TERKINI :

Tuesday, May 3, 2016

Larangan Keterlaluan Masuk Ke Sarawak Untuk Tujuan P/Raya Bercanggah Dengan Undang-Undang

Kenyataan Media


LARANGAN KETERLALUAN MASUK KE SARAWAK UNTUK TUJUAN PILIHAN RAYA BERCANGGAH DENGAN UNDANG-UNDANG

www.amanah.org.my

1. Biro Undang-Undang (KANUN) Parti Amanah Negara memandang serius terhadap larangan untuk memasuki Sarawak bagi petugas dan pimpinan parti politik semasa musim pilihanraya negeri Sarawak (PRU Negeri). KANUN berpandangan larangan sedemikian adalah bercanggah dengan amalan demokrasi dan undang-undang.

2. KANUN ingin memetik peruntukan Seksyen 67 Akta Imigresen 1959/63 yang menyatakan seperti berikut:-

Right to enter East Malaysian State for exercise of political rights

67. Subsection 66(1) shall not have effect in relation to a citizen entering the East Malaysian State for the sole purpose of engaging in legitimate political activity; but the burden of proof that a person is entitled to enter the East Malaysian State under this section shall lie on him.

3. KANUN mendapati peruntukan seksyen ini telah dicabar beberapa kali di Mahkamah dan dalam kes Gobalakrishnan Nagapan v. Director of Immigration, Sarawak & Ors, Mahkamah telah mengesahkan bahawa pas atau permit tidak diperlukan jika tujuan memasuki Sarawak itu adalah atas alasan untuk menjalankan aktiviti politik yang sah. Namun, pihak yang ingin memasuki Sarawak perlu membuktikan bahawa tujuan kemasukan tersebut adalah untuk menjalankan aktiviti politik yang sah.

Soalan : Kenapa kamu suka kata dan kutuk Presiden PAS..?

Mat Alishah
·

Kamu tanya aku jawab..

Soalan : Kenapa kamu suka kata dan kutuk Presiden PAS..?

Aku jawab : cuba bezakan dahulu yang mana kata yang mana kutuk dan yang mana persoalan..... 

rasanya kata, kutuk dan persoalan adalah 3 maksud yg berbeza.....

Jika kata sudah pasti ayat dia tak berapa manis didengar iaitu seperti kamu barua, jebon, walaun, syaitan....itu maksud mengata...

Manakala kutuk pulak sama juga ayatnya tak berapa manis didengar iaitu seperti kamu boroi, kamu kaki ponteng, kamu bengong...itu maksud mengutuk...

PERKASA tolak alasan Kerajaan NAJIB hentikan polis pengiring Dr M


Kumpulan pendesak Melayu, PERKASA beranggapan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberhentikan khidmat polis pengiring Tun Dr Mahathir Mohamad dengan alasan bagi mengelak kemudahan tersebut disalah guna bagi kempen menentang kerajaan sebagai kenyataan politik.

Sebaliknya, menurut Setiuasaha Biro Integriti, Antirasuah dan Salah Guna Kuasa PERKASA, Dr Muhammad Faiz Na'aman, alasan itu diberikan selepas Dr Mahathir diiringi oleh sukarelawan konvoi motosikal berkuasa tinggi.

“PERKASA berpendapat ini suatu alasan serta ayat politik pihak kerajaan semata-mata kerana ternyata Dr Mahathir telah pun diiringi oleh sukarelawan konvoi motosikal berkuasa tinggi ketika tiba di lapangan terbang Kepala Batas semalam hingga ke Tesco Stargate akibat ketiadaan polis pengiring rasmi seperti biasa,” katanya dalam satu kenyataan.

Sejak minggu lalu, media sosial kecoh dengan berita pemberhentian khidmat polis pengiring kepada Mahathir tetapi sehingga hari ini beluam ada kenyataan rasmi dibuat.

Semalam, Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Seri Nazri Aziz berkata, khidmat polis pengiring bermotosikal untuk Mahathir sepatutnya ditarik balik sejak dulu lagi.

Mukhriz: Mengapa perlu tunggu 13 tahun?

http://mk-cdn.mkini.net/1000/d246586498076e3ded918c07b6473212.jpg
Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata bapanya tidak perlu menunggu sehingga 13 tahun selepas bersara untuk membantu menaikkan kerjaya politik, sebaliknya boleh dilakukan lebih awal.

Kata Mukhriz, jika Tun Dr Mahathir mahu meletakkannya di tempat lebih tinggi atau membantu kerjaya politiknya, ia lebih berkesan dibuat ketika bapanya itu masih berkhidmat sebagai perdana menteri.

"Tuduhan liar Tengku Sarifuddin bahawa inilah niat sebenar Mahathir juga tidak masuk akal kerana jika ia benar, tentu sekali Mahathir boleh terus melantik saya atau membantu dalam karier politik saya sewaktu beliau masih presiden Umno dan perdana menteri selama 22 tahun," katanya dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Kenyataan Mukhriz itu dibuat sebagai reaksinya kepada dakwaan Setiausaha Akhbar Perdana Menteri Datuk Seri Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad sebelum ini.

Dalam kenyataannya Tengku Sarifuddin didakwa menuruh Mukhriz berkomplot bersama Mahathir serta bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menjatuhkan kerajaan.

Waduhh....ingatkan di zaman moden ini tiada lagi stail politik ugut dan gertak seperti ini?

STAIL MACAM NI PUN ADA LAGI RUPANYA!!

Setelah mengumumkan peruntukan RM250 ribu kepada Pasukan Gerakan Am atau PGA di Kuching semalam, sehari sebelum mereka membuang undi, Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi berkata beliau juga sedia mempertimbangkan permintaan Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar untuk menaikkan elaun anggota pasukan tersebut.

Namun, kata Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, beliau mahu "melihat" siapa yang akan mereka undi terlebih dahulu.

"Tuan-tuan dan puan-puan, buktikanlah kepada saya. Saya cakap, saya akan buat.

"Tetapi saya nak tengok dulu, (anda) pangkah siapa?" katanya lagi.

Waduhh....ingatkan di zaman moden ini tiada lagi stail politik ugut dan gertak seperti ini?

Ingatkan juga, hanya ahli politik "cikai" atas "kelas kampungan" saja yang melakukan perbuatan seperti itu, rupa-punya orang nombor kedua dalam kerajaan yang ada pendidikan asas agama sejak kecil pun tidak terkecuali dengannya.

Impian Ridhuan Tee lihat Cina terajui Umno, PAS


Tokoh akademik kontroversi, Mohd Ridhuan Tee Abdullah sedih melihat organisasi Islam, penuh dengan orang Melayu, seolah-olah tidak ada Cina, India, Orang Asli atau Bumiputera Muslim yang layak memegang jawatan tinggi.

Impiannya, suatu hari nanti adalah untuk melihat PAS atau Umno diterajui oleh orang Cina.

Mengenai MCA, Ridhuan menganggap parti politik itu terlalu rasis sehingga ada pemimpinnya berani mengatakan perlembagaan persekutuan itu sendiri yang rasis kerana mempunyai peruntukan mengenai bangsa dan agama tertentu.

Ini merujuk kepada kenyataan pemimpin jawatankuasa pusat MCA Datuk Seri Ti Lian Ker yang menyentuh mengenai perlembagaan persekutuan dalam menangkis hujah Ketua Biro Tata Negara yang berkata isu perkauman di Malaysia memuncak semasa musim pilihan raya kerana pihak tertentu mengeksploitasi isu-isu sensitif.

Dalam kolumnya yang disiarkan di Sinar Harian, Ridhuan berkata berbeza dengan organisasi Kristian yang tidak mempunyai masalah untuk melantik orang Cina Kristian jika terbukti mereka hebat dan layak berbanding dengan institusi Islam dan jawatan dalam kerajaan yang dikuasai oleh orang Melayu.

“Sebab itu janganlah kecewa jika ramai orang Cina memeluk Kristian daripada Islam. Tindakan kita terlalu rasis.

DAP mampu tawan S'wak pada 2021 jika...


Jika DAP menang di kerusi dewan undangan negeri (DUN) Bawang Assan pada pilihan raya negeri Sarawak kali ini, maka parti itu mampu menawan Sarawak pada pilihan raya negeri itu lima tahun lagi.

Untuk rekod, DAP gagal untuk memenangi kerusi tersebut pada pilihan raya negeri 2011.

Ketua Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, pertarungan untuk kerusi Bawang Assan kali ini adalah sangat signifikan kerana DUN tersebut bukan salah satu daripada 12 kerusi yang dimenangi parti itu pada pilihan raya 2011.

"Jika DAP boleh menang di Bawang Assan pada 7 Mei ini, ia akan menjadi bukti yang kukuh bagi menunjukkan rakyat Sarawak bersedia dengan Rancangan DAP Sarawak untuk menawan kerajaan negeri itu pada pilihan raya negeri 2021.

"Perjalanan perjuangan politik DAP Sarawak untuk masyarakat yang lebih adil, saksama dan demokratik bukan sesuatu yang mudah, selama 38 tahun sejak DAP bertapak di Sarawak pada tahun 1978," katanya dalam kenyataan.

Beri saya peluang jelaskan kenapa 'serang' Najib - Tun Mahathir


KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berharap ahli-ahli UMNO memberi peluang untuknya menjelaskan kenapa beliau mengkritik pentadbiran perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bekas Perdana Menteri itu berharap peluang diberikan kepadanya untuk membolehkan ahli UMNO menilai sama ada beliau merosakkan parti atau tidak.

"Jika ada yang fikir saya merosakkan parti, saya harap saya diberi peluang untuk menjelaskan kenapa saya “menyerang” Datuk Seri Najib.

"Bagi saya serangan ini mungkin tidak menyenangkan Najib dan sebahagian daripada ahli UMNO tetapi sebabnya ialah kerana saya ingin menyelamatkan UMNO, parti keramat yang dahulu disokong sehingga menang 2/3 tiap PRU," katanya dalam tulisan terbaru di blognya chedet.cc hari ini.

Dalam tulisan tersebut, Dr Mahathir berterima kasih kepada ahli UMNO, yang sebahagiannya menasihatkan beliau menghentikan serangan terhadap Najib.

Namun jelas beliau, pengalaman dalam bidang politik, terutama yang berkaitan dengan budaya Melayu membuktikan berlaku kesetiaan kepada pemimpin sehingga tidak menyoal apa yang dilakukan..

Pertembungan 'ego' PAS-Amanah di Bumi Kenyalang


KUCHING: Percaturan PAS dan parti serpihannya, Parti Amanah Negara (Amanah) bukan sahaja sekadar menambat hati pengundi Sarawak malah lebih kepada saingan populariti antara kedua-dua parti semenanjung itu.

Pilihan raya negeri Sarawak ke-11 (PRN-11), 7 Mei ini, menjadi medan berkecuali bagi kedua-dua parti itu menentukan siapa antara mereka lebih popular berdasarkan undi yang diperoleh dalam 24 kerusi yang ditandingi PAS-Amanah.

Banyak pihak dan pemerhati politik berpendapat kedua-dua parti itu tidak relevan dalam senario politik Sarawak malah kehadiran di Bumi Kenyalang lebih bersifat ego sesama sendiri.

Langkah PAS menggandakan kerusi yang ditandingi serta penampilan sulung Amanah pada pilihan negeri kali ini tidak harus dilihat dari segi memperjuangkan kepentingan rakyat Sarawak semata-semata.

Malah, sebarang pencapaian kedua-dua parti itu akan menentukan hala tuju dan penerimaan rakyat terhadap parti berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) akan datang.

KENAIKAN CAJ YANG TIDAK WAJAR TERHADAP INDUSTRI PENERBANGAN OLEH KERAJAAN


Hari ini akhbar The Star melaporkan pihak Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Malaysia akan menaikkan pelbagai caj yang bakal dikenakan oleh pihak mereka bagi pelbagai perkhidmatan yang disediakan dan untuk pelbagai lesen yang dikeluarkan. Mungkin ini sejajar dengan penubuhan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia dan ura-ura pengswastaan sebahagian daripada perkhidmatan yang sebelum ini disediakan oleh pihak DCA Malaysia.

Secara amnya, akhbar The Star merumuskan bahawa kenaikkan ini akan menyebabkan kenaikan harga seperti tambang kapalterbang akan meningkat sehingga 1000 peratus. Ini akan membuatkan industri penerbangan di Malaysia tidak akan lagi berdaya saing berbanding dengan syarikat-syarikat penerbangan serantau. Akhbar tersebut juga memberi contoh iaitu tiket penerbangan daripada Semenanjung ke Sabah atau Sarawak pada masa ini yang berharga lebih kurang RM160 mungkin akan menjadi RM1600 jika cadangan ini diluluskan.

Mungkin agak keterlaluan contoh yang diberikan oleh akbar tersebut. Ini kerana kita perlu mengambil kira bahawa laluan udara diantara Semenanjung Malaysia dengan Sabah atau Sarawak hanya dikawal kurang daripada separuh oleh pihak DCA Malaysia. Manakala bakinya dikawal oleh pihak Berkuasa Kawalan Trafik Udara Singapura yang tidak mengenakan apa-apa caj navigasi udara (Air Navigation Flight Charges - ANFC) ke atas perkhidmatan yang disediakan oleh pihak mereka.

Larangan akses ke Sarawak, PKR akui kempen terbantut


KUCHING: Gerak kerja kempen yang dilaksanakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 terbantut apabila wujud isu sekatan akses ke negeri Sarawak terhadap pemimpin pusat parti itu.

Pengarah Komunikasi Keadilan, Fahmi Fadzil berkata sekatan terbaru yang dilakukan terhadap Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar jelas telah merencatkan program kempen PKR.

"Ramai daripada pimpinan tidak tahu sama ada mereka boleh masuk atau tidak (ke Sarawak) dan ini menyebabkan kesukaran dari segi penyediaan tiket penerbangan, jentera kempen dan lain-lain.

"Contoh Nurul Izzah sebagai Pengarah Pilihan Raya PKR, beliau sepatutnya sehari suntuk berada di Miri tiba-tiba jentera kempen dimaklumkan pukul 9.45 pagi Nurul Izzah tidak dapat masuk dan terpaksa balik (ke Kuala Lumpur)," katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.

Malah, Fahmi menyifatkan sekatan yang dilakukan Kerajaan Negeri Sarawak menerusi Jabatan Imigresen negeri itu merupakan satu tindakan yang tidak adil kepada mana-mana individu serta parti politik yang ingin menjalankan aktiviti politik.

Malaysia akan lebih kerap kena El Nino

el nino

KUANTAN - Malaysia bakal mengalami fenomena El Nino lebih kerap iaitu dua tahun sekali dalam tempoh beberapa tahun akan datang berikutan faktor pemanasan global yang semakin serius.

Pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan Awam dan Sumber Alam Universiti Malaysia Pahang (UMP), Dr Nurul Nadrah Aqilah Tukimat keadaan itu berlaku berikutan peningkatan suhu dunia yang semakin drastik, antaranya disebabkan oleh peningkatan gas karbon dioksida ke udara.

"Jika kita lihat pada 1980 sehingga 1988, fenomena ini berlaku empat tahun sekali. Tetapi dalam tempoh 1998 hingga 2015, keadaan ini boleh dikatakan berlaku lebih kerap iaitu tiga tahun sekali tidak kiralah dalam keadaan lemah, sederhana, mahu pun kuat.

"Contohnya pada 2012, kita lihat pembentukan fenomena ini telah ada walaupun ia tidak sampai ke Malaysia, dan pada 2014 ia berada dalam keadaan lemah dan kemudiannya menjadi kuat tahun ini, menyebabkan kita mengalami cuaca panas yang melampau.

"Berdasarkan pola itu, jelas kita lihat pembentukan El Nino dua tahun sekali semakin hampir berlaku," katanya kepada Bernama di sini.

Alor Setar - Pegawai Imigresen maut kemalangan | Al-Fatihah

Kemalangan

ALOR SETAR - Seorang pegawai Imigresen wanita maut setelah motosikalnya terlanggar seorang pejalan kaki dalam kemalangan berhampiran Masjid Telok Kechai, Jalan Kuala Kedah, di sini tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, kejadian berlaku jam 12.50 tengah hari tadi ketika mangsa, Siti Syuhada Ariffin, 32, yang menunggang motosikal ke tempat kerjanya di Pejabat Imigresen UTC di sini, terlanggar seorang pejalan kaki yang secara tiba-tiba melintas jalan.

"Mangsa dalam perjalanan dari rumahnya di Kuala Kedah ke tempat kerja. Seorang pejalan kaki telah melintas jalan secara tiba-tiba dari pembahagi jalan menyebabkan mangsa gagal mengelak lalu, merempuh pejalan kaki itu.

"Akibat perlanggaran itu, mangsa tercampak ke dalam longkang di kiri jalan dan meninggal dunia manakala pejalan kaki pula telah tercampak di atas jalan dan cedera parah di kepala.

"Pejalan kaki itu, Md Noh Jusoh, 55, berasal dari Kuala Kedah, turut patah kaki kiri dan dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk rawatan," katanya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...