TERKINI :

Saturday, May 21, 2016

PRK Sungai Besar: Hajat Azmin nak ganti Anwar jadi hero akhirnya kantoi


FreeMalaysiaToday dalam laporan bertajuk "Azmin memang ugut pecat EXCO PAS – Ulama" melaporkan:
Tiga EXCO PAS di Selangor memang diberi kata dua oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya meletak jawatan sekiranya parti Islam itu berkeras mahu bertanding PRK Parlimen Sungai Besar.

Pendedahan itu dibuat Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berdasarkan maklumat yang diterima pihak partinya.

Malah, menurut Khairuddin, penafian yang dibuat Azmin kepada pihak media juga tidak benar.

“Azmin ‘terkantoi’ berbohong kepada wartawan, kononnya tidak pernah arahkan EXCO PAS (Selangor) letak jawatan sedangkan memang ‘confirm’ dia (Azmin) arahkan EXCO PAS meletakkan jawatan jika PAS terus bertanding di Sungai Besar,” katanya kepada FMT. - FMT.
Semalam Astro Awani dalam berita bertajuk "Azmin nafi keluarkan kata dua kepada Exco PAS" melaporkan:
Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali nafi mengeluarkan kata dua kepada Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (Exco) daripada PAS sama ada mereka meletak jawatan atau parti mereka tidak bertanding di dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar bulan depan. - AstroAwani.

'Aura Dr M, pemberontak boleh kalahkan Umno di 2 PRK'

http://mk-cdn.mkini.net/1003/861587c2ce8b676d5b73d4ee5fe19047.jpg
Ketidak mampuan untuk Pakatan Harapan (HARAPAN) and PAS untuk menyediakan calon tunggal mewakili pembangkang pada pilihan raya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar mungkin memberi kelebihan kepada Umno untuk mengekalkan kedua-dua kerusi itu dalam pertandingan tiga penjuru.

Bagaimanapun, penganalisa politik, Wong Chin Huat berkata, penentu utama dalam kedua-dua pilihan raya kecil itu ialah kemampuan Tun Dr Mahathir Mohamad dan konco-konconya untuk menghalang kemaraan Umno.

"Perbalahan tidak akan membantu pembangkang dalam dua pilihan raya kecil itu, mungkin peratusan keluar mengundi akan rendah seperti yang berlaku di Sarawak.

"Namun begitu, penentu utama ialah kemampuan Mahathir dan para pemberontak Umno untuk mengalihkan undi serta sokongan terhadap Umno," beliau memberitahu Malaysiakini.

'Gabenor Bank Negara tahu, izinkan RM2.6b masuk akaun Najib' - JASA

 http://mk-cdn.mkini.net/547/35a2c8d8abc265a68a8484c977ff1ecc.jpg

Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi mendedahkan kandungan pertemuan antara pemimpin Umno dengan presidennya, Datuk Seri Najib Abdul Razak sejurus selepas terbongkar kisah perdana menteri itu telah menerima RM2.6 billion ke dalam akaun perbadinya.

Dalam sesi dialog bersama penuntut Malaysia di Canberra, Australia, Puad berkata, pemimpin Umno meminta untuk bertemu dengan Najib sebaik sahaja the Wall Street Journal menerbitkan berita kemasukan dana itu.

Dengan tidak memberikan butiran tarikh pertemuan tersebut, namun menjelaskan ia berlaku semasa bulan Ramadan antara 15 Jun hingga 15 Julai tahun lalu. Wall Street Journal menerbitkan berita itu pada 2 Julai.

Dalam pertemuan tersebut, Puad berkata, Najib mengakui menerima dana tersebut dan mendakwa telah berbincang dengan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akthar Aziz dan menerima kelulusan bank pusat itu untuk membawa masuk wang itu.

"Bila sampai ke rumah beliau, kami bertanya kepada Datuk Seri Najib betulkah you dapat 2.6 billion. Dia kata betul.

Adakah PH ini betul-betul serius hendak hadapi 2 pilihanraya kecil ini?

Saya sentiasa meneliti komen semua pihak berhubung penyertaan Amanah dan PH dalam pilihanraya kecil Sg Besar dan Kuala Kangsar.

Ada yg berkata sebab Amanah parti baru maka tak perlu bertanding lagi kali ini. Ada yg berkata biar PKR yg bertanding sebab dia orang boleh pujuk PAS supaya tidak bertanding dan dengan itu mengelakkan pertandingan 3 penjuru, sekurang-kurangnya di Sg Besar. Ada yang berkata elok Amanah bertanding 1 kerusi sahaja di Sg Besar dan di K. Kangsar pula biar PAS yg bertanding. Ini untuk mengelakkan pertandingan 3 penjuru. Tak kurang juga yang berkata Amanah bertanding di kedua-dua kerusi ini ......

Saya hormati pandangan semua pihak ini cuma saya ada satu soalan yg kita sama-sama perlu menjawab. APAKAH TUJUAN SEBENAR KITA MENYERTAI PILIHANRAYA KECIL INI?

Tentu ramai akan menjawab tujuannya ialah untuk menang. Memang betul tu tetapi bagi saya, secara peribadi, PRK ini menang bukan menjadi matlamat utama kerana jikalau kita menang kedua-kedua kerusi ini pun BN masih terus memerintah sehingga PRU akan datang. Jangan pula salahtafsir maksud saya. Memang kita nak menang tetapi ia bukan matlamat utama PRK ini. Matlamat utama ialah untuk menghantar mesej kepada rakyat bahawa PH yg merupakan gabungan baru pembangkang telah bersedia untuk menghadapi BN dalam mana-mana pilihanraya dan juga mengambil alih Putrajaya dalam PRU nanti. Kita juga ingin melihat trend sokongan yg jelas kepada PH walaupun terpaksa berdepan dengan pertandingan lebih 2 penjuru supaya dapat dibuat persiapan dalam masa 2 tahun ini sebelum PRU.

Apa yang lebih penting ialah penyertaan PH sebagai satu gabungan pembangkang yang bersatu dan mantap dalam PRK ini untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa PH sudah bersedia menggantikan BN dalam PRU akan datang. Dan kalau PAS serius mahu menentang BN maka mereka perlu datang berbincang dgn PH untuk turut bersama dan bukan menubuhkan Blok merepek-repek atau berbincang melalui orang tengah keperluan dan kehendak mereka. Datang berbincang terus dengan PH dan jangan menggunakan broker pula. Malah PH dah bercakap berkali-kali bahawa pembangkang perlu bersatu di bawah PH. Kita menunggu......

Seperkara lagi kita dah tegaskan dari dahulu bahawa Amanah ini ditubuhkan antara tujuannya ialah untuk ambilalih tempat PAS dalam PH. Maka selagi tiada perbincangan semula pengagihan kerusi-kerusi secara menyeluruh antara PKR, DAP dan Amanah maka semua kerusi-kerusi yang ditandingi PAS sebelum ini selayaknya ditandingi oleh Amanah. Segala pendekatan lain akan dilihat sebagai membuli Amanah dan menjadikan PH bahan ketawa orang.

Kita bukan nak lawan PAS. Musuh utama PH ialah BN. Tetapi oleh kerana PAS tiada dalam PH maka kita tidak dapat mengawal tindakan mereka. Maka utamakan keutuhan PH dulu. Samada PAS turut bertanding atau tidak itu hak mereka dan sepatutnya tidak menjejaskan gerak kerja kita.

PRK ini mungkin yg terakhir sebelum PRU akan datang. Ini peluang terbaik untuk kita buktikan kepada rakyat bahawa PH serius untuk menghadapi BN dalam PRU akan datang dan bersedia mengambilalih kerajaan persekutuan drp BN. Jika kita masuk PRK ini dalam keadaan PH kelihatan seperti hidup segan mati pun mahu dan PAS terus dimanjai walaupun semua tahu mereka punca perpecahan PR maka ucap selamat tinggal ajalah kepada Putrajaya!

Ir. Izham Hashim
21 Mei 2016

K'jaan Negeri P.Pinang nafi beri dakwaan tak seimbang kepada sekolah berteraskan agama

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Kerajaan Negeri pada tahun 2016 sahaja menyalurkan RM390,000 kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) sebagai pemberian saguhati atau ex-gratia kepada 1,500 guru KAFA berdaftar.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, pemberian sumbangan tambahan ex-gratia sebanyak RM50 tiap-tiap bulan kepada guru agama yang terbabit Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA), sejak tahun 2008 lagi.

"Adalah tidak benar sama sekali dakwaan bahawa peruntukan Kerajaan Negeri kepada sekolah berteraskan agama Islam adalah tidak seimbang.

"Sebenarnya jumlah yang diberikan sejak 2008 untuk semua sekolah dan pendidikan agama Islam adalah sebanyak RM41.6 juta dan bukanlah RM1.75 juta setahun seperti yang didakwa," katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih.

Beliau yang juga Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Penerangan, Kebudayaan & Kesenian, Warisan dan Hal Ehwal Bukan Islam memberikan penjelasan tersebut kepada beberapa ADUN Pembangkang pada Sesi Penggulungan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang di sini, petang tadi.

Difahamkan, Kerajaan Negeri saban tahun sejak 2010 memperuntukkan pelbagai pemberian bantuan khas kewangan dan 'bonus raya' kepada guru-guru KAFA.

"Mulai tahun 2012, (Kerajaan Negeri) telah menyediakan bajet untuk tujuan pemberian saguhati Hari Raya Aidilfitri kepada guru-guru Sekolah (Agama Rakyat, SAR), tahfiz Al-Quran, guru-guru pondok dan TADIS (Tadika Islam).

Mahathir: Menang pun PAS cuma jadi hamba BN

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2015/12/Mahathir3.jpg
Untuk menumpulkan usaha menjatuhkannya sebagai perdana menteri (PM), Najib Razak cuba menjadikan gerakan rakyat sebagai gerakan parti-parti pembangkang. Itu tidak benar.

Mereka yang menandatangani deklarasi rakyat adalah orang biasa, kebanyakannya bukan pun ahli mana-mana parti politik.

Ia juga cuba mengatakan yang saya telah menyertai pembangkang. Dia tidak menghiraukan bahawa deklarasi itu tidak dibuat atas nama parti-parti pembangkang tetapi di atas nama rakyat Malaysia.

Saya bersama gerakan ini sebagai seorang rakyat, bukan sebagai ahli parti politik. Saya juga tidak menyertai mana-mana parti.

Rakyat tidak mendesak untuk menjatuhkan erajaan tetapi sekadar menjatuhkan Najib. Jika Najib digugurkan, parti majoriti masih juga BN.

Dengan itu BN akan terus berkuasa dan berhak memilih perdana menteri baru.

Tetapi tentulah PM yang dipilih bukan seperti Najib, yang didakwa amalkan rasuah untuk memenangi pilihan raya dan sokongan dari parti.

Apabila Sarawak mengadakan pilihan raya negeri dan BN menang Najib mendakwa kemenangan dirinya sebagai PM, sebenarnya kemenangan itu disebabkan dasar Adenan Satem yang utamakan Sarawak.

Apabila saya desak supaya BN dikalahkan dalam pilihan raya kecil di semenanjung, sebabnya ialah supaya Najib tidak boleh dakwa kemenangan itu sebagai penerimaannya sebagai PM.

Pilihan raya kecil ini adalah pertandingan antara rakyat dengan Najib. Ia bukan pertandingan antara mana-mana parti lawan dengan BN. Oleh itu saya gesa supaya rakyat mengalahkan calon Najib. Kekalahan BN bermakna kemenangan rakyat melawan pemerintahan kuku besi Najib.

Rakyat perlu sokong siapa juga yang melawan BN sebagai calon rakyat. Tetapi jika rakyat meletak lebih dari satu calon, perpecahan di kalangan rakyat akan memberi kemenangan kepada BN.

Rakyat perlu letak hanya satu calon sahaja. Malangnya jika Hadi Awang meletakkan calon PAS, ini juga akan menolong BN jika rakyat letak calon melawan BN dan PAS.

Sebab itu untuk mengelak perpecahan di kalangan rakyat, jika PAS letak calon, rakyat perlu bagi sokongan padu kepada calon PAS supaya PAS menang besar dan BN kalah besar.

Kalaupun PAS menang, ia tidak dapat mendirikan kerajaan. Ia cuma akan menjadi hamba kepada BN yang memiliki lebih ramai wakil darinya.

PAS mungkin juga pura-pura menamakan calon tetapi apabila rakyat tidak meletak calon, PAS akan menarik diri supaya BN menang tanpa bertanding. Kita tidak akan hairan jika ini dilakukan oleh PAS.

Hadi nampaknya sudah terima cash is king Najib walaupun dunia anggap Najib sebagai pemimpin yang kuat rasuah. Itu pilihan Hadi dan itu memanglah haknya. Sebab itulah PAS berpecah.

Rakyat perlu ingat bahawa gerakan untuk menjatuhkan Najib adalah gerakan rakyat. Ia bukan gerakan mana-mana parti pembangkang tertentu.

Hanya apabila Najib tidak lagi menjadi PM baharulah demokrasi dapat dikembalikan dan segala tuntutan parti-parti boleh diperjuangkan. Setelah demokrasi kembali rakyat boleh tentukan tuntutan apa yang mereka akan sokong dan siapa yang akan memimpin negara.
------------------------------------------------------------------------------------
TUN MAHATHIR MOHAMAD bekas perdana menteri. Tulisan ini disiarkan kali pertama di blog beliau dengan judul The citizens vs Najib.

Anina bawa pertikaian keahlian Umno ke mahkamah tertinggi

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2015/08/Anina-Saadudin-najib-umno.jpg
Bekas ahli Umno Langkawi Anina Saadudin membawa kes pelucutan keahliannya dalam Umno kepada mahkamah tertinggi di negara ini.

Peguamnya, Mohamad Hanif Khatri Abdulla berkata permohonan bagi kebenaran untuk rayuan telah difailkan di Mahkamah Persekutuan semalam.

Sebelum ini dilaporkan bahawa Anina telah dipecat daripada Umno selepas memfailkan saman terhadap presiden parti dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana mahu beliau mengembalikan sumbangan RM2.6 bilion kepada parti.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah menghantar surat bertarikh 1 Sept dan 2 kepada Anina untuk menyatakan bahawa dia tidak lagi menjadi ahli parti akibat daripada tindakan mahkamah itu.

Susulan itu, Anina memfailkan saman terhadap Tengku Adnan dan setiausaha penganjur, Datuk Abdul Rauf Yusoh, untuk mencabar pemecatan berkenaan.

Di Mahkamah Tinggi, maka pesuruhjaya kehakiman ketika itu, S Nantha Balan berkata mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan Anina untuk mencabar pemecatannya.

"Mahkamah terikat dengan keputusan sebelum ini bahawa mana-mana anggota parti yang memfailkan tindakan mahkamah tidak lagi menjadi anggota parti. Seksyen 18C Akta Pertubuhan 1966 tidak membenarkan perkara itu diputuskan," kata Nantha Balan.

Bulan lalu, Anina gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan selepas panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk David Wong Dak Wah memutuskan bahawa mahkamah terikat dengan keputusan yang dibuat dalam kes presiden MyPPP Tan Sri M Kayveas.

Seksyen 18C Akta Pendaftar Pertubuhan menyatakan bahawa apa sahaja keputusan yang dibuat oleh parti politik tertentu, sama ada betul atau salah, tidak tertakluk kepada kajian semula oleh mahkamah dan apa jua pertikaian yang timbul perlu diselesaikan di luar mahkamah.

"Keputusan parti politik adalah muktamad dan konklusif dan keputusan itu tidak boleh dicabar," kata Hakim Wong dalam penghakiman sebulat suara.

Mahathir bimbang PAS beri BN menang tanpa bertanding

http://media.therakyatpost.com/wp-content/uploads/sites/4/2015/08/mahathir_M.jpg
Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru pertandingan satu lawan satu antara "calon rakyat" dengan BN dalam dua pilihan raya kecil bulan depan.

Bekas perdana menteri 22 tahun itu menyeru orang ramai memberi kemenangan besar kepada lawan BN, seperti PAS.

Beliau bagaimanapun mempunyai kebimbangan terhadap 'pengkhianatan' PAS menarik diri dan memberikan kemenangan percuma kepada BN.

"PAS mungkin juga pura-pura menamakan calon tetapi apabila rakyat tidak meletak calon, PAS akan menarik diri supaya BN menang tanpa bertanding.

"Kita tidak akan hairan jika ini dilakukan oleh PAS.

"(Presiden PAS Datuk Seri) Hadi (Awang) nampaknya sudah terima cash is king Najib walaupun dunia anggap Najib sebagai pemimpin yang kuat rasuah," dakwanya.

"Itu pilihan Hadi dan itu memanglah haknya. Sebab itulah PAS berpecah."

Selepas El Nino, Jabatan Bomba bersiap sedia depani La Nina

https://lintvwivb.files.wordpress.com/2016/04/la-nina-watch.jpg?w=650
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah bersedia sepenuhnya berdepan sebarang kemungkinan bencana alam berikutan fenomena La Nina yang dijangka melanda negara bulan depan.

Ketua Pengarah JBPM Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim berkata selain aspek keanggotaan, persiapan lain termasuklah menyediakan peralatan dan jentera yang akan digunakan memandangkan fenomena La Nina membawa hujan lebat dan menyebabkan banjir.

"Dalam berdepan hal ini, kita sudah bersedia dan membuat persiapan sebaiknya terutama dari segi pembelian peralatan khusus dengan menjadikan kejadian banjir besar pada 2014 sebagai panduan.

"Banjir pada waktu itu agak luar biasa...jadi kita lihat semula setiap persiapan logistik dan pada tahun ini, kita membuat beberapa perolehan aset kira-kira RM100 juta untuk pembelian kemudahan dalam berdepan kemungkinan banjir," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan Pingat Kebesaran JBPM kepada 370 penerima di sini hari ini.

Wan Mohd Nor berkata antara aset khusus yang dibeli dari dana tersebut ialah bot, lori serta lebih 200 set generator untuk menyambung bekalan elektrik yang terputus.

Malah, JBPM juga sedia membekukan cuti anggota jika keadaan memerlukan, katanya.

Pada majlis berkenaan, pengiktirafan turut diberikan kepada pemimpin masyarakat, pegawai kerajaan serta pihak media yang memberi sumbangan kepada JBPM sepanjang tahun lalu.

Bekas Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM Datuk Mahadi Md Ali menjadi penerima tunggal Bintang Jasa Bomba (BJB), pengiktirafan tertinggi atas sumbangan serta komitmen sepanjang tempoh perkhidmatannya.

Sebanyak 16 pengamal media daripada pelbagai agensi termasuk Bernama menjadi antara 275 penerima Pingat Cemerlang Bomba (PCB), pengiktirafan atas jasa serta sumbangan memberi liputan menyeluruh kepada JBPM.

- Bernama





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...