TERKINI :

Friday, May 13, 2016

Pemuda AMANAH tibai pemimpin HARAPAN berlagak baik

Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) mengingatkan pimpinan Pakatan Harapan mengenai keperluan memartabatkan integriti pembangkang dalam persediaan berdepan pilihan raya kecil di Sungai Besar and Kuala Kangsar.

Ketuanya, Sany Hamzan dalam kenyataan berkata, rundingan berterusan parti-parti dalam HARAPAN mengenai calon-calonnya akan menjadi ujian kritikal demi meraih kepercayaan rakyat untuk dilihat berkemampuan menggantikan BN dan melaksanakan perubahan menyeluruh.

“Suka atau tidak, pertembungan antara parti-parti komponen Pakatan Harapan semasa pilihan raya negeri Sarawak sudah tinggal menjadi sejarah dan tidak harus diulangi oleh mana-mana parti,” jelasnya.

Beliau merujuk kepada kekalahan teruk HARAPAN akibat pertembungan antara DAP dan PKR di enam kerusi.

Sany, bagaimanapun, menyedari kemungkinan berlakunya pertandingan tiga penjuru antara HARAPAN, BN dan PAS, dengan sokongan blok ketiga bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia.

“Rakyat bukan bodoh. Adalah sukar untuk mereka menerima pemimpin yang mengecewakan majoriti rakyat dengan membenarkan parti-parti dalam Pakatan Harapan untuk bertembung di Sarawak, sekarang ‘berlagak baik’ dan cuba menghalang pertandingan tiga penjuru dengan BN dan PAS.

“Apa sebenarnya mesej politik yang pemimpin ini cuba sampaikan? Terus cuba mengganggu Pakatan Harapan atau apa?” kata Sany tanpa menamakan sesiapa.

Sany, sementara itu, turut menekankan AMANAH patut diberikan peluang untuk bertanding di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Antara lain, beliau turut berkata kerusi yang majoritinya Melayu menjadi platform yang sesuai buat AMANAH untuk melebarkan pengaruh HARAPAN.

Apa hebatnya PAS sampai menghalang PH nak letak calon, antara PH & PAS bukan ada kerjasama apa pun

Jangan ganggu usaha kalahkan UMNO, kata PAS Perak kepada PH

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) tidak perlu meletakkan calon dalam Pilihanraya Kecil (PRK) Kuala Kangsar kerana ia hanya akan ‘mengganggu’ usaha menewaskan UMNO, kata Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria.

Malah kalau pun PH bertanding, katanya lagi, mereka tidak akan menang dan malah tidak akan mendapat undi yang lebih tinggi daripada PAS, katanya lagi.

“Kehadiran mereka hanya memecahkan undi pembangkang dan memberi kelebihan kepada UMNO.

“PAS tidak ada persetujuan dengan PH, tetapi jika mereka fikirkan matlamat utama iaitu menewaskan UMNO, seharusnya mereka memberi laluan kepada kita,” katanya ketika dihubungi FMT.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga membuat gesaan sama pada hari ini.

Pengarah Strategi AMANAH, Khalid Samad pula membayangkan Pakatan Harapan akan meletakkan calon di kedua-dua kerusi Parlimen, namun menyambut baik cadangan agar perbincangan dibuat bersama-sama PAS bagi menjamin satu lawan satu.

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hari ini mengumumkan PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar akan diadakan serentak pada 18 Jun ini, berikutan kematian ahli Parlimennya Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad dan Datuk Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sarawak minggu lalu.

Pada pilihanraya Umum yang lalu, Wan Mohammad Khairil menewaskan calon PAS, Khalil Idham Lim Abdullah dan bekas Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim yang bertanding di bawah tiket bebas dengan majoriti 1,082 undi.

Menurut Razman, peluang PAS untuk merampas Kuala Kangsar pada PRK ini lebih cerah memandangkan perpecahan dalaman Umno di sana yang menurutnya telah berlaku sejak sekian lama.

“Sebelum ini, Kamilia Ibrahim bertanding sebagai calon Bebas sehingga dipecat Umno.

“Tambahan pula Kuala Kangsar juga tempat Rafidah Aziz dan masih ramai penyokong. Beliau kini dilihat sebagai ‘kem’ pro-Mahathir, ini mencerahkan lagi peluang PAS,” katanya lagi.

Bekas Ketua Wanita UMNO itu menjadi Ahli Parlimen Kuala Kangsar selama lima penggal, bermula tahun 1986 sebelum mengambil keputusan untuk tidak mempertahankan kerusinya pada PRU yang lalu.

PRK Sungai Besar : BN dijangka kalah teruk

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2016/05/sidang-media.jpg

SHAH ALAM - BN mungkin kalah teruk dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar.

Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib yang mengandaikan demikian berkata, kebarangkalian itu sukar dinafikan berdasarkan pada situasi semasa dan juga isu-isu di Selangor.

"Saya menjangkakan calon daripada Amanah (Parti Amanah Negara) akan diletak untuk berdepan dengan calon BN. Calon ini akan mewakili Pakatan Harapan dan pertembungan ini nanti akan dilihat sebagai pertembungan antara kerajaan negeri dengan kerajaan Pusat," katanya.

Beliau berkata, meskipun Amanah masih baharu dan kawasan itu pula dilihat kawasan yang didominasi oleh Pas sebagai parti pembangkang yang terkuat, pakatan pembangkang dilihat lebih cenderung untuk meletakkan calon daripada Amanah.

"Pas kini bukan lagi anggota pakatan meskipun Sungai Besar kubu kuat parti itu. Jika Amanah bertanding, saya andaikan Pakatan Harapan akan lebih mendokong parti berkenaan berbanding Pas.

"Pas mungkin akan berhadapan dengan pertembungan hebat daripada Pakatan Harapan terutama Amanah yang ramai melihat sebagai proksi DAP," katanya.

Beliau berkata, faktor kerjasama antara Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Pakatan Harapan menerusi Deklarasi Rakyat juga menambah lagi kebarangkalian kekalahan BN di kerusi berkenaan.

"Pakatan Harapan (dijangka) akan cuba meminggirkan Pas dalam pakatan dan bekerjasama dengan Tun Mahathir bagi menewaskan BN.

"Kerjasama mereka itu dijangka akan lebih mengganas menjelang PRK di Sungai Besar nanti," katanya.

Md Shukri berkata, BN perlu ketengahkan calon berwibawa dan dihormati ramai untuk merealisasikan peluang mereka.

"Soal populariti calon dan kewibawaan penting pada PRK kali ini.

"Jangan hanya ambil kira soal jawatan dalam Umno bagi seseorang calon tapi fokus pada soal calon kerana ia akan menjadi faktor yang menambat hati penduduk atau pun tidak," katanya.

Pada PRU13, wakil BN, Datuk Noriah Kasnon menewaskan calon Pas, Mohamed Salleh M. Husin dengan majoriti 399 undi.

Noriah, yang meninggal dalam tragedi helikopter 5 Mei lalu, juga memenangi kerusi itu pada PRU 2004 dan 2008.


PRK Kuala Kangsar, Sungai Besar diadakan serentak 18 Jun - SPR

PUTRAJAYA: Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, Perak dan Sungai Besar, Selangor akan diadakan serentak pada 18 Jun ini, manakala hari penamaan calon adalah pada 5 Jun.

Perkara itu diumumkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah di sini, sebentar tadi.

Kedua-dua PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Wan Mohammad Khair-il Wan Ahmad dan Datuk Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 yang lalu, Wan Mohammad Khair-il memenangi kerusi Parlimen Kuala Kangsar selepas menewaskan calon PAS dan Bebas, manakala Noriah memenangi kerusi Parlimen Sungai Besar selepas mengalahkan calon PAS.

WSJ: FBI teliti pembelian hartanah mewah anak tiri PM

Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) sedang meneliti pembelian dua harta tanah mewah anak tiri perdana menteri Riza Aziz, dalam siasatannya terhadap 1MDB.

Para penyiasat percaya sekurang-kurangnya AS$50 juta dari 1MDB dibelanjakan untuk harta tanah di New York dan Los Angeles, lapor The Wall Street Journal (WSJ).

“Pembiayaan terhadap pemerolehan itu bawah siasatan FBI, yang menjalankan siasatan luas terhadap dakwaan salah guna berbilion ringgit daripada 1MDB, menurut pihak yang mengetahui siasatan itu,” lapor WSJ.

Riza, seorang penerbit di Hollywood, membeli harta tanah di New York pada November 2012 dengan harga AS$33.5 juta.

Pada 2010, beliau membeli harta tanah AS$17.5 juta di Los Angeles.

Harian AS itu sebelum ini melaporkan dakwaan bahaya syarikat Riza Red Granite Pictures menerbitkan filem blockbuster The Wolf of Wall Street dengan wang daripada 1MDB.

Kertas siasatan yang dilihat WSJ menunjukkan dana-dana itu datang daripada Aabar Investments PJS – syarikat yang didaftarkan di British Virgin Island (BVI).

Kesemua kertas siasatan pihak berkuasa Malaysia diletakkan bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

1MDB berkata ia ditipu untuk memindahkan AS$350 juta kepada Aabar BVI, yang dipercayai mempunyai kaitan dengan syarikat Abu Dhabi, International Petroleum Investment Corporation (IPIC).

IPIC, yang mahukan bayaran kerana menjamin bon 1MDB, menafikan kaitannya denganAabar BVI.

Ia kemudian membawa kepada keingkaran bayaran faedah 1MDB susulan pertikaian itu.

Malaysiakini sudah menghubungi Red Granite bagi mendapatkan reaksinya.

Jurucakap Red Granite memberitahu WSJ tiada apa yang tidak kena berkaitan sebarang aktiviti perniagaan Red Granite Pictures.

Katanya, mereka hanya menghasilkan filem yang berjaya dan menghasilkan lebih $825 juta dalam bentuk hasil box-office seluruh dunia.

Jurucakap itu juga berkata Red Granite “menjawab semua pertanyaan dan bekerjasama penuh”.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini mengarahkan Jabatan Audit Negara menyemak sama ada dana 1MDB digunakan untuk membiayai filem itu.

Laporan Ketua Audit Negara berkaitan 1MDB dikategorikan bawah Akta Rahsia Rasmi, walaupun ia telah dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

ADUN DAP Sekinchan sahut cabaran Jamal Yunos

PETALING JAYA: ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim menyahut cabaran Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos untuk bersaing pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar, jika dipilih oleh DAP dan Pakatan Harapan.

“Saya melihat cabaran beliau sekadar gimik politik untuk meraih publisiti kerana beliau tiada kuasa atau hak untuk menentukan siapa yang akan bertanding di Sungai Besar,” katanya yang dipetik Malaysiakini hari ini.

Semalam, Jamal dilaporkan sebagai berkata, beliau akan mengesyorkan dirinya untuk bertanding pada PRK Sungai Besar, jika DAP menurunkan Suee Lim pada PRK itu nanti, supaya seteru politik itu dapat bersaing secara terbuka.

Jamal berkata, beliau sebenarnya tidak berhasrat untuk bertanding pada PRK itu, tetapi lain ceritanya jika Suee Lim diturunkan.

“Beliau kata beliau begitu hebat dan disokong ramai, jadi marilah bertanding, saya boleh bersaing dengannya secara terbuka,” katanya semalam.

Jamal berkata, UMNO Bahagian Sungai Besar telah menyerahkan senarai tujuh calon kepada Badan Perhubungan UMNO Selangor pada April 2014 dan tujuh calon itu juga merupakan calon yang disyorkan pihaknya untuk PRK kali ini.

Jelasnya, beliau akan menghormati keputusan parti, jika tujuh calon itu tidak terpilih.

“Senarai tujuh calon itu turut meliputi wakil daripada pergerakan UMNO Wanita,” katanya.

PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar bakal diadakan bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan penyandangnya yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Allahyarhamah Datuk Noriah Kasnon serta Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia, Allahyarham Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang terkoban dalam nahas helikopter minggu lalu.

Walau apa berlaku.. PAS Selangor Tetap Bertanding Parlimen Sg Besar

Beberapa pihak mengajak PAS kembali ke meja rundingan dan ada juga yang mengajak kembali ke Pakatan Harapan. PAS Selangor ingin menegaskan beberapa perkara:

1. PAS tidak akan kembali ke Pakatan Harapan kerana PAS tidak pernah berada di dalam Pakatan Harapan. PAS masih berada di dalam Pakatan Rakyat dan masih bertahaluf siyasi bersama PKR.

2. PAS Selangor melihat keikhlasan pada tindakan, bukan sekadar ucapan politik dan retorik. Maka, sekiranya pelawaan rundingan tersebut ikhlas, maka pihak-pihak tersebut perlu membuktikannya.

Pilihanraya Kecil Parlimen Sg Besar akan mendedahkan lawan dan kawan PAS. PRK ini akan meletakkan batu asas pertandingan di dalam PRU14. Sikap DAP terhadap melayu dan Islam akan terlihat dan kawan serta lawan di dalam PKR juga akan zahir.

Parlimen Sg Besar adalah kerusi PAS. Di sini, PAS telah berdepan dengan Barisan Nasional sejak berdekad lamanya. PAS Sg Besar dengan kekuatan 40 cawangannya disertai dengan kekuatan jentera dari seluruh negeri telah bersedia untuk menumbangkan Barisan Nasional.

Walau sesiapa pun meletakkan calon melawan PAS, PAS Selangor akan terus mara.

Infiruu!

Bakti untuk Semua

Mohd Prasad bin Hanif
Ketua Penerangan
PAS Selangor





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...