TERKINI :

Sunday, April 24, 2016

Khairuddin: Saya sokong pembebasan Anwar

Bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan Datuk Khairuddin Abu Hassan hari ini mengulangi hasratnya untuk melihat pembebasan pemimpin pembangkang yang dipenjarakan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pemimpin akar umbi Umno yang keluar parti itu pada 29 Februari berkata demikian semasa kempen untuk meraih tandatangan bagi Deklarasi Rakyat yang diterajui oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ketika melakukan tinjauan mesra di Kompleks Muhibbah Ampang, Selangor hari ini, beliau berkata beliau mengekalkan pendirian yang sama walaupun masih merupakan ahli Umno ketika dibebaskan dari penjara pada November lalu.

"Apabila saya dibebaskan dari penjara, saya telah (umumkan) kepada orang ramai bahawa jika ada apa-apa langkah untuk melepaskan Anwar, saya akan jadi orang yang pertama dari Umno untuk hadir dan sokong," tegas Khairuddin.

Beliau mengulas hashtag '#free Anwar' yang terdapat di kain rentang Deklarasi Rakyat seperti dipaparkan semasa tinjauan mesra hari ini.

PAS & Blok Ketiga Akan Hanya Perolehi 3% Undi

Menurut satu kajian yang dibuat oleh sebuah firma bebas, hanya 3% rakyat Malaysia sahaja menyokong 'Blok Ketiga' yang diwujudkan oleh PAS besama rakan barunya, Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan).

Fakta itu diperolehi oleh Ilham Centre berdasarkan satu kajian yang dibuat oleh mereka untuk penggal pertama tahun 2016, kata Pengerusi Eksekutifnya, Mohamad Hisomuddin Bakar.

Fakta ini didedahkan oleh Hisomuddin dalam satu forum yang diadakan di Universiti Malaya Rabu lepas.

Kajian bertajuk "Penerimaan rakyat terhadap kerajaan dan isu semasa (Suku Pertama 2016) itu dibuat antara 1 - 30 Mac 2016 dengan menemubual 1825 responden secara berdepan di seluruh Semenanjung Malaysia.

"Kajian penuh kami belum sebarkan lagi. Saya hanya bentangkan 4 slide saja dalam forum itu," kata Hisomuddin ketika dihubungi Malaysia Dateline.

Berdasarkan kajian itu, responden ditanya, "Sekiranya PRU diadakan sekarang, parti manakah yang menjadi pilihan anda untuk membentuk kerajaan?".

Barisan Nasional (BN) kekal menjadi pilihan utama rakyat negara ini apabila 38% dari mereka berkata mahu mengundi BN diikuti dengan Pakatan Harapan 26%.

Namun 23% dari mereka enggan menjawab soalan itu, 9% tidak mahu keluar mengundi dan 1% lagi mahu mengundi calon bebas.

Ketika ditanya, siapakah Blok Ketiga yang dimaksudkan dalam kajian itu, Hisomuddin menjawab "Blok Ketiga merujuk Pas dan Ikatan ikut fahaman responden yang ditemui masa kajian dilakukan."

Pada 16 Mac lepas, Pas mengumumkan pembentukan satu blok baru bersama Ikatan dalam satu pengumuman yang dibuat melalui satu sidang media di Pejabat Agung Pas, Kuala Lumpur.

Bercakap kepada media selepas majlis pengenalan itu, Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pertemuan hari itu "membuka ruang ke arah pembinaan kumpulan persefahaman" yang lebih tersusun.

Katanya, Pas membawa model politik matang, terbuka, bertanggungjawab, bersih dan sejahtera bersama parti-parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan yang ingin turut serta dengan idea berkenaan.

"Pendekatan ini juga menuntut kami supaya bergerak di atas teras penyelesaian dan politik membina, di samping menolak budaya politik oportunis, kasar dan perkauman sempit," katanya. Di atas prinsip itulah, kata Takiyuddin, maka pada hari ini "bermulalah satu kerjasama politik di antara Pas dan Ikatan.

Ikatan adalah sebuah parti baru diketuai bekas menteri, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir yang ditubuhkan pada 2012 tetapi hanya didaftarkan pada 2015. -Malaysia Dateline

Najib sudah panas ,,? Hilang mantra.. hilang kata-kata.

Tun M bukan makan angin bila pergi ke Abu Dhabi. Bukankah kerajaan Abu Dhabi sendiri telah menangkap dua orang tokoh korporatnya yang keparat menipu kerajaan Arab tersebut dalam skandal 1MDB? Nah, sekarang Tun M sudah mendapat maklumat yang super sahih dari kerajaan Abu Dhabi sendiri yang dikantoi oleh dua penyamun yang berlagak sebagai tokoh korporat serba hebat.
       
Besar kemungkinan Jabatan Kehakiman US dan AG  Swiszerland juga mendapat maklumat dari kerajaan Abu Dhabi mengenai penyelewengan dan money laundering serta korupsi dalam skandal 1MDB ini. Bagaimanakah Najib hendak melepaskan dirinya dari cengkaman undang-undang antarabangsa? "Cash is king" tidak laku kepada Jabatan Kehakiman US, AG  Swiss dan juga kerajaan Abu Dhabi yang menjadi mangsa penipuan JV antara 1MDB dengan IPIC dan Aabar yang menjadi milik kerajaan Arab itu.
        
Walaupun laporan PAC cetek, berat sebelah, tidak lengkap namun PAC mengakui adanya penyelewengan dalam 1MDB. Hasan Ariffin, pengerusi  PAC, cuba menyelamatkan Najib kononnya Najib tidak terlibat dalam skandal ini. Beruk, siamang dan biawak di hutan pun lebih maklum 1MDB itu suatu "scam" bertaraf antarabangsa yang melibatkan Najib sendiri. Tali hayat Najib semakin menjerutnya bila lebih banyak "nothing to hide"  sudah dibogelkan untuk tatapan masyarakat dunia.
          
Segala mantra jampi serapah 15.000 bomoh yang menyokong Najib dan Rosmah pun tak boleh menyelamatkan mereka lagi. Bala 1MDB ini akan meleburkan segala impian suami istri itu untuk terus membohongi rakyat dengan berbagai cerita  rekaan super karut. Nampaknya Najib tidak membawa tuah kepada keluarga Tun Razak. Kalau UMNO kekalkan Najib sampai PRU 14 alamat UMNO akan menghadapi kehancuran sebagai parti yang berkuasa. UMNO akan menjadi si Luncai yang terjun dengan Najib dan Rosmah sendiri. Bye-bye Najib dan Rosmah!

#saveMalaysia
#beranikeranabenar

YAHAYA ISMAIL

MB Terengganu enggan ulas gelaran Datuk Seri ditarik balik istana

Oleh Baharom Bakar dan Aznida Alias
bhkt@bh.com.my

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman enggan mengulas ketika ditanya mengenai desas-desus penarikan balik darjah kebesaran istana Terengganu yang diberikan kepadanya.

Beliau hanya mengucapkan ringkas 'terima kasih' dan menaiki kenderaan rasminya apabila diserbu wartawan sebelum meninggalkan Majlis Perasmian Persidangan Wakaf Senusantara 2016, di Hotel Primula, di sini, sebentar tadi.

Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Osman Muda turut enggan mengulas apabila ditanya mengenai viral perlucutan gelaran itu.

Sementara itu, BH difahamkan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin belum mengeluarkan titah rasmi berhubung isu perlucutan itu.

Difahamkan juga titah mengenai perlucutan anugerah itu hanya disuarakan secara lisan.

Ahmad Razif dianugerahkan pingat Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZ) yang membawa gelaran Datuk Seri sempena sambutan ulang tahun ke-53 pada 24 April 2015.

Pagi ini, pada majlis Persidangan Wakaf Senusantara 2016, gelaran Datuk Seri tidak disebut oleh pengacara majlis, sekadar menyebut Yang Amat Berhormat (YAB) Menteri Besar Terengganu.

Sultan Mizan berangkat dan merasmikan Persidangan Wakaf Senusantara 2016 itu.

Pada ucapan alu-aluan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom hanya menyebut Menteri Besar dan bukannya Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman seperti ucapan majlis lain, sebelum ini.

Dr Vida buntu, ancam tarik diri taja The Red Warriors

KOTA BHARU: Dr Vida mengancam untuk menarik diri daripada terus menaja Kelantan sekiranya pasukan itu masih mempamerkan prestasi tidak konsisten sehingga tamat pusingan pertama Liga Super 2016 musim ini.

Perkara itu dimaklumkan Dr Vida atau nama sebenar Datuk Seri Dr Hasmiza Othman, yang sudah hilang sabar dengan prestasi yo-yo pasukan Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW) yang tiga kali masing-masing kalah, menang dan seri sepanjang mengharungi sembilan perlawanan.

Jutawan kosmetik itu berkata, keadaan Kelantan tetap sama dengan musim lalu, meskipun pasukan itu sudah menerima suntikan jutaan ringgit daripadanya.

Katanya, beliau tidak mempunyai masalah untuk membuat keputusan berkenaan memandangkan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) ada melanggar beberapa syarat dalam perjanjian yang dibuat sebelum ini.

"Saya sudah buntu untuk memikirkan masa depan Kelantan yang 'serba indah khabar daripada rupa'," kata Dr Vida.

"Sebaliknya, saya terus menerima tekanan daripada pelbagai pihak dan ada antara mereka menyalahkan saya apa yang terjadi.

"Sebagai ahli perniagaan, apa yang saya laburkan sudah pasti mahukan pulangan, tidak kira apa bentuk. Pelaburan itu bukan sedikit, tapi membabitkan jutaan ringgit.

"Setakat ini saya sudah membelanjakan lebih RM3 juta untuk Kelantan termasuk pembayaran gaji sebanyak RM1.7 juta. Selebihnya kos cat Stadium Sultan Muhammad IV dan beberapa perkara lain."

DAP beri kerusi Bukit Kitang kepada PKR, elak berbalah

SHAH ALAM: DAP bersetuju untuk memberi laluan kepada PKR untuk meletakkan calon mereka di kerusi DUN Bukit Kitang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Mei depan.

Setiausaha DAP Agung Lim Guan Eng, dalam satu kenyataan media memberitahu, parti itu akan memberi sokongan penuh kepada calon PKR Voon Shiak Ni dalam memastikan kemenangan berpihak kepada pembangkang.

Menurut Guan Eng, kerusi Batu yang diwujudkan dari kawasan pilihan raya Batu Kawah dan Kota Sentosa yang diwakili DAP, pada asalnya diperuntukkan untuk pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen.

"DAP akan memberi sokongan penuh kepada calon wanita Voon Shiak Ni seperti yang diumumkan oleh Timbalan Presiden PKR yang juga menteri besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali.

"DAP berharap PKR dan DAP boleh bekerjasama dan membantu satu sama lain untuk memastikan kemenangan bersama dan untuk memenuhi misi bersejarah menafikan BN majoriti dua pertiga di Dewan Undangan Negeri Sarawak," kata Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Guan Eng lagi, DAP juga akan bertanding 30 kerusi dalam pilihan raya negeri Sarawak akan datang, yang akan menyaksikan parti itu bertanding di lebih banyak kerusi bukan majoriti pengundi Cina.

Beliau juga mengecam keras Ketua Menteri Sarawak Tan Sri denan Satem yang melalrang pemimpin Pakatan Harapan masuk ke negeri itu, yang disifatkannya sebagai "satu penyalahgunaan kuasa".

Setakat ini, lebih 40 ahli Parlimen pembangkang, aktivis dan ahli akademik, telah dilarang memasuki Sarawak, termasuk Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli, ahli Parlimen DAP Tony Pua dan Anthony Loke dan juga Presiden AMANAH Mohamad Sabu .

PKR dan DAP Sarawak tidak sekata berhubung pembahagian kerusi dalam pilihan raya negeri 7 Mei ini.

Ini selepas PKR negeri membuat keputusan untuk tidak mengikut arahan pembahagian kerusi oleh kepimpinan Pakatan Harapan pusat dan menentukan senarai calon sendiri.

Beberapa hari yang lalu telah menyaksikan pemimpin PKR dan DAP turun padang untuk menangani perkara itu.

Guan Eng berada di Sarawak sebagai mewakili DAP pusat manakala Azmin Ali datang bagi pihak kepiPengumuman Lim itu dilihat sebagai satu isyarat menyambut gesaan Azmin sebelum ini supaya kedua-dua sekutu lama itu menyelesaikan perkara tersebut.

Import Kedah dalam 'radar' kelab terkemuka dunia

Latest scouting planning of AC Milan confirmed :

1. Sea Games one scouter.
2. AFF U16 one scouter.
3. EURO U17 eight scouters.
4. EURO 2016 twenty three scouters.
5. Olympic Games eleven scouters.
6. ACL Knockout Round five scouters.
7. AFC Knockout Round three scouters.
8. Liridon Krasniqi. Second phase of scouting period for four months one scouter.
9. Hafizul Hakim. The club wish him all the best in the future. Due to the problem that the club is having a lots of young keepers at the moment, therefore the club decided not to do further scouting process towards him.
10. NFDP Tour one scouter.

AC Milan mempunyai major scouting staff seramai 80 orang. Scouter yang tidak terlibat di dalam perancangan yang telah disahkan ini, akan tetap teruskan tugasan travelling seperti biasa melakukan scouting mengikut list senarai pemain yang berada di dalam radar kelab. Juga melakukan scouting pencarian bakat yang lain untuk dimasukkan ke dalam sistem teknologi kelab.

Thanks you very much.

Encik Jimie

KFA bawah Mat Bashah mintak bantuan pihak polis berkenaan isu "MB kena booo"

MB Mat Bashah arah KFA keluar surat kepada Ketua Polis Kedah supaya menangkap siapa yang boooo dia dan larang booth deklarasi rakyat di SDA semasa game lawan JDT malam tadi..

D'Herbs Sahkan Taja Pasukan Kedah RM30 Juta

ALOR SETAR: Syarikat D'Herbs Holdings (M) Sdn Bhd (D'Herbs) mengesahkan bahawa ia akan menaja skuad Kedah sebanyak RM30 juta dalam tempoh tiga tahun.

Pengasas D'Herbs, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman berkata, jumlah tajaan itu, yang dibuat atas permintaan kerajaan negeri dan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), akan diserahkan selepas perjanjian dimeterai kedua-dua pihak dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata, penajaan itu dibuat dengan beberapa syarat, dan pihaknya masih menunggu reaksi daripada kerajaan negeri berhubung perkara itu.

"Setiap tahun, kita akan serahkan RM10 juta untuk tujuan pembangunan dan meningkatkan mutu bola sepak serta mahu melahirkan pemain muda hebat setanding dengan pasukan luar.

"Tajaan ini adalah satu suntikan semangat kepada pasukan Skuad Helang Merah dan jika pasukan itu menunjukkan prestasi yang bagus... saya akan terus menaja pasukan itu selepas kontrak tiga tahun itu tamat tempoh," katanya pada sidang media di Stadium Darul Aman, Sabtu malam.

Aliff berkata selain itu, dana itu akan digunakan oleh KFA untuk program pembanguan bola sepak di peringkat akar umbi dalam usaha untuk mencari bakat-bakat muda dalam mewarnai bola sepak negeri ini.

Penajaan itu juga akan digunakan untuk membaiki Stadium Darul Aman seperti menambah baik kaunter tiket, tempat untuk orang kelainan upaya (OKU) dan infrastruktur lain.

"Jumlah tajaan akan saya pantau dari masa ke masa bagi memastikan ia digunakan untuk pembangunan bola sepak sahaja," katanya sambil berharap pasukan Kedah menjuarai Piala FA dan berada pada kedudukan terbaik dalam Liga Super.

Menurut Aliff, beliau tidak akan mencampuri pentadbiran KFA sebaliknya akan membantu persatuan itu untuk mengkomersil bola sepak dan pemain dari pasukan itu pada masa depan. - Bernama





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...