TERKINI :

Saturday, May 7, 2016

Pertanyaan Tokey D'Herb yang tak ada jawapan sampai sekarang..!

Dia cuma tanya MB Kedah kemana MB Kedah nak belanja 30juta duit yang dia nak taja.

MB Kedah berkeras cakap "TAK PAYAH TAHU BAGAIMANA KITA URUS 3O JUTA TU." Di sebabkan tidak mendapat satu keterangan jelas bagaimana tajaan 30juta nya itu mahu di belanjakan, D'Herb bertindak dengan walau masih mahu menaja pasukan Kedah tetapi mengambil langkah berhati hati  dengan hanya mencairkan dana tajaan menggunakan formula 5m by 5m. Tajaan berperingkat 5juta-5juta.

Tidak berpuas hati dengan tindakan D'Herb tidak mahu melepaskan dana 30juta "seketoi" sekaligus MB Kedah langsung menolak tajaan D'Herb.

Malah bukan takat itu seterusnya D'Herb di malukan dengan MB Kedah menggunakan ayat HAK RAKYAT KEDAH AKAN DI RAMPAS JIKA KEDAH MENERIMA TAJAAN D'HERB.

Kononnya D'Herb minta Tanah sebagai balasan utk tajaan. Walhal isu utama ialah D'Herb cuma nak tahu bagaimana dan kemana wang 30juta tajaannya itu nak di belanjakan. Ialah....bukan duit kerajaan..kan ke itu duit D'Herb...mestilah dia nak tahu adakah 30juta tu akan sampai atau tidak ke kumpulan sasaran dia iaitu PLAYER SERTA KEBAJIKAN MEREKA.

Dia risau jika tidak di selia nanti wang itu bakal habis ke tangan "buaya" dan "penyamun" dlm kerajaan negeri dan penyangak dalam KFA.

Terkilan dengan serangan MB Kedah Ahmad Bashah terjadapnya kini D'Herb menyerang balas MB Kedah sekali dia maki semua KEYBOARD WORRIOR MB Kedah iaitu budak budak TCK(TeamCyberKedah).

Memang memalukan bila MB Kedah di label sebagai PENIPU oleh ahli perniagan.

Salahkan dia jika cuma nak tahu bagaimana nanti wang tajaannya  di belanjakan? Perlukah D'Herb di malukan sebegini oleh MB Kedah?

Mahfuz pertikai kewibawaan Pengerusi J.kuasa Tatertib Pas kerana ada dendam peribadi dengan Adun Salor

Keputusan Jawatankuasa Tatatertib PAS yang dipengerusikan Dr Sanusi Daeng Mariok memecat keahlian bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa dari parti itu tidak mengejutkan kerana sejak sekian lama beliau sememangnya memusuhi Adun Salor, Kelantan itu.

Bekas ketua penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, beliau sudah menjangka dan tidak terkejut dengan keputusan yang diumumnkan hari ini.

"Saya sudah jangka dan tidak terkejut kerana Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib ini sudah prejudis kepada Husam sejak Husam masih naib presiden PAS lagi," kata Mahfuz.

Menurutnya, sewaktu pemilihan menjelang muktamar yang memecahkan PAS tahun lalu, Sanusi telah memberikan pelbagai signal kepada perwakilan agar menolak Husam dengan pelbagai lemparan dan dakwaan yang tidak sewajar dilakukan oleh beliau.

"Bila itu sudah lekat dalam hati... perbicaraan ini tidak sepatutnya diteruskan oleh beliau dan diserahkan kepada pihak lain untuk membicarakannya," kata Mahfuz, ahli parlimen Pokok Sena itu.

Bagi Mahfuz, tindakan ini sangat tidak baik kepada imej PAS kerana orang ramai akan membangkitkan soal intergriti ketua jawatankuasa ini.

"Hakim mahkamah biasa pun tidak akan meneruskan perbicaraan ini jika mendapati beliau ada kepentingan dengannya," kata Mahfuz.

Beliau yakin, keputusan ini akan mengundang kritikan dari pelbagai pihak.

Mahfuz juga mempertahankan tindakan Husam membuat kritikan secara terbuka terhadap kepimpinan PAS.

"Ia akan mengundang kritikan apatah lagi dalam dunia dan masyarakat yang berilmu sekarang. Ia sepatutnya menjadi muhasabah terbuka kerana kita tidak boleh pisahkan sebarang krikan terbuka dari ahli kepada parti di zaman serba terbuka sekarang," katanya.

Bagi beliau, keputusan ini akan menyebabkan masyarakat melihat PAS tidak ada beza dengan Umno.

"Umno hanya membuat keputusan gantung Tan Sri Muhyidin dari tugas selepas beliau membuat kritikan terbuka terhadap presidennya, Datuk Seri Najib," katanya.

Kata Mahfuz, beliau tidak nampak apa yang dibuat Husam untuk keburukan parti tetapi dengan tujuan untuk membaiki dan menyelamatkan partinya agar mempunyai intergriti di mata masyarakat.

Dalam pada itu, Mahfuz yakin, kenyataan beliau ini akan mendapat kritikan terbuka juga dari pelbagai pihak dalam PAS.

"Saya sedar komen saya akan mendapat kritikan terbuka dari pelbagai pihak dalam parti dan saya terbuka mendengarnya," kata Mahfuz yang sebelum ini turut menerima surat tunjuk sebab dari PAS Kedah kerana menyertai majlis Deklarasi Rakyat.

Namun PAS Kedah menerima penjelasan yang dibuat oleh beliau.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...