu Undi Di PRK Sungai Besar.. Ini Buktinya

 
Ini Buktinya. Rata-rata pengundi Cina di Parlimen Sungai Besar yang ditemui oleh Ilham Centre dalam tinjauan lapangan badan kajian politik itu baru-baru ini menyatakan penolakan mereka secara berterus-terang terhadap Pas.

Pengerusi Eksekutifnya, Hisomudin Bakar berkata, reaksi spontan pengundi Tionghoa di parlimen tersebut dipercayai ekoran perubahan dasar kepimpinan Pas termasuk bertindak keluar daripada blok pembangkang sekaligus memecahkan gabungan Pakatan Rakyat.

PAS Bakal Hilang 6 Ribu Hingga 8 Ribu Undi Di PRK Sungai Besar.. Ini Buktinya. “Pengundi Cina sudah tentu tak akan undi Pas. Melalui pertemuan dengan penduduk Cina di Sungai Besar, bila ditanya kepada mereka, berapa peratus Cina boleh bagi (undi) pada Pas, mereka ada yang jawab, kalau dapat 1 peratus pun, Cina buta saja yang undi Pas,” ujarnya.

Berkongsi hasil pemerhatiannya pada forum “Tiga Penjuru: Pembangkang Rugi?” di Gerak Budaya, Petaling Jaya malam tadi, beliau memberitahu, pengundi Cina di Parlimen Sungai Besar jelas marah dengan pendirian politik Pas.

“Jadi, ke mana pengundi cina pergi? Kepada Amanah kebarangkalian tinggi, atau dapat nombor dua (jumlah undi). Jika kena dengan strategi, Amanah juga akan meraih undi daripada kelompok atas pagar yang sebelum ini mengundi Pas atas tiket pakatan pembangkang,” jelasnya.

Tanya Arul mana pergi AS$7 bilion atau pecat sahaja

Lembaga pengarah 1MDB yang baru harus mengarahkan Deloitte untuk menjalankan audit kewangan dengan segera bagi mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai kedudukan kewangan syarikat tersebut, kata Tony Pua.

Audit itu adalah untuk tahun kewangan berakhir 31 Mac 2015 dan 31 Mac 2016.

“Tanpa gambaran lebih jelas dan tepat mengenai kedudukan kewangan 1MDB, lembaga pengarah pastinya mengendalikan perniagaan seperti dalam vakuum, membuat keputusan tanpa mengetahui status dasaran syarikat," kata ahli parlimen Petaling Jaya Utara itu.

Secara lebih terperinci, juruaudit itu harus merungkai apa yang terjadi kepada urusniaga dan aset bernilai AS$7 bilion yang mana gagal untuk disahkan oleh jabatan audit negara, kata Tony yang juga anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Jika Presiden 1MDB, Arul Kanda tidak mampu menjelaskan hal dana itu, beliau sepatutnya dipecat dari jawatannya itu.

Ini mampu dilakukan, selepas kementerian kewangan mengeluarkan Artikel 117 dalam Memorandum dan Artikel (M&A) yang memberikan kuasa kepada perdana menteri untuk campur tangan dalam firma itu.

Dana AS$7 bilion itu termasuklah AS$700 juta dan AS$330 juta yang dipindahkan kepada Good Star Limited, sebuah firma yang didakwa dimiliki oleh Jho Low dan tiada kaitan dengan usaha sama antara 1MDB-Petrosaudi venture pada 2009 dan 2011.

Selain itu, ia juga adalah AS$3.51 bilion yang di bayar kepada Aabar Investment PJS Limited, sebuah syarikat yang tidak dimiliki oleh International Petroleum Investment Corportation, AS$940 juta "unit” dalam Bank BSI di Singapura dan AS$1.56 bilion pelaburan oleh 1MDB Global Investments Limited.

Baru-baru ini, kementerian kewangan mengumumkan barisan lembaga pengarah baru 1MDB selepas lembaga sebelumnya dibubarkan berikutan siasatan parlimen ke atas syarikat dana negara itu.

Lembaga tiga anggota itu dipengerusikan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah, Setiausaha Sulit Kanan kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Norazman Ayob dan Ketua Pegawai Operasi Prokhas Sdn Bhd, Datuk Kamal Mohd Ali.

Bagaimanapun, Arul Kanda Kandasamy akan terus memegang jawatan presiden 1MDB, kata kementerian itu.

Perwakilan Dewan Ulama Pas Selangor pertikai pemilihan Dr Abdul Rani sebagai calon

Rani bagai 'harum manis lawan harum manis'

Perwakilan Dewan Ulama PAS dari Selangor hari ini mempersoalkan pemilihan ADUN Meru, Dr Abdul Rani Osman sebagai calon mewakili parti itu pada pilihan raya kecil parlimen Sungai Besar.

Malah, wakil berkenaan, Nik Bakri Nik Mat turut berpendapat pertandingan antara PAS yang akan bertembung calon Parti Amanah Negara (AMANAH) di Sungai Besar itu sebagai perlawanan "harum manis melawan harum manis". 

Bagaimanapun, Nik Bakri tidak menjelaskan lebih lanjut kaitan antara Dr Abdul Rani dan istilah "harum manis" itu. 

"Mengenai pilihan raya kecil Sungai Besar, (wakil) Selangor berasakan ada sesuatu yang - kalau boleh - Dewan Ulama ambil ketegasan berkaitan calon. 

"Mungkin Selangor ada berasa - dari sudut pemilihan calon - menggunakan kaedah pencuri lawan pencuri, contohnya. Atau kaedah harum manis lawan harum manis," katanya. 

Beliau berkata demikian semasa membahaskan ucapan utama Ketua Dewan Ulama PAS di Muktamar Dewan Ulama kali ke-55 di Pasir Puteh, Kelantan. 

Selain itu, Nik Bakri turut memberitahu di Selangor masih ramai pimpinan ulama dan profesional yang boleh dipilih sebagai calon berbanding calon yang profesional tetapi "cetak rompak". 

"Sepatutnya di kalangan kita sudah jelas dan yakin bahawa ramai pimpinan kita sama ada profesional atau ulama berada di Selangor. 

"Tak dinafikan kita terima dan terbuka tentang (pemilihan) profesional sebagai pimpinan di Selangor tetapi biarlah profesional yang tulen. Tak mahu yang cetak rompak yang ada dalam PAS," katanya tanpa menghurai lebih lanjut mengenai perkara berkenaan.

Kerusi manakah yang PAS “pinjamkan” kepada DAP?

Kenyataan media Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP merangkap Ahli Parlimen Seremban, Loke Siew Fook pada 1 Jun 2016 di Kuala Lumpur.

Kerusi manakah yang PAS “pinjamkan” kepada DAP?

Saya merujuk kepada ucapan Ketua Pemuda PAS Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz di Muktamar Pemuda PAS semalam yang menyarankan pimpinan PAS untuk mengambil kembali kerusi yang “dipinjamkan” kepada PKR dan DAP dalam pilihan raya yang lalu.

Saya ingin bertanya kepada Nik Abduh; kerusi manakah yang “dipinjamkan” oleh PAS kepada DAP dalam PRU 13?

Mengikut rekod kami, tidak ada sebarang rundingan kerusi di antara PAS dengan DAP sebelum PRU 13 kerana tidak ada pertindihan kerusi yang ditandingi oleh kedua-dua parti. Justeru itu, soal PAS “meminjamkan” kerusi kepada DAP untuk ditandingi tidak timbul sama sekali.

Saya juga ingin mengingatkan Nik Abduh bahawa DAP merupakan sebuah parti yang telah mengharungi sejarah perjuangan selama 50 tahun dalam arena politik Malaysia. Hampir semua kerusi yang ditandingi dan dimenangi oleh DAP dalam PRU 13 adalah kerusi-kerusi yang ditandingi sejak tahun 1969 lagi iaitu pilihan raya pertama yang disertai oleh DAP sejak ditubuhkan pada tahun 1966.

PAS ada hak dan kebebasan untuk bertanding di mana-mana kerusi dalam pilihan raya akan datang tetapi untuk menuntut semula “pinjaman” yang tak pernah wujud adalah satu dusta terhadap DAP.

Sebagai seorang Ahli Parlimen yang bergelar agamawan, saya menyeru beliau supaya lebih bertanggungjawab dalam kenyataannya dan menyampaikan ucapan berlandaskan fakta yang kukuh.

Hujah beliau yang tidak disokong dengan fakta yang benar merupakan satu cubaan untuk menimbulkan persepsi negatif untuk mengelirukan ahli-ahli akar umbi PAS kononnya hanya PAS sahaja yang berkorban semasa menjalinkan kerjasama dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat.

Hakikatnya ialah PAS juga mendapat kelebihan semasa mereka bekerjasama dengan DAP dan PKR dan membantu PAS memenangi kerusi-kerusi yang tidak pernah dimenangi oleh mereka terutamanya di negeri-negeri Pantai Barat seperti di Perak, Selangor dan Johor.

Saya juga berasa kesal dengan sikap angkuh Nik Abduh yang tidak mengenang jasa dan peranan yang dimainkan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam membantu PAS melonjak ke politik arus perdana pasca Gerakan Reformasi 1998. Umum diketahui bahawa PAS memenangi kerajaan negeri Terengganu pada tahun 1999 di atas gelombang kebangkitan rakyat yang dicetus oleh kemarahan terhadap kezaliman ke atas Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

-LOKE SIEW FOOK-

M'sia ketiga paling hampir dengan krisis kewangan Asia

Asia berada di ambang kemungkinan krisis kewangan, menurut penganalisa politik, dengan Malaysia berada di kedudukan ketiga untuk tempat ia bermula.

Berbanding dengan krisis kewangan Asian 1997 yang bermula di Thailand, penganalisa Alastair Newton berkata, krisis tersebut berlaku ekoran hutang domestik.

“Ia bukan krisis 1997 sekali lagi, bukan disebabkan oleh hutang luaran.

“Ia lebih kepada krisis Asian versi 2007 (krisis gadai janji subprima di Amerika Syarikat). Ia berkenaan hutang domestik dan kenaikan harga aset yang disebabkan kadah faedah rendah yang berterusan.

“Ini akan menjurus kepada tekanan utama dalam sistem kewangan,” katanya di Petaling Jaya, pagi ini.

Bekas duta British itu berucap semasa Persidangan Ekonomi Global 2016, yang dianjurkan oleh pasukan pemikir Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM), Pusat Kajian Sosio Ekonomi (SERC).

Mendahului senarai negara-negara yang terdedah kepada krisis seumpama itu, Newton berkata, adalah China dan Hong Kong, diikuti oleh Thailand dan kemudiannya, Malaysia.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas penemuan oleh bekas rakan sekerja yang juga ahli ekonomi, Robert Subbaraman.

Subbaraman, katanya, telah mengkaji lima penunjuk berbeza mengenai risiko dalam empat sukuan sebelum ini di pelbagai negara di rantau Asia (tidak termasuk Jepun).

Bagaimanapun, Newton menjelaskan, Subbaraman tidak melihat risiko politik yang boleh menjurus kepada krisis kewangan, dan pilihan raya Majlis Undangan Hong Kong akan datang boleh kemungkinan menjadi pencetus.

“Kedua-dua kami percaya China akan menanganinya (krisis), namun risiko kelemahan adalah besar. Jika China terjebak, saya tidak perlu jelaskan betapa seriusnya keadaan itu kepada kita semua,” katanya.

Pelbagai pihak sebelum ini menyatakan kebimbangan mengenai situasi hutang di Malaysia, sama ada dalam bentuk hutang kerajaan (sebahagian besarnya hutang domestik), hutang isi rumah dan hutang korporat.

Harga RON95, RON97, diesel bagi Jun kekal

SHAH ALAM - Harga minyak RON95, RON97 dan diesel untuk bulan Jun 2016 kekal seperti harga bulan Mei.

Harga runcit petrol RON95 kekal pada RM1.70 seliter dan RON97 pada RM2.05 seliter manakala diesel dijual pada RM1.55 seliter.

Bulan April lalu, RON95 dan RON97 meningkat sebanyak 10 sen namun pada bulan Mei harga tersebut kekal.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...