TERKINI :

Wednesday, May 11, 2016

Bagus Sungguh.. 1MDB yang berhutang, kerajaan pula yang kena langsaikan

Itu dia! 1MDB yang berhutang, berpuluh billion, kerajaan pula kena langsaikan. Duit kerajaan tu duit siapa kalau bukan duit rakyat?

Aku tak halalkan dunia akhirat, duit cukai yang aku bayar kepada kerajaan diguna untuk langsaikan hutang 1MDB.. Satu hasil sumbangan pun aku tak lihat lagi dari 1MDB nie...

Terima kasih diucapkan kepada pemilik tangan-tangan yang bodoh yang telah mengundi pemimpin-pemimpin bodoh... serta manusia-manusia yang dok bagi tongkat dan Oksigen supaya umuq kerajaan toghut ini semakin panjang...

Kopi O Suam
Kodiang Kedah

YB Amiruddin Hamzah meletak jawatan sebagai YDP Kawasan

Assalam sahabat2 semua,

Semoga semuanya berada dbawah lembayung rahmat Allah sentiasa. Dengan penuh rasa berat hati, ingin ana maklumkan bahawa ana sebenarnya menyerahkan surat peletakan jawatan ydp pas kaw kkedah pd su kaw, sdr rashidi razak kemaghin 9/5/16 sebelum mesyuarat harian kawasan. Atas desakan beliau (antaranya utk ana mklumkan pd PJ dulu), maka ana teruskan mesyuarat harian dan kawasan seperti biasa.

2. Rasional kenapa tindakan ini dambil telah ana jelaskan sepenuhnya kpd alfadhil PJ.

3. Peletakan jawatan ini hanya melibatkan jawatan ydp kaw sahaja, ana masih kekal sbg ahli pas, ketua cawangan pas taman sri putra dan adun pas kaw anak bukit. Perjalanan sbg adun pas anak bukit akan dpantau sepenuhnya oleh jk pkwr anak bukit (seperti yg kita bincangkan utk kes yb nasir - ana dah jumpa dia tadi dan maklumkan kputusan kita n beliau menunggu utk sdr razak osman panggil mesyuarat pkwr) dan ana telah n akn terus memberi kerjasama kpd mereka.

4. Peletakan jawatan ini tidak ada kaitan langsung dgn cdgn utk melompat ke mana2 parti politik lain, ana akan terus menjadi ahli pas n berada d tepian gelanggang n berdoa agar suatu hari nanti jika kudrat n situasi mengizinkan utk kembali brsama2 sahabat2 dperingkat kawasan.

5. Ana ingin mengambil kesempatan ini utk mengucapkn jzkk kpd semua ajk kaw yg telah memberi kerjasama n berkongsi ukhuwwah selama kita sama2 berada dlm ajk kaw dlm sesi ini mahupun sesi2 yg lepas. Mohon keampunan atas keterlanjuran n kekhilafan n sifat ana yg suka melawak didalam n luar mesyuarat. Mohon utk sahabat2 sentiasa mendoakan (la tansa fi duaikum) agar ana sentiasa istiqamah brsama perjuangan Islam sehingga akhir hayat.

Akhukum filLah

Amiruddin Hamzah

Zakir Naik patut diharamkan jejak Malaysia – Bekas Menteri

KUALA LUMPUR: Bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin mendakwa pendakwah Dr Zakir Naik sebenarnya tokoh Islam yang kontroversi dan tidak memberikan imej positif Islam kepada bukan Islam sebagai agama persaudaraan antarabangsa.

Dalam posting terbaru di blognya hari ini, Zainuddin atau lebih mesra dengan panggilan Zam menulis pendakwah itu menerusi kepakaran perbandingan agamanya menyemaikan perasaan buruk sangka dalam masyarakat berbilang agama dan kaum.

“Bukan cara kita mengembangkan Islam di Malaysia dengan memperkecil dan menghina agama lain dengan apa cara sekalipun. Ini juga dicegah dengan tegas di Singapura hingga kini termasuk jika pendakwah Kristian cuba menjual agamanya kepada orang Islam di Singapura,” katanya.

Katanya, PDRM juga mengetahui pendekatan dakwah ‘berbahaya’ Zakir kepada masyarakat berbilang kaum di Malaysia tetapi cubaan untuk menyekatnya daripada berdakwah digagalkan oleh kepentingan politik yang memerlukan sokongan kekuatan semua pihak.

Zam berkata, kerajaan Terengganu menganjurkan kedatangannya ke Malaysia dan mahu memberikan tanah di Kenyir untuknya membina pusat latihan dakwah menunjukkan pemimpin baru UMNO tidak menghayati prinsip beragama di negara ini.

“Islam di Malaysia mendapat penghormatan dunia dan di kalangan penduduk bukan Islam di negara ini selama ini bukanlah dengan pendekatan memburukkan dan memperkecilkan agama lain.

“Tetapi dengan mengembangkan sikap toleransi menunjukkan tolak ansur daripada segi sosiobudaya untuk hidup bersama dengan orang lain,” tulisnya.

Sikap ini, katanya masih hidup subur di Sabah dan Sarawak tetapi sedang terhakis dan dihakis di Semenanjung termasuk menerusi sesetengah ustaz atau ustazah selebriti di program agama TV.

“Kita dapat melihat pembangunan Islam di Malaysia terutama program TV yang lebih berunsur ritual, fahaman Islam bersifat sentimen melulu dan tidak mengajar serta memahamkan orang Islam terhadap keperluan hidup beragama dalam realiti ketamadunan manusia.

“Semuanya boleh diatasi dengan doa dan penyerahan kepada Allah. Tidak semudah itu wahai ustaz dan ustazah.

“Beribu orang datang untuk mendengar syarahan Dr Zakir Naik di Terengganu sekalipun mereka tidak memahami bahasa Inggeris kerana didorong perasaan sentimen, emosi dan keghairahan melulu.

“Seorang remaja bukan Islam memeluk Islam kerana mendengar syarahan pendakwah India ini digemparkan seolah-olah kemenangan besar umat Islam. Tetapi berapa banyak bukan Islam yang diislamkan oleh ulama tulen kita tanpa digembar-gemburkan sejak sekian lama,” katanya.

MP Umno, ketua bahagian diarah bayar RM50,000 pada Mazlan Aliman

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengarahkan Ahli Parlimen Umno Sekijang Anuar Abduul Manap dan Ketua Umno bahagiannya, Wan Zawawi Wan Zain membayar RM50,000 setiap seorang kepada Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman.

Ini berikutan hakim Datuk John Louis O Hara membenarkan rayuan Mazlan ke atas keputusan mahkamah majistret yang menolak tuntutan fitnah terhadap kedua-duanya.

Peguam Mazlan, Wan Rohimi Wan Daud memberitahu Malaysiakini bahawa Hakim O Hara memutuskan bahawa Mazlan tidak benar-benar mendedahkan maklumat penuh mengenai terma-terma penyelesaian di Facebook apabila kedua-duanya membuat permohonan maaf.

"Berikutan itu, mahkamah hari ini mengarahkan Anuar dan Wan Zawawi yang kedua-duanya sebelum ini ialah ahli Majlis Belia Felda membayar RM50,000 setiap seorang kepada Mazlan.

"Mahkamah juga memerintahkan mereka membayar jumlah kos sebanyak RM8,340 kepada Mazlan," kata Wan Rohimi.

Kedua-duanya didakwa memfitnah Mazlan dengan mendakwa beliau telah mengambil hasil yang dimenangi peneroka Felda Kemahang, Kelantan dalam satu saman yang difailkan mereka.

Kedua-duanya meminta maaf dan sebagai sebahagian daripada penyelesaian, mereka sepatutnya membayar sejumlah wang yang tidak dipertikaikan kepada Mazlan, namun didakwa gagal berbuat demikian.

Ini menyebabkan Mazlan membawa perkara itu ke mahkamah majistret yang kemudian menolak tuntutannya atas alasan bahawa dia telah mendedahkan terma-terma penyelesaian dalam catatan di Facebook.

'Pelawaan PKR sertai kuasa ketiga bukan cadangan perdamaian PAS'

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini berkata pelawaan PAS kepada PKR untuk menyertai 'kuasa ketiga' bukan cadangan perdamaian.

Sebaliknya, Wan Azizah yang juga adalah presiden PKR berkata PAS bertindak balas berhubung saranan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya parti Islam itu kembali bersama DAP dan PKR sebagai satu pasukan bagi menghadapi menghadapi pilihan raya umum ke-14..

"Saya fikir ia adalah reaksi kepada pelawaan bukan pelawaan kami (PKR) kami, (ia) jemputan MB Selangor (Azmin).

"Saya tidak fikir itu cadangan perdamaian," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan.

Antara pemimpin yang hadir pada sidang media itu adalah Naib Presiden PKR Tian Chua, Presiden AMANAH Mohamad Sabu dan Pengarah Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong

Wan Azizah berkata demikian ketika diminta mengulas pelawaan Naib Presiden PAS, Datuk Nik Mohamad Amar Nik Abdullah supaya PKR bekerjasama dengan parti itu dan sekutu barunya, Parti Ikatan.

Berikutan kekalahan teruk Pakatan Harapan pada pilihan raya negeri Sarawak Sabtu lalu, Azmin berkata, semua parti pembangkang perlu bermuhasabah diri dan bergerak ke hadapan secara bersama.

Mengenai dua pilihan raya kecil di parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar akan datang, Wan Azizah berkata belum ada keputusan muktamad dibuat sama ada Pakatan Harapan akan meletakkan calon menentang BN.

"Kita mesti sedar bahawa padang perlawanan tidak sama rata antara kerajaan dan pembangkang (pada pilihan raya).

"Dalam konteks pilihan raya kecil, kita diambil yang kita berdepan dengan kekuatan jentera kerajaan," katanya.

Diasak lanjut mengenai calon potensi Pakatan Harapan, beliau berkata perkara pertama adalah perbincangan oleh setiap parti individu.

Pada masa yang sama, Wan Azizah berkata terdapat perbincangan tidak rasmi antara PKR dan PAS mengenai perkara itu atas dasar sebagai sebahagian daripada kerajaan negeri Selangor.

"Kita boleh bincangkan ... Tidak ada masalah. Perbincangan sedang dijalankan.

"Sungai Besar di Selangor. Dalam kerajaan negeri Selangor, terdapat exco daripada PAS, PKR dan DAP," katanya.

PAS sebelum ini berkata ia hanya bersedia untuk berbincang dengan PKR mengenai kedua-dua kerusi pada pilihan raya kecil itu.

Setakat ini, PAS dan parti serpihannya, AMANAH menyatakan hasrat mereka untuk bertanding di dua kerusi yang kosong itu selepas penyandang yang - MP Sungai Besar Datuk Noriah Kasnon dan MP Kuala Kangsar Datuk Wan Khai-ril Anuar Wan Ahmad - meninggal dunia baru-baru ini akibat nahas helikopter di Sarawak.

Dengan menang besar di Sarawak itu bermakna rakyat suka GST kata Najib.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyifatkan kemenangan besar dua pertiga kepada Barisan Nasional (BN) di Sarawak membuktikan cukai yang membebankan kos sara hidup, cukai barang dan perkhidmatan (GST) sudah diterima oleh rakyat Malaysia.

Najib membidas pembangkang yang memainkan isu GST sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri Sarawak tetapi ia masih gagal untuk menewaskan parti pemerintah.

Kemenangan BN di Sarawak dianggap sebagai besar dengan 72 kerusi ditawan dan pembangkang yang berpecah sekadar memenangi 10 kerusi sahaja.

Najib sebelum ini dalam kempen di Sarawak sudah berjanji untuk tidak menaikkan cukai GST seperti yang didakwa oleh pembangkang.

Cukai kontroversi itu dijadikan modal utama dalam kempen pembangkang. – Baca lanjut di The Malaysian Mirror | Gambar The Malay Mail





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...