TERKINI :

Thursday, May 12, 2016

Singkir Husam, Adakah perpaduan PAS-UMNO makin cerah?

Pemecatan bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa minggu lalu, bukan berita mengejutkan kepada pimpinan dan ahli parti itu di seluruh negara serta pemerhati politik.

Ini selepas bekas anak didik allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat itu dilihat menentang arus kepimpinan parti kedua terbesar orang Melayu pimpinan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika ini.

Husam tewas PRU13 kepada Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Mansor di kerusi Parlimen Putrajaya.

Bintangnya dalam PAS semakin pudar selepas kalah lagi dalam pemilihan naib presiden pada muktamar parti itu, tahun lalu.

Jika UMNO mempunyai Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal sebagai pengkritik utama presiden dalam parti itu, Husam juga memainkan peranan sama dalam PAS.

Kritikan bertalu-talu terhadap pentadbiran kerajaan PAS Kelantan senada dengan apa yang dilakukan Muhyiddin dan Shafie terhadap Datuk Seri Najib Razak berhubung skandal 1MDB dan derma peribadi RM2.6 bilion.

Keadaan ini sekali gus menyaksikan pucuk pimpinan PAS tidak lagi mahu ‘mendukung biawak hidup’.

Suatu ketika dulu, ketika zaman Nik Aziz, Husam pernah diramal bakal menjadi menteri besar Kelantan kerana memegang portfolio paling kanan dalam pentadbiran Nik Aziz selain dilihat ada keserasian dengan golongan Anwarisme dalam parti serpihan UMNO itu.

Kini segalanya berubah dan apabila UMNO dilihat menginjakkan landasan perjuangan kepada perjuangan berteraskan Islam dan Melayu, majoriti orang Melayu mengimpikan perpaduan antara dua parti terbesar orang Melayu ini.

Husam antara pemimpin utama PAS yang menentang sebarang usaha perpaduan PAS-UMNO dan golongan ini yang digelar sebagai PAS Progresif akhirnya, lenyap dalam Muktamar ke-61 tahun lalu.

Diketuai bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, golongan ini membentuk parti pembangkang baharu dikenali sebagai AMANAH dan membentuk jalinan pembangkang dikenali sebagai Pakatan Harapan bersama PKR dan DAP.

Bagaimanapun, Husam tidak mengikut jejak langkah meninggalkan PAS untuk bersama dengan AMANAH atau PKR seperti Ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamaruddin Jaafar.

Sebaliknya memilih untuk kekal dalam parti berkenaan dan meneruskan kritikan terhadap pentadbiran kerajaan PAS Kelantan di bawah pemerintahan Datuk Ahmad Yakob sebagai menteri besar baharu.

Tanpa jawatan dalam pentadbiran kerajaan PAS Kelantan, Adun Salor ini dilihat menjadi duri dalam daging kepada pentadbiran Ahmad kerana kerap bertindak sebagai pembangkang kepada kerajaan.

Padahal peranan itu sepatutnya dimainkan UMNO negeri itu di DUN Cik Siti Wan Kembang itu.

PAS nampaknya tidak lagi mempedulikan karisma yang ada pada Husam. Apa yang penting ialah memastikan survival parti itu pada PRU14, apabila dilihat mempunyai ‘hubungan’ mesra dengan UMNO sejak kebelakangan ini.

Walaupun amat mustahil menyaksikan UMNO-PAS bergabung membentuk satu parti tetapi strategi politik berkesan antara dua parti ini diramal akan menyebabkan Pakatan Harapan tinggal harapan dalam membentuk kerajaan pusat pada PRU14 nanti.

Itu sebab utama Husam perlu diketepikan. Bukan disebabkan kritikannya terhadap pentadbiran kerajaan PAS Kelantan tetapi lebih kepada memastikan strategi politik kerjasama tidak rasmi PAS-UMNO berhasil.

Pemimpin berkarisma itu sudah pasti tidak bersetuju dengan strategi PAS untuk menjalinkan kerjasama dengan UMNO dan akan menentang habis-habisan strategi politik berkenaan.

Ia pasti akan menimbulkan kegusaran dan kekalutan kepada jentera PAS apabila ada pemimpin utama parti itu secara terang-terangan menentang strategi berkenaan sekali gus boleh mengakibatkan PAS hilang kuasa pemerintah di Kelantan.

Apa sekalipun strategi UMNO dan PAS, ia pastinya akan dilihat dengan jelas dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar bulan depan.

Apa yang pasti Husam tidak lagi dalam perkiraan strategi PAS selepas ini, kerana yang lebih penting bagi parti Islam ini adalah survival politik sebagai ‘parti pembangkang’ mesra UMNO.

PRK Sungai Besar: PAS janji tidak akan serang BN

PETALING JAYA: PAS berjanji tidak akan menggunakan teknik menyerang UMNO dan BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar nanti, kerana ia tidak mampu menarik pengundi Melayu menyokong parti Islam itu.

Ini kerana, kata Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri, rakyat sedia maklum UMNO dan BN sedang dibelenggu pelbagai kemelut sehingga tidak lagi diyakini rakyat.

Katanya, tindakan terbaik PAS ialah menyampaikan mesej kepada rakyat bahawa parti Islam itu akan berjuang untuk membawa keadilan kepada semua lapisan masyarakat.

“Kempen perlu dilakukan secara berhemah dengan menampilkan mesej PAS sebagai parti Islam yang memperjuangkan keadilan untuk semua. Jangan gunakan gaya menyerang UMNO dan BN kerana ia tidak banyak membantu menarik pengundi-pengundi Melayu.

“Semua sudah maklum keadaan dan imej UMNO serta BN yang sedang merudum di mata masyarakat yang penting bagi calon PAS dan petugas menampilkan akhlak terbaik bagi memenangi hati-hati pengundi,” katanya kepada FMT.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Kuala Nerus itu berkata, PAS juga perlu menurunkan calon yang mempunyai latar belakang akademik yang baik bagi menarik sokongan pengundi. FMT

“Di Sungai Besar, PAS perlu mengemukakan calon yang mempunyai beberapa merit antaranya latar belakang akademik yang baik, anak tempatan yang mempunyai keluarga besar dan juga mempunyai nama dan kredit di kalangan masyarakat yang pelbagai. Ini sebagai kredit kepada sokongan berasaskan dasar perjuangan parti,” katanya.

Kerusi Sungai Besar kosong selepas penyandangnya, Datuk Noriah Kasnon terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak Khamis lalu.

Tarikh hari penamaan dan hari pengundian PRK Sungai Besar dijangka diumum esok.

Apakah PAS sekadar mencari alasan demi alasan yang kita semua tak tahu..?

Betul cakap Mahfuz...

PAS tak boleh bincang dgn AMANAH sebab apa? 

1. Sb Amanah PANkhianat? Dulu boleh, apa? PAS pernah kerjasama dgn parti PSM46  sdgkan Tengku Razaleigh Hamzah - tokoh yang pernah berkonspirasi "#mengkhianati dan menjatuhkan kerajaan PAS di Kelantan" pada 1978.

2. Sb #serpihan PAS sendiri? Dulu boleh, apa? Pakatan pembangkang dikenali sebagai Angkatan Perpaduan Ummah (APU), kemudiannya turut disertai parti BERJASA serta HAMIM yang lahir daripada krisis dalaman PAS pada 1977.

Apakah PAS sekadar mencari2 alasan? Sebab sebenarnya disembunyikan. Wallahu 'alam.

Mahfuz ingatkan pimpinan PAS sejarah 1990 sewaktu bekerjasama dengan 'pengkhianat'

Kenyataan Media

TAK SALAH PUN PAS  BERKERJASAMA DENGAN PARTI YANG DIANGGAP PENGKHIANAT UNTUK MENGALAHKAN UMNO BN.SEJARAH 1990 MEMBUKTIKAN.

1.Saya tiada masaalah apabila kenyataan saya ditempelak oleh banyak pehak yang marahkan saya kerana menyarankan PAS menyambut pelawaan YAB Azmin Ali supaya Pas menyertai dan berada kembal dalam pakatan pembangkang.Begitu juga saranan saya agar Pas dan Amanah berunding untuk memastikan satu lawan satu didalam prk Kuala Kangsar dan Sg Besar dengan masing masing bertanding hanya satu kerusi.

2.Kenyataan dan saranan saya kerana ingin melihat Umno Bn dapat dikalah dalam prk dan pru 14 nanti.Maka wajarlah setiap parti memahami kekuatan semasa politik parti masing masing serta pengaruh semasa berdasarkan komposisi pengundi pelbagai kaum dan pergolakan politik di Malaysia dan di kedua dua kerusi K.Kangsar dan Sg Besar.Yang penting kedua dua parti ini perlu duduk berbincang ambil pendekatan situasi menang menang (win win situation) demi rakyat dan Malaysia.

3.Tidak salah untuk Pas duduk berbincang dengan Amanah yang merupakan parti yang lahir dari pergolakan krisis dalaman Pas yang dianggap pengkhianat jika itu boleh membantu membina kembali imej Pas dipersada politik Malaysia.Dan tidak salah juga untuk Amanah berbincang dengan Pas parti yang mereka begitu marah untuk mencari formula bagi  mengalahkan Umno Bn.Kepada Amanah saya harap buang kemarahan pada Pas dan kepada Pas juga buang rasa geram pada Amanah.Apa pun Parti Amanah telah ujud dan semua pehak perlu mencari jalan untuk menewaskan Umno Bn demi Rakyat dan Malaysia.

4.Belajarlah dari sejarah.Tahun 1990 Pas dan serpihan Umno semangat 46 yang ketuai oleh YBM Tengku Razaliegh Hamzah yang pernah terlibat dalam konspirasi politik mengkhianati dan menjatuhkan kerajaan Pas diKelantan pada tahun 1978 telah dapat duduk dalam satu pakatan yang dinamakan Angkatan Perpaduan Ummah (APU).

5.Bukan sahaja Tengku Razaliegh yang mengkhinati Pas tetapi APU turut disertai oleh Parti Berjasa yang merupakan parti yang lahir dari krisis Pas pada 1977 apabila Allayarham Datuk Mohammah Nasir dipecat dari Pas dan menubuhkan Berjasa dan menyertai pru 1978 dan bekerjasama dengan BN serta memenangi 11 kerusi Dun Kelantan dan membentuk kerajaan Kelantan bersama Umno Bn.

6.Pada pru 1990 Pas menerima dan membentuk kerjasama dengan APU yang melibatkan 3 parti yang pernah mengkhianati Pas iaitu SEMANGAT 46,BERJASA dan HAMIM Parti yang ditubuhkan oleh bekas Presiden Pas Allahyarham Datuj Asri Hj Muda sehingga PAS HILANG KERAJAAN KELANTAN pada 1978.Pru 1990 menyaksikan Pas berjaya membentuk kerajaan Kelantan bersama 3 PARTI YANG YANG PERNAH MENGKHIANATI PAS dan berjaya mengalahkan Umno Bn 39-0.Berjasa diberi 1 kerusi exco kerajaan negeri dan Semangat 46 3 exco dan Timbalan Menteri Besar ke2.Isunya KERAJAAN KELANTAN KEKAL HINGGA KINI DITANGAN PAS selepas berunding dan bekerjasama dengan 3 Parti yang pernah mengkhianati Pas pada 1978 dalam pru 1990.Persoalannya salahkah kalau Pas dan Amanah duduk berbincang dan bekerjasama untuk MENGALAHKAN UMNO BN pada prk dan pru14 akan datang.

"LU PIKIRLAH SENDIRI"

#UndurNajib
#RefomNegara
#SelamatkanMalaysia.

DATO'HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
14.30pm 12 Mei 2016/5 Sya'ban 1437H

Hebatnya PAS sampai boleh sound PAKATAN HARAPAN supaya jangan letak calon di Sg. Besar & K.Kangsar

PAS beri amaran kepada Pakatan Harapan jangan letak calon bertanding

KUALA LUMPUR, 12 Mei: PAS memberi amaran kepada Pakatan Harapan supaya tidak meletakkan calon untuk bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar kerana parti itu mendakwa pertembungan sesama parti pembangkang hanya akan memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) sepertimana yang berlaku di Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak baru-baru ini.

Menurut timbalannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, kedua-dua kawasan tersebut merupakan kawasan PAS dan beliau yakin sekiranya parti pembangkang yang lain tidak meletakkan calon mereka, ia akan memberi peluang kepada PAS untuk menumpaskan BN.

“PAS akan bertempur habis-habisan terhadap Umno-BN di PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar. Kedua-dua kerusi ini ialah kerusi tradisi PAS, dan oleh kerana itu, PAS telah tegaskan bahawa ia akan meneruskan tradisi dengan meletakkan calon di kedua-dua Parlimen ini.

“Dengan demikian, sebarang tindakan dari mana-mana parti pembangkang yang meletakkan calon maka ini bermakna mereka memberi tongkat kepada BN.

“Sesungguhnya, PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar ini bukan medan nak tunjuk hebat hingga yang kalah jadi abu menang jadi arang – melainkan ada yang memang bercita-cita sedemikian.

“Diharapkan tiada parti pembangkang lain yang meletakkan calon sekadar untuk menguji sokongan kerana tindakan demikian tidak lebih hanya memberi peluang besar bagi BN memenangi PRK ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian merujuk kepada kekosongan dua kerusi di Sungai Besar dan Kuala Kangsar ekoran dari kematian kedua-dua penyandanganya dalam nahas helikopter di Sarawak minggu lalu.

Lantaran itu, PAS pada Isnin telah menyatakan hasrat mereka untuk bertanding di kedua-dua kawasan tersebut kerana pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu, jarak undi di antara calon PAS dan BN di Sungai Besar hanya 399 undi manakala di Kuala Kangsar pula jarak undi dengan BN hanya 1000 undi.

Oleh yang demikian, Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali menegaskan parti itu mempunyai peluang yang cerah untuk memenangi kedua-dua kerusi tersebut.

Sementara itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, pula menegaskan Pakatan Harapan masih belum berbincang sama ada mereka akan meletakkan calon bertanding di PRK itu nanti.

Difahamkan, perbincangan Pakatan Harapan mengenai perkara ini akan dibuat pada 15 Mei nanti.

Turut difahamkan, berkemungkinan besar Pakatan Harapan akan meletakkkan calon dari Amanah kerana kedua-dua kawasan itu pengundi majoriti adalah Melayu.

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Salahuddin Ayub bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara ini kerana menurutnya Pakatan Harapan masih belum menentukan calon mana yang akan bertanding kelak.

Sedarlah wahai AMANAH, HADI pernah kata.. "Tiada kerjasama dengan Pengkhianat"

Amanah “pengkhianat”, PAS tak akan bekerjasama – Hadi
Posted: 11:41 am, September 18, 2015 by editor

KUALA LUMPUR, 18 Sept: PAS tidak akan bekerjasama dengan Parti Amanah Negara (Amanah) dengan menganggap ahli di dalam parti itu sebagai “pengkhianat”.

Menurut Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, PAS tidak akan sesekali tahaluf siasi dengan parti tersebut kerana baginya “pengkhianat” adalah lebih teruk daripada “lawan”.

“Kita boleh tahaluf dengan lawan, orang yang khianat dalam perjuangan tidak ada pilihan sama ada mereka balik ataupun dihapuskan. Ini dakwah cara perjuangan Islam.

“Orang yang ada rekod dengan pengkhianat perjuangan Islam tidak boleh sekali-kali,” katanya dalam sebuah video yang dimuat naik dalam laman Facebook rasmi PAS, semalam.

Tambahnya lagi, PAS cuma akan tahaluf dengan lawan ataupun bukan daripada asal parti itu.

“Dengan pengkhianat ini tak ada tahaluf. Yang tahaluf ini cuma yang lawan ataupun yang bukan dari asal kita.

“Jika daripada asal kita dia menyeleweng, sama ada dengan kita, dia bertaubat ataupun dia lari daripada kita. Itu sahaja pilihan antara dua itu sahaja,” tegas Hadi yang juga merupakan Ahli Parlimen Marang.

Beliau berkata demikian dalam sebuah video semasa sesi soal jawab antara Hadi dan peserta program Mukhayyam Tarbawi PAS kawasan Machang di Rusila, Terengganu pada 3 September lalu.

Ucapan daripada Hadi ini juga seolah-olah ingin menegaskan bahawa parti itu tidak akan bekerjasama dengan Amanah dan DAP dalam membentuk Pakatan Rakyat 2.0 meskipun PKR menegaskan mereka masih mahukan PAS dalam pakatan pembangkangbaru itu.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...