TERKINI :

Wednesday, April 27, 2016

Mukhriz terus bongkar kepincangan pemimpin UMNO

mukhriz-umn

PETALING JAYA: Datuk Seri Mukhriz Mahathir bertekad akan terus mendedahkan segala kepincangan dalam UMNO demi menyelamatkan parti itu daripada kerakusan segelintir pemimpin.

Bekas Menteri Besar Kedah itu berkata, ia termasuk isu-isu yang mempunyai kepentingan kepada rakyat.

“Pendedahan terbaru pasti ada setiap kali turun jelajah seluruh negeri, anda tunggu dan lihat,” katanya lapor Sinar Harian Online.

Menurut Mukhriz, pada masa ini pemimpin yang dilabel sebagai `Team B’ akan melontarkan pandangan alternatif berhubung apa yang berlaku dalam negara.

“Rakyat Kedah yang mahukan jawapan tentang situasi sebenar apa yang berlaku dalam negara bolehlah hadir.

“Saya nak ajak rakyat Kedah termasuk ahli UMNO dan pembangkang datang dan dengar sendiri apa yang akan kami dedahkan, termasuk isu-isu Kedah,” katanya.

'Pertembungan PKR-DAP cermin kegagalan HARAPAN'

Pertembungan antara sekutu Pakatan Harapan - DAP dan PKR - di Sarawak adalah satu situasi malang yang berlaku kerana kegagalan kepimpinan dalam pakatan pembangkang itu, kata Ketua Penerangan AMANAH, Khalid Samad.

Pertembungan antara kedua-dua parti itu di enam kerusi selepas pencalonan ditutup Isnin lalu, sepatutnya dielak sama sekali, kata Khalid kepada Malaysiakini.

"Tiada siapa yang dapat manfaat, selain BN," kata ahli Parlimen Shah Alam itu sambil menambah bahawa ia harus dijadikan iktibar agar tidak diulangi kesilapan yang sama.

Bagaimanapun, Khalid berkata situasi semasa tidak menunjukkan berakhirnya HARAPAN, yang ditubuhkan untuk menggantikan Pakatan Rakyat yang sebelum ini dianggota oleh PKR, DAP dan PAS.

Menurutnya, ia hanya bermakna bahawa terdapat isu-isu yang perlu ditangani.

Datuk Rozi Mamat dan ADUN Permaisuri, Datuk Mohd Jidin Shafee Calon MB Baru??

PETALING JAYA: Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman dilapor membatalkan semua program yang sepatutnya dihadiri beliau minggu ini.

Perkara itu disahkan oleh seorang pegawai kepada Menteri Besar Terengganu yang turut mendedahkan semua program itu kini diwakili oleh exco negeri itu.

"Menteri Besar tiada program minggu ini, semuanya diwakilkan kepada exco. Sepatutnya ada dua program untuk dihadiri beliau minggu ini," katanya ketika dihubungi FMT.

Jelas pegawai yang enggan namanya didedahkan, pembatalkan program tersebut mungkin disebabkan kemelut yang sedang dihadapi Ahmad Razif dan pihak istana ketika ini.

"Pembatalan program tersebut, mungkin ada kaitan dengan isu yang berlaku sekarang dan Menteri Besar juga tidak akan menghadiri program yang dihadiri orang ramai bagi meredakan keadaan," jelasnya.

Kemelut Menteri Besar Terengganu mula hangat diperkatakan setelah pihak istana Terengganu dikatakan menarik balik gelaran kebesaran yang dianugerahkan kepada Ahmad Razif.

Laporan: MB T'ganu mungkin diganti, dua nama disebut


Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman mungkin akan digantikan, lapor Sin Chew Daily.

Laporan itu, yang memetik sumber-sumber, berkata perubahan itu hampir pasti selepas Sultan Terengganu awal minggu ini melucut semua darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Razif.

Ia memetik sumber-sumber itu sebagai berkata, pertemuan yang disebut-sebut antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan Sultan Terengganu mungkin membincangkan pengganti Razif.

Laporan itu mendakwa Istana Terengganu cenderung kepada ADUN Telemong, Datuk Rozi Mamat untuk mengambil alih jawatan menteri besar.

Bagaimanapun, katanya, pemimpin Umno bahagian lebih cenderung kepada ADUN Permaisuri, Datuk Mohamad Jidin untuk menerajui kerajaan negeri.

Rozi dipetik oleh Free Malaysia Today sebagai berkata beliau masih belum menerima sebarang maklumat mengenai perkara itu dan oleh itu sebarang desas-desus mengenainya adalah tidak benar.

MENGAPA UMNO JOHOR, KEDAH LEBIH TERBUKA BERBANDING KELANTAN?

Shahbudin Husin, 


Kenapa UMNO Kelantan tiba-tiba saja mahu mengambil tindakan terhadap dua cawangan dalam Bahagian Machang yang meluluskan usul menolak kepimpinan Najib?

Bukankah dalam amalan demokrasi, menolak dan menyokong pemimpin adalah lumrah dan ia dibenarkan untuk dilakukan oleh sesiapa juga?

Apakah mereka tidak sedar sudah beratus cawangan di Johor dan berpuluh lagi di Kedah telah pun meluluskan usul yang sama?

Mengapa UMNO Kelantan saja yang begitu tertutup dan mahu mengambil tindakan, tidak seperti UMNO Johor dan Kedah yang sangat terbuka mengenainya?

Lagi pula, tidakkah dua cawangan itu meluluskan usul menolak Najib itu dengan cara yang sah iaitu melalui mesyuarat dan ia merupakan hak yang dibenarkan kepada mereka sebagaimana diperuntukkan dalam Perlembagaan UMNO?




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...