TERKINI :

Thursday, May 19, 2016

Benarkah Isu Muhyiddin, Mukhriz tak penting atau Umno takut nak pecat mereka

Isu Muhyiddin, Mukhriz tak penting buat masa ini

Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa meminta supaya tiada pihak membuat spekulasi berhubung tindakan yang akan diambil terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Malah, beliau juga berkata, keputusan yang bakal dikenakan terhadap Muhyiddin serta bekas menteri besar, Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir adalah tidak penting buat parti ketika ini.

"Pada saya, tak perlu buat spekulasi kerana macam saya katakan, apa yang dilakukan mereka bukan sesuatu yang penting buat parti untuk diambil apa-apa tindakan buat masa ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Sebelum ini, Datuk Seri Nazri Aziz mahu membawa usul supaya Muhyiddin, Mohd Shafie dan Mukhriz dipecat dalam mesyuarat majlis tertinggi (MT) Umno akan datang.

Selain itu, di tanya sama ada isu melibatkan dua pemimpin tersebut akan memberi kesan terhadap BN pada pilihan raya kecil akan datang, anggota parlimen Ketereh itu berkata masalah dalaman kini dihadapi oleh semua parti dan bukan Umno sahaja.

"Sebenarnya kita parti politik ini sama sahaja. PAS pun ada masalah dalaman, sekarang ini PKR pun ada masalah dalaman begitu juga DAP dengan pemecatan wakil rakyat dan sebagainya.

"Jadi sebagai sebuah parti politik, kita harus anggap setiap parti ada masalah tertentu tapi tak semestinya dia terjejas kerana dalam pilihan raya ia melibatkan orang ramai dan bukan ahli parti sahaja," katanya.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada Selasa lalu memberitahu bahawa satu laporan oleh Lembaga Disiplin Umno mengenai kedudukan Muhyiddin dalam parti itu telah disiapkan dan akan diserahkan kepada MT Umno.

Muhyiddin bagaimanapun berkata, kenyataan Tengku Adnan itu menggambarkan proses tuduhan pelanggaran disiplin terhadapnya dibuat tanpa mengikut tatacara dan prosedur yang betul.

Najib ubah Umno jadi 'najis', kata Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memulang paku buah keras terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Mahathir menuduh Najib menjadikan Umno sebagai hak milik peribadinya.

Dalam dua majlis berasingan, bekas perdana menteri itu merujuk kepada bagaimana Umno telah menjadi 'najis'.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab tuduhan Najib sebelum ini yang menuduhnya menikam parti yang telah banyak memberi manfaat besar kepada ahli keluarganya.

Ini ekoran gesaan Mahathir supaya pembangkang bersatu untuk mengalahkan BN pada dua pilihan raya kecil akan datang.

"Beliau dan keluarganya dapat banyak manfaat daripada kedudukan sebagai PM dan ini kerana kekuatan UMNO dan BN.

"Jadi bila dia suruh orang menolak parti yang banyak berjasa, maka terdapat reaksi yang negatif terhadap pendirian beliau yang tidak mengambil peduli langsung apa yang diterima sebagai manfaat kerana tanpa BN dan UMNO beliau tidak akan jadi perdana menteri, takkan jadi menteri," kata Najib.

Mengulas lanjut mengenai dakwaan Najib itu, tambah Mahathir, Najib juga mengaut banyak manfaat sepertinya tetapi dalam keadaan yang berbeza.

"Beliau juga meraih banyak manfaat dari Umno,” ujar Mahathir. “Tetapi saya tidak menjadikannya (Umno) sebagai hartanah peribadi.”

"Kini beliau menukar Umno kepada ‘najis', saya maksudkan Najib," beliau memberitahu media di Subang Jaya.

Beliau turut mengutarakan kenyataan yang kasar dan kesat semasa sesi soal jawab sebelumnya.

BN Hilang sejuta undi sekiranya peniaga online dicukai – IKHLAS

PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) akan hilang lebih sejuta undi sekiranya kerajaan mengenakan cukai keatas perniagaan dalam talian (online) tahun hadapan.

Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana (IKHLAS), Mohd Ridzuan Abdullah berkata ramai dalam kalangan peniaga atas talian merupakan peniaga muda yang menceburi bidang keusahawanan untuk mencari rezeki.

Katanya, golongan peniaga kecil ini akan membantah sekiranya kerajaan menambahkan beban mereka dengan cukai baharu disaat mereka terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi.

“Sekiranya kerajaan terus melaksanakan cukai keatas perniagaan atas talian, kedudukan BN akan terjejas kerana dari segi sokongan golongan muda akan hilang malah lebih satu juta undi (kepada) BN akan hilang pada PRU akan datang.

“Disaat rakyat ketika ini sedang menghadapi peningkatan kos sara hidup, jangan melampau sangat menekan rakyat,” katanya kepada FMT.

IKHLAS menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) supaya membatalkan cadangan tersebut.

Sebaliknya, IKHLAS menggesa Menteri Datuk Seri Hamzah Zainudin supaya turun padang dan menyelesaikan isu-isu pengguna yang belum diselesaikan.

“Menteri KPDNKK jangan terlalu nak menekan rakyat, turun padang selesaikan isu lain dahulu, jangan hanya pandai bercakap tapi kerja tak buat, saya tengok menteri ini sejak dia pegang jawatan banyak bercakap dari buat kerja,” katanya.

Sehubungan itu beliau menyokong cadangan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin supaya satu kajian terperinci dijalankan sebelum melaksanakan cukai tersebut kerana bimbang ia akan memberi kesan kepada peniaga kecil.

Pakar arkeologi dunia bincang tamadun Kedah Tua Sabtu

 kedah-tua
KUALA LUMPUR: Pakar sintesis kajian DNA terkemuka Prof Dr Stephen Oppenheimer dari University Oxford, United Kingdom adalah antara 29 pakar arkeologi dunia yang akan membincangkan mengenai Kedah Tua di Sungai Petani, Kedah selama dua hari mulai Sabtu ini.

Oppenheimer, 69, yang juga ahli genetik dan penulis, pakar yang diiktiraf dunia dalam sintesis kajian DNA dengan bukti arkeologi dan lain-lain untuk menjejaki migrasi purba, akan menyampaikan ucaptama bertajuk ‘Kepentingan Semenanjung Malaysia semasa Prasejarah dan Peradaban’ sempena penganjuran Persidangan Antarabangsa Kedah Tua.

Persidangan itu anjuran Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (CGAR) Universiti Sains Malaysia (USM), Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), Jabatan Warisan Negara, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Kerajaan Negeri Kedah, Malaysian Inbound Tourism Association (MITA) dan Pertubuhan Akitek Malaysia (PAM).

Ia bertujuan mengetengahkan Kedah Tua dan kepentingannya dalam rantau Asia Tenggara serta arkeologi global.

Kenapa pesawat RM920k simpan dalam parkir bas?

pesawat
PETALING JAYA: Sebuah pesawat bernilai hampir RM920,000 yang dibeli Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) untuk kegunaan kursus Teknologi Kejuruteraan Aeronautik terpaksa diletakkan di kawasan parkir bas sejak empat tahun lalu gara-gara tiada kekangan bajet.

China Press memetik Laporan Ketua Audit Negara 2015 Siri 1 sebagai memaklumkan, sebuah kawasan parkir bas telah diubah suai untuk dijadikan hangar pesawat Lear Jet 24 Series itu.

Dalam laporan itu, menerusi tender terbuka pada 25 Ogos 2011 universiti itu memperuntukkan RM913,995 untuk melantik syarikat Global Aerospace bagi membekal dan menguji pandu pesawat berkenaan bagi tujuan pembelajaran dan pengajaran di UTHM.

Pesawat itu tiba di universiti berkenaan pada 23 April 2012 dan kegunaan utamanya adalah untuk program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Aeronautik (Penerbangan Profesional) dan (Senggara Pesawat).

Bagaimanapun, lawatan fizikal audit pada 9 September 2015 dan 20 Oktober 2015 mendapati lokasi penyimpanan pesawat itu tidak sesuai dan tidak memenuhi ciri-ciri keselamatan, justeru ia boleh menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran.

Pejabat MB Selangor, pemimpin PKR nafi kata dua pada PAS

azmin
PETALING JAYA: Pejabat Menteri Besar Selangor dan pemimpin PKR menolak laporan berita menyatakan Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali mengeluarkan kata dua kepada PAS untuk tidak bertanding di PRK Sungai Besar.

Dalam laporan di Malay mail Online, sumber di Pejabat MB berkata Azmin juga konsisten dalam menyokong hubungan membina dengan PAS.

Exco PKR Elizabeth Wong dan Naib Presiden PKR Tian Chua juga menolak laporan itu.

Tian Chua berkata PKR masih dalam perbincangan dengan PAS berhubung siapa yang akan mengambil kerusi itu.

Terdahulu hari ini, The Star Online melaporkan Azmin memberitahu tiga exco PAS Selangor mereka perlu meletak jawatan pada Isnin ini jika PAS masih berdegil dengan keputusan mereka untuk bertanding di PRK Sungai Besar.

SELEPAS WARKAH DARI PENJARA, ADAKAH IA TANDA2 ANWAR AKAN BEBAS LEBIH AWAL?

Shahbudin Husin,

http://4.bp.blogspot.com/-hWLdqnIYdjM/VUDdfRydIwI/AAAAAAAASxE/4h4cNIGnXj4/s1600/Warkah-Anwar-Untuk-Pengundi-Permatang-Pauh.jpg
Fakta lain yang terkandung dalam warkah dari penjara yang ditulis oleh Anwar Ibrahim ialah - "Dan tolong jangan percaya yang mengaku sebagai "sumber sahih, dipercayai"  yang mana Najib telah menghantar utusan bertemu saya dan telah berlaku satu pertemuan dengan Zahid di HKL minggu lepas.

"Ini adalah fitnah dan disebarkan dengan niat untuk melahirkan kesangsian dan perbalahan."

Mengapa, sementara Anwar melahirkan kebimbangan terhadap Tun Mahathir dan projek Deklarasi Rakyatnya sambil meminta pimpinan PKR agar sentiasa berwaspada terhadap bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu, beliau sendiri yang turut membangkitkan mengenai pertemuan sulit dengan geng Najib yang khabar anginnya tidak banyak pun diperbualkan oleh orangramai?

Ada yang mengatakan, selain mengadakan pertemuan dengan Zahid, Najib juga menghantar wakilnya iaitu Azeez Abdul Rahim, Pengerusi Tabung Haji untuk bertemu Anwar.

Adakah Anwar secara halus sedang cuba memberitahu sesuatu di sebalik warkahnya itu?

Krisis Di Selangor : Exco PAS Mungkin Dipecat


PETALING JAYA : Ahli Exco Selangor dari PAS diminta meletak jawatan pada Isnin jika parti itu masih tetap dengan pendirian untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar.

Kata dua itu dilaungkan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mahu PKR bertanding di kerusi tersebut.

Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR menujukan kata dua itu kepada Datuk Iskandar Samad yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor dan beberapa exco PAS yang lain iaitu Datuk Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib selepas mesyuarat Exco di sini Rabu.

Namun, sumber PAS Selangor berkata kepimpinan tertinggi parti memutuskan untuk terus bertanding selepas mengadakan mesyuarat dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang di kediamannya di Rusila, Terengganu.

Tiga ahli exco Selangor dan beberapa pemimpin parti itu telah berlepas ke Terengganu pada Rabu untuk mengadakan mesyuarat tergempar.

PRK - 2 penjuru di Sg Besar, 3 penjuru di Kuala Kangsar

Oleh Timmy Say


Masalah 2 pilihanraya kecil di antara pembangkang:

1. Kedua-dua kerusi Sg Besar dan Kuala Kangsar adalah kerusi tradisi yang ditandingi PAS sejak 1959, dan kerana itu, PAS tidak mungkin dapat mengundurkan diri.

2. PAN merasakan mereka adalah pengganti PAS di dalam Pakatan Harapan, dan oleh itu, mereka turut ingin bertanding untuk ‘test market’ dan terus dilihat sebagai pengganti PAS.

3. PKR, terutamanya Menteri Besar Selangor, tidak mahu berasa serba-salah siapakah yang harus disokong di Sg Besar sekiranya berlaku tiga penjuru, di mana dua pembangkang bertanding melawan BN yang bakal mengundang kekalahan.

Cadangan penyelesaian:

Selangor adalah kerajaan milik pembangkang. Sg Besar yang terletak di dalam Selangor sewajarnya dilihat sebagai medan pertempuran antara kerajaan negeri Selangor dan kerajaan pusat yang diterajui BN.

Oleh itu, calon yang diturunkan di Sg Besar mestilah calon yang dapat dilihat sebagai mewakili kerajaan Selangor. Memandangkan kerusi itu sentiasa ditandingi PAS selama ini, maka pembangkang wajib memilih salah seorang Adun PAS daripada kerajaan Selangor untuk mewakili pembangkang bertandign di Sg Besar.

Rakyat bertanggungjawab bayar hutang 1MDB, bukan Najib: Muhyiddin

Oleh Athirah Huda Zalhe

MUHYIDDIN 1
BANGI, Selasa – Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan rakyat supaya berhenti menganggap syarikat sarat hutang milik kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai masalah yang tidak berkaitan dengan mereka.

Sebaliknya tegas beliau, rakyat adalah pihak yang bertanggungjawab dalam menanggung beban hutang yang terdapat dalam syarikat tersebut.

“Saya dah pergi banyak tempat, dan ramai yang kata Tan Sri jangan ceritalah pasal 1MDB tak habis-habis. Apa kena mengena dengan saya?

“Dia tak faham? 1MDB banyak kaitan dengan kamu. Sebab kamu bertanggungjawab untuk membayar hutangnya. Siapa yang akan bayar the all those liabilities? Kerajaan.

“Kerajaan siapa? Kerajaan kamu. Duit siapa? Duit kamu! Bukan Najib yang nak bayar tetapi rakyat yang kena tanggung hutang berpuluh-puluh bilion hutang tidak berbayar. RM50 bilion rakyat kena bayar,” katanya ketika berucap pada program Bicara Tokoh di Batu Pahat, semalam

Politik simplistik Nik Amar tidak untungkan Pas

Pemangku MB Kelantan
Penganalisa dan pemerhati politik yang baharu pertama kali mendengar atau mengikuti bagaimana cara Mohd Amar Nik Abdullah (Nik Amar) berpolitik (mengeluar kenyataan dan pandangan) mungkin menganggap beliau seorang ahli politik moden yang canggih. Memang bagi generasi baharu suka cara politik "berus" Nik Amar.

Sebaliknya mereka yang sudah lama mengikuti pemangku MB Kelantan ini berpolitik, atau mengikuti kenyataan politiknya yang simplistik serta menilai sejauh mana ilmu siasahnya akan tersenyum panjang dan tidak berasa apa-apa kepelikan kepada apa yang berlaku. Itulah bahasa politik Adun Panchor ini.

Kenyataan berupa kritikan Nik Amar kepada kumpulan serpihan Pas yang kini telah menubuhkan Parti Amanah Negara, dalam satu majlis taklimat, sesuatu yang dikesalkan dan menggambarkan tahap tinggi rendah dan dalam tohor cara Nik Amar berpolitik. Karisma dan intelektuasiti politiknya tergambar dalam tingkah laku dan kenyataan politiknya seperti itu.

Dalam usaha beliau menyerang Amanah bagi memastikan penyokong Pas dan rakyat Kelantan tidak memberi perhatian kepada kewujudan Amanah, Nik Amar telah memberi amaran (berupa ugutan - predection) awal-awal lagi dimana sekiranya Pas kalah di Kelantan dalam pilihan raya akan datang, kekalahan itu ialah disebabkan Amanah. Amanah bertanggungjawab atas keruntuhan kerajaan peninggalan Tokguru Nik Aziz.

Rafizi persoal kenapa FGVSB beli kondominium

KENYATAAN


Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli yang terkenal dengan kisah pembongkaran berbagai-bagai kelemahan dan penyelewengan pihak Kerajaan hari ini membuat satu lagi kenyataan akhbar menyatakan kemusykilannya terhadap Felda Global Ventures Holdings Berhad yang membeli dua buah kondominium di luar negara bernilai RM8.4 juta lebih dalam keadaan kewangan semasa syarikat itu lemah.

Berikut adalah kenyataan media Rafizi:

18 MEI 2016

APA KEGUNAAN 2 KONDOMINIUM MEWAH MILIK FGV BERHARGA RM8.4 JUTA PADA MASA PRESTASI FGV MASIH MENGECEWAKAN?

Umum mengetahui bahawa Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) tidak mencapai prestasi yang baik sejak mula-mula disenaraikan. Harga sahamnya terus merosot sejak disenaraikan dalam bulan Julai 2012 hingga sekarang (seperti di bawah):

Prestasi FGV sudah tentu menjadi perhatian rakyat kerana sahamnya banyak dipegang oleh institusi awam. Enam pemegang saham terbesar adalah institusi awam yang melibatkan rakyat terbanyak melibatkan wang rakyat sekitar RM10 bilion (mengambil kira harga semasa diterbitkan) seperti berikut:

Hudud sukar jika pencuri balak pun tak boleh cari

BALAK 
KUALA LUMPUR - Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa mempersoalkan bagaimana Kerajaan Negeri Kelantan mahu laksanakan hudud jika masalah pembalakan haram di negeri itu tidak dapat diatasi.

"SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) pun sahkan ada berlaku pembalakan haram di Kelantan.

"Macam mana mahu laksana hudud kalau pembalak haram Pas hanya biar dan tidak boleh ambil tindakan?" katanya dalam program Dialog Bersama Husam Musa di sini, semalam.‎

Menurutnya lagi, Pas Kelantan perlu bertindak menangani masalah pembalakan haram yang terjadi secara meluas di negeri itu.

"Dalam hudud, hukum mencuri dipotong tangan. Usahkan potong tangan, potong kuku (pembalak haram) pun kita tak boleh," bidasnya.

Rakaman video dialog Bersama Husam Musa - Kenapa Pecat Saya..!!??


Jabatan Audit - Projek rumah mangsa banjir gagal

audit 2015

KUALA LUMPUR - Laporan Ketua Audit Negara tahun 2015 Siri 1 menyifatkan matlamat kerajaan untuk membantu mangsa banjir kembali kepada kehidupan asal dengan segera tidak dapat dicapai.

Hal ini berikutan kelewatan projek pembinaan rumah kekal baharu (RKB) yang dirancang atas faktor di luar kawalan.

"Seperti proses pengambilan tanah, halangan ke tapak projek dan sebagainya," kata laporan itu.

Semakan Jabatan Audit Negara terhadap prestasi kewangan projek setakat 8 Januari 2016 mendapati sejumlah RM 75.95 juta (30.70%) bagi projek RKB dan baik kerja pembaikan rumah telah selesai dibelanjakan daripada RM246.73 juta yang diperuntukan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Laporan tersebut juga menyebut seramai 172,981 mangsa telah didaftarkan dalam sistem ePasca Banjir setakat 17 Januari 2016 dan Audit mendapati seramai 116 penerima bantuan dan 155 penerima bantuan pembaikan tidak didaftarkan.

Kutipan tol "elektronik" aka "prepaid" aka "bayar dahulu" akan dilaksanakan sepenuhnya mulai 1 Jun

tol
KUALA LUMPUR - Kutipan tol secara elektronik (ETC) sepenuhnya akan dilaksanakan di 18 buah plaza tol bagi enam lebuh raya bermula dari jam 12 tengah hari 1 Jun ini.

Timbalan Yang Dipertua Persatuan Syarikat-Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia, Sazally Saidi berkata, pelaksanaan itu dibuat selaras dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan lagi tahap kecekapan pembayaran tol di negara ini.

"Dengan pelaksanaan kutipan tol secara elektronik ini, pengguna lebuh raya perlu menggunakan sama ada kad Touch 'n Go atau SmartTAG untuk melakukan transaksi bayaran tol di plaza tol berkenaan.

"Untuk melancarkan operasi tol di kesemua plaza tol, pihak konsesi lebuh raya terbabit akan memastikan kemudahan lorong tambah nilai dan penjualan kad Touch 'n Go di lorong beroperasi 24 jam serta kakitangan akan ditempatkan di lorong bagi membantu masalah yang dialami pengguna," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Kedah Akhiri Kemarau Kemenangan, Kahe Akhiri Kemarau Jaringan

KEDAH berjaya mengakhiri 'kemarau' kemenangan dengan menewaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2-0 dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Aman, Rabu malam.

Menariknya, jaringan itu dihasilkan oleh penyerang yang mengalami 'kemarau' panjang untuk mencipta gol sejak bersama pasukan berkenaan pada Januari lalu iaitu Carlos Eduardo De Souza atau Kahe.

Dalam perlawanan itu, Kedah yang diperkuatkan oleh pemain mudanya tidak dapat menyembunyikan 'kehausan' jaringan apabila memperolehi gol pada minit pertama perlawanan.

Jaringan tersebut dihasilkan Kahe selepas pergerakannya tidak dihalang oleh pertahanan lawan sebelum dapay melepaskan rembatan.

Penjaga gol pelawat, Wilfred Jabun yang kelihatan tergamam dengan situasi tersebut gagal mempertahankan gawangnya.

Ada sapa-sapa pie gerak Mat Bashah, Man Bedon & Suraya sat.. pie habaq kisah 4 beradik nie kat depa..

Empat beradik berhenti sekolah

Empat beradik berhenti sekolah

PENDANG - Empat adik beradik berusia tujuh hingga 14 tahun dari Ampar Kiri, di sini, terpaksa berhenti sekolah akibat kemiskinan hidup.

Ibunya, Manlee Daeng, 49, berkata, kesemua anaknya itu terpaksa berhenti sekolah kerana tidak mampu menampung perbelanjaan persekolahan mereka.

Menurutnya, sebelum ini mereka tinggal di Kodiang, Kubang Pasu, namun terpaksa berpindah ke daerah ini kerana sewa kediaman jauh lebih rendah.

“Walaupun sewa kediaman ini murah, tapi ia tak dilengkapi dengan kemudahan asas kerana kami tak mampu sediakan semua itu.

“Kami terpaksa guna air sungai di belakang rumah atau bergantung sedekah jiran terdekat untuk keperluan harian kerana tiada kemudahan bekalan air,” katanya.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...