TERKINI :

Monday, April 25, 2016

'Masalah besar' landa HARAPAN selepas PKR-DAP bertembung

Pertembungan calon-calon Pakatan Harapan dari PKR dan DAP di enam kerusi pada pilihan raya Sarawak ke-11, selepas proses penamaan calon hari ini adalah tanda-tanda masalah besar bakal melanda pakatan pembangkang, kata penganalisis politik.

Prof Madya Andrew Aeria dari Universiti Malaysia Sarawak memberitahu Malaysiakini bahawa kedua-dua parti politik itu telah mengecewakan penyokong dan pengundi mereka yang menaruh HARAPAN sebagai alternatif kepada BN.

"Kegagalan untuk kompromi menunjukkan bahawa mereka melanggar peraturan utama dalam politik. Ini sangat malang. Pakatan Harapan nampaknya mempunyai masalah yang besar dalam usaha untuk bekerja sama.

"Rakyat amat mengharapkan mereka boleh menyelesaikan perbezaan dan mengelakkan pertembungan itu," kata Aeria.

Menurutnya, masalah itu berpunca daripada kegagalan dalam kepimpinan kedua-dua parti untuk berkomunikasi antara satu sama lain.

"Pertembungan hanya membuktikan terdapat dendam dan rasa tidak puas hati di antara pemimpin-pemimpin mereka di peringkat tempatan (di Sarawak)," katanya.

Merujuk kepada pertembungan lima penjuru di Batu Kitang, Aeria berkata keadaan itu mencerminkan "tahap dendam dan tidak puas hati di antara parti-parti gabungan itu".

Di Batu Kitang, calon DAP, Abdul Aziz Isa akan menentang calon PKR, Voon Shiak Ni.

Ini berikutan selepas PKR mengingkari perjanjian untuk tidak meletakkan calon di lima kerusi luar bandar.

'Cawangan Umno jangan buat usul minta PM letak jawatan'


Ketua-ketua cawangan UMNO disaran agar tidak mengemukakan usul yang boleh menyebabkan perpecahan parti semasa mesyuarat cawangan UMNO yang sedang berlangsung kini.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata semua anggota UMNO perlu memberi sokongan kepada pemimpin bagi memastikan sesebuah kerajaan dan institusi dapat dipertahankan.

"Tak payahla cawangan buat usul bukan-bukan, jika buat maknanya bermulalah perpecahan antara kita. Ini yang pembangkang nak, melihat UMNO berpecah. Jangan buat usul nak suruh perdana menteri atau menteri besar letak jawatan.

"Ini negara demokrasi yang ditentukan Perlembagaan. Perdana Menteri kita ditentukan secara demokrasi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Muafakat JKKK Kedah bersama Pemimpin di Alor Setar hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

'Assalamualaikum, 1MDB dah bayar faedah AS$50j?


Adakah 1MDB sudah menyelesaikan bayaran faedah AS$50 setelah penangguhan sebelum ini?

Soalan itu dibangkitkan oleh anggota parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak setelah genap lima hari penangguhan hari ini.

Dalam kenyataannya dalam loghat Kedah dan bernada menyindir, Mahfuz memulakan salam dan ucapan selamat petang kepada Najib, sambil bertanya sama ada bayaran itu mampu dibuat.

“Macam mana Datuk Seri boleh bayarkah? Ada duitkah nak bayar? Ambil duit mana nak bayar?

“Pinjam duitkah nak bayar faedah hutang? Pinjam pada siapa pula? Kalau pinjam siapa pula penjamin?” soalnya.

Beliau berseloroh bahawa beliau berasa seriau turut disita jika bayaran itu gagal dibuat.

Mahfuz sebelum ini menggesa Najib sebagai “penerima derma” RM2.6 bilion daripada Arab Saudi menyelesaikan hutang itu bagi pihak 1MDB.

Sultan lucut semua darjah kebesaran MB Terengganu

http://m.utusan.com.my/polopoly_fs/1.290609.1461561506!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_650/image.jpg

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin melucut semua darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman.

Menurut Bernama, pelucutan itu berkuat kuasa Jumaat 22 April.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini meminta semua pihak menghentikan spekulasi mengenai kedudukan Ahmad Razif dan berkata beliau akan mengadap Sultan Mizan berhubung isu berkenaan dalam masa terdekat.

Beliau juga berkata pentadbiran kerajaan negeri Terengganu masih berjalan seperti biasa.

Hubungan antara istana dan Ahmad Razif menimbulkan persoalan sejak Sabtu lalu selepas beliau diperkenalkan dalam dua majlis rasmi tanpa gelaran darjah kebesaran 'Datuk Seri'.

Isu 1MDB & Deposit Juta2 dalam akaun NAJIB.. Apa pendirian KJ???



Artikel kali ni pendek jer, sekadar melontarkan satu persoalan yang tetiba muncul di fikiran sebaik saja baca kenyataan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin atau KJ yang meminta pengundi muda Sarawak tetap memilih BN walaupun menyedari mereka marah kepada pemimpin2 BN.

Bukan nak minta KJ jelaskan apa maksudnya yang orang Sarawak marah kepada pemimpin BN, tapi nak tanya kenapa KJ senyap dalam isu 1MDB dan isu 2.6 bil 4.2 bil timbunan deposit dalam akaun Najib ?

Pac sudah pun bentangkan lapurannya di Parlimen ..... apa pandangan KJ tentang segala pendedahan yang dibuat mengenai 1MDB ?

Apakah KJ juga turut mempertahankan segala salahlaku pengurusan 1MDB dan ikut sama senada dengan pemimpin2 lain menyatakan bahawa Najib selaku PM, Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat tidak perlu bertanggungjawab atas 1MDB ?

Apakah KJ juga setuju Najib selaku pemutus cara dalam segalanya tentang 1MDB tidak semestinya bertanggungjawab atas tandatangannya dalam meluluskan transasksi 1MDB ?

Mampuslah PAKATAN HARAPAN kalau mcm ni....benda mudah mcmtu pun tak boleh bertolak ansur..!!

PKR, DAP boleh dipecat dari HARAPAN kerana berebut kerusi
 
PKR atau DAP boleh dipecat dari Pakatan Harapan kerana melanggar perjanjian bersama pakatan pembangkang yang baru ditubuhkan tahun ini dengan bertanding menentang satu sama lain di Sarawak.

Persetujuan umum yang ditandatangani oleh ketiga-tiga parti Harapan pada Januari lalu dengan jelas menyatakan walaupun parti bebas untuk memilih calon-calon mereka, pembahagian kerusi akan diputuskan oleh jawatankuasa pilihan raya.

Semua keputusan juga mesti diluluskan oleh Majlis Presiden.

"HARAPAN hanya akan letakkan seorang calon untuk mewakili pakatan itu dalam mana-mana pilihan raya," kata Setiausaha Penganjur DAP, Anthony Loke berkata pada majlis pemeteraian perjanjian itu di Shah Alam ketika itu.

Ini, katanya pada Januari lalu adalah untuk menamatkan pertandingan tiga penjuru.

Setiausaha Penganjur AMANAH, Suhaizan Kaiat juga ketika itu memberitahu, jika mana-mana parti yang didapati melanggar perjanjian berkenaan, parti lain dalam HARAPAN mempunyai hak untuk memecat pihak yang ingkar itu daripada gabungan pembangkang.

Aduhai PKR..macamana lah hangpa pilih calon..sampai boleh bagi menang FREE kat BN nie??

Calon tak hadir, bankrap: PKR mohon maaf


PKR hari ini merakamkan kekesalan kerana kecuaiannya menyaksikan BN menang tanpa persaingan di dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu di Bukit Sari dan Bukit Kota pada pilihan raya negeri Sarawak ke-11.

Pengarah Operai Bilik Gerakan Utama, PKR, Ismail Yusop dalam satu kenyataan media berkata calonnya di Bukit Sari, Alex Lihan tidak hadir ke pusat penamaan pagi ini tanpa sebarang alasan.

“Kami amat kecewa dengan perubahan keputusan pada saat-saat terakhir ini dan kes ini akan dirujuk kepada Jawatankuasa Displin.

“Penamaan calon Pantai Damai (Morni Samsudin) terbatal disebabkan beliau muflis kerana menjadi penjamin pinjaman. Parti akan meneliti semula proses penyemakan calon,” katanya.

Dengan perkembangan itu, BN hari ini mengekalkan kedua-dua kerusi berkenaan oleh kedua-dua penyandang, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan di Bukit Sari dan Dr Abdul Rahman Ismail di Bukit Kota.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah pada sidang media di pejabat SPR Sarawak di Kuching.

Hakim baru akan dengar kes saman RM2.6b Dr M ke atas Najib

Saman RM2.64 bilion yang dikemukakan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua yang lain terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan didengar di hadapan seorang hakim baru.

Ini adalah kerana hakim yang dijadualkan untuk perkara itu, Hakim Datuk Rosnaini Saub akan dipindahkan dari Kuala Lumpur ke Mahkamah Tinggi Shah Alam, berkuat kuasa 2 Mei.

Menurut peguam Mahathir, Mohd Haniff Khatri Abdulla, arahan pemindahan untuk Hakim Rosnaini dikeluarkan sebelum beliau ditugaskan untuk mendengar kes itu dan sebelum ia difailkan.

Berikutan itu, Haniff berkata, Rosnaini tidak membuat sebarang perintah hari ini, apabila perkara itu ditetapkan untuk pengurusan kes.

Walau bagaimanapun, peguam itu berkata, mahkamah menetapkan 26 Mei ini untuk mendengar permohonan Najib untuk menangguhkan semua prosiding, termasuk permohonan perdana menteri untuk tidak memfailkan pembelaan dan injunksi mareva dipohon oleh Mahathir untuk membekukan aset Najib.

Azmin: Saya beri kuasa PKR S’wak tanding di 5 kerusi DAP

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali mengakui bahawa beliau memberikan kuasa kepada Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian untuk menandatangani surat kebenaran untuk calon-calon PKR bertanding di lima kerusi yang menjadi perbalahan dengan DAP.

Keputusan itu menyaksikan PKR dan sekutunya, DAP menghadapi persaingan pelbagai penjuru dengan BN pada hari penamaan calon.

Azmin mendakwa beliau membuat keputusan itu berdasarkan mandat yang diberikan oleh presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kepadanya untuk menyelesaikan pertikaian kerusi.

"Saya telah diberi mandat secara bertulis oleh presiden untuk menyelesaikan semua isu mengenai pilihan raya negeri, termasuk peruntukan kerusi dan calon," katanya pada satu majlis di Shah Alam hari ini.

Beliau bagaimanapun berkata, dirinya tidak ingat bila Wan Azizah memberinya mandat tersebut.

Beliau berkata keputusan pada 7 April lalu apabila dirinya menandatangani dan bersetuju pada dasarnya untuk memberi lapan kerusi kepada DAP, termasuk lima kerusi yang menjadi perbalahan, bukan muktamad.

Pada mesyuarat 11 April lalu , Majlis Presiden Pakatan Harapan yang dipengerusikan oleh Wan Azizah, mendakwa mereka berjaya menyelesaikan bersama isu pertindihan kerusi.

"Ya, kita bersetuju pada dasarnya untuk mengekalkan pertandingan satu lawan satu.

“Hakikat bahawa mereka (DAP dan PKR) tidak mengumumkan calon bagi kerusi itu menunjukkan bahawa rundingan masih berjalan," katanya.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...