TERKINI :

Saturday, April 30, 2016

Terbaik dari PAS dimana mereka beri peluang BN selesai isu sehingga PRU14

KUALA TERENGGANU: PAS tidak akan mengambil kesempatan dalam kemelut yang berlaku di negeri itu, sebaliknya memilih memberi peluang kepada kerajaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) Terengganu menyelesaikan isu kepimpinan yang berlaku hingga penggal PRU14.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, PAS juga tidak akan mencampuri urusan UMNO berhubung pertukaran Menteri Besar ekoran Ahmad Razaif Abd Rahmad dilucutkan darjah kebesaran oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

“Beri peluang kepada mereka (UMNO-BN) sehingga habis penggal (PRU14), biar mereka selesaikan isu yang berlaku,”katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Makan Malam Amal Media malam tadi.

Katanya, tempoh Barisan Nasional menyelesaikan kemelut yang berlaku juga akan memberi peluang kepada rakyat untuk menilai parti yang layak mentadbir tanpa berdepan krisis.

“Rakyat perlu menilai perbezaan di antara sepenggal PAS memerintah Terengganu sebelum ini (pada tahun 1999-2004) dengan berapa penggal BN memerintah (dan terpalit pelbagai isu),” katanya.

Kemelut pentadbiran Kerajaan Terengganu kembali hangat apabila bekas Menteri Besar Datuk Ahmad Said membuat usul tidak percaya terhadap Ahmad Razif pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) lepas.

Ia berlarutan apabila Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin melucutkan semua darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Ahmad Razif berkuat kuasa 22 April lalu.

Berikutan itu, spekulasi Menteri Besar akan ditukar bertiup kencang dengan beberapa nama calon pengganti turut tersebar luas di laman sosial sementara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengadap Sultan Terengganu.

MP Kulim tanggung kos bawa balik jenazah dari Vietnam

Anggota Parlimen Kulim/Bandar Baharu Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir akan menanggung segala kos yang terlibat dalam proses membawa balik jenazah rakyat Malaysia yang meninggal dunia di Vietnam, Khamis lepas.

Pegawai Khas kepada Anggota Parlimen Kulim/Bandar Baharu Mohd Najib Mohd Ali yang menghubungi Bernama sebentar tadi memaklumkan, ia termasuklah bantuan membawa anggota keluarga mangsa iaitu ibu dan adik mangsa ke Vietnam, bagi proses menuntut mayat Mohd Azhar Abdull Wahab,33.

"Disebabkan masalah kewangan dihadapi keluarga mangsa, maka pihak Pejabat Parlimen Kulim/Bandar Baharu akan membantu dari semua aspek agar jenazah dapat di bawa balik ke sini, kita juga akan bekerjasama dengan Kerajaan Malaysia untuk tujuan itu.

Setelah berhubung dengan Kedutaan Malaysia di Vietnam, kita mungkin akan bertolak ke sana pada 4hb Mei. Kita juga ada wakil di sana untuk bantu mudahkan urusan," katanya kepada Bernama.

Abdul Aziz kini berada di luar negara atas urusan rasmi.

Hari ini Bernama melaporkan adik kepada arwah, Mohd Noorazman,31, berharap agar ada pihak yang sudi memberikan bantuan untuk membawa balik jenazah abangnya.

Dianggarkan kos untuk membawa balik jenazah mencecah RM40,000.

-Bernama

Bekas kolumnis Utusan sertai PAS semua pakat puji, tapi bagaimana kami....!!

YANG SALAH DIPERTAHANKAN
YANG BENAR DISINGKIRKAN

Tindakan Dr. Zulkifli Yaakob bekas kolumnis Utusan menyertai PAS tidak menghairankan. Beliau ikhlas.

Saya Tan Sri Mat Taib dan beberapa yg lain pun begitu juga ;  malah lebih dari itu,  kami dilahirkan dlm keluarga UMNO. Kami memegang beberapa jawatan penting kerana UMNO .

Kami sanggup tinggalkan UMNO kerana kami begitu yakin dengan perjuangan PAS berlandaskan Al Quraan .

Hanya selepas 2 tahun  baru kami sedar apa sebenarnya perjuangan  pemimpin2 khasnya Presiden PAS  kini yg  kami harap2kan selama ini. Rupa2nya jauh dari perjuangan Tok Guru Nik Aziz, Ustaz Fadzil Nor dan ramai lagi yang telah pergi.

Semoga Sdr Dr. Zulkifli Yaakob boleh berperanan sebagai tabib yg akan mengubati segala jenis penyakit yang dihidapi beberapa pemimpin Party itu

Sesunggohnya ALLAH SWT melihat sendiwara yang sedang dipertuntonkan

Tamrin Tun Ghafar
30/04

Polis tahan lelaki Abdul Rahman Abdullah hina Islam guna akaun lelaki india di Facebook

IPOH - Polis menahan seorang lelaki yang mengeluarkan komen menghina Islam menerusi akaun Facebooknya di Kamunting, Taiping kira-kira 90 kilometer dari sini, semalam. ‎

Suspek, Abdul Rahman Abdullah, 38, dari Kampung Station, Kuala Kangsar ditahan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman kira-kira 10 pagi semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Abd Rahim Hanafi berkata, polis turut merampas tiga telefon bimbit dan satu bag 'pouch' biru daripada suspek.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Pada Selasa, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengeluarkan arahan supaya suspek yang menggunakan nama 'Gunalan Muniandy' dikesan dan ditangkap dengan segera kerana mengeluarkan kenyataan yang biadap. - Bernama





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...