TERKINI :

Monday, May 2, 2016

Muhyiddin & Mukhriz - Benarkah kedua-dua mereka ini tidak cerdik..???

KEDUANYA DIKATA TAK CERDIK


KECERDIKAN dan pejuangan tidak semestinya duduki kerusi dalam kerajaan, malah yang duduk di kerusi pembangkang juga namanya berjuang sebab baik pemerintah ada pembangkang ada peranan masing-masing.

Kejayaan kepimpinan seseorang itu bukan macam mengukur adanya satu bangunan atau jalan raya tetapi bersuara dan membantai rasuah, perbuatan jahat, bobrok juga satu perjuangan seperti yang dilakukan oleh ahli-ahli agama yang membawa kesedaran dan kebenaran.

Merubah minda/pemikiran manusia tidak semudah membina jalanraya yang bisa siap esok hari tetapi merubah pemikiran dan cara manusia berfikir memerlukan masa bertahun yang kekadang ada sampai 1000 tahun atau lebih dari itu.

Dunia barat kala dulu memang gelap tetapi kesan raja Peranchis kedua yang belajar di andalusia terjemah semua buku karyawan Islam seperti Ibu Kindi, Sina dan banyak lagi di zaman Andalusia abad 4-11 ke bahasa barat barulah barat bercahaya dan menjadi seperti yang ada sekarang.

'Saya PM 22 tahun pun tak pernah pinjam RM1b' - Tun M

'Saya PM 22 tahun pun tak pernah pinjam RM1b

ALOR SETAR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui masih sayang kepada parti keramatnya walaupun bertindak meninggalkan Umno sebelum ini.

Beliau berkata, keputusan untuk keluar Umno dibuat kerana tidak suka cara pentadbiran yang dilakukan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri.

“Saya bukan anti-Umno, tidak... saya anti-Najib. Selama ini negara kita walaupun punyai berbilang kaum, parti lawan dan parti kerajaan, tapi pentadbiran boleh dijalankan dengan baik.

“Hari ini kita lihat cara Najib tidak disenangi dan kesannya amat buruk kepada negara. Kita berhimpun kerana sedar bahawa yang salah ialah Najib, tetapi dia kata tak salah,” katanya di hadapan hampir 10,000 orang pada program Pidato Selamatkan Malaysia di pekarangan Wisma Harapan di sini, malam tadi.

Menurutnya, kerjasama dengan pembangkang menerusi Deklarasi Rakyat bukan melibatkan soal parti atau mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebaliknya memperjuangkan hak rakyat.

“Kita tahu dia (Najib) menunjukkan kononnya begitu demokratik dalam Umno, pemilihan pemimpin dibuat oleh wakil seramai 2,000 orang. Dia ingin perluaskan supaya lebih ramai ahli Umno dapat menyertai pemilihan pemimpin dan kita berasa lega juga.

AMANAH - Terima Kasih & Selamat berjuang Mejar Zaidi

KENYATAAN MEDIA : TERIMA KASIH DAN SELAMAT BERJUANG MEJAR ZAIDI
www.amanah.org.my


1. Parti Amanah Negara (AMANAH) mengambil maklum bahawa Mejar Zaidi telah menyertai DAP. Dengan itu kedudukan beliau sebagai ahli AMANAH telah dengan sendirinya terbatal.

2. AMANAH ingin mengucapkan terima kasih kepada beliau di atas segala sumbangan dan pengorbanan semasa beliau bersama AMANAH. Semoga segala sumbangan dan pengorbanannya akan diterima Allah sebagai satu amalan soleh dan diberikan ganjaran yang setimpalnya.

3. Pendirian dan sikap tegas beliau dikenali semua dan ianya terbukti dengan kesanggupan beliau berhadapan dengan tindakan disiplin TUDM berhubung isu dakwat kekal sebelum ini. Sikap ini amat dihargai AMANAH dan kami doakan beliau akan terus berpendirian tegas tanpa kompromi dalam membela kebenaran.

4. Dari apa yang dijelaskan, penyertaan beliau bersama DAP adalah untuk menangani fitnah yang terus dilemparkan terhadap DAP khususnya oleh UMNO dan pihak-pihak tertentu bahawa DAP adalah parti anti-Melayu Islam. AMANAH menganggap cita-cita tersebut sebagai cita-cita yang murni, kerana ingin membela pihak yang dizalimi dan difitnah.

Isu Beli Quaresma Tidak Benar - Ahmad Bashah

ALOR SETAR: Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah pada Isnin menafikan KFA akan membeli bekas pemain Barcelona, Ricardo Quaresma seperti dilaporkan dalam media sosial baru-baru ini.

Beliau berkata isu pembelian pemain itu yang dikatakan dengan yuran perpindahan bernilai RM1.9 juta tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat KFA.

"Saya ingin beritahu ia hanyalah khabar angin sahaja," kata Ahmad Bashah yang juga Menteri Besar kepada pemberita selepas pelancaran Kerja-kerja Undi 1 Kedah Untuk Penyelenggaraan Jalan Negeri Kedah, di sini Isnin.

Ketika ditanya tentang pemain penyerang dari Brazil, Carlos Eduardo de Souza Floresta atau Carlos Kahe yang mempamerkan permainan hambar sekaligus dilihat gagal membantu skuad Kedah, beliau berkata perkara itu akan dibincangkan sebelum membuat sebarang keputusan.

"Kita ambil pemain import kerana ingin lihat peningkatan pasukan Helang Merah dalam setiap perlawanan tetapi sekiranya ia tidak membantu ... kalau perlu buat perubahan, kita akan lakukan bagi memastikan prestasi skuad Kedah sentiasa cemerlang," katanya.

BN boleh kekal kerajaan Sarawak tetapi mungkin kerusi berkurangan?



ULAS PRN SARAWAK


Pilihan raya negeri Sarawak akan berakhir kurang 100 jam lagi. Menjelang hari-hari terakhir situasi semakin gawat dan panas. Apa dirasai di Sarawak berbeza daripada apa dirasai oleh peminat dan pemerhati politik di Semenanjung. Sebab itu untuk mengetahui suhu sebenar kita harus ke Bumi Kenyanlang.

Jika diperhati dari sini apa lagi mengikuti laporan media arus perdana (PB), pilihan raya Sarawak seakan berjalan dengan baik dan sempurna. Laporan bersifat propaganda itu memberi gambaran parti pemerintah BN Sarawak akan menang dengan mudah. Sepanjang sejarah media di Malaysia setiap kali berlangsung pilihan raya mereka akan memberi gambaran selamat kepada parti sokongan mereka.

Jika mendengar laporan daripada media massa, eletronik dan cetak, seolah-olah parti pembangkang langsung tidak ada peluang. Sedangkan ada juga kadang kala parti pembangkang menang besar dan laporan media massa PB meleset jauh.

Di Sarawak ini sejak awal-awal lagi para propgandis BN menguar-uarkan yang BN akan menang besar. Media menjual "padi basah" kepada pemerhati politik. Jadi bagi peraih padi yang tidak bijak dan percaya kepada kejujuran media PB, akan kegeruman sendiri.

Apa sudah jadi, ketua pembangkang Terengganu?

Oleh RAJA KAMARUL BAHRIN SHAH RAJA AHMAD


Saya tidak membuat ulasan kemelut Terengganu walau beberapa kali ditanya hingga keadaan menjadi lebih tenang. Situasi Terengganu agak lebih kompleks daripada apa yang dijangka.

Pelucutan gelaran kebesaran menteri besar Terengganu walaupun mungkin tidak ada kaitan dengan pergolakan politik tempatan, merupakan situasi terkini yang hangat dialami.

Saya telah mengulas tentang perlunya kerajaan negeri menjadi stabil apabila usul undi tidak percaya dikemukakan di Dewan Undangan Negeri Terengganu baru baru ini.

Malangnya ada pihak tertentu menempelak cadangan saya supaya pilihan raya negeri diadakan. Sebenarnya usul undi tidak percaya itu dibenarkan mengikut perlembagaan.

Hari ini pihak yang sama mencadangkan pilihan raya negeri juga diadakan!

Sejak Datuk Seri Ahmad Said digugurkan sebagai menteri besar oleh Datuk Seri Najib Razak, politik Umno Terengganu bergolak hebat.

Dari segi parahnya situasi, keadaan semasa undi tidak percaya dahulu lagi parah.

Negeri luas tapi rakyat tiada tanah sendiri


SIBUTI: Royalti minyak dan gas yang menjadi hak Sarawak sekiranya dimanfaatkan sebaiknya mampu memberikan kesejahteraan kepada rakyat negeri ini, demikian ditegaskan calon PAS N.72 Lambir, Arifiriazul Paijo.

Malangnya ujar beliau, hak tersebut bukan sahaja dinafikan, malah kekayaan dari hasil minyak dan gas itu tidak diagihkan untuk keperluan negeri.

“Lihat sahaja Indek Pembangunan Jalan Raya Sarawak hanya 0.3 peratus iaitu negeri paling tercorot dalam Malaysia. Jadi kita mahu royalti itu sebagai hak rakyat Sarawak. Kita mahu bangunkan negeri, majukan negeri dan beri kemudahan kepada rakyat.

“Sebab itu kita Pemuda PAS sejak dahulu tuntut royalti ini diberi sebanyak 20 peratus, bukan lima peratus seperti sekarang,” gesanya ketika berceramah di Taman Tunku, Miri, di sini semalam 30 April.

Jelas Arif, beliau juga sangat bersetuju dengan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang pernah menegaskan bahawa menurut Islam, hasil minyak dan gas itu perlu diberikan sepenuhnya kepada Sarawak.

Jurang perbezaan antara PAS dan PERKASA semakin kecil terutama dalam membela MELAYU

 PAS kembali membela MELAYU..!!!

Nampaknya hubungan PAS & PERKASA semakin intim... sekarang PERKASA sudha mampu berada sebaris dalam muktamar Pemuda PAS Kelantan... Jika dahulu PERKASA lah pengkhianat, pemecah belah ummah,

Jadi kena ingat baik-baik, Ketuaa pemimpin PERKASA ialah Ibrahim Ali. Beliau pernah bertanding atas tiket PAS tetapi setelah menang mengkhianatinya..dan waktu itu apa yg beliau tak kata kepada arwah TGNA & PAS.....namun kini beliau dan PERKASA sudah diterima kembali bersama PAS...

Menurut KETUA PEMUDA PAS KELANTAN jurang perbezaan antara PAS dan PERKASA semakin kecil terutama dalam membela MELAYU

tahniah !

Adakah pembalakan di Hulu Tembeling punca air sungai Pahang menjadi kering?


Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob mengarahkan agensi dan jabatan kerajaan berkaitan segera menyiasat dakwaan bahawa pembalakan di Hulu Tembeling menjadi punca utama Sungai Pahang menjadi kering.

Adnan berkata, siasatan itu bagi memastikan sama ada benar ia disebabkan pembalakan atau turut disumbangkan oleh faktor lain seperti cuaca panas melampau ekoran fenomena El Nino yang melanda negara ketika ini.

"Kita tidak boleh menyatakan hanya Sungai Pahang kering kerana sungai-sungai lain juga kering.

"Memang (tidak dinafikan) salah satu sebab Sungai Pahang kering ialah kerana pembukaan kawasan hutan untuk aktiviti pertanian, pembalakan dan sebagai mana kita tahu ada pembinaan Empangan Tekai dan Empangan Jelai di kawasan itu," kata beliau.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyertai perlawanan golf amal pasukan Menteri Besar Pahang menentang bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Ahmad Shah di Mahkota Golf and Country Club di Kuantan semalami.

PAS Kedah tidak ambil apa-apa tindakan disiplin terhadap Mahfuz, Nasir

Mahfuz, Nasir

ALOR SETAR - Pas Kedah tidak bercadang mengambil tindakan disiplin terhadap dua wakil rakyatnya yang secara langsung terlibat dalam aktiviti Gerakan Selamatkan Malaysia (GSM) peringkat negeri yang berlangsung 1 Mei.

Setiausahanya, Musoddak Ahmad berkata, dua wakil rakyat itu sudah memberi surat penjelasan mengenai penglibatan mereka dalam program tersebut.

“Ya, saya ada terima penjelasan daripada Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dan Adun Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa Jumaat lalu. Mereka hantar melalui emel kepada saya.

“Kita hanya mahu penjelasan dan tidak bercadang untuk mengambil tindakan terhadap mereka. Ia sekadar untuk rujukan parti di peringat negeri,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, perkara itu juga dianggap selesai selepas bekas Naib Presiden Pas dan Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Kedah itu memberi kerjasama baik dalam perkara tersebut.

Najib masih tak faham isu tanah Orang Asal

baru bian
PETALING JAYA: Putrajaya dibidas keras kerana menganggap wang mampu menyelesaikan masalah tanah adat Orang Asal tanpa memahami budaya dan tidak mempedulikan hak mereka.

Pengerusi Perhubungan PKR Sarawak, Baru Bian berkata: “Bagi Orang Asal, tanah adalah nyawa serta bersangkut paut dengan budaya dan maruah mereka.”

Beliau mencemuh pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengumumkan peruntukan RM100 juta untuk mengukur sempadan tanah-tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak.

“Sekiranya beliau benar-benar prihatin dengan tuntutan NCR Orang Asal, beliau akan meneliti keputusan-keputusan mahkamah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baru berkata para hakim telah memutuskan bahawa tanah NCR termasuklah “pemakai menoa” serta “pulau galau” dan bukan “temuda” sahaja, iaitu tanah dengan ukuran sempadan yang lebih kecil dan sedia diukur kerajaan.

“Kawasan yang berada diluar kawasan yang telah diukur akan dikelaskan sebagai sebagai tanah milik kerajaan,” katanya.

PANAS | Punca air di Empangan Bukit Merah susut dikenalpasti..!!

Pencerobohan hutan punca air Empangan Bukit Merah susut

BAGAN SERAI: Pencerobohan kawasan hutan simpan seluas kira-kira 500 hektar di sekitar kolam takungan Bukit Merah dipercayai menjadi satu daripada punca takungan air di Empangan Bukit Merah terjejas.

Ahli Parlimen Bagan Serai, Dr Noor Azmi Ghazali berkata, pencerobohan kawasan terutama di Kampung Selamat serta Hutan Simpan Pondok Tanjung itu dipercayai berlaku sejak beberapa tahun lalu dan digunakan untuk kegiatan pertanian.

“Fungsi zon penampan ini untuk menyimpan air pada musim kemarau dan apabila Empangan Bukit Merah menyusut, air dari sini akan mengalir ke dalam kolam takungan.

“Pencerobohan menyebabkan ekosistem, pemendapan di dasar tasik menjadi cetek dan apabila hujan lebat ia menyebabkan banjir kerana pokok yang menjadi penampan air telah ditebang,” katanya selepas meninjau kawasan pencerobohan bersama Sahabat Alam Malaysia (SAM) semalam.

Masa depan Muhyiddin, Mukhriz sama?

0
Muhyiddin, Mukhriz

KOTA BHARU - Umno akan hilang kredibiliti di mata masyarakat jika tidak segera bertindak memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai ahlinya kerana jelas tingkah laku mereka merupakan satu perlanggaran besar kepada disiplin Umno.

Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, telah ada persetujuan di kalangan majoriti pemimpin Umno bahawa tindakan Muhyiddin dan Mukhriz bersekongkol dengan pembangkang untuk menjatuhkan Perdana Menteri menyebabkan mereka tidak lagi layak berada di dalam Umno.

"Di peringkat Umno negeri, Umno Kelantan dan Umno Melaka umpamanya telah membuat desakan rasmi kepada Majlis Tertinggi dan Lembaga Disiplin Umno supaya memecat ahli Umno yang terlibat dengan aktiviti menjatuhkan Perdana Menteri ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Apa yang berlaku pada pemilihan PAS di MUKTAMAR tempohari kini berjangkit pemilihan Pemuda PAS Tebrau

APA KHABAR PAS TEBRAU? [KLIK SINI]

Oleh: Dr Tanaka Mustafa


1) Apa khabar PAS Kawasan Tebrau? Kedengaran sesuatu yang kurang enak dari sana. Krisis label-melabel masih subur sehingga secara zalim sehingga lebih kurang 9 jawatankuasa pemuda 'disingkir'?

2) Dengan hanya melabel mereka sebagai 'PAN', mereka disingkir tanpa bukti yang kukuh. Gerombolan 'Ustaz' lepas timur tengah yang mendakwa kumpulan mereka sebagai 'group istiqamah' dalam group whatsapp mereka berjaya menguasai kepimpinan pemuda kawasan tersebut dengan cara EGM yang dirancang.

3) Kumpulan 9 pemuda yang 'disingkir' dan dilabel sebagai 'PAN' tersebut bukan sahaja tidak dijemput dalam EGM tersebut, bahkan mereka di KIV dan kononnya akan dipanggil untuk memberi baiah semula kepada kepimpinan kawasan.

4) Pihak saya dimaklumkan bahawa kepimpinan pusat sudah sedia maklum bahawa 9 mereka itu bukanlah PAN, tetapi kumpulan ustaz terjun ini melakukan 'pembersihan' dan seolah-olah direstui oleh PAS Kawasan dan Negeri.

Alor Setar - Kes Buli : Pelajar dakwa retak tulang siku ditendang rakan

Buli

ALOR SETAR - Seorang pelajar lelaki Tingkatan Dua mendakwa mengalami retak tulang siku kanan selepas ditendang dari belakang oleh dua rakan kelasnya di sebuah sekolah menengah di Pokok Sena pada 25 April lalu.

M Kavi Varman, 14, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 11.45 pagi selepas waktu rehat semasa dia sedang berdiri di dalam kelas sebelum ditendang dari belakang oleh dua rakan kelasnya itu.

"Selepas ditendang, saya terjatuh dan siku bahagian tangan kanan terkena bucu meja hingga menyebabkan saya sakit untuk menggerakkan tangan dan salah seorang daripada mereka turut memulas tangan saya.

"Saya menjerit namun rakan kelas yang lain tidak membantu jadi saya terus berlari ke bilik guru besar untuk membuat laporan," katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumahnya di Ladang Jabi, Pokok Sena di sini hari ini.

MB Kedah - Bangun semula projek terbengkalai

Bangun semula projek terbengkalai

ALOR SETAR - Pemaju perumahan ditawarkan untuk membangunkan semula projek perumahan yang terbengkalai sejak tujuh tahun lalu, bawah Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome), dalam usaha menambah pemilikan rumah kalangan rakyat Kedah.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, pemaju boleh membuat permohonan di Bahagian Perumahan dan majlis daerah terlibat untuk mengusahakan 1,922 unit rumah bawah projek perumahan terbengkalai di seluruh daerah.

“Kerajaan negeri bersetuju berikan tapak projek perumahan itu kepada pemaju untuk bina MyHome 1 dan MyHome 2, dengan menawarkan insentif RM30,000 sebagai bayaran pendahuluan. Harga ditawarkan kepada pembeli juga berpatutan, MyHome 1 dengan kos RM90,000 manakala RM190,000 untuk MyHome 2,” katanya selepas merasmikan Ekspo Hartanah dan Perumahan 2016, semalam.

Menurutnya, ini antara usaha kerajaan negeri menyelesaikan tapak-tapak terbengkalai dan pada masa sama menawarkan perumahan kepada rakyat.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...