TERKINI :

Thursday, May 26, 2016

Adakah anda juga akan jual undi? Katakan RM48,000?


Seorang petugas kempen PKR merayu supaya difahami realiti kehidupan rakyat pendalaman Sarawak di tengah-tengah kritikan yang dilemparkan terhadap mereka berhubung isu politik wang.

Leon Lee, memberitahu satu forum di Kuala Lumpur mengenai pilihan raya negeri (PRN) Sarawak malam tadi bahawa beliau terkejut dengan respons media sosial dari Semenanjung Malaysia selepas PRN 7 Mei lalu.

Lee berkata, antaranya kritikan kerana dikatakan menjual undi mereka untuk RM300, manakala yang lain secara tersirat berkata mereka layak mendapat kerajaan yang korup kerana terlibat dalam politik wang.

"Kadang-kadang kita perlu memahami apa yang rakyat Sarawak hadapi - realiti yang membebankan, kesukaran hidup yang mereka hadapi dari hari ke hari.

"Hanya apabila kita faham, maka kita mempunyai peluang untuk menang. Jika kita terus menghentam dan memanggil mereka 'bodoh'; setiap kali mereka tidak mengundi anda, anda tidak kenal pasti puncanya dan anda tidak akan menang," katanya.

Apabila Mahathir istihar nak kempen sokong PAKATAN HARAPAN di 2 PRK, terus buat pimpinan BN meroyan

MANA SATU YANG BETUL?

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2016/05/khairy-mahathir-sungai-besar-kuala-kangsar.jpg
 
Betulkah tak beri kesan, bro?
 

Benarkah juga sokongan kepada BN tak berubah, walau dengan kehadiran Tun Mahathir berkempen untuk calon Pakatan Harapan?
 

MCA berang ‘air jampi dewa’ dibekalkan di sekolah rendah


MCA akan membuat aduan terhadap seorang guru besar di sebuah sekolah rendah di Klang kerana didakwa membenarkan "air jampi" untuk diagih kepada pelajar-pelajar sejak beberapa tahun lalu.

Timbalan Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Klang Tan Bok Koon berkata, beliau mahu Kementerian Pelajaran ‘menggantung’ khidmat guru besar itu sementara siasatan dijalankan.

Beliau juga memberi amaran bahawa akan membuat laporan polis jika perkara itu berulang.

Beliau mendakwa air jampi yang dibekalkan oleh kumpulan yang berpangkalan di Singapura itu mempunyai bacaan mantera dengan tujuan menjadikan pelajar lebih bijak dan mampu mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang.

"Saya mahu mengkritik tindakan ini kerana sekolah bukan tempat yang betul untuk menyebarkan agama peribadi.

Siswa kempen protes PRK, rosakkan undi


Gerakan Mahasiswa Amarah (GeMA) mendesak pengundi di Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar supaya merosakkan undi mereka atau tidak turun mengundi sebagai tanda protes kepada parti-parti politik di negara ini.

Koordinatornya Wafiuddin Rosli berkata parti politik dari kerajaan dan pembangkang tidak lagi menjadi harapan kepada rakyat dan mahasiswa ekoran semakin hari semakin banyak krisis melanda negara.

“Pengundi Sungai Besar dan Kuala Kangsar perlu merosakkan undi dengan simbol tanda seru (!) kepada semua ruang tanda kertas undi pada PRK akan datang.

“Pengundi Sungai Besar dan Kuala Kangsar tidak perlu turun mengundi dan memperbanyakkan amalan bulan Ramadan sewaktu PRK.

“Kempen ini bakal digerakkan bermula sekarang sehingga PRK berlangsung jika mereka (parti politik) tidak dapat menyelesaikan krisis dan permasalahan yang dihadapi segera, kami tidak teragak-agak untuk terus berkempen sehingga PRU14,” katanya di luar parlimen hari ini.

Katanya, PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar tidak ada makna lagi untuk mempertahankan mana-mana parti politik baik kerajaan mahupun pembangkang.

Hadi ucap Terima Kasih kerajaan Najib sebab terima usul, tapi mohon maaf sebab tak dapat bentangkan lagi


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana membenarkan usul Rang Undang-undang Persendirian Akta 355 dibentangkan di parlimen hari ini.

Bagaimanapun, ketika ditanya mengapa usul itu tidak didebatkan pada hari ini, anggota parlimen Marang itu berkata, ia adalah disebabkan kekangan masa.

"Terima kasih pada kerajaan kerana membenarkan usul ini.

"(Beri) peluang masa pada ahli-ahli (parlimen). Hari ini hari terakhir (bersidang)," katanya ringkas.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.

RUU hudud dipercepat, tapi Hadi mohon tangguh sesi depan


Rang Undang-undang peribadi untuk meminta Akta 355 bagi membuka laluan ke arah pelaksanaan hudud di Kelantan diberi keutamaan di parlimen hari ini.

Rang undang-undang yang dibawa oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu dijadual dibahaskan hari ini, hari terakhir sidang parlimen untuk sesi ini.

Hadi bagaimanapun memohon perbahasan itu ditangguhkan ke sesi akan datang, yang akan berlangsung pada 17 Oktober.

Beliau memohon perkara itu bawah Seksyen 15(5) Peraturan Tetap Dewan Rakyat.

Akhirnya terbongkar 1MDB pindah RM16Bilion ke akaun milik Jho Low

*BERITA TRAGIS YG RAMAI RAKYAT MALAYSIA TAK PERASAN*(camna nk perasan asyik dok bergaduh sesama sendiri saja)

*AKHIRNYA TERBONGKAR 1MDB PINDAH RM16 BILION KE AKAUN SYARIKAT MILIK JHO LOW NAMUN SEPERTI BIASA NAJIB SELAKU PENGERUSI 1MDB, MENTERI KEWANGAN DAN PERDANA MENTERI DAKWA TIDAK TAHU MENAHU*

Sebenarnya perkara ini sudah lama dimaklumkan kepada PAC melalui surat kepada pengerusinya iaitu YB Hassan Karim namun pengerusi PAC tersebut yg terkenal dengan komen "cari makan" telah menyembunyikan isi kandungan surat tersebut dari pengetahuan ahli2 PAC lain. 

Ini didedahkan oleh Ahli Parlimen PJ Utara dari DAP YB Tony Pua. Dengan itu terjawablah dimana sumber kekayaan Najib dan kroni2 beliau seperti Jho Low, menantu Riza Aziz dan lain2 lagi.

*BERSATU JATUHKAN NAJIB DAN SERET BELIAU KE MUKA PENGADILAN UNTUK DAPATKAN SEMULA WANG YG HILANG*

Sepatutnya semua rakyat Malaysia ketepikan perbezaan buat sementara dan *BERSATU TUNTUT NAJIB SEGERA LETAK JAWATAN DAN SIASATAN OLEH SURUHANJAYA DIRAJA DILAKSANAKAN KEATAS 1MDB*

Bersatulah wahai rakyat Malaysia demi masa depan negara dan anak cucu tercinta. Semoga Allah SWT selamatkan negara kita. Aamiin

Rayuan oleh
HJ ZAIDI BIN AHMAD
(Bekas Mejar TUDM yg dipecat)
Ahli DAP
#Viralkan demi masa depan negara dan anak cucu tercinta

PH ada kelebihan menang atas BN jika berlaku 3 penjuru di 2 PRK nanti


Pertandingan 3 penjuru dikawasan bukan melayu melebihi 30% memberikan kelebihan pada PH disebabkan faktor bukan melayu sudah serik dengan BN dan hilang kepercayaan pada PAS. 

Jentera Pakatan Harapan perlu memberikan tumpuan pada pengundi bukan melayu kerana BN akan mengempur dan mengunakan seluruh jentera mereka dikawasan ini. Biasanya pengundi bukan melayu kurang memberikan tumpuan serta kurang keluar mengundi di PRK contoh seperti diTeluk Intan. 

Sekiranya Tsunami bukan melayu semasa PRU13 masih kekal ini bakal akan memberikan kelebihan pada calon PH. Pada PRU 13 pengundi bukan melayu (cina) memberikan sebanyak 90% kepada PR. Sekiranya PH cuma memperolehi 80% undi bukan melayu, itu sudah dikira baik dan PH cuma perlu bekerja keras untuk mendapatkan 25% undi melayu. 

Reality yang masih ada.. ada yang makan nasi dengan garam.. ada yang tidur sekeluarga dalam stor..!!!

Sekeluarga tinggal dalam stor

BALING - Seorang ibu kepada tiga anak yang tinggal di sebuah stor barangan berharap permohonan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang dibuat sebelum ini dapat dipercepatkan demi keselesaannya dan anak-anak.

Junaidah Alias, 29, dari Kampung Lanai berkata, ketika ini dia hanya mampu tinggal di stor barangan itu dengan bayaran sewa RM80 hampir dua tahun lalu kerana tidak mampu menyewa rumah lain.

Menurutnya, dia bagaimanapun bimbang dengan keselamatan diri dan anak-anak memandangkan keadaan stor yang tidak selamat.

“Kami terdedah dengan risiko kecurian, takut juga orang masuk tempat tinggal kami,.

"Malah saya juga diberitahu oleh pemilik yang stor ini perlu dikosongkan” katanya di sini, semalam.

Junaidah yang juga bergantung kepada upah menoreh getah dan kedai runcit dengan pendapatan RM500 sebulan juga menanggung kesemua anak yang masih bersekolah.

Lantikan AG dan Ahli Lembaga SPRM atas nasihat PM NAJIB perlu dipinda

Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman

SHAH ALAM - Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAS), Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman mencadangkan Perlembagaan Negara dipinda agar pelantikan Peguam Negara dan ahli lembaga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak dilantik atas nasihat Perdana Menteri.

Abdul Aziz yang juga merupakan pengamal undang-undang berkata, lantikan Peguam Negara dan ahli lembaga SPRM oleh Yang Dipertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri menyebabkan rakyat hilang keyakinan terhadap sistem sedia ada.

"Yang kita tidak berpuas hati adalah dari segi pelaksanaan... kita hendak tukar semua sekali pun susah, jadi saya hendak cadangkan dua perkara yang pertama pelantikan Peguam Negara sekarang oleh YDPA atas nasihat PM.

"Kalau boleh kita pinda perlembagaan ini jangan ada nasihat daripada kerajaan, dan orang politik, sebab kalau ikut cara sekarang, rakyat sudah tidak ada keyakinan, kita lantik orang betul pun orang sudah tidak percaya," katanya pada Wacana Sinar Harian Siri ke-39 akan diadakan hari ini di Dewan Sultan Muhammad ke V, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, dengan tajuk ‘Siapa lebih berkuasa: Pentadbir atau ahli politik?’.

Allah'Huakbar.. ada lagi rakyat Kedah yang Makan nasi berlauk garam

Makan nasi berlauk garam 

GURUN – Tujuh beradik berusia dua hingga 16 tahun bukan sahaja ‘lali’ dihidangkan nasi berlauk garam, malah enam daripadanya terpaksa berhenti sekolah selepas keluarga mereka hilang punca pendapatan.

Ibu mereka yang juga seorang mualaf, Nur Atikah Abdullah, 38, berkata, sebelum ini, dia bekerja di Johor dengan memperoleh pendapatan RM200 seminggu.

Menurutnya, ketika bekerja di Johor, dia akan poskan duit gaji yang diperoleh setiap minggu kepada anak-anaknya.

"Namun selepas empat bulan bekerja di sana, saya ambil keputusan berhenti selepas memikirkan keadaan anak-anak yang tinggal di sini.

"Sejak saya kerja di sana, enam anak saya terpaksa berhenti sekolah sebab tak ada duit dan pengangkutan," katanya.

Nur Atikah berkata, akibat kesempitan hidup, dia juga terpaksa menjual tong gas bagi membeli keperluan dapur.

Sungai Petani - 'Geng Poni' samun waktu pagi guna pisau tumpas

Geng Poni

SUNGAI PETANI - Lima rakan yang aktif dengan samun bersenjata pisau yang dilakukan pada awal pagi di sekitar Kuala Muda akhirnya tumpas apabila ditahan polis, baru-baru ini.

Mereka yang dikenali sebagai 'Geng Poni' sebelum ini dipercayai terlibat dengan enam kes samun menggunakan pisau menjadi keresahan kepada penduduk beberapa kawasan perumahan di daerah ini.

Antara kawasan terbabit ialah Taman Bersatu, Taman Petani, Taman Mutiara, Taman Petani Jaya, Taman Bertam, Pengkalan Lebai Man, Pekan Baru.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, tangkapan ke atas ahli kumpulan itu berikutan hasil perjumpaan yang diadakan oleh pihak polis dengan penduduk taman berkenaan.

"Dengan hasil perjumpaan itu, penduduk meluahkan kebimbangan mereka susulan kejadian-kejadian jenayah didakwa berlaku di kawasan perumahan mereka, sekitar awal pagi.

"Hasil maklumat awal itu, polis berjaya menangkap dan selesaikan beberapa kes samun di daerah ini," katanya pada sidang media, di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda, di sini, hari ini.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...