TERKINI :

Monday, May 16, 2016

Ku Nan tidak nafi rasuah punca banjir kilat di KL

KUALA LUMPUR: Kementerian Wilayah Persekutuan tidak menolak rasuah sebagai punca berlakunya banjir kilat di Kuala Lumpur.

Menterinya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan termasuk terhadap sub kontraktor serta pegawai penyelia yang seharusnya menyelia kontrak tersebut.

“Kementerian masih belum terima laporan penuh, tetapi saya dimaklumkan kontraktor yang diberikan kontrak menawarkannya kepada pihak lain.

“Kami ada ratusan kontraktor dan sesetengahnya pula mempunyai sub-kontrak yang menguruskan kerja pembersihan dan penyelenggaraan. Kita perlukan sistem yang lebih baik dan saya akan perbetulkan mana-mana kesilapan yang telah berlaku,” katanya kepada pemberita di Parlimen, hari ini.

Justeru beliau bertegas tidak akan berkompromi dengan mana-mana kontraktor yang menjadi punca kepada berlakunya banjir kilat di ibu negara.

“Saya memohon maaf kepada semua orang yang terbabit dalam insiden banjir kilat dan akan berusaha memperbetulkan masalah ini,” janjinya.

Tengku Adnan juga menambah, pihaknya telah memberhentikan tiga tender yang seharusnya diberikan kepada kontraktor kerana tidak berpuas hati dengannya selain akan menyemak semula sistem itu.

“Buat masa ini tender pembersihan sungai, penyelenggaraan jalan dan juga lampu jalan telah diberhentikan,” ujar beliau lagi.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan agar siasatan dilakukan terhadap projek pembangunan di ibu negara bagi mengesan kemungkinan wujud unsur rasuah oleh agensi pelaksana sehingga menyebabkan banjir kilat.

Kedudukan Kerajaan Negeri Selangor goyah.. PAS, BN & BEBAS mampu bentuk kerajaan

OBT

SELEPAS DAP mengambil keputusan memecat keahlian Adun Teluk Datok, Loh Chee Heng kelmarin kerana didakwa menyalahgunakan peruntukan Dun, kedudukan Kerajaan Negeri Selangor kini dikatakan dalam keadaan kurang stabil.

Orientaldaily dalam laporannya semalam merumuskan sekiranya Chee Heng yang kini sudah bukan ahli DAP lagi, menjadi orang penting dalam pembentukan kerajaan negeri di Selangor.

Ini kerana, sekiranya Adun Teluk Datok itu memberi sokongan kepada BN dengan melompat ke mana-mana parti komponen dalam BN, ini akan memberi peluang kepada Pas dan BN bergabung menubuhkan kerajaan negeri bersama.

Pada PRU lalu, Pas mempunyai 15 Adun dalam Dun Selangor dan Umno mempunyai 12 Adun. Jika dicampur dengan Chee Heng dan seorang lagi Adun bebas, iaitu bekas Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, Pas-Umno mempunyai 29 Adun berbanding Pakatan Harapan yang berjumlah 27 Adun.

Siapa calon BN tanding Sungai Besar?

BN

SABAK BERNAM – Tujuh nama pemimpin Umno Sungai Besar antara yang disebut layak dipilih mewakili BN menghadapi PRK kerusi Parlimen itu.

Mereka yang dikaitkan termasuklah, Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon iaitu Muslimin Yahaya; Adun Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi dan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos.

Tiga lagi nama lain yang mungkin dipertaruhkan untuk mempertahankan kerusi tersebut ialah Ketua Puteri Umno Sungai Besar, Widia Wati Abuzar; dua Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian, Datuk Ishak Mat Arif dan Samad Wahab serta AJK Pemuda Bahagian Sungai Besar, Mohd Imran Tamrin.

Antara pengendali media sosial yang aktif dalam memberi kupasan dan pendapat berhubung calon PRK Parlimen Sungai Besar itu ialah pemilik akaun Facebook ‘Zaki Sungib’ yang mencadangkan agar Muslimin yang juga AJK Umno Bahagian Sungai Besar dipilih sebagai calon menggantikan ‘bosnya’ itu.

Zaki yang memuat naik status dalam Facebooknya mencadangkan agar Muslimin yang menjadi orang kanan Noriah dipilih untuk bergandingan dengan Jamal selaku ketua bahagian serta Budiman selaku wakil rakyat.

“Jawatan masing-masing tu boleh dimanfaatkan sebaiknya. Biar kalah pada jawatan, tapi menang khidmat kepada rakyat,” tulisnya.

PRN Sarawak: Bagaimana PAS menang?

Pilihan raya Negeri Sarawak ke11 telah pun berakhir dengan kemenangan besar dicapai oleh BN. PAS gagal memenangi sebarang kerusi yang juga bererti gagal melunaskan impian memenangi kerusi Dun sulung di negeri Sarawak.

Tetapi PAS sebagaimana biasanya akan segera menukar kekalahan itu kepada kemenangan. Begitulah caranya PAS memulihkan kekuatan dalaman ahlinya dengan cepat dan berkesan. Justeru anda akan melihat PAS seperti sedikit pun tidak terkesan dengan kekalahan yang menimpa sepanjang perjuangannya di dalam medan politik tanah air. Bahkan kekalahan bagaikan azimat yang menyemarakkan lagi semangat perjuangan mereka.

Saya akan tunjukkan bagaimana PAS menukarkan bicara kekalahan di PRN Sarawak itu dengan bicara kemenangan yang menggembirakan ahli dan penyokong PAS, lalu mereka sedikit pun tidak merasakan bahawa segala tenaga, masa dan wang harta yang dihabiskan sepanjang berkempen di sana sebagai sia-sia yang merugikan.

PAS memenangi apa yang tidak akan dimenangi oleh mana-mana parti pun yang bertanding dalam pilihan raya tersebut, iaitu memenangi politik dakwah dan tarbiyah.

Nga Kor Ming kesal siarkan foto PM, isteri di Facebook

nga-kor-ming 
 
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming menzahirkan perasaan kesalnya yang mendalam kerana menyiarkan sekeping foto Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, bersama-sama beberapa ahli Kabinet dalam laman Facebooknya pada Mac tahun lepas.

Dalam kenyataannya bagi tujuan merekodkan penghakiman persetujuan, yang dibacakan peguamnya, Alex Tan Chie Sian di Mahkamah Tinggi, Nga berkata dalam semangat muhibah, beliau menarik balik komen berkaitan gambar itu dan berjanji tidak akan menyiarkan perkara serupa pada masa akan datang.

“Saya difahamkan gambar yang dimaksudkan itu diambil di China ketika perdana menteri membuat persiapan untuk pulang ke Malaysia apabila mendapat perkhabaran tentang kemangkatan Sultan Perak Sultan Azlan Shah, dan oleh itu, saya menyatakan perasaan kesal yang amat mendalam kerana gambar itu disalah anggap dan dilihat secara di luar konteks,” katanya.

Sehubungan itu, saman fitnah yang difailkan perdana menteri dan isteri terhadap Nga berhubung gambar yang disiarkan Nga dalam laman Facebooknya selesai apabila kedua-dua pihak bersetuju terhadap penghakiman persetujuan.

Sukar elak tiga penjuru di PRK Sungai Besar, Kuala Kangsar

 Anuar-Tahir
PETALING JAYA: Nampaknya sukar mengelakkan pertembungan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar, apabila Setiausaha Agung AMANAH, Anuar Tahir hari ini mengesahkan PH akan tetap meletakkan calon.

“Tentulah, sudah pasti kita (Pakatan Harapan) akan bertanding,” katanya ketika dihubungi.

Sebelum ini terdapat usaha daripada pembangkang bagi memastikan pertembungan ‘satu lawan satu’ dengan BN pada dua PRK yang akan diadakan pada 18 Jun ini.

Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man meminta Pakatan Harapan supaya mengelak daripada menurunkan calon sekiranya tidak mahu mengganggu usaha PAS melawan BN, manakala Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar tidak mahu parti-parti pembangkang berkompromi dalam soal satu lawan satu.

Anuar berkata, sebarang usaha untuk mengelakkan pertembungan tiga penjuru tidak akan berhasil jika PAS tetap mahu meletakkan calon di kedua-dua kawasan Parlimen itu.

“Harapannya tentulah satu lawan satu. (Tetapi) Saya tidak boleh bercakap bagi pihak PAS, kerena mereka kini sudah bergerak sendirian,” katanya lagi.

Hebat jugak AMANAH nie sampai pimpinan PAS dakwa boleh menyebabkan PAS kalah PRK nanti

AMANAH didakwa sengaja mahu PAS kalah PRK

takiri
PETALING JAYA: Tindakan AMANAH beria-ia untuk bertanding pada PRK Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar ialah bagi mewujudkan pertandingan tiga penjuru dan menyebabkan kekalahan PAS.

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Dr Khairuddin Aman Razali berkata jika PAS menang di kedua-dua PRK tersebut, ia sekali gus menguatkan keyakinan rakyat.

Pada masa sama, katanya, AMANAH akan dilihat sebagai parti yang kononnya mampu menggantikan parti Islam itu dalam Pakatan Harapan, sudah tidak relevan lagi.

“AMANAH memang tidak mahu PAS menang dalam PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar kerana ia akan menaikkan imej PAS di mata masyarakat dan menyebabkan kehadiran AMANAH tidak lagi relevan dalam Pakatan Harapan.

“Sebab itu AMANAH akan berusaha keras mencipta alasan untuk bertanding tiga penjuru di PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar,” katanya kepada FMT.

Kalau menang untung, kalau kalah balik modal – Hadi

Hadi-Awang
KUALA LUMPUR: PAS tidak akan terjejas sekalipun parti pembangkang lain turut meletakkan calon mereka pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di Parlimen Sungai Besar.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan parti Islam itu tetap akan menurunkan calonnya pada PRK Sungai Besar dan tidak kira kalah atau menang, parti Islam itu tidak akan rugi apa-apa.

“Kalau bertanding PAS tidak rugi sama ada menang atau kalah, kalau menang untung, kalau kalah balik modal.

“Barisan Nasional kalau kalah tak rugi, kalau menang balik modal,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Pada masa sama, Hadi turut menjelaskan parti itu tidak akan menghalang PKR, AMANAH mahupun DAP meletakkan calon mereka pada PRK berkenaan.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...